sains and islam

Document Sample
sains and islam Powered By Docstoc
					                      ISLAM DAN SAINS
                   Oleh Haji Ir. Muhammad Nasir Mokhtar, BSc


Idea-idea atau buah fikiran thema perbincangan ini adalah hasil kajian penulis-penulis
Pakistan, Dr. Pervez Amirali Hoodbhoy dan Turki, Adnan Oktar atau nama penanya
Harun Yahya.

Islam dan Sains: Adakah keduanya serasi?

Prof. Mohammed Abdus Salam, penerima Hadiah Nobel 1979 dalam kajian
Fiziks, pernah berkata:
“Tidak dapat disangkal lagi pada hari ini bahawa dari semua tamaddun di dunia ini,
negara-negara Islam adalah paling lemah dalam ilmu sains. Kemelut ini tidak boleh
diambil mudah kerana kelangsungan hidup (atau survival) yang bermaruah pada hari ini
bergantung kepada kekuatan dalam ilmu sains dan teknologi.”

Bayangkan bahawa sepasukan penyelidik dari planet Marikh datang ke dunia di
antara abad ke-9 dan ke-13. Tugas atau misi mereka adalah untuk mengkaji
perkembangan budaya dan sosial manusia. Dari pemerhatian mereka, didapati
bahawa ada masyarakat yang dinamik dan berkembang ke arah peradaban yang
lebih baik dan tinggi, manakala terdapat juga budaya dan peradaban yang kaku
dan rendah serta terikat kepada unsur-unsur tradisi dan ritual. Para penyelidik ini
akan membuat laporan bahawa peradaban yang paling maju adalah peradaban
atau tamaddun Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur
seperti adanya Bait-ul-Hikmah, pusat-pusat pemerhatian astronomi, hospital-
hospital dan sekolah-sekolah. Baghdad pula merupakan tempat yang paling
“bercahaya” kerana ia menjadi pusat intelek dunia di mana cerdik pandai dari
seluruh pelusuk dunia datang untuk menuntut ilmu. Nama-nama seperti Ibn
Haytham dan Omar Khayyam pula terkenal sebagai saintis moden. Akan tetapi
pada masa yang sama terdapat perbedaan yang amat ketara sekali dengan
tamaddun Eropah di mana mereka tenggelam di dalam Zaman Gelap (Dark
Ages), tidak ada perkembangan ilmu. Sebaliknya mereka kelihatan sungguh
ganas, seperti Pope yang memerintahkan pembakaran ‘ahli-ahli sihir wanita’.

Bayangkan pula, sekiranya pasukan penyelidik dari planet Marikh ini datang
sekali lagi pada hari ini. Mereka akan terkejut kerana apa yang diperhatikan
sepuluh abad yang lalu amat berbeza dari apa yang berlaku sekarang.
Tamaddun yang satu masa dahulu merupakan yang paling maju kini telah
terperangkap di dalam zaman pertengahan; menolak kepada pembaharuan dan
terus berpegang kepada nilai-nilai kuno. Sebaliknya, tamaddun yang kelihatan
kaku dan ganas pada masa dahulu telah amat maju ke hadapan. Mereka akan
tertanya-tanya apakah telah berlaku pertukaran peranan dari kedua-dua


                                          1
tamaddun tersebut dari sebab nasib? Atau adakah disebabkan oleh
kemenangan peperangan satu pihak ke atas pihak yang lain? Atau adakah
kerana telah berlaku perubahan pemikiran dan sikap kedua-dua tamaddun
tersebut?

Sudah lebih 700 tahun tamaddun Islam kehilangan hampir seluruh kemahuan
dan kebolehan di dalam ilmu sains. Sejak dari itu, selain dari usaha semasa
Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Mohammed Ali di Mesir, tidak ada
usaha-usaha yang signifikan untuk mengembalikan kegemilangan tamaddun
Islam. Ini adalah hakikat yang amat dikesali oleh kebanyakan orang Islam.
Sesungguhnya hakikat ini amat merisaukan para reformis Islam pada hari ini.
Tetapi, sebaliknya, terdapat para pengamal Islam tradisional tidak merasa kesal
dengan hakikat tersebut, malah ada yang selesa dengan kehilangan kemajuan
sains kerana mereka berpendapat bahawa pengaruh sekular yang merosakkan
dapat dihindar dengan menjauhkan ilmu sains dari Islam.

Kemajuan sains dan ideologi tidak dapat dipisahkan. Justeru, timbul persoalan
pokok: adakah Islam itu harmonis dan seiring dengan sains atau pun sebaliknya?
Perdebatan yang berlarutan di antara reformis Islam dan pengamal Islam tradisi
mengenai persoalan ini tidak membawa kepada penyelesaian kepada
kemunduran umat Islam hari ini. Masing-masing berpegang kepada hujah-hujah
dan tafsiran-tafsiran yang berbeda walaupun dari sumber yang sama, ia itu dari
hadis-hadis atau al-Qurán. Isu pokok perbedaan mereka ialah: sains itu ilmu
sekular dan tidak mungkin sebaliknya. Bagaimanapun, ciri sekular sains itu tidak
menyangkal kewujudan Tuhan. Akan tetapi bukti-bukti kebenaran sains itu tidak
bergantung kepada kepercayaan wujudnya tuhan kerana setiap yang ditemui itu
diperolehi daripada usaha-usaha ujian, pemerhatian dan logik. Sama ada para
saintis itu alim atau sebaliknya, ilmu sains tetap tidak berubah.

Perdebatan tersebut tidak akan sampai kepada penghujungnya. Sama ada sains
itu sekular atau tidak, hakikatnya ilmu sains amat penting dalam kehidupan pada
zaman ini. Setelah dunia berputar masuk abad ke-21, sikap Islam terhadap sains,
sama ada tiori atau praktikalnya, memberi impak yang amat penting kepada
masyarakat Muslim. Sains bukan lagi merupakan ilmu untuk golongan elit atau
cendikiawan sahaja. Sebaliknya ilmu sains telah merubah peradaban manusia;
tidak kira untuk kebaikan atau keburukan. Kekuatan ketenteraan, kuasa politik
dan kemewahan ekonomi sesebuah negara moden banyak bergantung kepada
kebolehannya memahami, mengawal dan mencipta sains moden. Bukti yang
amat ketara ialah semasa Peperangan Teluk di antara Tentera Bersekutu
dengan Iraq.

Telah terbuku di dalam sejarah bahawa antara sebab kejatuhan tamaddun Islam
itu ialah kerana kegagalan menguasai sains. Malah kelemahan Islam dalam
sains telah menaikkan kuasa Barat dalam beberapa abad yang lalu. Di zaman
pertengahan, perhubungan di antara Islam dan Barat berbeda-beda; ada kalanya
mesra dan adakalanya bermusuhan. Pemerintahan Islam di Sepanyol selama



                                      2
tujuh abad telah memberi peluang kepada orang-orang Eropah menimba
khazanah ilmu Yunani (Greek) dan Islam. Tetapi apabila timbulnya Peperangan
Salib serta penguasaan Empayar Uthmaniah di Balkan, hubungan di antara
kedua tamaddun tersebut menjadi tegang tanpa kesudahan. Sikap prejudis dan
syak wasangka tersebut diwarisi hingga ke hari ini.

Kemudian timbul Renaissance atau Zaman Kebangkitan di Eropah. Kejatuhan
sistem ekonomi feudal dan timbulnya sistem kapitalisme secara meluas yang
menyebabkan perubahan masyarakat, telah melahirkan sains moden di Eropah
400 tahun yang lalu. Budaya baru dengan sains moden ini cenderung melakukan
pelbagai ujian dan kajian secara lebih teratur berdasarkan kepada alam semula
jadi. Mereka tidak lagi terikat dengan ‘fatwa-fatwa’ atau cengkaman para paderi
atau agamawan. Dengan kemajuan sains, orang-orang Eropah mendapat
kekuasaan baru yang tidak pernah mereka impikan. Dengan kuasa ini juga
mereka dapat memahami hukum alam dengan lebih mendalam dan seterusnya
mencipta teknologi-teknologi yang baru. Malangnya, sains ini juga digunakan
sebagai senjata untuk menjajah dan menghambakan tamaddun yang masih
mundur teknologinya secara lebih sistematik.

Masyarakat Islam rata-ratanya tidak terdaya menangkis serangan kuasa
imperialisme pada abad ke-18. Hampir semua negara-negara Islam, dari Afrika
Barat hingga Asia Timur, telah dijajah. Kekuatan pihak penjajah bukan
bergantung kepada bilangan askarnya, tetapi kepada penggunaan ilmu sains
moden. Pertentangan di antara kedua tamaddun tersebut tidak seimbang kerana
satu pihak menggunakan senjata-senjata moden, seperti senapang dan meriam,
manakala satu pihak lagi masih menggunakan senjata lama seperti pedang dan
panah. Peralatan yang canggih seperti kapal wap, telegraf, barangan hasil mesin
dan kaedah organisasi moden merupakan tulang belakang kepada kekuatan
penjajah. Negara-negara Islam berperang dengan kekuatan dari segi bilangan
tetapi tanpa teknik peperangan moden mereka telah tumpas kepada tentera
penjajah yang lebih berdisiplin dan teratur serta berkelengkapan moden,
walaupun mempunyai bilangan yang jauh lebih kecil. Konfrontasi di antara dunia
Barat, yang lebih maju dari segi industri dan ekonomi, dengan dunia tradisional
telah menimbulkan pelbagai kesengsaraan. Hasrat dunia Barat ialah ‘memberi’
tamaddun baru kepada negara-negara yang dijajah dengan memusnahkan
budaya tempatan. Kesan parut kemusnahan tersebut masih terasa hingga ke
hari ini.

Era kemerdekaan negara-negara yang dijajah bermula selepas Peperangan
Dunia Kedua. Setelah berlaku kemusnahan sistem ekonomi, sosial dan budaya
tradisional serta hubungan politik oleh kuasa imperialisme Barat, timbul pula
gejala politik orang-orang Islam di kalangan negara-negara tersebut. Namun
peranannya amat terbatas, hinggakan persempadanan negara-negara mereka
ditentukan oleh kuasa penjajahan sebelum mereka pulang. Kegembiraan
mendapat kemerdekaan tidak bertahan lama. Perampasan tanah Palestin,
kekalahan orang-orang Arab di dalam peperangan dengan Israel, kegagalan



                                      3
pemerintah negara-negara yang baru merdeka menangani dan mentadbir
dengan sistem demokrasi yang stabil telah memusnahkan harapan orang-orang
Islam mengecapi kemerdekaan sebenarnya. Kegagalan pemerintahan sekular
nasionalis-sosialis, - seperti Mossadeq di Iran, Nasser di Mesir, Sukarno di
Indonesia and Zulfikar Ali Bhutto di Pakistan – telah menimbulkan kekecewaan
yang lebih mendalam dan seterusnya membibitkan pergerakan-pergerakan
fundamentalis.

Bentuk pemerintahan birokrasi-tentera dan puak feudal tertentu menjadi dominan
di kalangan negara-negara Islam. Sistem pemerintahan sedemikian amat jauh
menyimpang dari nilai-nilai sosial dan etika Islam itu sendiri. Akan tetapi
kekuatan pemerintah dan negara demikian telah dapat membina identiti dan
menyatukan masyarakat Islam moden. Malangnya pemerintah negara-negara
Islam ini tidak menunjukkan kebolehan atau kemahuan untuk mengatasi dan
menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran dunia moden, terutamanya
pembangunan sains dan budaya yang rasional. Jika dibandingkan dengan
negara-negara bukan Islam yang mempunyai sumber dan tahap pembangunan
budaya yang hampir serupa, negara-negara Islam masih jauh ketinggalan.

Pembangunan ilmu sains yang rendah merupakan kegagalan yang memberi
impak kepada kemunduran negara-negara Islam pada hari ini. Natijahnya,
negara-negara Barat pasti menguasai bidang ekonomi dan intelek untuk jangka
masa yang panjang. Walaupun kita telah melangkah ke abad 21, masih tidak
nampak pergerakan atau perubahan yang ketara di negara-negara Islam untuk
mencapai kebudayaan yang berteraskan sains.

Kegagalan kemajuan sains di kalangan negara-negara Islam juga berpunca dari
kegagalan pemerintah mempertahankan kedaulatan dan sumber negaranya,
menyediakan keperluan asas kepada rakyat jelata dan menubuh kerajaan yang
benar-benar mewakili rakyat. Jika kita lihat krisis di negara-negara Islam
semuanya adalah berpunca dari krisis politik. Tidak pernah berlaku dalam
sejarah orang-orang Islam terjadi pemisahan kuasa politik dengan masyarakat.
Dari Maghribi ke Syria, dari Iraq ke Pakistan dan Indonesia, orang-orang Islam
telah diperintah oleh kumpulan minoriti yang mempunyai kuasa mutlak. Hampir
semua pemerintah negara Islam mengamalkan korupsi dan penindasan
rakyatnya daripada mempertahankan sumber alam atau kedaulatan negara
masing-masing dan mereka lebih cenderung tunduk kepada campur tangan luar.
Kemelut ini juga telah menyebabkan negara-negara Islam jauh ketinggalan untuk
bersaing dengan negara-negara lain dalam mengejar kemajuan dan melakukan
penciptaan yang baru kerana kurangnya ilmu dan peralatan.


