Teori pembelajaran Kognitif by s_kakchik

VIEWS: 54 PAGES: 35

									Pendekatan Kognitif
   Prinsip pembelajaran dari perspektif
    kognitif
   Psikologi Gestalt-Weithermer,
    Kofka, Kohler
   Aplikasi prinsip pembelajaran
    kognitif dalam pengajaran dan
    pembelajaran – Gagne, Bruner,
    Ausubel
Pengenalan

   Ahli psikologi kognitif – Max Wertheimer, Kurt Koffka
    dan Wolfgang Kohler (dikenali juga ahli psikologi
    Gestalt)
   Kohler dalam kajiannya ke atas cimpanzi, Sultan
    menemui pembelajaran melalui ‘celik akal’ (insight).
   Oleh itu, ia dikenali sebagai Teori pembelajaran
    Gestalt.
   Ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran
    adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu,
    menyimpan, mengingat ilmu dan menggunakan ilmu.
   Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap
    proses aktif minda individu untuk memahami
    persekitarannya.
   Ahli psikologi kognitif berpendapat ilmu pengetahuan
    yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa
    ilmu yang mendorong seseorang belajar.
Pembelajaran dari
perspektif Kognitif
   Menurut Slavin (1997), pembelajaran
    adalah proses aktif minda yang fokus
    kepada maklumat penting, menapis
    maklumat tidak penting dan
    mengguankan maklumat sedia ada untuk
    buat pemilihan.
   Perbezaan pandangan Behaviorisme dan
    Kognitif Terhadap Pembelajaran, iaitu:
    A) Pandangan tentang jenis pembelajaran
    B) Metodologi Kajian
    C) Skop kajian pembelajaran manusia
       dihadkan
A) Pandangan tentang
jenis Pembelajaran
   Aliran Behaviorisme mengkaji tingkah
    laku yang dapat diperhatikan dan lebih
    berminat membetulkan persekitaran
    dalam usaha supaya individu dapat
    menghasilkan lebih banyak jawapan betul.
   Sementara aliran kognitif pula
    menumpukan perhatian kepada proses
    berfikir yang menyebabkan seseorang
    dapat memberi jawapan betul kepada
    soalan.
B) Metodologi Kajian
   Aliran Behaviorisme mengkaji
    pembelajaran pada haiwan dan prinsip
    yang didapati diaplikasi untuk
    menerangkan pembelajaran manusia.
   Sementara aliran kognitif mengkaji
    pembelajaran manusia secara eksklusif.
    Mereka memberi individu tugas
    pembelajaran yang kompleks dan
    mengkaji atau mengukur angkubah yang
    terlibat dalam aksi atau tingkah laku
    pembelajaran.
C) Skop Pembelajaran
manusia dihadkan
   Aliran Behaviorisme cuba menegakkan
    satu sistem yang cuba memahami semua
    jenis pembelajaran manusia – tingkah
    laku, emosional dan sosial.
   Aliran kognitif mengehadkan kajian
    kepada proses berfikir manusia yang
    kompleks seperti kepada konsep dan
    strategi pembelajaran, proses membuat
    keputusan, menyelesai masalah dan
    bagaimana individu memperoleh atau
    membina ilmu.
Ahli Psikologi Gestalt
   Fahaman Gestalt Psikologi telah menjadi asas
    kepada perkembangan Psikologi Kognitif.
   Ia diasaskan di Jerman. Perkataan Gestalt adalah
    perkataan dalam bahasa German yang bermaksud
    ‘pattern’ (pola) atau ‘configuration’ (konfigurasi).
   Tetapi, Fahaman Gestalt lebih mendalam dari kata-
    kata tersebut.
   Mereka berpendapat dalam mengkaji subjek dari
    aspek psikologikal daripada proses pemerhatian
    yang mudah kepada personalitinya kita perlu
    melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a
    whole).
   Teori Gestalt dirumuskan sebagai ‘the whole is
    greater than the sum of its parts’
Gestalt
   Kohler salah seorang pengasas psikologi gestalt.
   Melalui kajiannya ke ata seekor cimpanzi (Sultan) telah
    mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight).
   Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara
    mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.
   Tetapi individu memerlukan masa untuk berfikir sebab dia perlu
    melihat unsur-unsur berkaitan yang ada di persekitarannya dan
    mengaitkannya dengan pengalaman lepas.
   Kohler, Koffka dan Wertheimer telah menubuhkan psikologi
    ‘GESTALT’.
   Ahli Psikologi ini banyak memperkatakan tentang persepsi dan
    pembentukan konsep.
