; TUGASAN HBML4203
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

TUGASAN HBML4203

VIEWS: 37 PAGES: 26

  • pg 1
									                                                                        HBML 4203




                           PROFIL RINGKAS A SAMAD SAID




Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa,
Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung
Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Alamat : 10, Jalan 15/5C, Subang Jaya,
47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja,
Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehingga Senior
Cambridge, 1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang
Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA
Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985), Sasterawan Nusantara
(1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di
Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit,
Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin,
Suara Dari Dinding Dewan.



                                         1
                                                                          HBML 4203




1.0    PENDAHULUAN

       Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa,
Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A.
Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan
formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A.
Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga
memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

       Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan
Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta
Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam
Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi
penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

       Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila
beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negara seperti karya Ajip Rosidi,
Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti
Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan
menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan
cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secara tidak langsung
memperkuatkan minatnya terhadap kesusasteraan .

       Bermula detik alam       persekolahan hingga kini A. Samad Said tidak jemu
menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk
mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang
dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di
Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit,
Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN ,
Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulan puisi Suara Dari Dinding
Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang
terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan
                                          1
                                                                                 HBML 4203

puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd. Beberapa karyanya
diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T.
Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.

        Pencapaian   dan   sumbangan     A.   Samad    Said   dalam    memperkayakan        dan
memartabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau
menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write
Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara
(1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan
darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh
Yang                       Dipertua                      Negeri                      Melaka.
(Dewan Sastera Ogos 2003)

1.1     KELUARGA

Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dar i ibunya beliau sering
mendengar cerita rakyat seperti cerita “Batu Belah batu Bertangkup”. Beliau mempunyai dua
orang isteri Salmi Manja dan Rashidah Mohd Dahan dan mempunyai lima orang anak.
Empat orang bersama Salmi Manja dan seorang anak bersama Rashidah Mohd Dahan.



1.2     HASIL KARYA

Novel
- Salina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1961, 495 hlm.
- Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
- Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan
 kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm.
- Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
- Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
- Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm.
- Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
- Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm.
- Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.


Novel Remaja Kanak-kanak
                                              1
                                                                              HBML 4203

- Bendera Merah di Atas Bukit, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
- Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
- Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
- Mengejar Tetamu di Waktu Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
- Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
- Keledang, Kuala Lumpur; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
- Antara Kabus ke Kabus, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.
- Di Simpang Jalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 95 hlm.
- Jalan Retak, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.


Cerpen
- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad,
    1962, 152 hlm.
- Debar Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
    Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118
-
    hlm.
- Panorama (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
- Bunga Gunung (Peny.) Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
- Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
- Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
    Bhd., 1985, 405 hlm.
- Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), Kuala
    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,495 hlm.


Puisi
- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
- Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
    Pustaka, 1961, 26 hlm.
- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad,
    1962, 152 hlm.
- Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa),


                                             1
                                                                                HBML 4203

    (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat),
    135 hlm. Cetakan pertama 1963.
- Benih Harapan, Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
- Daun Semalu Pucuk Paku, Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
- Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm.
- Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
    dan Pustaka, 1980, 314 hlm.
- Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981,
    294 hlm.
- Benih Semalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 69 hlm. (cantuman dua
    antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
    Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75
-
    hlm.
- 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn.
    Bhd., 1984, 141 hlm.
    Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132
-
    hlm.
- Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.
- Malaysia dalam Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 316 hlm.
- An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), Kuala Lumpur:
    Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.
- Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985) (antologi bersama), Kuala
    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.
- Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
    Pustaka, 1990, 941 hlm.
- Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 69 hlm.
- Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.


Drama
- Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
- Wira Bukit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 92 hlm.
- Lantai T. Pinkie, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 137 hlm.


                                               1
                                                                               HBML 4203

    Lazri Meon Daerah Zeni, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 138 hlm
-




Esei/Kritikan
- Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala
    Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.
- Damai (kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
- Laungan (Kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
- Tangan yang Simpatik, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
    Between Art and Reality (Selected Essays), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994,
-
    479 hlm.


Autobiografi
- Dari Salina ke Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 83 hlm.


Umum
- Warkah kepada Salmi Manja, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
- Antara Bulan dan Wira, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 632 hlm.
- Warkah Eropah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 235 hlm.
- Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
    Pustaka, 1995, 510 hlm.



1.3       PENGANUGERAHAN

         Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
         1979, Panel Anugerah Sastera
         1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
         Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
         1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
         1997 gelaran `Datuk’ oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.




                                                1
                                                                      HBML 4203




2.0    IKON KESUSASTERAAN MALAYSIA
       Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said ialah nama           besar yang
dianggap ikon dalam kesusasteraan Malaysia. Beliau,       pengarang    yang sangat
mencintai sastera dalam bahasa Melayu dan kecintaan itu terserlah di dalam karya-
karyanya. Beliau seorang pengarang serba boleh dan menghasilkan karya sastera
semenjak tahun 1950- an dalam genre cerpen, sajak, novel dewasa dan kanak-kanak,
drama, esei kritikan, autobiografi dan warkah. Bagi beliau, pengarang dan seniman
mempunyai tanggungjawab untuk memerhatikan kepincangan dan mencipta karya
untuk memartabatkan insan (A. Samad Said, 2006:8)
       Menurutnya, seniman berpijak pada hati nurani lebih daripada bumi ideologi
kerana hati nurani akan sentiasa menang jika ia jujur. Hati nurani pengarang adalah
penderitaannya dalam kebahagiaannya dalam penderitaan (A. Samad Said,2006:9).
Secara sedar semua karyanya mengangkat kisah manusia dan kemanusiaan.
Dari segi kepengarangan, A. Samad Said merupakan pengarang yang menulis
berdasarkan pengalaman dan menambah pengetahuan melalui pembacaan yang luas.
Aktiviti ini berterusan malah sudah menjadi darah dagingnya semenjak remaja
sehingga kini. Pengalaman membesar di kota kosmopolitan Singapura semenjak
dibawa ke pulau itu semasa berumur enam bulan sehinggalah dewasa dan bekerja di
sana sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1959, telah memberikan warna
tersendiri kepada karya-karyanya. Ini termasuklah pengalaman keperitan hidup pada
zaman pemerintahan tentera Jepun antara tahun 1941-1945 yang digarapnya dalam
beberapa novelnya seperti Sungai Mengalir Lesu (1967), Di Hadapan Pulau (1978)
dan Keledang (1978).




