Docstoc

DOA AUDIT SIRIM_PETANG

Document Sample
DOA AUDIT SIRIM_PETANG Powered By Docstoc
					Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu sehingga kami dapat menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya pada hari ini . Kami juga bersyukur kerana Engkau memberi ruang dan peluang untuk kami menimba pengalaman dan pelajaran baru setelah kami menjalani proses audit pematuhan pada hari ini. Moga-moga pengalaman ini memberi petunjuk dan pengajaran kepada kami bagi menghadapi proses yang serupa ini pada keesokan hari. Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan, Sesungguhnya kami amat berkeyakinan tinggi bahawa sekiranya kualiti perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan mematuhi piawaian MS ISO 9001:2000, maka kami telah menunaikan segala hak pelanggan kami dengan sempurna, justeru permudahkanlah segala urusan kami sehingga kami dapat mencapai objektif pengurusan berkualiti. Sesungguhnya kami amat mengetahui melalui KalamMu yang Suci bahawa segala tindak tanduk kami

sentiasa diperhati oleh Mu, justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk berusaha mencapai kecemerlangan . Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati , Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.

.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:21
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:2
Description: himpunan doa2 daripada negeri selangor.