   Mereka telah mengemukakan prinsip yang berkaitan dengan
    organisasi persepsi dan penanggapan manusia.
   Walaupun fahaman gestalt ini telah berkubur tetapi kebanyakan
    idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan
    dikembangkan lagi oleh aliran atau ahli psikologi kognitif dan
    aliran humanistik.
Pandangan Ahli Psikologi
Kognitif
   Pembelajaran melibatkan dua proses mental
    penting iaitu persepsi (pengamatan) dan
    pembentukan konsep (penanggapan).
   Gagne pula melihat proses pembelajaran
    sebagai langkah-langkah individu memproses
    maklumat ‘Teori Pemprosesan Maklumat’
   Ausebel telah mengemukakan pembelajaran
    resepi dan penemuan.
   Bruner pula telah mengemukakan
    pembentukan konsep dan pembelajaran
    penemuan.
Eksperimen Kohler –
Celik Akal
   Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama
    Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar.
   Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa
    batang buluh yang panjangnya berbeza-beza.
   Sultan cuba mendapatkan pisang menggunakan
    buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif
    untuk menyelesaikan masalahnya.
   Tiba-tiba ia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea
    itulah yang dikenali sebagai celik akal.
   Dia mendapat buluh pendek dan menggunakannya
    untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya
    menggunakannya untuk mengambil pisang.
Prinsip/Organisasi
Persepsi dan Pengamatan
   Ahli-ahli psikologi gestalt dalam mengkaji
    persepsi dan penanggapan telah
    mengemukakan beberapa prinsip, iaitu:
   Prinsip Kedekatan
   Prinsip Latar Bentuk
   Prinsip Kesamaan
   Prinsip kesinambungan Baik
   Prinsip Simetri
   Prinsip Lengkapan
   Prinsip Nasib Sama
   Prinsip Terangkum
   Prinsip Kedekatan
    -Rangsangan-rangsangan yang
    terletak dekat antara satu sama lain
    akan terkumpul bersama dalam
    bidang pengamatan kita.
    Cn: 3 batang tiang – 6 garisan
   Prinsip Latar dan Bentuk
    Cn: Epal - kerusi
   Prinsip Kesamaan
    Cn: warna pakaian yang sama.
   Prinsip simetri
    -Mudah mengingati bentuk simetri (sama ukuran) daripada
    bentuk yang tidak simetri.
   Prinsip Lengkapan
    individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang
    tidak lengkap dalam pengamatan mereka. Cn: kepala
    lembu? Mungkin tidak benar. Cn: Melengkapkan khabar
    angin mengikut persepsi dan pengalaman sendiri.
   Prinsip terangkum
    -Individu cenderung melihat bentuk yang lebih besar
    walaupun ada bentuk kecil di dalamnya.
    Cn. Kapal, ikan dan jala. Murid kata ‘Nelayan’
   Prinsip Nasib sama
    Cn: berkelip-kelipan pada waktu
    malam/ tidak semestinya bintang
    tetapihelikopter.
   Prinsip Kesinambungan Baik
    Cn: Jawab 2 utas rantai/gelang
    manik, tetapi sebenarnya hanyalah
    titik-titik bulat berwarna hitam dan
    kecil
Teori Pembelajaran Gagne,
Bruner dan Ausubal
   Gagne
   Robert m. Gagne telah dilahirkan pd th 1916.
   Seorang ahli psikologi eksperimental yang
    berpengalaman di dalam penyelidikan pembelajaran
    dan terlibat di dalam latihan serta masalah-masalah
    pendidikan yang lain.
   Teori Gagne mengatakan pembelajaran bergerak
    daripada aras yang paling mudah kepada yang paling
    kompleks.
   Gagne telah mengenal pasti 8 jenis pembelajaran.
   Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya
    pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat
    yang lebih awal.
   Gagne berminat dengan teori pembelajaran bukan
    perkembangan seperti Piaget.
Gagne (Sambung)
   Pada pendapat Gagne, kemahiran intelek atau kebolehan
    kognitif sebagai tingkah laku yang dipelajari.
   Menurut Gagne, individu berkembang dari satu tahap ke satu
    tahap dalam perkembangan kognitif Piaget adalah hasil
    himpunan kemahiran intelektual yang telah dipelajari oleh
    individu, bukan hasil ubahsuai skemata.
   Pelajar 17 tahun mempunyai lebih keupayaan kognitif
    daripada yang berumur 7 tahun sebab dia telah belajar lebih
    banyak kemahiran intelektual daripada yang 7 tahun, bukan
    disebabkan mempuanyai struktur kognitif “differentiated”
    (lebih kompleks) yang lebih baik.
