Docstoc

LAMPIRAN A

Document Sample
LAMPIRAN A Powered By Docstoc
					                                                                         Lampiran A1




                                   LAMPIRAN A

Lampiran A 1   Arahan-arahan Yang Perlu Dimasukkan Ke Dalam
               Arahan Kepada Pentender

Lampiran A2    Borang A     Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat      )   BORANG-
                            dan Keesahan Dokumen Yang               )
                            Di kemukakan Oleh Pentender             )   BORANG

Lampiran A3    Borang B     Maklumat Am Latar Belakang
                            Pentender                               )   MAKLUMAT

Lampiran A4    Borang C     Data-Data Kewangan

Lampiran A5    Borang D     Rekod Pengalaman Kerja

Lampiran A6    Borang E     Kakitangan Teknikal

Lampiran A7    Borang F     Senarai Kerja Kontrak Semasa

Lampiran A8    Borang CA    Lapuran Bank/lnstitusi Kewangan         )
                            Mengenai Kedudukan Kewangan             )
                            Pentender.                              )   DOKUMEN

Lampiran A9    Borang FA    Lapuran Jurutera Elektrik Projek        )   DOKUMEN
                            Atas Prestasi Kerja (Bukan projek JKR   )
                            Semasa Pentender.                       )   SOKONGAN

Lampiran A10   Borang FA1   Lapuran Jurutera Elektrik Projek
                            Atas Prestasi Kerja Semasa Pentender.
                                                                                    Lampiran A1




ARAHAN-ARAHAN YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM ARAHAN KEPADA
PENTENDER

A.   MakIumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Pentender

     1.   Pentender-pentender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini
          akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan pentender untuk
          melaksanakan projek yang ditender, disamping kemunasabahan harga tender.
          Justeru itu keupayaan pentender-pentender akan dinilai semasa penilaian Tender.
          Penilaian ini akan dibuat berasaskan pematuhan spesifikasi, kedudukan
          kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, dan prestasi kerja semasa
          pentender.

     2.   Untuk membolehkan Penilaian ini dibuat Pentender-pentender dikehendaki
          mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama tendernya:-

          i) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang
              bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir. (Bagi Syarikat Sdn. Bhd.
              sahaja)

          ii) Salinan penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan
              Pentender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup tender.

          iii) Laporan bank / institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan pentender,
              atas format seperti BORANG CA. dalam satu sampul berlakri.

             (Nota:      Bagi perkara i), ii), iii) salah satu adalah memadai. Walau
                         bagaimanapun pentender boleh mengemukakan mana-mana
                         kombinasi dokumen i), ii) dan iii) untuk mempastikan asset
                         mudahcair pentender tidak kurang dari 3% anggaran jabatan).

          iv) Salinan Perakuan / Pengesahan siap kerja bagi setiap kerja yang telah disiap
              dan disenaraikan di BORANG D.

          v) Salinan Borang KWSP ‘A' bagi bulan caruman terakhir bagi setiap kakitangan
              teknikal atau salinan perjanjian perkhidmatan professional yang diambil
              khidmat secara kontrak yang disenaraikan di BORANG E.

          vi) Salinan sijil kelulusan / kelayakan setiap kakitangan teknikal kategori A dan B
              yang disenaraikan di BORANG E.

          vii) Laporan Jurutera Elektrik Projek mengenai prestasi semasa pentender, bagi
              setiap kerja semasa yang bukan projek JKR yang disenaraikan di BORANG F
              atas format seperti BORANG FA dalam satu sampul berlakri.

          Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian
          keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas pentender. Sekiranya pentender tidak
          atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini, terutamanya dokumen-
          dokumen (i) atau (ii) atau (iii) dan (vii) di atas, tender pentender akan ditolak dan
          tidak akan dipertimbangkan.


                                          A1/1/5
                                                                         Lampiran A1




3.   Sekiranya pentender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian
     daripada dokumen-dokumen (iv), (v), dan (vi), maklumat dan data-data yang tidak
     dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidak-cukupan dokumen-dokumen
     tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira dalam penilaian keupayaan
     pentender yang berkenaan melainkan maklumat atau data-data tersebut
     membawa kesan negatif terhadap nilai keupayaannya. Ini bermakna kriteria-kriteria
     yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau data-data ini, akan diambil
     sebagai kosong.

