Docstoc

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY

Document Sample
SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY Powered By Docstoc
					SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY
prepared by: Eddlie Stanis




TAJUK

  1.    PENGENALAN

  2.    PERINGKAT PENGUKURAN MPCL

  3.    LATAR BELAKANG ALAT UJIAN

  4.    TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY

  5.    SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI
        SEMAK

  6.    KEBOLEHPERCAYAAN

  7.    KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK

  8.    LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK
        DALAM SOAL SELIDIK
  9.    KESIMPULAN
  10.   SENARAI RUJUKAN
  11.   LAMPIRAN
SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)


Pengenalan


Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney &

Leonad   V.   Gordon,    1950)   College   Form    yang   dibina    bagi   mengenalpasti

masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga

sesuai untuk golongan Dewasa[1].


Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai

masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah

yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan,

pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga,

akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.


Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan juga

dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama yang

dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan berbincang

mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru dan kaunselor

juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalah-masalah para pelajar

mereka dalam usaha untuk membantu klien.


Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian. Ianya

hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja.

Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan kesihatan,

kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, moral dan agama,
keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.


Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk mendiagnosis dan

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan inventori yang biasanya

digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL)[2]. Alat ukuran MPCL sangat

popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak memerlukan pengetahuan

yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya dgunakan untuk mengenal pasti

masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Senarai Semak Masalah

Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menggangu

kaum remaja atau pelajar di peringkat pelajar junior (J), pelajar sekolah tinggi (H), dan

pelajar kolej (C).
Latarbelakang Alat Ujian



Sejarah Perkembangan Alat Ujian

Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk

mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi

oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942 , edisi pertama yang merangkumi tiga

borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Prosidur nya

adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu item-item dan

menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan membulatkan

item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah yang sering

dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhirnya.



Dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth" telah

diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946.
Peringkat Pengukuran MPCL


   1.     Pelajar Junior (J)


   2.     Pelajar Sekolah Tinggi (H)


   3.     Pelajar Kolej (C).


Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL[3], terdapat beberapa perbezaan yang

ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti masalah

klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya terdapat 220 item

atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat pelajar sekolah tinggi (H)

dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan item dalam penggunaan borang

MPCL adalah kerana mungkin         disebabkan oleh faktor umur klien. Contohnya,

kandungan soalan atau masalah klien dalam penggunaan borang MPCL peringkat junior

adalah lebih sedikit berbanding dengan borang peringkat sekolah tinggi dan kolej

disebabkan oleh kemungkinan klien pada peringkat junior tidak dapat menghabiskan

soalan sekiranya mereka menjawab soalan yang terlalu banyak. Apabila hal ini berlaku,

maka kebolehpercayaan terhadap klien mungkin kurang jika dibandingkan dengan

pengisian soalan pada peringkat yang sepatutnya (borang MPCL peringkat junior).
Latar Belakang Alat Ujian


Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk

mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi

oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942[4], edisi pertama yang merangkumi tiga

borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Penggunaan

prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu

item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan

membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah

yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhir item

tersebut bagi membolehkan mereka memahami tentang isi kandungan item dan

permasalahan yang mereka hadapi.


Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth" yang

telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946[5].
Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney


1.   Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat

     senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah

     yang hendak dibincang.


2.   Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang

     untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.


3.   Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang

     paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan

     semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.


4.   Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang

     akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan

     kepentingan peribadi dan keperluan peserta.


5.   Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan menyarankan

     pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih mendalam

     terhadap murid-muridnya.


6.   Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang

     berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah; menafsirkan

     pola, dan sebagainya.


7.   Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling dan

     tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.
8.   Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.


9.   Untuk      merangsang    klien   memahami         dan   menganalisis   dengan   cepat

     keperluan-keperluannya.


10. Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam

     darjahnya.


11. Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.


12. Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina, latar

     belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.


13. Untuk mengukur perubahan-perubanan yang terhasil daripada program pengurangan

     masalah pelajar yang dilaksanakan.


14. Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan

     tindakan


15. Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.


16. Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.
Sumber-Sumber Pembentukan Item Dalam Senarai Semak


Item-item untuk edisi pra 1950'an[6] telah dibentuk berdasarkan kepada senarai utama

"master lists" sebanyak 5000 item daripada sumber-sumber berikut:


1.   Pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah. Dalam

     pembentukan soal selidik MPCL, pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan

     juga pentadbir sekolah adalah sangat perlu. Ini kerana, setiap pengalaman yang

     dilalui oleh individu juga akan dilalui oleh individu lain pada masa-masa tertentu.