   Oleh itu, perubahan pada pelajar iaitu memperoleh
    kemahiran intelektual dan boleh menguasai tugas
    perkembangan adalah hasil “cumulative effects of learning”.
   Umur dan kematangan penting untuk membolehkan individu
    mendapat lebih peluang mempelajari perkara baru.
Gagne (sambung)
   Gagne mengatakan perkembangan kognitif adalah
    berterusan bila individu bertemu situasi dan orang baru.
   Bila individu membesar dan menjadi matang, ibu bapa
    menjangkakan tingkah laku yang berlainan darinya dan
    cara mereka berinteraksi dengannya juga berubah.
   Hasilnya individu belajar tingkah laku baru seperti gaya
    bahasa, berjalan, memanjat, bersukan dan membaca.
   Perkembangan ini bukan sahaja berterusan tetapi
    bertimbun-tambah (cumulative).
   Kanak-kanak bertemu pengalaman baru,mereka
    menambah penglaman baru kepada sedia ada untuk
    membentuk tingkah laku baru.
   Tingkah laku yang lebih awal dipelajari akan menjadi asas
    untuk mempelajari tingkah lau baru.
   Tingkah laku mudah akan menjadi asas untuk
    mempelajari tingkah laku baru yang lebih kompleks atau
    rumit.
Gagne (Sambung)
   Fokus gagne mengenai pentingnya pengalaman awal atau
    pengalaman sedia ada untuk memungkinkan
    pembelajaran seterusnya muncul pendapatnya tentang
    perkembangan pembelajaran adalah “berhiraki”.
   Pembelajaran baru bergantung kepada penguasaan
    kemahiran asas.
   Misalnya, kanak-kanak mesti boleh menseimbangkan
    basikalnya terlebih dahulu sebelum dia boleh mula
    mengayuh basikal atau menggerakkan basikal.
   Gagne berpendapat, belajar kemahiran baru bukan
    bergantung kepada umur individu atau tahap kognitif di
    mana dia berada tetapi bergantung kepada
    penguasaannya kepada kemahiran asas.
   Seseorang kanak-kanak tidak boleh belajar operasi
    tambah kalau dia belum menguasai konsep dan simbol
    nombor.
Gagne (Sambung)
   1) Pembeajaran Isyarat
   Seseorang individu mempelajari gerak balas
    terhadap sesuatu isyarat.
   Contohnya, apabila ayah pulang ke rumah dengan
    wajah masam, anaknya dapat isyarat ayah mereka
    tidak suka diganggu.
   2) Pembelajaran Gerak Balas
   Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan
    pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.
   Peneguhan mesti diberi konsisten dan tekal supaya
    gerak balas yang positif dapat dikekalkan.
   Contoh: Ahmad menunjukkan kerja sekolah yang dia
    dapat 80% ibunya puji, “Bagus, Ahmad pandai!”.
   Dengan itu, Ahmad akan menunjukkan prestasi
    akademik yang cemerlang.
Gagne (Sambung)
   3) Rangkaian Motor
   Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran
    kemahiran spt permainan, muzik, elektroik, mekanikal dll.
   Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang
    berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
   4) Pertalian Bahasa
   Pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan
    fakta, data dan konsep.
   Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.
   Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
    dahulu.
   5) Pembelajaran diskriminasi
   Ia penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat
    menapis maklumat penting dari maklumat tidak penting
    dan ini memudahkan proses pengenkodan maklumat
    untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Gagne (Sambung)
   6) Pembelajaran Konsep
   Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi
    dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.
   Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dia
    dapat membentuk konsp yang betul dan tepat.
   7) Pembeljaran Hukum
   Ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
    sesuatu urutan atau rangkaian.
   Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
   8) Penyelesaian masalah
   Ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan
    hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
   Terdapat langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah seperti
    berikut:
   Mengenal masalah
   Mencari maklumat
   Membuat hipotesis
   Memilih cara menyelesaikan masalah
   Menguji hipotesis
   Membuat rumusan
Gagne (Sambung)
   Fasa pembelajaran dan peristiwa Pengajaran.
    (Events of Instruction)
   Gagne mengemukakan satu model pembelajaran
    langsung yang berasaskan model teori memproses
    maklumat di mana fasa pembelajaran disesuaikan
    dengan proses pembelajaran.
   Didedahkan kepada kemahiran /pengetahuan lalu
   Tajuk terbaru
   Mengajar kemahiran
   Mempraktis kemahiran
   Menerangkan semula pengetahuan yang dipelajari.
