Docstoc

SURAT KIRIMAN RASMI

Document Sample
SURAT KIRIMAN RASMI Powered By Docstoc
					Amer Haziq bin Maarof,
No: 1846, Jalan TKP 4,
Taman Kelemak Perdana,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
___________________________________________________________________________
Pengatua,
Sekolah Menengah Rendah Agama Jempol,
72100 Bahau,
Negeri Sembilan.                                              02 OGOS 2011.

Tuan,

Memohon Tinggal di Asrama

Berhubung dengan perkara di atas, saya Amer Haziq bin Maarof, murid Tingkatan 3 Mawar,
ingin membuat permohonan untuk tinggal di asrama.
2.        Masalah yang saya hadapi ialah masalah pengangkutan. Saya menghadapi masalah
tersebut kerana tempat tinggal saya terlalu jauh iaitu 20km. Saya juga menghadapi masalah
lewat sampai ke sekolah. Akibatnya, saya sering didenda dan ketinggalan pelajaran. Hal ini,
menyebabkan saya menjadi bahan ejekan kawan-kawan sekelas.
3.        Saya ingin tinggal di asrama kerana terdapat pelbagai masalah di rumah. Rumah
saya sempit dan tidak ada bilik untuk belajar. Selain itu, adik kecil saya sering menangis,
Mengganggu tumpuan belajar. Keluarga saya yang gemar menonton televisyen menyebabkan
saya terdorong sama untuk menontonnya sehingga mengganggu pelajaran saya. Rumah saya
yang sempit dan tidak ada bilik untuk belajar menyebabkan saya tidak dapat belajar dengan
tenteram.
4.         Tinggal di asrama banyak kelebihannya. Saya dapat belajar mematuhi peraturan jika
tinggal di asrama. Saya juga dapat belajar mengikut jadual. Selain itu, saya dapat belajar
dengan lebih selesa. Di samping itu, saya juga dapat berdikari.

Saya berharap agar permohonan saya dipertimbangkan oleh pihak tuan. Perhatian yang
pihak tuan berikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Yang Benar,



( AMER HAZIQ BIN MAAROF)

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:578
posted:11/8/2012
language:Malay
pages:2