Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu

Document Sample
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu Powered By Docstoc
					   HBML 4503 :
  FONETIK DAN
FONOLOGI BAHASA
 MELAYU TINGGI
______________________________________________________________________________




                     Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 1         DEFINISI KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI


1.1     PENGENALAN


Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam
bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat sedikit
perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi.


1.1.1   Definisi Fonetik


Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia
sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,
fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan
bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).


Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds
human beings employ when speaking a language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan
dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang
kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah
Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian
mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan
sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori,
fonetik auditori dan fonetik akustik. Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad
(2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi
bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).


                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan
bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat
bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). Sila teliti rajah yang berikut untuk
mengukuhkan pemahaman anda.
                   Alat-alat yg menghasilkan bunyi @ fonetik artikulasi



                                            Kajian Fonetik



Sifat bunyi @ fonetik akustik                            Pendengaran iaitu bunyi yang keluar
                                                         dari mulut @ fonetik auditori.




Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa
fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi
lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Pokoknya fonetik ialah suatu kajian mengenai bunyi
bahasa dengan tidak melibatkan mana-mana bahasa pun.




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.1.2   Definisi Fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat
Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicorganization of selected speech
sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.


Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of
the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang
fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka pula, fonologi ialah bidang yang
mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan
yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan
Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang
ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa
tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik Fonologi dapat didefinisikan
sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan
khususnya bagi sesuatu bahasa. Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang
bermakna yang diucapkan oleh manusia.


                                            Bidang Fonologi




                            Fonetik                                       Fonemik



Rumusan daripada huraian ini, fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem
bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah
difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu fonetik dan
fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik
akustik dan fonetik auditori.


Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokal, konsonan dan diftong.
Dalam fonem bahasa Melayu turut membincangkan tentang alat-alat artikulasi, daerah-daerah
artikulasi dan cara-cara artikulasi. Fonemik juga merujuk kepada kajian yang mengkaji bunyi-
bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih
menitik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa.


Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan
segala bentuk bunyi di dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan
bentuk bunyi yang tertentu.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.2       FONEM DAN ALOFON

1.2.1     Definisi Fonem


Arbak Othman (1983) dalam Pemulaan Ilmu Linguistik mendefinisikan fonem sebagai unit pada
tingkat bunyi yang distingtif. Dengan lain perkataan, fonem boleh dimengertikan sebagai unit
sifat bunyi yang membezakan erti (Bloomfield :1933). Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam
(1985) menyatakan fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang membawa
perbezaan makna.


Fonem juga boleh ditakrifkan sebagai himpunan bunyi-bunyi yang mempunyai sifat-sifat fonetik
yang sama, yang mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanya lambang diakritik
sahaja.
          Kesimpulannya, fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Terdapat dua
bentuk fonem iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Dua bentuk fonem ini akan
dihuraikan secara jelas dalam bab 7 : Segmental dan Suprasegmental BM


Tahukah anda bahawa bunyi-bunyi yang kita bicarakan di atas ialah bunyi-bunyi yang boleh
membezakan makna? Apabila kita membicarakan hal ini bererti kita membicarakan fonem.


Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan
layang.
Bunyinya hampir sama. Yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [b] dan [l]. Tentulah
bunyi-bunyi fonem [b] dan [l] yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah
fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Bunyi-bunyi yang berbeza
dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-fonem yang berasingan.

                           /tabah/ - /tapah/                   /tekak/ - /tegak/

                            /sabun - /sabuŋ/                    /baru/ - /balu/

                            /waŋ/ - /baŋ/                        /siaŋ/ - /tiaŋ/




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.2.2    Definisi Alofon

Bagi bahasa yang mempunyai pelbagai variasi seperti dialek-dialek, fonem juga mempunyai
variasi tertentu. Variasi bagi fonem dikenali sebagai alofon. Di dalam bahasa Melayu variasi
bagi sesuatu fonem tidak membezakan makna dan setiap variasi hanya berlaku di tempat
tertentu sahaja dalam perkataan.
Arbak Othman (1983) dalam Pemulaan ilmu Linguistik mendefinisikan alofon adalah
pengwujudan dari fonem yang berbeza dari segi sifat2 fiziknya. Dengan lain perkataan, alofon
merupakan bunyi atau bunyi2 kelainan yang tergolong kepada kelas fonem yang sama dan
dengan sendirinya merupakan anggota kepada keluraga fonem tersebut. Bagi Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam (1985), kumpulan bunyi (atau fon) yang merupakan anggota dari
sesuatu fonem dikenali alofon.
Sekarang kita menelusuri konsep alofon. Bagi perkataan                      „botol‟ orang Melayu sering
menyebutnya sebagai [botol] atau [btl] sahaja. Cara kedua-dua sebutan ini tidak
membezakan makna asal perkataan tersebut. Jadi, fonem /o/ mempunyai dua alofon, yakni /o/
dan //. Perkara seperti ini disebut sebagai variasi bebas. (rujuk tajuk Kelainan dan Variasi
Bebas)


Selain daripada itu, terdapat juga alofon yang bertindak sebagai variasi bebas, terdapat juga
alofon yang terhad distribusinya. Bagi alofon jenis ini, kehadirannya sebagai variasi terhad
berlawanan dengan variasi bebas. Contohnya, fonem apabila hadir di akhir kata bertukar
sebagai hentian glotis //. Jadi perkataan „katak‟ diucap sebagai [kata] bukannya [katak].
Jadi, terdapat alofon bervariasi bebas atau bervariasi terhad. Kedua-duanya tidak membezakan
makna dalam bahasa Melayu. Namun terdapat juga alofon yang bertindak sebagai pembeza
makna. Hal sedemikian berlaku dalam bahasa-bahasa lain.




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3     FONEM BAHASA MELAYU


1.3.1   Fonem Vokal Bahasa Melayu

Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, / ә/, /i/, /o/, /u/.


Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal seperti di bawah
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:


            i   Vokal hadapan
          ii    Vokal tengah
          iii   Vokal belakang
                Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah




                  Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu




Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut
bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah,
bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi
vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa
menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:




Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi
vokal.
Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-
jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang
akan dibunyikan.


Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal.
Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:
              Hampar
              Separuh hampar
              Bundar
              Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
              bundar dan separuh bundar.




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal
adalah seperti berikut:




               Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3.2   Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Terdapat 25 konsonan di dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.


Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan
atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada
konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan
yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu
tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu
konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan
yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :


              dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
              dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
              dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
              satu konsonan hentian glotis. ( ? )
              dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
              dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan
               geseran glotis bersuara ( h ).
              satu konsonan getaran bersuara ( r ).
              satu konsonan sisian bersuara ( I ).
              empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
              dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir
               bersuara ( w ).
              satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).


Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,
gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung (nasal).




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3.3   Diftong


Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di dalam
konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong di dalam bahasa
Melayu, ia itu [ au, oi, ai ]. Sila rujuk rajah di bawah untuk mendapat penjelasan yang lengkap.


Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah rentetan dua vokal yang mengandungi satu
puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang
memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.


Bagi Raminah Hj. Sabran (1985) pula, diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut
secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri
geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan
sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.


Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan tanpa ada segmen. Di dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran
tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong di dalam bahasa Melayu. Cuba anda lihat Rajah
1.8 untuk membantu pemahaman anda tentang diftong.




                      Rajah1.8: Pergerakan lidah untuk membunyikan Diftong




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah pada mulanya berada
pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi
tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai], [balai], [rambai], [pandai],
[haiwan], [hairat],




Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula
dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau], [kәrbau] [halau], [tauliah]
[tauladan], [tauhid]


Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan
kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan
hampar. Contoh, [amboi]. [kaloi]. [sәpoi]. [sәkoi].


Suatu diftong ditandai dengan menggunakan diakritis [ ^] yang diletakkan di bawah simbol vokal
yang kurang lantang dan kurang panjang supaya masing-masing diftong dari contoh-contoh di
atas ditandakan begini: [-au^], [-ai^], [ -oi^]


1.4     FONEM PINJAMAN


1.4.1   Fonem Pinjaman Bahasa Arab

1.4.2   Fonem Pinjaman Bahasa Inggeris




                              Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.5      PASANGAN MINIMAL


Pasangan minimal ialah pasangan bunyi yang hampir-hampir sama kecuali pada satu unsur
yang membezakan erti. Contohnya seperti bunyi kaya, baya, paya, maya, saya, raya dan gaya.


Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua
perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan
minimum atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu
bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem. Keadaan ini
disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas.
Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.


(Rujuk ANALISIS PASANGAN TERKECIL BERKONTRAS)

1.5.1 Pasangan Minimal Bagi Fonem Vokal
Pasangan Terkecil Berkontras: Vokal
[alu] - [ulu]
[cari] -[curi]
[aci] -[acu]

1.5.2 Pasangan Minimal Bagi Fonem Konsonan
Pasangan Terkecil Berkontras: Konsonan
[pagi] - [bagi]
[tapi] - [tali]
[kapal] - [kapas]




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.6      CIRI FONETIK YANG MEMBEZAKAN FONEM

Terdapat tiga kaedah yang lazim digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu analisis deskriptif,
analisis fitur distingtif dan analisis prosodi (Abdullah, 1980). Kaedah analisis deskriptif
dianggap cara tradisi dan masih popular hingga kini. Kaedah ini bertumpu pada analisis fonem
penggalan yang dianggap cukup mudah difahami dan masih banyak faedahnya.


