Docstoc

Pengurusan Murid

Document Sample
Pengurusan Murid Powered By Docstoc
					    Pengurusan Murid
1.0 PENGENALAN
           Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana
    pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah.
    Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya
    menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
           Tajuk ini akan membincangkan bagai mana pengurusan yang khusus kepada
    pelajar yang berkeperluan khas (Pelajar Pelbagai Upaya). Program-program pendidikan
    yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-
    keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan social individu-individu yang
    berkeperluan khas, khususnya pelajar cerdas yang memiliki pelbagai upaya.
           Menurut Ormrod (2000) tidak semua manusia dilahirkan memiliki kesempurnaan
    dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosialnya. Mereka ini dikenali sebagai individu
    berkeperluan khas. Remaja yang di kategori sebagai berkeperluan khas ialah; Masalah
    pembelajaran, cacat bahasa/percakapan, gangguan emosi, Autisma, Kecacatan Mental,
    Anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari
    kesihatan serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).
           Pelajar pelbagai upaya atau pelajar pintar cerdas boleh belajar dengan cepat
    kerana mereka boleh menggunakan kemahiran metakognitif terlebih awal. Mereka
    mungkin mempelajari kemahiran ini dengan meniru perlakuan ibu bapa. Menurut
    Gardner (1983), berdasarkan Teori kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh beliau,
    ia membawa maksud kecerdasan yang berasaskan potensi biologi dan psikologi.
           Sternberg & Zhang (1995) “Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan
    pelbagai secara superior seperti asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula
    maklumat dari ingatan yang tersimpan, mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan
    masalah serta kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan
    strategi menyelesaikan masalah.
           Menurut Suppiah Nachiappan et al.(2009), selain berhadapan dengan remaja yang
    bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang
    mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar cerdas atau pelbagai upaya.
    Golongan ini juga sering diabaikan kerana guru beranggapan mereka sudah dapat
   menguasai isi pelajaran dengan cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Ciri-ciri pelajar
   cerdas adalah seperti berikut:-
I. Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding rakan yang lain,
II. Mempunyai kematangan dari segi menggunakan sesuatu istilah dengan bermakna,
III. Mempunyai keistimewaan dalam matematik,
IV. Berusaha ke arah kesempurnaan,
V. Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang terlalu mudah,
VI. Selalu bertanya sesuatu perkara dengan lebih mendalam,
VII. Petah berkomunikasi.


           Menurut Thunstone (1938), berpendapat kecerdasan meliputi tujuh keupayaan
   berasingan iaitu:-
1. Kelancaran nombor (verbal comprehension)
2. Kefahaman lisan (word fluency)
3. Kelancaran perkataan (numerical fluency)
4. Visualisasi ruang (spatial visualization)
5. Ingatan perkaitan (associative memory)
6. Kelajuan tanggapan (perceptual speed)
7. Penakulan (reasoning)


           Oleh itu, pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya
   seharusnya diberi perhatian dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi
   mereka. Guru-guru juga perlu mengambil berat tentang persekitaran pembelajaran yang
   sesuai bagi membantu perkembangan bakat dan kepintaran yang mereka miliki.



           2.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PEMULIHAN)
           Definisi Program Pemulihan Khas
   “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
   penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program
   ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
           Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan
oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
       2.1 Konsep pemulihan
       Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan
mengira sebagai menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
       Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan
masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau
peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya
belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau
‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya
mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh
pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program
pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti
dan dipenuhi.


       2.2 Matlamat
       Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang
ditetapkan.
       2.3 Takrifan
       Menurut AE Tanseley dan R. Culliford,“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-
kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa, ”.Menurut M. F . Clough pula,“ kanak-kanak pemulihan
ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu
keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”
          Selain itu, Sharifah Rahman Ali juga menggambarkan,“ kanak-kanak yang gagal
menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi ,
yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-
kanak yang lemah (mentally retarded).”


          2.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
          Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
          a. Emosi dan Tingkahlaku
#Perasaan rendah diri.
# Perasaan risau.
#Perasaan sedih, hiba atau duka.
#Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
#Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
#Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
#Pasif.
#Malas


          b. Sosial
          #Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
#Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
#Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
#Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
#Menangis – enggan masuk darjah.
#Hyper aktif.
          c. Kesihatan
#Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
#Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
#Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
#Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
#Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
#Kurang menjaga kebersihan diri.
       d. Kesediaan Belajar
#Belum bersedia untuk belajar.
#Perbendaharaan kata kurang.
#Lemah pemahaman.
#Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
#Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.


       e. Pengamatan
#Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
#Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
#Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
#Lambat mengkelaskan benda.
#Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
#Tidak dapat menyelesaikan masalah.
#Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
#Tidak kreatif.
#Lemah pergerakan dan perbuatan.
#Lemah daya pemikiran/ingatan.
#Tidak boleh mengingat kembali.
       f. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
#Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
#Rekod-rekod prestasi
#Rekod kesihatan
#Kerja-kerja harian murid
#Laporan Adab Belajar ( LAB )
#Melalui pemerhatian




