Docstoc

kertas kerja sukan

Document Sample
kertas kerja sukan Powered By Docstoc
					  Kertas kerja kejohanan olahraga trek dan padang sekolah rendah

                                      as salam...
                                enjoy cite tika k...........♥



                                   KERTAS KERJA
                  KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG,
                      SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
                                     TAHUN 2012.




1.0 PENDAHULUAN


  Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
  kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
  bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
  mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
  dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
  jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah
  Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan
  Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini
  diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah
  Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan
  Kebangsaan.




  2.0 RASIONAL


  Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :
i)      Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri
         Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan
         olahraga
ii)     Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
iii)     Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.


       3.0 MATLAMAT




         Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid
         Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta
         memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu,
         kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga
         bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.




       4.0 OBJEKTIF


             Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih
         dapat:
i)      Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
ii)     Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii)     Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv)      Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
v)       Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
         peringkat yang lebih tinggi.




       5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


         Tarikh        : 2 MEI 2012
         Masa : 7 PAGI – 2 PETANG
         Tempat        : SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI,
         JOHOR.
6.0 SASARAN
  Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.




     7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


       BIL                         PERKARA                  KUANTITI
      1        Pingat
            1. Pingat acara olahraga individu.
       i.      Emas                                         26 x RM5
       ii.     Perak                                        26 x RM5
       iii.   Gangsa                                        26 x RM5

            2. Pingat acara olahraga pasukan.
       i.     Emas                                          4 x4 x RM5
       ii.    Perak                                         4 x4 x RM5
       iii.   Gangsa                                        4 x4 x RM5

      2.        Piala Kejohanan
           1.   Juara                                       1x RM25
           2.   Naib Juara                                  1 X RM20
           3.   Tempat Ketiga                               1x RM15
           4.   Olahragawan dan olahragawati                2 X RM10

      3.        Hamper
           1.   Juara                                       1 X RM30
           2.   Naib Juara                                  1 x RM30
           3.   Ketiga                                      1 x RM20
           4.   Keempat                                     1x RM20

      4.        Makanan /Minuman
                Pegawai /guru/ staf                         100 x RM5

      5.        Bayaran Pelepas                             1 x RM120


                                                 JUMLAH
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


JAWATANKUASA INDUK

 Penasihat Kejohanan               :       Tuan Haji Said Bin Hasran
 Pengurus Kejohanan                :       Encik Zali Bin A.Rahman
 Penolong Pengurus Kejohanan       :       Encik Tormadi Bin Jono
                               : Pn
                               Norhayati
                               Binti
                               Ibrahim
Setiausaha                                 Cik Nurulain Hasan
                               :
  Bendahari




AHLI JAWATANKUASA


 Publisiti dan Buku Program                 : Mohd Nazirul Bin Ahmad
 Perasmian dan Penutupan           :        Norghahira Binti Ahmad Shuk
Kepegawaian                        :        Mohd Haniff Bin Miohd Suhaim
Teknikal                           :        Mohd Azizi Zamri Bin Ilias
Hadiah dan Cenderamata             :        Nor Aien Binti Abu Hasan
Juruacara                          :        Norainzatun Binti Md.Kasim
Jurugambar                         :        Nur Syaima Binti Salleh
Dokumentasi                        :        Nur Zufika Binti Che Rosdi
 Rekod dan Statistik               :        Mohamad Faris Bin Mokhtar
                                   :        Nurulain Binti Hasan
 Penjaga Masa                      :        Rafeah Binti Badaruddin
                                   :        Mohamad Riezman Bin Ramli
                                   :        Nur Farhana Binti Abd Majid
 Penyelia Peserta                  :       Chia Lee Shan
                                   :       Hamizan Bin Mohd Noor
 Pengadil Lorong                   :       Chia Ee Chiam
                                   :       Ang Angeline
                                   :       Nadia bt Mustafa
           Pelepas                                          :       Muhammad Hamiduddin Bin Sh
           Penolong pelepas                                 :       Muhammad Hafiz Azree Bin Ba
           Pelepas panggil balik                            :       Mohd Izuddin b Mohd Zain
           Hakim Penamat                                    :       Muhammad Faris Bin Hashim
                                                            :       Muhamad Asyraf Bin Yunus
           Pencatat                                         :       Ruslina bt Hassan
                                                            :       Foo Kwee Yee
                                                            :       Stefaenus Olver Sabin
          Referi Balapan                                    :       Muhammad Zulhilmi Bin Rahaz




                                                   (Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)


        9.0 TENTATIF PROGRAM




        7.00 - 7.30 am


   Semua murid dan kakitangan SKPJ berkumpul di dalam khemah rumah sukan
    masing-masing.
   Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.




