Docstoc

CEMBURU DALAM PERKAHWINAN

Document Sample
CEMBURU DALAM PERKAHWINAN Powered By Docstoc
					CEMBURU DALAM PERKAHWINAN

PENGENALAN
“Maha suci Allah yang telah menciptakan berpasang-pasangan” -(Surah Yaasin:36)Ini membuktikan kebesaran dan keagungan Allah sebagai Tuhan kepada sekalian alam  Islam sangat menggalakkan umatnya mendirikan rumah tangga apabila sudah mencukupi syarat-syaratnya mistaqon gholidho (perjanjian yang kuat, teguh dan kukuh)  Semua pasangan inginkan perkahwinan yang diredhai dan direstui

 

anak yang soleh dan solehah bertunjangkan rasa cinta yang mendalam kepada masing-masing tapi akhirnya retak

Samb…




Ramai yang putus hubungan kerana faktor ini  tali pertunangan, persahabatan, adik-beradik, ikatan perkahwinan dll Cemburu yang meluap-luap  tekad melakukan jenayah  racun berbisa

Samb…


Definisi cemburu:  “ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain seperti suami, isteri atau kekasih” Cemburu…Perlu atau tidak? Rasulullah SAW bersabda:



“Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (HR Abu Daud)


Cemburu ialah sifat yang normal seperti perasaan marah, tidak salah, asalkan bertempat

FAKTOR-FAKTOR CEMBURU




Suami atau isteri gemar membayangkan bahawa pasangan mereka mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain walhal perkara seperti itu tidak benar dan hanyalah sangkaan buruk semata-mata. Mereka mempunyai sifat syak-wasangka yang terbukti tidak bagus dan boleh mendorong kepada perbalahan di dalam sesebuah rumah tangga. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat antara satu dengan lain.” (Surah al-Hujurat: 12)

Samb…


Kurang keyakinan terhadap pasangan masing-masing. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan hidup yang akan membina kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Akibat kurangnya keyakinan, timbul prasangka yang buruk terhadap pasangan walaupun perkara yang sebenarnya terjadi tidaklah seburuk yang disangka. Kurang persefahaman antara kedua belah pihak juga boleh menyumbang kepada tercetusnya perasaan cemburu. Oleh yang demikian, setiap pasangan hendaklah berusaha memahami dan berusaha untuk bertolak ansur antara satu sama lain.



Samb…


Takut kehilangan atau inginkan perhatian juga menjadi salah satu penyebab timbulnya perasaan cemburu. Ada suami atau isteri yang takut kehilangan pasangan mereka. Perasaan ini jika tidak dibendung boleh menimbulkan perasaan tidak selesa terhadap kedua-dua belah pihak. Pasangan yang terlalu inginkan perhatian juga boleh menyebabkan perasaan cemburu dalam hati timbul kerana berasa tidak puas hati dengan layanan yang telah diterima.



Tidak menjaga batas-batas pergaulan semasa berada di luar rumah. Setiap pasangan perlulah menjaga batas-batas pergaulan di luar rumah agar tidak menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas hati di dalam hati pasangan masingmasing. Sebolah-bolehnya, setiap perkara yang handak dilakukan perlulah mendapat persetujuan dari pasangan masing-masing agar tidak timbul cemburu dan salah faham di kemudian hari.

Samb…


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’: 19) Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang.” (HR Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaie)



KESAN CEMBURU
 

Dalam perkahwinan, Islam tidak meletakkan semua cemburu itu memberi kesan negatif. Cemburu  kesan positif dan negatif  bergantung kepada tahap dan faktor yang menyebabkan cemburu

 KESAN NEGATIF 
Cemburu  perempuan lebih? Lelaki lebih?  Punca:  cemburu yang melampau (cemburu buta)  cemburu yang tidak kena tempatnya.


Boleh mengakibatkan: o perceraian o motif kes-kes jenayah termasuklah pembunuhan.

Samb…


Isteri cemburu kepada ibu mertua  Suami sering pulang ke rumah ibunya, memberi layanan yang baik/memberi suatu pemberian  Menimbulkan rasa benci dan permusuhan antara suami dan ibu bapanya atau mempengaruhi suami supaya tidak menunaikan hak-hak ibu bapa  sikap yang tercela.  Suaminya bukan hak mutlak bagi seorang isteri  Seorang anak lelaki bertanggungjawab melayani ibunya dengan baik  Membantu suami untuk berbakti kepada ibu bapa suami  Peranan dan sokongan isteri penting untuk mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga dan keluarga besar mereka.

