SURAT PERJANJIAN MENYEWA TANAH

Document Sample
SURAT PERJANJIAN MENYEWA TANAH Powered By Docstoc
					          PERJANJIAN BAGI MENYEWA TANAH
                   (MENGUSAHAKAN TANAH)

PERJANJIAN INI diperbuat pada...........haribulan........... tahun 20...........antara
PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA (seperti ternyata di bawah).


Yang bertanda tangan di bawah ini:




1.     Nama          :
       No. I/C       :
       Pekerjaan     :
       Alamat        :
       No. Tel       :


Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA


2.     Nama          :
       No. I/C       :
       Pekerjaan     :
       Alamat        :


       No. Tel       :


Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KEDUA


Kedua pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu: ISI KANDUNGAN
SURAT PERJANJIAN SEWA – MENYEWA TANAH




                                                                                    1
1.    Bahawa PIHAK PERTAMA adalah yang paling berhak penuh dan pemilik
      sah sebidang tanah Hak Milik yang diuraikan dalam ( --------- nomer sertifikat
      tanah --------- ), yang terletak di ( …….. ), dan diuraikan lebih lanjut dalam (
      ….. ), seluas [( 10 ) ( SEPULUH )] ekar sahaja.


Dan untuk selanjutnya disebut TANAH.


2.    Bahawa PIHAK PERTAMA akan menyewakan TANAH tersebut di atas
      kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA benar-benar telah menyatakan
      persetujuannya untuk menyewa TANAH dari PIHAK PERTAMA.


3.    Bahawa kedua pihak telah menerangkan, bahawa PIHAK PERTAMA dengan
      ini menyewakan kepada PIHAK KEDUA, yang dengan ini menyewa TANAH
      dari PIHAK PERTAMA, yang ditandatangani oleh kedua belah pihak dengan
      dimaterai cukup serta dilampirkan dalam perjanjian ini.


4.    Selanjutnya para pihak menerangkan bahawa sewa-menyewa TANAH ini
      dilangsungkan dan diterima dengan syarat-syarat tertentu yang diterangkan
      secara terperinci dalam 13 (tiga belas) Fasal, seperti berikut di bawah ini :


                                     FASAL 1
                                JANGKA WAKTU


1.    Sewa-menyewa ini dilangsungkan dan diterima untuk jangka waktu bermula
      pada ( OKTOBER 2012 ) dan berakhir pada ( OKTOBER 2030 ).


2.    Tempoh waktu ini juga akan mengambil kira situasi pada ketika itu,
      bergantung kepada tanaman. Sekiranya tanaman masih mengeluarkan hasil
      akan diteruskan untuk       tempoh tertentu. Dan sekiranya sudah tidak
      mengeluarkan hasil, maka tarikh di atas tidak akan diguna pakai lagi.




                                                                                      2
3.   Setelah jangka waktu tersebut berakhir dan PIHAK KEDUA bermaksud untuk
     melanjutkan, maka PIHAK KEDUA harus memberitahukan kepada PIHAK
     PERTAMA secara tertulis, selewat-lewatnya [( 6 BULAN ) ( ENAM BULAN )]
     sebelum berakhirnya perjanjian ini.


4.   Syarat-syarat yang berkaitan dengan perihal perlanjutan tempoh sewa tanah
     tersebut akan ditentukan dalam Surat Perjanjian tersendiri.


                                   FASAL 2
                            MODAL PENANAMAN


1.   MODAL akan ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA untuk kos yang
     melibatkan pembersihan tapak, anak benih, menanam dan penjagaan.


    PIHAK KEDUA akan menanggung semua kos sehingga tanaman dapat
     mengeluarkan hasil. Selepas itu, semua kos akan diambil daripada hasil
     tanaman.


3.   PIHAK PERTAMA akan bertanggungjawab berkaitan dengan pengurusan
     dan kerja-kerja yang melibatkan tanaman.


                                   FASAL 3
                              AKAUN BERSAMA


1.   PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah mendaftarkan syarikat milik
     bersama atas nama GOLDEN AAA INTERPRISE untuk memudahkan
     pengurusan kewangan.


2.   PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA juga telah membuka akaun di BANK
     ISLAM atas nama GOLDEN AAA INTERPRISE. Semua urusan yang
     berkaitan dengan syarikat akan dibuat pembayaran melalui cek.