Sains: Ciri-ciri dan Sumber
Masa depan kemanusiaan dan sains berkait rapat. Sains, yang dipandu oleh
prinsip moral yang sejagat, menentukan kelangsungan hidup manusia yang


                                      4
bertamaddun di dunia ini. Dengan sains manusia dapat berhadapan dengan
angin dan ribut, penyakit-penyakit dan kepercayaan tahyul (atau superstitions)
yang menghantui manusia.

Pelbagai tentangan terhadap sains telah berlaku dari semenjak dahulu kala lagi,
terutamanya dengan kepercayaan agama bahawa sains adalah ilmu yang tidak
mempercayai agama. Sains pernah dikatakan memusnahkan nilai-nilai moral
beragama. Disamping itu, kekecewaan yang ketara terhadap apa yang dijanjikan
oleh sains untuk memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Sains telah
menjadikan globalisasi dunia, tetapi sains masih gagal untuk menyatu padukan
manusia. Kita kini hidup di dalam suasana pencemaran alam yang
membahayakan di mana sistem ekologi telah dimusnahkan oleh sisa tamaddun
industri. Kerap kali manusia yang mempunyai agenda cita-cita ketenteraan
menilaikan sains untuk membuat rekabentuk yang membahayakan manusia.
Justeru, sains jika disalahgunakan boleh merosakkan peradaban manusia.

Kelahiran sains moden telah bermula sejak dari zaman tamaddun Islam lagi
tetapi kemuncaknya ialah methodologi yang lebih saintifik dalam membuat ujian,
penemuan dan ciptaan. Selepas Copernicus, seorang ahli astronomi berbangsa
Poland, dunia tidak lagi dianggap sebagai pusat cakerawala tetapi hanyalah
sebuah dari banyak planet yang mengelilingi sebuah bintang di satu sudut
galaksi. Manusia mula menyedari bahawa mereka bukanlah pusat segala
ciptaan, tetapi hampir tidak bermakna jika dibandingkan dengan ciptaan alam
semesta ini. Terdapat banyak lagi ahli-ahli dalam bidang-bidang sains yang
berjaya membuat penemuan baru selepas mereka bebas dari cengkaman kuasa
gereja Kristian di zaman pertengahan.

Dengan penemuan-penemuan yang baru dalam Revolusi Saintifik, maka
lumpuhlah kuasa Gereja dan seterusnya menukar konsep Tuhan di dalam
theologi Kristian. Anehnya, penemu-penemu tersebut (seperti Descartes, Galileo,
Voltaire dan Newton) bukanlah orang yang tidak beragama. Sebaliknya mereka
juga penganut agama Kristian yang kuat. Malah mereka berpendapat bahawa
hukum alam ini tidak akan sempurna tanpa wujudnya satu Tuhan atau Pencipta.
Tetapi bagi mereka Tuhan ini berbeza dengan Tuhan yang mereka pernah
pelajari yang tugasnya hanya memakbul doa manusia yang meminta atau
melakukan mukjizat untuk orang-orang tertentu. Mereka kini mempercayai
bahawa Pencipta itu adalah yang mengatur pergerakan alam yang amat
kompleks ini mengikut hukum-hukum tertentu.


Adakah sains moden itu sains Barat?
Dua orang ahli sains Barat, Michael Moravscik dan John Ziman, pernah menulis
berkenaan penyebaran sains ke Dunia Ketiga seperti berikut:




                                      5
Dengan tamaddun industri Eropah datangnya sains Eropah. Ia merupakan
‘package deal’. Tidak timbul lagi persoalan sama ada sesuatu budaya itu maju
atau mundur dengan mempunyai sains masing-masing: proses pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan sosial kini tertakluk kepada tilikan materialisme yang
rasional oleh Eropah pasca-Renaissance dan koloni-koloninya di Amerika Utara.
Buat masa ini, hanya sains Eropah patut dijadikan kuasa budaya yang dominan
di seantero dunia.

Di sini terdapat dua orang ahli sains Barat yang tidak segan silu mendabik dada
menyuarakan bahawa bangsa Eropah adalah lebih ‘superior’. Justeru, adalah
wajar tamaddun mereka diekspotkan ke Dunia Ketiga. Sikap ini tidak ada
bezanya dengan sikap misi Kristian di zaman silam yang amat taksub dengan
agama Kristian sebagai penyelamat manusia. Misi zaman baru ini mempunyai
cita-cita untuk menjadikan sains Eropah sebagai kuasa budaya yang dominan di
seantero dunia. Mereka beranggapan bahawa sejarah budaya dan saintifik
tamaddun yang lain hanya layak dibakulsampahkan.

Ramai cerdik pandai Dunia Ketiga mengiktiraf teknik dan falsafah sains moden
yang diasaskan di Eropah. Tetapi perlu diingat bahawa sumbangan tamaddun
Cina, Islam dan Hindu wajar diberi pengiktirafan yang sepatutnya. Mampukah
sains moden berkembang jika tamaddun-tamaddun tersebut tidak meletakkan
asas sains itu? Sumber sains itu berakar umbi daripada pelbagai budaya. Orang-
orang Yunani – yang dianggap sebagai pengasas sains moden – tidak akan
mampu membuat pelbagai innovasi dan idea tanpa sumbangan material dan
intelektual dari negara-negara Asia dan Afrika. Oleh itu, adalah salah jika kita
beranggapan bahawa sains dan teknologi itu berasal dari Eropah. Sekiranya
orang beranggapan bahawa tamaddun Barat itu lebih ‘superior’, fikirkan semula
natijah tamaddun Barat di kem tahanan Auschwitz dan ledakan bom atom di
Hiroshima. Bagaimanakah harus kita menilai suatu tamaddun yang telah
mengakibatkan kesengsaraan yang begitu meluas di dunia kini?

Memang tidak dapat disangkal bahawa sumber terdekat sains moden adalah
disebabkan oleh perkembangan budaya di Eropah – zaman Renaissance dan
Revolusi Saintifik. Juga tidak dapat dinafikan bahawa tahap dan kuantiti
kemajuan sains yang telah dilakukan di Eropah. Pembangunan awal sains yang
berasal dari pelbagai tamaddun di merata tempat amatlah penting. Hanya
setelah bermulanya tamaddun industri, sains telah menjadi sebahagian budaya
yang mempengaruhi hidup setiap individu di dunia ini. Inilah hujah yang
dipropagandakan untuk membuktikan bahawa sains adalah kepunyaan Eropah.

Rekod sejarah kemanusiaan hanyalah lebih kurang 10,000 tahun. Tetapi
sebelum itu juga telah terdapat pelbagai zaman di mana tidak terdapat sebarang
ilmu pengetahuan. Mungkin juga pada masa hadapan akan ada zaman-zaman
yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Jadi, sejahara ilmu dan sains itu tidak
relevan untuk dibincangkan. Apa yang dapat dikatakan ialah, perkembangan
ilmu sains telah berlaku hanya beberapa ribu tahun yang lalu – manakala di



                                       6
Eropah baru empat ratus tahun sahaja. Kemungkinan mana-mana spesis yang
mempunyai akal akan membangunkan ilmu sainsnya sendiri atas desakan
kelangsungan hidup. Manusia yang mempunyai daya fikiran dan berakal pasti
akan membangunkan ilmu sains untuk maju. Oleh kerana sains merupakan
natijah dari kecerdikan, adakah kelahiran sains moden di Eropah itu bermakna
bangsa Eropah itu lebih cerdik? Sehingga hari ini penyelidikan psikologi moden
masih belum mendapat bukti saintifik terhadap persoalan ini.

Isu kecerdikan manusia sejagat berkait rapat dengan persoalan yang ditimbulkan
oleh Bertrand Russel yang berbunyi: “Bagaimanakah manusia berupaya
mengetahui apa yang diketahuinya, padahal hidupnya hanyalah sebentar dan
pergaulannya adalah secara peribadi dan terbatas?” Apa yang dipersoalkan oleh
Russel ialah bagaimana setiap manusia dapat sebegitu banyak ilmu padahal
hayatnya hanyalah antara 60-70 tahun sahaja. Tiori linguistik moden mendapati
persoalan Russel itu boleh dijawab berdasarkan penyelidikan saintifik.
Penyelidikan tersebut merumuskan bahawa kebolehan berbahasa adalah sangat
penting sebagai cermin akal dan keupayaan manusia untuk memahami sesuatu.
Seorang ahli falsafah linguistik, Noam Chomsky, menyatakan bahawa manusia
mengetahui apa yang diketahuinya kerana manusia itu dilahir untuk mengetahui.
Maksudnya ialah manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berbahasa.
Setiap manusia yang telah lahir mempunyai struktur mental untuk berfikir, yakni
manusia hanya memerlukan stimuli tertentu untuk membolehkan dia
menggerakkan proses berfikirnya secara kreatif. Penemuan Chomsky mengenai
nahu atau grammar manusia yang universal menunjukkan bahawa, pada
asasnya, pemikiran dan tingkah laku (behaviour) manusia adalah universal. Ia
tidak bergantung kepada bangsa manusia itu semata-mata. Oleh itu, ilmu sains
adalah milik intelek manusia sejagat dan warisan budaya yang universal.


Pertentangan di antara sains dan Kristian di zaman
pertengahan
Dalam setiap agama yang berteraskan orthodoks, termasuk Islam fundamentalis,
kerap tidak senang kepada kaedah atau penemuan sains. Tetapi di dalam
sejarah, Kristian orthodokslah yang menjadi seteru sains untuk jangka masa
yang paling lama. Seribu tahun sebelum zaman Renaissance, Eropah dikuasai
cengkaman kuku besi Gereja Kristian. Sikap Gereja yang tidak ada tolak ansur,
prejudis, syak wasangka dan berkepercayaan tahyul (superstitious) telah
membantut perkembangan sains. Akibat syak wasangka kepada pemikiran
bebas, pihak gereja menindas semua ajaran yang tidak selari dengan ajaran
gereja. Akibatnya banyak orang-orang yang disyakki ahli sihir atau penyeleweng
agama telah dibunuh dengan pelbagai cara yang mengerikan: ada yang diikat
antara dua ekor kuda dan dikoyak dua, ada yang digantung atau dibakar hidup-
hidup. Malah orang yang telah mati pun turut dihukum, seperti yang terjadi
kepada Wycliffe yang bercanggah pendapat dengan Archbishop Ussher tentang



                                      7
penciptaan dunia. Menurut Archbishop Ussher, penciptaan dunia bermula pada 9
pagi Ahad 23 Oktober 4004 B.C. (SM) Manakala Wycliffe memberi bukti
berdasarkan fossil dan ilmu geologi bahawa dunia ini telah wujud lebih beberapa
ratus ribu tahun. Walaupun Wycliffe telah mati sebelum dihukum, pihak gereja
telah mengarahkan supaya kuburnya digali dan dihancurkan tulang belulangnya
sebelum ditaburkan ke laut.

Mengapakah gereja begitu tegas menindas manusia yang mempunyai idea-idea
baru tetapi berbeda dengan pendapat gereja? Antara sebab-sebabnya ialah:

(1). Gereja telah menentukan setiap peraturan sosial masyarakat, termasuk ritual
sembahyang, makan dan minum, berkahwin dan seks. Agama Kristian zaman
pertengahan merupakan peraturan hidup lengkap yang ditentukan oleh gereja.

(2). Kepatuhan kepada peraturan-peraturan di atas bergantong, dengan
keupayaan gereja menguatkuasakannya, kepada pengikut-pengikut Kristian
tanpa soaljawab.

(3). Pelanggaran kepada peraturan-peraturan tersebut, sama ada oleh sains
atau lain-lain, boleh meruntuh dan memecahkan keseluruhan peraturan sosial
pada masa itu.

(4). Sains dan pemikiran bebas dianggap sebagai ancaman dan perlu
diharamkan.

Penindasan pemikiran saintifik oleh gereja zaman pertengahan merupakan titik
hitam kepada peradaban manusia. Berikut adalah beberapa kisah pertentangan
di antara sains dengan gereja:

(1). Doktrin yang mengatakan bumi ini adalah spiar (sphere) telah ditentang
hebat oleh gereja. Alasannya ialah tidak masuk akal pokok-pokok tumbuh
terbalik, atau hujan dan salji jatuh ke atas.

(2). Mengikut fatwa St Paul penyakit merupakan kerja jahat syaitan. Pada
pandangan gereja hantu-hantu adalah penyebab kemarau, ketidaksuburan
pokok-pokok, pencemaran udara. Hantu-hantu ini berterbangan di bawah awan
dan tertarik kepada darah dan wangian yang dipersembahkan kepada mereka
sebagai tuhan-tuhan oleh manusia.

(3). Wabak penyakit, seperti cacar dan kepialu adalah bala Tuhan. Inokulasi
melawan wabak berkenaan telah diharamkan oleh gereja dengan alasan bahawa
cacar merupakan balasan dosa-dosa manusia terhadap Tuhan.

