Himpunan Doa Sekolah

Document Sample
Himpunan Doa Sekolah Powered By Docstoc
					HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.



                                 ISI KANDUNGAN



   BIL                                   TAJUK                                             MUKA
                                                                                           SURAT
     1    Sekapur Sireh ( Pengarah Pelajaran JPN Kedah )
     2    Seulas Kata ( Ketua Sektor SPPIM /JPN.Kedah )
     3    Muqaddimah
     4    Pengertian Doa
     5    Doa-Doa Mustajab
     6    Adab-Adab Berdoa
     7    Sifat-Sifat Orang Yang Doanya Mustajab
     8    Waktu-Waktu Mustajab Doa
     9    Tempat-Tempat Mustajab Doa
    10    Hukum Berdoa Dengan Doa Yang Lafaznya Bukan Dari Al-Quran atau Hadis
    11    10 Sebab Doa Tidak Makbul
    12    Doa-Doa Harian Dipetik Dari Kitab al-Azkar
    13    Doa Perhimpunan
    14    Doa Memulakan Pelajaran
    15    Doa Waktu Pulang
    16    Doa Majlis Mesyuarat
    17    Doa Mesyuarat Agong PIBG
    18    Doa Motivasi Pelajar
    19    Doa Perjumpaan Waris
    20    Doa Majlis Bersama Pemimpin
    21    Doa Majlis Perasmian Kursus
    22    Doa Hari Guru
    23    Doa Hari Pahlawan
    24    Doa Hari Kemerdekaan
    25    Doa Hari-hari Kebesaran Islam
    26    Doa Festival Nasyid
    27    Doa Majlis Tadarrus Al Quran (MTQ)
    28    Doa Hari Anugerah Kecemerlangan
    29    Doa Puisi Sains
    30    Doa Program / Kegiatan Ko Kurikulum
    31    Doa Lawatan Sambil Belajar / Musafir
    32    Doa Persaraan / Perpisahan
    33    Doa Jamuan Guru
    34    Doa Majlis Sambutan Hari Lahir
    35    Doa Akhir Tahun
    36    Doa Awal Tahun
    37    Sumber Rujukan
    36    Sekalung Penghargaan
    37    Panel Penulis




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


                                  SEKAPUR SIREH


              PENGARAH JABATAN PELAJARAN KEDAH




Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan
Moral   ( SPPIM ) JPN Kedah. kerana menyusun Buku Panduan Doa Majlis-Majlis Rasmi
Sekolah. Ternyata usaha ini amat bertepatan dan sesuai dengan masanya di saat
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merangka satu strategi perlaksanaan
pengurusan berteraskan prinsip-prinsip Islam Hadhari.

Usaha menyusun buku ini juga akan dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam
pembacaan doa ketika majlis-majlis rasmi. Secara tidak langsung ianya juga dapat
menyeragamkan doa-doa berkenaan agar lebih sesuai berasaskan panduan cara berdoa
yang mengambilkira sensitiviti pelbagai kaum, keturunan dan agama semasa majlis-majlis
rasmi berkenaan berlangsung.

Penulisan doa dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak juga dilihat
menepati matlamat sebenar doa, iaitu seseorang itu faham dengan apa yang dipohonkan
dan secara tidak langsung ia akan membantu ke arah penghayatan dalam mengaminkan
doa berkenaan.

Diharap dengan adanya buku panduan ini, majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak
sekolah akan berjalan lebih lancar, sistematik dan diberkati serta mencapai matlamat
yang dicita-citakan.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis dan
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kedah atas usaha murni ini.
Semoga usaha kita ini dinilai sebagai satu kebajikan oleh Allah Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.



( DATO‟ ABDUL RAHMAN BIN YOP, DSDK.,KMN., BCK )




                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                   SEULAS KATA


                KETUA SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
                JABATAN PELAJARAN KEDAH




Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi kemudahan dan keizinan kepada kita
untuk menyusun buku kecil ini.Dengan kelahiran buku “Panduan Doa Dalam Majlis Di
Sekolah” ini akan memudahkan warga sekolah di negeri Kedah menggunakannya dalam
majlis-majlis yang dijalankan di sekolah dan seumpamanya.

Sesungguhnya doa merupakan senjata mukmin dan unsur penting dalam ibadah. Dengan
berdoa, seseorang mukmin itu telah meletakkan pengharapannya kepada Allah yang
merupakan Tuhan Yang Maha Memperkenankan Doa. Keberkatan dari Allah itulah akan
menjadikan segala urusan kita akan lebih berkualiti dan mampu mencapai matlamat yang
diharapkan.

Saya berasa gembira kerana pihak Jurulatih Utama Dakwah, Jurulatih Dakwah JPN
Kedah telah mengambil inisiatif ini sehingga berjaya menerbitkan buku ini. Seringkali
apabila sesuatu majlis diadakan , akan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan adanya
buku doa ini, kita dapat menyelaras dan menyeragamkan pembacaan doa dalam majlis-
majlis rasmi di sekolah.

Pihak SPPIM juga mengharapkan dengan penerbitan buku ini, akan menjadi panduan
kepada pihak sekolah dalam pembacaan doa semasa majlis-majlis rasmi yang dijalankan
di sekolah. Walau bagaimanapun, kandungan doa ini bolehlah diubahsuai atau ditokok
tambah mengikut kesesuaian dan keadaan majlis yang dilangsungkan.

Mudah-mudahan, dengan sedikit sumbangan dari pihak Sektor Pengurusan Pendidikan
Islam Dan Moral (SPPIM) Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ini akan membantu pihak
sekolah menjalankan aktiviti yang dirancang dengan lebih berkesan dan diberkati.

Wassalam, sekian terima kasih,



( HAJI ABDUL AZIZ BIN A. LATEH )




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                               MUQADDIMAH



Doa merupakan senjata bagi orang-orang yang beriman. Ia juga merupakan satu
wasilah yang menghubungkan seseorang hamba secara terus dengan Allah Taala.
Dengan berdoa seseorang itu bukan sahaja mengharapkan permohonannya
diterima Allah bahkan lebih dari itu ia juga menggambarkan tanda perhambaan
dan pengakuannya kepada keWujudan, keEsaan dan kekuasaan Penciptanya.

Apabila seseorang itu berdoa maka dia sentiasa mengharapkan permohonannya
diterima Allah. Oleh yang demikian seseorang yang ingin memohon doa tertakluk
kepada adab dan tatacara supaya doanya diterima Allah. Dalam hal ini seseorang
yang ingin berdoa, sewajarnya merujuk kepada panduan yang digariskan oleh
syarak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh yang demikian, maka melalui risalah doa kecil ini, telah diperturunkan
beberapa panduan dan kaedah dalam memohon doa dan beberapa penjelasan
tentang perkara yang sering ditimbulkan berhubung dengan adab dan tatacara
berdoa.




                             PENGERTIAN DOA


Kalimah doa di dalam al-Quran membawa maksud yang berbagai. Antaranya doa
dari segi bahasa bermaksud ibadat, memohon bantuan atau pertolongan,
permintaan atau permohonan, percakapan, memanggil dan memuji. Maka
dapatlah disimpulkan bahawa kalimah doa dari segi istilah membawa maksud
melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan permohonan hajat
dan ketundukan kepada Allah.