   Memberi kuiz/ soal jawab untuk memastikan objektif
    pengajaran tercapai.
Gagne (Sambung)
   Klasifikasi Hasil Pembelajaran
   Gagne telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada
    lima:
   Maklumat lisan – menghafal huruf, nombor,tarikh dll
   Kemahiran Intelek – membuat diskriminasi, konsep,
    peraturan dan generalisasi.
   Strategi Kognitif – pelajar belajar urutan proses dalam
    penyelesaian masalah, memahami petikan dan menulis
    esei.
   Sikap – menggemari gaya belajar tertentu, menghargai
    idea tertentu, cara bekerja dll ke arah pembentukan
    sikap.
   Kemahiran motor – Guru membentup pelajar membuat
    tindakan yang tepat, hasil pergerakan otot besar/kecil Cn:
    ikat tali kasut, menunggang basikal, membelah katak dll
Aplikasi Prinsip Pembelajaran Gagne
dalam Pengajaran dan Pembelajaran

   Teori Pembelajaran gagne
    menekankan sistem pembelajaran
    harus bermula daripada yang
    mudah /asas kepada yang rumit.
   Guru harus memastikan pelajar
    telah menguasai kemahiran asas
    sebelum mengajar kemahiran tinggi.
Teori Pembelajaran
Ausubel
   David Ausubel mengatakan manusia memperoleh ilmu
    dalam bentuk resepsi dan bukan daripada pembelajaran
    penemuan.
   Ausubel mengemukakan pembelajaran lisan bermakna
    (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya
    maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea.
   Hafalan (rote memorization) tidak dianggap pembelajaran
    bermakna.
   Model Pembelajaran Expository menekankan penerangan
    bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
    tersusun da dijelaskan menurut urutan serta fakta yang
    lengkap.
   Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya
    berkembang dalam bentuk deduktif (rule-eg method), iaitu
    daripada am kepada khusus/spesifik atau daripada prinsip
    kepada contoh.

Ausubel (Sambung)
   A) Penyusunan Awal (Advance Organizer)
   Ia merupakan pendahuluan atau permulaan yang
    menerangkan hubungan antara konsep-konsep
    penting yang akan mencakupi keseluruhan
    pelajaran pada hari tersebut.
   Ada 3 tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu:
   A) Memberi gambaran apa yang penting dalam
    pelajaran seterusnya.
   B) Menjelaskan hubungan antara konsep yang akan
    dihuraikan guru.
   C) Seterusnya, menggerakkan minda pelajar
    mengingat semula konsep berkaitan yang telah
    dipelajari.
Ausubel (Sambung)
   Terdapat 2 kategori penyusunan awal, iaitu:
   A) Comparative- mengaktifkan semula skema
    relevan yang terdapat dalam ingatan jangka pendek.
   B) Expository – memberi gambaran mengenai
    maklumat seterusnya yang akan dipelajari.
   Langkah-langkah Dalam Pengajaran Expository
   Selepas memulakan pengajaran dengan
    menghuraikan penyusunan awal, langkah berikut
    ialah menerangkan isi kandungan pelajaran,
    menjelaskan persamaan dan perbezaan konsep-
    konsep atau fakta-fakta beserta contoh-contoh.
   Pendekatan Expository sesuai untuk pelajar di
    tahap dua sekolah rendah dan sekolah menengah
    sebab pendekatan ini memerlukan pelajar
    memanipulasi idea dalam mental.
Ausubel (Sambung)
   Subsumption Terbitan (Derivative Subsumption) dan
    Subsumption Korelatif (Correlative Subsumption)
   Ausubel dalam bukunya, The Psychology of Meaningful
    Verbal Learning, mengatakan maklumat yang dipelajari
    akan diasimilasikan dalam kognitif sedia ada melalui
    subsumption terbitan atau subsumption korelatif.
   Dalam Subsumption Terbitan,bahan pembelajaran
    meliputi suatu penghususan terhadap konsep yang
    terdapat dalam struktur kognitif, atau adalah suatu yang
    menyokong atau mempunyai penerangan terhadap suatu
    yang telah dipelajari sebelumnya.
   Cn: kanak-kanak telah mempelajari bahawa manusia
    memelihara binatang yang jinak.
   Bila dia balik ke rumah dan dapati ibu memelihara kucing
    dan terbitlah dalam mindanya bahawa binatang jinak
    tersebut adalah kucing.