       2.5 Fungsi guru dalam menjayakan kelas pemulihan
       Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan tahap
kecergasan dan IQ mereka.Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat
penyayang dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi “role
model” untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan
individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri
personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.
Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
mengikut personaliti murid-murid tersebut.
       Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang
murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui
mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak,
tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik
darjah. Oleh itu, satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk
personaliti baik dalam diri setiap orang murid.Bagi mengajar murid-murid yang
berpersonaliti introvert, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid
sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi
peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila
murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan “tahniah kamu
memeng pandai,kamu berjaya mengeja dengan tepat!” Namun, sekiranya mereka tidak
dapat menjawab dengan betul katakana “cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja!”
       Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan
semangat dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan
murid- murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid yang
mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan supaya mereka
dapat terus berfikir. Guru boleh melantik mereka membimbing murid sekelas atau
sekumpulan yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka
telah mengatasi kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti pengayaan agar
tidak mengganggu murid lain.
       2.6 Penerapan kaedah inkuiri-penemuan
       Guru juga boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang
mempunyai ciri-ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, guru boleh menggunakan salah
satu daripada teknik-teknik berikut seperti pengajaran kumpulan kecil dan pengajaran
rakan sebaya.Ekstrovert boleh dikelaskan sebagai individu yang gemar kepada
kegembiraan,suka berseronok,releks,aktif dan suka bercampur gaul dengan rakan serta
masyarakat.Introvert pula bermaksud individu yang pendiam,pasif,terlampau banyak
berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduknya yang kurang mahu menanggung
risiko.Ambivert pula ialah cirri personalaiti yang dipunyai oleh seseorang yang kurang
jelas sama ada berpihak kepada ekstrovert atau introvert.
       Pengajaran kumpulan kecil dapat dilakukan apabila guru membentuk kumpulan
kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama
walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Guru menjalankan pengajaran dengan
menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, dalam kelas pemulihan,
Ali,Abu dan Atan belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki kemahiran
yang hampir sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka berbeza.
       Pengajaran rakan sebaya pula terbahagi kepada dua iaitu guru boleh menetapkan
seorang murid cepat untuk membimbing dan guru juga boleh memilih seorang murid
yang terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-
rakan yang lain.Bagi penggunaan kaedah menetapkan seorang murid cepat untuk
membimbing, seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan
yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan. Contohnya, dalam kelas
pemulihan, Ali yang sudah boleh membaca agak lancar membimbing dan membantu Abu
yang masih belum lancar membaca.Manakala guru boleh memilih seorang murid yang
terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan
yang lain.Faedahnya guru dapat menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan
motivasi bagi murid yang diajar oleh murid terbaik tadi.Melalui pengajaran individu,
guru boleh menumpukan perhatian kepada seorang murid tertentu dan membimbingnya
untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang
disediakan. Contohnya, Atan perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri personaliti yang
dimilikinya. Abu pula suka diberi perhatian lebih dari rakannya sebagai dorongan untuk
belajar bersungguh-sungguh.
        Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum,
guru harus mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang
sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti murid tersebut. Bagi murid pemulihan khas,
guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai tahap kemahiran yang tidak
sama. Ini menuntut berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan
yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk mengajar murid-
murid pemulihan khas ini walaupun mereka berada pada darjah,umur dan kelas yang
sama.
        Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan.
Walaubagaimanapun, strategi yang paling sesuai dan berkesan digunakan untuk
mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah
pembelajaran menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara induvidu atau
perseorangan, berpasangan, kumpulan atau keseluruhan kelas.


        3.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PENGAYAAN)
        3.1 Pengenalan
        Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada
murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dalam program pengayaan, murid-murid akan
dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan
unit pembelajaran berkenaan secara mendatar. Dengan cara ini, semua murid dapat
memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama-sama. Walau bagaimanapun, murid-
murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan.




        3.2 Konsep Pengayaan
        Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-
murid yang pintar dan cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti
yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti
tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar
bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan keatas kumpulan murid
yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
       Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti
pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat,
daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam
membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
       3.3 Objektif Pengayaan
       Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani
aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan
mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur
hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai
kerja mereka sendiri. Melalui aktiviti pengayaan juga, murid boleh menggunakan masa
lapang mereka dengan perkara yang berfaedah bagi mengikut keperluan, minat, serta
bakat mereka. Bukan itu sahaja, aktiviti pengayaan juga akan menyebabkan murid
meminati dan menguasai bacaan yang meluas dengan membuat rujukan daripada
pelbagai bahan dan sumber pengetahuan di samping mempunyai asas kepimpinan untuk
diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.


       3.4 Prinsip-prinsip Program Pengayaan
       Dalam menyediakan aktiviti pengayaan, prinsip-prinsip perlu diterapkan di dalam
aktiviti tersebut bagi memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pengajaran yang
diajarkan. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah bercorak seperti belajar sendiri. Melalui
kaedah ini, ia mengandungi arahan yang jelas supaya murid boleh melakukannya sendiri.
Kaedah ini juga boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Selain itu, dalam
aktiviti pengayaan tersebut, ia mestilah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan,
minat dan bakat murid yang berbeza-beza.
       3.5 Rasional Pengayaan
       Dalam pengayaan ini, ianya mempunyai rasionalnya kepada kita semua. Antara
rasional pengayaan adalah guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-
kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sahaja.
Selain itu, dalam rasional pengayaan juga ianya dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan
yang cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan kumpulan
sederhana akan berasa bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran adalah tidak
sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka.
       3.6 Jenis Pengayaan
       Pengayaan dapat dibahagikan kepada dua kategori. Antara pengayaan tersebut
adalah pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti
yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Seterusnya adalah
pengayaan menegak. Pengayaan menegak ini adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan
bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
       3.6.1 Pengayaan mendatar
       Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid
dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti melalui pengayaan mendatar ini adalah ianya akan
dirancang dan dilaksanakan berdasarkan kepada taraf pencapaian murid. Selain itu, murid
di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan
mencabar. Ianya berbeza dengan aktiviti yang diberikan kepada kumpulan sederhana dan
cerdas. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
kemahiran yang telah dikuasai.
       3.6.2 Pengayaan menegak
       Pengayaan menegak ini adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid
dalam kumpulan cerdas sahaja. Berdasarkan kepada konsep pengayaan menegak ini,
aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar
dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian murid darjah biasa. Secara
tidak langsung ini dapat mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat dan kaerjasama
sesama mereka.
       3.7 Perbezaan antara Pengayaan Mendatar dan Pengayaan Menegak
              Pengayaan mendatar                            Pengayaan Menegak
Dirancang       untuk   kumpulan      mengikut Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
kebolehan
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi
berlainan antara kaum                           murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan Jenid aktiviti pengayaan biasanya terdiri
mengikut unit kemahiran yang diajar             daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan:      mengukuhkan    kemahiran     yang Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam
dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti            pembelajaran     mencungkil    bakat,
aktiviti                                        kerjasama
Setiap      kumpulan    menjalankan     aktiviti Kumpulan    cerdas     menjalankan    aktiviti
pengayaan menggunakan kemahiran yang pengayaan yang lebih mencabar sedangkan
sama                                            kumpulan sederhana & lambat menjalankan
                                                aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan



