TIDAK TAKUT TUHAN PUNCA MASALAH

Shared by: azroy
Tags
-
Stats
views:
29
posted:
1/6/2013
language:
Malay
pages:
4
Document Sample
scope of work template
							                   TIDAK TAKUT TUHAN PUNCA MASALAH

Di dunia hari ini, orang menilai masalah tidak sama. Ma- salah yang dimaksudkan di sini ialah
sesuatu yang orang tidak suka. Sesuatu yang menekan dan menyusahkan orang. Sesuatu yang
menghimpit, yang membuatkan orang risau, bimbang dan susah hati. Kebanyakan masalah tidak
disukai orang. Jadi, masalah yang tidak disukai oleh manusia itu dinilai tidak sama. Kadang-
kadang masalah tidak dikatakan masalah. Manakala yang bukan masalah dikatakan masalah.

Pandangan orang secara umum hari ini, ada di antara masalah itu sangat ditakuti bahkan hendak
dibanteras. Di antaranya ialah masalah kemiskinan, sakit atau kemunduran. Sedangkan pada
Tuhan dan pada orang bertaqwa, sakit, miskin dan kemunduran bukan masalah. Tuhan tidak
kata, siapa mundur berdosa atau masuk Neraka. Adakah Hadis atau ayat Al Quran yang
mengatakan, "Siapa sakit masuk Neraka," atau "Siapa sakit Tuhan benci?" Kalau tidak ada, itu
menunjukkan ia bukan masalah.




Jadi kenapa manusia menganggap sesuatu yang Tuhan katakan bukan masalah itu sebagai satu
masalah. Mengapa kebanyakan manusia sama ada pemimpin, ulama atau rakyat biasa
menganggap perkara-perkara yang disebutkan tadi itu sebagai masalah. Malah apa yang menjadi
masalahnya di sini ialah bilamana masalah yang bukan masalah itu dijadikan masalah, maka ia
menimbulkan masalah yang lebih besar lagi. Jadi apakah masalah yang sebenarnya?

Apakah masalah yang paling besar? Siapakah yang boleh menjawab persoalan ini?

Sebenarnya masalah yang paling besar ialah tidak takut Tuhan. Namun tidak pernah orang sebut
bahawa masalah tidak takut Tuhan itu masalah yang paling besar. Walhal, masalah yang paling
besar di dunia hari ini ialah orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan.

Apakah kesannya bila orang tidak takut Tuhan?

1. Apabila tidak kenal dan tidak takut Tuhan, perkara yang sepatutnya bukan masalah menjadi
masalah
Contohnya kemiskinan sepertimana yang disebutkan di atas tadi. Walaupun kebanyakan manusia
tidak suka miskin, tapi ia bukan masalah. Bagi orang miskin yang tidak kenal dan tidak takut
Tuhan, kemiskinan menjadi masalah kepadanya. Bila menjadi masalah, orang susah hati,
menderita, jadi risau dan resah, maka ia menjadi masalah.

Ia akan lebih lagi menjadi masalah kalau mereka tidak sabar. Akhirnya mereka mencuri, menipu,
merompak dan mungkin membunuh orang. Bila masalah yang pertama itu wujud, iaitu tidak
takut Tuhan, yang tidak menjadi masalah seperti kemiskinan akhirnya menjadi masalah.

2. Apabila tidak takut Tuhan, perkara yang bukan masalah, iaitu perkara yang disukainya, pun
menjadi masalah

Di antaranya ialah pandai. Pandai bukan masalah. Begitu juga kaya, ia bukan masalah kerana
semua orang suka. Berjawatan tinggi bukan masalah sebab semua orang suka. Jadi pemimpin
juga bukan masalah. Tetapi bila masalah yang satu itu wujud iaitu tidak takut Tuhan, perkara
yang bukan masalah menjadi masalah. Ini lebih-lebih lagi ramai manusia yang tidak sedar dan
tidak faham. Sebagai contoh:

a. Pandai

Pandai itu bukan masalah. Tanyalah sesiapa pun. Tidak ada siapa pun yang berkata tidak mahu
menjadi pandai kerana ianya menjadi masalah. Tidak ada orang yang mengatakan yang pandai
itu akan menjadi penyakit masyarakat.
Sebaliknya hari ini, kepandaian sudah menjadi masalah kerana tidak takut Tuhan. Bila pandai
tetapi tidak takut Tuhan, datang sifat sombong hingga menjadi masalah. Datang rasa ego hingga
menjadi masalah. Bila pandai dan tidak takutkan Tuhan, dia menghina orang yang tidak pandai.
Bukankah itu sudah menjadi masalah? Padahal kepandaian sebenarnya bukan masalah. Tetapi
bila manusia tidak takut Tuhan, yang bukan masalah menjadi masalah. Pandai pun boleh jadi
masalah. Kerana pandai, boleh bergaduh.