(4). Halangan yang serius terhadap perkembangan sains perubatan ialah
pengharaman membedah mayat-mayat. St. Augustine mengecap mereka sebagi
tukang sembelih (butchers). Gereja juga beranggapan bahawa ‘menganiaya’



                                       8
mayat-mayat boleh membawa akibat yang buruk apabila mayat-mayat akan
dihidupkan semula pada hari kiamat

(5). Gereja mengatakan bahawa komet (tahi bintang) merupakan bola api yang
dilemparkan oleh Tuhan kerana marah kepada kezaliman manusia di dunia.

(6). Ribut taufan adalah perbuatan syaitan-syaitan. Oleh itu ritual ‘pembersihan’
(exorcism) telah digunakan untuk melawan kuasa angin dengan membaca
mentera-mentera dan membunyikan loceng-loceng gereja. Pada 7 Disember
1484, Pope Innocent VIII membuat fatwa bahawa ribut taufan adalah perbuatan
ahli sihir untuk memusnahkan tanaman-tanaman. Mereka yang disyakki ahli sihir
telah didera dan disiksa sehingga mati.

(7). Mengikut kepercayaan gereja, kilat petir adalah disebabkan oleh 5 dosa
manusia:
    a. Enggan bertaubat
    b. Banyak membuat kesalahan
    c. Tidak membaikki gereja-gereja yang rosak
    d. Penipuan apabila membayar ‘zakat’ kepada paderi-paderi
    e. Penindasan ke atas orang bawahan

   Ada Pope yang mengatakan bahawa kilat petir itu adalah ‘jari Tuhan’. Dalam
   tahun 1752 Benjamin Franklin membuat ujian dengan layang-layang dan
   membuat penemuan bahawa kilat petir itu adalah kuasa elektrik. Penemuan
   ini ditentang oleh gereja sehinggakan mereka tidak menerima cadangan
   untuk melindungi bangunan tinggi, terutamanya gereja, dari panah petir
   dengan menggunakan ‘lightning rod’. Akibatnya banyak gereja, yang tidak
   mempunyai pelindung petir, telah rosak dan ramai tukang bunyi loceng (bell
   ringers) mati kena panahan petir.


Keadaan tahap sains di negara-negara Islam
Sekiranya kita naik pesawat dan terbang diruang angkasa negara-negara Islam,
dari Karachi ke Tehran dan dari Dubai ke Riyadh, kita akan dapati banyak
persamaan. Yang dimaksudkan persamaan ini bukanlah persamaan dari segi
akidah, tetapi persamaan dari segi teknologi Barat dalam bentuk bangunan yang
tinggi, lapangan terbang, lebuhraya yang sesak dengan kenderaan, antenna TV,
dll. Teknologi yang digunakan untuk menjana ekonomi negara-negara masing-
masing, seperti mencarigali minyak, menggerudi, menapis dan pengangkutannya
juga diimpot. Negara-negara Barat memberi kemudahan kepada negara-negara
pengeluar bahan mentah ini menukar dengan barangan yang telah siap dikilang,
seperti kapal terbang, senjata, peluru, sehinggalah kepada pembuka tin.

Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada negara-negara Islam kekayaan minyak
mentah. Namun setelah dikaji, simpanan bekalan minyak ini bukanlah untuk


                                       9
selamanya kerana lambat laun ia akan habis juga. Buat masa ini negara-negara
pengeluar minyak ini menggunakan kekayaan tersebut untuk membiayai
keperluan negara masing-masing, sama ada untuk keperluan domestik atau
peperangan. Telah dibuktikan oleh sejarah bahawa masyarakat yang tidak
produktif akan menghadapi kehancuran dan seterusnya akan dipinggirkan.
Justeru, telah banyak kedengaran diperkatakan bahawa negara-negara Islam
atau Dunia Ketiga perlulah melakukan pemindahan teknologi daripada negara-
negara maju. Pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang mendakwa
bahawa ada konspirasi dunia Barat untuk memastikan negara-negara Islam tidak
akan maju dan mesti terbelakang dari segi teknologi. Adakah dakwaan begini
yang sebenarnya telah menyebabkan negara-negara Islam terbelakang?

Dari kajian, didapati terlalu banyak percanggahan pendapat tentang sebab-
sebab kemunduran saintifik di negara-negara Islam. Dari satu sudut, didapati
bahawa negara-negara Islam kini dicengkami oleh teknologi Barat serta
penggunaan (consumerism) yang berdasarkan pasaran, yakni dari kesan hasil
Revolusi Saintifik. Oleh itu, sains diperlukan untuk menjana ekonomi sesebuah
negara. Jadi tidak masuk akal sekiranya orang-orang Islam sendiri menolak
sains. Dari sudut yang lain, teknologi dan pasaran telah menyebabkan
berlakunya identiti yang seragam dan menghakis identiti lama. Pemikiran
tradisional merasa terancam atau kurang senang dengan sifat-sifat sains yang
memerlukan banyak pertanyaan serta perkembangan idea. Ini telah
menyebabkan berlaku pertentangan di antara Muslim yang modenis dan Muslim
tradisional, terutamanya di negara-negara yang diperintah oleh fahaman
orthodoks. Pernah berlaku dalam satu konferens negara-negara Islam timbul
persoalan sama ada sains itu Islamik atau tidak. Ada yang beranggapan bahawa
sains itu sekular maka ia bercanggah dengan akidah.

Sekarang kita berbalik kepada isu kedudukan sains di negara-negara Islam.
Bagaimanakah status sains itu boleh diukur kerana sains itu terlalu luas dan
merangkumi kehidupan harian manusia yang juga telah banyak berubah
mengikut masa? Kaedah kajian boleh didasarkan kepada empat faktor:

(1). Sains sebagai faktor utama untuk menyenggara dan membangunkan proses
yang produktif untuk kesejahteraan hidup masyarakat.

(2). Sains merupakan keperluan ahli-ahli sains yang terlibat secara langsung dan
sepenuh masa.

(3). Sains merupakan anasir atau elemen yang diperlukan di dalam sistem
pendidikan masyarakat.

(4). Sains sebagai salah satu pengaruh yang boleh membentuk fahaman dan
sikap manusia terhadap alam ini, - dari sudut saintifiknya, yakni penggunaan
prosedur berkaedah seperti pemerhatian, ujian, pengklassifikasi dan pengukuran
untuk mencapai kepada kesimpulan tentang sesuatu pengetahuan.



                                      10
Sains dalam pengeluaran
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kewujudan sains dalam dunia moden
ini disebabkan oleh keperluan ekonomi. Sains tidak akan berkembang sekiranya
tidak ada keperluan ekonomi. Sebagai contoh, orang-orang Yunani telah
mengetahui kuasa wap, tetapi mereka tidak membina lokomotif kerana tidak ada
keperluan ekonomi masyarakat disebabkan terdapat tenaga hamba abdi untuk
menggerakkan ekonomi.
Sekarang timbul pula persoalan apakah keperluan ekonomi yang menyebabkan
ahli-ahli sains seperti Newton dan Einstein membuat kajian sains? Apa perlunya
nombor-nombor khayal (imaginary numbers) dicipta untuk keperluan ekonomi?
Sains mempunyai daya motivasinya tersendiri untuk menggerak para cerdik
pandai untuk terus membuat kajian-kajian dan penemuan-penemuan baru.
Justeru, adalah jelas untuk merumuskan bahawa sains mempunyai faktor
dalaman dan luaran yang menyebabkan ia terus berkembang dari hari ke hari.
Pada hari ini, perbangunan saintifik diperlukan untuk menggerakkan masyarakat
menjadi lebih produktif yang secara langsungnya menjana pertumbuhan
ekonomi. Timbul pula persoalan, sejauh manakah negara-negara Islam
memerlukan sains untuk pengetahuan teknikal pada hari ini? Ini dapat dijawab
dari beberapa aspek:

(1). Salah satu penunjuk tentang pembangunan saintifik dan teknologi sesebuah
negara ialah sejauh mana peranan industri dan pembuatan untuk menjana
pertumbuhan ekonomi. Ini boleh diukur pada ‘value added’ dalam pembuatan itu
sendiri. Contohnya, besi mentah boleh diimpot dan diproses menjadi keluli yang
mana akan menjadi produk yang lebih tinggi nilainya daripada besi mentah itu
sendiri. Tetapi, untuk memproses besi mentah menjadi keluli, pelbagai
infrastruktur lain diperlukan, termasuk mesin-mesin, pengangkutan, bahan kimia,
dll. Dengan infrastruktur yang cekap, produk akan menjadi lebih sempurna dan
lebih murah dikeluarkan, atau dalam lain kata pembangunan sains meningkat
kecekapan pengeluaran. Secara langsung ‘value added’ boleh meningkat dan
seterusnya ekonomi juga meningkat.




                                      11
        Rajah 1: Value Added' dalam pembuatan, 1986 ($ per kapita): Sumber dari Bank Dunia


5000                                                                                                         4,697
4500
4000                                                                                              3,428
3500
3000
2500
2000
1500
1000
                                                                              253          320
 500              11           23         49             61          87
   0
                                                       ia
              h




                                                                                         ia
                                                                   ir




                                                                                                              un
                                                                                                  SA
                           n



                                         an




                                                                               i
                                                                             rk
           es




                                                                 es
                        da




                                                     es




                                                                                       er
                                                                            Tu




                                                                                                              p
                                      st




                                                                                                 U
        ad




                                                                M




                                                                                       g




                                                                                                           Je
                       Su




                                                on
                                   ki




                                                                                    Al
                                Pa
       gl




                                                 d
                                              In
       n
    Ba




      (2). Struktur barangan ekspot juga menjadi penunjuk pengindustrian sesebuah
      negara. Graf di bawah menunjukkan jumlah peratus sumbangan peralatan mesin
      dan pengangkutan negara-negara berkenaan:


              Rajah 2: % Peralatan mesin dan pengangkutan dari jumlah semua ekspot

 70                                                                                                            65
 60
                                                                                                     47
 50
 40                                                                                         32
                                                                                 27
 30                                                         17
 20
                           3          3             3                   7
 10           0
  0
                                                                                            a
                                                                     i
                                                a
         sh



                       n




                                                                                                               n
                                                                                a
                                 an




                                                                                                  SA
                                                           ir


                                                                   rk




                                                                                         di
                                             si




                                                                                                             pu
                                                                              si
                    da




                                                         es


                                                                 Tu
      de




                               st


                                           ne




                                                                                      In
                                                                            ay




                                                                                                 U
                  Su




                                                                                                          Je
                                                        M
                             ki
    la




                                                                         al
                                         do
                           Pa
  ng




                                                                        M
                                      In
Ba




                                                                12
(3). Dari 46 negara-negara Islam, hanya 24 mengeluarkan simen, 11
mengeluarkan gula, 5 mempunyai industri berat, 6 mengeluarkan barangan
tekstil dan 5 mengeluarkan kelengkapan senjata ringan.

(4). Secara umumnya, negara Islam adalah pengeluar bahan mentah,
terutamanya minyak. Negara-negara ini mengeluarkan 56% keperluan minyak
dunia, 37% gas asli, 80% jut, 70% getah, 75% minyak sawit, 25% bijiran, 13%
kapas dan 10% tebu untuk gula.

(5). Perdagangan dengan negara-negara bukan-Islam merangkumi 94%
manakala perdagangan sesama negara Islam hanya 6%.

(6). Berbanding dengan Dunia Ketiga yang lain, negara-negara Islam adalah
lebih kaya. Negara Islam terkaya ialah Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dengan
Pendapatan Negara Kasar per kapita $15,830, yang juga melebihi dari Jepun
($15,760).

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa ekonomi negara-negara Islam adalah
bersifat pengeluaran bahan mentah atau pertanian. Jika dibandingkan dengan
negara Islam bukan pengeluar minyak seperti Mesir dan Pakistan, ‘value added’
dalam pembuatan adalah sangat kecil dari jumlah ekonominya. Di samping itu
kaedah saintifik diperlukan untuk mencarigali minyak, melombong dan bertani.
Secara langsung keperluan tersebut menggerakkan kemahuan untuk belajar dan
membangunkan teknik-teknik baru. Bagaimanapun, teknologi mencarigali minyak
pada dasarnya diimpot dari negara-negara Barat, termasuk juga sebahagian
besar peralatan dan penyelidikan pertanian. Pada keseluruhannya, keperluan
sains dalam pengeluaran di negara-negara Islam tidak berapa penting dan tidak
dapat menjana perkembangan sains dengan lebih besar.




