Doa Hari Bakat Tadika Az-Zahrah 2004 by iccundar06

VIEWS: 220 PAGES: 2

himpunan doa2 daripada negeri selangor.

More Info
									 
‫َ ْح د هلل َّب ع لو ي و ع ق ِ وّتق ي ّص و ّس َم َل سيدً ُحود و َ له‬ ِ ِ ‫ال َوْ ُ ِ ز ِ ال َا َ ِيْ َ , َال َا ِبَت للْ ُ َ ِيْ َ َال َالَة ُ َال َال ُ ع َى َ ِ ِ َا ه َ َ ٍ َعلَى آ‬ ‫وأ ْح به َ َع ي‬ َ ْ‫ََص َا ِ ِ أجْو ِي‬ ‫ل ُن ف ْلٌ ذً بٌ و ِ ى ًٌ لر ي سبق ً ب إل و ى وال َ ْع ف ل بٌ ال ِلر ي‬ َ ْ‫الَه َ اغْ ِس َ َا ُ ُىْ َ َا َإلخْ َا ِ َا اَ ِيْ َ َ َ ُىْ َا ِا ِيْ َا ِ َ َ تج َلْ ِيْ قُـُىْ ِ َا غِ ً لَ ِي‬ ‫هٌ زبٌ ًك ء ف َح ْن‬ ٌ ‫ءَا َ ُىْا َ َ َاإ َ َ زَ ُوْ ٌ ز ِي‬
‫يا اهلل يا كريم يا ودود‬
Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Hari Bakat Kanak-kanak Tadika AzZahrah pada tika ini.

‫يا اهلل يا فعال لما يريد‬
Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang telah menyumbang khidmat , menabur bakti mereka kepada anak-anak peserta dalam pertandingan yang kita adakan. Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Doa Majlis Hari Bakat Kanak-Kanak Tadika Az-Zahrah Sg. Udang Klang

1

‫يا اهلل يا غنى يا حميد‬
Jadikanlah anak-anak yang berjaya dan menerima hadiah sertasijil penghargaan pada hari ini sebagai anak-anak yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka anak-anak yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada anak-anak lain, supaya mereka samasama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.

‫يا اهلل يا مؤلف القلوب‬
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga anak-anak di tadika ini.

‫خ َّسٌ َقٌ ر ّب ٌ و َل هلل َ ُحود‬ ٍ َ َ ‫َ َ َا َا ِ َا ِي ال ًُْ َا ح َ َت ً و ِي األ ِسَةِ ح َ َت ًو ِ َا عَ َا َ ال َاز ِ َصَى ا ُ علَى ه‬ ‫زبٌ ء تٌ ف د ي َّسٌ َف‬ ،َ ‫َعلَى َا ِ ِ َصحْ ِ ِ وسل‬ ‫و َ ء له و َ به َ ََن‬ ‫و ْح ُ ِله َّب ع لو ي‬ َ ْ‫َال َوْدلَ ِ ز ِ ال َا َ ِي‬

Doa Majlis Hari Bakat Kanak-Kanak Tadika Az-Zahrah Sg. Udang Klang

2


								
To top