Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Doa Hari Peperiksaan Gabungan

VIEWS: 76 PAGES: 2

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

More Info
									iopqe
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit, Dengan nama Allah Tuhan yang mendengar dan mengabulkan segala permintaan, Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa, Dengan nama Tuhan yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia maha mendengar dan maha mengetahui. Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat , Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan peperiksaan kami Ya Allah. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya Ya Allah Ya Alim Ya Hakim, Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya Ya Allah Ya Ghaffar , Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

.


								
To top