Sains sebagai sebuah institusi
Dalam abad ke-20, sains telah menjadi suatu institusi di mana beratus-ratus
orang, lelaki dan wanita, menjadikannya sebagai profesion. Masyarakat saintis
telah berkembang dengan pesatnya di seluruh dunia, termasuk negara-negara
membangun. Tetapi di negara-negara Islam, kadar pertumbuhan ini adalah
sangat perlahan. Di negara-negara Islam saiz masyarakat santifik, dan
produktiviti mereka, amat kecil jika dibandingkan dengan lain-lain negara. Jadual
di bawah menunjukkan pecahan bilangan pengarang-pengarang saintifik seluruh
dunia:




                                       13
                   Rajah 3:

                   Bilangan Pengarang-pengarang Saintifik,
                   1976

                   Seluruh Dunia                        352,000
                   Dunia Ketiga                          19,000
                   Negara-negara Islam                    3,300
                   Israel                                 6,100

Di antara negara-negara Islam, pengeluar bahan penulisan saintifik adalah Mesir,
Iran, Pakistan, Nigeria, Turki, Malaysia dan Lebanon. Jadual di bawah pula
memberi gambaran pecahan sumbangan bahan tulis saintifik beberapa buah
negara:
                         Rajah 4:

                        Peratus sumbangan bahan
                        tulis saintifik kepada dunia,
                        1976

                        Negara                          %

                        Negara                        %
                        Mesir                       0.21
                        Iran                       0.043
                        Iraq                       0.022
                        Libya                      0.002
                        Pakistan                   0.055
                        Saudi Arabia               0.008
                        Syria                      0.001
                        India                      2.260

Satu lagi pengukur keluaran saintifik saintis Islam ialah menjumlahkan bilangan
penulis-penulis di dalam penyelidikan bidang-bidang utama. Lebih dari separuh
pengarang-pengarang Muslim yang di’survey’, seperti di jadual di bawah, bekerja
di institusi-institusi Barat:

        Rajah 5:

        Penulis saintifik dalam bidang Fiziks, Matematik dan Kimia,
        1989

        Bidang                     Bilangan penulis Bilangan penulis
                                   yang di ‘survey’ Muslim




                                       14
        Fiziks                               4,168                 46
        Matematik                            5,050                 53
        Kimia                                5,375                128

Satu lagi penunjuk sumbangan saintifik yang didapati daripada ‘Science Citation
Index’ adalah seperti berikut:


        Rajah 6:


        Terbitan yang disenaraikan di dalam
        Science Citation Index, 1988
        Negara                    Bilangan        Bilangan Terbitan,
                                  Penduduk        1988
                                  (juta), 1987

        Argentina                            31                   25
        Bangladesh                         104                   1.8
        Brazil                             141                    33
        Mesir                                49                   17
        India                              700                    90
        Indonesia                          150                   2.5
        Iran                                 50                    2
        Iraq                                 17                    4
        Israel                              4.5                   72
        Malaysia                           16.5                    4
        Pakistan                           102                     4
        Turki                                51                 10.5


Bandingkan di antara sumbangan Israel dengan negara Arab dan kita lihat
perbedaan yang sungguh ketara. Sumber material bukanlah masalahnya kerana
KDNK negara Arab telah bertambah dari $25 bilion pada tahun 1967 kepada
$140 bilion pada tahun 1976, tetapi sumbangan saintifiknya sangat minimal.
Kekalahan perang 1967 negara Arab kepada Israel yang memalukan itu
disalahkan kepada jurang perbedaan teknologi. Akibatnya timbul spekulasi
bahawa negara-negara Arab akan melancarkan ‘jihad’ untuk memiliki sains dan
teknologi moden. Tetapi sehingga hari ini ia masih belum tercapai.




                                      15
Sains di dalam pendidikan
Penyelidikan dan pembangunan sains – justeru perkembangan atau
penguncupan sains sebagai sebuah institusi sesebuah masyarakat – tidak dapat
tidak berganding rapat dengan pendidikan. Malah pembentukan tamaddun
sesebuah masyarakat adalah natijah daripada bagaimana anggota masyarakat
muda dididik. Di sinilah garis untuk menentukan sama ada pendidikan digunakan
sebagai alat untuk merubah dan memodenkan masyarakat atau sekadar untuk
mempertahankan nilai-nilai tradisi. Kita lihat di bawah peratus pelajar yang
berdaftar di negara-negara Islam dan Dunia Ketiga:

   Rajah 7:

   Peratus pelajar berdaftar di negara-negara tertentu, 1986

                 Sekolah Rendah         Sekolah Menengah       Peringkat
                                                               atas/Universiti
   Negara        Lelaki   Perempuan     Lelaki Perempua        Jumlah
                                               n
   Banglades        69            50        24        11                     5
   h
   Sudan            59            41      23          17                    2
   Pakistan         55            32      25          10                    5
   Indonesia      121            116      45          34                    7
   Mesir            96            77      77          54                   21
   Maghribi         96            62      39          27                    9
   Turki          121            113      56          33                   10
   Dunia          113             92      42          27                    3
   Ketiga
   Terdapat peratus melebihi 100 kerana kumpulan umur berbeza-beza.

Bagaimanapun statistik di atas tidak menggambarkan kualiti pengajaran atau
pembelajaran walaupun pada dasarnya tidak terdapat banyak perbedaan
peratus pada keseluruhannya. Adalah dianggarkan bahawa 75 juta orang
Pakistan tidak boleh membaca atau menulis atau mungkin lebih dari itu. Pakistan
memperuntukkan 2% daripada KDNK kepada pendidikan berbanding 2.4% di
Nepal, 2.6% di India dan 6.7% di Malaysia. Dari segi perarus bajetnya, Pakistan
memperuntukkan untuk pendidikan sebanyak 6% berbanding dengan 9% di
Nepal, 11.2% di India dan 26% di Malaysia. Dari perbandingan inilah dapat
diketahui mengapa kadar buta huruf di kalangan penduduk Pakistan, sebuah
negara Islam, amat tinggi.

Penilaian kualiti pengajaran sains agak sukar dibuat. Tetapi terdapat satu contoh
dalam kes di Pakistan hasil dissertasi seorang pelajar PhD, bernama Wali
Muhammad Zaki, dari Pakistan di Universiti Harvard. Thesisnya bertajuk “Sikap
guru-guru sains Pakistan terhadap agama dan sains.” Di dalam thesisnya, beliau


                                       16
          mengkaji tahap pemahaman guru-guru sains tentang apa yang diajar mereka.
          Beliau juga mengkaji hubungan di antara pemahaman sains dengan sikap
          terhadap agama. Antara hasil kajian beliau adalah seperti berikut:

          (1). Pelajar-pelajar sekolah menengah di USA memahami konsep sains, kaedah
          dan tujuan sains lebih baik daripada guru-guru sains di Pakistan.

          (2). Pemahaman sains, serta sikap terhadap sains itu sendiri, didapati
          mempunyai hubungan songsang dengan sikap terhadap agama. Guru-guru
          sains yang mendapat pendidikan selepas merdeka lebih cenderung kepada
          agama berbanding dengan mereka yang dididik sebelum merdeka.

          (3). Guru-guru sains yang mempunyai latarbelakang sains biologi memahami
          konsep sains itu lebih baik daripada guru-guru sains fiziks.

          Pada tahun 1983, Institiut Psikologi Kebangsaan Pakistan telah melakukan ujian
          sains dan matematik pelajar-pelajar sekolah untuk dibandingkan dengan negara-
          negara luar. Keputusannya adalah seperti berikut:


                                             Rajah 8: Ujian Matematik

60
                                                                                                                          50
50
                                                                35.8          37.8              37.9        37.7
40                                                33.2
                                     31.8
30                  25.3

20      15.65

10
0
                                                                                          lia
                                                                              d




                                                                                                                     un
                SA



                                nd
         an




                                                                a
                                                s




                                                                                                          en
                                                                            n
                                             ci



                                                           ad




                                                                                           ra
                                la




                                                                         la




                                                                                                                      p
      st




                                                                                                        ed
                                              n
                U




                                                                                                                   Je
                                                            n
                                           ra




                                                                                        st
                                                                          g
                              er
   ki




                                                         Ka




                                                                                                       Sw
                                                                       En
Pa




                                                                                     Au
                                        Pe
                           itz
                      Sw




                                                                17
                                                   Rajah 9: Ujian Sains

60                                                                                                       54.5         55.5
                                                                               49.2        49.2
50                                                 43.7          45.2
                           41.3         42.1
40
            30
30
20
10
0




                                                                                          ia
                      nd




                                                            un




                                                                                                         d
                                               SA
       n




                                                                               a




                                                                                                                     en
                                      s




                                                                                                       n
                                   ci
       ta




                                                                          ad




                                                                                          l
                                                                                      tra
                      la




                                                             p




                                                                                                    la



                                                                                                                 ed
                                    n



                                               U
     is




                                                          Je




                                                                           n
                                 ra




                                                                                                     g
                    er
   k




                                                                                      s
                                                                        Ka




                                                                                                                Sw
                                                                                                  En
Pa




                                                                                   Au
                              Pe
                 itz
            Sw




       Pada tahun 1985, Kementerian Sains dan Teknologi Pakistan telah menghantar
       beberapa ratus penuntut setiap tahun ke USA dan Britain untuk mengikuti
       pengajian peringkat PhD dalam bidang saintifik dan teknikal dengan pembiayaan
       yang tinggi. Mereka yang terpilih dianggap yang terbaik dari negara Pakistan.
       Malangnya program ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Dari tahun
       1985-86, 187 penuntut dihantar ke USA tetapi sehingga 1991 hanya 9 yang
       berjaya memperolehi PhD dan 39 mendapat MSc. Pada tempoh yang sama 191
       penuntut telah dihantar ke Britain dan 65 berjaya mendapat PhD.

       Pada tahun 1986, Pusat Sains Asas di Islamabad telah melaksanakan satu ujian
       untuk 120 pelajar dari seluruh Pakistan yang mempunyai kelulusan MSc, MPhil
       dan PhD. Mereka dibenarkan membawa apa saja bahan rujukan untuk ujian 5-
       jam tersebut. Ujian tersebut mengandungi 200 soalan objektif dalam pelbagai
       bidang fiziks. Markah lulus ialah 160. Hasilnya, tidak seorang pun lulus ujian
       tersebut dan markah tertinggi hanyalah 113 dan puratanya adalah 70. Hanya
       mereka yang memperolehi 160 ke atas sahaja boleh diterima masuk ke MIT
       (Massachussets Institute of Technology).

       Apa yang dapat dirumuskan ialah bahawa kualiti pengajaran dan kaedah
       pembelajaran adalah bermutu rendah. Ini telah disahkan lagi apabila
       sekumpulan guru-guru fiziks, yang semuanya mempunyai kelulusan MSc dan
       mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar peringkat BSc dan MSc, diberi
       ujian bertulis dalam subjek fiziks itu sendiri. Hasilnya, kurang dari 10% peratus
       guru-guru berkenaan dapat menjawab soalan dengan betul.

       Penekanan kepada subjek agama dan semangat kebangsaan di dalam dasar
       pendidikan telah menyebabkan menurunnya prestasi dalam bidang sains. Bahan
       pengajian diubah kepada bahan moral, manakala subjek sejarah dan geografi
       pula dihadkan kepada bahan-bahan zaman tamaddun Islam. Oleh itu,



                                                             18
pandangan pelajar-pelajar muda telah disempitkan hanya kepada aspek
berkenaan sahaja.

Sains dan teknologi itu sendiri mempunyai perbedaannya. Kemajuan dalam
bidang-bidang kejuruteraan genetik, robotik dan cerdik buatan (robotics and
artificially intelligence), komputer, nuklear, perjalanan di angkasa adalah dari tiori
ilmu sains yang canggih tetapi mereka bergantung kepada kemajuan tersebut
untuk sains terus berkembang. Sains dan teknologi mempunyai haluan dan
tujuan yang berbeda. Contohnya, teknologi pembinaan kilang penapis minyak
atau kilang motor tidak bergantung kepada pegangan kepercayaan seseorang.
Tetapi dalam sains, sifatnya memerlukan banyak pertanyaan yang kadang kala
menyebabkan pertentangan dengan pemikiran tradisional. Inilah yang menjadi
masalah kepada banyak negara-negara Islam di mana suasana atau peluang
untuk bebas berfikir atau menyuarakan pendapat membantutkan perkembangan
sains.

Beberapa contoh perdebatan antara sains dan kepercayaan tradisional:

(1). Konflik yang agak ketara di antara ilmu sains dan tradisional ialah mengenai
mukjizat. Untuk membincangkan perkara ini, pada tahun 1987 telah diadakan
satu persidangan dengan tajuknya “ Mukjizat Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah”.

(2). Perbedaan pendapat mengenai anak bulan Ramadhan di antara ulamak dan
mereka yang bersandarkan kepada ilmu sains. Ini adalah kerana penglihatan
anak bulan itu berbeda dari satu tempat ke satu tempat. Begitu juga dengan Idil-
Fitri. Pihak saintifik lebih cenderung supaya digunakan kaedah astronomi moden
kerana kedudukan bulan itu boleh dikira dengan tepat. Ini boleh menyeragamkan
bermulanya puasa dan idil-fitri. Pihak ulamak pula tidak bersetuju kerana mereka
perpegang kepada kaedah melihat bulan itu.

