CAKERA KERAS

Document Sample
CAKERA KERAS Powered By Docstoc
					CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).

Permukaan cakera keras dan kepala baca/tulis begitu rapat sehingga sebarang partikel kotoran boleh menjejaskan kelancaran proses baca/tulis dan juga menyebabkan head crash. Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang) dan juga merosakkan kepala baca/tulis. Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah jejak dan sektor. Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis. Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek cakera (disk pack). Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik. Jika ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan. Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang berlainan. Terdapat pelbagai variasi cakera keras untuk mikrokomputer:

a) Pemacu Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data. b) Pengecilan (Miniaturization) Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3"). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang sama. c) Katrij Cakera Keras (Hard Disk Cartridges) Katrij cakera keras ini mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak plastik keras. Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan

boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data. Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up). Kelebihan cakera keras/Hard disk: a) Muatan tinggi, disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ). b) Masa mencapai data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses yang hendak dibuat oleh pengguna. c) Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

[HOME]

Dalam tutorial penyediaan cakera keras ini, anda akan mengetahui cara-cara untuk menyediakan cakera keras yang baru iaitu, 1. Membuat pembahagian kapasiti (Partition)

Membuat pembahagian (Partition) Membuat pembahagian atau "partition" adalah penting dalam proses awal menyediakan penyediaan cakera keras yang baru. Pembahagian kapasiti (Partition) merupakan kaedah pembahagian kapasiti cakera keras ke beberapa pembahagian (Partition) bagi sesebuah cakera keras yang baru dibeli. Antara sebab perlunya pembahagian ini adalah: untuk mencapai kelajuan dan mengurus data secara optimum bagi sesebuah komputer. untuk mencapai tahap kelajuan maksimum untuk memasuki 'Operating System' serta dapat melakukan kerja dengan kemas. Jika pembahagian ini tidak dilakukan, cakera keras tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya kerana: kemungkinan cakera keras akan diformatkan menjadikan satu sahaja pemacu sahaja iaitu pemacu C. sistem dan memori komputer akan dibebankan kerana semua program dan aplikasi berada dalam satu bahagian yang sama. Pembahagian ini boleh dibuat berdasarkan beberapa kriteria berikut: Bilangan 'Partition' bergantung kepada jumlah kapasiti cakera keras. Lagi besar saiz cakera keras maka lebih banyak "partition" boleh dibuat. pemacu C mesti mempunyai saiz yang mampu untuk dimuatkan perisian sistem (seperti windows) dan aplikasi-aplikasi penting yang lain. Dalam konfigurasi cakera keras, anda perlu mengetahui beberapa perkara diantaranya adalah: Bagaimana 'Partition' ini berlaku dalam sesebuah Cakera Keras? 'Partition' akan berlaku dengan cara: - Pemacu C : Merupakan 'Primary DOS Partition' - Di dalam 'Extended DOS Partition' akan ada pula 'Logical DOS Partition' yang merupakan bahagian (pecahan) kepada 'Extended DOS Partition'. Contoh: Jika anda membeli sebuah Cakera Keras baru yang berkapasiti 20.0 GB (20000 MB) dan ingin menjadiikannya 3 'Partition' iaitu : C=5.0GB(5000MB), D: = 10GB (10000Mb) dan E: = 5Gb (5000Gb). Apa yang belaku adalah: - 'Primary DOS Partition' (pemacu C) = 5.0GB - 'Extended DOS Partition' = 15.0 GB 'Extended DOS Partition' akan dipecahkan kepada dua bahagian 'Logical DOS Partition' iaitu untuk D: = 10.0 GB, dan E: = 5.0 GB

Contoh pembahagian yang dibuat dapat dilihat pada jadual di bawah:

'PARTITION'
'PRIMARY DOS PARTITION'

Untuk memulakan proses konfigurasi Cakera Keras, ikutilah langkat berikut: 1. Sebelum dihidupkan komputer, masukkan disket yang berlabel 'Boot Disk' yang dibekalkan bersama dengan Cakera Padat program 'Windows 98 Second Edition' ke dalam pemacu A. 2. Kemudian, barulah dihidupkan komputer. 3. Tunggu sehingga komputer membaca fail di pemacu disket A (Lampu menyala pada pemacu A apabila komputer membaca data di pemacu A). 4. Paparan sepertimana rajah di atas akan muncul. 5. Pada paparan, anda hanya diberikan masa selama 30 saat untuk menentukan pilihan proses konfigurasi cakera keras, jika tidak komputer akan melakukan proses pilihan 1 secara automatik. Pilihan 1 : Untuk konfigurasi Windows 98 dan menggunakan keseluruhan saiz cakera keras (untuk Cakera keras yang belum dibuat 'Partition'). Pilihan 2 : Untuk memulakan komputer dengan menggunakan cakera padat selain daripada cakera padat Windows 98. Pilihan 3 : Untuk memulakan komputer tanpa menggunakan mana-mana Pemacu Cakera Padat. 6. Untuk kali pertama proses format, adalah dicadangkan agar Pilihan 3 digunakan atau tekan Shift+F5 . Ini adalah untuk membuat pembahagian (Partition) saiz pada cakera keras baru. 7. Pada Prompt A taip { A:\>FDISK } kemudian tekan enter.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1251
posted:11/2/2009
language:Malay
pages:6