                               DOA-DOA MUSTAJAB

Doa yang lebih mudah diterima oleh Allah ialah doa yang terdapat dalam Al-Quran
dan Hadis atau lebih dikenali sebagai doa-doa yang ma‟thur.

Contoh-contoh doa dalam al-Quran




                                                    Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Contoh-Contoh Doa dalam Hadis

1. Doa Nabi ketika bangun dari tidur



2. Doa Nabi ketika melihat sesuatu yang mengembirakan




Para ulama juga berpendapat dibolehkan berdoa dari doa yang bukan dari al-
Quran dan Hadis. Sebagai contoh doa Saidina Umar bin Abdul Aziz ( Kitab al-
Ibadah oleh Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud ) :




Di antara syarat-syarat doa ialah:-

   1.    Memahami maknanya walaupun secara ringkas
   2.    Menyebutkan sebutan (makhraj) dengan betul dan sebaik mungkin
   3.    Bertaubat dengan memenuhi syarat-syarat taubat seperti di bawah (1)
          i-     Meninggalkan perbuatan maksiat
          ii-    Menyesal di atas perbuatan maksiat yang pernah dilakukan
          iii-   Berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selama-
                 lamanya
          iv-    Sekiranya kesalahan tersebut berkaitan dengan manusia, maka
                 hendaklah ia membebaskan dirinya dari hak manusia itu.



                                                   Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


                      Contoh pertama ; Jika dia mengambil harta orang lain ,hendaklah
                      memulangkan kembali atau membayar ganti rugi (jika harta itu
                      sudah habis digunakan) atau meminta halal kepada pemilik atau
                      warisnya (jika pemilik sudah meninggal dunia).

                      Contoh kedua :Jika kesalahan tersebut membawa kepada
                      ”Hukum Had” seperti Had Qazaf (tuduhan zina ke atas orang
                      yang tidak melakukannya) maka hendaklah dia menyerah diri
                      untuk dikenakan hukuman had     atau memohon kemaafan
                      daripada tertuduh.

                     Contoh ketiga : Jika kesalahan berupa mengumpat maka
                     hendaklah dia meminta maaf kepada orang yang diumpat
                     olehnya.
                     Dia wajib bertaubat dari segala dosa. Jika dia bertaubat dari
                     sebahagian dosa sahaja nescaya ,dosa tersebut sahaja yang
                     terhapus. Manakala dosa yang tidak dilakukan taubat masih
kekal.

    4.       Merendah diri sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
             ”Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang
             lembut (Al A’ Raf : 55)


  (1)   Kitab Riyadus Solihin ,Muka surat 13




    5.       Berdoa dengan menumpukan sepenuh hati terhadap isi kandungan
             doa (tidak lalai semasa berdoa)
   6.        Meyakini bahawa doanya akan diperkenankan. Sabda nabi S.A.W. :

             Ertinya: Hendaklah kalian berdoa kepada Allah dalam keadaan yakin
             bahawa doa tersebut akan diperkenankan (dimakbulkan)
             (At Tirmizi dan lainnya)

   7.        Sumber rezeki seperti makanan , minuman , pakaian dan
             seumpamanya mestilah halal (antara syarat terpenting)
             Dalilnya :


                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




              Ertinya : Baginda S.A.W. telah menceritakan tentang seorang lelaki
              yang lama bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan
              pakaiannya berdebu sambil menadah tangannya ke langit
              serta berdoa : ” Wahai Tuhanku ......., Wahai Tuhanku.......”,
              sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan dia
              dia dibesarkan dari sumber rezeki yang haram. Maka bagaimana
              mungkin doanya akan diperkenankan.(Doanya pasti ditolak)
              (Muslim dan At Tirmizi)

        8.    Tidak memandang ke langit ketika berdoa (Muslim) (1)




(1)   Kitab             karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 13




                               ADAB-ADAB BERDOA


Di antara adab berdoa ialah:-

      1. Berwudu‟ (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi)
      2. Mengangkat kedua belah tangan (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi)
      3. Merapatkan kedua belah tangan (Al Hakim, At Tabrani dan Al Baihaqi)
      4. Berbetulan dengan kedua bahu (Abu Daud , Al Hakim dan lainnya)
      5. Dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah (Abu Daud dan lainnya)
      6. Diiringi dengan bersalawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad
         S.A.W. (Abu Daud dan lainnya)
      7. Setelah itu diucapkan
                                            (Ahmad dan Al Hakim)


                                                           Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


      8. Kemudian menyebut
         atau boleh juga dia membaca seperti berikut:-




          Kemudian terus berdoa ............
       9. Mengulangi sebanyak tiga kali (khususnya apabila ia merasa lebih
          khusyuk dan air matanya mengalir (Abu Daud , Ahmad , At Tabrani
          dan Abu Nuaim).
          Dia juga boleh mengulangi lebih dari tiga kali apabila hatinya terasa
          ingin melakukannya ( diqiaskan kepada hadis yang menyatakan baginda
          Rasulullah S.A.W. mengulangi ayat 118 Al Maidah dalam Qiyamullail
          baginda sehingga subuh. (An Nasa’i dan lainnya)
      10. Mengadap qiblat (1) ( Al Bukhari , Muslim, Abu Daud dan An Nasa’i)
      11. Memohon doa dengan penuh harapan (sepenuh hati) (Imam Malik)
      12. Sentiasa berdoa dalam semua keadaan (ketika senang mahupun susah)
          (Surah Al Anbiya’ :90)

(1) Jika solat berjemaah, imam disunatkan berzikir dan berdoa dalam keadaan dia menjadikan
kanannya ke arah ma‟mum dan kirinya ke arah mihrab sebagaimana riwayat Muslim dan dijelaskan
oleh Imam Nawawi                  di dalam kitab Al Majmu‟
Sila rujuk:




  13. Menadah tapak tangan ke langit apabila memohon sesuatu kebaikan,dan
      membalikkan tapak tangan apabila memohon perlindungan dari sebarang
      keburukan.




          Ertinya : Daripada Khallad Ibni As Saaib R.A. , bahawasanya nabi S.A.W.
          apabila memohon doa, baginda menjadikan tapak tangan baginda
          berbetulan ke arah langit. Sebaliknya apabila baginda memohon
          perlindungan ,baginda menjadikan belakang tangan ke arah langit.
          (Ahmad) , Imam Muslim R.M. meriwayatkan di dalam Bab Solat Minta
          Hujan ,bahawa baginda mengisyaratkan belakang kedua belah tangannya
          ke arah langit (Ahmad dan Muslim) ( )
      14. Menyapu mukanya dengan kedua belah tangan setelah selesai berdoa
         (Abu Daud , Ahmad dan lainnya)
      15. Apabila doanya telah diperkenankan ,sunat dia membaca

         sebaliknya jika ia terasa lambat diperkenankan ,sunat dia membaca



                                                             Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.



