Docstoc

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Document Sample
PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI Powered By Docstoc
					PANTANG LARANG MASYARAKAT
        ORANG ASLI
Pengenalan
 Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia
 merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum
  yang berbeza-beza.
 dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito,
  Senoi dan Melayu Asli.
 Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam
  suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku
  kecil.
 Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan
  mempunyai keunikan yang tersendiri.
Kelahiran
 Terdapat sedikit persamaan dengan adat resam masyarakat Melayu
 Sewaktu Mengandung :
   wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan
      membantu wanita berkenaan ketika bersalin
     Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang dipilih itu perlu
      melakukan upacara melenggang perut.
     Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang
      mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan
      gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi.
     Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada di kedudukan
      yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak.
     Adat ini juga akan disertai dengan sedikit jamuan makan.
 Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang
  seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi
  akan menyamai haiwan berkenaan.
 Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana
  dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.
 Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh
  dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan
  tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.
 Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang
  kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati
 Semasa Bersalin :
 Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
  menggunakan serpih buluh yang tajam dan dimandikan dengan air
  suam.
 Uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri dicuci, digaul dengan
  serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang
  sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki.
 Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut
  ditanam.
 Mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada
  bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna.
 Selepas Lahir :
   Memberi Nama
    Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya
    selepas selamat dilahirkan.
   Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan,
    ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga
    menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan.
   Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.
   Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu
    ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan
    ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya.
 Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baru, ibu kandung akan
    pulang ke rumah.
   Tetapi tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan
    kembali bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya.
   Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai.
   Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran nama bayi
    tersebut.
   Kadang kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran.
   Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan yang
    menyerupai adat menepung tawar di kalangan masyarakat
    Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.
 Tanggal Tali Pusat
   Tali pusat akan tanggal dalam tempoh seminggu selepas bayi dilahirkan.
   Masyarakat Orang asli akan menguruskan tali pusat tersebut dengan
      sebaik-baiknya.
     Tali akan dibungkus dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji
      lada hitam.
     Kemudian tali pusat itu digantung di atas api bertujuan untuk
      memelihara kesihatan bayi.
     Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi
      minum kepada bayi supaya sembuh.
     Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan
      kepadanya untuk dijadikan permainan.
     Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat
      yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut
      merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'
Kematian
 Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan
  berlainan mengikut suku kaum sendiri.
 Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih
  dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah
  rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara.
 Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si
  mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda
  menghormati si mati.
 Kemudian ahli keluarga yang paling rapat akan menangis,
  tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak
  mengganggu si mati.
 Pada masa yang sama ahli keluarga membaca beberapa
  mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga
  dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.
 Ada juga di kalangan mereka yang mengenakan si mati
  dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika
  perkahwinan.
 Bahkan ada pula yang mengenakan pakaian biasa kepada si
  mati. Pemakaian baju yang menarik adalah sebagai
  penghormatan terakhir kepada si mati.
Pengebumian
 Kebanyakan mayat akan dikebumikan di kawasan yang khas.
  Bagi kebanyakan suku kaum yang mengamalkan kehidupan
  secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di
  kawasan petempatan mereka.
 Oleh itu mereka akan berpindah ke kawasan lain kerana
  dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli
  keluarga yang lain.
 Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di
  kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu
  besar atau diletakkan sebelah busut. Namun amalan tersebut
  semakin berkurangan.
Perkahwinan
 Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia
  masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia
  yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga.
 Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah
  tidak lebih daripada usia kaum lelaki.
 Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin,
  bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang
  telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh
  ditentukan oleh ibu bapa.
 Ada juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang telah
  bertunang sejak kecil lagi.
 Kebiasaannya pengantin lelaki dan perempuan mempunyai
  hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau
  mempunyai suku kaum yang sama.
 Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin
  lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku lain.
  Namun apa yang pasti bakal pengantin perempuan perlu
  mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki
  suku kaum suami.
  Hantar Tanda
 Hari menghantar tanda atau menghantar cincin diketuai oleh
  seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari
  meminang.
 Sebelum itu kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk
  mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin
  tanda.
 Setelah itu barulah penghantaran cincin tanda dilakukan.
  Biasanya menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa
  dan ahli keluarga yang lebih tua.
  Meminang
 Pada masa yang ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh
  kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/
  Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya
  berlainan suku kaum.
 Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar
  atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu
  tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan
  iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari
  upacara meminang.
  Upacara Perkahwinan
 Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua
  mempelai yang bertujuan membuang sial.
 Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh
  bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas
  berkahwin.
 Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk
  membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan
  boleh memikul tanggungjawab masing-masing.
 Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan
  pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai.
 Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai
  yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga
  ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan
  diadakan.
 Semasa upacara persandingan dilakukan, semua ahli keluarga
  akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar
  dan pulut sebagai merestui perkahwinan tersebut. Pakaian
  pengantin adalah sederhana.
 Kebanyakan pakaian pengantin mengikut pakaian tradisional
  masing-masing. Pengantin akan dihias dengan pelbagai
  aksesori yang dibuat sendiri.
 Aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah
  gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik yang
  beraneka warna. Kemudian lilitan kepala pula diperbuat
  daripada daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan
  tersebut.
 Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan
  oleh kedua-dua belah wakil.
 Makanan yang lazat itu kemudian diagih-agihkan kepada para
  tetamu untuk dimakan bersama-sama wakil kedua-dua belah
  pihak. Selepas itu upacara persandingan dijalankan dan
  diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai
  sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan.
 Setelah itu barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.
Selepas Perkahwinan
 Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah
  pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah
  pengantin perempuan.
 Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan
  adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara
  saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini
  adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra
  dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6
posted:1/29/2013
language:Unknown
pages:21