2.   Analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan

     juga kolej. Selain itu, analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para

     pelajar sekolah dan juga kolej juga adalah menjadi sumber rujukan utama penulis

     dalam menyediakan item-item pada borang senarai semak.


3.   Kajian penulisan lepas tentang masalah para pelajar. Kajian penulisan lepas merujuk

     kepada bahan-bahan rujukan lain seperti buku, artikel dan lain-lain yang dijadikan

     rujukan oleh penulis untuk membuat soal selidik MPCL. Terdapat banyak faktor atau

     punca berlakunya masalah dalam kalangan pelajar dan remaja yang boleh

     dimasukkan dalam item tersebut. Ini kerana, kemungkinan terdapatnya persamaan

     tingkah laku antara individu.


4.   Analisis perkataan yang telah ditulis oleh sebanyak 4,000 pelajar sekolah menengah

     di Amerika Syarikat yang menjelaskan masalah peribadi. Menurut Mooney (1950),

     penyediaan borang senarai semak ini juga adalah berdasarkan kepada analisis kajian

     yang dibuat keatas 4000 pelajar di amerika syarikat. Melalui analisis ini, beliau
     percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan juga adalah dihadapi oleh

     pelajar-pelajar atau remaja lain.


5.   Pelbagai sumber-sumber lain. Dengan adanya sumber lain seperti pemerhatian

     tingkah laku ke atas individu, penyediaan borang senarai semak dapat dilaksanakan

     dengan baik.


Dalam pemilihan item dalam senarai semak, penulis atau kaunselor akan menggunakan

beberapa kriteria yang penting untuk memudahkan klien menjawab soalan senarai semak

yang diberi. Di antara kriteria pemilihan item yang digunakan adalah berkaitan

dengan[7]:


1.   Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.

2.   Perkataan yang pendek dan ringkas untuk pembacaan berulang.

3.   Kesesuaian dari segi frasa individu.

4.   Kenyataan yang "common" apabila ditadbirkan secara berterusan kepada sekumpulan
     pelajar yang besar dan cukup serius untuk mewakili keutamaan kes-kes individu.

5.   Kepentingan tahap kepayahan dari masalah minor kepada perkara yang utama.

6.   Cukup kabur dalam bidang yang menyentuh peribadi "touchy" supaya membolehkan
     pelajar menanda item tersebut dengan perasaan bahawa dia masih boleh
     menyembunyikan sesetengah hal spesifik berkaitan masalahnya.

7.   Tertumpu kepada orientasi masalah peribadi berbanding orientasi sosial secara
     umum.

8.   Reaksi yang spontan dalam jawapan yang akan diberikan oleh klien.
Validity & Reability (Kebolehpercayaan)


Sekiranya data yang diperolehi digunakan untuk memahami kes-kes individu, maka

faktor-faktor yang mempengaruhi individu dan juga perasaannya haruslah diambil kira.

perubahan dalam respon item tidak menjadikan data sebagai tidak sah. skor-skor yang

diperolehi haruslah membantu dalam pencapaian matlamat temubual kaunseling[8].


Bagi tujuan penyelidikan, data yang diperolehi haruslah menunjukkan kestabilan kepada

kumpulan yang ingin dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Gordon terhadap 116 pelajar

sebanyak dua kali menunjukkan bahawa kekerapan yang diperolehi pada item-item pada

ujian pertama dan kedua berkorelasi secara positif iaitu mempunyai pekali korelasi .93.


Kajian kedua yang dilakukan terhadap 4 kumpulan dimana MPCL telah ditadbirkan

secara berulangkali dalam tempoh satu hingga 10 minggu selepas pentadbiran pertama

oleh Rank Order menunjukkan bahawa pekali korelasi yang diperolehi adalah di

antara .90 hingga .98.


Melalui kajian yang berulang ini menunjukkan bahawa MPCL menyediakan kestabilan

dari segi nilai kebolehpercayaan yang tinggi apabila ditadbirkan kepada kumpulan, bagi

tujuan perancangan program.
Kaedah Penganalisisan Data Senarai Semak


Kaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah iaitu

diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah Mooney di

bahagian lampiran).