ANALISIS DESKRIPTIF

Bunyi-bunyi bahasa diujarkan secara kontinum. Untuk kemudahan analisis, bunyi-bunyi bahasa
itu dipenggal dan dinamakan fon. Fon ditulis dalam tanda kurungan siku [ ]. Jumlah fon itu
terlalu banyak. Jadi, setiap fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama digolongkan dalam
satu keluarga. Setiap satu keluarga fon itu dinamakan fonem. Fonem ditulis dalam tanda garing
miring / /. Setiap fonem perlu berkontras dengan fonem yang lain.
      Sebagai contoh, secara kasar perkataan [nona] mengandungi empat fon iaitu [n], [o], [n],
[a]. Kita ambil fon [o] sebagai contoh. Berdasarkan kajian fonetik kita mengetahui bahasa fon [o]
dalam perkataan itu disengaukan menjadi [õ]. Kita juga mengetahui bahasa [o] boleh disebut [ ]
dan boleh juga disengaukan. Jadi sebenarnya ada empat fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik
yang sama, dengan sedikit perbezaan tanpa mengubah maknanya dalam pasangan terkecil
berkontras (pasangan minimal). Dengan kata lain, keempat-empat fon itu dapat digolongkan
dalam satu keluarga yang dinamakan fonem, iaitu fonem /o/. Fonem /o/ mempunyai empat
variasi bunyi yang dinamakan alofon. Fonem /o/ itu juga mempunyai fungsi yang berbeza
(berkontras) dengan fonem-fonem lain seperti /n/ dan /a/.
      Mari kita perhatikan satu contoh lagi yang lebih halus iaitu bunyi letupan dua bibir tak
bersuara [p]. Dalam bahasa Melayu fon [p] mempunyai dua cara sebutan, iaitu yang diujarkan
dengan sempurna dan yang tidak sempurna sebutannya. Sebutan [p] dalam perkataan [puyu]
dan [sapu] sempurna. Sebaliknya, sebutan [p] dalam perkataan [atap>] tidak sempurna. Ciri
tidak sempurna itu diberi tanda [>], yakni tidak diletupkan. Jadi ada dua jenis letupan bibir tak
bersuara, iaitu [p] dan [p>]. Oleh sebab ciri fonetik kedua-duanya serupa, maka [p] dan [p>]
digolongkan ke dalam satu keluarga atau fonem /p/. Jelas pula fonem /p/ mempunyai dua
variasi bunyi yang dinamakan alofon iaitu [p] dan [p>]. Fonem /p/ juga mempunyai fungsi yang
berbeza (berkontras) dengan fonem-fonem lain.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
ANALISIS PENYEBARAN SALING MELENGKAPI
Telah diketahui bahawa fonem /p/ mempunyai alofon, iaitu [p] dan [p>]. Alofon [p] dipakai dalam
lingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa], dan [p>] dalam lingkungannya pula iaitu [atap>].
Lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem ini dikatakan penyebaran. Perhatikan
contoh di bawah ini:


                              Awal               Tengah                  Akhir
                              [padi]              [dapat]               [atap>]
                              [pagi]              [tampi]               [tetap>]
                             [pula]               [tumpul]              [kedap>]
                             [puan]               [tampar]              [ranap>]
                             [parah]              [lampin]              [kurap>]


    Contoh di atas menunjukkan alofon [p] tersebar di awal dan di tengah kata. Alofon [p >] pula
tersebar di akhir kata. Hal ini berlaku disebabkan sifat fonetik bunyi yang sentiasa
menyesuaikan dirinya dengan lingkungannya. Walau bagaimanapun perbezaan itu tidaklah
cukup besar sehingga menjadi bunyi yang berlainan. Jadi hendaklah diketahui ciri fonetik yang
boleh membezakan fonem dan yang hanya merupakan perubahan bunyi menurut
lingkungannya.




ANALISIS PASANGAN TERKECIL BERKONTRAS
Cara yang mudah untuk menentukan taraf dua bunyi yang berlainan (sama ada dua alofon
daripada satu fonem atau dua fonem yang berlainan) ialah dengan mencari pasangan terkecil
perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama, dan dua bunyi itu dapat dikontraskan.
Pasangan perkataan itu hendaklah terkecil, yakni belum menerima imbuhan. Pasangan terkecil
berkontras       bermaksud dua bunyi dapat membezakan erti sepasang perkataan. Perhatikan
contoh yang berikut:


Pasangan Terkecil Berkontras: Vokal
[alu] - [ulu]
[cari] -[curi]
[aci] -[acu]


                             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Pasangan Terkecil Berkontras: Konsonan
[pagi] - [bagi]
[tapi] - [tali]
[kapal] - [kapas]


          Pasangan [alu] dan [ulu] berbeza pada [a] dan [u] sahaja. Dengan sebab itu /a/ dan /u/
dianggap fonem yang berlainan. Begitu juga dalam contoh [pagi] dan [bagi]. Yang membezakan
kedua-duanya hanyalah [p] dan [b]. Oleh hal yang demikian /p/ dan /b/ dianggap fonem yang
berlainan.




ANALISIS LAIN
Sebenarnya kontras itu terjadi oleh sebab ciri fonetik yang berlainan. Ciri yang dapat
membezakan fonem dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada iaitu keadaan pita suara,
daerah sebutan, cara sebutan.


Keadaan Pita Suara … Keadaan pita suara itu boleh menjadi ciri fonetik yang dapat
menentukan sama ada dua bunyi itu sebagai fonem yang berlainan atau tidak. Pasangan
perkataan [upah] dan [ubah], dikatakan sama dalam semua hal melainkan pada bunyi [p] dan
[b]. Bunyi [p] dan [b] itu pun serupa dalam cara dan daerah sebutannya. Kedua-duanya
diujarkan secara letupan dan kedua-duanya diujarkan di daerah bibir. Yang berbeza hanya
sedikit, [p] diujarkan tanpa menggetarkan pita suara dan [b] dengan menggetarkan pita suara.
Oleh sebab [p] tak bersuara dan [b] bersuara maka pasangan terkecil seperti [upah] dan [ubah]
itu berkontras, yakni berbeza ertinya. Dengan itu /p/ dan /b/ menjadi dua fonem yang berlainan.


Daerah Sebutan … Daerah sebutan juga dapat membezakan fonem. Dalam pasangan terkecil
[padi], [tadi] terdapat [p] dan [t] sahaja yang berbeza. Bahagian lain pasangan itu sama.
Sedangkan [t] dan [p] itu pun banyak persamaannya. Kedua-duanya diujarkan dengan cara
letupan dan kedua-duanya tak bersuara. Yang berbeza hanya dari segi daerah sebutan, [p]
dihasilkan di daerah bibir dan [t] di daerah gusi. Oleh sebab perbezaan tersebut, maka
pasangan [padi] dan [tadi] sudah berkontras, kerana makna setiap satunya berlainan. Dengan
itu /p/ dan /t/ menjadi dua fonem yang berlainan.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Cara Sebutan … Cara sebutan juga boleh membezakan makna fonem dalam pasangan
terkecil. Dalam pasangan [bata] dan [mata], hanya [b] dan [m] yang berbeza. Kedua-dua [b] dan
[m] dihasilkan di daerah bibir. Kedua-duanya bersuara.


Yang berbeza ialah [b] diujarkan dengan cara letupan dan [m] dengan cara sengauan. Oleh itu
/b/ dan /m/ menjadi dua fonem yang berlainan.




KELAINAN DAN VARIASI BEBAS
Kadang-kadang dua fonem yang didapati tidak berkontras dalam pasangan tertentu, misalnya:
/agama/, /ugama/ dan /igama/. Dalam hal ini /a/, /u/ dan /i/ adalah fonem yang berlainan dan
didapati tidak berkontras dalam satu perkataan ini. Kejadian ini dipanggil kelainan bebas.
Fonem /a/ mempunyai kelainan, iaitu /u/ dan /i/. (Dalam ejaan bahasa Melayu, hanya satu
sahaja yang diterima, iaitu, agama.)
   Ada juga kejadian alofon satu fonem tersebar dalam satu lingkungan tanpa berkontras.
Misalnya [btl] dan [botol] tidak berbeza. Dalam hal ini [] dan [o] bukanlah dua fonem yang
berlainan, malah hanya alofon fonem /o/. Kejadian ini dikatakan variasi bebas. Sistem ejaan
hanya menerima botol.




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 2           ALAT-ALAT SEBUTAN SERTA FUNGSINYA


2.1     PENGENALAN
Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi
tersebut. Banyak alat yang terlibat di dalam penghasilan bunyi bahasa. Alat yang terlibat ialah
alat yang menerbitkan bunyi setelah udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ
yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut
oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa. Di dalam pengujaran ini tercakup semua organ di dalam sistem
pernafasan. Organ-organ ini penting di dalam sistem aliran udara yang menyebabkan
penghasilan bunyi. Organ di dalam sistem penghasilan bunyi dikenali alat artikulasi (lihat Rajah
1.3 di bawah)


2.1.1   Organ Sebutan




                                     Rajah 1.3: Organ Artikulasi

                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1. bibir atas                                   11. tengah lidah
2. bibir bawah                                  12. belakang lidah
3. gigi atas                                    13. akar lidah
4. gigi bawah                                   14. epiglottis
5. gusi                                         15. pita suara
6. lelangit keras                               16. rongga tekak
7. lelangit lembut                              17. rongga hidung
8. anak tekak                                   18. rongga mulut
9. hujung lidah                                 19. rahang
10. hadapan lidah                               20. Tenggorok


2.1.2     Fungsi Organ-Organ Sebutan


Rajah 1.3 menjelaskan bahawa terdapat 20 alat artikulasi yang mewujudkan bunyi bahasa.
Namun demikian, di dalam perbincangan ini kita akan huraikan tentang beberapa alat artikulasi
yang penting sahaja.


(a) Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi
menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan
dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar,
sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi di dalam
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi
[m], [p] dan [b] misalnya, udara disekat di bibir dan apabila bibir dibuka maka terlaksanalah
bunyi yang dikehendaki.


(b) Lidah
Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran bunyi-
bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan
belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan
atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting di dalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu
vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang
paling aktif, boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran


                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
udara. Jadi, lidah aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan ia disebut
sebagai artikulator.


(c) Gusi (Alveolar)
Gusi adalah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya
cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan.
Gusi berperanan di dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t] [d] [l], [r], [s], [z] dan sebagainya
dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.


(d) Lelangit (palatal)
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi
di dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu
selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan.
Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung
dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga
hidung. Organ ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi
sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau
dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.


(e) Anak Tekak
Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut
(malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak biasanya
berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya di dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di
samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan.
Jika dinaikkan rongga hidung akan tertutup dan jika diturunkan rongga mulut pula tertutup.


(f) Gigi
Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif.
Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai
penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Di dalam
penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah
penyebutan.
                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
(g) Rongga
Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah 1.3, rongga terbahagi kepada tiga,
iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang
menjadi tempat laluan udara keluar-masuk daripada paru-paru. Rongga tekak bermula daripada
bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut
pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir
(sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula daripada bahagian di belakang anak tekak
hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung
kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diturunkan.


(h) Pita Suara
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi.
Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang
yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keping
selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Keadaannya adalah seperti Rajah 1.4 dan 1.5.


Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?


Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak di
dalam peti suara. Membran menyerupai “pita” yang melekat pada dinding peti suara dan
terentang daripada depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu
tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.




pita suara                                                                 pita suara renggang
renggang
                                  Rajah 1.4: Pita Suara Terbuka

                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
pita suara                                                                  pita suara rapat
rapat




                                   Rajah 1.5: Pita Suara Tertutup




kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 1.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita
suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 1.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak
berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi
yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan
bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.


(i) Rahang
Rahang tidak memainkan peranan penting semasa pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Walau
bagaimanapun, kedudukannya adalah penting di dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal.
Keadaan terbuka antara kedua rahang (atas dan bawah) adalah sempit sewaktu membunyikan
vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a] dan [e].




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 3           BUNYI ² VOKAL DAN KONSONAN DAN KAEDAH PENGELUARANNYA


3.1      PENGENALAN
3.1.1    Alat-Alat Artikulasi


Alat artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah
makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih
termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
      Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan
gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi
atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga
mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia
seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung.




                                        Rajah 1: Alat artikulasi.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.1.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya




                 1.         Bibir atas               11.        Tengah lidah
                 2.       Bibir bawah                12.      Belakang lidah
                 3.         Gigi atas                13.          Akar lidah
                 4.       Gigi bawah                 14.           Epiglotis
                 5.             Gusi                 15.          Pita suara
                 6.      Lelangit keras              16.       Rongga tekak
                 7.     Lelangit lembut              17. Rongga Hidung
                 8.       Anak tekak                 18.       Rongga mulut
                 9.      Hujung lidah                19.            Rahang
                10.     Hadapan lidah                20.          Tenggorok



                        Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.1.1 Fungsi Alat Pertuturan


                  3.3.2.16.1 Lidah


                              Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
                              pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada                     empat
                              bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan
                              belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
                              deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan
                              lidah,    tengah     lidah    dan     belakang     lidah   penting   dalam
                              pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,
                              tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling
                              aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk
                              membuat penyekatan.

                  3.3.2.16.2 Gigi

                              Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa
                              tetapi peranannya tidaklah seaktif lidah. Kedudukannya yang
                              statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara
                              dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang
                              menghasilkan bunyi.


                  3.3.2.16.3 Bibir

                             Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar
                             rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh
                             dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan
                             bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling
                             luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat
                             sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.




                         Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.16.4 Gusi

            Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi
            ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai
            daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
            membuat penyekatan.



3.3.2.16.5 Lelangit


            Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit
            keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari
            sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit
            keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
            rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau
            membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
            dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
            melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut
            akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.



3.3.2.16.6 Rongga Hidung


            Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.
            Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada
            keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
            atau tidak.




       Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.16.7 Pita Suara

           Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat
           penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara
           berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang
           yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.




      Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.2   Tempat Artikulasi


Merujuk kepada daerah-daerah artikulasi.

  3.3.2    Daerah-Daerah Artikulasi

           Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan dan
           sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang luar
           biasa.Contoh alat-alat atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi, gusi, lelangit
           dan rongga hidung.


            3.3.2.16.1 Gigi

                         Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
                         peranannya tidaklah aktif.Kedudukannya yang statik dan
                         sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
                         penghasilan        bunyi.Penampan           aliran   udara   inilah   yang
                         menghasilkan bunyi.


            3.3.2.16.2 Gusi

                         Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi
                         ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai
                         daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
                         membuat penyekatan.


            3.3.2.16.3 Lelangit

                         Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit
                         keras dan lelangit lembut.Lelangit lembut menganjur dari
                         sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.Lelangit
                         keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
                         rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau
                         membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.Apabila
                         dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
                         melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut

                    Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
           akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.




3.3.2.16.4 Rongga Hidung

           Terletak      di   atas     rongga      mulut      yang   dipisahkan   oleh
           lelangit.Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung
           kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
           dinaikkan atau tidak.




      Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.3     Artikulasi Vokal dan Konsonan


3.1.3.1    Artikulasi Fonem Vokal


3.3.1.1               Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]


                        Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi
                        tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam
                        keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
                        menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau
                        sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai
                        contoh:


                        awalan               pertengahan                           akhiran
                        [ijab]               [minum]                               [beli]
                        [insan]              [kilang]                              [cari]




                        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit
                        atau tinggi [ i ].




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.2   Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]


          Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir
          bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula
          dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi
          vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan
          dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru
          disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang
          gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan
          serta digetarkan. Sebagai contoh:
          awalan              pertengahan                            akhiran
          [ekor]              [kekok]                                [kole]
          [enak]              [belok]                                [tauge]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
          separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]
        Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan
        separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada
        cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak
        tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
        disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan.
        Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal
        ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
        Sebagai contoh:


        awalan                   pertengahan                       akhiran
        [εsok]                      [kεk]                          [sorε]
        [εnak]                     [bεlok]                         [olε-olε]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
        separuh luas atau separuh rendah [ ε ].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.4   Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]
          Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk
          menghasilkan       bunyi      vokal    tersebut,     hadapan        lidah   hendaklah
          diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak
          tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari
          paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil
          menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini
          tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini
          adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula
          ialah bunyi [a]. Sebagai contoh:


          awalan              pertengahan                            akhiran
          [angsa]             [rapi]                                 [lupa]
          [alis]              [palam]                                [kena]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas
          atau rendah [ a ].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.5   Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]
          Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah
          lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak
          tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu,
          pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan
          dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:


          awalan               pertengahan                           akhiran
          [ungka]              [tuba]                                [batu]
          [ulam]               [pucat]                               [kelu]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit
          atau tinggi [ u ].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.6   Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
          Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang
          paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam
          keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang
          dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:


          awalan              pertengahan                            akhiran
          [orang]             [roket]                                [milo]
          [onar]              [pocong]                               [keromo]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
          separuh sempit [o].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.7   Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [                    ]
          Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah.
          Untuk menghasilkan vokal / / ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan
          separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan
          juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal sementara
          pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam
          keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal / /. Sebagai contoh:
          awalan              pertengahan                            akhiran
          [ leh]              [b leh]                                [pidat ]
          [ pera]             [pr ton]                               [tomat ]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
          separuh luas atau separuh rendah [ ].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.1.8   Vokal Tengah [ ә ]
          Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan
          ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut.
          Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk
          menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara
          disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ә/
          akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian
          awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh:


          awalan             pertengahan
          [әmak]             [bәlah]
          [әmas]             [cәlah]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ә].




            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.3.1   Artikulasi Fonem Konsonan




              3.3.2.1   Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].
                        Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
                        rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga
                        mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir
                        itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan
                        menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:


                        awalan                            pertengahan              akhiran
                        [batu]                            [lumba]                  [kelab]
                        [balu]                            [labu]                   [maktab]




                        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua
                        bibir bersuara [b].




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.2   Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].
          Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
          rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga
          mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir
          itu.   Sekatan     udara     itu    dilepaskan,      dengan   serta-merta   tanpa
          menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:


          awalan                             pertengahan                    akhiran
          [palu]                             [sampah]                       [malap]
          [pedang]                           [sepah]                        [kejap]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua
          bibir tidak bersuara [p].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].
        Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut
        dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada
        paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian
        belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu.
        Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan
        pita suara.
        Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [datuk]                           [sedut]                  [salad]
        [diari]                           [saderi]                 [nomad]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-
        gusi bersuara [d].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.4   Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].
          Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut
          dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada
          paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian
          belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu.
          Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan
          pita suara. Sebagai contoh:


          awalan                            pertengahan              akhiran
          [tebu]                            [satu]                   [selat]
          [tabur]                           [ketum]                  [pelat]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-
          gusi tidak bersuara [t].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.5   Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
          Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.
          Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
          supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang
          lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu
          dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara.
          Sebagai contoh:
          awalan                            pertengahan              akhiran
          [gajah]                           [megah]                  [beg]
          [gelap]                           [sergah]                 [jag]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan
          lelangit lembut bersuara [g].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.6   Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].
          Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.
          Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut
          supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang
          lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu
          dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.
          Sebagai contoh:
          awalan                            pertengahan              akhiran
          [kalau]                           [bekal]                  [selak]
          [kari]                            [cekal]                  [elak]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan
          lelangit lembut tidak bersuara [k].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.7   Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
          Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut
          dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara
          daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan
          tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan
          lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-
          merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:


          awalan                            pertengahan              akhiran
          [jambu]                           [laju]                   [kolaj]
          [jambang]                         [baju]                   [mesej]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan
          lelangit keras bersuara [ j].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.8   Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].
          Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut
          dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara
          daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan
          tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan
          lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-
          merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:


          awalan                            pertengahan              akhiran
          [čatan]                           [beča]                   [mač]
          [čuba]                            [kača]                   [klač]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan
          lelangit keras tidak bersuara [č].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.9   Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].
          Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut
          dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara
          yang      keluar   daripada       paru-paru       melalui   rongga    mulut   dan
          menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai
          contoh:
          awalan                            pertengahan               akhiran
          [rotan]                           [kerap]                   [pakar]
          [rancang]                         [perap]                   [cakar]




          Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-
          gusi bersuara [r].




             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.10 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].
        Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan
        biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian,
        udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui
        rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [mantan]                          [semak]                  [selam]
        [maki]                            [amal]                   [suram]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun
        dua bibir bersuara [m].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.11 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].
        Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gigi-gusi. Kemudian,
        lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke
        bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-
        paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara
        digetarkan. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [naga]                            [benam]                  [ikan]
        [niaga]                           [enam]                   [lokan]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan
        gigi-gusi bersuara [n].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [].
        Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit
        lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian
        belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru
        disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan.
        Sebagai contoh:
                         awalan                             pertengahan
                         [nawa]                             [senap]
                         [nasi]                             [guna]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun
        lelangit keras bersuara [].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.13 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ].
        Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian,
        lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke
        bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-
        paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara
        digetarkan. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [ŋilu]                            [baŋsal]                 [senaŋ]
        [ŋaŋa]                            [seŋal]                  [renaŋ]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun
        lelangit lembut bersuara [ŋ].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.14 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].
        Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan.
        Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang
        bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
        disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
        daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan
        pita suara. Sebagai contoh:


        awalan                             pertengahan              akhiran
        [feri]                             [safari]                 [mualaf]
        [fasa]                             [kafir]                  [alaf]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman
        geseran bibir tak bersuara [f].