           3.8 Contoh Aktiviti Pengayaan
           Dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada
bacaan, tulisan dan kiraan. Aktiviti pengayaan melalui pembacaan adalah sumber-sumber
bahan bacaan adalah terdiri daripada kad-kad buku, buku-buku cerita, majalah-majalah
berunsurkan pendidikan. Tambahan pula, kad-kad buku bacaan mengandungi unsur-
unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan
bacaan yang sesuai digunakan adalah dalam bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog,
cerita dan berita.
           Seterusnya, aktiviti pengayaan dalam bentuk penulisan pula adalah biasanya
disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Bagi menarik minat murid-murid untuk
mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau
gambar-gambar yang menarik.
           Di samping itu, aktiviti pengayaan yang lain adalah mengira. Dalam aspek
mengira ini terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah dalam bentuk
permainan seperti permainan ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan
bilangan benda dan aktiviti jual beli. Ia juga boleh dilakukan melalui teka-teki.
Contohnya meneka nombor, operasi dan waktu. Cara yang lain adalah melalui projek di
mana mereka dikehendaki melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri bagi
membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang.
Selain itu, ia juga boleh dilakukan dalam pertandingan seperti kuiz matematik dan petak
ajaib serta dalam ujikaji. Contohnya, mencari rumus matematik melalui inkuiri dan
penemuan.


       3.8 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
       Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan
dengan tiga cara. Cara yang pertama adalah aktiviti pengayaan untuk semua murid
melalui kumpulan mengikut kebolehan. Seterusnya, aktiviti kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan bersama-sama dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan serta
aktiviti pengayaan adalah untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.


Kumpulan lambat

Kumpulan cerdas
Kumpulan sederhana

Aktiviti pemulihan

Aktiviti pengayaan




       3.9 Cara-cara mengelolakan Aktiviti Pengayaan
       Terdapat beberapa cara bagi mengelolakan aktiviti bagi pengayaan ini. Antaranya
adalah ianya dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan di dalam jadual waktu
tetap sekolah. Tambahan pula, bimbingan guru juga mestilah pada tahap yang minima
kerana aktiviti pengayaan adalah bercorak belajar kendiri. Setelah itu, hasil aktiviti
dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya. Kemudian, guru akan memberi ganjaran
   supaya murid-murid merasasi yang semua usaha mereka hargai. Contohnya adalah dalam
   pengayaan matematik seperti dalam rajah di bawah.
   Mata pelajaran matematik
   Pelajar menguasai kemahiran pelajar lambat menguasai kemahiran program pengayaan
   program pemulihan
   Penilaian semula
   Menguasai kemahiran
   Program pengayaan


          Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca,
   menulis dan mengira. Berdasarkan kepada rajah di atas, langkah bagi aktiviti pengayaan
   adalah dengan menilai penguasaan tertentu sama ada sudah dikuasai oleh pelajar atau
   belum menguasainya. Sekiranya pelajar sudah menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar
   akan diberikan program pengayaan. Oleh itu, sekiranya pelajar belum menguasai
   kemahiran tersebut maka mereka akan diberikan program pemulihan. Dalam pengajaran
   ini, pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak diberikan program pengayaan.


          4.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (BERKEPELUAN KHAS)
          Semua manusia tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental,
   emosi dan sosial. Mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. Menurut Garciulo
   (2003) pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai :
   “individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
   differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural
   characteristics. Many of these children may require educational program customized to
   their unique needs”
          Manakala menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa
   pelajar berkeperluan khas kepada beberapa kategori seperti pelajar yang bermasalah
   dalam pembelajaran, kecacatan bahasa atau percakapan, gangguan emosi, autisme,
   pelajar pintar cerdas, mengalami kecacatan mental, anggota, pendengaran dan lain-lain.


4.1 Pelajar pintar cerdas
       Pelajar pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak yang mempunyai
kebolehan intelek dan kecerdasan yang tinggi. Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas
didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan
potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan
rakan sebaya yang lain. Walaupun begitu, pelajar pintar cerdas ini boleh dikategorikan
kepada beberapa aspek iaitu konservatif, pelbagai dimensi dan fokus kepada potensi atau
prestasi. Pelajar pintar cerdas ini mempunyai potensi dan prestasi dari segi intelek,
kreativiti, bakat kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang akademik yang khusus.


