PERANG KHAIBAR

Document Sample
PERANG KHAIBAR Powered By Docstoc
					PERANG KHAIBAR
Posted by BKMIP

Kemenangan dan Ghanimah (harta rampasan perang) yang diperolehi oleh
kaum Muslimin pertama kali adalah didalam peperangan Khaibar.
Sepertimana firman Allah Taala didalam Al-Quran: "Dan sesungguhnya
Allah merasa senang terhadap orang-orang yang beriman, ketika mereka
berbaiat kepada engkau (Muhammad) dibawah pohon kayu. Allah
mengetahui isi hati mereka, diturunkannya kepada mereka ketenangan dan
diberiNya kemenangan yang sudah dekat. Dan mereka memperolehi
keuntungan yang banyak. dan Allah itu Maha kaya dan Maha bijaksana.

khaibar adalah suatu daerah yang subur yang dikelilingi oleh benteng-
benteng kaum Yahudi. Benteng tersebut merupakan benteng terakhir di
Jazirah Arabiah. Kaum Yahudi sentiasa mencari kesempatan baik untuk
memukul kaum Muslimin. Kerana mereka masih terkesan dengan kejadian
yang dialami oleh saudara mereka. Mereka berusaha bergabung dengan
suku Ghaftan untuk mengadakan serangan terhadap kota Madinah.
Sebenarnya Nabi ingin terlepas dari segala ancaman dan serangan kaum
Yahudi yang masih tinggal disana. Khaibar berada disebelah Timur laut
kota Madinah sejauh 70 mil.

Tentera Islam dibawah Pimpinan Nabi saw
Setelah Nabi menandatangani perjanjian damai Hudaibiah, baginda tetap
tinggal di Madinah selama sebulan bulan dzul hijjah dan setengah bulan
muharam. Kemudian diakhir bulan muharam baginda keluar ke Khaibar.

Ditengah perjalanan seorang sahabat yang bernama Ibnul Aqwa' berpantun
sebagaimana berikut:
"Demi Allah, sesungguhnya jika kami tidak kerana Allah tidak akan kami
mendapat hidayat dan kami tidak akan dapat bersedekah serta bersolat.
Jika ada suatu kaum hendak menyerang kami atau menginginkan suatu
fitnah kami akan menangkisnya.
(Ya Allah) turunkan kepada kami ketenangan dan tetapkan tumit-tumit
kami jika kami menghadapi musuh".
Pada waktu itu Nabi keluar bersama 1000 orang tenteranya. Mereka
membawa 200 ekor kuda. Baginda tidak mengizinkan seorang pun untuk
ikut keluar kecuali hanya mereka yang pernah ikut dalam perjanjian
Hudaibiyah.

Ketika itu ada 20 orang isteri para sahabat yang turut serta didalam
peperangan ini untuk berkhidmat dengan memberikan rawatan kepada
tentera Islam yang cedera di medan perang dan juga untuk
mempersiapkankan makanan dan minuman perajurit-perajurit Islam ini.
Tentera Islam berhenti disuatu tempat yang bernama Raji', suatu daerah
antara tempat tinggal suku Ghaftan dan kaum Yahudi Khaibar. Tujuan
kaum Muslimin berhenti ditempat tersebut ialah agar suku Ghaftan tidak
dapat memberikan bantuan kepada kaum Yahudi Khaibar. Dengan taktik
ini maka suku Ghaftan bukan sahaja tidak dapat meberikan bantuan kepada
kaum Yahudi Khaibar bahkan mereka juga hanya tetap tinggal
diperkampungan mereka tanpa dapat memberikan sebarang malumat
kepada kaum Yahudi Khaibar.

Ketika Nabi saw melihat Khaibar dari dekat baginda berdoa kepada Allah
dan memohon kebaikan Khaibar dan berlindung dari kejahatan kota
Khaibar dan penduduknya. Pada kebiasaannya Nabi tidak akan memulakan
peperangan melainkan apabila menjelang pagi, jika waktu itu waktu
malam, Nabitetap akan menunggu sehingga pagi. Apabila pagi menjelma,
Nabi memecu kudanya dan pasukan tentera kaum Muslimin bergerak maju
ke Khaibar. Kedatangan Nabi dan kaum Muslimin diketahui oleh
penduduk kota Khaibaryang hendak keluar keladang mereka, sambil
berteriak mereka memekik "Muhammad datang beserta tenteranya!".
Ketika Nabi menyaksikan hal itu Nabi berseru: "Allah Maha Besar,
semoga Khaibar hancur,jika kami datang diperkampungan suatu kaum,
maka kaum yang diperingatkan itu akan hancur dipagi hari.