(3). Ramalan cuaca juga menjadi isu perdebatan. Muslim modenis berpandukan
kepada hukum alam untuk membuat ramalan cuaca, terutamanya hujan. Mereka
juga berpendapat bahawa solat memohon hujan hanyalah doa untuk hujan turun
tetapi manusia tidak boleh mengharapkan Tuhan mengubah hukum alam
semata-mata kerana doa. Bagaimanapun, di hampir semua negara-negara Islam
jabatan kajicuaca menggunakan peralatan meteorologikal moden yang
mendapat maklumat dari satelit dan aplikasi hukum fiziks untuk meramalkan
cuaca dan hujan. Tetapi masih terdapat Muslim orthodoks yang beranggapan
bahawa ramalan hujan adalah diluar bidang manusia kerana itu hak mutlak
Tuhan. Apabila datang musim kemarau, mereka akan melakukan solat hajat
supaya hujan turun.

(4). Tiori Darwin atau disebut Darwinisme dianggap sebagai ancaman kepada
akidah di dunia Islam. Tiori ini pernah diperkenalkan oleh seorang Arab bernama
Shibli Shumayyil pada tahun 1910 ke dunia Arab. Ia telah menjadi perdebatan
yang sungguh panas sehingga diisytihar jihad ke atas ‘racun Darwinisme’.



                                         19
Seorang ahli kajihayat Sudan, Farouk Mohammed Ibrahim pula telah dipenjara
dan disiksa kerana mengajar tiori Darwin.

(5). Pada hari ini masih terdapat universiti-universiti yang mengamalkan sistem
tradisional mengajar tiori astronomi Ptolemy, yakni tiori yang mengatakan
bahawa bulan dan matahari yang mengelilingi bumi, manakala bumi yang statik.
Tiori yang diterimapakai umum ialah tiori Copernicus, tetapi ia diajar sebagai
hypothesis sahaja.

(6). Pada tahun 1982 Sheikh Abdul Aziz Ibn Baz dari Saudi Arabia telah
mengarang buku bertajuk ‘Pergerakan matahari dan bulan dan bumi yang statik’,
serupa dengan tiori Ptolemy. Ini juga bercanggah dengan tiori yang diterimapakai
oleh dunia astronomi. Walaupun Saudi Arabia merupakan negara Islam pertama
menghantar manusia ke angkasa lepas, tetapi malangnya dia lebih sibuk hendak
mencari arah Qiblat daripada mengkaji tiori Ptolemy dan Copernicus.

Kelembapan perkembangan sains dan idea moden di dunia Islam bukanlah satu
yang dihairankan lagi. Walaupun 1/5 penduduk dunia beragama Islam tetapi
tidak mempunyai impak di dalam dunia penyelidikan saintifik. Kebanyakan
negara-negara Islam bergantong kepada teknologi Barat. Ini amat terserlah di
dalam Peperangan Teluk. Mengapakah perkara ini berlaku?

Perkara yang paling mudah dilakukan ialah menyalahkan Agama Islam itu
sendiri, serupa dengan pandangan Barat. Mereka menganggap bahawa Islam
pada dasarnya tidak mampu berbudaya saintifik moden. Malah banyak para
Orientalis mengatakan bahawa Islam itu hanya berpaut pada masa silam dan
tidak menggalakkan pengalaman baru atau perubahan. Mereka seterusnya
mendakwa bahawa Islam dan kemodenan itu berlawanan kerana Islam menolak
budaya yang rational dan saintifik. Seorang ahli sosiologi German, bernama Max
Weber, mengatakan bahawa Islam itu adalah agama pahlawan semata-mata
yang tidak serasi dengan masyarakat kapitalis yang rational. Serangan-serangan
sedemikian memang tidak dapat dibendung lagi dan kemungkinan besar
menyebabkan masyarakat Islam menjadi defensif dan bersikap menutup minda
dan enggan mendengar kritikan yang dianggap menghina. Akhirnya, masyarakat
Islam tidak mahu menerima hakikat masalah yang melanda umat ini di seluruh
dunia.

Dalam mencari penyelesaian kepada masalah dan kemungkinan untuk
membangunkan sebuah masyarakat Islam yang berorientasikan sains, telah
timbul tiga golongan pemikir yang disebut sebagai, pengamalsemula
(restorationist), pembinasemula (reconstructionist) dan pragmatis (pragmatist).

Yang disebut sebagai pengamalsemula ialah mereka yang berpendapat bahawa
Islam harus dipraktikkan seperti pada masa silam dan menyalahkan kegagalan
dan kekalahan disebabkan orang-orang Islam telah menyimpang dari Jalan Yang
Lurus. Ini telah menyebabkan bercambah pergerakan-pergerakan fundamentalis



                                      20
di sekitar tahun 1970an dan 1980an di seluruh dunia Islam. Mereka mengisytihar
jihad terhadap sekularisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Mereka
juga mengisytihar jihad terhadap prinsip yang mengatakan bahawa hanya
pemikiran manusia sahaja yang boleh memandu kehidupan manusia. Juga jihad
terhadap apa-apa yang mempeloporkan pemikiran sekular, pemikiran dan
kaedah sains moden. Antara mereka di dalam golongan ini ialah Maulana Abul
Ala Maudoodi dan Maryam Jameelah.

Kumpulan pembinasemula pula mempunyai pemikiran yang jauh berbeda kerana
mereka merasakan akidah itu perlu ditafsir semula dengan ajaran dan tradisi
Islam supaya serasi dengan tamaddun moden. Mereka berpendapat bahawa
Islam semasa zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafah ar-Rashidin adalah
progressif, liberal dan rational. Antara mereka yang berfikiran begini adalah Syed
Ahmad Khan dan Syed Ameer Ali.

Kumpulan pragmatis berpendapat bahawa keperluan agama itu tidak ada
sangkut paut dengan kehidupan politik dan ekonomi atau pengetahuan sains dan
sekular. Mereka berpuashati dengan kepercayaan bahawa Islam dan
pemodenan itu tidak bercanggah. Salah seorang pemikir pragmatis ialah Syed
Jamaluddin Afghani. Pada dasarnya majoriti orang-orang Islam di dunia
berpegang kepada pandangan pragmatis. Pemimpin-pemimpin dunia Islam
seperti Mohammad Ali Jinnah, Gamal Abdul Nasser, Ahmed Sukarno, Habib
Bourguiba, Zulfiqar Ali Bhutto, malah Saddam Hussien adalah di antara mereka
yang menyeru kepada pengikutnya bertindak dan bukannya setakat
menghormati Islam sahaja.

Walaupun kumpulan fundamentalis (pengamalsemula) kian berkembang pada
masa ini, tetapi aliran pragmatis masih menjadi majoriti Muslim hari ini.
Bagaimanapun, masyarakat Islam masih belum mempunyai keupayaan dan
kemahuan untuk menghadapi cabaran pemodenan pada hari ini. Masa depan
sains dan tamaddun dalam Islam bergantong kepada kemahuan masyarakat
Islam itu sendiri sama ada hendak bergerak ke hadapan atau bersikap pasif
sahaja.


Bolehkah ada sains Islam?
Jawapannya ialah TIDAK.

Pertamanya, sains Islam itu tidak wujud dan semua usaha untuk membuat sains
Islam telah gagal. Sebaliknya, sains moden amat nyata kewujudannya.
Tanpanya kilang tidak dapat berfungsi, tentera tidak dapat berperang, penyakit
tidak dapat dirawat. Dengan sains moden gambar dapat dihantar beribu batu
dalam sekelip masa, pesawat jet dapat terbang melintasi benua, jantong yang
rosak dapat diperbaiki, pelbagai spesis pokok dan binatang boleh dikaji dan
diperbaiki di dalam makmal.


                                       21
Belum ada sains Islam yang boleh digunakan untuk membina sebarang mesin
atau perkakas, atau memproses bahan kimia untuk perubatan, atau membuat
penemuan yang baharu. Sebaliknya, mereka yang mendakwa pengamal sains
Islam hanya sibuk dengan persoalan yang tidak bersangkutan dengan sains itu
sendiri, seperti berapa kelajuan di Syurga, suhu di dalam Neraka, komposisi jin,
formula untuk mengira kemunafiqan atau perbincangan Mikraj Rasulullah s.a.w.
dengan menggunakan kaedah tiori relativiti Einstein.

Keduanya, sekadar menetapkan set prinsip moral dan agama (theology), betapa
tinggi sekali pun darjahnya, tidak akan dapat mencipta sains yang baru.
Contohnya, saintis A beragama Islam, saintis B menganuti agama pelbagai
tuhan dan saintis C seorang atheis. Ketiga mereka ini terlibat dalam satu bidang
kajian fiziks yang kompleks dan memerlukan banyak pengiraan matematik dan
tiori. Walaupun mereka mempunyai kepercayaan yang berbeda, apa yang akan
dinilaikan adalah hasil kajian mereka secara professional dalam bidang yang
dikaji. Justeru, pegangan agama tidak memain peranan dalam hasil kajian
mereka. Seorang Muslim bernama Abdus Salam telah berkongsi Hadiah Nobel
pada tahun 1979 bersama Steven Weinberg, seorang atheis, dalam bidang fiziks.
Satu lagi contoh ialah, kajian Galileo dan Newton. Kedua-dua mereka adalah
orang-orang yang alim dalam agama Katholik, tetapi hasil kajian mereka
bercanggah dengan pendapat gereja sehinggakan Galileo pernah dijatuhi
hukuman bunuh. Tetapi hasil kajian sains mereka tetap sains.

Ketiganya, tidak pernah dan masih belum wujud takrif sains Islam yang boleh
diterima oleh orang-orang Islam sendiri. Sejak dari dahulu kala lagi terdapat
perbedaan pendapat di antara orang-orang Islam berkenaan sains. Tetapi dikira
bernasib baik kerana Islam orthodoks tidak memegang tampuk pemerintahan
untuk mengekang perkembangan sains. Dalam zaman ini juga terdapat masalah
perbedaan di antara sektarian Islam, termasuk di kalangan negara-negara Islam.
Contohnya, Iran telah memulau semua muktamar dalam sains Islam. Justeru,
sungguh sukar untuk mendapat apa-apa persetujuan tentang takrifan sains Islam.

Pendek kata, sains adalah sains dan tidak ada sains Islam atau sains Marxist,
atau sains Dunia Ketiga. Usaha untuk mencari takfir baru berkenaan sains akan
bertemu jalan buntu. Sememangnya perkembangan dan kepakaran sains di
Dunia Ketiga amat rendah. Bayangkanlah, jumlah penduduk di Dunia Ketiga
adalah ¾ dari jumlah penduduk dunia, tetapi berpendapatan kurang 20% dari
pendapatan kasar dunia dan menggunakan hanya 22% sumber alam. Seorang
Amerika menggunakan 1,000 kali lebih sumber tenaga daripada seorang Afrika.
Dalam aspek ekonomi pula, negara Dunia Ketiga membayar hutang $150 billion
pada tahun 1989 kepada bank-bank di negara-negara industri. Pergantongan ini
bukanlah tidak sengaja, tetapi hakikatnya ialah perancangan negara-negara
industri untuk mengekalkan status quo ini. Contohnya, pemerintah sesebuah
negara Dunia Ketiga dihasut supaya menjadi tamak dan memberi keutamaan
untuk mengimpot barang-barang pengguna. Bekalan peralatan tentera mesti



                                      22
dibeli daripada negara-negara industri. Sumber-sumber alam semula jadi
dieksploitasikan oleh syarikat multi-nasional sehingga menyebabkan berlakunya
pencemaran alam dan kerosakan imbangan ekologi.

Jadi tidak perlulah kita mencari sains baru. Sememangnya pada masa ini sains
berjaya meningkatkan pengeluaran tetapi gagal dalam pengagihan kekayaan.
Tetapi keadilan ini bukanlah di dalam ruang lingkup sains. Apa yang perlu
dilakukan oleh negara-negara Dunia Ketiga ialah melengkap dan meningkatkan
kemahiran sains.

Kebangkitan Sains Muslim

Jika disingkap balik sejarah, zaman pertengahan dikatakan Zaman Gelap atau
Dark Ages. Tetapi hakikatnya ialah zaman gelap itu hanyalah untuk tamaddun
Barat. Kerana pada masa yang sama tamaddun Islam sedang berada di puncak
kegemilangannya. Ini diakui oleh sejarawan tersohor. Contohnya. George Sarto
pernah menulis mengenai zaman kegemilangan tamaddun Islam:

“Dari pertengahan abad ke-8 hingga ke akhir abad ke-11, bahasa Arab adalah
bahasa saintifik dan bahasa kemajuan untuk kemanusiaan. Cukup sekadar
menyenaraikan nama-nama terkenal yang tidak mempunyai persamaan di dunia
Barat pada masa itu; Jabir ibn Hayyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farghani, al-
Razi, Thabit ibn Qurra, al-Battani, Hunain ibn Ishaq, al-Farabi, Ibrahim ibn Sinan,
al-Masudi, al-Tabari, Abul-Wafa, Ali ibn Abbas, Abul-Qasim, Ibn al-Jazzar, al-
Biruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, al-Karkhi, Ibn al-Haytham, Ali ibn Isa, al-Ghazzali, al-
Zarqali, Omar Khayyam! Sekiranya sesiapa mengatakan bahawa Zaman
Pertengahan tidak ada kemajuan saintifik, sebutkan saja nama-nama ini
kepadanya, kerana kesemuanya terkenal di antara tahun 750 dan 1100.”

