HBHE3203 by masamin73724

VIEWS: 30 PAGES: 16

									        FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



              SEMESTER JANUARI 2012




                   HBHE 3203


  KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
         PERSEKITARAN




NAMA                    :   MASLINA BT MISIRAN@BAKUN


NO. MATRIKULASI         :   730809015042002
NO. KAD PENGENALAN      :   730809015042
NO. TELEFON             :   0125195504
E-MEL                   :   masamin7372@gmail.com




PUSAT PEMBELAJARAN      :   INSTITUT PERGURUAN IPOH
                                                           HBHE 3203
                              ISI KANDUNGAN


1.0 Pengenalan
     1.1 Peranan sekolah menjaga keselamatan di sekolah.


2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan.
     2.1 Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan.
     2.2 Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan.
     2.3 Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan.


3.0 Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah.
     3.1 Tatacara Am Penggunaan Kantin Sekolah
     3.2 Tatacara Murid Penggunaan Kantin Sekolah.
     3.3 Tatacara Guru Penggunaan Kantin Sekolah.


4.0 Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah
     4.1 Tatacara Am Penggunaan Dewan Sekolah.
     4.2 Tatacara Murid Penggunaan Dewan Sekolah.
     4.3 Tatacara Guru Penggunaan Dewan Sekolah.


5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer.
     5.1 Tatacara Am Penggunaan Bilik Komputer.
     5.2 Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer.
     5.3 Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer.


6.0 Kesimpulan




                                  1
                                                                               HBHE 3203


1.0   Pengenalan.
                    Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran
            di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti
            anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa
            sebarang    gangguan       dan   kemalangan.   Langkah-langkah   keselamatan
            dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak,
            sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan
            keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah
            adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi
            tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan
            diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan
            kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.Kemalangan boleh berlaku ke
            atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh
            kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin
            keselamatan.
                    Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas
            tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran,
            tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Ke semua ini bolehla
            dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian.


      1.1   Peranan Sekolah Menjaga Keselamatan Di Sekolah
            1.1.1   Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan
                    baik dan selamat.
            1.1.2   Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan
                    kelengkapan sekolah seperti kerusi, meja, dapur, pendawaian elektrik,
                    alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri
                    supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan
                    awal untuk dilakukan baikpulih.
            1.1.3   Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan
                    contohnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup,setor sukan
                    dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan
                    perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut
                    tidak diengkari.

                                             2
                                                                               HBHE 3203
            1.1.4   Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi
                    kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk
                    ubatan atau tenaga manusia.
            1.1.5   Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan
                    kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui
                    perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran.


2.0   Tatacara Penggunaan Stor Sukan
                    Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan
            supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut
            boleh mencecah harga ribuan ribu ringgit. Antara pengurusan stor sukan yang
            baik ialah perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan (bila
            dan siapa yang guna serta kelulusan siapa). Peralatan sukan yang membahaya
            seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya
            tidak boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan
            yang terlatih. Ia hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang
            selamat.


      2.1   Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan.
               Peralatan sukan yang dianggap bahaya.
                Peralatan sukan yang dianggap bahaya hendaklah disimpan, dijaga dan
                diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
                Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang
                membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan.
               Alatan sukan diletakkan di tempat khas.
                Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil
                oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
               Rekod alatan sukan.
                Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku
                keluar masuk peralatan sukan.
                Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang
                ditetapkan.




                                           3
                                                                         HBHE 3203
         Laporan kerosakan dan kehilangan.
          Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang
          selamat.
          Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang
          digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.


2.2   Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan.
         Kebenaran guru.
          Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
         Laporan kerosakan.
          Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan
          pada peralatan yang digunakan.
          Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan sukan.


2.3   Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan.
         Memastikan peralatan sukan berkeadaan baik.
          Memantau dan memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan
          baik dan selamat.
         Kelulusan Piawai.
          Memastikan peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan
          pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
         Pelupusan alatan
          Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan
          mengikut prosedur yang ditetapkan.
          Mengambil tindakan dengan segera atas laporan kerosakan yang diterima.
         Tanggungjawab
          Guru atau peminjam bertanggungjawab menjaga dan menyimpan barang-
          barang yang telah dipinjam. Jika barang-barang dihilangkan atau rosak atas
          sebab kecuaian maka peminjam hendaklah menggantikan barang tersebut
          dengan kuantiti dan kualiti yang sama.