Pemimpin yang Perkasa
Ketika Nabi saw tiba di Khaibar, baginda berusaha untuk menaklukkan
beberapa benteng yang ada di Khaibar. Benteng yang pertama kali
ditaklukkan adalah benteng Na'im. Salah satu benteng yang sukar
ditaklukkan adalah benteng Al-Qumus. Kaum Muslimin melaporkan
kepada Nabi, ketika itu Ali bin Abi Thalib sedang sakit mata. Nabi
berkata: "esok hari bendera ini akan dipegang oleh seorang lelaki yang
dicintai oleh Allah dan RasulNya. Dan ia akan membuka benteng
tersebut''.

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kesemua sahabat Nabi bercita-cita
untuk memperolehi kemuliaan tersebut.
Rasulullah akhirnya memanggil Ali bin Abi Thalib yang sedang sakit
mata, lalu meludahi kedua belah mata Ali sambil berdoa semoga Ali itu
segera sembuh seolah-olah mata Ali tidak pernah sakit. Kemudian Nabi
memberikan bendera itu kepadanya. Ketika Ali menerima bendera tersebut
ia bertanya kepada Nabi:

"Adakah aku harus memerangi mereka sampai mereka menjadi seperti
kami?"
Jawab Nabi: "Teruskan perjalananmua sampai kamu tiba di perkampungan
mereka. Ajaklah mereka kedalam Islam dan ajarkan tentang apa yang
diwajibkan kepada mereka akan perintah Allah. Demi Allah jika ada
seorang mendapat petunjuk dengan perantaraan kamu, maka hal itu akan
lebih baik bagimu daripada binatang ternakan yang baik."

Ketika Ali tiba dibenteng Al-Qumus ia disambut oleh seorang kesatria
Yahudi yang bernama Murahib. Keduanya saling berperang, dan Ali dapat
mengalahkannya. Didalam peperangan ini juga Muhammad bin Maslamah
banyak memperlihatkan sifat kepahlawanannya, dan ia banyak dapat
menumpaskan musuhnya di medan perang Khaibar.
Ketika dalam perjalan ke Khaibar juga, Pasukan tentera musuh bertemu
dengan seorang budak hitam berbangsa Ethopia yang sedang mengembala
kambing. Ketika ia melihat pasukan yang lengkap bersenjata, lantas ia
bertanya: "Kemanakah kalian" jawab mereka: "Kami ingin memerangi
seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Nabi". Jawapan dari mereka
itu telah menggerakkan hati untuk bertemu dengan Rasulullah saw. ia
segera pergi menemui Rasulullah dengan seluruh kambing
pemeliharaannya. Setelah bertemu, ia bertanya: "Apakah yang tuan
ajakkan? apakah yang tuan serukan?"
Jawab Nabi saw:"Aku ajak kamu kepada Islam, hendaknya kamu bersaksi
tidak ada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah. Janganlah kamu
menyembah selain Allah".
Tanya budak itu lagi: "Apakah balasanku jika aku beriman kepada Allah?'
Jawab Nabi: "Kamu akan mendapat Syurga jika kamu mati atas Islam"
Setelah demikian, maka budak itu menyatakan keislamannya dan berkata
kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kambing-kambing ini
diamanatkan kepadaku"
Jawab Nabi: "Kalau begitu lepaskan kambing-kambing itu ditanah ladang,
nanti Allah akan (mengembalikannya) ke tempat tuannya."

Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu
segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iatu seorang
Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam.
Kemudian Nabi berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan
menyematkan kedalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad
dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga
dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan
saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika kelihatan debu-
debu bertebangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah
syahid di medan Khaibar. Ketika jenazahnya dibawa kedalam khemah
Nabi, baginda berkata kepada sahabatnya: "Sesungguhnya Allah telah
memuliakan budak hitam ini dan mengiringinya kepada kebaikan. Aku
lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari. Sedangkan ia belum
pernah bersujud (bersolat) walau sekalipun.
Dalam peperangan ini kaum Muslimin berhasil memperolehi serta
menakluki satu persatu benteng-benteng Yahudi. Mereka dikepung oleh
kaum Muslimin selama beberapa hari sehingga akhirnya mereka mohon
perlindungan dari Nabi dengan berkata: Hai Muhammada biarkanlah kami
tetap tinggal di tempat ini (Khaibar) agar kami dapat memeliharanya
(perkebunannya) kerana kami lebih tahu daripada kamu sekalian (kaum
Muslimin).