            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.15 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
        Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan.
        Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang
        bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
        disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
        daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan
        pita suara. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan
        [van]                             [larva]
        [violin]                          [kanvas]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman
        geseran bibir-gusi bersuara [v].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.17         Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].
           Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
           lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak.
           Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga
           mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan
           pita suara. Sebagai contoh:


           awalan                            pertengahan              akhiran
           [θabit]                           [iθnin]                  [wariθ]
           [θelasa]                          [peθan]                  [keriθ]




           Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman
           geseran gigi tak bersuara [θ].




              Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.17 Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].
        Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat
        sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke
        bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada
        paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat
        sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan.
        Sebagai contoh:
        awalan                            pertengahan              akhiran
        [zikir]                           [nazak]                  [lafaz]
        [zaman]                           [azimat]                 [hafaz]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman
        geseran gigi-gusi bersuara [z].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.18 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara
        [ x ].
        Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu
        sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang
        rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan,
        bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian
        belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai
        contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [xianat]                          [maxluk]                 [tarix]
        [xamis]                           [axbar]                  [marix]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman
        geseran lelangit lembut tak bersuara [x].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.19 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].
        Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat
        sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke
        bahagian belakang rongga tekak. Udara yang disalurkan keluar dari
        paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat
        sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan.
        Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [sama]                            [nasi]                   [kipas]
        [silap]                           [asap]                   [tulus]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran
        gigi-gusi tak bersuara [s].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.20 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].
        Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.
        Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-
        paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan
        biasa ketika bernafas. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [hantu]                           [mahir]                  [sirih]
        [haram]                           [dahan]                  [madah]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran
        glotis tak bersuara [h].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.21 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].
        Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian,
        lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang
        dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi
        hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan.
        Sebagai contoh:
        awalan                            pertengahan              akhiran
        [lapar]                           [balik]                  [cekal]
        [lima]                            [bila]                   [pukul]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-
        gusi bersuara [ l ].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.22 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].
        Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah
        lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian
        belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah
        bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.
        Sebagai contoh:
        awalan                            pertengahan              akhiran
        [wakil]                           [bawal]                  [straw]
        [wilayah]                         [tawakal]                [takraw]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh
        vokal dua bibir bersuara [w].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.23 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].
        Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras
        dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke
        bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan
        sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal
        tengah. Sebagai contoh:
        awalan                                     pertengahan
        [yuran]                                    [sayu]
        [yakni]                                    [bayar]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh
        vokal lelangit keras bersuara [y].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.24 Konsonan geseran gigi bersuara [ð].
        Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
        lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak.
        Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga
        mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan
        pita suara. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan
        [ðaif]                            [farðu]
        [ðarurat]                         [haðir]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi
        bersuara [ð].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.25 Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].
        Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antar lelangit keras
        dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut
        terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang
        dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut
        dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa
        menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:


        awalan                            pertengahan              akhiran
        [širik]                           [muškil]                 [Quraiš]
        [šurga]                           [ašik]                   [skuaš]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran
        lelangit keras-gusi tak bersuara [š].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3.2.26 Konsonan lelangit lembut bersuara [o].
        Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat suatu
        sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang
        bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
        disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah
        gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
        awalan                            pertengahan              akhiran
        [oaib]                            [looat]                  [tablio]
        [oairah]                          [maorib]                 [balio]




           Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan lelangit
                                        lembut bersuara [o].




           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 4          MEKANISME ARUS UDARA


Mekanisme arus udara amat berkait rapat dengan kriteria untuk mengadakan klasifikasi bunyi.
Keadaan ini menyentuh beberapa perkara pokok seperti bagaimana bunyi bahasa dihasilkan
terutamanya mekanisme arus udara yang terlibat. Kebanyakan bahasa di dunia mengeluarkan
bunyi dengan menolak udara dari paru-paru ke luar. Justeru, kita akan membincangkan
mekanisme arus udara secara mendalam agar dapat dilihat bagaimana konsep ini terjadi.


4.1     Jenis Arus Udara


Terdapat 2 jenis arus udara iaitu:


4.1.2   Arus Udara Egresif


Menurut Lufti Abas (1985) dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu arah
udara egresif ialah udara menuju ke luar melalui mulut atau hidung misalnya semua bunyi BM.
Nor Hashimah Jalaluddin (1998) mendefinisikan udara egresif ialah udara yang dihembuskan
keluar semasa menghasilkan bunyi bahasa.


4.2.2   Arus Udara Igresif


Menurut Lufti Abas (1985) arah udara ingresif ialah udara masuk ke dalam paru-paru misalnya
bunyi-bunyi implosif (lawan plosif yang egresif). Nor Hashimah Jalaluddin (1998) mendefinisikan
udara igresif ialah udara yang disedut ke dalam semasa menghasilkan bunyi bahasa.


4.2     Mekanisme Arus Udara
Udara yang bersumber dari paru-paru akan menghasilkan bunyi apabila keluar melalui rongga
oral atau nasal. Arus udara dilahirkan kerana adanya mekanisme pergerakan alat-alat tertentu.
Mekanisme ini bertindak seakan-akan gerakan udara di dalam pam angin. Apabila pam ditarik
maka udara akan bergerak ke           arah mengikut kuasa tarikan dan apabila pam    dipam ke
hadapan maka udara akan bergerak ke hadapan. Mekanisme arus udara yang menghasilkan
bunyi bahasa merupakan mekanisme pemaksaan udara yang digunakan untuk bernafas
supaya dapat bergerak seperti dilakukan oleh mekanisme pam angin yang dinyatakan tadi.
Mekanisme arus udara bagi menghasilkan sesuatu bahasa terbahagi kepada tiga bentuk iaitu

                             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
mekanisme arus udara di paru-paru, mekanisme arus udara di peti suara dan mekanisme arus
udara di lelangit lembut.


4.2.1   Mekanisme Arus Udara di Paru-paru (Pulmonik)
Mekanisme arus udara pulmonik adalah pemaksaan udara yang dapat menghasilkan bunyi
dengan menggunakan paru-paru sebagai sumber tenaga. Pemaksaan ini dilakukan secara
biasa, iaitu dengan menggunakan paru-paru yang telah digerakkan oleh otot-otot lain yang
biasanya berfungsi sebagai pembantu dalam sistem pernafasan.
Pergerakan paru-paru dapat memaksa udara supaya bergerak menuju ke dalam atau keluar
darinya. Pemaksaan arus udara dengan menggunakan paru-paru menjadi asas bagi semua
bahasa di dunia. Pada umumnya, pemaksaan arus udara seperti tersebut dilakukan semasa
manusia bernafas keluar. Bunyi-bunyi yang dihasilkan semasa manusia bernafas masuk
kebanyakannya tidak dianggap sebagi bunyi bahasa umpamanya menguap dan berdengkur.
Hentian [p, b, t, d, k,g] yang menggunakan hembusan udara keluar atau egresif arus udara
pulmonik disebut plosif. Hentian yang melibatkan mekanisme arus udara yang lain akan
dinyatakan secara khusus dalam bab seterusnya.


4.2.2   Mekanisme Arus Udara di Kotak Suara (Glotalik)
Mekanisme arus udara glotalik adalah pemaksaan udara bagi menghasilkan bunyi dengan
menggunakan kotak suara sebagai inisiator. Gerakan udara boleh berlaku jika pita suara
dirapatkan dengan kemas dan bergerak turun dan naik dengan menggunakan tenaga dari otot
lain yang terdapat dalam kotak suara. Dalam keadaan ini, kotak suara berperanan bergerak
turun dan naik supaya udara di bahagian larings bergerak. Pemaksaan arus udara seperti
tersebut dikenali mekanisme arus udara farings. Kebanyakan bahasa yang dihasilkan melalui
proses ini didapati dalam bahasa-bahasa di Afrika, Amerika Utara dan beberapa buah negara di
Asia.
Bunyi yang dikeluarkan semasa manusia bernafas keluar melalui proses ini dikenal sebagai
ejektif. Bunyi tersebut dihasilkan kerana kotak suara yang tertutup rapat dinaikkan, kemudian
udara yang tersimpan ketat di dalam kotak suara dikeluarkan melintasi alat-alat yang terletak di
rongga mulut yang juga berfungsi ketika udara dihambat keluar.
Bunyi yang dihasilkan semasa manusia bernafas masuk pula dihasilkan kerana alat yang
berada di rongga mulut berfungsi semasa kotak suara bergerak turun dan menarik udara masuk
ke dalamnya. Bunyi yang dihasilkan melalui proses tersebut dikenali bunyi implosif. Bunyi ini
didapati di dalam bahasa Igbo di Nigeria dan dalam bahasa Vietnam.
                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
4.2.1   Mekanisme Arus Udara di Lelangit Lembut (Velarik)
Mekanisme arus udara velarik merupakan pemaksaan udara bagi menghasilkan bunyi dengan
menggunakan belakang lidah semasa ia dinaikkan ke lelangit lembut. Udara yang berada di
rongga mulut akan dikeluarkan atau sebaliknya semasa mengeluarkan bunyi. Contoh bagi
bunyi yang dihasilkan melalui proses ini ialah bunyi klik yang terdapat dalam bahasa Zulu. Klik
adalah plosif yang menggunakan arus udara velarik ingresif tapi ia bergabung dengan arus
udara pulmonik. Bunyi kanak-kanak mengesap jari atau bunyi [cub] yang dimaksudkan sebagai
tanda larang khususnya dituju kepada kanak-kanak juga merupakan bunyi yang dihasilkan
melalui mekanisme ini.