2.1    ALAM PEKERJAAN
       A Samad Said gagal dalam percubaan pertama menduduki peperiksaan School
Certificate. Beliau mengulangi sekali lagi dan lulus School Certificate dengan
mendapat gred tiga setelah percubaan pada tahun 1956. Selepas menganggur selama
enam bulan, A. Samad Said mula mencari pekerjaan. Beliau diterima menjadi kerani
di Hospital Umum Singapura yang jelas tidak serasi dengan dirinya. Namun begitu,
selama beliau berada di hospital itu,banyak peristiwa yang melibatkan doktor,

                                     1
                                                                      HBML 4203

pembantu hospital, jururawat, amah, pemandu dan lain-lain dirakam dalam
karyanya.Beliau bekerja di situ hanya enam bulan. A Samad Said mengambil
keputusan untuk berhenti dan pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan Ahmad
Boestamam yang menerajui Fikiran Rakyat sebuah akhbar Parti Rakyat.
Semasa bekerja dengan akhbar Parti Rakyat, A. Samad Said kerap berjumpa beberapa
tokoh politik seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, yang dating ke Pejabat akhbar untuk
bertemu Ahmad Boestamam,tetapi A. Samad Said tidak banyak bertukar fikiran
dengan tokoh itu lantaran masih gagap. Semasa bekerja sebagai penolong pengarang
Fikiran Rakyat, A.Samad Said diberikan kolum ‘Selayang Pandang’ yang
membincangkan pelbagai isu semasa tanpa disaring atau disunting sedikit pun.
Kebebasan yang diberikan melonjakkan keyakinan dirinya dalam bidang penulisan.
Namun demikian akhbar tersebut tidak bertahan lama kerana masalah modal.. Beliau
bekerja selama enam bulan.
       A Samad Said pernah bekerja sebagai Penolong Pengarang majalah Remaja
(November 1954-Disember 1956) yang diterbitkan oleh Geliga Publication, selain
pernah bekerja di Majalah Asmara yang diterbitkan oleh syarikat yang sama. A.
Samad Said pulang ke Singapura dan diterima bekerja di Utusan Melayu sebagai
pemberita, walaupun sudah memiliki pengalaman mengendalikan ruangan ‘Selayang
Pandang’ di Fikiran Rakyat. Namun begitu, beliau kurang selesa sebagai pemberita
kerana masalah gagapnya belum dapat diatasi dengan sepenuhnya. A. Samad Said
kemudiannya ditugaskan membuat laporan seni dan ulasan filem bagi Utusan Filem
dan Sport di bawah Zaaba. Beliau menerima tugas itu dengan senang hati kerana
bidang seni memang diminatinya.
       Pada masa yang sama, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur secara
berperingkat. Perpindahan ini diikuti perpindahan kebanyakan karyawan antaranya
Usman Awang yang pada masa itu pengarang Utusan Zaman dan Mastika.
Walaubagaimanapun Mastika tidak dipindahkan untuk sementara waktu. A. Samad
Said ditugaskan untuk mengelolakan Mastika di Singapura yang meliputi segala
proses pengumpulan bahan sebelum dicetak di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama
A. Samad Said sedang bergelut untuk menyelesaikan penulisan novel Salina untuk
menyertai peraduan penulisan novel yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP). Pada tahun 1959, A. Samad Said berpindah ke Kuala Lumpur
membawa isterinya, Salmi Manja. A. Samad Said terus membantu Usman Awang
mengendalikan Mastika dan Utusan Zaman semasa berada di Utusan Melayu Kuala
                                  1
                                                                          HBML 4203