Sebenarnya Nabi dan kaum Muslimin tidak mempunyai pelayan (tukang
kebun) yang dapat memelihara kebun. dan mereka pun tiada masa untuk
mengatur perkebunan. Dan oleh kerana sebab inilah Nabi memberikan
tanah Khaibar kepada kaum Yahudi dengan syarat mereka harus
menyerahkan separuh daripada hasil perkebunan mereka, dan tidak
menganggu kaum Muslimin.
Untuk itu Nabi mengutus Abdullah bin Rawahah tinggal di Khaibar
dengan persetujuan kaum Yahudi Khaibar dan memberikan pilihan kepada
mereka akan tanah Khaibar sesuka mereka. Kerana inilah mereka kaum
Yahudi berteriak:"Hanya dengan cara demikianlah langit dan bumi dapat
ditegakkan.

Rasa Toleransi Agama.
Sebahagian pampasan perang yang diperolehi kaum Muslimin termasuk
lembaran-lembaran kitab suci Taurat. Ketika kaum Yahudi datang untuk
meminta agar dikembalikan lembaran-lembaran kitab suci Taurat itu
dikembalikan kepada mereka. Nabi dengan rasa tolak ansur
mengembalikannya kepada mereka.

Sehubungan dengan kejadian diatas Dr Israel Velavonson memberikan
komentarnya dalam bukunya "Sejarah Yahudi Di Jazirah Arabiyah"
sebagai berikut: Kejadian diatas menunjukkan bahawa Nabi sangat
menghormati terhadap lembaran-lembaran suci itu. Hal ini menyebabkan
kaum Yahudi pun menunjukkan rasa hormat mereka terhadap baginda.
Sebaliknya mereka tewreingat pada kelakuan kasar tentera Romawi ketika
berjaya merebut kota suci Jurusalem pada tahun 70 masihi, yangmana
mereka telah membakar kitab suci kaum yahudi dan mengijak-ngijaknya
dengan kaki-kaki mereka. Bangsa Yahudi juga tidak dapat melupakan
perlakuan kejam dan penindasan yang dilancarkan oleh kaum Nasrani
Spanyol. Mereka ini juga telah membakar kitab suci kaum Yahudi.
Sesungguhnya perlakuan mereka mat berlainan sekali dengan akhlak dan
perlakuan yang telah Nabi tunjukkan terhadap mereka, ketika kaum
Muslimin berjaya menakluki kota Khaibar.

Kedatangan Ja'far bin Abi Thalib
Dihari terjadinya peperangan Khaibar, Ja'far bin Abi Thalib datang dari
Habsyah bersama kaum Muslimin yang pernah berhijrah ke Habsyah.
Kedatangan Ja'far ini disambut dengan kegembiraan Rasulullah yang luar
biasa. Ketika Nabi bertemu dengan Ja'far baginda mengucup dahi Ja'far
seraya berkata: "Demi Allah sesungguhnya aku tidak tahu mana yang lebih
menggembirakan aku, apakah kemenangan di Khaibar ataukah kedatangan
Ja'far?"
Dalam peperangan ini Nabi diracun oleh seorang wanita Yahudi yang
bernama Zainab binti Harest, isteri Sallam bin Misykam. Pada suatu hari
dia bertanya: "Dibahagian manakah daging yang paling mereka senangi?"
Jawab para sahabat: "Lengan". Kemudian wanita Yahudi itu
membubuhkan racun yang banyak dibahagian lengan yang akan diberikan
kepada Rasulullah.

Ketika Nabi hendak memakan daging yang telah dibubuh racun oleh
wanita Yahudi itu, tiba-tiba daging itu memberitahu kepada baginda
bahawa ia telah dibubuhi racun. DEngan segera Nabi melemparkan daging
itu.

