Docstoc

Jenis penyakit kencing manis

Document Sample
Jenis penyakit kencing manis Powered By Docstoc
					Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis
penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah),
terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:


Kencing Manis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin
Dependent Diabetes Mellitus') atau kencing manis awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan
penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat
simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula
jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.


Kencing Manis jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan
terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih
mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan
makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan
insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau
memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Kencing manis semasa mengandung, keadaan ini adalah sementara, ia berlaku disebabkan perubahan
hormon semasa mengandung.




kencing manis

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:6
posted:2/9/2013
language:Malay
pages:1
Description: Apakah penyakit kencing manis dan tahap tahapnya