       Ciri-ciri pelajar pintar cerdas adalah seperti mempunyai perbendaharaan kata yang
lebih luas berbanding rakan-rakan yang lain, mempunyai kematangan dari segi
penggunaan istilah, keistimewaan dalam matematik, mencari kesempurnaan kendiri,
tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah dan petah berkomunikasi. Pelajar
pintar cerdas ini boleh dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Hal ini
kerana, keperluan manusia merupakan unsur yang diperlukan untuk memenuhi
kekurangan manusia sama ada dari aspek fizikal, rohani dan sosial. Menurut Maslow lagi,
keperluan manusia terdiri daripada lima tahap utama iaitu keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri.
Keperluan-keperluan ini merupkan aspek penting terhadap pelajar pintar cerdas.


       Kurikulum untuk pelajar pintar cerdas sama ada di sekolah rendah atau sekolah
menengah adalah berasaskan kepada kurikulum akademik. Walau bagaimanapun,
pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar pintar cerdas diperlukan untuk memenuhi
keperluan mereka. Perkara ini kerana, kurikulum yang sedia ada di peringkat sekolah
kurang sesuai untuk pelajar pintar cerdas kerana mereka memiliki IQ yang tinggi. Antara
kurikulum yang berkaitan dengan pelajar pintar cerdas perlu memasukkan proses berfikir
secara kritis dan kreatif. Kurikulum istimewa untuk pelajar pintar cerdas harus
melibatkan kedua-dua bidang antara orientasi dan disiplin. Perkara ini kerana pelajar
pintar cerdas patut meneroka isu-isu ilmu dan pengetahuan.
          Selain itu, pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran pelajar pintar cerdas juga
   perlu diambil kira. Hal ini kerana kualiti pengajaran yang baik akan mencapai prestasi
   yang baik kepada pelajar. Prestasi yang baik ini akan dibawa bersama oleh pelajar dalam
   proses pembelajaran mereka. Antara pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran yang
   sesuai untuk pelajar berkeperluan khas adalah seperti fungsi pembelajaran adalah
   melebihi tahap dalaman pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran formal dan
   tidak formal dalam pembelajaran. Dengan adanya pemilihan gaya pembelajaran ini,
   pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar pintar cerdas akan meningkat.


4.2 Autisme
          Sebagaimana individu yang lain, pelajar-pelajar autisme juga berhak untuk
   mendapatkan pendidikan yang sesuai dengan keupayaan dan keperluan mereka.
   Mengikut Persatuan Autisme Malaysia (NASOM), autisme bermaksud kecelaruan
   neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa
   dan komunikasi, sosial dan emosi. Walau bagaimanapun, pelajar autisme ini boleh
   mendapatkan pendidikan melalui tiga cara mengikut tahap masalah yang mereka hadapi.
   Hal ini kerana, pelajar autisme tidak menghadapi masalah yang sama dan ada antara
   mereka menghadapi masalah autisme yang ringan, sederhana dan berat. Bagi pelajar
   autisme ini mereka boleh mendapatkan pendidikan sama ada pendidikan di sekolah
   kerajaan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat pendidikan swasta. Setiap
   sekolah ini memberikan pendidikan yang berbeza kepada pelajar mengikut tahap masalah
   yang dihadapi oleh mereka.


          Dari segi pembelajaran pula, pelajar autisme ini boleh dididik melalui program
   bersepadu dan terancang. Pembelajaran secara bersepadu ini adalah disebabkan oleh
   kepelbagaian masalah lain seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan
   kognitif. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelajar autisme ini guru-guru haruslah
   mengadakan hubungan yang baik antara ibu bapa pelajar. Hal ini kerana, kemahiran dan
   pendekatan yang diajar di sekolah akan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah terhadap
   anak-anak yang menghidap autisme ini. Antara pendekatan yang dijalankan adalah dari
   segi tingkah laku pelajar. Sesetengah pelajar autisme sukar untuk menghentikan dan
   mengubah tingkah laku yang kurang sesuai semasa di sekolah. Oleh sebab itu, guru
   haruslah bekerjasama dengan ibu bapa untuk menghentikan tingkah laku yang kurang
   sesuai tersebut.


       Selain itu, pendidikan inklusif juga perlu dijalankan terhadap pelajr autism ini.
   Melalui program ini, pelajar autism yang menunjukkan pretasi yang baik di dalam kelas
   akan mendapat peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya. Pelajar-pelajar ini akan
   ditempatkan di dalam kelas normal bersama-sama denga pelajar yang lain. Pelajar-pelajar
   autism ini boleh belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang normal.
   Sewaktu di awal kemasukkan mereka ke dalam kelas pelajar normal, mereka akan
   ditemani oleh guru pendidikan khas supaya pelajar ini tedapat menyesuaikan diri dengan
   keadaan yang baru. Justeru itu, pelajar autism ini dapat diatasi dalam pembelajaran dan
   pengajaran di sekolah. Oleh sebab itu, kerjasama antara ibu bapa dan guru amatlah
   digalakkan terutamanya dalam menyediakan maklumat yang berkaitan dengan anak-anak
   mereka. dengan itu, anak-anak mereka akan dapat mengikuti program pendidikan yang
   sesuai dan program ini dapat dirancang dengan mengambil kira keupayaan pelajar-pelajar
   autism ini.


4.3 Disleksia
           Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca
   yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah
   buta huruf. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan masalah urat saraf. Pelajar yang
   mengalami masalah disleksia ini biasanya berpunca dari kecelaruan pada bahagian otak.
   Masalah disleksia ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu disparaxia (masalah
   koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik) dan
   disgrafia (merujuk kepada bahasa).