                                     4
                                                                              HBHE 3203
3.0   Tatacara Penggunaan Kantin
                   Kantin sekolah merupakan tumpuan setiap pelajar pada waktu sebelum
            loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat. Di sinilah pelajar akan berbual
            mesra dan menjamu selera. Mengikut kiraan biasa, setiap pelajar akan
            membeli dari kantin sebanyak lima atau enam kali seminggu. Kekerapan yang
            sedemikian merupakan faktor utama kenapa kualiti makanan dan kebersihan
            kantin harus diberikan keutamaan.
                   Dari segi kebersihan, kawasan di sekitar kantin yang kotor akan
            menjejaskan selra makan pelajar. Tambahan pula, persekitaran yang kotor
            juga akan menyebabkan banyak lalat berterbangan disana sini. Keadaan yang
            sebegini merupakan punca utama berlakunya kes keracunan makanan di
            kantin sekolah. Jadi, kesihatan pelajar juga turut terjejas.
                   Selain kebersihan, kualiti makanan dari segi khasiat yang dijual di
            kantin sekolah juga harus ditititkberatkan. Pelajar adalah golongan remaja
            yang berada di peringkat tumbesaran yang penting dalam hayatnya. Tanpa
            makanan khasiat yang seimbang, proses tumbesaran mereka akan terjejas.
            Tambahan pula, mereka akan mudah rasa letih. Keadaan sedemikian akan
            menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.
                   Menyedari hal-hal penting ini, pihak pengusaha kantin sekolah harus
            sentiasa memastikan pekerja membersihkan kawasan di sekitar kantin.
            Makanan yang dipamerkan itu juga harus ditutup atau disimpan di dalam
            almari kaca untuk mengelakkan lalat hinggap di atas makanan. Seterusnya,
            mereka juga tidak harus mementingkan untung sehingga mengurangkan
            campuran bahan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan daging di
            dalam mi atau nasi yang dijual. Dengan berbuat demikian, kesihatan mereka
            akan terjamin.
                   Selain pihak kantin , guru dan murid juga perlu mematuhi peraturan-
            peraturan ketika di kantin. Ini supaya keadaan di kantin lebih teratur ketika
            pelajar membeli dan makan di kantin. Pelajar juga perlu menjaga sama
            kebersihan di kantin.




                                             5
                                                                         HBHE 3203
3.1   Tatacara Am Penggunaan Kantin.


          Beratur dengan tertib
           Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur
           dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.
          Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin.
          Peralatan Kantin
           Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di
           atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki.
           Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam
           tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa
           sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan
           di dalam bekas yang disediakan.


3.2   Tatacara Murid Penggunaan Kantin.


          Penggunaan kantin di waktu persekolahan.
           Murid hanya dibenarkan membeli di kantin sekolah pada hari-hari
          persekolahan. Murid-murid dilarang membeli makanan di luar sekolah.
          Pembelian makanan pada waktu rehat sahaja.
           Pada waktu persekolahan,murid-murid hanya          dibenarkan membeli
           makanan dan minuman pada waktu rehat sahaja.
          Dilarang berebut dan berlari semasa di kantin.
           Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising          semasa membeli
           makanan. Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar
           -kejaran di dalam dan di luar kantin.
          Tanggungjawab menjaga kebersihan kantin.
           Murid hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor,
           semua murid akan didenda untuk membersihkannya.
          Larangan terhadap murid.
           Semua murid dilarang masuk ke dapur kantin dan berada di kawasan
           penyediaan makanan.




                                       6
                                                                             HBHE 3203
      3.3   Tatacara Guru Penggunaan Kantin.


               Memantau dan memastikan pengusaha mengikut pekeliling yang
                ditetapkan.
                Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan
                Pekeliling Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan
               Memantau dan memastikan pengusaha kantin menjual makanan
                yang telah ditetapkan.
                Memastikan pengusaha kantin menjual       makanan dan minuman yang
                halal,suci, bersih dan berkhasiat.
               Tugas Guru Bertugas
                Guru bertugas perlu memastikan murid di dalam keadaan yang teratur
                semasa membeli makanan di kantin.
                Guru juga perlu memastikan murid menjaga disiplin sewaktu di kantin.


