PENTADBIRAN ORANG AKAL DAN PENTADBIRAN ORANG ROHANI

Document Sample
PENTADBIRAN ORANG AKAL DAN PENTADBIRAN ORANG ROHANI Powered By Docstoc
					  PENTADBIRAN ORANG AKAL DAN PENTADBIRAN ORANG ROHANI

Di dunia ini boleh berlaku dua bentuk pentadbiran. Atau boleh berlaku dua bentuk kepimpinan.
Satu ialah pentadbiran atau kepimpinan orang akal. Satu lagi ialah pentadbiran atau kepimpinan
orang rohani.

Mula-mula mari kita kenali siapa itu orang akal dan siapa itu orang rohani. Orang akal ialah
orang yang dipandu oleh akalnya semata-mata . Akalnya menjadi tempat rujuk . Apa benda atau
perkara pun disandarkan kepada akalnya. Baik kata akalnya, baiklah kata dia. Tidak baik kata
akalnya, maka tidak baiklah kata dia. Apapun yang dia hendak buat mesti berasaskan kepada
lojik, kerana akal itu landasannya ialah lojik. Bagi orang sebegini, akalnya mengatasi segala-
galanya.

Berbeza dengan orang rohani , akalnya jatuh nombor dua . Dia dipandu oleh hatinya . Akalnya
pun tunduk dan patuh kepada hatinya. Hatinyalah yang menjadi tempat rujuk dan tempat
sandaran. Hati itu pula terhubung dengan Tuhan. Sebab itulah kerja hati. Oleh itu, apapun yang
dia hendak buat dan apa pun masalah yang perlu diselesaikan, dia rujuk dahulu dengan Tuhan.
Betul kata Tuhan, maka betullah kata dia. Tak betul kata Tuhan, maka tak betullah kata dia.
Akalnya hanyalah untuk menterjemah dan bertindak mengikut kemahuan dan arahan hatinya.
Akalnya tidak diberi kebebasan dan tidak boleh bertindak sendiri. Akalnya dipimpin oleh
hatinya.

Bagi orang rohani , hatinya adalah pemimpin , akalnya adalah penasihat, penterjemah dan
pelaksana . Bagi orang akal pula, akalnya adalah pemimpin. Hatinya hanyalah pemerhati sahaja ,
tidak ada kuasa dan tidak ada peranan apa-apa. Akal bukanlah alat untuk berhubung dengan
Tuhan. Alat untuk berhubung dengan Tuhan ialah hati. Kalau akal bertindak di luar kawalan hati,
ia akan terputus dengan Tuhan. Pemimpin orang akal menggunakan akalnya untuk mencetus
berbagai perkara. Dicetuskan sistem. Dicetuskan undang-undang. Dicetuskan hukum hakam.
Dicetuskan peraturan. Dicetuskan kefahaman dan ideologi untuk diikuti oleh manusia. Maka
terlaksanalah sistem hasil dari akal manusia sebagai sistem hidup manusia.

Orang rohani pula tidak mencetuskan apa-apa perkara baru dengan akalnya. Dia hanya merujuk
kepada Tuhan. Dia ambil sistem Tuhan . Dia ambil undang-undang dan peraturan Tuhan. Dia
ambil hukum hakam Tuhan. Dia ambil ajaran Tuhan dan dia ambil sistem hidup yang telah
ditetapkan oleh Tuhan. Inilah sumber doktrinnya. Maka semua ini diterjemah oleh akalnya dan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Maka terlaksanalah sistem hidup berTuhan dalam
kehidupan manusia.

Akal dicipta Tuhan untuk menyelesaikan masalah dunia. Atau dengan erti kata yang lain, akal
gunanya untuk perkara-perkara dan hal-hal yang lahiriah. Akal semata-mata tidak mampu
menjangkau hal-hal yang ghaib atau yang bersifat rohaniah. Apabila akal digunakan untuk
mencipta sistem hidup, maka ia hanya tertumpu kepada hal-hal lahiriah, hal-hal material dan
berkenaan kehidupan di dunia sahaja. Ia tidak mengambil kira hal ketuhanan, tuntutan fitrah dan
keperluan rohani manusia dan tentang kehidupan di akhirat.

Justeru itu, sistem hidup ciptaan akal manusia sangat merosakkan. Ia sangat bertentangan dan
bercanggah dengan keperluan sebenar manusia. Ia merosakkan keinsanan. Ia merosakkan akhlak.
Ia menyuburkan sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat syaitan dan melenyapkan sifat-sifat malaikat
yang berada dalam diri manusia. Lebih dahsyat lagi, ia menjauhkan manusia daripada kebenaran,
dari Tuhan dan dari kehidupan di akhirat. Hasilnya, mazmumah memenuhi hati-hati manusia.
Manusia jadi jahat. Hilang kasih sayang dan hilang perpaduan. Manusia berebut-rebut harta dan
kekayaan dunia. Mereka berkrisis, bergaduh, berkelahi dan akhirnya berperang. Jenayah
berleluasa. Hilang kedamaian, ketenangan dan keharmonian.

