Docstoc

TARIKH PERISTIWA PENTING SEJARAH ISLAM BERSAMA NABI MUHAMMAD S

Document Sample
TARIKH PERISTIWA PENTING SEJARAH ISLAM BERSAMA NABI MUHAMMAD S Powered By Docstoc
					                           TARIKH PERISTIWA PENTING SEJARAH ISLAM BERSAMA NABI MUHAMMAD S.A.W

BIL   BULAN HIJRAH       PERISTIWA PENTING                                                 CATATAN

                                               Pada Bulan Muharam Umat Islam menyambut Hari Asyura

                                               Hari Asyura juga diraikan kerana mengingati peristiwa Bahtera Nabi Nuh yang berlabuh di
                                               gunung Juhdi selepas kejadian banjir besar
                       {Diciptakan Nabi Adam
                       A.S oleh ALLAH SWT}     Selain itu juga berlakunya peristiwa dimana Nabi Musa telah diselamatkan bersama kaumnya
 1    MUHARAM
                                               dari tentera Firaun

                                               Umat Islam disunatkan untuk berpuasa sehari atau sebelum hari asyura yakni 9 atau 11 hb
                                               Muharram

                                               Disunatkan untuk membaca doa awal tahun selepas solat Fardhu Maghrib 1 Muharam


 2    SAFAR                                    Nabi Muhammad S.A.W mulai sakit teruk

                       (12 R. Awal -
                       23/4/571M)                 I.      Semasa kelahiran nabi, terpadamnya api sembahan orang-orang majusi di Parsi.
                       Kelahiran junjugan        II.      Terjadi gempa di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, lalu empat
                       besar Nabi Muhammad                belas tiang serinya runtuh
                       S.A.W                     III.     Pada bulan Rabiul Awal umat Islam menyambut MAULIDUR RASUL dan disunatkan
                                                          untuk berbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad sempena kelahiran dan
 3    RABIUL AWAL
                       (12 R.Awal 11 Hijrah-              kewafatan baginda (MAULIDUR RASUL).
                       7/6/632M)                 IV.      Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia
                       Kewafatan Nabi                     telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella
                       Muhammad S.A.W pada                pada tahun 897H
                       usia 63 tahun




Tarikh dan peristiwa penting umat Islam sepanjang tahun                                                                            Page 1
                       (1 R.Awal 1 H –
                       12/9/622M)
                       Rasulullah berhijrah ke
                       Madinah
 4    RABIUL AKHIR
                       (12 R.Awal 1H –
                       24/9/622M)
                       Solat Jumaat pertama
                       didalam dunia Islam



                                                 Pada 20 Jamadil Awal 857 H (29 Mei 1453 M) Sultan Muhammad al-Fateh berjaya membuka
 5    JAMADIL AWAL                               kota Costantinople. Cubaan untuk membuka kota ini telah pun bermula sejak zaman
                                                 Muawiyyah bin Abi Sufyan di era pemerintahan Bani Umayyah lagi. Kota Costantinople berjaya
                                                 dibuka setelah menjadi ibu kota Empayar Baizantyne selama 2125 tahun.


                       (10 J. Akhir 36H)         Berlakunya perang unta antara Kaum muslimin yang menyokong Siti Aisyah. R.A dan kaum
                                                 muslimin yang menyokong Khalifah Ali Bin Abi Talib.
 6    JAMADIL AKHIR
                                                 Perang saudara ini berlaku di Khufah




Tarikh dan peristiwa penting umat Islam sepanjang tahun                                                                           Page 2
                       (26, 27 Rejab)           Pada peristiwa inilah Nabi Muhammad diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari
                       Isyrak Mikraj            semalam.
                                                Ia berlaku pada tahun kesebelas kerasulan nabi
 7    REJAB
                                                Hari Jumat 27 Rajab tahun 583 H (1187 M) merupakan hari yang penuh berkah. Karena pada
                                                hari itu Kota al-Quds (Baytul Maqdis) dibebaskan oleh Sultan Shalaahuddiin al-Ayyubi dari kaum
                                                Salibis yang telah menduduki kota tersebut selama 88 tahun dari tahun 1099 M higga tahun
                                                1187 M


                       (15 Syaban 2H- 624 M)    Ketika pertukaran arah kiblat ini baginda sedang mengimamkan solat Zohor.
 8    SYAABAN          Pertukaran arah Kiblat
                       ke Masjidil haram


                       (17 ramadhan -           Ketika wahyu pertama diturunkan baginda berusia 40 tahun*. Hari ini kita menyambut ia
                       6/8/610M)                sebagai Nuzul Quran
 9    RAMADHAN
                       Wahyu Pertama
                       diturunkan


                                                Pada tahun ke lima Hijrah berlakunya perang Khandak antara orang Islam di madinah dan
10    SYAWAL
                                                Pasukan gabungan musyrikin Arab


                                                Perjanjian Hudaibiyah berlaku antara rombongan Haji umat Islam bersama Rasullullah dari
11    ZULKAEDAH
                                                Madinah dengan pemimpin Quraisy Mekah




Tarikh dan peristiwa penting umat Islam sepanjang tahun                                                                            Page 3
                       (8 ZulHijjah 10 Hijrah)   Baginda mengerjakan haji yang pertama dan yang terakhir dalam hidup Baginda
                       Haji Wida
                                                 Umat Islam Disunatkan untuk membaca doa akhir tahun selepas solat Asar pada 30/(29) Zulhijjah

                                                 Pada 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
                                                 hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

                                                 - Pada 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu
                                                 seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

                                                 - Pada 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
                                                 hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

                                                 - Pada 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari
                                                 kefakiran dan kemelaratan.
12    ZUL HIJJAH
                                                 - Pada 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia
                                                 dari sifat munafik dan siksa kubur

                                                 - Pada 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebaikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa
                                                 yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

                                                 - Pada 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
                                                 dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

                                                 - Pada 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia
                                                 berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari
                                                 berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

                                                 - Pada 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari
                                                 Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).




Tarikh dan peristiwa penting umat Islam sepanjang tahun                                                                                          Page 4

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:151
posted:11/30/2012
language:Unknown
pages:4