          (Al Baihaqi, Al Hakim dan Ibnu Hibban)
      16. Mendahulukan amalan yang soleh seperti sedekah, solat atau
           seumpamanya sebelum berdoa kerana ia lebih diharapkan
           doanya diterima oleh Allah
       17. Memohon kepada Allah permohonan dari sekecil-kecil sehinggalah
           sebesar-besar perkara.
      18. Berdoa untuk kedua ibubapa dan saudara seagamanya (Muslim)
      19. Berdoa untuk orang mu‟min yang telah meninggal dunia.
      20. Tidak mengkhususkan doa hanya untuk dirinya sahaja apabila dia
           merupakan imam atau pemimpin kepada orang lain (Abu Daud, At Tirmizi,
           Ibnu Majah , Al Qazwaini dan Ad Dailami)
       21. Diaminkan oleh orang yang berdoa dan para pendengar
            (Al Bukhari, Muslim, An Nasa’i dan Abu Daud)
       22. Duduk dalam keadaan Tasyahhud awal (Iftirasy) ketika berzikir dan
            berdoa (Abu Daud, At Tirmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah)
       23. Membilang zikir dan doanya dengan ruas-ruas jari kerana ianya
            akan disoal dan diizinkan berbicara di akhirat kelak (At Tirmizi dan Abu
            Daud) (2)

( )   Sebagai tambahan sila rujuk
(2)   Kitab              karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

      Muka surat 14



                 SIFAT –SIFAT ORANG YANG DOANYA MUSTAJAB
                                  BERDOA

       1. Orang yang dizalimi (sekalipun ia jahat atau kafir mua‟had
                          (Al Bukhari , Abu Daud ,At Tirmizi dan Ahmad)
       2. Orang yang sedang bermusafir sehingga dia pulang (Muslim, At Tirmizi dan
          Al Bazzar)
       3. Kedua ibubapa yang mendoakan keburukan ke atas anaknya (Abu Daud,
          At Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i
       4. Orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka (At Tirmizi, Al Bazzar
          dan An Nasa’i)
       5. Imam (pemimpin) yang adil (yang meletakkan sesuatu sesuai dengan
          kehendak islam) (At Tirmizi dan Al Baihaqi)
       6. Orang yang banyak berzikir kepada Allah (Al Baihaqi)
       7. Seorang mu‟min yang berdoa untuk kebaikan saudara seagamanya tanpa
          pengetahuannya
          (Al Bukhari, Abu Daud dan At Tirmizi)
       8. Orang yang sedang mengerjakan ibadat haji dan umrah sehingga dia
           pulang ke tanahairnya (Al Baihaqi dan Ibnu Majah).
       9. Orang yang berperang (berjuang) pada jalan Allah sehingga dia pulang
           (Ibnu Majah dan Al Baihaqi)
      10. Orang yang sedang sakit atau ditimpa bala sehingga dia sembuh atau
           bebas dari bala itu (Al Baihaqi ,At Tabrani dan Said Ibnu Mansur)


                                                            Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


  11. Orang yang mendoakan untuk kebaikan mu‟minin dan mu‟minat secara
       umum (keseluruhan) (Ad Dailami)
  12. Orang yang banyak berdoa ketika dalam keadaan senang
       (At Tirmizi dan Al Hakim)
  13. Orang yang melapangkan kesusahan orang lain (Ahmad)
  14. Orang tua yang rajin beramal dengan sunnah (At Tabrani)
  15. Ahli Al Quran yang beramal dengan isi kandungannya (Al Baihaqi)
  16. Doa orang yang diberikan bantuan untuk kebaikan pemberinya
      (Ad Dailami)
  17. Golongan yang berhimpun untuk berdoa dan mengucapkan ”Amin”
       kepada Allah S.W.T (Al Hakim dan Abu Nuaim)
  18. Orang yang sedang berada dalam kesusahan
      (Abu Nuaim , dan Al Baihaqi) (1)


 1)Rujukan :
   Kitab              karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

   Muka surat 20




                           WAKTU-WAKTU MUSTAJAB DOA


Antara Masa Berdoa Yang Mustajab ialah seperti berikut :

   1. Ketika azan (Al Bukhari, Al Hakim dan Abu Nuaim)
   2. Ketika peperangan di jalan Allah sedang berlaku (Al Bukhari, Al Hakim dan
       At Tabrani).
   3. Di antara azan dan iqamah (Abu Daud dan At Tirmizi)
   4. Sepertiga malam yang akhir / waktu sahur( Muslim,Ai Hakim danAt Tirmizi).
   5. Ketika hujan turun (riwayat At Tabrani, dan Abu Nuaim)
   6. Ketika melihat Kaabah ( At Tabrani)
   7. Ketika angin kencang / ribut (Abu Nuaim)
   8. Ketika gelincir matahari / masuk waktu zohor (Abu Nuaim)
   9. Ketika berbetulan dengan waktu diperkenankan doa pada hari jumaat
       Bukhari dan Muslim)
   10. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah) khususnya ketika terbenam matahari
       (AtTirmizi, Said Ibnu Mansur)
   11. Pada malam pertama bulan Rejab (Ad Dailami,Abd Razak dan Al Baihaqi)
   12. Pada malam Lailatul Qadar (An Nasa’i, Ibnu Majah dan Al Hakim)
   13. Pada Malam Nisfu Sya‟ban (Ad Dailami, Abd Razak, dan Al Baihaqi)
   14. Pada malam Jumaat (Ad Dailami,At Tirmizi ,dan Al Hakim)
   15. Pada kedua-dua malam raya (I‟dil Adha dan I‟dil Fitri) Ad Dailami,At Tirmizi
       ,dan Al Hakim)
   16. Pada sepanjang bulan Ramadhan (At Tabrani)
   17. Ketika selesai Khatam Al Quran (Al Baihaqi)
   18. Setelah selesai menunaikan solat lima waktu (Ibnu A’sakir)
   19. Ketika sujud dalam sembahyang ( Muslim)

                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

   20. Ketika seseorang itu merasa terpanggil (terbuka) untuk berdoa (At Tirmizi)
   21. Ketika hati seseorang merasa lembut untuk berdoa serta mengalirkan air
       mata (Ahmad
   22. Setelah mengucapkan            ketika bersin (At Tabrani)
   23. Ketika manusia lain lalai dari mengingati Allah sama ada dengan kata-kata
       atau perbuatan mereka (Ahmad)
   24. Ketika terdengar ayam jantan berkokok kerana ia merupakan tanda bahawa
       turunnya malaikat (rahmat) (Al Bukhari) (1)




   1)Rujukan :
   Kitab              karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

   Muka surat 21


                           TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB DOA

Antara tempat-tempat yang mustajab berdoa ialah:-

1. Di masjid Al Fath                pada hari Isnin, Selasa dan Rabu
    antara dua sembahyang (Bukhari dan Muslim).
2. Di sisi Al Multazam (tempat di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah)
    (At Tabrani, Said Ibnu Mansur dan Al Baihaqi)
3. Di kawasan yang tidak ada penghuni            (Abu Nuaim)
4. Ketika meminum air zamzam (Al Hakim) (1)
5. Di tempat tawaf ( dalam Masjidil Haram)
6. Di bawah pancur emas (dalam Hijr Ismail) (Al Azraqie)
7. Di dalam Kaabah (Al Hasan Al Basri)
8. Di atas Bukit Safa dan Marwah (Al Baghawi dan An Nasa’ie)
9. Di tempat Sa‟ie (antara Safa dan Marwah)
10. Di belakang Maqam Ibrahim
11. Di Padang Arafah (At Tirmizi)
12. Di Muzdalifah (Ibnu Majah)
13. Di Mina
14. Di ketiga-tiga jamrah (Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah) (2)




   1)Rujukan   :




                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


   Kitab                 karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

   Muka surat 24

   2)Rujukan   : Kitab               karangan Al Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu
   Abdullah Al Banjari Al Makki
   Juz 2 :Muka Surat 29




                 HUKUM BERDOA DENGAN DOA YANG LAFAZNYA
                     BUKAN DARI AL QURAN ATAU HADIS


Hukumnya harus (selama maksudnya tidak bercanggah dengan kehendak Islam)
akan tetapi doa dari Al Quran dan Hadis adalah lebih baik.