           Bagi mengatasi masalah pelajar disleksia ini pendekatan multi sensori merupakan
   pendekatan yang paling sesuai. Hal ini kerana pendekatan multi sensori menggabungkan
   beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan.
   Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar
   disleksia. Contohnya, guru boleh menggunakan huruf yang dibuat daripada kayu. Melalui
    huruf tersebut pelajar boleh mendengar guru menyebut bunyi huruf tersebut dengan betul.
    Selain itu pelajar juga boleh melihat huruf tersebut kemudian menyebut kembali huruf
    tersebut dan menekapkan huruf tersebut dengan menggunakan jari. Kaedah ini sesuai
    untuk mengatasi masalah pelajar disleksia atau pelajar yang berkeperluan khas.
5.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (TEORI KECERDASAN PELBAGAI)
           Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun
    1983. Dr Howard Gardner merupakan seorang profesor pendidikan di Harvard Universiti.
    Menurut beliau, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia iaitu melalui
    ujian IQ adalah terlalu terhad. Tambah beliau lagi, ianya bukanlah cara yang baik kerana
    ianya hanya tertumpu terhadap penekanan kepada kecerdasan logikal matematik dan
    bahasa sahaja. Oleh yang demikian beliau telah memperkenalkan teori kecerdasan
    pelbagai berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai
    pelbagai kriteria tersendiri termasuklah kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.
    Menurut Dr Howard Gardner kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-
    mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, budaya,
    persekitaran, peluang pendidikan, suasana pembelajaran dan banyak lagi. Oleh yang
    demikian Dr Howard Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan untuk
    mengukur tahap kecerdasan seseorang individu. Beliau berpendapat bahawa cara yang
    terbaik adalah dengan melihat individu menyelesaikan masalah dan menganalisis proses
    yang digunakan.
           Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu
    yang telah dikemukakan oleh Dr Howard Gardner. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam
    kecerdasan pelbagai ialah setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan. Kecerdasan-
    kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dididik dan dipupuk dan dipertingkatkan melalui
    pelbagai cara. Selain itu juga, kecerdasan ini tidak berkembang seiring dengan
    kecerdasan-kecerdasan yang lain. kecerdasan-kecerdasan ini sebenarnya tidak boleh
    dinilai secara berasingan. Selain itu juga, antara ciri-ciri kecerdasan pelbagai ialah satu
    atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. Ini bermakna setiap pelajar
    boleh mengembangkan satu atau dua kecerdasan dalam diri mereka .
           Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang. Ini bermakna kecerdasan yang ada
    dalam setiap individu itu boleh dirangsang malah boleh diperkembangkan. Selain itu,
ciri-ciri terakhir yang ada pada teori kecerdasan pelbagai ini ialah kecerdasan ini boleh
dipindah. Ini bermakna sekiranya seseorang individu itu mempunyai sesuatu kecerdasan
ianya boleh dipindahkan kepada kecerdasan yang lain. contohnya ialah memindahkan
kecerdasan daripada kecerdasan kinestetik badan kepada kecerdasan muzik. Seperti yang
kita ketahui terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan logik-
matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinetetik badan, kecerdasan muzik,
kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan
naturalis, dan kecerdasan eksistensialis.
       5.1 Kecerdasan Logik-Matematik
       Dalam kecerdasan ini, seseorang individu atau pelajar itu mempunyai kelebihan
dalam ilmu matematik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pasti memiliki kelebihan
dalam mengenal dan menggunakan nombor, menaakul, mengenalpasti pola abstrak serta
perkaitan antara sebab dan akibat iaitu logik. Selain itu seseorang yang memiliki
kecerdasan ini dikatakan berupaya memiliki keupayaan dalam menyelesaikan masalah
yang kompleks dan yang berkaitan matematik dengan begitu mudah jika dibandingkan
dengan seseorang yang mempunyai kecerdasan yang lain. Mereka juga mempunyai
kelebihan dalam membuat perkaitan, mengkategori, mengklasifikasi, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira, pengujian hipotesis dan menggunakan komputer
dengan cekap.
       Individu atau pelajar dalam lingkungan ini juga merupakan golongan yang
mempunyai pemikiran yang melibatkan pemikiran saintifik, pemikiran secara heuristik,
induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis. Golongan ini mempunyai kemahiran yang dominan di bahagian otak kiri
seterusnya memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
Golongan ini juga sering mempunyai semangat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Oleh
