Docstoc

PENGIMBAS

Document Sample
PENGIMBAS Powered By Docstoc
					PENGIMBAS
Peranti pengimbas imej (image scanner) atau grafik (grafik scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar dan lainlain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas (scanner), kamera digital (digital camera) dan lain-lain.

Teknologi Imbasan Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin penyalin (photocopy) manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan pengesan (sensor) sebagai perantara tangkapan imej. Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD. Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin penyalin (photocopy) kepada pengimbas dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada PC. Jenis-jenis Pengimbas

Pengimbas telapak (handheld scanner) Peranti kecil yang dijalankan di atas sebuah imej atau sekumpulan teks. Kini pengimbas jenis ini telah tiada di pasaran dan tidak dikeluarkan lagi. Pengimbas helaian (Sheetfed scanner) Ia dikenali sebagai pengimbas halaman peribadi (personal page scanner) di mana helaian kertas dimuatkan bagi memudahkan ia diimbas. Pengimbas jenis ini bertindak sebagai pengecam teks dan pengimbas imej yang berkualiti. Pengimbas dalam kategori ini mampu mengimbas dengan cepat dan dalam jumlah yang besar. Pengimbas mendatar (flatbed scanner)

Ia mempunyai sekeping kaca mendatar bagi meletakkan bahan untuk diimbas. Ia mudah digunakan bagi mengimbas imej atau teks. Pengimbas ini terdapat banyak di pasaran dan ia digunakan di rumah, pejabat atau di sekolah. [ Home ]


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:639
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:2