                                                                     Kekerapan

 Ketagori   Ketagori masalah                     Susunan item        Meng-ganggu   Amat
                                                                                   meng-ganggu


 1          Kesihatan     dan      pertumbuhan   1-10      111-120
            fisiologi

 2          Kewangan,keadaan kehidupan dan       11-20     121-130
            pekerjaan

 3          Kegiatan sosial, hobi dan hiburan    21-30     131-140


 4          Pergaulan muda-mudi, perkhawinan     31-40     141-150
            dan seks

 5          Hubungan sosial                      41-50     151-160


 6          Perhubungan peribadi dan psikologi   51-60     161-170
            (emosi)

 7          Rohani, moral dan agama              61-70     171-180


 8          Rumah tangga dan keluarga            71-80     181-190


 9          Pelajaran dan kerjaya masa depan     81-90     191-200


 10         Penyesuaian dalam kerja              91-100    201-210


 11         Kurikulum dan pembelajaran           101-110   211-220
Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah yang

menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item, seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].


Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah Mooney


Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik


1.   Tentukan objektif soal selidik.


2.   Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.


3.   Sediakan inventori dan alat soal selidik.


4.   Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.


5.   Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.


6.   Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang

     berkenaan.


7.   Tindakan susulan.
Kesimpulan



Walapun MPCL telah digunakan dalam beberapa kajian di malaysia dan dengan

meluasnya di barat, Sewart & Deiker, 1976[10] dalam Maznah (2000) menyatakan

bahawa amat sedikit sekali kajian dibuat tentang nilai psikometrik alat pengukuran

MPCL. Kajian oleh Stewart & Deiker (1976) yang melibatkan tiga kumpulan remaja di

barat iaitu remaja delinkuen, gangguan emosi dan remaja biasa telah mengkaji struktur

faktor di peringkat item. Hasilnya mendapati bahawa terdapat satu faktor umum yang

dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians. Hasil dapatan kajian ini juga serupa

menurut kajian oleh Joshi (1964) dalam Maznah (2000) yang melibatkan sekumpulan

kanak-kanak di India. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun MPCL dapat

mengesan masalah-maslah khusus yang dihadapi oleh pelajar, namun ia tidak dapat

menjelaskan struktur faktor yang menjadi asas kepada masalah-masalah ini. (Stewart &

Deiker, (1976), dalam Maznah dan Kim phaik Lah, (2000)).


Waters (1954) dalam Maznah (2000) menyatakan lagi bahawa alat ini digunakan untuk

menentukan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan maklumat dari jawapan

pelajar-pelajar dapat menolong kaunselor dalam memahami masalah yang dihadapi oleh

pelajar.
Senarai Rujukan


   1.       Abdul Rashid Hj. Mohamad, Bimbingan Dan Kaunseling 1, Longman,

        Petaling Jaya, 2005.


   2.      Amir Awang, Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia. Pulau

        Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1984.


   3.      Zainal Abidin Ahmad, Bimbingan Dan Kaunseling. Open University, Malaysia,

        2006.


   4.           Mok Soon Sang, Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling,Penerbitan

        Multimedia, 2009.


   5.      Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan

        Bahasa Dan Pustaka.


   6.       Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian Kendalian Sekolah.

        Kementerian Pendidikan Malaysia.


   7.      Raminah Haji Sabran. (1991) Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia:

        Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

        Dan Pustaka.


   8.       Mooney, R. L., & Gordon, L. V. (1950).Manual: the Mooney problem

        checklists. New York: Psychological Corporation.
Internet


1.   http://pro-counseling.blogspot.com/2008/02/Mooney-problem-checklists-review.html


[1] Abdul Rashid Hj. Mohamad, Bimbingan Dan Kaunseling 1, Longman, Petaling Jaya,
2005.
[2] Slide ujian dan pengukuran, topic 1, 2010
[3] Zainal Abidin Ahmad, Bimbingan Dan Kaunseling. Open University, Malaysia, 2006.
[4] Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
[5] Amir Awang, Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia, 1984.
[6] Raminah Haji Sabran. (1991) Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
[7] Mok Soon Sang, Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling,Penerbitan Multimedia,
2009.
[8] Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian Kendalian Sekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
[9] http://www.scribd.com/document_downloads/20399549?extension=doc
[10]
http://www.scribd.com/doc/28256043/The-Problems-and-Adjustments-Encountered-by-t
he-Nursing

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:36
posted:11/14/2012
language:
pages:16