yang demikian mereka akan sering tertanya-tanya fonomena-fonomena yang berlaku di
sekeliling mereka. Oleh yang demikian, golongan yang mempunyai kecerdasan ini sering
mencari jawapan tentang persoalan yang sering bermain di minda mereka.
       Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sangat menyukai aktiviti yang menguji
minda dan menggunakan daya pemikiran yang tajam seperti permainan catur, teka-teki
dan kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Kecerdasan ini biasanya dimiliki oleh ahli
matematik, ahli ekonomi, para ilmuan, programmer, jurutera, saintis, akauntan dan
sebagainya. Antara tokoh yang terkenal yang mempunyai kecerdasan logik-matematik
adalah Adi Putra, Isaac Newton, Al-Khawarizmi, Carl Friedrich Gauss dan ramai lagi.
       5.2 Kecerdasan Verbal-Linguistik.
       Golongan yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam
menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu secara berkesan sama
ada melalui lisan atau penulisan. Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini
mempunyai kelebihan dalam memanipulasikan ayat, gaya bahasa, serta pengucapan
dengan baik dan sempurna. Ini bermakna golongan individu ini mampu menggunakan
bahasa dengan baik sama ada dalam pengucapan ataupun melalui penulisan. Golongan
individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini juga mampu memahami bahasa
yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. Golongan
inidividu ini juga mampu mamahami dengan mudah setiap pengertian ayat sama ada
yang tersurat mahupun yang tersirat. Mereka juga dikatakan sangat mahir dalam
memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi,
semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
       Golongan ini biasanya sangat gemar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
bahasa sama ada membaca, menulis, mencipta puisi sama ada sajak ataupun syair,
bercerita, bertutur, mendengar dan sangat mudah mengigati lirik-lirik lagu. Golongan ini
sangat mahir dalam berkomunikasi dan mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna
dan   tinggi.   Golongan    yang   memiliki   kecerdasan   ini   sangat   pandai   dalam
memanipulasikan serta mempengaruhi orang, kebolehan dalam mencuit perasaan dan
emosi dengan hanya menggunakan kata-kata. Golongan ini juga sangat mudah mengigati
sesuatu perkara sama ada nama orang mahupun istilah yang baharu. golongan pelajar
atau individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat cenderung untuk melakukan aktiviti
yang berkaitan dengan bahasa seperti perbahasan, debat,bersajak, bersyair, penulisan
karya kreatif, bercerita dan berjenaka, ucapan formal dan lain-lain lagi. Antara kerjaya
yang sering dikaitkan dengan individu ini ialah penyajak, pemberita, pensyarah dalam
bidang sastera atau bahasa, penulis, penceramah dan banyak lagi. Golongan terkenal yang
memiliki kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespears, Aznil
Hj Nawawi dan ramai lagi.
       5.3 Kecerdasan Muzik
       Individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan
dalam bidang muzik         sama ada menggemari,       mendiskriminasi,   mengekspresi,
mempersepsi,    membeza,      mengubah   dan   meluahkan    perasaan   melalui   muzik.
Kecenderungan yang ada ini termasuklah kecenderungan dalam kepekaan terhadap ritma,
melodi, lirik-lirik lagu atau kelangsingan sesuatu hasil muzik. Golongan ini sangat
sensitif terhadap muzik dan juga suara atau bunyi yang ada disekeliling mereka. Mereka
dari golongan ini juga sangat peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam
semulajadi seperti binatang, guruh, angin, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian mereka
mempunyai kelebihan untuk menginterprestasikan, melahir dan membentuk sesuatu
bunyi atau suara secara lebih kreatif.
       Menurut Dr Howard Gardner, kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang
paralel dengan kecerdasan bahasa. Ini dapat dilihat apabila golongan ini mampu
mengubah kata-kata menjadi lagu, pandai menggunakan kosa kata muzikal, peka
terhadap ritma, ketukan, melodi dan warna suara dalam komposisi muzik. Menurut beliau
lagi, setiap individu mempunyai kecerdasan muzikal. Namun begitu hanya mereka yang
mempunyai kecerdasan muzikal yang mendalam sahaja mampu memahami serta
menguasai dan menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang ada di sekeliling mereka.
Golongan ini juga mampu menggunakan pengalaman muzik mereka dalam kehidupan
seharian mereka. Antara aktiviti yang sesuai dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah
persembahan muzik, bunyi vokal, instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya yang
sangat sesuai bagi golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah penyanyi, pengubah
lagu, komposer dan pemain muzik. Antara golongan terkenal yang mempunyai
kecerdasan ini ialah Ajai, Aizat, P. Ramlee, Adnan Abu Hassan dan ramai lagi