Dalilnya : Hadis Pertama:




 Ertinya : Baginda Rasulullah S.A.W. telah mendengar seorang lelaki berdoa
(dengan lafaz yang tidak pernah diajar oleh baginda) : seperti doa di atas. Lalu
baginda bersabda ; Sesungguhnya engkau telah berdoa kepada Allah Taala
dengan menyebut nama-Nya yang paling mulia , dimana Allah akan memberikan
dan memperkenankan permintaan dan doa orang yang berdoa dengannya.
(Abu Daud, Ahmad ,Al Hakim dan lainnya)

Dalilnya : Hadis Kedua:




                                                            Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ertinya : Saidina Anas R.A. duduk bersama baginda S.A.W. dan mendengar
seorang lelaki menunaikan solat kemudian berdoa (seperti di atas). Baginda S.A.W
bersabda :Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan menyebut nama
Allah yang mulia ,dimana       Allah akan memberikan dan memperkenankan
permintaan dan doa orang yang berdoa dengannya.
                                  (Abu Daud, An Nasa’I ,Ahmad dan Ibnu Hibban)




Di antara pengajaran hadis di atas ialah:

   1.   Rasulullah S.A.W. mendengar seorang yang berdoa dengan doa yang
        bukan ma‟thur tetapi baginda tidak mengingkarinya sebagaimana hadis
        berikut:




        Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang lelaki ; “Bagaimana anda
        membaca dalam solatmu? Dia menjawab ,saya membaca Tasyahhud”
        kemudian saya berdoa :”Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku
        memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung dengan-Mu daripada
        neraka ”. Kemudian dia berkata kepada baginda S.A.W. : ,sesungguhnya
        Saya tidak pandai berdoa seperti nas doamu dan doa Muaz”.
        Baginda S.A.W. menjawab :Sekitar itulah aku dan Muaz berdoa.
        (Abu Daud, Al Baihaqi , Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

        Imam As Son‟aani berkata : pada hadis ini menunjukkan bahawa
        seseorang boleh berdoa dengan sebarang lafaz yang dia kehendaki
        sama ada ma‟thur atau tidak.

   2.   Rasulullah S.A.W. mengakui (Taqrir) ijtihad sahabat dalam mencipta doa
        ,malah memujinya dan menerangkan bahawa doanya menepati nama
        Allah yang paling mulia.




                                                     Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


   3.      Berdasarkan hadis di atas ,harus bagi orang yang tidak mampu berdoa
           dengan doa yang ma‟thur beribadah dengan doa doa yang tidak ma‟thur.
           bahkan tidak mengapa bagi orang yang mengetahui doa yang ma‟thur
           menyertakan doa yang tidak ma‟thur di dalam permohonan mereka. (1)

   Contoh Doa Yang Tidak Ma‟thur:

   Doa Saidina Umar Ibnu Abd Aziz R.M. seperti berikut :

   Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku , jangan Engkau berikan kepadaku di dunia ini akan
   suatu pemberian yang menyebabkan aku dijauhi dari rahmat-Mu di akhirat kelak.(2)

        (1) Rujuk : Kitab        karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini                Muka surat 32
         (2) Rujuk : Al Ibadah Ahkam Wa-Asrar ,Dr. Abd Halim Mahmud ,Sheikhul Azhar ,MS 201
                     Sebagai tambahan ,rujuk kitab yang sama pada muka surat 197 – 204




                                SEPULUH SEBAB DOA TIDAK MAKBUL



Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa
seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:-

   1- Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab
      kepada Nya

   2- Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

   3- Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

   4- Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya

   5- Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya

   6- Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

   7- Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang
      mendekatkan kamu kepadanya

   8- Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya

   9- Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri
      kamu sendiri




                                                                           Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


   10- Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati,tetapi kamu tidak mengambil
       i‟tibar /daripadanya.




                      DOA-DOA HARIAN ( DIPETIK DARI KITAB
                           AL-AZKAR IMAM NAWAWI )


1. Doa masuk tidur


Maksudnya : Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan aku mati

2. Doa bangun tidur



Maksudnya : Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Engkau telah menghidupkan dan
membangunkan kami kembali setelah beberapa lama Engkau tidurkan kami dalam
ayunan dan buaian mimpi. KepadaMu Tuhan semua makhluk akan kembali ( pada
hari kemudian )

3. Doa masuk rumah




Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu kebaikan ketika
masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan
Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah diri.

Kemudian hendaklah memberi salam kepada keluarganya.

4. Doa keluar rumah




                                                 Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


Maksudnya : Dengan nama Allah aku berserah kepada Allah, dan tiada daya
upaya melainkan dengan Allah

5. Doa masuk tandas


Maksudnya : Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu daripada syaitan-syaitan jantan dan betina.


6. Doa setelah keluar tandas


Maksudnya : Ya Allah aku memohon keampunanMu ! Segala puji bagi Allah yang
telah menghilangkan kotoran daripadaku serta menyelamatkan ( menyihatkan )
aku.

7. Doa ketika hendak makan


Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah untuk kami dalam rezeki yang
Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka.

8. Doa setelah selesai makan


Maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum
dan menjadikan kami dari kalangan orang Islam

9. Doa ketika terlupa membaca Bismillah



Maksudnya : Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya

10. Doa ketika menuju ke masjid




Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku,Jadikanlah dalam hatiku cahaya ,pada lidahku
cahaya, pada penglihatanku cahaya, pada pendengaranku cahaya, disebelah
kananku cahaya, disebelah kiriku cahaya, diatasku cahaya, dibawahku cahaya,
dihadapanku cahaya, dibelakangku cahaya dan jadikan untukku cahaya, dan
jadikan daku cahaya dan tambahkan untukku cahaya.

(Maksud cahaya ialah : Seluruh tubuh badan mendapat taufiq dan hidayah untuk
menghayati ajaran Islam yang diredhoi oleh Allah S.W.T).



                                                  Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Rujuk : Mafatihul Al Qurbi ,Sheikh Muhammad Zaki R.M. muka surat 16
       : Al Futuhaat Ar Rabbaniyyah , Al Allamah Muhammad Ibnu Allan As Siddiqie Juz ke 2 M.S.
36



11. Doa Ketika Masuk Ke Masjid



Maksudnya : Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Besar dan dengan
wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang sedia ada daripada bahaya
syaitan yang terkutuk. Segala puji bagi Allah.Ya Allah Ya Tuhanku turunkanlah
salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah Ya
Tuhanku, ampunilah semua dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku semua pintu
rahmatMu.

12. Doa ketika berada dalam saf solat


Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kepadaku segala pemberian yang terbaik
sebagaimana yang telah engkau berikan kepada hamba-hambamu yang soleh

13. Doa ketika hendak keluar masjid


Maksud : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu dari kelebihanMu.

14. Doa ketika menziarahi orang sakit




Maksudnya : Ya Allah Tuhan sekelian manusia, lenyapkanlah kepayahan
daripadanya, sembuhkanlah dia kerana Engkaulah yang menyembuhkan tiada
sembuhan lain melainkan sembuhannMu. Satu sembuhan yang tidak
meninggalkan penyakit.