Di dalam sebuah makalah saintifik, Nature, pernah ditulis:

“Pada kemuncaknya lebih kurang 1,000 tahun yang lalu, dunia Islam telah membuat
sumbangan yang amat besar kepada sains, terutamanya matematik dan perubatan.
Baghdad adalah pusatnya dan Selatan Sepanyol telah membina universiti-universiti yang
mampu menarik beribu-ribu pelajar dari pelusuk dunia. Pemerintah-pemerintah pula
didampingi oleh ahli-ahli sains dan kesenian. Semangat kebebasan telah membolehkan
Yahudi, Kristian dan Muslim berkerja bergandingan. Tetapi pada hari ini, ia hanya
tinggal kenangan.”

Sejarah sains di zaman Islam silam adalah penting untuk masa depan sains di
dalam tamaddun Islam pada hari ini. Justeru, adalah wajar untuk menilai isu-isu
yang bersangkut paut dengannya. Antaranya adalah tiga perkara berikut:

(1). Adakah sains yang dibangunkan oleh orang-orang Muslim bersifat Islam,
dan harus dipanggil Sains Islam? Atau adakah ia bersifat universal dan lebih
sesuai dipanggil Sains Muslim?



                                         23
(2). Adakah tesis sains zaman kemuncak Islam (Golden Age) yang dibangunkan
oleh orang-orang Arab itu betul? Apakah peranan cerdik pandai bukan-Islam dan
bukan-Arab?

(3). Adakah majoriti institusi masyarakat Muslim pada masa itu menerima sains
rasional?

Untuk persoalan yang pertama:
Adakah sains yang dibangunkan oleh orang-orang Islam pada zaman tersebut
berhubungkait dengan kepercayaan agama Islam atau adakah ia bersifat
universal dan asasnya adalah dari tamaddun yang lain.
Kita lihat matematik. Jenis permasalahan matematik yang digunapakai oleh ahli
matematik Muslim tidak banyak bezanya dengan matematik zaman Mesir kuno,
Babilon, India atau Yunani kuno. Contohnya, orang-orang Islam menggunakan
angka-angka dari India kuno untuk merekacipta kaedah nombor desimal moden.
Jamshid al-Kashani membuat kajian dengan tiorem bionomial, ia itu 700 tahun
lebih awal dari Newton; Abul Wafa mencipta hukum sinus dalam trigonometri; Al-
Khwarizmi membuat sistem persamaan (equations) di dalam pengajian aljibra,
al-jabr; Omar Khayyam membangunkan penyelesaian geometrik dalam
persamaan kubik; dan seterusnya. Sekiranya kajian matematik berhubungkait
dengan kepercayaan agama Islam, bagaimana pula dengan kepercayaan
Pythagoras yang pernah mengasaskan matematik Yunani kuno? Rumusannya,
matematik zaman kegemilangan Islam itu lebih baik dari zaman sebelumnya dan
bukan kerana matematik itu matematik Islam atau Muslim.

Begitu juga dengan ilmu optik. Kerja-kerja Ibn Haytham dalam bidang kanta
(lenses) atau pembengkokan cahaya adalah kajian-kajian yang pernah dilakukan
oleh manusia sebelumnya dan sesudahnya. Namanya masyhur kerana dia
merupakan manusia yang telah membuat penemuan phenomena tertentu dalam
bidang optik. Tetapi pegangan agama tidak memainkan apa-apa peranan dalam
hal ini.




Untuk persoalan kedua:
Seorang pengkaji Islam berbangsa Perancis pernah mendakwa bahawa sains
dan falsafah telah diperkenal dan dikembangkan oleh orang-orang bukan-Arab.
Justeru, katanya sains dan falsafah lebih sesuai dikaitkan dengan bangsa
Yunani atau Parsi.

Sebenarnya perkembangan tamaddun Islam mempunyai empat peringkat:
 a. Sebelum 750 M
 b. 750-1000 M
 c. 1000-1250 M



                                     24
 d. 1250-1500 M

Sains dan falsafah menembusi dunia Islam pada peringkat 750-1000M di mana
perkembangan Islam dan perdagangan berada di kemuncak. Keadaan ini telah
menimbulkan keperluan kepada peningkatan ilmu, kesenian dan sains. Peringkat
pertamanya ialah penterjemahan dan pensisteman hasil kerja Yunani di dalam
bidang sains, falsafah dan perubatan. Kebanyakan para penterjemah bukanlah
beragama Islam, tetapi Kristian dari sekta Nestorian. Pada peringkat ini
cendikiawan Islam hanya memain peranan sekunder sahaja di dalam
pengembangan saintifik Islam. Bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjalan
lancar tanpa pengaruh dan dorongan pemerintah Islam pada masa itu. Suasana
yang sungguh aman dan bebas, tanpa batas agama, telah menyebabkan sains
bertapak dengan cepat di dunia Islam. Pada akhir tahun 1000M kerja-kerja
penterjemahan dianggap telah selesai. Maka bahasa Arab, bukan Yunani,
sekarang telah menjadi bahasa pemikiran intelektual dan kebanyakan
cendikiawan pada masa itu adalah beragama Islam. Pada peringkat inilah
tamaddun Islam menonjolkan saintis-saintis Muslim seperti Ibn al-Haytham, Al-
Biruni, Omar Khayyam dan Nasir-ud-din Tusi. Hasil kerja merekalah seterusnya
telah digunapakai oleh sains Renaissance di Eropah. Roger Bacon telah
menimbulkan kemarahan pihak gereja kerana memulakan ujikajinya berdasarkan
kepada tiori Ibn al-Haytham dalam bidang optik. Terjemahan dalam bahasa Latin
dari hasilkerja Ibn Sina, Canon of Medicine, telah digunapakai dan diajar di
universiti-universiti di Barat selama beberapa abad. Rumusannya,
perkembangan sains itu bukanlah disebabkan oleh kepercayaan agama tetapi
kesungguhan para cendikiawan dengan dorongan pemerintah.

Untuk persoalan yang ketiga:
Sains memainkan peranan yang amat berbeda di dalam setiap masyarakat
tradisional, termasuk masyarakat Kristian zaman pertengahan. Pada zaman ini
sains telah diterima ramai dan tidak kurang juga mereka yang telah
menjadikannya sebagai profesyen dengan pelbagai kepakaran. Di zaman silam
kebanyakan sains berkisar dalam mentelaah buku-buku dan bahan untuk
berhujjah.     Penggunaan sains untuk tujuan praktikal hanya baru muncul
kebelakangan ini. Pensisteman aljibra oleh Al-Khwarizmi merupakan suatu
mercu kejayaan dalam sejarah pemikiran abstrak. Tetapi pada masa itu bidang
sains dan matematik masih belum ada kegunaan praktikal yang ketara di dalam
teknologi. Hanya setelah lahirnya tamaddun moden di Barat, matematik
menampakkan impak yang ketara terhadap teknologi. Di zaman tamaddun Islam,
kemasukan matematik ke dalam silibus di madrassa adalah kerana timbul
permasalahan di dalam perdagangan, pengukuran tanah, katografi dan juga
untuk menentukan arah qiblat dan menghitung waktu-waktu solat.

Walaupun demikian, elit pemerintah atau khalifah serta putera-putera mereka
mempunyai minat yang mendalam terhadap sains. Mereka akan cuba
mendapatkan cerdik pandai sains bernaung di bawah pemerintahan mereka,
contohnya Al-Kindi di bawah naungan Khalifah Ma’mun, Fakr-ad-din Razi



                                     25
dengan Sultan Mohammaed Ibn Tukush, Ibn Sina sebagai doktor kepada
beberapa putera, Ibn Haytham sebagai perunding kepada al-Hakim, Ibn Rushdi
di bawah al-Mansur, dll. Para cendikiawan yang diberi penghargaan ini pula
merasa bertuah kerana mereka berpeluang untuk menggunakan pelbagai
kemudahan seperti khutub-khanah ilmu, pusat pemerhatian astronomi, serta
mendapat ganjaran yang mewah. Pihak pemerintah juga dianggap sebagai
pelindung mereka daripada kumpulan fanatik yang berpendapat bahawa
fahaman cendikiawan tersebut menyeleweng dari ajaran agama. Sebagai
rumusan kepada persoalan ini:

       a. Oleh kerana aplikasi sains amat terbatas, didapati sains tidak dapat
          melahirkan institusi ekonomi yang penting atau menjana kegiatan
          ekonomi atau melahirkan kepakaran.
       b. Naungan pemerintah bererti cendikiawan bekerja untuk memuaskan
          hati pemerintah. Tidak banyak yang boleh diperolehi daripada orang
          ramai.
       c. Ketiadaan kurikulum sains di dalam silibus institusi pendidikan
          menyebabkan tidak ada mekanisme yang kukuh untuk penyebaran
          sains.

Oleh itu didapati bahawa sains adalah inisiatif individu yang mendapat naungan
daripada pihak pemerintah dan kumpulan bangsawan. Tetapi apa yang
mengkagumkan ialah tamaddun sains Islam bertahan selama enam abad, lebih
lama daripada tamaddun Yunani, atau Kristian pertengahan, malah lebih lama
daripada sains moden.


Mengapa revolusi saintifik tidak berlaku di dalam
Islam?
Persoalan ini memang sukar dijawab. Sebagai peneraju di dalam bidang saintifik
dan intelektual untuk selama lima abad, tamaddun Islamlah yang sepatutnya
menjadi penggerak kepada sistem universal sains moden. Tetapi hakikatnya
Baratlah yang memulakan Revolusi Saintifik. Sekarang kita kaji lima (5) aspek
yang mungkin boleh memberi penjelasan yang sesuai:

(1). Sikap dan falsafah.
(2). Peranan pendidikan Muslim.
(3). Peranan undang-undang Muslim.
(4). Sebab-sebab ekonomi.
(5). Faktor politik.

Usaha untuk mendapatkan ilmu dipengaruhi oleh sistem idea yang menyeluruh,
yakni kepercayaan, sikap, budaya masyarakat, dsb. Setiap manusia mempunyai
‘kemahuan kepada kuasa’ (will of power). Sekiranya manusia tidak mempunyai



                                     26
‘kemahuan kepada kuasa’ maka manusia akan layu dan terapung seperti buih
sahaja. Jadi apa yang mendorong sesebuah masyarakat itu mengejar sains
melebihi lain-lain masyarakat? Sekiranya sesebuah masyarakat hanya
bergantong kepada takdir, maka akan berkuranganlah dorongan untuk manusia
merisik rahsia sains. Semasa kemuncak pembangunan sains dalam Islam,
mereka tidak bergantong kepada takdir semata-mata. Perdebatan di antara
Qadariah (believing in free will) dan Jabariah (pre-destinarians) biasanya
berpihak kepada Qadariah. Tetapi kemunculan pihak Ashariah telah
mengendurkan ‘kemahuan kepada kuasa’ masyarakat Islam dan seterusnya
melembabkan semangat kepada sains. Pengikut Ashariah berpendapat bahawa
tidak terdapat sebarang hubungan di antara sebab dan akibat. Mereka juga
menolak pendapat bahawa Tuhan bertanggungjawab ke atas sesuatu tetapi
mesti mengikut hukum alam yang telah dibuatnya. Mereka seterusnya
menyangkal bahawa sebarang ramalan boleh dibuat dari sebab sesuatu kejadian.
Contohnya, sekiranya peluru dilepaskan dari pistol, ia tidak tentu akan mengenai
sasarannya sekiranya Tuhan tidak membenarkannya, walaupun setiap kiraan
dan persiapan telah dibuat. Begitu juga, kertas tidak akan terbakar semata-mata
kerana api diletakkan kepadanya. Sikap sedemikian yang menyangkal
pertimbangan bebas telah menyebabkan lebih sukar berlakunya perkembangan
intelektual, apatah lagi Revolusi Sains.

Satu lagi faktor ialah falsafah ‘utilitarian’ atau sikap bahawa sesuatu yang
mendatangkan manfaat sahaja perlu diusahakan. Contohnya, pada penghujung
kecemerlangan tamaddun Islam, Khalifah Al-Mamun membina Baitul Hikmah
dan menghantar orang-orang untuk mencari bahan-bahan pengetahuan dan
sains semata-mata untuk melengkapkan khazanah bukannya kerana
materialistik. Akhirnya lahirlah anggapan bahawa hanya pengetahuan berguna
sahaja adalah pengetahuan yang praktikal. Ini telah menyebabkan pengetahuan
tiori dipinggirkan. Mulai dari abad ke-14 orang-orang Islam sudah hilang minat
kepada pengetahuan tiori yang dianggap tidak berguna, sehinggalah ke hari ini.
Kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16 menyedari tentang penggunaan teknologi
dalam penciptaan di Barat, tetapi mereka tidak mengambil peduli untuk bersaing
atau menerima hakikat bahawa teknologi adalah hasil pemikiran saintifik.

Pihak Saudi sememangnya amat selesa dengan teknologi moden tetapi tidak
suka kepada pengetahuan tiori dan saintifik. Kemungkinan besar mereka khuatir
bahawa pengetahuan berkenaan akan membuka minda rakyatnya dan boleh
menggugat kedudukan pemerintah. Sikap ‘utilitarian’ inilah yang antara sebab
terbantutnya perkembangan sains di dunia Islam.