       5.4 Kecerdasan Kinestetik Badan
       Kecerdasan seterusnya ialah kecerdasan kinestetik badan. Dalam kecerdasan ini
seseorang individu itu mempunyia kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama
ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi. Kecerdasan ini sangat berkait dengan pergerakan dan kemahiran
fizikal seperti koordinasi tubuh badan, keseimbangan, ketangkasan, dan kelenturan tubuh.
Individu atau pelajar yang mempunyai kemahiran ini biasanya mempunyai kebolehan
dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. Selain itu juga mereka
turut mempunyai kecekapan dalam menginterprestasikan pergerakan tubuh badan mereka.
Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
       Antara aktiviti yang dikatakan sesuai untuk individu yang memiliki kelebihan ini
ialah aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan fizikal iaitu pendidikan jasmani, menari,
gimrama, latihan fizikal, bersuka, seni mempertahankan diri, drama dan tarian kreatif.
Manakala kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang mempunyai keceradasan ini
ialah pakar bedah, olahragawan, ahli gimnastik, penari, poli atau tentera, pelakon, penari,
dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki keceradasan kinestetik badan ini ialah
Tiger Wood, Cesc Fabregas, Fernando Torres, Rosyam Nor, dan ramai lagi.
       5.5 Kecerdasan Interpersonal
       Individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Oleh yang demikian, golongan yang
memiliki kecerdasan ini mampu mendiskriminasi pelbagai petanda interpersonal dan
kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan secara pragmatik. Selain itu juga mereka
mempunyai kemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati,
hasrat dan tabiat orang lain. golongan ini juga dikatakan lebih sensitif terhadap perasaan,
emosi, pemikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. oleh yang demikian, mereka
mampu memberi respon terhadap sesuatu dengan baiknya, dapat memberikan motivasi
dan mudah bekerjasama dengan orang sekeliling mereka. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dan perselisihan
faham antara individu. Oleh kerana mereka merupakan golongan yang mudah bergaul
dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada,
mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat.
       Antara aktiviti yang sinonim dengan golongan yang mempunyai kecerdasan
komunikasi antara individu, latihan koloboratif, memberi maklum balas dan
pembelajaran secara kooperatif. Golongan yang mempunyai kecerdasan ini sangat sesuai
dengan kerjaya sebagai ahli politik, pemimpin agama, jurujual, pengacara, pakar jiwa,
pekerja sosial, guru dan usahawan. Antara tokoh yang dikatakan mempunyai kecerdasan
ini ialah Mahatma Gandhi, Donald Trump, Aznil Hj Nawawi, dan Tun Dr Mahathir
Mohammad. Kecerdasan ini sangat penting dalam kehidupan kerana ia mampu mendidik
kita untuk berhubung atau berkomunikasi dengan baik dengan golongan masyarakat.
Malah, pelajar yang memiliki kecerdasan ini dikatakan mampu belajar dengan baik dan
berkesan terutama melalui pembelajaran kooperatif.
        5.6 Kecerdasan Intrapersonal
        Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam
menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri,
berpengetahuan kendiri, serta mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan dalam mendisiplinkan diri
serta membentuk jati diri. Golongan ini juga sangat memahami tentang diri sendiri
sejauhmana kebolehan dan kekuatan diri sendiri serta kelemahan yang ada dalam diri
mereka. Oleh yang demikian mereka juga berupaya dalam memperbaiki diri mereka
kearah kehidupan yang lebih baik. Golongan ini biasanya mempunyai keyakinan dan
azam yang tinggi dalam diri mereka. Mereka biasanya tahu untuk menentukan hala tuju
hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari dalam melakukan
sesuatu perkara akibat pegangan serta azam mereka yang sangat kuat. Golongan ini
sangat suka bersendirian, bermonolog dengan diri sendiri dan sukakan kesunyian.
        Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat suka bersendirian dalam
melakukan sesuatu perkara. Mereka juga turut mempunyai pemerhatian yang tajam,
renungan yang mendalam serta sangat suka termenung di persekitaran yang sepi.
Golongan jenis ini sangat cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari dan
lebih suka bersendirian dalam mengejar sesuatu matlamat dan mempunyai keperibadian
tertutup. Antara aktiviti yang sesuai diaplikasikan bagi golongan yang mempunyai
kecerdasan ini ialah strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin
diri dan amalan pemusatan. Golongan yang mempunyai kecerdasan intrapersonal ini
sangat sesuai dalam kerjaya pengarah, penyajak, novelis, ahli psikologi, ahli kaunseling,
dan ahli falsafah. Manakala, antara golongan yang terkenal yang mempunyai kelebihan
dan kecerdasan ini ialah Sigmund Freud, Dr Fadhilat Kamsah, Howard gardner dan ramai
lagi.
        5.7 Kecerdasan ruang Visual
       Golongan yang mempunyai kecerdasan ini merupakan seorang individu yang
sangat memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi
yang agak tinggi sehingga mampu mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif serta luar
biasa yang sukar difikirkan oleh orang lain. golongan ini juga dikatakan mampu mencipta
gambaran mental dan mengamati dunia visual dengan baik. Mereka juga sangat peka
terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
Malah, golongan ini juga turut peka dalam mengorientasi diri dalam sesuatu ruang.
Mereka merupakan golongan yang mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan
dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat dan betul serta mampu
berfikir dengan tiga dimensi dalam bentuk gambaran atau bayangan.
       Golongan ini sangat cenderung dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti melukis,
mengecat, mengendalikan skema warna, garis, bentuk dan ruang, mencipta gambaran
mental, berimaginasi dengan aktif, menghasilkan peta, carta, lukisan dan gemar
menguruskan peta minda. Antara kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang
mempunyai kecerdasan ini ialah pelukis, pengukir, arkitek, juruterbang dan banyak lagi.
Antara tokoh terkenal yang mempunyai kecerdasan ruang visual ialah Leonardo Da Vinci,
Pablo Picasso, dan ramai lagi.
       5.8 Kecerdasan naturalis
       golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam mengenal
pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Individu ini
merupakan seorang yang sangat peka terhadap alam sekeliling dan mereka ini mampu
mengklasifikasikan serta mengenali flora dan fauna serta galian dengan baik, cekap dan
mudah. Mereka juga merupaka golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat
selesa berada bersama alam terbuka seperti gunung, hutan, pantai. Mereka juga tidak
kisah sekiranya menghabiskan banyak masa bersama alam sekitar dan sangat peka
terhadap bunyi-bunyian yang ada di persekitaran mereka.
       Golongan ini merupakan golongan yang sangat mencintai alam malah mereka
juga dikatakan sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu
kemanusian dan isu sejagat. Individu yang mempunyai kecerdasan ini juga merupakan
golongan yang sangat berminat tentang unsur-unsur kejadian alam seperti proses