 5. Doa selepas belajar secara (beramai-ramai)


Maksudnya : Ya Allah manfaatkanlah segala ilmu yang telah engkau ajarkan
kepada kami dan ajarilah kami ilmu yang memberi manfaat (berfaedah) kepada
kami dan kurniakanlah kepada kami segala ilmu yang memberi manfaat kepada
kami. (Annasai dan Al Hakim ) Subulussalam jilid 4/411




                                                              Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                              DOA PERHIMPUNAN




Ya Allah ya tuhan kami, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan muliakanlah
kami dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah hati kami dengan makrifah ilmu
dan sinarilah hati-hati kami dengan cahaya petunjukmu seperti mana engkau sinari
bumimu dengan cahaya matahari sepanjang zaman.




Ya Allah kami berlindung padamu dari rundungan sedih dan duka. Kami berlindung
padamu dari sifat lemah dan malas Kami berlindung padamu dari sifat bacul dan
kikir ,Kami berlindung padamu dari beban hutang dan penindasan orang




                                                     Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                           DOA MEMULAKAN PELAJARAN




Ya Allah Ya Tuhan kami bukakanlah hati dan minda kami supaya kami dapat belajar
dengan mudah dan kami mohon agar engkau berikanlah kepada kami ilmu yang
bermanfaat serta sinarilah hati-hati kami dengan nur hidayahMu




Ya Allah Perbanyakkan kami dengan ilmu pengetahuan, Hiasilah kami dengan sopan
santun, Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkan kami dengan sihat wal‟fiat.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                  DOA WAKTU PULANG




Ya Allah Engkau simpankanlah segala ilmu yang telah kami pelajari pada hari ini dalam
minda kami dan kembalikan kepada kami apabila kami memerlukannya.

Ya Allah, selamatkanlah perjalanan pulang kami ini dari segala mara bahaya supaya kami
dapat sampai ke rumah dengan selamat dan bertemu dengan ayahbonda yang kami
sayangi.

Ya Allah panjangkanlah usia kami supaya kami dapat kembali semula ke sekolah ini pada
esok hari dengan semangat untuk terus belajar dan mencipta kesejahteraan hidup di
dunia dan akhirat.

Ya Allah jadikanlah hari ini kebaikan bagi kami dan hari esok lebih baik dari hari ini.. Amin
Ya Rabbal „Alamin




                                                              Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


                             DOA MAJLIS MESYUARAT




Ya Allah Ya Fattah Ya „Alim
Pada hari ini kami berkumpul, untuk bermesyuarat, atas urusan kehidupan dan
tanggungjawab kami, kepada agama, bangsa dan Negara. Satukan hati-hati kami Ya Allah
di bawah panji kasih-sayangmu, kurniakan kesihatan rohani dan jasmani yang sempurna,
bekalkan semangat dan kesabaran agar kami beroleh kemudahan dan kekuatan untuk
menjayakan tugas dan amanahmu ya Allah.

Kami sedar ya Allah Engkaulah sebaik-baik perencana, maka perencanaan kami di bawah
perencanaanMu, lalu engkau lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami
mampu menghasilkan idea yang bernas, keputusan yang tuntas, supaya terhasil strategi
dan perlaksanaan yang kemas serta memberi bekas.

Ya Allah, kami jua memohon agar segala keputusan yang kami buat menjadi kebaikan
kepada kami, andai tersalah ampunkanlah kami ya Allah.




                           DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah ya Tuhan kami ,Kami panjatkan rasa syukur kami yang tidak terhingga kepadaMu
ya Allah ,kerana dengan limpah kurnia dan inayahMu jua ,maka kami ibubapa dan guru
pada hari ini dapat berhimpun bersama untuk bermesyuarat               dalam suasana
persaudaraan dan mahabbah.

Ya Allah , Ya Rahman ,Ya Rahim, Kami semua insaf bahawa tanggungjawab mendidik
anak-anak dengan didikan yang bersifat duniawi dan ukhrawi adalah tanggungjawab yang
perlu dipikul bersama dan tidak akan berjaya, tanpa adanya kesepaduan antara rumah
dan sekolah.

Ya Allah , kukuhkan tekad kami , serta bantu kami ya Allah supaya kami dapat menjadi
contoh buat anak-anak yang kami sayangi , yang bakal menjadi peneraju kesinambungan
buat generasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang .

Oleh itu jadikanlah ya Allah , ibubapa dan guru serta waris yang hadir pada hari ini ,
sentiasa sedar dan meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak sebagai satu amanah
dariMu , yang nanti akan dipertanggungjawabkan. sebagaimana sabda rasulMu “ Kamu
semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang orang yang di bawah
pimpinannya.

Akhirnya ya Allah , jadikanlah anak-anak kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu ,
baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda , anak yang cintakan ilmu
pengetahuan , berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang. Amin
Ya Rabbal Alamin.




                              DOA MOTIVASI PELAJAR




                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah, Ya Fattah, Ya „Alim,

Pada pagi ini kami berhimpun dengan satu tekad dan matlamat bagi menunaikan amanah
yang terpikul di bahu kami. Sesungguhnya kami sedar ya Allah, kami memikul amanahMu
meninggikan syiar Islam di muka bumi maka bantulah kami, kurniakan kami kelapangan
dada, ketenangan fikiran agar kami mudah menerima ilmu pengetahuan, menerokai
alamMu yang penuh rahsia dan keajaiban.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Kami sedar betapa besarnya pengorbanan kedua ibubapa kami mendidik dan mengasuh
kami lantas kami merayu Ya Allah ampunilah dosa mereka, berilah keberkatan umur
kepada mereka agar dapat kami balas jasa keduanya dengan meraih kejayaan berkat
keizinanMu Ya Allah .

Ya Allah, Ya Aziz Ya Jabbar,

Sebagaimana engkau utuskan rasulMu penuh kesabaran, semangat dan keutuhan,
jadikanlah kami jua insan yang sentiasa bersemangat waja, berdaya saing dan berdaya
juang. Hiasilah diri kami Ya Allah dengan akhlak yang terpuji kerana kami yakin bahawa
kemuliaan itulah menjadikan kami sentiasa bermotivasi, berinovasi, kreatif dan berminda
positif.




                                 DOA PERJUMPAAN WARIS




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah kami mulakan majlis kami pada hari ini dengan berdoa dan bermunajat memohon
kepadaMu agar Program Bersama Waris ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamatnya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa
mentaatiMu dan juga sebagai ibubapa yang prihatin terhadap masa depan anak-anak.
Hidupkanlah dalam hati-hati kami rasa tanggungjawab terhadap amanahMu dalam
mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset yang sangat berharga buat kami semua
untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah, NabiMu telah bersabda yang mafhumnya apabila mati seseorang anak Adam
terputuslah amalannya kecuali dia meninggalkan anak yang soleh atau solehah yang
sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Oleh itu Ya Allah, kurniakanlah kepada kami
anak-anak yang soleh yang bakal mencerna dan mewarnai negara tercinta ini dengan
generasi yang beriman dan bertaqwa, cintakan ilmu pengetahuan berhati mulia dan
berbudi luhur.