Lumpur. Namun begitu, A. Samad Said tidak bekerja lama di Utusan Melayu kerana
dipelawa oleh A. Samad Ismail yang menerajui Berita Harian yang mula beroperasi
pada Julai 1957 untuk mengelola bahagian sastera, termasuk memilih dan menyunting
cerpen yang akan disiarkan dalam Berita Minggu. Pada tahun 1976-1978, A.Samad
Said akhirnya menjadi pengarang Berita Harian.
        Jawatan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat menghasilkan karya kreatif
kerana tugasan rutinnya sebagai editor Berita Harian. Keinginan berterusan berkarya
mendorong A. Samad Said mengambil keputusan penting dalam kerjayanya. Pada
tahun 1978, beliau melepaskan jawatan editor Berita Harian untuk menjadi Pengarang
Rencana. Jawatan baharu ini membolehkan beliau aktif kembali meneruskan kerja
seni beliau. Semasa bertugas, A. Samad Said berpeluang melawat beberapa negara
untuk meluaskan pengalaman dan pengetahuannya. Antara negara yang dilawati ialah
India selama hampir sebulan iaitu Januari hingga Februari 1963 bersama-sama
beberapa orang       penulis termasuklah Keris Mas. Lawatan ini membawanya ke
beberapa lokasi dan dapat meninjau corak kehidupan masyarakat yang memberikan
pengalaman luas kepadanya. Kesan lawatan itu diabadikan menerusi 25 pucuk surat
kepada isterinya, Salmi Manja. Koleksi itu diberikan judul Warkah Kepada Salmi
Manja(1965). Juga mencetuskan ilham Bulan Tak Bermadu di Fatehpur
Sikri(1965)A.Samad Said juga berkesempatan ke England selama dua minggu yang
merupakan hadiah daripada Syarikat Penerbangan B.O.A.C pada tahun 1975, semasa
berkhidmat sebagai Penolong Pengarang Berita Harian.
        Pada tahun 1987, beliau bersara dari Berita Harian setelah bekerja di institusi
itu selama 28 tahun. Keputusan ini diambil setelah difikirkan secara halusnya,
terutama tentang situasi kewangan kerana beliau mempunyai dua orang isteri, iaitu
Salmi Manja dan Rashidah Mohd Dahan serta lima orang anak yang tiga daripadanya
masih belajar. Setelah hutang rumah dibayar sepenuhnya, beliau memberanikan diri
untuk    bertindak    bersara    walaupun    kehilangan     RM5000     sebulan   (Diari
Kembara,1989).       Bersara    bermakna    memenuhi      hasrat   mendapat   kebebasan
sepenuhnya untuk mengembara dan menulis. Begitu meluap perasaan A. Samad Said
hidup sebagai seorang penulis sepenuh masa. Beliau meneruskan kegemarannya
menaiki bas awam yang mula dilakukannya semenjak tahun 1970-an untuk lebih
dekat dengan masyarakat juga beribadat di masjid sambil membaca Al Quran.
        Sesudah bersara, A.Samad Said banyak berperanan sebagai penceramah, ahli
forum, panel diskusi, perasmi majlis sastera, pendeklamasi dan pembimbing bagi
                                    1
                                                                               HBML 4203

      bengkel-bengkel penulisan untuk memenuhi jemputan pelbagai pihak seperti institusi
      pengajian tinggi, persatuan penulis, institusi kerajaan dan swasta seluruh negara.
      Menerusi bukunya, Diari Kembara (1989) dapat menjelaskan aktiviti seni A. Samad
      Said pada masa itu. Contohnya, mulai 27 Februari hingga 27 Mac 1989, beliau
      bersama-sama beberapa sahabat, seperti Abdul Amir dan Marzuki Ali membimbing
      beberapa kumpulan penulis di seluruh Sabah. Mereka membimbing bengkel puisi dan
      drama yang dianggap perlu diberikan perhatian kerana ketandusan skrip drama yang
      dihasilkan penulis Sabah.
             Seterusnya, mulai 4 April hingga 9 April 1989, A Samad Said ke England
      yang disebutnya sebagai Kembara Santai.Dari 10 April hingga 23 April pula, beliau
      menyertai kembara rasmi di Perancis atas undangan kerajaan Perancis. Bagi A.
      Samad Said, kembara ke Eropah amat penting dan …….. “Memangku rasa terlalu
      banyak dapatku lakukan untuk perkembangan ……(dan seni) (A. Samad,
      1989).Kembara kedua buah Negara Eropah ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan
      membeli banyak buku, novel, menonton teater, bertemu ilmuan, pengarang besar di
      dua negara itu. Pengalaman seni dan intelektual di London, Manchester, dan Paris
      diabadikan dalam buku bentuk mewah berjudul Warkah Eropah (1991). Buku ini
      merupakan koleksi 47 pucuk surat kepada dua orang isterinya; empat pucuk untuk
      Salmi Manja, Rashidah (19 pucuk) juga untuk anak-anak; Az (13 pucuk), Siti Senja (2
      pucuk), Helmy (2 pucuk), Sita Dini (5 pucuk) dan Sina Raihan (2 pucuk). Warkah
      Eropah merupakan koleksi peribadi, tetapi ditulis dalam laras bahasa yang sama untuk
      isteri dan anak-anaknya, walaupun pada masa itu, anak tunggalnya bersama Rashidah
      baru berusia 9 tahun. Dalam warkah Eropah ini, A. samad Said secara tidak langsung
      menonjolkan pengetahuannya yang luas tentang novel-novel dan pengarang-
      pengarang Eropah dan Amerika Latin. Buku-buku yang dibeli juga memperlihatkan `
      keghairahan beliau untuk meluaskan pembacaan tanpa rasa jemu.


2.2   MOGOK SENI
      A. Samad Said pernah melancarkan mogok seni selama lima tahun             mulai Julai
      1989 hingga Julai 1993.Mogok seni ini dilancarkan seorang diri dengan tidak mahu
      menulis dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kegiatan sastera.’Mogok seni saya
      ini, lebih bersifat mogok hati nurani..ada sesuatu yang hendak saya protes, bukan
      untuk saya sahaja, tetapi untuk orang lain juga..(Mastika,Januari 1990).Mogok seni
      ini didorong oleh layanan Biro Budaya yang kurang rasa, kurang reti, kurang
                                       1
                                                                              HBML 4203

