Docstoc

PAHLAWAN PASIR SALAK

Document Sample
PAHLAWAN PASIR SALAK Powered By Docstoc
					PAHLAWAN PASIR SALAK
Oleh: Mohd Ismail Sarbani

Cerita bermula di Kampung Pasir Salak. Deli dan dua orang rakannya, iaitu Akub dan Lamin memberikan kerjasama kepada Datuk Maharaja Lela untuk menetang campura tangan Inggeris dalam urusan pengutipan cukai di Pasir Salak. Selain mereka bertiga, Datuk Maharaja Lela dibantu juga oleh Pak Itam, Pandak Endut, Seputum, Datuk Sagor dan orangorang kampung. Deli, Akub, Lamin serta anak-anak muda kampung belajar silat daripada Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang kanannya sebagai persiapan menentang Inggeris. Sementara itu, orang-orang yang bekerja dengan Inggeris telah memaksa orang-orang kampung membayar cukai kepada mereka. Sesiapa yang enggan membayar cukai akan dipukul dan diseksa. Perkara ini menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Pasir Salak. Saudara sepupu Deli, iaitu Mamat yang tinggal di Bandar Bharu pula bertindak sebagai penyampai maklumat tentang kegiatan Inggeris kepada Datuk Maharaja Lela. Pihak Inggeris telah membina pondok untuk mengutip cukai di Kampung Pasir Salak tetapi telah dibakar oleh orang-orang kampung. Di samping itu, pihak Inggeris turut menghantar pengintip, iaitu Lamsah ke Kampung Pasir Salak. Lamsah berpura-pura mendapatkan perlindungan daripada orang-orang kampung dan melarikan diri selepas membakar pondok kawalan di Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela pula mengarahkan orang-orang kampung membina pondokpondok kawalan untuk dijadikan tempat kawalan. Deli serta orang-orang kampung bergilirgilir menjaga keselamatan kampung di pondok tersebut. Birch pula bersama-sama dengan pembantunya tiba di Kampung Pasir Salak untuk menampalkan surat kenyataan mengenai kutipan cukai. Birch akhirnya dibunuh oleh Sepuntum ketika dia sedang mandi. Perkara tersebut menimbulkan kemarahan pihak Inggeris lalu bertindak menyerang Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela telah mengarahkan kubu pertahanan dibina di Bandar Tua untuk menghadapi serangan Inggeris. Selain itu, beliau turut mengarahkan agar kawalan keselamatan diperketatkan.

Pada 7 Mei 1875, angkatan Inggeris tiba di Kampung Pasir Salak. Namun demikian, angkatan Inggeris itu telah berjaya dikalahkan oleh orang-orang Datuk Maharaja Lela dan orang-orang Datuk Sagor. Dalam peperangan itu, tiada pahlawan Pasir Salak yang terkorban. Sebaliknya, banyak askar Inggeris yang terkorban.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:5771
posted:10/26/2009
language:Malay
pages:2