Ya Allah, Ya Hafiz,
Peliharalah anak-anak kami daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan di dunia yang
serba mencabar yang nanti bakal mengundang seribu kesesalan. Ya Allah kami juga
memohon kepadaMu agar pertemuan kami pada hari ini menjadi pertemuan ukhuwwah
serta mengeratkan persahabatan sesama kami. Tautkanlah antara hati-hati kami supaya
kami dapat bersatu mengembeling tenaga membantu pihak sekolah membina
kecemerlangan anak-anak kami dan sekolah ini.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.



                       DOA MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di dalam majlis yang penuh keberkatan ini, kami merafa‟kan tangan kehambaan
memohon belas kasihan Mu, agar Engkau sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu ,
bukakanlah minda kami dengan limpahan hikmah Mu, suburkanlah jiwa kami dengan rasa
ketakwaan, semoga dengannya kami mudah menerima ,menghayati dan mengamalkan
petunjuk-petunjuk agama Mu.

Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Mengetahui, betapa dhaifnya diri kami ketika
menghadapi ranjau dan mehnah dalam perjuangan memartabatkan agama Mu.Justeru
kurniakanlah kepada kami ilham dan kebijaksanaan dalam memimpin organisasi kami,
serta hikmah yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak-anak didik kami.

Dengan penuh kerendahan hati, kami bermunajat kepada Mu, tautkanlah hati-hati kami,
satukanlah fikrah antara kami, padukanlah saf kami serta pimpinlah kami agar matlamat
untuk melahirkan generasi “Khairul Ummah” yang berjiwa Rabbani dan Hadari menjadi
kenyataan akhirnya. Inilah bai‟ah hambaMu kepada Mu Ya Allah. Janganlah pula Engkau
kecewakan kami lantaran kelemahan dan keterbatasan diri kami sehingga tiada lagi
pewaris tugas suci ini. Maka dari itu Ya Allah, perkenankanlah doa kami , harapan kami
dan impian kami.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Hari ini majlis kami dihadiri oleh seorang hamba Mu yang berhati mulia,seorang pemimpin
yang berjiwa rakyat, yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang tugas dan
tanggungjawab kami sebagai pendidik dan pendakwah.Dari itu ya Allah, kami memohon
kepada Mu agar Engkau rahmatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya serta tetapkanlah
imannya agar segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepadanya dapat dimanfaatkan
untuk agama , bangsa dan negara




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


                           DOA MAJLIS PERASMIAN KURSUS




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Didalam majlis yang penuh barakah ini, kami merafakkan tangan kehambaan memohon
belas kasihanmu, agar engkau sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahmu , bukalah
minda kami dengan limpahan hikmahmu, suburilah jiwa kami dengan baja ketakwaan ,
semoga dengannya kami mudah menerima , menghayati dan mengamalkan petunjuk-
petunjuk agamamu.

Selama 4 hari 3 malam kami bersama di sini, membina diri dengan ilmu dan kemahiran,
mengeratkan hati kami dengan mahabbah dan kasih sayang, dari itu Ya Allah kami mohon
padamu agar engkau mantapkan ilmu dan kemahiran kami serta suburkanlah kasih
sayang antara kami.

Kami sedar Ya Allah bahawa tugas kami sebagai pendidik dan murabbi terlalu berat dan
mencabar. Namun yang ada pada kami hanyalah kesedaran , semangat dan rasa
tanggungjawab, dari itu bantulah kami Ya Allah dalam melaksanakan tugas kami
membimbing dan mengajar anak-anak didik kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ketika kami datang ke kursus ini, engkau bekalkan kami dengan kesabaran dan
ketabahan untuk meninggalkan anak, isteri dan keluarga didalam kerinduan, mengharungi
badai gelombang, maka biarlah kepulangan selepas ini engkau titipkan kami dengan
kekuatan dan kecekalan agar dapat kami tempoh ranjau perjuangan, menjana generasi
khaira ummah, agar agama bangsa negara semakin cemerlang, gemilang dan terbilang.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


                                   DOA HARI GURU




Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan penuh rasa rendah diri dan rasa terharu, kami berkumpul pada hari yang indah ini
memohon limpah restuMu agar perhimpunan kami sempena Sambutan Hari Guru tahun
ini akan mendapat petunjuk dan hidayahMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami amat yakin dan percaya bahawa tugas dan profesion kami sangat mulia lagi terpuji
dan merupakan kesinambungan medan jihad para anbia‟ dan mursalin. Kami juga sedar
Ya Allah , di saat dunia sedang berhadapan dengan berbagai kemajuan yang cukup
pesat, dunia globalisasi tanpa sempadan , tugas kami menjadi semakin berat dan
mencabar , memerlukan kekuatan, keteguhan, dan kesepaduan tenaga dan fikiran serta
perpaduan yang cukup mantap dan erat. Oleh itu Ya Allah kurniakanlah kepada kami
semangat juang yang tinggi agar Falsafah Pendidikan Negara yang kami dukung selama
ini akan terlaksana dengan jayanya.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Sesungguhnya Kami tahu bahawa kami adalah hasil kejayaan usaha gigih guru-guru kami
yang terdahulu lantas kami sedar betapa pengorbanan para guru terdahulu adalah terlalu
mahal nilainya untuk kami balas, oleh itu Ya Allah kami memohon kepadaMu agar
Engkau cucurilah rahmatMu kepada mereka , Engkau ampunilah dosa mereka dan
Engkau tempatkanlah mereka yang telah pergi meninggalkan kami di kalangan hamba
yang Engkau kasihi. Amin Ya Rabbal „Alimin.




                              DOA HARI PAHLAWAN


                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Pada hari yang penuh keberkatan ini kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun
bagi menyambut Hari Pahlawan bagi tahun …………. Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui, Ya Allah bahawa di antara hamba-hambaMu terdapat mereka yang telah
berjuang dengan harta dan nyawa demi memerdekakan bumi bertuah ini. Mereka rela
membiarkan harta menjadi pusaka, anak menjadi piatu, isteri menjadi janda. Dari itu Ya
Allah Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka dan tempatkanlah mereka bersama
para mursalin , syuhada dan solihin.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim
 Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepadaMu Ya Allah agar Engkau
kurniakanlah kekuatan dan semangat juang kepada wira-wira negara yang sedang
bertugas demi agama bangsa dan negara sentiasa terpelihara di bawah lembayung
rahmat Yang Esa.




Ya Allah, kami berlindung denganMu dari rundungan sedih dan duka.Kami berlindung
denganMu dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung denganMu dari sifat bacul dan
kikir. Kami berlindung denganMu dari beban hutang dan penindasan orang.




                             DOA HARI KEMERDEKAAN




                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah Ya Malikal Mulk, engkaulah pemerintah segala pemerintah, Engkau yang berhak
memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga
berkuasa mengambilnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah jua
yang menghina dan memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, Di dalam
genggamanMulah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap
sesuatu.

Betapa kami merafakkan syukur kepadaMu atas nikmat kemerdekaan yang Engkau
limpahkan kepada tanah air kami. Kami sedar betapa pahit jerih generasi terdahulu meraih
kemerdekaan yang harganya adalah darah, nanah dan airmata perjuangan. Oleh itu Ya
Allah Engkau cucurilah rahmatMu kepada para pejuang kemerdekaan yang telah pergi
meninggalkan kami.