4.3     Fonasi dan Notasi




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 5        BUNYI ² KONSONAN DAN KAEDAH PENGELUARANNYA


5.1     Carta Simbol Fonetik (Merujuk Kepada IPA)




                       Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
5.5.1 Carta Fonem Vokal




                    Bahagian lidah                   Depan          Tengah      Belakang
                    Cara sebutan
             Hadapan Sempit atau Tinggi                  i
              Hadapan Separuh Sempit                     e
                 atau Separuh Tinggi
             Hadapan Separuh Luas atau                   ε
                   Separuh Rendah
             Hadapan Luas atau Rendah                    
             Belakang Sempit atau Tinggi                                            U
              Belakang Separuh Sempit                                               O
             Belakang Separuh Luas atau
                   Separuh Rendah
                   Bahagian tengah                                      

                                   CARTA VOKAL MELAYU
     Vokal Hadapan                                                           Vokal Belakang




                     Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
   Bibir Hampar                    Bibir Bundar




Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
5.5.2 Carta Fonem Konsonan




                        CARTA KONSONAN BAHASA MELAYU

                                                     Daerah Sebutan




                                                                                        Pita Suara
         Cara Sebutan
                                                                 Lelangit


                                                                             Lelangit
                                                                             Lembut
                                                      Gusi-L
                                                      Keras


                                                                 Keras
                                 Bibir


                                            Gusi




                                   1         2           3          4            5          6

                          tb      p          t                                   k
         Letupan                                                                           
                          b       b          d                                   g
         Letusan          tb                             č
                          b                              j
         Sengauan         b       m          n                                  
         Geseran          tb      f                      s          š            x
                                                                                           h
                          b       v                      z
         Getaran          b                   r
         Sisian           b                   l
         Separuh
         Vokal            b       w                      y
                                tb = tak bersuara b = bersuara



                         Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
5.5.3   Carta Fonem Diftong Bahasa Melayu


                             Cara Penghasilan                                      Diftong
                  Vokal depan luas ke vokal depan sempit                             ai
                Vokal depan luas ke vokal belakang sempit                            au
                  Vokal belakang separuh sempit ke vokal                             oi
                                depan sempit

        Carta di atas menunjukkan tentang carta diftong-diftong dalam bahasa Melayu.




PENGERTIAN DIFTONG

Ab. Rahman, Yap, dan Ab. Rahim (1997: 52): “Diftong ialah rentetan dua vokal yang
dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambang vokal.”

Kamus Linguistik (1997: 63): “diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau.” (Tanda titik di bawah i dan u tidak dapat ditunjukkan.)

Nor Hashimah (1998: 41): “Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak.
Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi

                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak
kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan
bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Lambang [ˆ] boleh digunakan untuk
menggambarkan diftong.”

Ketiga-tiga pengertian di atas hampir sama dengan pengertian yang diberikan oleh Daniel
Jones dalam bukunya An Outline of English Phonetics (1972: 58). Dalam bahasa Inggeris,
diftong mungkin ditandai oleh satu huruf seperti dalam perkataan my atau rentetan huruf seperti
dalam perkataan tie.

SENARAI DIFTONG BAHASA MELAYU
[ai]   hairan, pakai, gemalai

[au]   aurat, taulan, kerbau

[oi]   amboi, sekoi, sepoi



ANALISIS FONEM DIFTONG
Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan dua unit vokal dalam
bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya: urat                - aurat
asing - aising
baka - bakau
bela - bela
bala - balai




                             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
5.2     Bunyi Separuh Vokal


5.3     Bunyi Plosif, Frikatif dan Afrikat

5.3.1   Bunyi Plosif

Konsep,




5.3.2   bunyi Frikatif

Konsep,




5.3.3   Bunyi Afrikat

Konsep,




5.4     Bunyi Nasal

5.5     Bunyi Lateral




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 6           TRANSKRIPSI FONETIK


Transkripsi adalah penurunan pertuturan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan
konsisten. Transkripsi juga dikenali sebagai satu sistem simbol, lambang atau khat (skrip). Oleh
itu kita akan melihat transkripsi secara mendalam lagi.


6.1     Jenis Transkripsi


Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa menggunakan
lambang-lambang fonetik yang telah diiktirafkan di peringkat antarabangsa. Arbak Othman
(1983) mendefinisikan transkripsi adalah penurunan lambang-lambang bunyi daripada
lambang-lambang       tulisan   (huruf-huruf)      yang     mencatatkan         sebahagian   atau   seluruh
pengucapan. Menurut Daniel Jones (1992), transkripsi fonetik didefinisikan sebagai penulisan
mengikut abjad yang mana setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol atau satu
lambang).
Terdapat 2 jenis transkripsi iaitu :


6.2     Transkripsi Luas (Fonemik)




6.3     Transkripsi Sempit (Fonetik)



Transkripsi fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk tulisan. Ini
membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih jelas dan tepat
terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi fonetik memudahkan
pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu kelompok
masyarakat.


Transkripsi fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa
yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association (IPA) yang ditubuhkan oleh ahli
fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak kali mengalami
pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang transkripsi.



                             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 7         SEGMENTAL DAN SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU


7.1     Segmental dan Suprasegmental.

7.1.1   Definisi Segmental

Fonem Penggalan dikenali sebagai segmental. Raminah Hj Sabran (1985) menyatakan fonem
penggalan adalah fonem-fonem yang boleh dipenggalkan atau dipisahkan di antara satu sama
lain. Fonem segmental terdiri daripada 3 bahagian iaitu vokal, konsonan dan diftong. Dari segi
penyebarannya, fonem ini boleh menduduki tempat di awal, tengah dan akhir perkataan.

7.1.2   Definisi SupraSegmental

Merupakan fonem yang tidak boleh dipisahkan dari fonem atau fonem-fonem yang
ditumpanginya iaitu fonem-fonem yang menjadi tempat letaknya fonem-fonem suprasegmental.
Ia bersifat fonemik kerana fonem-fonem ini membezakan makna. Terbahagi kepada empat jenis
iaitu tekanan, panjang-pendek, intonasi, nada dan jeda.

        Peter Roach (2002) dalam buku A Litte Encyclopaedia of Phonetics memberikan definisi
suprasegmental sebagai “ aspects of sound such as intonation that did not seem to be
properties of individual segments example the vowels and consonants of which speech is
composed”. Crystal, D. (1997) menyatakan istilah suprasegmental merujuk kepada unsur-unsur
prosodi yakni kesan suara yang terkena kepada lebih daripada satu segmen bunyi dalam ujaran
seperti kelangsingan, tekanan atau pola jungtur. Halle dan Jakobson (1956) dalam
Fundamentals of Language ada memberi penjelasan yakni ciri-ciri yang biasa dianggap sebagai
prosodi (suprasegmental) adalah kepanjangan, tekanan dan nada yang mempunyai pertalian
dengan durasi bunyi, kekuatan bunyi dan nada suara yang menandai kenyaringan bunyi.
Sebenarnya pendapat Halle dan Jakobson (1956) adalah mengikuti pandangan yang di
utarakan oleh Trubetzkoy (1939) berdasarkan karya berjudul Grundzuge der Phonologie yang
membandingkan ciri prosodi dengan karakteristik dari melodi (lagu) iaitu variasi dalam nada
(kenyaringan), kekuatan dan durasi pada sebuah not atau serangkai not.
        Jelaslah daripada pernyataan di atas bahawa istilah prosodi dan suprasegmental
merujuk kepada ranah kajian bunyi yang sama. Cuma penggunaan istilah yang berbeza di
antara sarjana Amerika dengan sarjana Inggeris menimbulkan sedikit kekeliruan.




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
       Oleh yang demikian, suprasegmental membawa maksud bidang kajian bunyi yang
mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Unsur-unsur itu
adalah seperti kelangsingan, tekanan, jeda, kadar tuturan dan sebagainya. Malah, Malmberg
(1954) menganggap bahawa ciri prosodi ini bertugas membezakan unit-unit yang lebih besar
daripada fonem.
       Apabila kita mensegmen bunyi, didapati ada bunyi yang mengiringi bunyi segmental
iaitu bunyi suprasegmental. Kita menyelusuri makna fonem suprasegmental berdasarkan
Abdullah   Hassan   (2006)   yang     menyatakan        bahawa       dalam       bahasa   Melayu   bunyi
suprasegmental tidak distingtif atau membezakan makna secara sistematis. Fonem
suprasegmental ialah fonem yang mempunyai ciri-ciri prosodi. Dengan kata lain ciri fonologi
yang melampaui satu penggalan dalam pertuturan atau kontinum. Dua istilah lain untuk fonem
suprasegmental ialah fonem prosodi dan fonem sekunder.
       Terdapat empat bunyi suprasegmental yang bertaraf fonem iaitu tekanan, panjang, tona
dan persendian. Pemerian ciri-ciri suprasegmental akan dibincangkan secara lanjut dalam sub-
topik seterusnya.




                         Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.2    Prosodi Ujaran

       Seorang sarjana Inggeris menggunakan istilah prosodi bagi merujuk suprasegmental
iaitu Trask, R. L. (1996) menyatakan prosodi ialah unsur fonologi yang ranahnya lebih luas
daripada sebuah segmen bunyi bahasa dengan realisasinya hanya dapat dihuraikan dengan
merujuk kepada ranah yang berhubungan dalam ujaran yang sama. Berdasarkan Pike (1948),
ciri-ciri prosodi dikenali sebagai unsur-unsur suprasegmental. Namun berbeza pula definisi
yang ditakrifkan oleh Bloomfield (1962) yang menyatakan bahawa modifikasi sebagai ciri
suprasegmental. Oleh itu, prosodi ujaran berkaitan dengan ciri-ciri suprasegmental dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Perkaitan ini boleh dirujuk secara jelas pada aspek ciri-ciri
prosodi atau suprasegmental.


