Docstoc

Iklan dan maklumat jawatan Universiti Teknologi MARA UiTM Sarawak Kota Samarahan tutup 14 Januari 2013

Document Sample
Iklan dan maklumat jawatan Universiti Teknologi MARA UiTM Sarawak Kota Samarahan tutup 14 Januari 2013 Powered By Docstoc
					                                         UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam
bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.




                                          STATUS                                             JADUAL GAJI
 BIL            JAWATAN          GRED                   SKIM PERKHIDMATAN
                                         JAWATAN
                                                                                      MINIMUM           MAKSIMUM



  1    PEGAWAI EKSEKUTIF          N27     Kontrak     Penolong Pegawai Tadbir    P1    RM1361.14    -      RM3565.62



       PENOLONG PEGAWAI                               Penolong Pegawai
  2                               U29     Kontrak                                P1    RM1311.58    -      RM3599.85
       PERUBATAN                                      Perubatan



  3    PEGAWAI KERJA AKAUN       W27       Tetap      Penolong Akauntan          P1    RM1366.27    -      RM3570.75




  4    PEMBANTU MAKMAL            C17      Tetap      Pembantu Makmal            P1    RM932.15     -      RM2531.14



  5    KERANI                     N17      Tetap      Pembantu Tadbir            P1    RM927.03     -      RM2526.03
                                                      (Perkeranian/Operasi)


       PEMBANTU TADBIR                                Pembantu Tadbir
  6                              W17       Tetap                                 P1    RM928.74     -      RM2527.73
       (KEWANGAN)                                     (Kewangan)



  7    PEMANDU                    R3       Tetap      Pemandu                    P1    RM792.60     -      RM1610.99
A.   KUMPULAN PELAKSANA

1)   PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

       (a)    Warganegara Malaysia;

       (b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

       (c)       (i)     Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

                         (Gaji permulaaan ialah pada RM1361.14); atau

                 (ii)    Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                         pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM1661.95); atau

                 (iii)   Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                         pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM1737.15);

      dan

       (d)    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

              (Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan,
              Teknologi Maklumat atau Komunikasi dan Media).



2)   PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

      (a)     Warganegara Malaysia;

      (b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

      (c)     Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf
              oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu
              Perubatan Malaysia.

              (Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);

      dan

      (e)     Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

              (Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki pengalaman kerja)



3)   PEGAWAI KERJA AKAUN (GRED W27)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-


      (a)     Warganegara Malaysia;

      (b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
       (c)       (i)     Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh
                         kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                         dengannya.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM1667.08); atau

                 (ii)    Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam
                         bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM2650.63).

      dan

       (d)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

     Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak
     dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
     Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

       (a)       (i)     Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; ATAU

                 (ii)    Lulus Peperiksaan Khas ; dan

      (b)     Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



4)   PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

     (a)      Warganegara Malaysia;

     (b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

     (c)      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek
              Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;

     dan

     (d)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



5)   PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

       (a)    Warganegara Malaysia;

       (b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

       (c)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

      dan

       (d)    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

              (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
6)   PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

      (a)     Warganegara Malaysia;

      (b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      (c)
                 (i)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian
                         dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

                 (ii)    Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau
                         kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM985.13); atau

                (iii)    Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
                         kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM1154.33); atau

                (iv)     Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan
                         daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                         (Gaji permulaan ialah pada RM1379.92);
     dan

      (d)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
              kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7)   PEMANDU (GRED R3)

     Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

      (a)     Warganegara Malaysia;

      (b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      (C)
                 (i)     Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

                 (ii)    Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
                         Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

                         Gaji permulaan ialah pada   Gred R3 ;
                                Lesen D             RM 884.90
                                Lesen E/E1/E2       RM 931.05
                                Lesen F/H           RM 977.20
                                Lesen G/I           RM 1023.35

                (iii)    Berkebolehan memandu, mengendalikan dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi
                         oleh skim perkhidmatan ini.

      dan

      (d)     Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


       PERMOHONAN DAN SYARAT LANTIKAN


       Borang permohonan dan syarat lantikan secara terperinci berkenaan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh
       diperolehi dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di
       http://sarawak.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi
       MARA (UiTM) Sarawak. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin,14 Januari 2013.

Sila kemukakan permohonan kepada:

                              TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
             UNIVERSITI       (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
             TEKNOLOGI        UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SARAWAK
                              94300 KOTA SAMARAHAN
             MARA             SARAWAK
                              NO.TEL: (082) 677004



Iklan Jawatan Pentadbiran/norsuriati

				
DOCUMENT INFO
Description: Iklan dan maklumat jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM Sarawak), Kota Samarahan. Ditutup pada hari Isnin, 14 Januari 2013. Uploaded by VacancySarawak.blogspot.com