4.   Disamping mengemukakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas pentender-
     pentender dikehendaki melengkapkan borang-borang berikut yang disertakan
     bersama Dokumen Tender ini, dengan sempurna dan mengembalikannya
     bersama-sama dengan tender masing-masing.

     (a) BORANG A        SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN
                         KESAHAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN
                         OLEH PENTENDER.

     (b) BORANG B        MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENTENDER

     (c) BORANG C        DATA-DATA KEWANGAN PENTENDER

     (d) BORANG D        REKOD PENGALAMAN KERJA

     (e) BORANG E        KAKITANGAN TEKNIKAL

     (f)   BORANG F      SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA

     Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan
     data-data yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah
     diberikan terhadap semua pertanyaan di dalam borang-borang di atas. Jika perlu
     helaian tambahan boleh dilampirkan. BORANG A dan setiap helaian tambahan
     yang dilampirkan kepada borang-borang lain hendaklah ditandatangani oleh
     pentender.

5.   Bagi pentender usahasama atau gabongan (seperti yang dibenarkan oleh PKK)
     antara dua atau lebih kontraktor setiap ahli gabongan hendaklah masing-masing
     melengkapkan borang-borang dan menyertakan dokumen-dokumen yang tersebut
     di atas yang berasingan.

6.   Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah
     dikemukakan oleh pentender bersama-sama tendernya sebelum tarikh tutup
     Tender dan Pentender tidak akan berpeluang lagi untuk mengemukakannya
     selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen tersebut yang diterima
     selepas Tender ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan
     pentender.

7.   Sekiranya pentender didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok
     (withhold) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan
     negative terhadap keupayaannya, tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib
     akan diperlakukan terhadapnya.

                                    A1/2/5
                                                                                 Lampiran A1




B.    Tempoh Siap lnginan*

      1.    Julat Tempoh Siap Inginan bagi projek ini ialah antara _________ hingga
            __________ minggu.

      2.    Bagi Kerja Sub Kontrak

            2.1     Pentender adalah dinasihatkan untuk menawarkan julat tempoh penyiapan
                    kerja yang dianggap sesuai dan munasabah baginya.

      3.    Bagi Kerja Kontrak Terus

            3.1     Pentender adalah dinasihatkan untuk menawarkan tempoh penyiapan
                    kerja yang dianggap sesuai dan munasabah baginya dalam lingkungan
                    julat tempoh siap inginan yang dinyatakan di atas. Jika tempoh yang
                    ditawarkan melebihi had maksimum julat tempoh yang dinyatakan maka
                    pelarasan harga akan dibuat dengan mencampurkan jumlah kerugian yang
                    dijangka akan ditanggung oleh kerajaan kerana kelewatan penyiapan
                    kerja.

            3.2     Sekiranya pula Pentender menawarkan tempoh penyiapan yang lebih
                    pendek daripada Purata Tempoh Siap Inginan atau Tempoh Siap
                    Penengah yang mana berkenaan, kesan pendekan tempah siap akan
                    dikenakan ke atas harga tendernya.

C.    Kriteria Penilaian

      1.    Penilaian akan dibuat dalam dua peringkat berdasarkan pra syarat dan kriteria-
            kriteria penilaian yang ditetapkan.

      2.    Penilaian Peringkat Pertama

            2.1     Tender-tender yang diterima mestilah mematuhi beberapa pra syarat
                    sebelum boleh dinilai di peringkat kedua. Pra syarat yang telah ditetapkan
                    ialah:
                    i)     Tender mestilah sempurna di mana pentender telah mematuhi
                           syarat-syarat tender.

                    ii)    Tender telah disertai dengan dokumen-dokumen wajib yang telah
                           ditetapkan di perenggan A2 di atas.

                    iii)   Tender telah menepati spesifikasi teknikal

                    iv)    Pentender mempunyai asset mudah cair tidak kurang daripada 3%
                           dari anggaran jabatan.

                    v)     Pentender mestilah tidak mempunyai projek-projek yang mana
                           prestasi semasanya tidak memuaskan iaitu peratus (%) kemajuan
                           sebenar melebihi 30% terbelakang dari jadual atau sedang
                           menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerja.

            2.2     Hanya tender-tender yang memenuhi pra syarat di atas sahaja yang akan
                    dinilai di peringkat kedua.

*BataIkan jika Tender berasaskan satu tempoh penyiapan yang ditetapkan oIeh Jabatan.