                                              Ujaran


       Segmental                                                        Suprasegmental/ Non-
                                                                             Segmental




       Prosodi


                                                                                           Non-linguistik
      Durasi                                          Paralinguistik                     (refleks vokal dan
                                               (kualiti suara dan kualifier)                kualiti suara)

      Kelantangan



      Jeda


      Kelangsingan



                                               Sumber: dipetik daripada Couper-Kuhlen, E, (1986)
                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.3    Struktur Intonasi

       Dalam bahasa Melayu, intonasi amat penting dalam membezakan bahagian subjek dan
predikat dalam ayat dan membezakan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata dan ayat tanya.
Apabila nada suara menaik, maka wujudlah intonasi menaik begitu juga ketika nada suara
menurun, terhasillah intonasi menurun. Intonasi mendatar hanya dikaitkan bila nada suara
berada pada sesuatu kelangsingan yang agak lama.
       Hashim Musa (1985) mendefinisikan intonasi sebagai lagu pertuturan iaitu ciri suara
yang non-segmental yang merupakan satu subkomponen daripada komponen fonologi sesuatu
bahasa. Pike (1948) dalam Intonation of American English menyatakan bahawa semua bahasa
ada intonasinya tersendiri tetapi tidak semua lagu pertuturan mendukung sesuatu makna baik
sintaksis mahupun emosi.
       Sebenarnya sistem intonasi sangatlah rumit kerana sifat ciri suara yang suprasegmental
di mana unsur-unsur yang tindih-menindih dan tidak ada segmen yang ketara. Terdapat
beberapa pola dasar intonasi bahasa Melayu iaitu dengan melihat kepada kewujudan dalam
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat pasif dengan melihat susunan-susunan ayat
biasa dan ayat songsang.
       Cara menandakan tingkat-tingkat nada yang diterima pada hari ini adalah satu-satunya
cara yang diketengahkan oleh C.C.Fries (1973) dalam The Structure of English iaitu dengan
menggunakan nombor-nombor 1, 2, 3 dan 4 untuk tingkat nada yang berlainan dalam
penyebutan rangkai kata dan ayat-ayat tertentu dalam sesuatu bahasa. Nada 1 ialah nada
paling tinggi, nada 2 pula nada tinggi manakala nada 3 merujuk kepada nada sederhana biasa
dan nada 4 ialah nada rendah. Pengelasan sistem nombor juga pernah digunakan oleh ahli-ahli
biasa lain seperti Gleason, G. F. Hockett, Robert A. Hall dan lain-lain.
       Gleason antara lainnya telah menyenaraikan beberapa bentuk penanda klausa yang
munasabah sebagai berikut:
/ { / menurun
Arus suara yang menurun yang membawa kepada suatu kesenyapan. Bersama-sama ciri
penutup ini ialah tingkat nada yang rendah dan pelemahan tekanan suara.
/  / menaik
Arus suara yang pantas tetapi dengan kadar peninggian pada nada.
/  / mendatar




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Tingkat suara yang yang mendatar (sama) pada nada yang disertai pula oleh penyambungan
suku kata akhir sesuatu klausa dengan sekali gus dicirikan juga oleh arus suara yang
menghilang.


       Terdapat beberapa ahli bahasa Melayu yang pernah mengkaji intonasi secara
mendalam, antaranya ialah Asraf dalam makalah Intonasi Dalam Hubungannya Dengan
Sintaksis Bahasa Melayu, Arbak Othman melalui Intonasi Dalam Tatabahasa: Satu Sudut
Pandangan dan Hashim Musa pula Intonasi Dalam Bahasa Melayu. Pemerihalan yang dibuat
oleh para sarjana tempatan adalah hampir sama kandungannya penyelidikannya namun
pengolahan yang dibuat adalah berbeza sedikit berdasarkan pandangan tersendiri para ahli
bahasa terbabit.




                        Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.4     Tekanan dan Panjang Pendek Bunyi

7.4.1   Tekanan


        Andre Martinet (1987) menjelaskan tekanan adalah penonjolan dari sebuah suku kata
dan satu-satunya yang di dalam bahasa tertentu merupakan satuan bertekanan. Kepelbagaian
tekanan di dalam sebuah ujaran menyusun sesuatu hierarki yang sebahagian ditetapkan oleh
kebiasaan namun mungkin diubah oleh penutur untuk mengubah isi ujaran misalnya we did di
mana penonjolan diletakkan pada we atau pada did.
        Tekanan sering bertalian dengan distingsi tonal dalam bahasa tonal seperti terdapat
dalam beberapa bahasa di Afrika Barat. Tekanan sering dikaitkan dengan aksen. Aksen kata ini
dapat direalisasikan melalui kombinasi dari tenaga dan durasi yang semakin meningkat pada
suku kata yang mendapat tekanan itu. (Keraf , 1990)
        Kepelbagaian dalam tekanan sebenarnya disebabkan oleh peningkatan aktiviti otot
pernafasan dan aktiviti otot-otot larings. Keadaan sebegini menyebabkan sebahagian besar
daripada udara ditolak keluar dari paru-paru dan memberi implikasi dalam turun naiknya nada.
        Berdasarkan Keraf (1990) dalam Trager dan Smith (1957), terdapat empat degree
tekanan iaitu tekanan utama, tekanan berkurang, tekanan kedua dan tiada tekanan. Lieberman
(1965) pula menyatakan hanya ada dua degree tekanan yang mempunyai korelasi akaustik
bebas dengan kualiti vokal.
        Jika kita rujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Arbak Othman (1986), tekanan
adalah keras atau lemahnya suara yang diperlukan bagi menyebut sesuatu suku kata. Menurut
beliau lagi, terdapat empat jenis tekanan iaitu tekanan keras / dua ( / ), tekanan sedang / dua (
), tekanan lemah / tiga ( \ ) dan tekanan paling lemah / empat (            ). Itulah serba ringkas huraian
penerangan mengenai tekanan




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.4.2   Kepanjangan (Panjang-pendek)



        Arbak Othman (1986) dalam Permulaan Ilmu Linguistik menakrifkan kepanjangan
sebagai dua bunyi, khususnya bunyi-bunyi vokal mungkin serupa dalam semua aspek fonetik
melainkan berbeza dari segi kepanjangannya. Misalnya dalam bahasa Melayu, bunyi vokal
yang sama [ e ] dalam perkataan baik [bae : ʔ] biasanya diucapkan lebih panjang daripada
menyebutnya dalam perkataan belek [bele ʔ]. Menurut Arbak lagi, tanda [ : ] sesudah segmen
boleh digunakan sebagai simbol bagi bunyi-bunyi sebelumnya yang lebih panjang.
        Abdullah Hassan (2006) dalam Linguistik Am membahagikan unsur panjang iaitu mora
kepada tiga komponen yakni setengah mora [ . ], satu mora [ : ] dan dua mora [::]. Ada bahasa
yang memakai unsur ini sebagai ciri fonemis atau dapat membezakan erti. Menurut Abdullah
lagi, hal ini menunjukkan unsur / : / ini bertaraf fonem.
        Sekarang kita akan menyelusuri maksud mora yang didefinisikan oleh Zaharani Ahmad
dan Teoh Boon Seong (2006) dalam Fonologi Autosegmental iaitu konstituen terkecil yang
berada di tingkat paling bawah dalam hierarki prosodik. Berdasarkan teori mora yang terhasil
ekoran kegagalan teori autosegmental terutamanya model CV dan model X untuk menjelaskan
fenomena ton atau nada yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
        Mohd Rain Shaari (2003) menjelaskan mora merupakan satu unit prosidik (segmen)
yang terdiri daripada tekanan, panjang-pendek dan suku kata. Dalam teori ini, setiap vokal
mempunyai mora pada peringkat representasi leksikal. Vokal pendek mempunyai satu mora
manakala vokal panjang mempunyai dua mora. Konsonan pendek tidak mempunyai mora
manakala konsonan panjang mempunyai satu mora.
        Kesimpulannya, mora amat penting kerana ia merupakan satu kadar panjang atau
pendeknya sesuatu bunyi apabila kita mengujarkan sesuatu perkataan.




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.5    Bahasa Tona

       Tona membawa maksud unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan.            Tona juga
menggunakan unsur lain seperti nada, kelantangan, tekanan, panjang dan lain-lain bagi
menimbulkan pola lagu dalam perkataan. Namun apabila digunakan dalam ayat, unsur ini
dikenali sebagai intonasi atau lagu ayat (Abdullah Hassan, 2006).
Berdasarkan Arbak Othman (1986), tona adalah meninggi atau menurunnya nada suara pada
menyebut suku kata atau morfem. Tona dalam sesetengah bahasa membawa perubahan
makna sesuatu perkataan misalnya dalam bahasa Cina, iaitu seperti variasi Ma.




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.6      Ciri-Ciri Suprasegmental
Menurut Nor Hashimah (1998), fonem suprasegmental terdiri daripada tekanan, nada dan
intonasi. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa ciri suprasegmental memainkan peranan penting
ketika kita mengujarkan bunyi. Kita akan meneliti ciri-ciri suprasegmental bagi memahami
konsep ini secara mendalam.


7.6.1    Tekanan
Tekanan     (stress)   boleh     ditakrifkan     sebagai       daya     lebih    yang      digunakan   apabila
mengartikulasikan satu bahagian ujaran berbanding dengan bahagian lain. Antara jenis tekanan
termasuk tekanan ayat dan tekanan pada perkataan. Tekanan boleh juga dihuraikan sebagai
darjah tenaga yang disertakan apabila mengujarkan sesuatu bunyi atau suku kata. Menurut
Raja Mukhtaruddin, umumnya terdapat dua darjah tekanan iaitu yang diberi tekanan (kuat) atau
tidak diberi tekanan (lemah). Tekanan biasanya ditandakan dengan [‟].
      Abdullah (1980: 71), menyatakan tekanan wujud pada suku kata dalam perkataan. Dalam
bahasa Melayu, tekanan keras selalunya berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan,
misalnya [ru‟mah] dan [kam‟pu ]. Tekanan ini tidak membezakan makna. Namun, ada bahasa
yang menggunakan unsur tekanan bagi membezakan makna perkataan. Contoh yang diberikan
oleh Abdullah ialah perkataan export dalam bahasa Inggeris. Jika tekanannya di suku kata awal
(‟export), bermakna perbuatan mengeksport. Sebaliknya, jika tekanannya selepas suku kata
awal (ex’port), bermakna benda yang dieksport. Dengan itu unsur tekanan itu juga boleh
dianggap sebagai unsur fonemis, iaitu suatu fonem /‟/.
Terjemahan daripada The Penguin Dictionary of Language, 1999 … tekanan Unit pertuturan
yang relatif ketara kelantangannya. Suku kata yang diberi tekanan lazimnya terhasil dengan
cara peningkatan daya alat-alat sebutan, pertambahan aliran udara, dan peningkatan
ketegangan     otot    yang    berlipat    ganda      berbanding       dengan         penghasilan   suku   kata
bersebelahannya yang tidak diberi tekanan. Kelangsingan yang lebih tinggi dan lebih lama
biasanya terlibat juga semasa menghasilkan suku kata yang diberi tekanan.