      visi(Mastika,Januari 1990). Mogok Seni ini diadakan berikutan karenah biokrasi yang
      melampau terhadap hasil nukilannya seperti puisi dan hasil drama. Mogok Seni ini
      tidak mendapatsokongan ramai termasuk Sasterawan Negara seperti Usman Awang
      dan Shahnon Ahmad. Pada mereka, mogok seni ini akan merugikan A.Samad Said
      dan bidang sastera Malaysia sendiri. Dari sudut lain pula, Mogok Seni itu sangat
      meresahkan banyak pengarang muda. Mogok seni merugikan mereka kerana
      kehilangan seorang tokoh Sasterawan Negara yang sering memberi ceramah dan
      membimbing bengkel sastera anjuran pelbagai institusi pendidikan, seperti sekolah,
      maktab, institusi pengajian tinggi dan persatuan sastera tanahair. Mogok Seni ini
      bertahan selama setahun sahaja, bukan lima tahun seperti rancangan beliau, hasil
      pujukan, rayuan dan perbincangan pelbagai pihak peminat sastera tanah air.
      Selepas Mogok Seni itu, A.Samad Said terus menulis tentang pelbagai isu sastera,
      termasuk nostalgia penglibatan awal dalam bidang penulisan kritikan seni, ulasan
      buku yang sebahagian besarnya banyak tersiar dalam majalah Dewan Sastera dalam
      Ruangan Nurani Seni. Ulasannya terhadap buku dan          novel kerap tersiar dalam
      Dewan Budaya. Sebagai pengarang yang serius membaca dan turut serta dalam
      pelbagai kegiatan seni, A. Samad Said tidak pernah ketandusan idea untuk menulis.
      Pembacaan yang luas dan berterusan membolehkan A. Samad Said terus menulis dan
      mengulas buku-buku yang menarik perhatiannya.


2.3   PERJUANGAN PEMANSUHAN PPSMI


             Pada era bangkitnya gelombang menentang PPSMI (Pengajaran dan
      Pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) pada dekat 2000- an.
      A.Samad Said muncul sebagai ikon perjuangan. Beliaulah orangnya bersama
      Allahyarham Hassan Ahmad (Dato’ Dr) mengepalai perarakan puluhan ribu penunjuk
      perasaan sehingga ditembak dengan gas pemedih mata. Beliau memilih untuk
      berjuang, memperjuangkan bahasa Melayu tanpa ingin mundur lagi. Setelah
      perjuangan itu berjaya, dengan setujunya kerajaan memansuhkan PPSMI
      Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said,
      Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah
      Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B
      Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi


                                            1
                                                                              HBML 4203




2.4    BERSIH 2.0




       Apabila pergolakan politik Negara agak bergolak sekitar tanun 2010 ke atas,
penglibatan A. Samad Said dengan pentas protes yang dimiliki sama ada oleh badan bukan
kerajaan dan parti politik saingan Barisan Nasional begitu ketara. A. Samad Said menjelajah
dari satu   pentas ke satu pentas bagi menyatakan protesnya terhadap tindak tanduk
pemimpin.Datuk A.Samad Said berserta Datuk Ambiga Sreenevasan menjadi pengerusi
bersama dalam anjuran BERSIH 2.0. Matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan
dakwat hitam kekal yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa
pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21
hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka

                                            1
                                                                             HBML 4203

juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik
yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi
pos.[24]

Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua
peserta perhimpunan.




                                            1
                                                                               HBML 4203




3.0    SUMBANGAN
       Sehingga tahun 2011, A. Samad Said menghasilkan 11 buah novel dewasa, lapan
novel remaja, empat kumpulan cerpen (termasuk 55 cerpen yang diselenggarakan oleh Dr.
Othman Puteh), empat drama, empat kumpulan puisi(termasuk sebuah kumpulan puisi yang
mengandungi 221 puisinya diterbitkan pada tahun 1995 oleh Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.) dan tiga kumpulan esei.
       Sebagai seorang pengarang yang berterusan berkarya semenjak mula menulis pada
tahun 1953 hingga kini, A Samad Said menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah
berdasarkan pencapaian dan sumbangannya dalam bidang sastera.
       Pencapaian awal diraih beliau ialah apabila novel sulungnya Salina dipilih sebagai
pemenang Hadiah Penghargaan dalam Peraduan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1958. Novel ini dihantar dalam dua jilid dan merupakan novel yang
paling tebal diterima oleh para juri, membawa banyak pembaharuan dari sudut tema dan
teknik penulisan yang dibincangkan beberapa hari oleh mereka kerana ‘kemodenannya’ itu.
Salina diterbitkan pada tahun 1961.
       Sehingga sekarang novel ini terus dibincangkan, diulas, dikritik menggunakan
pelbagai pendekatan seperti formalistic, sosiologi, feminism hermeneutic, dan lain-lain lagi.
Salina diterjemahkan kepada beberapa bahasa, seperti Inggeris dan Perancis. Novel ini juga
diterima sebagai sebuah novel abad ke 20. Sehingga tahun 2004, novel ini dicetak sembilan
kali dalam tiga edisi ringkas yang diusahakan sendiri oleh A. Samad Said.
       Novel Daerah Zeni (1985) memenangi Hadiah Karya Sastera bagi kategori novel.
Novel ini menghidangkan teknik baharu dalam penulisan novel Malaysia, iaitu cerita dalam
cerita. Cerita pertama ialah novel realiti yang melibatkan wataknya, iaitu Lazri Meon, Zeni,
Zedi, Ehran, Mohdi dan Zirah. Cerita kedua pula merupakan novel yang ditulis oleh Lazri
Meon yang mengutarakan watak, seperti Hamdar, Mardi, Rerudin, Bomoh Sakinah, dan
Nasilah. Dua cerita ini dipadu melalui pembacaan Zeni, Zedi, Zirah, dan Ehran terhadap
novel Lazri Meon, seorang pengarang yang juga bapa Zeni dan Zedi.
       Pada tahun 1987, novel Hujan Pagi turut memenangi Hadiah Karya sastera untuk
genre novel. Novel ini adalah penghasilan pascamoden yang mengangkat masalah
penyusupan kuasa di dalam dunia wartawan, dunia profesion A. Samad said sendiri yang
mulai diceburi sejak 1958-1987. Menerusi novel ini, beliau menyelitkan unsur realism magis
yang dipopularkan oleh Gabriel Gracia Marquez.
                                           1
                                                                                HBML 4203