                                            A1/3/5
                                                                              Lampiran A1




3.   Penilaian Peringkat Kedua.

     3.1    Kriteria penilaian yang digunakan di peringkat kedua ialah pentender
            mestilah mempunyai Keupayaan Biayawan dan Keupayaan Teknikal
            melebihi nilai minimum yang ditetapkan.

     3.2    Keupayaan Biayawan pentender dikira berasaskan faktor berikut :-

            (i)    Bagi pentender Syarikat Sdn. Bhd. atau mana-mana pentender yang
                   mengemukakan Lembaran Imbangan.

                         KB = [(10 x MP) + {(5 x (NW-MP)) @ (9 x KK}] - (0.5 x NTBK)

                                                   ATAU

            (ii)   Bagi pentender bukan Syarikat Sdn. Bhd. dan tidak mengemukakan
                   lembaran Imbangan

                                   [(10 x WDTS) + (9 x KK}] - (0.5 x NTBK)]

                   di mana @ = yang mana lebih tinggi,

                              Modal Pusingan. iaitu perbezaan antara Asset Semasa
                              dan Liabiliti Semasa pentender seperti yang dinyatakan di
                              dalam Lembaran Imbangan dan dicampur nilai positif
                              perbezaan antara Wang Semasa dengan Wang Dalam
                              Tangan Dalam Lembaran Imbangan.

                              ‘Net Worth’, iaitu perbezaan antara perbezaan antara
                              Jumlah Asset dan Jumlah Liabiliti pentender seperti yang
                              dinyatakan dalam Lembaran Imbangan.

                   WDTS - Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata baki
                          akhir bulan dalam penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan
                          terakhir.

                   FF-        Nilai Baki Kemudahan Kredit dalam bentuk mudah cair
                              yang diperolehi atau layak diperolehi seperti yang
                              dinyatakan di dalam laporan Bank atau Institusj Kewangan
                              lain atas Borang CA, atau jumlah kasar nilai kemudahan
                              kredit seperti yang dinyatakan oleh Bank / Institusi
                              Kewangan (dalam borang selain dari boranq CA) tolak nilai
                              negatif baki purata akhir bulan dalam Penyata BuIanan
                              bagj tiga bulan terakhir Syarikat Sdn. Bhd. dari Bank /
                              Institusi Kewangan yang sama.

                   NTBK - Jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja Dalam Tangan, iaitu
                          jumlah baki nilai kerja dalam tangan (termasuk kontrak
                          baru yang diketahui akan ditawarkan kepadanya) tidak
                          termasuk Wang Kos Prima dan Jumlah Peruntukan
                          Sementara, yang perlu disiapkan oleh pentender dalam
                          tempoh satu tahun dari tarikh tutup Tender.



                                      A1/4/5
                                                                         Lampiran A1




     3.3    Keupayaan Teknikal diasaskan kepada kriteria berikut:-
            (i)    Pengalaman Kerja

                   Projek-projek yang disiapkan oleh pentender sebagai Kontraktor
                   Utama atau pun Sub-Kontraktor Dinamakan akan dikira berdasarkan
                   jumlah nilai projek-projek yang telah disiapkan (termasuk bahagian
                   kerja semasa yang telah siap) dan nilai terbesar projek yang
                   disiapkan.
            (ii)   Kakitangan Teknikal

                   Markah yang akan dikira berdasarkan bilangan dan pengalaman
                   Kakitangan Teknikal pentender.

4.   Penilaian Peringkat Ketiga

     4.1    Bagi menentukan tender yang paling menguntungkan                    untuk
            dipertimbangkan, kriteria tersebut akan diambilkira:

            a)     Kesan Rendahan Harga Tender,

                   Kesan Rendahan Harga Tender akan ditentukan ke atas semua
                   yang Iulus penilaian peringkat kedua sekiranya harga tender asalnya
                   dalam kategori Rendah atau Sangat Rendah berbanding dengan
                   Anggaran Jabatan.

     4.2    Kesan Pendekan Tempoh Siap seperti yang dinyatakan daIam para 8.3 di
            atas akan ditentukan ke atas tender yang Iulus penilaian peringkat kedua
            (setelah mengambil kira Kesan Rendahan Harga Tender di mana
            berkenaan) "marginal” dan tempoh siap yang ditender adaIah lebih pendek
            dari Purata Tempoh Siap Inginan atau Tempoh Siap Penengah yang
            berkenaan.




                                    A1/5/5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:17
posted:1/19/2013
language:Malay
pages:6