STORAN SEKUNDER

Document Sample
STORAN SEKUNDER Powered By Docstoc
					STORAN SEKUNDER
[Tujuan dan kebaikan storan sekunder][Jenis storan sekunder]

Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan/data secara kekal (non-volatile) dan tidak terhapus apabila suis komputer dimatikan. Tetapi storan sekunder dianggap sebagai semipermanent kerana dengan arahan tertentu , arahan/data di dalamnya boleh dihapuskan. Muatan data/arahan pada storan sekunder dipanggil densiti. Unit untuk mengukur densiti bergantung kepada jenis storan sekunder. Tujuan dan kebaikan storan sekunder Storan sekunder tidak memerlukan ruang /tempat simpanan yang besar seperti rak/almari yang besar dan banyak. Kebolehpercayaan (reliable) data selamat sekiranya tidak diberi hak penggunaan secara bebas. Data/arahan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Kos storan sekunder lebih murah dari kos untuk membeli rak/almari. Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak dan selamat serta jimat masa untuk pencarian data/arahan.

Jenis Storan sekunder CAKERA MAGNETIK PITA MAGNETIK CAKERA OPTIKAL

[HOME]

CAKERA MAGNETIK
[ Disket ] [ Cakera Keras ]

DISKET

Disket diperbuat daripada plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya diselaputi oleh magnetik oksida. Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik magnet. Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai kepala baca/tulis. Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu 5 1/4 inci (jarang digunakan) dan 3 1/2 inci.

Kelebihan disket:    Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke komputer lain. Backup - sesuai umtuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk simpanan sekiranya fail dalam cakera keras hilang atau rosak. Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam disket boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat memindahkannya ke dalam cakera keras. [ Ke Atas ] CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras merupakan plet (piring) logam yang diselaputi dengan magnetik oksida. Terdapat pelbagai saiz iaitu 14 inci, 5 1/4 inci dan 3 1/2 inci. Ia boleh didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable hard disk cartridge. Pemacu hard disk mempunyai kepala baca tulis untuk menulis data pada hard disk atau membaca data dari hard disk.

Kelebihan cakera keras/Hard disk:    Muatan tinggi - Disket hanya memuatkan 1.44MB data tetapi hard disk dapat menjangkau 16+GB ( Pentium III ). Masa capaian data hard disk cepat - mempercepatkan proses yang hendak dibuat oleh pengguna. Proses merekod data dari hard disk lebih cepat. [ Ke Atas ] [HOME]

PITA MAGNETIK
Pita magnet adalah bahantara stroran sekunder yang biasa digunakan, terutamanya untuk menyimpan data yang besar bilangannya dalam tertib jujukan yang telah ditetapkan. Penggunaannya begitu meluas sekali kerana kadar pemindahan data yang laju (bilangan aksara yang boleh dibaca atau ditulis per saat) ketumpatan storan (bilangan bait yang dirakam per inci pita) keupayaan stroan massa, saiz yang padat kos pengendalian yang agak rendah. Contohnya, subsistem pita magnet IBM mempunyai kadar pemindahan beberapa juta aksara atau bait per saat. Kadar ini adalah amat laju jikalau dibandingkan dengan pencetak hentam berkelajuan tinggi berkebolehan mencetak alam anggaran 6,000 aksara per saat pada maksimumnya.

Peranti pita magnet bertindak sebagai unit storan input dan unit storan output dan boleh dikendalikan di bawah kawalan komputer (dalam talian) atau berasingan (luar talian) untuk melaksanakan penukaran rutin, seperti pita ke pencetak atau cakera ke pita.

CAKERA OPTIK
[ Cakera CD-ROM ] [ Cakera CD-R ] [ Cakera WORM ] [ Cakera Optik Boleh Padam ]

Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnetik untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser pada permukaan cakera menunjukkan data yang ditulis/dibaca. Semasa perekodan, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit) pada cakera. Cakera optik juga menggunakan skema sistem perduaan. Setiap lekukan itu menggambarkan data 0 dan tanpa lekukan menggambarkan data 1.

Semasa pembacaan data pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera dan pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan. Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya laser tersebar dan tidak akan dapat dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 0. Jika tidak terdapat lekukan atau permukaannya rata (land), pembalikan cahaya terdokus dan dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 1. Terdapat pelbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu a) b) c) d) Cakera CD-ROM Cakera CD-R Cakera WORM Cakera Optik Boleh Padam

CAKERA CD-ROM
Cakera CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada mikrokomputer. CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM. Cakera CDROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB. Pemacu CD-ROM adalah pemacu yang digunakan untuk membaca isi kandungan CD tersebut. Dari segi kelajuan (speed) pemacu tersebut, pengguna memang mempunyai pelbagai pilihan misalnya 6x, 8x, 12x, 18x, 20x, 24x, 32x ataupun sehingga 100x. Kelajuan pemacu melambangkan kelajuan cakera berputar. Pemacu kelajuan tunggal boleh mencapai data sebanyak 150KB per saat, kelajuan berganda sebanyak 300KB per saat dan seterusnya. CD-ROM telah menjadi media yang penting dalam pelbagai kegunaan, antaranya ialah storan data, ensiklopedia, katalog, permainan, pendidikan berhibur (edutainment), majalah buku, wayang dan animasi atau dokumen bertulis. Walaupun CD-ROM dan pemacunya telah digunakan pada PC multimedia terdahulu dan sekarang, namun kehadirannya tidak didedahkan lagi dimasa akan datang apabila munculnya teknologi DVD (Digital Versatile Disk). [ Ke Atas ]

CAKERA CD-R
Cakera CD-R bermaksud cakera padat-boleh rekod (Compact Disk-Recordable). CD ini membolehkan kita merekod data atau maklumat yang kemudiannya CD tersebut boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM. Contohnya Photo CD. [ Ke Atas ]

CAKERA WORM
Cakera WORM bermaksud tulis-sekali baca-banyak-kali (Write Once, Read Many). Cakera ini hanya boleh merekod maklumat atau data sekali sahaja, pastinya tidak boleh dipadam lagi dan boleh dibaca banyak kali. Cakera berteknologi WORM berguna untuk menyimpan data arkib yang tidak perlu diubah lagi dan boleh menyimpan sehingga 122 - 6400MB data. [ Ke Atas ]

CAKERA OPTIK BOLEH PADAM
Cakera optik boleh padam (Erasable Optic Disc) membenarkan pengguna memadam dan menulis data banyak kali. Cakera optik boleh padam ini boleh menyimpan data 281 - 3200 MB. Contoh cakera ini ialah cakera magneto-optik (Magneto-Optic Disc, MO). Cakera MO ini menggunakan teknologi magnetik dan optik dan mempunyai muatan sebesar cakera optik dan boleh ditulis semula seperti cakera magnetik. Cakera ini mempunyai kristal yang sensitif magnetik yang dikelilingi oleh plastik yang keras. Untuk perekodan/penulisan, cahaya laser kuat akan dipancarkan kepada plastik dan menyebabkan plastik cair dan seterusnya kristal sensitif magnetik beleh bergerak. Pada masa yang sama (semasa kristal boleh bergerak & plastik cair), kristal tersebut akan diubah kedudukan (disusun) menurut arahan magnetik yang dikenakan keatasnya. Semasa pembacaan data dari MO, cahaya laser lemah disuluh ke kristal dan corak pembalikan cahaya membentuk data. [ Ke Atas ] [HOME]


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:979
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:5