Peranan pendidikan Muslim
Matlamat cita-cita sesebuah masyarakat terhadap nilai dan halatuju mereka
boleh dikesan daripada kaedah pendidikan terhadap generasi mudanya. Di
sinilah kita dapat menilai persoalan sama ada masyarakat berkenaan mahu


                                      27
menuju kepada perubahan atau lebih selesa untuk mempertahankan keadaan
semasa. Sekarang kita lihat perbedaan pendidikan agama tradisional dengan
pendidikan sekular moden:

  Rajah 10:

        Pendidikan Tradisional             Pendidikan Moden

  (1)   Berorientasi akhirat          Berorientasi moden
  (2)   Menuju kepada sosial Islam    Menuju kepada pembangunan
                                      individu
  (3) Kurikulum tidak banyak          Kurikulum bertukar mengikut
       berbeda dari zaman lampau      keperluan
  (4) Pengetahuan di’beri’ (revealed) Pengetahuan diperolehi daripada
       tanpa bantahan                 proses kajian, pemerhatian dan
                                      rumusan
  (5) Ilmu dicari kerana tuntutan     Ilmu diperlukan sebagai alat untuk
       agama                          menyelesai masalah
  (6) Tidak digalakkan menyoal        Menggalakkan menyoal kaedah
       kaedah pengajaran              pengajaran
  (7) Cara pengajaran lebih           Kaedah pengajaran menggalakkan
       berbentuk autoritarian         penyertaan pelajar
  (8) Kebolehan menghafal dianggap Pemahaman konsep utama
       amat penting                   dianggap penting
  (9) Pemikiran pelajar biasanya      Pemikiran pelajar biasanya aktif dan
       pasif dan menerima sahaja      positif
  (10) Pendidikan biasanya seragam    Pendidikan boleh dijuruskan kepada
                                      bidang tertentu

Konsep pendidikan tradisional yang diasaskan pada kurun ke-11 telah
diterimapakai oleh Empayar Moghul di India dari satu generasi ke satu generasi.
Ia banyak memberi penekanan kepada penghafalan. Ibn Khaldun telah membuat
perbandingan pendidikan pada abad ke-14 di dunia Islam dan mendapati
bahawa hanya pendidikan di Sepanyol Islam dan Parsi sahaja yang ada
menyelitkan subjek-subjek kesusasteraan (poetry), nahu bahasa (grammar) dan
matematik ke dalam silibus mereka. Di lain-lain tempat subjek-subjek yang tidak
bersangkut paut dengan Al-Qur’an dianggap terlalu sekular untuk diajar kepada
anak-anak. Di dalam satu catatan lama ada disebut bahawa di zaman Khilafiah
Abbasiah, murid-murid sekolah menghabiskan separuh masa pagi di sekolah
untuk membaca Al-Qur’an dan selebihnya menulis sahaja. Bagaimanapun,
konsep pendidikan yang menekan hafalan juga membawa banyak kebaikan
kerana dapat melahirkan banyak penghafal-penghafal. Contohnya, Muhammad
ibn-Ziyad al-Arabi dari al-Kufah yang mengajar murid-murid selama lebih sepuluh
tahun tanpa membawa apa-apa bahan catatan atau nota.




                                      28
Sehingga pada penghujung zaman kegemilangan Islam, di sekitar abad ke-13,
pendidikan Muslim tidak banyak berubah. Kurikulumnya amat terbatas
sehinggakan Maharaja Aurangzeb sendiri menegur gurunya kerana tidak puas
hati dengan apa yang diajar kerana tidak memuatkan subjek-subjek seperti ilmu
pengetahuan am dan sains. Pada dasarnya pendidikan sekular tidak diberi
perhatian yang serius di dalam Islam pada masa itu. Keadaan ini berterusan
sehingga ke abad ke-19 apabila Britain memperkenalkan sains Eropah dan
sistem pengurusan dan perakaunan yang moden kepada India. Tetapi reaksi
masyarakat Islam dan Hindu amat berbeza. Masyarakat Hindu mengalu-alu
usaha British tetapi masyarakat Islam memendam perasaan syak wasangka
terhadap keikhlasan British. Ini adalah kerana British bertanggung jawab di atas
kejatuhan Empayar Moghul di India, justeru sains Eropah dianggap sebagai
usaha untuk menyelewengkan agama dan budaya Islam. Perasaan syak
wasangka ini dikuatkan lagi oleh penghinaan orang British terhadap pencapaian
sains oleh orang-orang Islam di zaman lampau. Gabungan dari perasaan luka,
harga diri, kedegilan dan konservatif masyarakat Islam telah menyebabkan
mereka terus memulaukan pendidikan moden. Para ulamak, terutamanya,
sangat memusuhi pendidikan British tersebut dan menganjurkan supaya
dipulaukan sekolah-sekolah British di India. Natijahnya, kegagalan sistem
pendidikan tradisional untuk menghadapi cabaran perubahan dunia telah
menyebabkan hilangnya peluang untuk orang-orang Islam mempelopori Revolusi
Saintifik.


Peranan undang-undang Muslim
Revolusi Saintifik dan Industri di Eropah pasca-Renaissance bukanlah ciptaan
ahli-ahli falsafah dan pemikir sahaja tetapi juga dari hasil faktor sosial dan
ekonomi yang sangat kompleks. Peningkatan teknologi telah memberi kaedah
baru untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi kelas pertengahan (bourgeoisie) di
Eropah yang telah menggarap perkembangan teknikal dan seterusnya merubah
masyarakat feudal kepada masyarakat kapitalis. Kelas pertengahan ini
merupakan institusi yang menyelaras kaedah pengeluaran dan perubahan
strukturnya dengan membuat pelbagai pemodenan (innovation) serta pelaburan.
Mengapa tamaddun Islam tidak melahirkan institusi kelas pertengahan ini? Ahli
sosiologi Jerman, Max Weber, berpendapat bahawa perundangan Islam tidak
menggalakkan lahirnya institusi pemantauan dan pertumbuhan dasar kapitalis.
Kewujudan kelas pertengahan telah mewajarkan kewujudan sistem perundangan
yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan isu-isu hak hartanah, kontrak,
transaksi pembankan dan kewangan, dsb. Perundangan yang dipraktikkan
perlulah mencakupi ruang yang luas di dalam sistem ekonomi yang kompleks.
Perundangan sekular untuk sistem kapitalis ini tidak serasi dengan sistem
perundangan Islam. Demikian pendapat Max Weber. Sesungguhnya
perundangan Syariah tidak boleh ditukar mengikut perubahan waktu. Tetapi di
dalam praktikalnya, perundangan Syariah di dalam menentukan arah
pembangunan ekonomi Islam telah diubahsuai mengikut keadaan. Contohnya,


                                      29
larangan riba di dalam Islam tidak mengekang amalan riba itu di dalam Islam
secara terus terang. Sebaliknya kaedah baru telah digubal untuk membolehkan
transaksi ekonomi itu diteruskan, contohnya dividen, perkongsian untung rugi,
dsb. Justeru, perundangan Islam ini tidak boleh dikatakan membantutkan
perkembangan budaya industri moden di dalam Islam.


Sebab-sebab ekonomi
Semasa kuasa imperialis melanda dan menjajah negara-negara Islam,
masyarakat Islam pada masa itu masih dibelenggu oleh pemikiran zaman
pertengahan. Tidak terdapat kelas pertengahan yang berkemampuan untuk
mengguna perkembangan teknologi untuk merubah sistem feudal kepada
kapitalis. Ini adalah disebabkan oleh sistem ekonomi masyarakat Islam pada
masa itu tidak progresif; pihak pemerintah bergantung kepada para petani untuk
membekalkan makanan serta membayar cukai, tidak ada autonomi di kota-kota
besar dan tidak terdapat sebarang kesatuan perdagangan yang dapat memain
peranan dalam pembentukan ekonomi kapitalis seperti di Eropah. Ada dua
aspek yang berlaku pada masa itu perlu dikaji:

(1). Ekonomi ekstraktif: Corak tamaddun Islam adalah berdasarkan kekotaan
(urbanization), sama ada di tanah Arab di bawah pemerintahan Uthmaniah atau
di India di bawah Moghul. Penduduk desa tidak mempunyai banyak hubungan
budaya dengan penduduk kota, kecuali untuk menjual hasil tani, dan kehidupan
mereka adalah lebih terbelakang. Khalifah atau maharaja melantik gabenor-
gabenor untuk menentukan para petani membekalkan makanan serta membayar
cukai. Walaupun di musim kemarau, kemakmuran di kota adalah lebih terjamin
daripada di desa. Penggantongan kota kepada desa dan kepastian mereka
mendapat bekalan makanan dan pungutan cukai, telah menyebabkan kurangnya
insentif untuk memperkembangkan teknologi pengeluaran kerana mereka tidak
nampak kepada keperluannya. Tetapi sekiranya ada keperluan kepada peralatan
peperangan, mereka mengimpotnya dari Barat.

(2). Institusi autonomi: Kebanyakan kota-kota di Barat mengamalkan sistem
pemerintahan yang autonomi. Justeru, perbangunan perdagangan dan kesatuan
professional telah meningkat dan seterusnya melahirkan masyarakat kapitalis
yang bersatu untuk menghadapi cabaran-cabaran dari luar. Sebaliknya, kota-
kota Islam di perintah oleh kerajaan pusat. Mereka juga mengawal perdagangan,
pengangkutan dan ketenteraan. Justeru, institusi-institusi atau pihak berkuasa
tempatan tidak dapat wujud, dan sekiranya wujud, tidak dapat memainkan
peranan yang lebih berkesan untuk mengurus masyarakat setempat. Ini telah
menyebabkan timbul perkumpulan-perkumpulan kecil setempat yang tidak
berkesan mengurus masyarakat secara syumul. Keadaan ini tidak dapat
melahirkan institusi-institusi korporat. Walaupun institusi-institusi pertukangan
(craft guilds), seperti tukang emas, doktor, guru, tukang kayu, telah wujud sejak
abad ke-9, namun kegiatan mereka di kawal oleh kerajaan pusat. Ini mungkin


                                       30
disebabkan pemerintah khuatir bahawa kesatuan pertukangan mampu
menggugat pemungutan cukai. Justeru, kerajaan pusat mengawal aspek-aspek
cara bekerja, pertubuhan, latihan, jenis dan kualiti sesuatu produk, serta harga
sesuatu barangan siap itu boleh dijual.

Sekiranya terdapat pemerintahan dan institusi autonomi, seperti di Barat,
negara-negara Islam mampu menjana pertumbuhan industri dan bersaing atau
mendahului dunia. Pada masa itu, industri-industri utama di negara-negara Islam
adalah pembuatan kertas di Iraq, Syria, Afrika Utara dan Sepanyol; dan
pengeluaran bahan tekstil, pakaian, permaidani, kasut, dsb. Di Sepanyol
terdapat perlombongan bijih besi dan kuprum (copper), pembinaan kapal dan
kerja-kerja logam. Malangnya tidak terdapat industri logam dan mesin yang
boleh bersaing dengan perindustrian Barat.


Faktor politik
Pada tahun 1258, serangan Mongol pimpinan Halaku Khan telah
menghancurkan Baghdad dan seterusnya melenyapkan pemerintahan Bani
Abbasiah. Khalifahnya telah disepak sehingga mati. Juga telah diriwayatkan
bahawa terdapat 800,000 mayat-mayat bergelimpangan di jalan-jalan kota.
Mereka juga telah merosakkan sistem pengairan yang seterusnya
mengakibatkan kemarau. Hakikatnya, pada masa itu pemerintahan Islam di
Baghdad, dan Syria, juga sedang mengalami kejatuhan dan khalifahnya telah
hilang kuasa kepada sultan-sultan yang sekular. Bagaimanapun, musibah
tersebut tidak membabitkan Muslim di Sepanyol dan Mesir. Orang-orang Mongol
sedikit demi sedikit telah memeluk agama Islam dan mereka pula memulakan
pembangunan budaya dan ekonomi era baru.

Jika dibandingkan dengan sejarah politik Barat, kita dapat lihat perbedaan
penglibatan agama ke dalam politik. Di Barat gereja, yang berpusat di Rome,
amat berkuasa dan semua pihak perlu tunduk kepada kekuasan itu dan
mengikut semua peraturan yang dibuat. Sesiapa yang engkar akan disiksa,
didera atau dibunuh. Di dalam Islam tidak terdapat kuasa mutlak seperti gereja di
Barat. Justeru, penindasan ke atas cendikiawan dan pemikir Islam amat kurang.
Ini adalah kerana Islam itu memberi lebih kebebasan kepada pemeluknya
mentafsir agama. Ini juga telah menyebabkan tiadanya kuasa pusat, dari segi
politik dan agama seperti di Barat, yang boleh mengawal atau menyelesaikan
sebarang perbalahan. Sesiapa saja boleh merampas kuasa dan menjadi ketua
agama. Sebarang perbalahan sempadan atau kuasa boleh dijadikan pewajaran
untuk berjihad. Mereka juga boleh meraih sokongan ramai dengan
menggunakan sentimen agama untuk menindas kumpulan minoriti atau
kumpulan agama orthodoks. Ketiadaan kuasa pusat juga telah menyebabkan
perpecahan orang-orang Islam kepada sekta-sekta, akibat pentafsiran agama
mengikut cara sendiri. Seterusnya, dalam jangka panjang, struktur sistem politik
dan ekonomi Islam, termasuk saintifik dan teknologi, menjadi lemah.