Ya Allah, sebagaimana Engkau merdekakan Negara kami maka kami memohon
kepadaMu agar Engkau merdekakan kami dari belenggu syirik, khurafat, tahayyul dan
kekufuran, merdekakan juga jiwa kami dari berhasad dengki, tamak haloba, bakhil kedekut
dan perasaan mazmumah, agar dapat kami bergerak seiring, berdaya saing memajukan
negara tercinta, Engkau merdekakan minda kami dari sentiasa berburuk sangka, berminda
negatif sehingga menghalang kemajuan dan ijtihad ke arah menjadikan kami umat yang
maju dan seimbang.

Ya Allah Ya Aziz, Kami sedar Ya Allah betapa sukarnya untuk kami mengisi dan mengekal
nikmat kemerdekaan, Oleh itu, satukanlah antara hati-hati kami tanpa mengira warna kulit
dan suku bangsa, saling membantu berkasih sayang atas rasa tanggungjawab terhadap
negara tercinta.




                           DOA HARI-HARI KEBESARAN ISLAM




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut serta basah untuk mengingati dan menyebut
namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan untuk
menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami agama yang jitu dan
unggul. Selamatkanlah kami dari mara bahaya.

Kami memohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai sehingga kami terpaksa meminta
jasa baik orang lain, berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak
lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain
dari Engkau, kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak
kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah Ya Engkau biarkan nasib
kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Wahai tuhan yang
mudah dan cepat memperkenankan permintaan hambaNya …… perkenankanlah Ya
Allah.

Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami sempena menyambut ………………………..……
pada hari ini sebagai penggerak dan titik tolak untuk kami membina kehidupan yang lebih
baik dan menjadi hambaMu yang taat serta patuh kepada perintahMu, sentiasa
mensyukuri nikmatMu. Hiasilah Ya Allah hidup kami dan anak-anak didik kami dengan
akhlak yang mulia, berjiwa merdeka dan menggerakkan satu momentum memacu agama,
bangsa dan negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.




                               DOA FESTIVAL NASYID




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Hari ini kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul didewan yang berseri ini, bagi
menjayakan Karnival Nasyid Peringkat …………………... Padamu kami memohon agar
majlis kami ini mendapat keberkatan dan KeredhaanMu.

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan,
maka pada hari ini Ya Allah, melalui Festival nasyid ini, kami hamba-hambaMu memuji
keindahan sifatMu, kami memuji keindahan peribadi RasulMu, kami memuji keindahan
syariat AgamaMu. Dari itu Ya Allah terimalah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang
hina ini. Engkau juga Ya Allah memerintahkan kami agar sentiasa menyeru kearah
kebaikan dan mencegah kejahatan dan kemungkaran, maka melalui Festival nasyid ini
juga kami menyusun kata-kata indah, dengan gaya dan nada yang penuh hikmah
mengajak hamba-hambaMu mengamalkan segala kebaikan dan menjauhi diri dari segala
kejahatan dan kemungkaran. Hanya padaMu Ya Allah kami berharap agar Engkau
terimalah segala usaha murni ini dan jadikanlah ia sebagai amal soleh yang akan
mendapat ganjaran pahala dariMu

Ya Allah, Seandainya di dalam majlis kami ini terdapat perkara yang mengundang
kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi
Maha Penyayang.


Ya Allah jadikanlah kami diantara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan
mengikut perkataan yang baik.




                     DOA MAJLIS TADARRUS AL QURAN (MTQ)




                                                       Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan
program majlis tilawah Al Quran bagi tahun ………. Kami bermohon padaMu Ya Allah
agar Engkau berkatilah majlis kami ini. Engkau jadikanlah ia sebagai amalan yang
mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Engkau rahmatilah kami dengan kemuliaan Al Quran. jadikanlah ia sebagai panduan
hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam. Ya
Allah Ya Tuhan kami, Hiasilah diri kami dengan perhiasan al- Quran, muliakanlah kami
dengan kemuliaan al Quran, pakaikanlah kami dengan pakaian al Quran, dan
masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                     DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami tautkan dua tangan kami dan memohon kehadratMu agar acara yang meriah ini ,
yang menjadi kemuncak pencapaian anak-anak kami sepanjang tahun …2005/06……
akan mendapat rahmat serta inayah daripadaMu.

Ya Allah, Betapapun engkau telah memilih anak-anak kami menjadi anak yang cemerlang
pada hari ini, namun kami akan sentiasa memohon agar engkau jadikan mereka anak
yang sentiasa cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat , anak yang taat pada perintah
Allah dan perintah rasulNya, patuh pada suruhan ibubapa, menghormati guru-guru dan
rakan-rakan mereka.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada hari yang barakah ini, kami ungkapkan rasa syukur kami dengan memuji-muji
kebesaran dan keagunganMu . Engkaulah Tuhan semesta alam. Tuhan yang menentukan
segala-galanya. PadaMu Ya Allah kami bergantung harapan dan memohon pertolongan
buat diri dan keluarga kami. Kami juga tidak lupa Ya Allah memohon agar Engkau
limpahkan rahmatMu kepada guru-guru yang telah bersusah payah mendidik anak-anak
kami sehingga mereka berjaya.

Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram

Kami akhiri doa kami dengan satu kesepakatan, bahawa kami akan sentiasa bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk sama-sama menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi
mendokong cita-cita murni memartabatkan agama ,bangsa dan Negara supaya menjadi
cemerlang, gemilang dan terbilang.




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                 DOA PUISI SAINS




Ya Allah, Tuhan yang bersifat pemurah, kami dambakan rahmatMu pada pagi ini, untuk
kami laksanakan perencanaan kami dalam Karnival Puisi Sains pada kali ini, moga
lembayung rahmatMu memayungi perjalanan karnival ini hingga ke akhirnya.

Ya Allah dengan hati yang penuh kerendahan kami memohon agar Engkau jernihkan hati-
hati kami, agar ianya jauh dari kekeruhan sifat mazmumah sebagaimana Engkau
jernihkan air hujan yang Engkau titiskan ke bumi lalu darinya engkau hidupsuburkan
tumbuh-tumbuhan. Ya Allah, sesungguhnya kekuasaanMu terserlah, ketika Engkau
pancarkan sinar mentari yang penuh berfaedah, ketika Engkau simbahkan cahaya
rembulan yang menentukan pasang surut lautan, lalu kami insan yang kerdil ini
menumpang berteduh di bawah payungan rahmatMu.

Ya Allah jadikanlah kami insan yang setia, tunduk kepada perintahMu sepertimana
tunduksetianya matahari dan bulan pada orbitnya atas iradahMu. Peliharalah kami
daripada melanggar perintahMu sepertimana siang yang tidak pernah melanggar perintah
mendahului malam.

Ya Allah, bukakanlah minda kami yang telah Engkau bekalkan dengan 25 trillion neuron
untuk kami sentiasa tadabburkan kejadian langit dan bumi, agar bertambahlah iman,
bercahayalah makrifah, lantas terbukalah pintu keampunan. Kami jua memohon
kepadaMu Ya agar engkau sentiasa mencurahkan kepada kami ilmuMu agar kami
sentiasa mampu berusaha mengkaji dan mencari rahsia alamMu untuk manfaat kami Ya
Allah.




