STORAN PRIMER by iccundar06

VIEWS: 593 PAGES: 2

									STORAN PRIMER [ROM] [RAM]

ORGANISASI Seperti sistem komputer yang lebih besar, mikrokomputer menggabungkan digit-digit perduaan bagi membentuk kumpulan saiz yang sesuai yang dinamakan kata. Saiz kata bergantung kepada sistem komputer tertentu yang digunakan. Saiz kata yang biasa digunakan oleh berbagai saiz sistem komputer. Hanya beberapa tahun yang lalu, IBM memperkenalkan PC kata 8 bitnya, diikuti dalam beberapa tahun kemudian oleh mikrokomputer PC AT 16 bit, dan kini ia telah digantikan dengan sistem kata 32 bit. Kebaikan pertambahan saiz kata ialah mesin menjadi lebih cepat kerana ia boleh memproses lebih bit maklumat dalam tempoh masa yang sama. Jadi, hala masa kini adalah ke arah kata yang lebih besar. Ingatan mikrokomputer umumnya dibentuk daripada banyak cip MOS (semikonduktor oksida logam) yang berasingan dan ia boleh melakukan fungsi yang berbeza-beza. Istilah ROM, RAM, PROM, EPROM dan EEPROM digunakan dengan unit storan primer sesebuah mikrokomputer. ROM (Read Only Memory) ROM atau ingatan baca sahaja, umumnya disediakan oleh pembuat mikrokomputer dan dikhususkan untuk penggunaan tertentu. Data dan aturcara yang diperlukan oleh penggunaan ini dibakar ke dalam cip atau disimpan secara kekal di dalamnya. Oleh itu pengguna boleh membaca atau mencapai aturcara atau data dari ROM tetapi tidak boleh menulis di dalamnya. Kandungan ROM tidak akan dipinda apabila kuasa elektrik diputuskan dari komputer. Oleh itu, ia dirujuk sebagai bahantara storan tak meruap . ROM umumnya digunakan untuk menyimpan perisian tegar iaitu aturcara, rutin dan penafsir bahasa yang disediakan oleh pembuat, bagi capaian serta-merta oleh pengguna sistem. Semua aturcara yang digunakan semasa menghidupkan PC disimpan dalam ROM. Sebagai contoh, banyak model mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM yang mengandungi bahasa BASIC. Terdapat tiga jenis cip ROM yang selalu digunakan: Ingatan baca sahaja boleh diaturcara (Programmable ROM), iaitu cip yang kosong dan boleh diaturcara. Sekali ditulis aturcara, kandungannya tidak boleh diubah. Cip PROM digunakan terutamanya untuk aturcara tujuan khas seperti PROM permainan dan grafik yang boleh dipalam dengan mudah pada papan komputer utama atau pada tempat rendah. Ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi. Ingatan baca sahaja teraturcara boleh dipadam (Erasable ROM). Kandungan EPROM boleh dipadam dengan menggunakan tatacara sinar ultraungu. PROM yang boleh dipadam secara elektrik (Electrically EPROM). Kandungannya EEPROM boleh diubah / diaturcara secara elektronik.

RAM (Random Access Memory)

Mikrokomputer riba seperti komputer convertible IBM menggunakan cip MOS khas di dalam RAM - Ingatan Capaian Rawak yang hampir tidak memerlukan kuasa akan mengekalkan kandungannya mungkin dengan menggunakan satu bateri dalaman yang kecil. Walau bagaimanapun ,cip berkuasa rendah ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi. RAM ini merupakan ingatan untuk dibaca dan ditulis. Ia merupakan ingatan yang memegang/menyimpan sementara data selagi ada elektrik. Data atau maklumat boleh disimpan atau dicapai secara rawak (di mana-mana dan secara langsung dan cepat). Terdapat dua jenis cip RAM yang selalu digunakan Ia merupakan Ingatan Capaian Rawak Dinamik (Dynamic Random Access Memory). Cip RAM ini memegang data secara dinamik. Data tidak disimpan secara DRAM berterusan, tetapi komputer akan menyegar semula (refresh) data melalui pemprosesan beratus-ratus kali setiap saat. Rekabentuknya mudah dengan hanya menggunakan transistor dan pemuat, tetapi tidak cepat. Ia merupakan Ingatan Capaian Rawak Statik (Static Random Access Memory). RAM RAM jenis ini memegang data secara bertrusan (tanpa penyegaran "refreshing"). Cip Statik RAM ini lebih cepat daripada DRAM tetapi rekabentuknya rumit.


								
To top