       Tentang hadiah kerana memenangi sesuatu sayembara atau dipilih memenangi Hadiah
Karya Sastera A. Samad Said mengakui bahawa ;sesuatu hadiah bukan jaminan lahirnya
sebuah lagi karya masterpiece dan seseorang pemenang hadiah, tetapi serendah-rendahnya
pun hadiahtersebut masih dapat menyangkutkan semacam martabat kepadanya, sesuatu yang
akan sentiasa mempersubur cita-cita bakal seniman atau seniman itu’ (A. Samad Said, 1981).
Secara tidak langsung, beliau mengakui dalam konteks perkembangan sastera Malaysia
pemberian   hadiah    kepada   karya   yang   terpilih   merupakan   insentif   yang   dapat
mempersuburkan cita-cita bakal seniman atau seniman (yang mempunyai kedudukan dalam
bidang kesusasteraan). Insentif ini digelarnya sebagai tangan yang simpatik yang penting
untuk mendorong pengarang terus berkarya.
       Selaras dengan jasa yang disumbangkan kepada perkembangan bidang kesusasteraan
yang berterusan berkarya mulai tahun 1950-an, A Samad Said menerima beberapa hadiah dan
penghargaan dari dalam negara dan luar negara. Di samping itu, peranannya sebagai
pengendali halaman sastera Berita Minggu sangat penting menyuburkan semangat penulis
baharu. Kesabarannya menyunting dan menyelamatkan cerpen, khususnya karya penulis
baharu dimaklumi A. Samad Ismail yang merupakan pengarang Berita Harian mulai 1957-
1974 (Berita Harian 24 Julai 1993).
       A.Samad Said turut memimbing banyak penulis berbakat dengan memberi kata
perangsang , membaca karya-karya mereka dengan sikap simpatik, memahami bakal
pengarang itu berterusan hingga kini.(2005) Pada 29 Mei 1976, A. Samad Said dianugerahi
Hadiah Pejuang Sastera oleh kerajaan Malaysia bersama-sama beberapa orang pengarang
Malaysia seperti A. Samad Ismail, Ishak Haji Muhammad, Shahnon Ahmad, Usman Awang
dan Keris Mas.
       A.Samad Said juga merupakan pengarang Malaysia yang menerima Anugerah Penulis
Asia Tenggara (SEA Write Awards) yang ditaja oleh kerajaan Thailand pada 1979.
Pemilihannya merupakan pengikhtirafan untuk segala sumbangan jasa dan baktinya terhadap
perkembangan sastera Malaysia. Pada tahun 25 Februari 1986, beliau menerima Anugerah
Sastera Negara yang merupakan penghargaan dan penghormatan Negara yang diberikan dan
dinyatakan dalam bentuk:
* Warkah Penghormatan Negara
* Wang tunai RM30,000
* Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta.
* Kemudahan untuk penerbitan karya.
* Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan.
                                        1
                                                                                 HBML 4203

* Penerbitan sebanyak 50,000 naskhah daripada karya penerima anugerah untuk dilabel
kerajaan dan disebarkan dengan luasnya ke sekolah-sekolah, perpustakaan-perpustakaan,
jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
* Kemudahan untuk dipertimbangkan menjadi Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan
Pustaka.
* Penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing.


       Pengikhtirafan ini diberikan kerana sumbangan besar beliau kepada perkembangan
kesusasteraan tanah air. Secara tidak langsung, menawarkan lebih banyak kemudahan
berkarya pada masa akan datang.
       Pada peringkat ASEAN, A. Samad Said menerima anugerah bagi kategori sastera di
Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam pada 10 Oktober 1993. Beliau turut menerima
Anugerah Sasterawan Nusantara pada tahun 1999. Pada tahun 1996, A.Samad Said
dianugerahi bintang kebesaran kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Pengiktirafan tinggi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu Ijazah Kehormat
Doktor Pendidikan Kesusasteraan berdasarkan penglibatannya dalam memartabatkan bidang
kesusasteraan di Negara ini diterima pada 16 Ogos 2003. ‘Dengan penghargaan ini,” jelas
beliau, “secara rasmi institusi dan umum menghargai sumbangan saya” (Mingguan
Malaysia,17 Ogos 2003).
       Sesungguhnya, para pengkritik, pengkaji sastera, institusi pendidikan, institusi Sastera
memberi pengiktirafan tinggi kepada beliau berdasarkan penglibatannya yang konsisten dan
penuh cinta pada kesusasteraan semenjak beliau mula menceburi bidang penulisan pada
tahun 1953 lagi.