                              Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.6.2   Nada
Nada (tone) ialah kelangsingan (pitch) yang berfungsi pada peringkat perkataan. Dalam bahasa
nadaan (tone language), nada ialah satu daripada ciri yang membezakan makna perkataan.
   “Nada bunyi bergantung pada frekuensi (kekerapan) getaran pita suara. Ada beberapa jenis
nada yang mempunyai kualiti yang berbeza. Selalunya nada bagi bunyi-bunyi vokal dan bunyi-
bunyi bersuara lebih ketara didengari berbanding dengan nada bunyi-bunyi tak bersuara dan
bunyi-bunyi bisikan.
        Bunyi vokal mempunyai nada yang berlainan. Umumnya vokal dibezakan dengan dua
ciri nada. Vokal depan contohnya [i, e,       ] mempunyai nada yang tinggi dibandingkan dengan
vokal belakang seperti [u, o, ].
   Suara perempuan mempunyai nada jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan suara lelaki.
Paras nada suara berbeza antara individu dan antara bunyi yang diucapkan oleh seseorang
penutur.” (Nor Hashimah, 1998: 71-72)
   Bahasa Mandarin boleh dijadikan contoh untuk menerangkan nada sebagaimana yang
dikemukakan oleh Abdullah (1980: 72). Menurutnya, bahasa Mandarin menggunakan empat
nada iaitu mendatar, meninggi, turun naik, dan menurun. Contoh yang diberikan adalah seperti
yang berikut:


7.6.3   Intonasi
Intonasi (intonation) ialah nada suara yang turun naik sewaktu mengucapkan ayat atau
bahagian ayat. Dalam pertuturan biasa, nada suara sentiasa berubah-ubah. Apabila nada suara
menaik, wujudlah intonasi menaik. Apabila nada suara menurun, wujudlah intonasi menurun.
Apabila nada suara berada pada sesuatu kelangsingan agak lama, wujudlah intonasi mendatar.




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
   Satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah,
yang mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi ketika bercakap. Dalam
bahasa Melayu intonasi amat penting dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan
predikat dalam ayat, membezakan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata dan ayat tanya,
membezakan situasi percakapan seperti formal dan tidak formal, dan mungkin boleh juga
membantu kita lebih mengenali pengucap dari sudut-sudut tertentu seperti wilayah tempat
tinggal dan profesion.


7.6.4   Jeda
Jeda (pause) ialah hentian pendek antara perkataan semasa kita bertutur. Jeda boleh
dibahagikan kepada jeda sunyi (silent pause) iaitu tiada suara, jeda terisi (filled pause) iaitu
hentian yang terisi dengan bunyi teragak-agak seperti em dan ahh, dan jeda potensi (potential
pause) iaitu sebelum memberi penekanan terhadap sesuatu perkataan atau maklumat penting.
(The Penguin Dictionary of Language, 1999: 254).

7.6.5   Nota Tambahan

Dalam pembicaraan tentang fonem suprasegmental, Abdullah (1980: 70-73) memasukkan
panjang-pendek dan persendian.

Panjang-pendek … Unsur panjang-pendek ini diberi lambang titik [:] yang dipanggil mora, [:]
dikatakan satu mora, [::] dikatakan dua mora dan [.] dikatakan setengah mora. Ada bahasa
yang memakai unsur ini sebagai ciri fonemis atau dapat membezakan erti. Dalam bahasa
Inggeris ada pasangan terkecil seperti [šip] “kapal”, dan [ši:p] “kambing biri-biri”; [sit] “duduk”
dan [si:t] “tempat duduk”. Menurut Abdullah, hal ini menunjukkan unsur /:/ itu bertaraf fonem.


Persendian … Persendian ialah unsur senyap dalam ujaran yang memisahkan perkataan.
Persendian diberi lambang [+] dalam transkripsi fonetik. Dalam bahasa Inggeris persendian
mempunyai fungsi yang ketara. Misalnya ujaran I scream (saya menjerit) dan ice cream
(aiskrim) boleh diberi satu rupa transkripsi [aiskri:m]. Tanpa persendian, kedua-dua perkataan
itu sukar dibezakan. Apabila persendian digunakan menjadi [ai+skri:m] (I scream) dan
[ais+kri:m] (ice cream) kedua-dua perkataan itu dapat dibezakan. Menurut Abdullah, ini
menunjukkan persendian juga bertaraf fonem. Menurutnya lagi, dalam bahasa Melayu mungkin
juga terdapat pemakaian persendian yang dapat membezakan erti ini. Contohnya ialah
[belikantin]. Ujaran ini boleh ditafsirkan sebagai “membeli sebuah tin” seperti dalam [belikan+tin]
atau “membeli sebuah kantin” dalam [beli+kantin].
                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 8         ANALISIS FONEM: PENERAPAN TEORI NAHU TRANSFORMASI


8.1     Pengenalan Nahu Transformasi
        Teori Nahu Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada
tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan
tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah
menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal.

8.1.1   Definisi Analisis Fonem

Fonem ditakrifkan oleh ahli Fonologi Generatif sebagai seberkas fitur (a bundle of
features). Dalam pada itu sesuatu fonem juga dinilai sebagai bentuk abstrak dan konkrit.
Bentuk konkrit bagi sesuatu fonem dapat dilihat penghasilannya melalui rongga mulut
ketika diujarkan. Bentuk abstrak pula sebagai satu proses psikologi yang terkait dengan
keadaan seorang penutur. Kesengajaan, kesedaran dan pemaksaan alat artikulasi bagi
menghasilkan bunyi bahasa yang dikehendaki semua ini terkait dengan psikologi penutur.
Berdasarkan aliran Struktural, fonem adalah unsur bunyi yang paling kecil dan tidak boleh
dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil lagi. Sesuatu fonem dalam bahasa mana
pun terdiri daripada ciri-ciri bunyi yang dikenali sebagai fitur distingtif bunyi bahasa.
Konsep fitur distingtif akan dibincangkan dalam bab akan datang.


8.2     Fungsi Nahu Transformasi
        Sebenarnya konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini diperkenalkan oleh
Chomsky. Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan
penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini
dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa.
Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang
dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam
bahasanya.
        Sebagaimana yang dinyatakan, teori tatabahasa TG mengandaikan adanya dua
peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.
Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan
jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur
ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Teori TG mengandaikan bahawa kedua-
                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
 dua rumus nahu ini sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.
 Rumusannya, fungsi nahu TG adalah berkait rapat dengan struktur dalaman yang diterbit
 kepada struktur luaran seperti yang diterjemah daripada model Nahu TG di bawah.




                                     Representasi Semantik



                                      Komponen Semantik



Rumus Struktur
                                         STRUKTUR                                 Leksikon atau
                                         DALAMAN                                  kamus
Frasa (RSF)



                                      Rumus Transformasi



                                         STRUKTUR
                                        PERMUKAAN


                                      Komponen Fonologi


                                      Representasi Fonetik




                             Nahu / Tatabahasa Model Generatif




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
8.2.1     Definisi Nahu Transformasi
Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan
ayat yang tidak terhad jumlahnya. Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam
Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu:
  I.      sintaksis
  II.     semantik
 III.     fonologi

8.3       Nasalisasi Fonem Mengikut Nahu Transformasi

          Menurut Asmah Hj. Omar (1995) dalam Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk
ada menyatakan apabila rumus pelemahan diaplikasikan melalui penghilangan ciri +segmen
pada konsonan akhir kata dalam dialek Kelantan, yakni apabila timbul kata-kata seperti make
(sebagai kesejajaran dengan makan). Penghilangan ciri +segmen pada m, n dan ng akhir kata
ini tidak bermakna hilangnya ciri +nasal. Ciri tersebut tetap ada tetapi berdiri sebagai ciri
suprasegmental.
          Kita melihat dahulu apakah maksudnya proses nasalisasi. Proses ini dihasilkan dengan
menutup rongga mulut (oral) dan menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan
melalui rongga hidung serta terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [ŋ]. Contoh vokal yang
mengalami proses nasalisasi yang terdapat dalam dialek Kelantan ialah /a/, /o/, //, /e/ dan /i/.
          Sanford A. Schane (1992) dalam Fonologi Generatif ada menghuraikan rumus
nasalisasi yakni bunyi vokal menjadi vokal sengau.                 Berdasarkan teori fonologi generatif,
rumusnya dapat direpresentasikan seperti di bawah:
              Rumus                          /dalam/                      /kawan/            /bara/

        Rumus Penaikan dan
           Pendepanan                         dalm                        kawn              bar
           a  / K – K #
      Rumus Nasalisasi Vokal                  dalm                       kawn             bar

 Rumus Pengguguran Nasal                       dal                        kaw             bar

          Bentuk Fonetik                      [dal]                      [kaw]            [bar]


Sumber: dipetik daripada Teoh Boon Seong dan Yeoh Chiang Kee, (1988)


                             Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
        Menurut Mohd Rain Shaari (2003) setiap kata yang berakhir dengan konsonan seperti
[m], [n] dan [ŋ] akan digugurkan. Manakala vokal yang hadir sebelum konsonan nasal akan
mengalami proses nasalisasi sehingga membentuk vokal nasal. Melalui teori mora iaitu subteori
autosegmental dapat menjelaskan bagaimana proses nasalisasi vokal berlaku.
Representasi rumus autosegmental bagi proses nasalisasi vokal ialah:
/ dal / dalam Nasal / m /
Pengguguran nasal

             σ                              σ




             µ                             µ             µ



 d           a           l                 a             m



                                                         

Proses nasalisasi

             σ                              σ




             µ                             µ             µ
                                                         [+Nasal]


 d           a           l                 a             


Representasi fonetik




                               Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
            σ                            σ




            µ                           µ             µ
                                                      [+Nasal]


  d         a          l                

                      [ dal ]
Sumber: diubahsuai daripada Mohd Rain Shaari, (2003)


       Melalui kepelbagaian tersebut, konsonan nasal dua bibir / m / mengalami proses
pengguguran. Proses ini telah meninggalkan templat mora. Templat mora yang kosong perlu
diisi oleh fonem yang terdekat. Fonem yang terdekat ialah vokal / a /. Proses penghubungan
garisan dari vokal / a / ke mora telah menyebabkan vokal / a / mengalami proses nasalisasi
kerana templat mora yang kosong mempunyai ciri fitur [+Nasal]. Justeru, vokal / a / yang
dihubungkan ke templat mora telah mengalami proses nasalisasi lalu membentuk vokal nasal /
 /.
       Rumusannya, representasi fonetik yang terhasil melalui kepelbagaian ini ialah          [ dal ].