4.0   Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah.
                   Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan
            jumlah. Murid yang ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan
            dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan
            kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan
            terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot.
                   Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada
            peraturan pembinaan yang memerlukan pembinaan yang memerlukan pintu
            dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa
            kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan
            tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang
            jelas dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa
            kebakaran juga hendaklah dikenalpasti oleh pihak sekolah.




                                            7
                                                                       HBHE 3203
4.1   Tatacara Am Penggunaan Dewan



         Tidak boleh digunakan untuk permainan yang tidak sesuai.

          Dewan besar tidak dibenarkan digunakan untuk permainan hoki, bola
          sepak, bola tampar, sepak takraw dan permainan-permainan yang tidak
          sesuai diadakan di dewan.
         Mesti digunakan pada waktu yang bersesuaian.

          Murid dan orang ramai tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untuk
          bermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Guru
          Besar dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru.
          Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang
          sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan
          waktu pagi dan petang.

         Pakaian semasa berada di dewan.

          Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak melebihi jam 10.00
          malam.Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan
          memakai pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar
          atau berkaki ayam.



4.2   Tatacara Murid Penggunaan Dewan.



         Menjaga disiplin semasa di dewan sekolah.

          Murid dilarang membuat bising yang melampau ketika berada di dewan
          sekolah.

         Menjaga kebersihan dewan

          Murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan di luar
          dewan.Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan.




                                      8
                                                                            HBHE 3203
         Mengendalikan peralatan dengan cermat
          Murid dikehendaki mengendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-
          hati. Pelajar diingatkan supaya tidak merosakkan sebarang harta benda di
          dalam dewan ini.


         Menjaga keselamatan dewan
          Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan
          bilik ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci
          selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan.Sila serahkan kunci
          Bilik Bahasa ke bilik Pejabat sebaik sahaja selepas menggunakannya.
          Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik
          atau pun membuat kunci pendua (duplicate) dewan.


4.3   Tatacara Guru Penggunaan Dewan

         Tempahan dewan

          Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan
          membuat tempahan 2 hari lebih awal dengan penyelaras dewan tersebut.

         Pengisian rekod penggunaan

          Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku ‘Rekod
          Penggunaan Bilik’ setiap kali menggunakannya.

         Tanggungjawab guru terhadap murid di bawah penyeliaannya.

          Murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan
          pengawasan oleh guru. Setiap guru yang menggunakan bilik ini adalah
          bertanggung jawab mengawal murid masing-masing serta menjaga
          keselamatan harta benda di dalamnya.




                                      9
                                                                              HBHE 3203
5.0   Tatacara Penggunaan Bilik Komputer.

                   Perkembangan teknologi maklumat dan komputer (ICT) menawarkan
            pelbagai jenis alat bantuan mengajar dan perkakasan komputeran di bilik
            computer sesebuah sekolah. Antara yang terdapat di sesebuah bilik komputer
            ialah beberapa buah komputer, komputer riba,projector LCD dan pelbagai
            perisian komputer. Perlu diingat bahawa alat-alat ini menggunakan kuasa
            elektrik untuk beroperasi. Penggunaannya mestilah berdasarkan kepada arahan
            dan panduan oleh pihak pengeluar. Di sekolah, pengendalian alat-alat sebegini
            dikendalikan oleh pembantu dan guru terlatih. Risiko-risiko kemalangan boleh
            berlaku pada bila-bila masa sahaja. Di antaranya ialah renjatan elektrik dan
            kebakaran. Kemalangan boleh berpunca daripada masalah pendawaian dan
            peralatan yang rosak.

      5.1   Tatacara Awam Penggunaan Bilik Komputer.

               Menerima taklimat keselamatan.

                Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan
                makmal daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum
                menggunakan bilik komputer.

               Mematuhi segala peraturan dan arahan.

                Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan peraturan-peraturan serta
                arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

               Membuat tempahan awal

                Membuat tempahan awal dan kebenaran bertulis mengisi jadual
                penggunaan kemudahan bilik komputer.




                                         10
                                                                       HBHE 3203
5.2   Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer.

         Membuka dan menyusun kasut di rak.

          Murid perlu meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar
          bilik komputer sekolah.

         Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.

          Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di bilik
          komputer.

         Jaga kebersihan.

          Murid dikehendaki menjaga kekemasan dan kebersihan bilik computer.
          Semua kerusi hendaklah disusun semula ke tempat asal selepas digunakan.