                                              1
                                                                               HBML 4203




4.0    SASTERAWAN INSPIRASI
               Saya menganggap A. Samad Said merupakan ‘Sasterawan Inspirasi” di mana
saya maksudkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bukan sahaja dikenali dan
dikagumi melalui hasil karya kesusasteraan, malah ketrampilan beliau sebagai sasterawan
yang beridentiti sendiri pada wajah dan gaya komunikasinya. Seniman dan sasterawan ini
telah menghasilkan terlalu banyak karya dan istemewanya beliau berkebolehan dalam
pelbagai genre baik sajak, cerita pendek, novel, drama, esei, dan catatan pengalaman.
Kebolehan dan keistemewaan inilah yang menimbulkan rasa kagum yang teramat hinggalah
keistimewaan dan kekuatan itu bagaikan satu inspirasi kepada saya walaupun saya hanya
sekadar minat menulis puisi-puisi yang ringkas dan menjadi koleksi peribadi sahaja.
       Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata betapa terujanya saya apabila
berpeluang untuk bertemu dan berbual bersama Sasterawan Negara ini yang amat-amat saya
kagumi. Pertemuan bersama beliau saya anggap begitu bersejarah sehingga saya tetap
menyimpan gambar bersama beliau untuk dijadikan kenangan yang amat bermakna.
Pertemuan bersama beliau di Dewan Maktab Perguruan Ipoh pada Jun 1996 amat bermakna
apabila pada malam tersebut beliau hadir bersama Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan
dramatis Khalid Salleh sebagai tetamu dalam Majlis Bersama Penulis.
       Beliau banyak menjawab soalan-soalan daripada saya dan rakan-rakan dengan ramah
dan butiran perkataan yang diluahkan amat bermakna serta menjawab semua soalan dengan
tenang dan lembut. Penampilannya yang khusus, rambut putih yang dibiar dengan misai yang
seakan bersambung dengan janggut yang turut meliar. Berpakaian sederhana dengan beg kain
yang disandang membuatkan penampilannya amat unik dan beridentiti. Saya percaya
daripada raut wajahnya dan tutur katanya mencerminkan A.Samad Said merupakan seorang
yang sentiasa berfikir dan intelektual.




                                             1
                                                                              HBML 4203

       Sebagai novelis, A. Samad Said terus berusaha menyuburkan teknik penulisannya
menerusi pembacaan luas terhadap novel-novel Timur dan Barat yang dimulai semenjak awal
pembabitannya dalam bidang penulisan. Beliau banyak menghabiskan masanya membaca
sepanjang hari terutama setelah bersara pada tahun 1987. Beliau tidak lokek atau berkira
untuk mengeluarkan wang membeli buku-buku terbitan dalam atau luar Negara sehingga
menyebabkan beliau telah menghimpunkan banyak koleksi buku dirumahnya. Dinsman
menggambarkan kumpulan bukunya itu, ‘..masuk ke rumahnya seperti masuk ke suatu dunia
buku dan ilmu atau dunia pembacaan dan pemikiran atau ke suatu ruang kerja penulisan atau
ke suatu Planet Kreatif.’ (2005).




       A Samad Said seorang yang amat mengkagumkan. Kerajinannya menghasilkan karya
dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said
ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatile di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam
karya, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang yang
menuangkan nurani seninya. A. samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya,
karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi
yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. Beliau bukan sahaja begitu cermat
dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi juga terhadap alam, benda hidup
dan mati, yang menjadi latar ceritanya. Beliau seolah-olah mencari erti dalam semuanya itu.A
Samad juga meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan
psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau agak
aneh, iaitu dengan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan
yang menarik dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa telitinya
pembacaan dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam
dialog-dialog karyanya.
       Apa yang paling terserlah di dalam jiwa A. samad Said ialah tingkah laku yang
bersahaja, tidak sombong sama sekali. Bergelar sasterawan Negara, memenangi begitu
                                         1
                                                                              HBML 4203

banyak anugerah sastera, ia tetap sebagai orang yang rendah hati, bertimbang rasa serta
peramah. Melalui percakapannya, dapat dikesan bahawa dia antara sasterawan Malaysia yang
paling intelektual, yang paling luas pengetahuannya tentang dunia sastera. Penampilan A.
samad seharian adalah simple. Dia senang berbaju kemeja lengan pendek dan dibiar keluar
dari celana panjang. Dia tidak cerewet memilih warna pakaiannya. Wajahnya lengkap dengan
janggut dan misai yang persis seorang petapa di samping rambut yang panjang mengerbang.
Ke mana saja beliau berada, tampangnya cepat dikenali orang. Beliau sering menyandang
sebuah beg di bahu dan bercapal. Capal yang dering mengheretnya ke mana sahaja. Kalau
dulunya A. Samad sering menaiki bas mini, kini sesekali di dalam bas, LRT, menorel atau
teksi. Dia senang menggalas uncang dari kain kanvas yang kelihatan lusuh. Beliau lebih
senang memilih berjalan daripada memandu, dan beliau juga menjadi pengunjung dan tetamu
setia Masjid Negara dan Masjid Sayidina Abu Bakar di Bangsar.Membaca catatan a. Samad
di blognya http://samadsaid.wordpress.com/ sering mencatatkan perjalanan sehariannya,
aktivitinya di masjid dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa A. samad Said merupakan
seorang sasterawan yang amat istimewa. Catatan yang saya rasa amat bererti dalam diri A.
Samad dipetik di dalam blognya seperti di bawah.


Sendirian di dalam Sebuah Masjid
Posted on December 27, 2010

KEHIDUPAN hanya bererti jika kita sendiri yang mencurahkan luhur makna ke dalamnya.
Apakah yang kita inginkan dalam—atau dari—kehidupan? Sesekali duduk bergoncang
dalam elarti, atau jalan berhenjut di celah khalayak, atau khayal tersengguk dalam kereta
api, kita bertanya teka-teki ini. Sudahkah diisi kehidupan dengan makna? Sudah? Belum?
Sangatlah murni pertanyaan falsafi—sangat menguji, sangat bermimpi.