Kepelbagaian ini juga boleh berlaku terhadap konsonan nasal / n / dan /  /. Proses yang
diperlihat adalah sama kerana ia menggunakan teori mora. Antara contoh-contoh perkataan
yang terdapat dari dialek Kelantan ialah:
                barang  [bar]                                         jutawan  [jutaw]
                kawan  [kaw]                                             dalam  [dal]
                 jalan  [jal]                                          jangan  [jang]




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 9           PROSES FONOLOGI


9.1     Rumus Fonologi

        Bahasa dihasilkan oleh susunan bunyi tertentu yang dapat membentuk suku kata untuk
menerbitkan alomorf kepada kata. Apabila unsur bunyi berada berdekatan antara satu sama
lain, maka akan berlakulah pergeseran dan perubahan bunyi. Melalui fenomena inilah ahli
fonologi berjaya mencipta rumus-rumus fonologi untuk dijadikan asas analisis bunyi bahasa.
Pernyataan dalam rumus ditukarkan ke dalam bentuk notasi yang akan menyatakan jenis
proses yang berlaku dalam fonologi malah untuk menyimpulkan generalisasi yang terhasil nanti.
        Paitoon M.Chaiyanara (2006) mentakrifkan rumus fonologi sebagai satu bentuk
perubahan bunyi yang dapat menunjukkan hubungan dalam sesuatu struktur bahasa. Terdapat
pelbagai jenis rumus antaranya rumus perubahan fitur, rumus pengguguran dan penyisipan,
rumus permutasi dan peleburan serta rumus variabel. Di sini kita akan meneliti dan memahami
setiap proses rumus fonologi bagi memantapkan pemahaman untuk diaplikasi nanti.

9.1.1   Proses Asimilasi

        Kaedah perubahan bunyi ke atas fonem berkenaan telah mengalami perubahan
        mengikut pengaruh-pengaruh fonem lain yang berdekatan sehingga menjadi mirip atau
        sama.


9.1.1.1 Progresif
        Apabila bunyi yang mengalami perubahan terletak di bahagian belakang bunyi yang
        mempengaruhinya.
                                          Asimilasi Progresif
             Pra-Inggeris                  Inggeris Kuno                              Makna
                milne                            mille                                kilang
                    elne                           ell                              unit ukuran




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.1.2 Regresif
        Apabila bunyi yang mengalami perubahan terletak di bahagian sebelum bunyi yang
        mempengaruhinya.
                                             Asimilasi Regresif
                   Latin                           Italia                             Makna
                somnus                            sonno                               tidur
                   okto                             otto                              lapan



9.1.2   Disimilasi

        Suatu kaedah perubahan bunyi yang salah satu daripada sepasang bunyi yang sama
        dalam suatu kata mengalami perubahan hingga beberapa fitur yang dimiliki diubah atau
        diganti dengan fitur-fitur lain.
9.1.2.1 Dekat
        Yang terjadi atas fitur atau fitur-fitur tertentu bagi sepasang bunyi yang terletak
        berdekatan dalam sesuatu kata.
                                              Disimilasi Dekat
                              Sanskrit                            Melayu
                                 citta                              cipta




9.1.2.2 Jauh
        Yang terjadi ke atas fitur atau fitur-fitur tertentu bagi sepasang bunyi yang terpisah oleh
        bunyi-bunyi lain dalam suatu kata.
                                               Disimilasi Jauh
                           Bahasa Melayu                     Bahasa Ngayu
                                 sisik                              tisik
                                 susu                               tusu




                              Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.3   Pengguguran

        Suatu perubahan bunyi dalam sesuatu kata yang bunyi tertentu digugurkan apabila
        diturunkan ke dalam bahasa sasaran.
9.1.3.1 Afesis
        Perubahan yang berlaku pada posisi awal kata.
                                                Afesis
                  Bahasa Austronesia Purba                     Bahasa Melayu
                             hatul                                    atur
                            hudun                                    udang




4.2     Sinkop
        Perubahan yang berlaku pada posisi tengah kata.
                                                Sinkop
                  Bahasa Austronesia Purba               Bahasa Polinesia Purba
                             tuha                                      tua
                              iya                                       ia




4.3     Apokop
        Perubahan yang berlaku pada posisi akhir kata.
                                               Apokop
                    Bahasa Inggeris Kuno                  Bahasa Inggeris Moden
                            moona                                    moon
                            sticca                                    stick




                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
5.0   Metatesis
      Kaedah perubahan posisi dua bunyi yang berkenaan atau suku kata dalam kata-kata
      tertentu.


                                               Metatesis
       Bahasa Inggeris Kuno              Bahasa Inggeris                             Makna
                                           Pertengahan
                  brid                           bird                                burung
                  hros                          hors                                  kuda
              thridda                           thirde                                tiga


           Bahasa Latin              Bahasa Sepanyol Kuno                            Makna
            modulu (m)                         molde                                 bentuk
              dad-los                          daldos                          biarkan dia pergi
             centad-la                        cantalda                             menyanyilah



9.1.4 Sisipan / Epentesis

      Kaedah perubahan bunyi yang kata-kata tertentu disisip oleh bunyi-bunyi yang baru
      wujud selepas proses perubahan bunyi itu dilakukan.
3.1   Protesis
      Perubahan yang berlaku pada posisi awal kata.
                                                Protesis
                    Bahasa Austronesia Purba                    Bahasa Melayu
                               pat                                    empat
                              pedu                                   empedu


3.2   Epentesis
      Perubahan yang berlaku pada posisi tengah kata.
                                               Epentesis
        Bahasa Latin kuno                  Bahasa Latin                              Makna
                  faclis                        facilis                              mudah
              poclum                          poculum                                cawan

                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.3     Paragog
        Perubahan yang berlaku pada posisi akhir kata.
                                               Paragog
                       Bahasa Inggeris                         Bahasa Melayu
                              lamp                                   lampu



9.1.5 Neutralisasi

Konsep,




9.2     Artikulasi Sekunder

9.2.1   Labialisasi

Konsep,




9.2.2   Palatalisasi

Konsep,



                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.2.3   Velarisasi

Konsep,




9.2.4 Koartikulasi

Konsep,




9.3     Rumus Fonologi

9.3.1   Elisi / Pengguguran

Konsep,




9.3.2   Epentesis

Konsep,




                         Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.3.3   Metatesis

Konsep,




9.3.4 Pemanjangan

Konsep,




9.3.5 Pelemahan

Konsep,




                    Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 10                 SISTEM FITUR

Sistem Fitur sebenarnya diperkenalkan oleh Trubetzkoy (1939) dari aliran Praha dan
dikembangkan oleh Chomsky dan Halle (1968) dalam The Sound Pattern of English (SPE) yang
menjadi asas fonologi generatif. Penggunaan sistem fitur amat penting sekali. Dengan adanya
fitur, kita boleh mengklasifikasikan bunyi kerana bunyi mempunyai banyak persamaan antara
satu sama lain. Setiap fitur mempunyai sifat pembeza di antara fitur lain. Sekarang mari kita
memahami tajuk ini.

10.1     Definisi Sistem Fitur




10.1.1    Definisi Nikolay Trubetskoy

Konsep,




10.1.2    Definisi Jacobson-Fant-Halle

Konsep,




10.1.3    Definisi Chomsky-Fant-Halle

Konsep,




10.2     Fitur Distingtif dan Model Lain

10.2.1    Kelas Fitur Utama

Konsep,




                           Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
10.2.2    Fitur Cara

Konsep,




10.2.3    Fitur Tempat dan Daerah

Konsep,


10.2.4    Fitur Laringeal

Konsep,




10.2.5    Fitur Vokal

Konsep,




                            Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi,
Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.



http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm



http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik




                 Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
                                          RUJUKAN


Abdul Hamid Mahmood (1996). Dialek Kelantan: Kajian Terhadap Ayat Pasif.
      Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood (2006). Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
      Sdn. Bhd.
Ajid Che Kob, Maslida Yusuf , Farid M. Onn (tidak diketahui). ML 1024 Fonetik dan
      Fonologi. Bangi: Penerbit UKM.
Ajid Che Kob dan Farid M. Onn (1993). Simposium Dialek : Penyelidikan dan
      Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ajid Che Kob (1985). Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit UKM.
Ali Mahmood (2007). HBML 1203 Pengenalan Fonetik dan Fonologi . Kuala Lumpur:
      Open Universiti Malaysia.
Alias Mohammad Yatim (2007). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur:
      Open Universiti Malaysia.
Andre Martinet (1987). Ilmu Bahasa: Pengantar. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.
      Bhd.
Arbak Othman (1985) “Intonasi Dalam Tatabahasa: Satu Sudut Pandangan” dalam
      Azman Wan Chik (ed), Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru dan
      Bahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar (1991). The Phonological Diversity of The Malay Dialects. Kuala
      Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
      dan Pustaka.
                        Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Asmah Hj. Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf Wahab (1988). Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu.
      Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Farid M. Onn (1988). Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi
      Sdn. Bhd.
Farid M. Onn (1980). Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative
      Approach. Bangi: Penerbit UKM.
Gorys Keraf (1990). Linguistik Bandingan Tipologis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Hashim Musa (1985) “Intonasi Dalam Bahasa Melayu” dalam Azman Wan Chik (ed),
      Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru dan Bahan. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
      PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lufti Abas (1985). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rain Shaari (2003). Fenomena Dalam Dialek Kelantan. Dewan Bahasa.
      Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006). Bahasa Melayu STPM. Ipoh: Penerbit
      Fajar Bakti Sdn.Bhd
Nor Hashimah Jalaluddin (2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
      Pustaka.
Paitoon M. Chaiyanara (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi
      Penerbitan Nusantara.
Roach, Peter     (2002). A Little Encyclopaedia of Phonetics. Cambridge: Cambridge
      University Press.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1986). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
      Perguruan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
                          Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Sanford A.Schane (1992) terjemahan Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin.
      Fonologi Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suhendra Yusuf (1998). Fonetik dan Fonologi. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka
      Utama.
Teoh Boon Seong dan Yeoh Chiang Kee (1988). “Fonem Vokal Nasal Dalam Dialek
      Kelantan” dalam Farid M. Onn (ed), Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu.
      Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani   Ahmad   dan      Teoh      Boon       Seong       (2006).       Fonologi   Autosegmental:
      Penerapannya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
      Pustaka.
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu. Bangi:
      Penerbit UKM.




                         Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Hakcipta ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1885
posted:11/2/2012
language:
pages:115
Description: PEmbelajaran HBML 4503 Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu Tinggi