Samb…


Sabda Rasulullah SAW: Diriwayatkan daripada Aisyah RA, katanya: “Aku pernah bertanya kepada Baginda SAW: “Siapakah yang paling berhak ke atas seorang isteri?” Baginda Rasul menjawab: “Suaminya.” Lalu aku bertanya: “Siapakah yang paling berhak ke atas seorang suami?” Baginda Rasul menjawab: “Ibunya.”” (Hadis riwayat Hakim).

Samb…


Pasangan yang cemburu buta, tidak berfikir dengan rasional dan bertindak melulu.  Cth: Seorang isteri yang berkawan baik dengan teman lelaki sepejabat atau sebaliknya  menimbulkan rasa cemburu dan keraguan di hati suami/isteri  Suami yang cemburu buta akan menuduh isterinya curang dan mungkin akan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya, seperti memukul isteri atau memerintah isteri supaya berhenti bekerja.  Membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan memberi kesan negatif kepada pasangan dan anakanak.  Boleh menjadi punca kes-kes jenayah seperti pembunuhan, pengkhianatan dan sebagainya.

Samb…
Oleh sebab itu, Islam MELARANG sikap cemburu yang melampau, cemburu yang tidak kena pada tempatnya dan berburuk sangka.  Ali bin Abi Talib RA telah berkata:


“Jangan terlalu curiga terhadap isterimu, nanti ia dituduh yang bukan-bukan akibat sikapmu itu.”


Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kecemburuan yang dibenci Allah SWT ialah kecemburuan seorang suami terhadap isterinya tanpa adanya sesuatu yang mengundang keraguan padanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 KESAN POSITIF 
“Cemburu tandanya sayang“
 



Cemburu menandakan seseorang itu mempunyai perasaan sayang dan kasih terhadap pasangannya. Cemburu:  kerana berasa tidak selamat  takut pasangan mereka tidak menyayangi mereka lagi dan mungkin akan meninggalkan mereka. Memberi kesan positif apabila, suami atau isteri, berusaha memperbaiki hubungan mereka dan berusaha supaya kasih sayang mereka terus mekar

Samb…


Cth: Isteri cemburu suaminya sering bertemu dengan perempuan-perempuan yang lebih cantik dan baik daripadanya  Isteri berusaha menjaga penampilannya, mengubah sikapnya kepada yang lebih baik terutamanya apabila usia semakin meningkat.  Penampilan mula berubah (tidak menarik) dan sesetengah sikap dan emosi isteri juga turut berubah seperti cepat marah, terlalu sensitif dsb  Oleh sebab itu, isteri yang mempunyai rasa cemburu yang positif akan berusaha untuk lebih memahami dan sabar melayani suami

Samb…


Sabda Nabi Muhammad SAW lagi:

Diriwayatkan daripada Al-Hammah dari Abdullah bin Mas’ud berkata: “Bahawa Baginda Nabi SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan rasa cemburu dalam hati kaum wanita sedangkan kaum lelaki diwajibkan untuk berjihad. Maka sesiapa daripada kaum wanita yang mempunyai sifat sabar atas dasar mengharap pahala daripada Allah SWT, maka ia akan dapat pahala sebagaimana orang yang mati syahid.” -(Dipetik daripada buku Ahkamun Nisa’, halaman 82)

Samb…


Suami perlu cemburu untuk melindungi isteri dan anakanaknya daripada perbuatan yang melanggar syariat




 

Apabila isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna, si suami cemburu kerana lelaki-lelaki lain boleh melihat perhiasan isterinya  menyuruh menutup aurat Sentiasa memperhatikan isteri dan anak-anaknya agar tidak bergaul bebas dengan kaum berlain jenis dan mengajarkan mereka batas-batas pergaulan dan cara muamalat yang diajar dalam Islam. Tidak redha jika isterinya melayan kaum lelaki dengan berlebih-lebihan walaupun saudara atau kawannya sendiri. Firman Allah SWT:
“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab seksa api neraka...” (Surah AlTahrim:6)

Samb…




Dalam perkahwinan, cemburu yang hanya didasarkan kepada aspek luaran sahaja akan cepat pudar dan kasih sayang tidak akan berkekalan.  Sayang akan pudar apabila kecantikan/ketampanan isteri/suami hilang Tetapi, cemburu yang didasarkan kepada Allah adalah yang diinginkan dalam Islam.  kasih sayang, sikap prihatin dan cinta suami isteri tidak akan hilang  Semakin usia mereka meningkat, semakin kuat rasa kasih dan cinta mereka  bahagia dan diredhai Allah SWT