terjadinya awan dan hujan, asal usul binatang, tumbuhan, batu galian, serta banyak lagi.
Oleh yang demikian, sekiranya mempunyai pelajar yang mempunyai kecerdasan ini,
aktiviti luar kelas merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk dilaksanakan. Selain itu
juga, aktiviti yang sesuai untuk golongan ini ialah menyusun, mengenali dan
mengkategorikan flora dan fauna. Kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang
mempunyai kecerdasan seperti ini ialah ahli biologi, ahli zoologi, ahli botani, renjer hutan,
pendaki dan ahli giologi. Antara tokoh terkenal yang dikatakan mempunyai kelebihan
serta kecerdasan naturalis adalah Karan Singh Walia,Charles Darwin, Edward D Cope
dan lain-lain lagi.
       5.9 Kecerdasan Eksistensialis
       Kecerdasan yang terakhir merupakan kecerdasan eksistensialis yang merupakan
aliran falsafah yang fahamannya dikatakan berpusat kepada kejadian dan kewujudan
manusia, erti kehidupan, kematian dan perkara realiti yang dihadapi oleh manusia dalam
kehidupan mereka. Individu yang mempunyai kecerdasan ini seringkali mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh
golongan manusia. Malah golongan ini sering tertanya-tanya tentang alam semesta.
Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan
yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-
nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional
ataupun nilai-nilai moden serta nilai-nilai baharu yang berkembang pada masa kini.
Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah Aristotle, Confusius, Plato,
Socrates, Einstein, dan Emerson. Golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai
kecenderungan untuk menjadi ahli falsafah.
       Kepentingan Ilmu Kecerdasan Pelbagai
       Seperti yang kita ketahui, ilmu tentang teori kepentingan pelbagai sangat penting
kepada seseorang guru bagi mengenalpasti kecerdasan yang ada dalam diri pelajar.
Kebanyakan guru yang hanya menekankan aspek kognitif sahaja iaitu kecerdasan verbal-
linguistik, kecerdasan ruang dan logik-matematik ketika proses pembelajaran dan
pengajaran. Manakala kecerdasan yang bukan kognitif seperti kecerdasan muzik,
kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal kurang
diberi penekanan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pengajaran yang agak
membosankan serta penggunaan kaedah pengajaran yang sama menjadikan seseorang
pelajar mudah jemu dan tidak berminat untuk belajar. Oleh yang demikian teori
kecerdasan yang diketengahkan oleh Dr Howard Gardner ini mampu membantu para
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi lebih menarik seterusnya
mampu menarik minat para pelajar untuk belajar dengan penuh motivasi dan semangat.
       Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, terdapat sembilan jenis kecerdasan yang
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ianya mampu
membantu guru dalam pelbagai perkara antaranya membantu para guru dalam memahami
faktor yang mengaktifkan atau menghalang perkembangan kecerdasan, kebolehan dan
bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang pelajar. Sekiranya para guru
mampu memahami faktor yang mengaktifkan diri pelajar, ianya akan memberi kelebihan
kepada seseorang guru itu dalam menyediakan teknik pengajaran yang lebih berkesan.
Selain itu juga para guru juga dalam mencetuskan satu pengalaman baru dalam diri
pelajar yang boleh mencetuskan kecerdasan yang terpendam dalam diri seseorang pelajar
itu seterusnya meningkatkan kecerdasan itu kepada peringkat yang lebih tinggi.
       Selain itu juga, ilmu kecerdasan pelajar juga turut membantu guru dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian ini mampu
melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.
Selain itu juga, ia turut melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai
bidang. Guru juga boleh menggunakan pendekatan baru dalam menyanpaikan ilmu serta
pengetahuan kepada anak didik mereka. Para guru juga seharusnya menggunakan
pendekatan alat bantu mengajar daripada bahan ICT yang mampu mendatangkan
keseronokan dalam diri pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu seperti penggunaan
internet,penggunaan video dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaedah ini dapat
mengurangkan pelajar berasa bosan.
       Selain itu, ia turut membantu guru dalam meberikan kefahaman kepada para guru
bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai ini mampu mengembangkan kecerdasan yang
berbeza. Contohnya, sekiranya seseorang guru itu memberikan kerja berkumpulan
kepada seseorang pelajar itu, ianya dapat memberikan rangsangan serta meningkatkan
kecerdasan interpersonal dan verbal-linguistik. Pelajar juga mampu memahami perasaan,
tabiat, motivasi, dan hasrat orang lain melalui interaksi dan komunikasi sesama mereka
secara tidak langsung. Mereka juga akan mampu berkomunikasi dengan lebih baik
melalui aktiviti-aktiviti melalui pendengaran atau pertuturan dalam kumpulan mereka.
Dengan ini mereka mampu meningkatkan kemahiran sosial mereka selain membantu
mereka berkomunikasi dengan baik.
       Ilmu kecerdasan pelbagai juga mampu membantu guru dalam menyediakan
pelbagai kaedah pembelajaran yang sukar dilupakan dan seterusnya ianya membatu
pelajar dalam pembelajaran mereka dengan lebih baik. Menurut teori ini, jika seseorang
guru dapat menyediakan suatu modul pembelajaran yang ringkas dan padat serta boleh
difahami oleh semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai jenis
kecerdasan yang berbeza, maka minat terhadap diri pelajar akan bertambah setiap hari.
Ini bermakna ia juga turut membantu pelajar dalam memudahkan ingatan tentang ilmu
dan perkara yang dipelajari.
       Disamping itu juga, ilmu kecerdasan pelbagai ini menuntut agar guru memberikan
tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar tentang cara menggunakan sepenuhnya
kecerdasan yang ada dalam diri mereka. Ini bermakna, seseorang guru boleh
mengembangkan kecerdasan yang ada dalam diri seseorang pelajar sepenuhnya.
Seseorang pelajar akan cenderung mengetahui minat, kebolehan serta kecerdasan yang
ada dalam diri mereka sekiranya seseorang guru itu mengaplikasikan teori kecerdasan
pelbagai dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Kesedaran pelajar tentang potensi
diri yang ada dalam diri mereka amat penting kerana ia mampu membantu pelajar dalam
mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Malah pelajar juga mampu
menggunakan pendekatan yang sesuai dalam mengembangkan potensi yang ada dalam
diri mereka. Sekiranya seseorang pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu
pelajaran, ianya sudah pasti akan memberikan hasil yang memberangsangkan sekiranya
minat tersebut dikembangkan.


       6.0 KESIMPULAN
       Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran
pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic
dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-
kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita
tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran
sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang
sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil
(10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan
peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan
tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:26
posted:11/15/2012
language:
pages:27