Hadis ada menyebut:
Maksudnya:
Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.

Hadis ini bukan bermaksud bahawa orang akal sahaja yang boleh beragama. Ada perbezaan di
antara orang akal dan orang berakal. Orang akal ialah orang yang mengagungkan akalnya. Orang
berakal ialah orang yang pandai menggunakan akalnya. Orang yang tidak berakal ialah orang
yang tidak pandai menggunakan akalnya.

Hadis ini bermaksud kalau hendak beragama dan kalau hendak melaksanakan agama, perlu
pandai menggunakan akal . Akal yang mampu beragama dan mampu melaksanakan agama itu
sudah tentulah akal yang telah terpimpin oleh hati. Kalau tidak, masakan akal itu mahu
memikirkan tentang hal agama. Akal yang tidak terpimpin akan hanya mahu menumpukan
perhatian kepada hal-hal duniawi semata-mata. Akal perlu dalam mengenal Tuhan. Akal perlu
dalam menegakkan syariat. Akal perlu dalam membaiki diri dan membina insan.

Pentadbiran orang akal dimulakan dengan membawa manusia kepada dunia. Tetapi pentadbiran
orang rohani dimulakan dengan membawa manusia kepada Tuhan. Apabila Tuhan dikenali dan
justeru itu dicintai dan ditakuti, maka manusia akan suka mengamalkan syariat dan hukum-
hakam Tuhan. Kesukaan ini adalah manifestasi dari rasa cinta dan takut mereka kepada Tuhan.

Cinta kepada Tuhan itu mendorong manusia berkorban dan membuat apa sahaja yang disukai
oleh Tuhan. Takutkan Tuhan pula mendorong manusia agar taat dan patuh kepada perintah
Tuhan dan mengelak dari membuat maksiat dan kemungkaran dan perkara-perkara yang dibenci
oleh Tuhan. Dengan itu, hidup manusia jadi terpimpin dan terpandu, selamat dan sejahtera dalam
kawalan syariat Tuhan.

Rasa cinta kepada Tuhan membuahkan rasa kasih sayang sesama manusia. Melalui kasih sayang,
manusia akan hidup saling bantu-membantu, bela-membela dan tolong-menolong. Akan terjalin
rasa bersama dan manusia akan bertambah mudah untuk bekerjasama. Manusia tidak akan hidup
nafsi-nafsi. Akan wujud sifat pemurah, bertolak-ansur, maaf-bermaafan, bertimbang-rasa,
berlapang-dada dan suka mendahulukan orang lain. Akan lahir kedamaian, ketenangan dan
keharmonian dalam masyarakat.

Takut kepada Tuhan juga akan membuatkan manusia takut untuk membuat kezaliman dan aniaya
terhadap manusia lain . Dengan itu, masyarakat akan terhindar dari rasa takut, cemas dan
bimbang. Tidak timbul huru-hara, haru-biru dan ketegangan dalam masyarakat.
Orang yang kenal, cinta dan takut kepada Tuhan itu, hatinya baik. Kalau hatinya baik, maka
nafsunya, akalnya dan fizikalnya akan turut jadi baik. Maka akan tersebarlah kebaikan ke seluruh
masyarakat. Manusia umumnya jadi amanah, pemurah, pemaaf, adil, bertolak-ansur, suka
bertolong bantu dan sebagainya. Manusia sekarang, kerana ditadbir dan dipimpin oleh orang
akal, kucar-kacir hidup mereka. Mereka tidak kenal Tuhan. Oleh itu, mereka tidak cinta dan
tidak takut dengan Tuhan. Tuhan seolah-olah tidak wujud dalam hidup mereka. Yang ada
hanyalah semata-mata dunia. Mengejar dan memburu dunia akan membuatkan manusia berebut-
rebut, berkrisis dan berbalah. Kalaupun mereka beribadah dan mengamalkan syariat Tuhan,
Tuhan sebenarnya tidak wujud dalam ibadah dan amalan mereka itu. Mereka membesarkan
syariat tetapi tidak membesarkan Tuhan.

Manusia yang tidak kenal, tidak cinta dan tidak takut Tuhan, hatinya jahat. Kalau hati jahat,
maka nafsu, akal dan fizikal pun akan ikut jahat. Maka akan tersebarlah kejahatan di merata
dunia. Manusia yang dipimpin oleh akalnya akan berlumba-lumba merebut dunia. Mereka akan
melanggar segala tatasusila dan adab kesopanan. Mereka akan menindas, menekan dan memeras.
Hidup dipenuhi dengan krisis dan pergaduhan. Tetapi manusia yang dipimpin oleh hati atau
rohaninya akan berlumba-lumba untuk membuat kebajikan. Hidup sudah tentunya manis dan
indah, penuh harmoni dan kasih sayang.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:25
posted:1/7/2013
language:Malay
pages:3