Sendirian di dalam sebuah masjid—biasanya di Masjid Negara—sedapat-dapatnya dua hari
seminggu, saya gemar mengimbas, merenung, mengupas dan menilai inti pengalaman
kehidupan lalu. Derita dalam Perang Dunia Kedua; ghairah menunggu negara merdeka;
terharu hadapi pilihan raya pertama; dan terluka menyaksi pemimpin bertelagah, saya cuba
mengimbangi dacing peribadi. Sudahkah diri mengisi amal dan ibadah duniawi dan
ukhrawi? Bukan sekadar saya—pemimpin juga!

Seorang tua berusia 75 tahun, bernafas selesa tengah keluarga, selalunya gemar—malah
terbiasa—bertanya apakah telah terpikul beban tanggungjawab duniawinya?

Dan, apakah sudah juga padu terhimpun ibadah ukhrawinya?

Orang tua yang bersendirian di dalam sebuah masjid antara Asar dan Maghrib selalunya
khusyuk menyukat—dalam ceteknya perut samudera; merenung—tinggi rendahnya gunung
dan lurah; mengimbas—gersang suburnya gurun dan rimba; dan menilai—resah rianya
                                           1
                                                                              HBML 4203

sejarah diri. Orang tua itu selalu benar terketar menilai kehidupannya—gementar akan usia
yang telah terbelanja, terketar oleh baki usia yang sangat tersisa, tercabar oleh ranjau
kehidupan yang tak mampu diwaraskannya.

Apakah telah dipersembah khidmat dan ibadah demi ukhrawinya itu sesantun, sedamai dan
semurni peribadi? Atau kita masih terus tergamak tamak dengan harta duniawi?

Benar, kehidupan akan hanya bererti jika insan sendiri yang berupaya mencurahkan makna
ke dalam cangkir usianya. Yang rendah, menjengkit; yang tinggi, menunduk. Begitu pesan
datuk nenek. Tapi, kita tidak bakal tahu juga apa maksudnya makna selagi kita masih terlupa
menyanjungi amanah khalifah di bumi.

Sendirian di dalam sebuah masjid—biasanya di Masjid Negara—begitu diri teruja.



Walaupun beliau figura yang dikenali umum, tokoh ini senang diajak bicara dan seringkali
dibawa ke majlis-majlis deklamasi puisi baik yang dianjurkan oleh pemerintah mahupun oleh
swasta dan badan-badan NGO serta perguruan tinggi. Dia Sasterawan Negara yang turun
kepada rakyat dan meladani rakyat sambil menyelami penderitaan rakyat.(Marzuki Ali:2012).
       A. Samad, pendeklamator yang disegani di Malaysia dan juga di Indonesia. Dengan
gaya yang sederhana seperti penampilannya yang selalunya dengan sangat santai
menyampaikan suaranya yang sederhana. Dia membawa puisi dengan cara penyampaiannya
yang khas, yang mudah meresap jauh di dalam sanubari. Dalam tempo yang perlahan dia
mengatur kata demi kata, sering dalam aksi berdiri tanpa berkaca mata. Kejujuran dan
keprihatinan A. samad Said sebagai penggiat sastera yang menyuarakan, mewakili keluh
kesah bangsa serta persekitarannya semakin terserlah apabila beliau lantang dan proaktif
memperjuangkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau bahkan turun ke jalan raya menyertai tunjuk
perasaan membantah dasar berkenaan sehingga dihunjam gas pemedih mata bersama-sama
khalayak yang turut menyuarakan bantahan.
       Selain itu, melalui warkah Eropah juga, saya mangagumi kejujuran beliau
membenarkan semua kandungan surat-surat yang ditulisnya untuk isteri-isteri, anak-anak di
samping poskad-poskad kepada teman-teman diterbitkan tanpa suntingan dan disertakan pula
salinan asal. A. Samad Said begitu terbuka mengongsi sebahagian dirinya dengan khalayak,
barangkali dengan penuh kesedaran bahawa dengan bergelar penulis dan dinobatkan sebagai
Sasterawan Negara pula, sebahagian daripada diri telah menjadi hak masyarakat.(Rebecca
Ilham:Pak Samad di mata kami:63)



                                             1
                                                                            HBML 4203

       Justeru, tidak hairanlah sekiranya khalayak begitu merasai, malahan menghargai,
kewujudan beliau sebagai seorang tokoh yang wajar dihormati.




5.0 HARAPAN
              Dalam tempoh usia melepasi 77 tahun. A. samad Said benar-benar menyedari
bahawa dirinya memiliki kekuatan sendiri. Pembangunan kreativiti dalam diri A. Samad Said
bergerak ke depan dan sentiasa maju. Ibarat kemajuan Negara membangun yang rancak
pembangunan selepas merdeka. Namun, dalam waktu yang sarat idea itu, A. Samad Said
mula memikirkan prinsip diri. Keunggulan merupakan peringkat tertinggi yang dicapai oleh
seseorang pengarang yang memiliki vision dalam kepengarangannya. Menurut Mana Sikana
dalam Abdul Halim Ali(2011), untuk mencapai tahap ini, pengarang harus ada keberanian
untuk melahirkan teks sebagai demontrasi intelektualisme, mengaplikasikan konstruktif
epitemologiesme yang berhubungan dengan metafizik dan falsafah. Mencari dan menemukan
keunggulan atau idealism menjadi cita-cita utama dalam kerja-kerja kepengarangan.A.Samad
Said dilihat juga memiliki visi untuk mencapai keunggulan ini, khususnya dalam bidang
puisi.Beliau sampai ke kemuncak pencarian manusia yang sangat syahdu dan rohani
menerusi karya terpanjang berjudul Al-Amin yang disifatkan oleh Kemala(2000) sebagai
sebuah Sirah Rasulullah dalam bentuk puisi. Diharapkan puisi-puisi sebegini akan dapat
dihasilkan melalui minda Sasterawan tersohor ini.




