Docstoc

Kajian Tindakan Pemulihan Khas 2009

Document Sample
Kajian Tindakan Pemulihan Khas 2009 Powered By Docstoc
					Meningkatkan Kefahaman Murid Pemulihan Dalam Menguasai Kemahiran Huruf Vokal i. Oleh: Norman Affendi Bin Kamaruldzaman Guru Pemulihan Khas Sek. Keb. Ulu Bernam 36500 Ulu Bernam Perak.

ABSTRAK Masalah menguasai kemahiran membaca di kalangan murid sekolah rendah bukanlah satu perkara luar biasa lagi, walaupun mereka ini telah mengikuti pembelajaran kemahiran membaca di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca ini merupakan perkara utama untuk semua matapelajaran. Kelemahan dalam kemahiran ini akan mengakibatkan pencapaian murid sekolah rendah dalam pelajaran terus merosot. Oleh demikian, adalah menjadi tugas dan fokus utama guru-guru Pemulihan Khas untuk mengesan dan mengatasi kelemahan menguasai kemahiran membaca di kalangan muridmuridnya. Sebelum menguasai kemahiran membaca dengan lancar, murid seharusnya mengenal huruf, mengenal huruf vokal, mengeja dan membatangkan perkataan yang dipelajari. Kelas pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam mempunyai 7 orang murid pemulihan khas dan 8 orang murid yang lemah dibantu untuk menguasai 2M. Kebanyakkannya mempunyai tahap kemahiran bahasa yang begitu terhad. Walaupun P&P telah berjalan berminggu-minggu namun masih terdapat murid yang tidak menampakkan perkembangan yang konsisten. Perkara baru yang dapat dikenal pasti ialah masalah murid untuk menguasai kemahiran huruf vokal amnya bunyi huruf vokal i. 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. Kewujudan masalah sebegini dapat dikesan semasa

perlaksanaan P&P Bahasa Melayu kelas pemulihan. W alaupun sebahagian murid telah mengenal huruf, namun masih wujud masalah murid untuk menguasai kemahiran seterusnya iaitu kemahiran huruf vokal. Bagi kemahiran huruf vokal, murid perlu kenal akan huruf-huruf vokal dan boleh membunyikannya

1

dengan betul. Kemahiran mengenal huruf dan bunyi huruf vokal amat memainkan peranan penting untuk murid menguasai

kemahiran membaca dengan baik. Hal ini adalah kerana setiap perkataan pasti mempunyai huruf vokal dan apabila mengeja murid perlu membunyikan gabungan huruf konsonan dan vokal dengan betul. Semasa berjalannya P&P kemahiran huruf vokal, murid – murid seakan-akan mudah untuk menguasainya. Apabila

diulang-ulang menyebut dan membunyikan huruf vokal a , i , u, o, e setiap kali P&P, jelas murid sudah menguasainya dengan baik. Memang tidak dapat dinafikan membunyikan huruf e

taling dan e pepet adalah sukar dan sering berlaku kepayahan membunyikannya dikalangan murid. Namun begitu, di sekolah ini hal ini tidaklah terlalu serius. Perkara yang menjadi permasalahan yang serius

dikalangan murid pemulihan di sekolah ini ialah kekeliruan untuk mengenal pasti bunyi huruf vokal i yang mana apabila dibunyikan ianya seperti menyebut huruf e (bukan bunyi huruf vokal e). Hal ini dapat dikenal pasti semasa melaksanakan Ujian Standard Pelepasan Program PeT 1. Seramai lima belas orang murid mengambil Ujian Standard Pelepasan Program PeT 1 dan menjawab soalan kemahiran 3: Mengenal Huruf vokal yang mana murid perlu mendengar bunyi huruf vokal yang disebut oleh guru dan murid perlu menulisnya. Bermula dengan bunyi huruf vokal o,diikuti jawapan yang e, i, a, oleh dan u. Apabila guru guru dapati

menyemak

dibuat

murid

muridnya menulis huruf e bagi bunyi huruf vokal i. Bagi mengenal pasti apakah permasalahan yang dialami oleh murid, maka saya sebagai guru pemulihan terpanggil untuk membuat kajian tindakan ke atas masalah ini. Kajian tindakan ini

menggunakan pendekatan Kualitatif.

2

2. Objektif Kajian I. Objektif Umum Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap akan mencapai objektif berikut: murid-murid ini

Meningkatkan tahap penguasaan 15 orang murid pemulihan khas untuk memahami bunyi vokal i dan boleh mendiskriminsikan bunyi huruf vokal i dengan huruf vokal yang lain.

II. Objektif Khusus a) M e n i n g k a t k a n t a h a p k e f a h a m a n m u r i d m e m a h a m i b u n y i huruf vokal i. b) Tahap mendiskriminasikan bunyi dikalangan murid dapat ditingkatkan.

3. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 7 orang murid tahun dua dan 8 orang murid tahun 3 yang sedang mengikuti Program Pemulihan Khas.

4. Tindakan yang dijalankan. a . T i n j a u a n Aw a l M a s a l a h . Berdasarkan analisa keputusan Ujian Standard Pelepasan Program PeT1, seramai 15 orang murid didapati melakukan kesalahan yang sama bagi soalan kemahiran 3 iaitu mengenal huruf vokal yang mana murid-murid menulis huruf vokal e bagi bunyi huruf vokal i yang disebutkan oleh guru.