                                       31
Beberapa perkara yang boleh difikirkan untuk
kebaikan masa depan Islam
Setelah ditindas oleh kekuatan tentera Barat, masyarakat Islam merasa tertekan
dengan sikap konservatif yang disebabkan oleh reaksi dalaman; perpecahan
akibat pertelagahan sesama sendiri, kecewa dengan takdir sejarah dan berpaut
kepada budaya silam. Kita memerlukan reformasi pendidikan, sosial dan politik
sekiranya kita mahu melihat perkembangan sains dan peningkatan maruah
manusia.

Pergerakan Islam militan yang bercambah di serata dunia adalah manifestasi
dari keperluan reformasi dan perasaan marah dan kecewa umat Islam pada hari
ini. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini. Salah satu
pergerakan, seperti di Palestin dan Kashmir, adalah hasil dari ketidakadilan
sosio-politik. Satu lagi, seperti Iran di bawah Imam Khomeini, menggunakan
Islam untuk menggerakkan revolusi dengan sokongan ramai kerana sikap
melampau golongan elit yang sekular. Golongan ketiga, seperti Jamaat-e-Islami
di Pakistan atau Ikhwan-ul-Muslimeen di Mesir, diakibatkan oleh perkembangan
kelas pertengahan untuk mendapat kuasa tetapi tidak serasi dengan sistem
politik semasa yang berdasarkan kepada sokongan dan kuasa feudal. Dan
golongan yang terakhir adalah pergerakan antarabangsa yang berpusat di Barat,
terdiri dari pendatang-pendatang, menyertai pergerakan Islam untuk mencari
keselamatan sosial dan psikologi di dalam suasana budaya yang asing dengan
keadaan ekonomi yang mencengkam.

Pemimpin-pemimpin pergerakan-pergerakan ini menyalahkan Barat di atas nasib
malang umat Islam hari ini. Idea-idea dan budaya korup, yang diperkenalkan
oleh Barat, dan subahat kuasa-kuasa besar, dianggap sebagai penyebab
kepada kemunduran negara-negara Islam. Mereka perpegang kepada konsep
supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar dan menolak semua
dari Barat, termasuk sains Barat, rasional Barat dan demokrasi Barat. Tetapi apa
yang berlaku, dalam perjuangan menentang ketidakadilan dan penindasan,
golongan orthodoks sahaja yang telah berjaya mengeksploitasikan sentimen
ketidakpuasan hati untuk dijadikan sokongan politik. Pergerakan-pergerakan
fundamentalis ini yang telah berjaya menguasai perbualan intelek di negara-
negara Islam utama. Sebaliknya pergerakan Islam modenis, yang menekankan
kepada keserasian Islam dengan sains, telah kehilangan pengaruh budaya dan
ideologi. Para pendukung modenis telah mula lenyap dari senario politik dan
budaya dalam sistem pendidikan moden. Pergerakan orthodoks pula telah
dianggap sebagai pembimbing destinasi masa depan orang-orang Islam.
Bagaimanapun, penyelesaian yang digubalnya menjemput masyarakat Islam
kepada kemusnahan, dan kemungkinan kepada Zaman Gelap Islam. Sikap
menolak semua bentuk penjajahan telah dijadikan pewajaran untuk mengundur



                                      32
ke masa silam dan menolak ilmu pengetahuan dan rasional secara membuta tuli.
Akibatnya ketidakseimbangan kuasa di dunia ini akan menjadi lebih parah.
Sekiranya satu pihak menolak proses pemikiran saintifik, maka secara
automatisnya sebelah pihak lagi akan menjadi kuat.
Justeru, apa yang kita perlukan ialah satu pendekatan yang berdasarkan sains
dan alasan yang boleh dihujjah, tetapi harmonis dengan warisan budaya Islam
itu sendiri.

Pertama:

Kita perlu mengikis tanggapan bahawa terdapat penyelesaian yang mudah dan
unik terhadap semua dilemma masyarakat, atau semua penyelesaiannya boleh
disemak daripada tradisi. Hakikatnya masyarakat moden pada hari ini
berhadapan dengan isu-isu yang kompleks yang tidak pernah dihadapi sebelum
ini. Contohnya, pencemaran lawan perkembangan industri, peningkatan
pengeluaran secara automatik lawan pengangguran, kualiti lawan kuantiti dalam
pendidikan, pembankan dan perdagangan antarabangsa, undang-undang
korporat, dll. Masyarakat kompleks mempunyai masalah kompleks dan
memerlukan penyelesaian yang kompleks. Tidak ada satu penyelesaian yang
sempurna. Kita perlu belajar dari pengalaman yang baik atau yang buruk.
Reformasi bukanlah sesuatu yang semerta, tetapi merupakan proses yang
berperingkat dan mengambil masa. Impian untuk mengubah masyarakat dengan
satu pelan atau formula sahaja akan menemui kehampaan, sebaliknya boleh
menimbulkan kediktatoran, tiada sikap tolak ansur dan mencetus keganasan,
kerana apabila formula ini telah dibuat tidak ada sesiapa boleh menentang atau
mengkritiknya. Sifat angkuh sesetengah pihak yang mendakwa bahawa
kebenaran atau tafsiran agama itu milik golongan tertentu akan mengundang
kecelakaan dan kesengsaraan. Daripada bercita-cita untuk membina masyarakat
yang sempurna (tiada cacat celanya), adalah lebih baik kita menyelesaikan
setiap masalah yang ada di hadapan kita secara lebih sistematik, logik dan
realistik. Untuk menyedari hakikat bahawa tidak terdapat satu penyelesaian yang
syumul terhadap permasalahan yang ada memerlukan kematangan jitu
masyarakat dan individu. Hanya masyarakat yang matang yang boleh memiliki
toleransi intelektual dan agama dan mampu memberi kebebasan kepada
rakyatnya.


Kedua

Kita mesti menghakiskan kekeliruan di antara pemodenan dengan keBaratan.
Kedua ini telah dianggap satu. Kita tidak perlu meniru Barat untuk menjadi
moden. Sebenarnya orang moden tidak menolak kerohanian atau ketuhanan.
Sebaliknya dia berorientasikan masa sekarang dan bukan masa silam, dan
sentiasa terbuka kepada pengalaman dan idea yang baru, sanggup menerima
hujjah dan perhitungan dan bukan bergantong kepada takdir semata-mata. Dia
juga mempunyai bidang ilmu yang luas, bergantong kepada perancangan dan


                                      33
pengurusan, sanggup menerima perbedaan pendapat, dan percaya kepada
kebolehan dan hak individu. Untuk berfungsi, masyarakat yang teratur
memerlukan orang-orang yang moden, yakni orang-orang yang menghubungkan
sebab dengan akibat, boleh menyelesaikan sebarang konflik tanpa keganasan,
tahu mengguna kemudahan awam, kebolehan membelanjakan wang secara
berhemat dan menghabiskan masa mereka dengan cara yang bermanfaat.
Pemodenan perlu diusahakan kerana ia adalah naluri semula jadi manusia dan
bukannya sesuatu yang diimpot. Untuk menjana sikap moden dalam masyarakat
bukan bermakna kita perlu membeli atau mengguna semua barang keperluan
daripada Barat kerana ini akan menyebabkan kita hilang identiti dan melahirkan
sikap bermewah dan pembaziran sumber-sumber. Contohnya, penyusuan botol
adalah lazim di Barat, justeru dianggap moden dan patut ditiru. Tetapi oleh
kerana harga yang tinggi serta proses steril yang kurang baik di Dunia Ketiga,
penyusuan botol bukanlah pilihan yang terbaik. Walaupun dari Barat, ia bukanlah
moden yang hakiki.

Di zaman kita ini, kemodenan dan sains berganding rapat. Sains adalah expressi
pemikiran manusia. Tetapi kita perlu ingat bahawa di negara-negara yang
pernah dijajah, penduduk setempat mengenal sains dari produknya, bukannya
sebagai sistem idea. Oleh kerana kita telah lama terperangkap dengan
perdagangan Barat, setengah-setengah negara menganggap sains itu adalah
senjata, pesawat terbang, televisyen dsb. Begitu juga, industri berteknologi tinggi
yang terdapat di negara-negara Dunia Ketiga, yang mempergunakan tenaga
kerja murah tempatan, gagal membuka minda kepada kaedah saintifik
penduduknya. Oleh itu, penghayatan sains tidak mungkin berhasil tanpa
pembangunan sistem pendidikan yang rasional, moden dan sistematik.
Pelaburan dalam pendidikan amat perlu tetapi jauh dari mencukupi tanpa kualiti.
Matlamat pendidikan masyarakat moden ialah untuk menghasilkan manusia
yang berupaya berfikiran secara kritikal, percaya kepada kebebasan berhujjah
dan mampu menghayati konsep dan nilai-nilai perjalanan masyarakat yang
tersusun.


Ketiga

Kita mesti mengikis sangkaan bahawa sains itu hanya semata-mata untuk
perniagaan, walaupun matlamat dan kegunaan sains itu perlu perdebatan lanjut.
Banyak ahli sains serta ketua-ketua institusi agama mengakui bahawa agama
dan sains tidak bercanggah, malah keduanya adalah sokong menyokong di
antara satu dengan lain. Unsur keagamaan dalam jiwa manusia, ia itu
kebolehannya berfikir dan bermuhasabah, perlu diakui dan diperbaiki. Sains
boleh dipergunakan untuk memperbaiki nilai moral hidup kerana sifat sains itu
adalah untuk mencari kebenaran. Bagaimanapun, kita perlu membedakan di
antara bidang rohani dan keduniaan. Dalam lipatan sejarah Islam, ilmu agama
dan sekular itu telah dicampur adukkan. Kita mesti menghapuskan kekeliruan di




                                        34
antara keduanya, dan sebaliknya mencari jalan yang konkrit untuk
menghubungkan pengetahuan moden dengan takrifan ilmu di dalam Al-Qur’an.

Untuk membedakan antara sains dan agama, kita harus mengenali sains itu
sebagai alat untuk mengenali alam material. Manakala, agama itu adalah untuk
mengenali sesuatu di luar bidang sains, seperti, “mengapa alam dicipta?” atau
“apakah tujuan hidup?”. Sains moden dan atheisme adalah serasi dari segi
kebebasan berfikir dan mentafsir. Kekuatan pengetahuan sains perlu diterokai
demi pembangunan minda, tetapi kita perlu jelas bahawa sains bukan pengganti
kepada beragama dan ia tidak dapat menggariskan kod moral. Sains hanya
menyediakan struktur (framework) dan model (paradigm) yang unik untuk
melakukan perkiraan dan pengkuantitian; tetapi sains tidak mengerti makna
keadilan, kecantikan atau perasaan. Itulah sebabnya sains boleh membawa
kesengsaraan sekiranya tidak ada lagi moral dalam budaya berteknologi; tamak
haloba dalam mengejar senjata pemusnah, mencemar alam sekitar atas nama
pembangunan, ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial
kemanusiaan.


Keempat

Kita mesti mengenali sains dan teknologi itu sebagai sesuatu yang universal, dan
bukan milik Barat. Kita tidak boleh menerima sahaja ketidaksamaan di dalam
dan di antara negara-negara sebagai takdir semata-mata. Ketidakseimbangan ini
perlu diperbaiki kerana hakikatnya setiap manusia di dunia ini mempunyai
kebolehan yang hampir sama, justeru kita semua mempunyai hak yang sama.
Apa yang perlu dibuat ialah meruntuhkan dinding dominasi oleh negara-negara
tertentu ke atas negara-negara lain, serta dominasi di antara anggota
masyarakat itu sendiri. Dominasi antara anggota masyarakat memang amat
ketara di Dunia Ketiga. Kita kerap melihat pemodenan elit pemerintah, tentera
atau birokratik, tetapi tidak cukup pemodenan kepada rakyat. Kemajuan hakiki
memerlukan penyertaan dari semua peringkat dalam merancang dan
pelaksanaan. Sifat bergantong kepada rakyat mencerminkan sikap menghormati
warisan budaya, kerana rakyatlah sebenarnya pewaris budaya dan tradisi itu.
Pada masa yang sama, kita mesti mengenalpasti tradisi atau budaya yang tidak
positif yang tidak dapat membawa pembangunan masyarakat.
Kita juga harus menyedari bahawa kejayaan material sesuatu bangsa atau kaum
itu bukan bermakna agama anutan mereka adalah benar. Oleh itu, kebenaran
agama Islam itu tidak boleh diadili dari kejayaan atau kegagalan material
penganutnya.




                                      35

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: sains
Stats:
views:22
posted:1/20/2013
language:
pages:35