        7.30 - 7.50 am


   Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKPJ.




         8.10 am


   Ketibaan VIP
          8.10 - 9.30 am


   Kata alu-aluan juruacara
   Lintas hormat setiap kontijen
   Ikrar Temasya Sukan
   Doa
   Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan
   Ucapan Guru Besar
   Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
   Perarakan keluar semua kontigen
   Persembahan padang (senam earobik)
              9.40 - 1.00 pm


   Pegawai bertugas mengambil tempat
   Pertandingan akhir berlangsung
   Penyampaian pingat-pingat
   Sambungan acara akhir
   Penyampaian pingat




          1.00- 2.00 pm


   Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SKPJ
   Penyampaian Hadiah
   Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik
   Olahragawan 2012
   Olahragawati 2012
   Hadiah keseluruhan




          (Rujuk lampiran – Jadual Pertandingan)
       10.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang
kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.

Lampiran5 ( Surat Jemputan)



                        KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12
                       SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
                                KOTA TINGGI JOHOR




   Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12,
                                     Tahun 2012,
                        Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
                                  Kota Tinggi Johor,
                 Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:


                                      Tuan/Puan:
    _____________________________________________________________


                        Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:
                              Hari Khamis ( 26 April 2012)
                                    Jam: 8.00 pagi
    Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.
        Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.


                                  Terima kasih
           Lampiran 2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA                 BIDANG TUGAS


Pengurus Kejohanan           ●   Bertangungjawab dalam pengendalian dan
                                 menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
                             ●   Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertug
Penolong Pengurus Kejohanan ●    Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
                             ●   Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
                                 jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
                                 kejohanan
Setiausaha                   ●   Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
                                 pengurusan dan pentadbiran
                             ●   Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua
                                  fail-fail sebagai rujukan
                             ●   Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
                                 dalam perlaksanaan program
                             ●   Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
                             ●   Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
                                 yang berkenaan
                             ●   Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
                                 dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
                             ●   Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh da
                                 agenda mesyuarat
                             ●    Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
                             ●    Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
                                 mesyuarat
Publisiti dan Buku Program   ●   Menyediakan buku program/cenderamata
                             ●   Mengedarkan buku program kepada setiap guru
                                 dan tetamu.
                             ●   Menyediakan kain rentang kejohanan
                             ●   Menyediakan senarai nama peserta
                             ●   Menyediakan senarai nama peserta
Perasmian dan Penutupan      ●    Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
                             ●   Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
                                 (termasuk bacaan ikrar)
                             ●   Menguruskan pertandingan perbarisan.
                             ●   Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
                                 yang mengambil bahagian.
                             ●   Membuat surat jemputan dif kehormat
Kepegawaian                  ●   Mengatur dan melatih pembantu padang.
                             ●   Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
                                 dengan lancar
Teknikal                     ●   Menguruskan dan menyediakan semua alatan
                                 pertandingan untuk acara padang dan balapan.
                             ●   Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
                                 dengan lancar
                             ●   Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
                                 spesifikasi rasmi
                             ●   Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan
                                 dalam pertandingan.
                             ●   Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akh
                                 kejohanan.
Hadiah dan Cenderamata       ●   Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
                             ●   Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
                             ●   Menghias meja hadiah
                             ●   Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
                             ●   Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Juruacara                    ●   Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan prog
                             ●   Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara
                             ●   Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan s
                             ●   Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
                                 hadiah
Jurugambar dan Dokumentasi   ●   Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktivi
                                 yang berlangsung sepanjang program
                             ●   Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
                                 berakhir
Rekod dan Statistik     ●   Menyelia papan markah (Score board)
                        ●   Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
                            pengacara atau pencatat
                        ●   Menyelia markah dari sukantara
                            Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi ba
Penjaga Masa            ●   yang bertanding
                        ●   Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
Penyelia Peserta        ●   Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta ya
                            bertanding.
                        ●   Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian

                            hadiah
Pengadil Lorong         ●   Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tid
                            melanggar peraturan.
                        ●   Memutuskan sebarang bantahan peserta
                        ●   Memastikan peserta berlari mengikut lorong
                        ●   Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran
                            peraturan
                        ●   Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah b
Pelepas                 ●   Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-pese
                            sedang dalam keadaan sedia
                        ●   Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa
                            Pengadil lorong sudah bersedia
                        ●   Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya
                            peserta sebelum memulakan pelepasan
Pelepas panggil balik   ●   Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelep
                        ●   Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya sup
                            dapat memerhati setiap peserta dengan jelas
Penolong pelepas        ●   Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian y
                            betul dan memakai nombor
                        ●   Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat p
                            masing-masing
                        ●   Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang
                                     permulaan
                              ●      Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua pe
                                     sudah bersedia
 Hakim Penamat                ●      Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara
                                     yang dipertandingkan
                              ●      Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod
 Pencatat                     ●      Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dala
                                     borang keputusan rasmi
                              ●      Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanju
Refri                         ●      Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
                              ●      Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan
                                     sebarang perkara ketika kejohanan
                              ●      Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendakla
                                     segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan dis
                                     Setiausaha Pertandingan
             Lampiran 3

Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya
  No Acara                  Acara                                      Kategori
        01                   50m                                              Lelaki
        02                   50m                                           Perempuan
        03                  100m                                              Lelaki
        04                  100m                                           Perempuan
        05                  200m                                              Lelaki
        06                  200m                                           Perempuan
        07                  400m                                              Lelaki
        08                  400m                                           Perempuan
        09                  800m                                              Lelaki
        10                  800m                                           Perempuan
        11                  1500m                                             Lelaki
        12                  1500m                                          Perempuan
        13                  4x50m                                             Lelaki
        14                  4x50m                                          Perempuan
        15                 4x100m                                             Lelaki
      16                    4x100m                                      Perempuan
      17                    4x400m                                        Lelaki
      18                    4x400m                                      Perempuan
      19                  Lompat jauh                                     Lelaki
      20                  Lompat jauh                                   Perempuan
      21                 Lompat tinggi                                    Lelaki
      22                 Lompat tinggi                                  Perempuan
      23                 Lontar peluru                                    Lelaki
      24                 Lontar peluru                                  Perempuan
      25                Lempar cakera                                     Lelaki
      26                Lempar cakera                                   Perempuan
      27                Merejam lembing                                   Lelaki
      28                Merejam lembing                                 Perempuan




           Lampiran 4

Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
Khamis, 26 April 2012 (Berkumpul pada 7:30 pg)
 No        No Acara        Acara              Kategori           Peringkat
 1           06            200m              Perempuan            AKHIR
 2           07            400m                 Lelaki            AKHIR
 3           08            400m              Perempuan            AKHIR
 4           09            800m                 Lelaki            AKHIR
 5           10            800m              Perempuan            AKHIR
 6           13           4x50m                 Lelaki            AKHIR
 7           14           4x50m              Perempuan            AKHIR
 8           15           4x100m                Lelaki            AKHIR
 9           16           4x100m             Perempuan            AKHIR
 10          17           4x400m                Lelaki            AKHIR
 11          18           4x400m             Perempuan            AKHIR
 12          19         Lompat jauh             Lelaki            AKHIR
 13          20         Lompat jauh          Perempuan            AKHIR
 14           21            Lompat tinggi               Lelaki                AKHIR
 15           22            Lompat tinggi            Perempuan                AKHIR
 16           23            Lontar peluru               Lelaki                AKHIR
 17           24            Lontar peluru            Perempuan                AKHIR
 18           25           Lempar cakera                Lelaki                AKHIR
 19           26           Lempar cakera             Perempuan                AKHIR
 20           27          Merejam lembing               Lelaki                AKHIR
 21           28          Merejam lembing            Perempuan                AKHIR




             Lampiran 1

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12,
   SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PETRI JAYA, KOTA TINGG JOHOR.


Semua Jawatankuasa Kerja
Kejohanan Olahraga 2012
Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
81900 Kota Tinggi Johor.

Tuan/puan,

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Kali Ke-12

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan
Olahraga Tahunan 2012 kali ke-12 akan diadakan seperti berikut:

      Tarikh         : 13 April 2012 (Khamis)
      Masa           : 9:00 pagi
      Tempat         : Dewan Seri SKPJ

2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut:
       2.1   Ucapan Pengerusi
       2.2   Ucapan PK HEM
       2.3   Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan
       2.4   Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi
       2.5   Hal-hal lain
Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan
amat dihargai.

Sekian

Yang menjalankan tugas
........................................
( Cik Nurulain Binti Hasan)
Setiausaha Kejohanan Olahraga 2012

s.k.
Tuan guru besar
Tuan PK. HEM

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:118
posted:2/14/2013
language:Unknown
pages:14