kaedah mengajar bacaan

					PENDEKATAN PENGAJARAN PENDEKATAN BINAAN

i. ii.

Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar.

iii.

Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.  Contoh :Untuk mengajar perkataan “ mata ”, murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf “m”, “a”, “t”, dan “a” dan daripadanya dibentuk suku kata “ma” dan “ta”, kemudian digabungkan menjadi “mata”. Huruf-huruf Suku kata perkataan

iv.

Perkataan ini akan digalurkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah diketahui oelh murid-murid untuk membentuk rangkai kata, ayat seterusnya cerita.

v.

Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad. PENDEKATAN CERAKINAN

i. ii.

Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut.

iii.

Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada muridmurid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf.
46



Contoh :Ayat : Buku saya tebal Perkataan-perkataan : “buku” “saya” “tebal” Suku kata : “bu + ku”, “sa + ya”, dan “te + bal” Huruf-huruf : “b”, “u”, “k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”, “l”.

Ayat iv.

Perkataan-perkataan

Suku kata

Huruf-huruf

Kaedah yang bersesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita. PENDEKATAN ELEKTIK

i. ii.

Pendekatan ini juga dikenali pendekatan campuran. Ia mengabungkan kedua-kedua pendekatan iaitu pendekatan binaan dan juga pendekatan cerakinan

iii.

Ia mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-duanya, disesuaikan dengan keadaan murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.

iv.

Pendekatan ini mestilah dijalankan secara sistematik dan dirancangkan sebaiksebaiknya.

v.

Ia juga mestilah mempertimbangkan dengan semasak-masaknya akan sifat-sifat ejaan bahasa Malaysia yang fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan dan sebagainya agar perjalanan pengajaran dapat meninggalkan kesan yang sebaik-baiknya kepada murid-murid. PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR  Terdapat empat pendekatan yang berformatkan KBSR. Pendekatan-pendekatan ini dinamakan pendekatan A, B, C, dan D.

PENDEKATAN A i. Pendekatan ini adalah campuran yang memberatkan cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pramembaca adalah perlu pada peringkat awal.
47

ii.

Antara aktiviti-aktiviti fizikal yang terlibat adalah pendengaran dan penglihatan. kanak telah dipupuk dengan aktiviti ini.

iii. iv.

Aktiviti pramembaca dapat membantu kecekapan membaca. Kanak-kanak menguasai kecekapan asas ini akan didedahkan pada bahan bacaan, iaitu menguasai kecekapan yang mudah kepada mereka. Mereka akan membaca seluruh perkataan atau ayat dan memahami maknanya. Selepas itu barulah bacaan mekanis ditekankan.

v.

Kaedah suku kata dan kaedah huruf atau kaedah bunyi juga diperlukan sebagai kaedah sokongan bagi menguatkan pengecaman bunyi-bunyi huruf dan suku kata, serta bentuk-bentuknya.

vi.

Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf konsonan awal sahaja yang ditekankan dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokal yang

mengikutinya. Demikianlah seterusnya hingga menjadi perkataan. vii. Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf

tersebut.pengenalan pada nama huruf dibuat secara tidak langsung, seelokeloknya selepas bunyinya dikuasai. viii. Dalam proses mengikuti pendekatan ini aktiviti-aktiviti pengukuhan yang diperlukan dalam bentuk bermain dengan bahan bacaan dipelajari dalam kumpulan, berpasangan atau perseorangan. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT (AYAT/PERKATAAN)

KAEDAH SUKU KATA Keadah Sokongan KAEDAH HURUF/BUNYI (bunyi huruf) Rajah tatacara pendekatan A
48

PENDEKATAN B i. Kaedah ini berasaskan kepada Kaedah Fonik (bunyi), digabungkan dengan Kaedah Suku Kata, serta dibantu oleh Kaedah Pandang dan Sebut. ii. Pengganbungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. iii. Murid-murid dikenalkan dengan smbol atau lambang huruf terus dengan yang dihasilkan oleh benda seperti motokar, dan bunyi angin yang keluar dari tayar yang bocor atau belon. iv. Prosedur ini dijalankan hanya bagi pelajaran di peringkat awal sahaja. Pelajaran seterusnya dijalankan berdasarkan kepada cara cerakinan atau binaan.  Contoh:CERAKINAN kakak ka + Ini kakak kak (perkataan) (suku kata) (ayat)

BINAAN k (huruf fonik) ka + kak (Suku kata) (perkataan)

kakak

Ini kakak

(ayat)

49

PENDEKATAN C i. Pendekatan ini juga dinamakan “Pendekatan Bunyi Kata”. Ia berdasarkan kepada hal-hal berikut:   Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah sistematik dan fonemik Kebanyakkan suku kata dalam Bahasa melayu adalah jelas dan mudah Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid. ii. Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran. iii. Cara ini membolehkan kanak-kanak dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa yang dibaca. iv. Contohnya:      Vokal a, i, e. Konsonan : k Suku kata : ka,ki,ke Mencantumkan suku kata menjadi perkataan ka+ki, ku+ku Mencantumkan sukukata menjadi perkataan kaki ku,kuku kaki, kuku kaki ku. PENDEKATAN D i. Pendekatan ini berdasarkan prinsip “sintesis” atau membina, iatu menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi besar. ii. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau mengeja, kaedah bunyi huruf, dan kaedah suku kata. iii. Bahan-bahan pengajaran terdiri daripada gambar-gambar, kad-kad abjad, suku kata dan perkataan. iv. Langkah-langkahnya: Tunjuk gambar
50

   

Nama huruf tunggal Perkenalkan kad suku kata Perkenalkan kad perkataan Membaca ayat

51

s ai m ak n a t erl ebih d ah ulu d an k em udi an b ah aru l ah m er ek a d ap at m en gg am b ar k an m akn a t ers eb ut d al am s truktur ayat yan g tertentu. Oleh itu, dalam pengajaran bertutur, murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.



Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.



Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteks. Dengan kata lainnya, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahas a yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.



Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

KESIMPULANNYA Kita boleh ulang semula penyataan di atas tadi. Dalam pengajaran aran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa ( tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Langkah-langkah pengajaran yang boleh dijalankan oleh guru adalah seperti berikut.,  Murid dilatih menggunakan unsur -unsur bahasa yang akan digunakan dalam aktiviti interaksi. Murid diberi peluang untuk melihat atau mendengar contoh penggunaan unsurunsur bahasa dalam konteks yang sama dengan situasi dalam aktiviti interaksi. Guru memberi tugasan dengan menyediakan beberapa situasi interaksi. Murid memilih clan menggunakan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tadi untuk berinteraksi dalam konteks sosial yang diberi.



 


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:18524
posted:10/27/2009
language:Malay
pages:6