Ausubel (Sambung)
   Subsumption Korelatif – maklumat yang
    baru dipelajari merupakan penerangan
    atau huraian tentang andaian atau konsep
    yang baru dipelajari.
   Cn: logam boleh cair pada suhu tinggi,
    tetapi pada suhu berapa?
   Dari bacaan atau penerangan guru,
    pelajar akan mendapati bahawa logam-
    logam tersebut menjadi cair pada suhu
    yang berlainan.
   Oleh itu, pengetahuan mereka
    berkembang.
Ausubel (Sambung)
   Aplikasi Prinsip Pembelajaran Ausubel Dalam
    Pengajaran dan Pembelajaran
   Ausubel mencadangkan supaya guru menggunkan
    resepsi (penerimaan) atau model pengajaran
    expository sebab guru dapat menyampaikan
    maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur
    seperti dlam kaedah kuliah.
   Tetapi kaedah ini lebih sesuai untuk pelajar tahap
    dua dan seterusnya.
   Menggunakan sistem maklumat awal (advance
    organizer) dalam pengajaran untuk menggalakkan
    murid mengingat semula maklumat yang telah
    dipelajari dan dikaitkan dengan maklumat yang
    akan dipelajari.
Teori Pembelajaran Bruner
   Pengenalan
   Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan
    seorang ahli psikologi yang berpengaruh di A. Syarikat.
   Ijazah pertama di Duke University (1973).
   Ph. D. dalam bidang psikologi di Universiti harvard (1941).
   Dilantik Pengarah Pusat Kajian kognitif di Universiti Harvard.
   Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang proses
    perkembangan pemikiran manusia dan hubungannya dengan
    pembelajaran.
   Karya beliau banyak memberi penekanan kepada penglibatan murid
    dalam proses pengajaran-pembelajaran yang bermakna.
   Karya-karya:
   The Process of Education (1960).
   A Study of Thinking and Towards a Theory of Instruction (1966).
   Acts of Meaning (1991)
   The Culture of education (1966).
   Pernah menjawat jawatan Profesor Psikologi di Universiti Harvard
    dan Oxford.
Bruner (Sambung)
   Bruner telah mengemukakan Perkembangan Mental
    Manusia dalam 3 tahap:
   Peringkat Enaktif (0-2 tahun)
   Kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya
    untuk menyelesaikan masalah.
   Mereka belum pandai berbahasa atau
    berkomunikasi dengan baik.
   Peringkat Ikonik (2-4 tahun)
   Kanak-kanak berupaya menggambarkan sesuatu
    dalam fikirannya.
   Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.
   Peringkat Simbolik (5-7 tahun)
   Kanak-kanak menggunakan simbol perkataan,
    bahasa untuk menghuraikan pengalamannya.
Bruner (Sambung)
   Bruner menggariskan beberapa prinsip untuk
    membuat rancangan pengajaran bagi apa jua subjek
    dan tahap yang diajar.
   A) Persekitaran untuk belajar
   B) Struktur dan Bentuk Pengetahuan
   Senang kepada susah
   Konkrit kepada abstrak
   C) Urutan
   D) Pembelajaran Penemuan
   Mengkategori/mengorganisasi maklumat / ilmu
   Sistem koding/sistem berhiraki
Bruner (Sambung)
   Pembelajaran Penemuan mempunyai 5 ciri:
   Set pengajaran
   Set motivasi
   Asas pengetahuan
   Contoh Pelbagai
   Kurikulum disusun secara berhiraki
   Langkah-langkah dalam merancang Pembelajaran penemuan
   Pilih tajuk yang kita mahir
   Mulai pelajaran dengan sesuatu yang menyebabkan pelajar
    meneka.
   PElajar diarah untuk mencari fakta yang tidak diberi.
   Berikan bahan kepada pelajar untuk membuat eksperimen
   Galakkan pelajar untuk meneulis generalisasi yang
    diperoleh.
   Galakkan untuk mengadakan diskusi mengenai
    generalisasi./contoh-contoh.
Bruner (Sambung)
   Aplikasi Prinsip Pembelajaran Bruner dalam
    Pengajaran dan Pembelajaran
   Bruner mencadangkan subjek diajar melalui cara
    kanak-kanak melihat dunia iaitu melalui peringkat
    enaktif, ikonik dan seterusnya simbolik.
   Kaedah Penemuan/meneroka/projek/uji
    kaji/menemubual dll
   Interaksi murid dengan guru.
   Guru disaran memberi contoh-contoh semasa
    pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh
    membentuk konsep, membuat kategori dan
    membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

								
To top