3

Mereka boleh mendiskriminasikan bunyi huruf vokal yang lain tetapi begitu ketara kekeliruan terhadap bunyi huruf vokal i.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

NAMA MURID JAGANRAJ A/L RAJA SEGARAN JAGANESWARI AP PERUMAL SHEYRINA BINTI AWANG KOYAK AIMAN HAZIQ BIN AZMY MOHAMMAD AIRUL BIN ROSMAN MOHD SHAHRUL IKMAL BIN KHAIRONI AZLINDA BT HERMAN AMIRUL ADIPUTRA BIN NGASNO LAM CHOON YIP RAZMAN A/L MAK NAN NUR AKMAL LAILA BINTI JUANDA MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD SALLEH NUR ASIHA BT KAMAR FELISHA ARYZIANNIE KAUR SITI NORAISAH BT MUZAKKIR

KUASAI

TIDAK KUASAI / / / / / / / / / / / / / / /

Rajah 1: Keputusan Ujian PET 1 bagi kemahiran 3 huruf vokal (vokal i)

b. N y a n y i a n l a g u h u r u f v o k a l . Aktiviti nyanyian lagu huruf vokal ini dilaksanakan setiap kali berlangsungnya P&P bagi menguatkan ingatan murid-murid pemulihan. Aktiviti ini dilaksanakan selama 3 minggu berturut-turut. Hasilnya murid menghafal lagu dengan baik dan secara tidak langsung ingat akan bunyi huruf vokal termasuk huruf vokall i.

c. K a e d a h V AK ( V i s u a l , Au d i o & K i n e s t e t i k ) Kaedah VAK ialah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid akan melihat dan

4

menyebut/membunyikan berdasarkan ingatannya.

perkataan

atau

huruf

itu

Kaedah VAK ini seperti berikut: • • • •

menggunakan

prosedur

pengajaran

memerhati huruf yang hendak dipelajari menyebut bunyi huruf itu cuba menulis huruf itu berdasarkan ingatannya membandingkan hasil tulisan dengan huruf asal

d. P e r m a i n a n T o n g V o k a l Permainan Tong Vokal melibatkan semua murid secara berkumpulan. Ianya dilaksanakan setiap kali di akhir P&P. Murid menampakkan perubahan terhadap kekeliruan bunyi vokal i. Hampir 90% membaling dengan tepat ke dalam tong vokal apabila guru membunyikan bunyi huruf vokal i dan huruf vokal yang lain.

5. Cara Pelaksanaan 1. 2. nyanyian lagu huruf vokal. murid dipaparkan dengan 5 huruf vokal iaitu a, i, u,e,o. murid mendengar bunyi huruf vokal yang disebut oleh guru dan murid membunyikannya dengan betul. murid menulis huruf bagi yang disebutkan oleh guru. murid membandingkan dipaparkan oleh guru. bunyi huruf vokal

3.

4.

5.

huruf

vokal

yang

6.

murid berulang-ulang menyebut yang dipaparkan oleh guru. aktiviti permainan “Tong salah satu aktiviti yang

bunyi

huruf

7.

Vokal” merupakan merangsang tahap

5

ingatan murid untuk mendisriminasikan bunyi huruf vokal dan kenal semua huruf vokal dan bunyinya. Melalui aktiviti ini, murid akan melontarkan bola ke dalam bekas yang telah ditandakan huruf vokal dengan betul apabila guru membunyikan bunyi huruf vokal yang ingin di uji. 6. Refleksi Kajian Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa kebanyakkan murid berpotensi untuk menguasai kemahiran yang dipelajari.Seramai 9 orang daripada 15 orang sudah menguasai dan boleh mendiskriminasikan bunyi vokal i dan 6 orang lagi masih keliru dengan bunyi vokal i. Pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap penguasaan murid adalah berbeza dan memerlukan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan.
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NAMA MURID JAGANRAJ A/L RAJA SEGARAN JAGANESWARI AP PERUMAL SHEYRINA BINTI AWANG KOYAK AIMAN HAZIQ BIN AZMY MOHAMMAD AIRUL BIN ROSMAN MOHD SHAHRUL IKMAL BIN KHAIRONI AZLINDA BT HERMAN AMIRUL ADIPUTRA BIN NGASNO LAM CHOON YIP RAZMAN A/L MAK NAN NUR AKMAL LAILA BINTI JUANDA MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD SALLEH NUR ASIHA BT KAMAR FELISHA ARYZIANNIE KAUR SITI NORAISAH BT MUZAKKIR / / / / / / / / / / / / / KUASAI TIDAK KUASAI / /

Rajah 2: Keputusan Ujian Ulangan PET 1 bagi kemahiran 3 huruf vok.al (vokal i)

7. Cadangan Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.

6

a.

b.

Pengajaran individu perlu dilaksanakan secara kerap agar murid yang tidak menguasai kemahiran ini cepat menguasainya. menggunakan perisian tertentu agar pengajaran lebih menarik.

8. Bibliografi 1.Nota-nota hasil bengkel 1/2008 Kajian Tindakan bagi guru-guru pendidikan khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas pada 5-8 Mei 2008 bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.

7


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:13013
posted:10/21/2009
language:Malay
pages:7