CARA MENGATASI CEMBURU


Sifat cemburu pasti ada dalam setiap perhubungan perkahwinan. Tetapi, sifat cemburu ini hendaklah dikawal oleh setiap pasangan agar tidak menimbulkan perkaraperkara yang tidak diingini. Rasullullah s.a.w. juga pernah bersabda bahawa: “Di antara kecemburuan yang dibenci oleh Allah S.W.T. ialah kecemburuan seorang suami terhadap isterinya tanpa adanya sesuatu yang mengundang keraguan padanya.” (HR Bukhari dan Muslim)



Samb…






Perkara yang perlu diambil perhatian oleh pasangan untuk mengawal rasa cemburu: Kenal pasti apa yang dicemburukan. Setiap pasangan hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara yang menjadi punca cemburu. Mereka juga perlu diberi peluang untuk berterus-terang dan menjelaskan perkara sebenar. Jangan mudah mendengar cerita dan membuat keputusan berdasarkan sebelah pihak sahaja. Berfikiran rasional. Kecemburuan yang melampau sering dikaitkan dengan sikap tidak berfikiran waras pasangan itu. Oleh yang demikian, berilah tempoh bertenang kepada pasangan atau duduk berbincang tentang sebarang kesilapan atau perkara yang mencurigakan.

Samb…






Selesaikan masalah diri dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain. Cuba kenali dan perbaiki kelemahan diri, sama ada dalam perhubungan sesama manusia atau hubungan dengan Allah. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain. Minta bantuan orang ketiga yang dihormati oleh suami atau pasangan, sebagai contoh, ibu bapa, adik beradik, atau pihak lain yang bertauliah dan berpengalaman dalam menyelesaikan masalah keluarga.

Samb…






Pergi berjumpa dengan pakar-pakar motivasi yang dapat mengungkai permasalahan kita sebab kita tidak mampu mengatasi masalah itu bersendirian. Tambahan pula, mereka adalah orang yang berilmu tentang cara menyelesaikan masalah kekeluargaan. Isteri pula janganlah terus meminta cerai kerana kesan perceraian akan membawa luka yang sangat mendalam (kesan negatif) pada pasangan dan anak-anak. Isteri mahupun suami hendaklah bersikap sabar dan tenang. Perkara yang paling penting adalah menjaga hubungan baik dengan Allah dalam apa jua situasi. Sentiasa menjaga dan memelihara tuntutan agama. Hendaklah yakin dan bersungguh-sungguh berpegang pada perintah dan larangan-Nya, serta sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal jariah.

Samb…




Setiap pasangan hendaklah menjaga solat lima waktu. Mereka juga hendaklah memastikan setiap ahli keluarga menunaikan tanggungjawab ini. Jika mengamalkan solat berjamaah, akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan dapat mengelakkan sifat cemburu yang boleh merosakkan kebahagiaan rumahtangga. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan isterimu dengan baik, jika kamu membenci mereka kerana sesuatu sebab bersabarlah kerana Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’: 19)

PENUTUP




Perkahwinan merupakan satu ikatan halal di antara lelaki dan perempuan dan Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mendirikan rumah tangga. Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan, maka sesungguhnya aku berbangga apabila melihat umatku paling ramai jumlahnya pada hari kiamat nanti” (HR Baihaqi) “Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia tidak termasuk golonganku. Di antara sunnahku ialah perkahwinan, maka barangsiapa mencintaiku, hendaklah ia mengikuti sunnahku”. (HR Bukhari dan Muslim)



Perkahwinan perlu dijaga agar terus berkekalan  bekas pasangan  anak-anak

Samb…
Cemburu yang berasas dan tidak melulu adalah cemburu yang perlu disemai dalam sesebuah perkahwinan  abnormal  Perlu memahami pasangan dan bersikap rasional  Allah membekalkan sifat cemburu juga sifat penyayang dan mengambil berat supaya si suami dapat memainkan peranannya dengan lebih efektif  bimbang dilabel kolot dan takutkan isteri  Hadis Rasulullah SAW:


“Tiga golongan yang tidak masuk syurga selamalamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak”. (HR al-Tabrani”)

Samb…
  

Cemburu itu perlu dalam sesebuah rumah tangga selagi ia berasas Cinta dan cemburu perlu diambil sesedap rasa sebagai perencah kebahagiaan rumah tangga Kata orang “tanpa cemburu, rasa cinta terasa hampa”  keluarga sakinah


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:2556
posted:10/18/2009
language:Malay
pages:28
Description: INI ADALAH PERSEMBAHAN PPT MENGENAI CEMBURU DLAM PERKAHWINAN - JEALOUSY IN A MARRIAGE