KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN DAKWAH

Document Sample
KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN DAKWAH Powered By Docstoc
					             PANDUAN
   PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN
SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH
   KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
          TAHUN 2012M/1433H




                  Disediakan oleh :
         Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
         Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
              Bahagian Pendidikan Islam
        KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                4 SEPTEMBER 2012




                                               1
                                     Kata-Kata Aluan




                                             Pengarah
                                     Bahagian Pendidikan Islam
                                   Kementerian Pelajaran Malaysia




Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya.
Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya’ wal
mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati.

Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada waktu ini sedang bersiap sedia
bagi menghadapi peperiksaan besar iaitu Peperiksaan UPSR dan PMR yang menjadi pengukur utama
para pelajar di semua sekolah di seluruh Malaysia. Dengan berakhirnya kedua-dua peperiksaan besar
ini, para pelajar terdedah kepada kelompangan masa yang perlu diisi oleh pihak sekolah dengan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mampu mengelakkan mereka daripada terdedah dengan aktiviti-
aktiviti yang tidak bermoral di luar sekolah.

Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengurusan
Dakwah dan Syiar Islam, merangka panduan pelaksanaan aktiviti kerohanian sebagai cadangan bagi
pihak sekolah dalam merangka dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar.
Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan para pelajar mendapat manfaat yang optimum
daripada pengisian aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian tersebut.

Akhir kalam, saya berharap agar semua pentadbir sekolah tidak mengira sama ada sekolah rendah
atau sekolah menengah akan sama-sama menjayakan pelaksanaan aktiviti berbentuk kerohanian
selepas peperiksaan UPSR dan PMR ini.

Sekian, wassalam.




(HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )




                                                                                                   2
PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR
          SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                                 TAHUN 2012M/1433H


1. PENGENALAN


Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-
Sekolah    Kementerian      Pelajaran   Malaysia   Tahun   2012   diwujudkan   bagi
memberikan pendedahan kepada pihak sekolah mengenai cadangan aktiviti-aktiviti
kerohanian yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi kelompangan masa khususnya
bagi para pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan UPSR dan PMR.


2. OBJEKTIF


   i. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar dengan pengaplikasian
      aktiviti-aktiviti kerohanian.


   ii. Melahirkan generasi pelajar yang mampu mengamalkannya serta menghayati
      setiap ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam dalam kehidupan harian
      mereka.

   iii. Mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri para pelajar terutama dalam
      menggarap aspek syukur dan cinta kepada agama Islam.


3. SASARAN


Para pelajar lepasan UPSR (bagi sekolah rendah) dan lepasan PMR (bagi sekolah
menengah).


4. TEMPAT


Premis sekolah atau kawasan sekitar yang bersesuaian.




                                                                                 3
5. CADANGAN AKTIVITI


                 UPSR                                            PMR
1. Qiyamullail                              1. Qiyamullail
2. Khemah Ibadat                            2. Khemah Ibadat
3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)          3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan tilawah                     4. Pertandingan tilawah
5. Gotong-royong perdana                    5. Gotong-royong perdana
6. Ceramah awal remaja                      6. Kursus/ seminar ;
7.Pertandingan mencipta buku skrap             i. Perundangan syarak
8. Lukisan mural                               ii. Perkahwinan
                            ii.
9.Tayangan video kisah para nabi/              iii. Amali haji
kisah teladan                        iii.      iv. Sembelihan
                                     iv.       v. Pengurusan jenazah
                                     v.        vi. Solat ketika peperangan (Khauf)
                                            7. Pertandingan mencipta buku skrap
                                            8. Lukisan mural
                                            9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah
                                            teladan


(Sila rujuk kepada Lampiran 1)


6. KAEDAH PELAKSANAAN


Pelaksanaan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan PMR.


7. PELAPORAN


Semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diisi dalam
Borang Maklum Balas dan hendaklah dihantar ke Bahagian ini untuk perhatian Ustaz
Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-
83217337) atau e-mail zamri.noor@moe.gov.my


(Sila rujuk kepada Lampiran 2)


                                                                                     4
8. PERKARA YANG DIPOHON


Bahagian ini memohon semua Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah
menengah     seluruh    Malaysia    mengambil      maklum   dan   bekerjasama   untuk
melaksanakan serta menjayakan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR
dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012. Diharap
pihak sekolah terutamanya para pelajar dapat manfaat yang paling maksima
daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.