                                             1
                                                                                  HBML 4203




A.Samad Said telah berjaya memberikan kita suatu khazanah baharu dalam dunia sastera.
Pengalaman membaca novel, cerpen, puisi, drama ,membawa kita meneroka tentang
permasalahan hidup, perang, perjuangan persengketaan, kepimpinan dan jati diri bangsa.
Dalam puisi yang dihasilkan Rindu Ibu misalnya memaparkan 101 puisi yang bersesuaian
dengan remaja. Di dalam temubual bersama wartawan Ani Awang (Berita Harian:2006) A.
samad menyatakan” Kerana ia memberikan satu penekanan terhadap rukun hidup dan
pengalaman hidup yang munasabah untuk diketahui oleh anak- anak serta menggalakkan
mereka untuk membaca. Rindu Ibu merupakan sebuah kumpulan puisi kanak-kanak yang
menceritakan mengenai seni kehidupan, hasil ciptaan luar negara, tempat yang saya lawati
dan orang yang saya temui.Saya tulis buku ini tidak semestinya untuk kanak-kanak, tetapi ia
juga boleh dibaca oleh ibu dan nenek untuk anak dan cucunya. Ia boleh dibaca sebelum
tidur.Rindu Ibu begitu sesuai dengan perkembangan di sekitar kehidupan remaja. Ramai
anak-anak sekolah gemar berinteraksi dengan saya dan kerana itu saya sewajarnya menulis
sebuah antologi yang berlaku di sekitar kanak-kanak menjelang remaja. Hasil karya yang
bermutu dari Sasterawan Negara ini sepatutnya dijadikan teks dalam pengajaran KOMSAS
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teks dan hasil tulisan beliau sepatutnya dikaji oleh
pelajar sekolah dan pelajar di Institut Pengajian Tinggi secara proaktif dan kritikal bagi
melahirkan insan yang kritis dan kreatif sejajar dengan Falsafah Pendidikan . Selain itu, nilai-
nilai murni yang terkandung pada hasil nukilannya dapat melahirkan pelajar yang seimbang
bersesuaian kehendak Falsafah Pendidikan.


                                               1
                                                                                HBML 4203




       Menurut Marzuki Ali dalam Pak Samad di mata kami(2012), saya sering berkunjung
ke rumah Sasterawan Negara di Ampang dan juga di Bangsar. Yang menjadi kegusaran saya
setiap kali berkunjung ke rumah Sasterawan Negara ini, adalah khazanah buku-bukunya yang
begitu banyak. Akan ke manakah akhirnya masalah penampungan dan kedudukan buku-buku
dan masalah pengurusannya. Sedangkan saya kira, seseorang pemilik khazanah buku-buku
seperti A. samad Said akhirnya tidak akan mampu mengurus dan menjaga khazanah yang
sudah kian bertambah begini secara sendirian. Salah satu harapan saya, masalah ini dapat
diselesaikan dan agar ada usaha pihak-pihak tertentu yang dapat menyimpan segala khazanah
A. samad Said. Khazanahnya terlalu bernilai dan ianya tidak patut hilang begitu sahaja.

5.1    PENUTUP

       A. Samad Said daripada hanya anak sebuah keluarga yang terkesan dengan
peperangan, kemudian menjadi pendengar cerita lisan yang setia, pembaca buku yang tekal
minatnya, hinggalah menjadi novelis, penyair, cerpenis dan akhirnya dianggap seperti
Sasterawan Negara. Dirinya sebagai sasterawan diwakili dengan wajah kesenimannya,
keluasan kembaranya, kemahirannya memasuki ruang fikiran dan rasa manusia, kematangan
berbahasa dan daripada itu semua masyarakat diasuh tentang makna dan falsafah
penciptaannya.




                                              1
                                                                               HBML 4203



                                       RUJUKAN
A.Samad Said(1979), Dari Salina Ke Langit Petang, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
       Pustaka.
A.Samad Said( 1981), Tangan Yang Simpatik :Kumpulan Esei, Kuala Lumpur: Adabi
A. Samad Said, (1989)), Antara Bulan Dan Wira, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A. Samad Said, (2003), Salina, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Samad Said, (2005), Rindu Ibu. Subang Jaya: Wira Bukit.
Dinsman(2005), A. Samad Said:Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Cheras:Wholesale-
       Mart Business Point.
Keris Mas, (1979), 30 Tahun Sekitar Sastera, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Panel Sastera Negara (1985), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahimidin Zahari (2012), Pak Samad di Mata Kami, Kuala Lumpur:Institut Terjemahan &
       Buku Malaysia.
Rosmah Baharuddin 2012, Biografi A. Samad Said:Memberi Hati Nurani, Kuala Lumpur:
       Institut Terjemahan &Buku Malaysia.
Mastika, (1987). A. Samad Said: Sasterawan Terbilang, September, halaman 51.




                                             1
    HBML 4203




1
    HBML 4203




1

								
To top