                     DOA PROGRAM / KEGIATAN KO KURIKULUM




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




Ya Allah pada hari ini kami berhimpun dengan matlamat untuk menjayakan kejohanan
Sukan / Olahraga pada tahun ini. Oleh itu Ya Allah, dengan hati penuh kerendahan kami
memohon keampunan, kami mengharap perlindungan, kami mendamba rahmat dan kasih
sayang agar kejohanan yang kami anjurkan pada hari ini berjaya dilaksanakan tanpa
sebarang masalah dan kecelakaan.

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Agung, melalui kejohanan yang kami anjurkan hari ini,
Engkau titipkan di hati kami keimanan, Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira
warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya
terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka
minda abadi. lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami
menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami
menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu Negara kami menuju negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Allah jadikan permulaan kami kebaikan dan kesudahan kami kebaikan. Amin Ya
Rabbal „Alamin.




                  DOA LAWATAN SAMBIL BELAJAR / MUSAFIR




Ya Allah Engkau lapangkan hati kami untuk kami tadabburkan segala apa yang kami lihat,
dan kami dengar, agar bertambah keyakinan kami terhadap kekuasaanMu. Peliharalah
penglihatan kami, pendengaran kami serta kawallah tingkahlaku kami dari sebarang
perkara yang membawa kepada dosa dan kemurkaanMu. Sesungguhnya kami amat takut
kepada kemurkaanMu sebagaimana takutnya kami kepada azab api neraka.


                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


Ya Allah kami sedar bahawa Engkaulah yang mengatur dan menguasai sekelian alam,
maka kami memohon agar Engkau selamatkan perjalanan kami dari sebarang petaka,
mara bahaya, Engkau jauhkan kami dari perbuatan khianat sama ada dari kalangan
manusia, jin atau makhluk lain yang berniat jahat kepada kami ya Allah




Ya Allah, Jadikanlah pengalaman yang kami perolehi dari perjalanan kami ini sebagai ilmu
yang bermanfaat untuk kami gunakan bagi memajukan agama dan Negara kami. Ya Allah
sebagaimana Engkau selamatkan perjalanan kami maka Engkau selamatkanlah jua
kepulangan kami nanti.




                           DOA PERSARAAN / PERPISAHAN




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi
meraikan persaraan saudara kami…………….. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar
Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama
ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah
kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang
baktinya kepada agama bangsa dan Negara.



                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang
perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah YaRahman Ya Rahim.
Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan ,
kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih
berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan
baik dan sempurna.




                                DOA JAMUAN GURU




Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon dariMu kesejahteraan untuk kami semua.
Selamatkanlah agama kami sihatkanlah Ya Allah tubuh badan kami, tambahkan kepada
kami ilmu pengetahuan dan berikan keberkatan kepada rezeki yang kami perolehi, dan
jadikanlah kami orang yang bertaubat sebelum kami mati. Ya Allah Ya Tuhan kami
ringankanlah kesakitan ketika kami menghadapi sakratulmaut dan hindarkanlah kami
semua dari api nerakaMu dan ampunilah kami di ketika kami di hisab pada hari akhirat
nanti,

Ya Allah ya Tuhan kami, Jadikanlah         perhimpunan kami pada hari ini sebagai
perhimpunan yang mendapat RahmatMu dan perpisahan kami selepas ini adalah
perpisahan kami selepas ini adalah perpisahan yang mendapat keampunan dariMu .

Amiin Ya Rabbal Alamiin.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                           DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan sambutan
hari lahir …………………………. , sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka
kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman
yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan
penuh berkat.

Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim,
Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada
saudara kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi,
amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi
dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri.

Ya Allah Ya Karim,
Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan
dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama,
bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin.




                                                          Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                DOA AKHIR TAHUN




Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Salawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarga baginda
dan para sahabatnya. Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini hambamu telah melakukan
larangan-larangan Mu tapi belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan
kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-
kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku mohon keampunan dari Engkau,
ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini, yang Engkau redhai dan yang
Engkau janjikan pahala. Maka aku memohonnya kepada Engkau Ya Allah, Ya Karim, Ya
Zal- Jalali-wal-Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan
harapanku terhadapMu. Salawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
S.A.W dan keluarga baginda dan para sahabatnya, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.




                                                         Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                             DOA AWAL TAHUN




Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (S.A.W) dan keluarga baginda dan
para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi
kelebihanMu Yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah. Sesungguhnya pada
tahun ini aku pohon Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya
, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada
nafsu ammarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan
perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Salawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) dan ke atas keluarga baginda dan para
sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekelian alam.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                SUMBER RUJUKAN




Rujukan Bahasa Melayu

1. Al-Quran dan Terjemahannya, Penerbit J-ART



                                                 Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.


2. Kumpulan Doa dan Zikir ( Terjemahan al-Azkar ), Syed Ahmad Semait, Pustaka
Nasional Singapura.

3. Terjemahan Riyadhus Shalihin, M. Abdai Rathomy, Pustaka Nasional Singapura

4. Wirid dan Doa, Hj. Jamaluddin Hashim, Jabatan Agama Johor.




                             SEKALUNG PENGHARGAAN



Dato‟ Abdul Rahman bin Yob, DSDK., KMN., BCK.
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Tn. Hj. Abdul Aziz bin A. Lateh,
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Tn. Hj. Mahir bin Mohamad,
Penolong Pengarah Dakwah,
SPPIM, JPN, Kedah

Tn. Hj. Abdul Hamid bin Zakaria
Penyelia Pendidikan Islam Menengah,
SPPIM, JPN, Kedah

Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,
Negeri Kedah

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Semua Panel Penulis
Jurulatih Utama Dakwah
Jurulatih Dakwah

Semua pihak yang terlibat dalam menyusun dan mengeluarkan
Buku Himpunan Doa Majlis-Majlis Rasmi Sekolah

Semoga Sumbangan Dato‟ / Tuan / Puan
mendapat ganjaran dari Allah Taala.




                                                        Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
HIMPUNAN DOA, JPN KEDAH.




                                    PANEL PENULIS


Penasihat :

Dato‟ Abdul Rahman bin Yob, DSDK.,KMN.,BCK.,
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

Tn. Hj. Abdul Aziz bin A. Lateh
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Tn. Hj. Mahir bin Muhamad
Penolong Pengarah Dakwah,
SPPIM, JPN, Kedah

Tn. Hj. Abd. Hamid bin Zakaria,
Penyelia Pendidikan Islam Sekolah Menengah,
SPPIM, JPN, Kedah.

Panel Penulis:

Ustaz Haji Muhamad Puad bin Ilias @ Yahya
( SMK. Baling )
Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM

Tuan Syeikh Aminuddin bin Abd. Rahim
( SK. Haji Hassan b. Itam, Simpang Empat )

Ustaz Haji Mohd Najib bin Haji Ahmad
( SMK. Mahang,Kulim )
Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM

Ustaz Mohd Rifae bin Haji Ismail
( SMK.Tunku Putera,Baling )
Jurulatih Dakwah, SPPIM

Ustaz Ahmad Zakir bin Abdul Hamid
( SK. Lunas Jaya,Kulim )
Jurulatih Dakwah, SPPIM

Usth. Maudah bt. Ali
( SMK. Baling )
Jurulatih Dakwah, SPPIM




                                                     Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:158
posted:11/6/2012
language:Unknown
pages:43
Description: Himpunan Doa Rasmi Sekolah