Disediakan oleh :


Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia




                                                                                    5
                                                                         Lampiran 1

                                 1. QIAMULLAIL
Masa : 30 minit
Objektif :
1.    Melatih pelajar bermunajat untuk bangun malam.
2.    Pelajar dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.
3.    Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah di kalangan pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1.    Pelajar membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan oleh fasilitator.
2.    Ketua fasilitator mengajak semua peserta muhasabah diri tentang kesalahan
      lalu.
3.    Pelajar bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan
      dan dosa yang telah dilakukan.
4.    Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat taubat dan
      tujuannya.
5.    Bersama-sama mendirikan solat taubat dan menyambung zikir munajat.
6.    Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat witir dan tujuannya.
7.    Bersama-sama menunaikan solat witir serta berzikir sambil menunggu azan
      Subuh.




                               2. KHEMAH IBADAT
Masa : 2 hari 1 malam
Objektif :
1.    Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
2.    Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi anatar mereka di samping
      meningkatkan tahap keyakinan diri.
3.    Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mampu memikul tanggungjawab
      serta boleh memimpin.
Kaedah Pelaksanaan :
1.    Para pelajar mengikuti aktiviti perkhemahan di padang sekolah atau di mana-
      mana kawasan rekreasi.
2.    Pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti dengan bantuan para fasilitator.


                                                                                      6
Cadangan tentatif program :
HARI PERTAMA
      8.00 pg     - Pendaftaran
      8.30 pg     - Taklimat Program/ Pembahagian Kumpulan
      9.00 pg     - Ice Breaking
      10.15 pg    - Minum pagi
      10.30 pg    - Ceramah 1 (Konsep bersuci dalam perspektif Islam)
      11.45 pg    - Bengkel 1(Amali Istinjak)
      12.45 tgh   - Makan tengahari/ Solat Zuhur
      2.00 ptg    - Bengkel 2 (Amali wuduk)
      3.30 ptg    - Bengkel 3 (amali Tayammum)
      4.30 ptg    - Minum petang/ Solat Asar
      5.00 ptg    - Latihan Malam Kesenian Islam
      6.00 ptg    - Riadah
      7.10 mlm    - Solat Maghrib/ Kuliah
      9.15 mlm    - Persembahan Malam Kesenian Islam
      11.15 mlm   - Muhasabah diri
      12.00 mlm   - Tidur


      HARI KEDUA
      4.30 pg     - Qiyamullail/Solat Subuh/ Kuliah
      7.00 pg     - Riadah
      8.15 pg     - Solat sunat Dhuha
      8.30 pg     - Ceramah 2 (Falsafah solat : Pembentukan peribadi Muslim)
      9.30 pg     - Bengkel 4 (Azan dan Iqamah)
      10.30 pg    - Minum pagi
      10.45 pg    - Bengkel 5 (Amali solat)
      11.45 pg    - Bengkel 6 (Amali mandi wajib)
      12.45 tgh   - Makan tengahari
      1.15 ptg    - Solat Zuhur/ Kuliah
      2.00 ptg    - Khidmat masyarakat
      3.30 ptg    - Majlis penutup
      4.30 ptg    - Bersurai



                                                                               7
                    3. KERJA-KERJA KEBAJIKAN (LAWATAN)


Masa : 1 hari
Objektif :
1.    Mewujudkan hubungan yang erat antara pelajar dengan anggota masyarakat.
2.    Mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amal dan aktiviti kebajikan.
Kaedah Pelaksanaan :
1.    Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bergerak ke
      beberapa lokasi berbeza seperti hospital, rumah orang-orang tua, rumah anak
      yatim dan sebagainya.
2.    Setiap kumpulan bergerak dengan bas ke setiap lokasi pilihan dan
      melaksanakan kerja-kerja kebajikan di lokasi tersebut.
3.    Setiap pelajar perlu merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan di lokasi
      tersebut dan menyatakan impak yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan
      setiap aktiviti tersebut.