         Jadual kelas yang ditetapkan.

          Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke bilik komputer mengikut jadual
          kelas masing-masing atau pada waktu rehat.

         Dilarang masuk ke Bilik Pelayan(Server)

          Murid dilarang sama sekali memasuki bilik server.Murid juga dilarang
          keras membuat installasi perisian ke dalam komputer yang terdapat di
          dalam bilik komputer tanpa kebenaran guru. Murid juga adalah dilarang
          mengubahsuai dan mengusik sebarang sambungan kabel di dalam bilik
          komputer.

         Dilarang membawa keluar bahan dari bilik komputer.

          Murid-murid dilarang mengambil barang-barang yang terdapat di dalam
          almari stok tanpa izin. Buku rujukan juga tidak boleh dibawa keluar dari
          Bilik Komputer kecuali mendapat keizinan guru.




                                    11
                                                                               HBHE 3203
                Dilarang bising

                 Murid dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar
                 atau bergaduh di dalam bilik komputer.




      5.3    Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer.

                Memastikan segala peralatan di bilik komputer.

                 Guru perlu memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan
                 dimatikan sebelum meninggalkan makmal.

                Makmal sentiasa dikunci.

                 Makmal mesti sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tidak
                 digunakan. Kunci hanya disimpan oleh pihak pentadbir dan guru
                 penyelaras sahaja.

                Melaporkan kerosakan.

                 Melaporkan sebarang kerosakkan dan kehilangan terhadap semua
                 peralatan, perkakasan dan perisian dalam bilik komputer kepada
                 penyelaras makmal atau wakilnya dengan segera.




6.0   Kesimpulan

             Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan kepada aspek emosi dan
      fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa
      selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga,
      rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas
      daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan dan
      kemalangan. Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan tanpa niat seperti
      kemalangan dan dengan niat seperti akibat penderaan dan penculikan. Jaminan
      terhadap keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping
                                           12
                                                                         HBHE 3203
keperluan asas lain seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Berdasarkan teori
Motivasi Maslov, setelah tahap keperluan mendapatkan makanan seseorang itu
dipenuhi, seseorang itu perlukan keselamatan.

       Tahap keselamatan diri bagi manusia berbeza mengikut situasi persekitaran
dan tahap umur seseorang. Seseorang kanak-kanak belum dapat berdikari dalam
aspek menjaga keselamatan dirinya. Mereka memerlukan sokongan daripada orang
lain khasnya ibu bapa, penjaga serta guru. Kepentingan pengawalan keselamatan
dapat menjamin persekitaran yang aman dan selesa dalam sebuah komuniti dan
masyarakat. Di samping itu, pengawalan keselamatan amat berguna dalam memupuk
sikap sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran seperti jalan raya, sekolah,
rumah dan tempat kerja. Pengawalan keselamatan harus dilihat dalam aspek peraturan
dan undang-undang kerana konsep penjagaan keselamatan diri tidak dilakukan
dengan menggugat keselamatan dan hak orang lain.Pendek kata, pengawalan
keselamatan yang dilakukan berdasarkan mekanisme undang-undang dan peraturan
menjamin kewujudan keteraturan sosial dalam sebuah komuniti, masyarakat dan
Negara.




                                     13
                                                                            HBHE 3203
                                    APENDIKS



RUJUKAN / REFERENSI




Azizi Yahya et al (2007) Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur

       :PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Dr. Abdul Rahman Isa,Dr Rusli Nordin & Dr. Abdul Manaf Haji Hard

       (1998),Pertolongan Cemas:Prinsip dan Amalan.Kuala Lumpur:Crescent News

       (KL)Sdn Bhd.

FOMCA (2007) Menangani Keracunan Makanan di Sekolah.

Huraian Sukatan Pelajaran KBSR,Pendidikan Kesihatan (2001).Kuala Lumpur:Pusat

       Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Kesihatan Malaysia (1999), Manual Kempen Cara Sihat 1999. Promosi

       Keselamatan Dan Pencegahan Kecederaan. Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan Malaysia (2002), Promosi Persekitaran Sihat, Kuala Lumpur.

Ministry Of Health Malaysia (2005) Child Injury Prevention. Kuala Lumpur.




                                         14
     HBHE 3203




15

								
To top