Kemudian Nabi menghimpunkan seluruh orang Yahudi Khaibar, dan
baginda bertanya kepada mereka: "Apakah kalian mahu menjawab jika aku
bertanya?"
Jawab mereka:" Ya"
Tanya Nabi:"Adakah kalian menaruh menaruh racun pada daging itu?''
Jawab mereka: "Ya"
Tanya Nabi lagi: "Apakah yang menyebabkan kalian berbuat demikian?''
Jawab kaum Yahudi:"Kami ingin mengujimu, jika kamu pendusta, kami
lega dengan kematianmu, jika kamu benar-benar Nabi maka ia tidak akan
memudaratkanmu".
Ketika wanita itu ditanya apakah sebab yang mendorong ia berbuat
demikian?
Jawab wanita Yahudi itu: "Aku ingin membunuhmu"
Jawab Nabi: "Allah tidak akan mengizinkanmu berbuat demikian
terhadapku"
Ketika sahabat bertanya kepada baginda: "bolehkah kami bunuh wanita
itu?"
Jawab Nabi: "Jangan"
Ketika sahabat ibnul Barra' tewas keran keracunan, maka wanita itu
dihukum bunuh sesuai dengan hukum Qisas (timpal balas)
Pengaruh Perang Khaibar.

Kemenangan yang dicapai oleh kaum Muslimin di medan Khaibar
memberikan pengaruh yang besar sekali dihati setiap kabilah Arab yang
belum Islam. Kerana mereka tahu akan kekuatan angkatan perang kaum
Yahudi Khaibar, dan kekayaan mereka iaitu kaum Yahudi Khaibar
mempunyai persenjataan yang lengkap dan sumber pertanian yang luas.
Disamping itu mereka juga mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan
yang lain seperti benteng-benteng dan pahlawan yang kuat dan
berpengalaman di medan petempuran seperti Muraib dan Al-Harest ayah
Zainab yang meracuni Nabi, kesimpulannya kaum Muslimin di medan
Khainar ini banyak pengaruhnya dihati bangsa Arab.

Penaklukan Dan Pampasan Perang
Setelah Nabi menyelesaikan urusan Khaibar, baginda melanjutkan
perjalanannya sampai ke Fadak, daerah yang berada di bawah kekuasaan
Yahudi. Ketika mereka mendengar kedatangan Nabi beserta pasukannya
mereka mengajukan usul perdamaian. mereka juga bersetuju untuk
memberikan separuh hasil kurma dari Fadak. Usul damai ini diterima oleh
Nabi, dan Nabi membahagikan hasil itu kepada kaum Muslimin sesuai
dengan kepentingan masing-masing.
Kemudian Nabi meneruskan perjalanan sehingga tiba di lembah Wadi
Qura. Daereah ini terdiri dari beberapa desa yang dikuasai oleh kaum
Yahudi, sepertimana Khaibar dan Thaima'. Akhirnya daerah ini dijadikan
markas kaum Yahudi dan beberapa kabilah Arab. Nabi menyeru mereka
kepada Islam dan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.

Namun ajakan dan seruan Nabi ditolak dan mereka bersedia untuk
berperang. Akhirnya peperangan ini juga tercetus dan kemenangan
berpihak kepada kaum Muslimin. Keesokkan harinya kaum Yahudi
terpaksa memberikan harta mereka sebagai rampasan perang kepada kaum
Muslimin. Dan harta rampasan perang ini Nabi bahagi-bahagikan kepada
para sahabatnya, manakala tanah dan pohon-pohon kurma yang ada di
Wadil Qura ditinggalkan kepada kaum Yahudi untuk diusahakan dan tanah
dan hasilnya akan dibahagi dua.
Apabila kaum Yahudi Thaima' mendegar kekalahan kaum Yahudi
Khaibar, Fadak dan Wadil Qura, maka mereka segera mengajukan usul
damai kepada Nabi saw, dan baginda menerima usul damai itu tanpa
mengganggu harta mereka sedikit pun. Kemudian Nabi pulang semula ke
Madinah.

Kaum Muhajirin Mengembalikan Harta Kaum Anshar
Kaum Muhajirin mengembalikan harta benda kaum Anshar apabila
setibanya mereka di Madinah. Mereka mengembalikannya kepada kaum
Anshar kerana mereka mendapat harta rampasan perang termasuk hasil
pohon kurma dari Khaibar.
Setelah perang Khaibar ini, Rasulullah saw banyak mengirimkan Sariyah
(sejumlah tentera yang tidak dipimpininya). Baginda menyerahkan
pimpinan pasukan-pasukan itu kepada para sahabat yang terkemuka.
Adakalanya pasukan itu berhadapan dengan musuh dan adakalanya juga
tidak berperang.
0 comments

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:5
posted:12/30/2012
language:Malay
pages:8