                            4.    PERTANDINGAN TILAWAH


Masa : 1 hari
Objektif :
1.    Melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bidang akademik tetapi juga
      mahir dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.
2.    Mewujudkan suasana menghayati ayat-ayat al-Quran dan kandungannya
      dalam diri pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1.    Pihak sekolah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kelas/
      tingkatan dan terbuka (turut melibatkan guru dan kakitangan sekolah)




                                                                               8
                         5.   GOTONG-ROYONG PERDANA


Masa : 1 hari
Objektif :
1.     Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih untuk pelajar.
2.     Melahirkan suasana kondusif untuk para pelajar menjalani proses Pengajaran
       dan Pembelajaran.
3.     Memupuk minat pelajar untuk menjaga kebersihan khususnya di kawasan
       sekolah.
Kaedah Pelaksanaan :
1.     Pihak sekolah menganjurkan Gotong-royong Perdana dengan melibatkan
       para guru, pihak Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi awam
       dan agensi swasta yang berkaitan.
2.     Pihak sekolah menyarankan agar semua pelajar turut menjemput ibu bapa
       mereka untuk sama-sama menjayakan Gotong-royong Perdana ini.




                         6.   CERAMAH/KURSUS/SEMINAR


Masa : 2 jam (ceramah) dan 1 – 2 hari (kursus/ seminar)
Objektif :
1.     Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
       menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran alaf akan datang.
2.     Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sesuatu isu yang perlu
       mereka tahu sebagai persediaan untuk menghadapi hari mendatang.
3.     Melahirkan kesedaran kepada para pelajar terhadap sesuatu isu yang
       dibincangkan dalam ceramah/ kursus/ seminar.
Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :
1.     Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.     Disarankan agar diadakan soalan kuiz (ceramah) dan pelaporan (kursus/
       seminar).




                                                                                9
                 7.        PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP


Masa : 1 minggu
Objektif :
1.     Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.
2.     Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.


Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :
1.     Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencipta buku skrap.
2.     Tema bagi buku skrap yang dihasilkan itu ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.     Setiap kumpulan diberikan tempoh masa seminggu untuk menyiapkan buku
       skrap tersebut.




                      8.      PERTANDINGAN LUKISAN MURAL


Masa : 2 minggu
Objektif :
1.     Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.
2.     Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.
Alatan : Peralatan melukis mural
Kaedah Pelaksanaan :
1.     Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melukis mural.
2.     Lokasi untuk melukis mural tersebut adalah di sekitar kawasan sekolah dan ia
       ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.     Setiap kumpulan diberikan tempoh dua seminggu untuk menyiapkan lukisan
       mural tersebut.




                                                                                 10
         9.    TAYANGAN VIDEO KISAH PARA NABI/KISAH TELADAN


Masa : 2 minggu
Objektif :
1.    Memaparkan kepada pelajar tentang kisah para nabi/ kisah teladan untuk
      dijadikan renungan bersama dan diambil iktibar daripadanya.
Alatan : Video kisah para nabi/ kisah teladan
Kaedah Pelaksanaan :
1.    Video tentang kisah para nabi/ kisah teladan di pilih oleh pihak sekolah.
2.    Pelajar diminta untuk menyenaraikan semua unsur teladan yang boleh
      diperolehi daripada kisah-kisah tersebut.




                                                                                  11
                                                                                                                           Lampiran 2
                                                       Borang Maklum Balas
                            Pelaksanaan Aktiviti Agama Selepas UPSR dan PMR
                    Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012


1.             Nama Sekolah                      : .......................................................................................
2.             Alamat Sekolah                    : .......................................................................................
3.             No. Telefon                       : .......................................................................................
4.             E-mail Sekolah                    : .......................................................................................


                                                                                                      Jumlah
                                                                        Tarikh
         Bil                   Aktiviti                                                               Pelajar                 Catatan
                                                                   Pelaksanaan
                                                                                                      Terlibat




     Cadangan/Komentar
     ........................................................................................................................................
     ...........................................................................................................................
     Tandatangan Guru Besar/Pengetua


     .........................................
     (                                       )                                                                   Cop sekolah
     Tarikh : ............................
     Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan
     Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian Ustaz
     Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail
     zamri.noor@moe.gov.my



                                                                                                                                             12
13

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:0
posted:2/13/2013
language:Unknown
pages:13