PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW SENIOR

Document Sample
PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW SENIOR Powered By Docstoc
					                                                                                                  
                                                     
                                          
                                                                                                 
                                                                                                 
                                                   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




             PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW SENIOR


1.0   UNDANG-UNDANG PERMAINAN

      Kecuali apa yang disebut di dalam peraturan pertandingan ini maka
      Undang-Undang Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) hendaklah
      diikuti.


2.0   PENDAFTARAN PEMAIN

      2.1    Rujuk Peraturan Am Perkara 5.0


3.0   PASUKAN DAN MASA BERMAIN

      Regu

      Tiap-tiap regu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang pemain
      sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini pasukan
      tersebut dikira menerima kekalahan.

      Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu 1 pasukan sahaja yang terdiri
      daripada tiga (3) regu.

             REGU A       -      (3 pemain)
             REGU B       -      (3 pemain)
             REGU C       -      (3 pemain)

      Masa

      Semua perlawanan dimulakan mengikut masa dan jadual pertandingan yang
      telah ditetapkan.


      Senarai Pemain.

      Sila rujuk Peraturan Am perkara 5.3.




                              Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke 36, 2011
                                                                                                  
                                                     
                                          
                                                                                                 
                                                                                                 
                                                   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




4.0   PENUKARAN PEMAIN

      Pemain gantian boleh dibenarkan dengan permintaan Pengurus Pasukan
      kepada pengadil rasmi. Setiap regu hendaklah dibenarkan membuat satu
      gantian sahaja.


      PAKAIAN/ALAT

      Sila rujuk Peraturan Am 8.0

      Ketua regu mestilah dilantik dalam setiap regu semasa permainan dan
      dikehendaki memakai tanda di lengan. (Arm Band).

      Semua pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor.


5.0   SISTEM PERTANDINGAN

      5.1   Sila rujuk Peraturan Am Perkara 10.0


6.0   PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

      Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk
      permainan di sebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak
      dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu
      perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka
      perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu akan ditetapkan oleh
      Jawatankuasa Pengelola.

      Jika perlawanan disambung semula selepas 24 jam, maka permainan dikira
      bermain semula.

7.0   CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

      Secara Liga:

      7.1.1 Cara memberi mata:

            Menang 3-0          3 mata
            Menang 2-1          2 mata
            Kalah               0 mata

                              Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke 36, 2011
                                                                                                  
                                                     
                                          
                                                                                                 
                                                                                                 
                                                   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




       7.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
             maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-

              7.1.2.1     Pasukan yang memenangi bilangan set yang terbanyak
                          dikira menang.

              7.1.2.2     Jika masih seri, pasukan yang memenangi bilangan set
                          yang terbanyak dikira menang

              7.1.2.3     Jika masih seri, perbezaan mata antara yang diperolehidan
                          yang kena dalam setiap set keseluruhan pertandingan akan
                          dikira sebagai pemenang.

              7.1.2.4     Jika masih seri, pertemuan awal antara pasukan yang
                          berkenaan diambil kira. Pasukan yang pernah mengalah
                          lawan dikira pemenang.


8.0    KELEWATAN

       8.1    Rujuk Peraturan Am Perkara 13.0


9.0    MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

       9.1    Rujuk Peraturan Am Perkara 14.0


10.0   BANTAHAN

       10.1   Rujuk Peraturan Am Perkara 15.0


11.0   PERKARA TIDAK DINYATAKAN

       11.1 Rujuk Peraturan Am Perkara 20.0




                              Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke 36, 2011

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:0
posted:12/17/2012
language:
pages:3