Jadi puncanya ialah tidak takut Tuhan. Tidak takut Tuhan inilah yang mesti dibanteras dulu.
Inilah punca masalah. Bagi orang yang tidak takut Tuhan, yang bukan masalah pun menjadi
masalah betapalah kalau memang perkara itu masalah, bertambah lagilah bermasalah dan
berentetanlah masalah itu. Justeru itu kita mesti kempen supaya orang takutkan Tuhan.

b. Kaya

Kaya juga bukan masalah. Semua orang hendak dan suka menjadi kaya. Tetapi bila tidak takut
Tuhan, orang kaya akan melahirkan masalah seperti menjadi bakhil, tamak, sombong,
melakukan pembaziran, nafsi-nafsi, menghina orang miskin dan lain-lain lagi. Dari situ timbul
bermacam-macam masalah dalam masyarakat. Di sini kita lihat, betapa banyak masalah timbul
dari sesuatu yang bukan masalah hanya kerana tidak takut Tuhan.

c. Pemimpin

Begitu juga menjadi pemimpin bukan satu masalah. Semua orang suka adanya pemimpin. Sama
ada rakyat suka pemimpin, mahupun yang punya diri suka menjadi pemimpin. Itu bukan
masalah. Semua orang tahu itu bukan masalah. Tetapi bila tidak takut Tuhan, ia menjadi
masalah. Misalnya bila sudah dapat jadi pemimpin, dia menjadi sombong dan ada kepentingan
diri. Dia menjadi zalim lebih-lebih lagi bila hendak mempertahankan kedudukannya. Dia akan
cantas musuh-musuhnya. Dia akan bagi rasuah supaya ada orang mempertahankannya. Begitulah
perkara yang asalnya bukan masalah tetapi bila tidak takut dengan Tuhan, akhirnya menjadi
masalah.

3. Cara menilai masalah sudah tidak tepat

Selain itu, nilaian manusia hari ini terhadap masalah pun sudah tidak tepat. Mereka menilai
masalah yang kecil dan remeh-temeh sebagai masalah besar. Katalah miskin itu adalah masalah.
Itu remeh-temeh tetapi sudah jadi masalah besar. Bahkan berlakunya macam-macam masalah
dan kerosakan yang lebih besar di dunia hari ini adalah berasal daripada perkara yang orang
anggap bukan masalah. Semuanya berpunca daripada tidak takut Tuhan.
Kerosakan atau masalah yang ditimbulkan oleh orang miskin atau orang bodoh yang tidak takut
Tuhan hanya kecil-kecil saja. Sebaliknya kerosakan yang dibuat oleh orang-orang cerdik pandai
atau pemimpin yang tidak takut Tuhan, mengakibatkan negara lingkup dan habis wang serta
khazanah negara.




Jadi bila semakin banyak perkara yang dianggap masalah maka semakin banyak masalah timbul.
Perkara kecil jadi besar dan masalah besar dikatakan kecil. Ada masalah paling besar tapi tidak
dianggap masalah iaitu masalah tidak takut Tuhan. Walhal daripada tidak takut Tuhanlah
melahirkan macam-macam masalah. Yang tidak menjadi masalah pun akhirnya menjadi
masalah.

Jadi hal-hal yang beginilah yang mesti difahami oleh semua orang. Kalau tidak kenal masalah,
masalah tidak akan habis. Makin difikirkan masalah, makin banyak masalah timbul. Sedangkan
bagi Tuhan, masalah paling besar ialah orang tidak takut Tuhan. Bila tidak takut Tuhan, yang
buruk bertambah buruk dan yang baik pun menjadi buruk. Jawatan misalnya, ia perkara baik
tetapi bila tidak takut Tuhan, ia akan jadi negatif dan akan melahirkan kerosakan.

Jadi para pejuang kebenaran mesti berani ketengahkan perkara ini dalam forum, ceramah,
motivasi, majalah atau apa saja media massa supaya dunia dapat melihat apa sebenarnya masalah
yang berlaku. Kalau tidak kenal masalah sebenarnya, masalah tidak akan habis. Bahkan makin
memikirkan masalah, makin banyak masalah timbul.

Ditekankan lagi bahawa masalah yang paling besar ialah tidak takut Tuhan. Bila tidak
takut Tuhan, yang positif jadi negatif dan yang negatif bertambah negatif.

Yang baik pun menjadi buruk. Yang buruk bertambah buruk. Ini kerana orang yang tidak takut
Tuhan akan menyalahgunakan apa yang ada seperti menyalahgunakan kemiskinan, kemunduran,
sakit, ilmu, kekayaan, jawatan, kepandaian dan lain-lain lagi. Positif dan negatif akhirnya sudah
jadi sama. Sepatutnya biarlah yang baik tidak jadi masalah. Biarlah masalah atau perkara yang
negatif sahaja yang jadi masalah.

Masalah yang sebenar ialah tidak kenal dan tidak takut Tuhan!

						
Related docs
Other docs by azroy
PENDORONG IBADAH
Views: 20  |  Downloads: 0
Nokia Codes
Views: 16  |  Downloads: 0
HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Views: 16  |  Downloads: 0
NetBios explained
Views: 16  |  Downloads: 0
hacking and phreaking
Views: 47  |  Downloads: 0
250+ Tech books online
Views: 55  |  Downloads: 0
PCs11th
Views: 1  |  Downloads: 0