                                                                            3
                                      FASAL 4
                        PENGAGIHAN KEUNTUNGAN


1.   Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK
     KEDUA mengikut nisbah [( 50:50 ) ( Lima puluh peratus nisbah lima puluh
     peratus )].


2.   Pembahagian keuntungan akan dikira pada 15 DISEMBER setiap tahun.
     Pengagihan keuntungan yang akan dikira setelah ditolak 50% untuk
     kewangan dalam akaun semasa syarikat. Baki 50%, sahaja akan
     dibahagikan seperti yang dimaksudkan dalam perenggan 1.


3.   Tarikh pengangihan keuntungan ini mungkin juga akan berubah mengikut
     keadaan semasa berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA dan
     PIHAK KEDUA. Tidak terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.


4.   Nisbah baki dalam akaun juga mungkin akan berubah mengikut keadaan dan
     kewangan      semasa.   Tetapi   pembahagian   keuntungan   antara   PIHAK
     PERTAMA dan PIHAK KEDUA tidak berubah seperti dalam perenggan 1.




                                      FASAL 5
                          SERAHAN TERIMA TANAH


1.   Pada saat perjanjian ini, PIHAK PERTAMA menyerahkan TANAH kepada
     PIHAK KEDUA.


2.   PIHAK KEDUA menerima penyerahan TANAH sesuai menurut apa yang
     tertulis pada hari penyerahan tersebut.


3.   Penyerahan TANAH dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA
     diadakan dalam suatu Acara Serah Terima.



                                                                              4
                                  FASAL 6
                           PENGGUNAAN TANAH


1.     PIHAK KEDUA berhak sepenuhnya untuk menggunakan TANAH yang
       disewanya dengan perjanjian ini untuk ( TANAMAN KONTANG KELAPA
       SAWIT ) atas tanggungjawab PIHAK KEDUA sendiri dan dengan
       memperhatikan serta mentaati segala peraturan-peraturan yang telah
       dipersetujui.


2.     PIHAK KEDUA tidak akan mempergunakan TANAH untuk tujuan yang lain
       daripada yang disepakati dalam perjanjian ini, kecuali telah mendapat
       keizinan bertulis daripada PIHAK PERTAMA.




                                  FASAL 7
                          PEMELIHARAAN TANAH


1.     PIHAK KEDUA diwajibkan untuk memelihara TANAH yang disewanya
       dengan sebaik-baiknya dengan perbelanjaan atau pembiayaan pemeliharaan
       PIHAK KEDUA sendiri.


2.     PIHAK PERTAMA akan mengambil tindakan-tindakan pencegahan untuk
       menjaga keamanan dalam lingkungan wilayah usaha PIHAK PERTAMA,
       namun PIHAK PERTAMA tidak bertanggung jawab atas tindakan-tindakan
       PIHAK KETIGA yang boleh menyebabkan kerugian pada PIHAK KEDUA.


     3. Selepas TANAMAN mengeluarkan HASIL, pemeliharaan akan menjadi
       tanggungjawab bersama antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.




                                                                           5
                                    FASAL 8
                              PENGALIHAN SEWA


Dalam masa berlakunya perjanjian ini, PIHAK KEDUA tidak diperbolehkan untuk
menyewakan kembali sebagian atau keseluruhan TANAH yang disewanya kepada
PIHAK KETIGA, kecuali jika mendapat keizinan bertulis dari PIHAK PERTAMA
yang dinyatakan dalam suatu perjanjian pengalihan sewa menyewa TANAH.




                                    FASAL 9
                       PAJAK, YURAN DAN PUNGUTAN


Segala macam pajak, yuran, dan pungutan wang yang berhubungan dengan
TANAH di atas dinyatakan seperti berikut:


1.    Sejak sebelum hingga waktu ditandatangani perjanjian ini masih menjadi
      kewajiban dan tanggung jawab PIHAK PERTAMA.


2.    Setelah ditandatangani perjanjian ini sehingga TANAMAN mengeluarkan
      HASIL akan menjadi kewajiban dan tanggungjawab PIHAK KEDUA.


3.    Setelah TANAMAN mula mengeluarkan HASIL akan menjadi tanggungjawab
      bersama antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.


                                    FASAL 10
                           KEWAJIBAN AHLI WARIS


Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan
akan tetap bersifat turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau
penerima hak masing-masing pihak sehingga tempoh persetujuan tamat seperti
yang terkandung dalam FRASA 1.




                                                                               6
                                     FASAL 11
                      PELANGGARAN ATAU KECURANGAN


Apabila salah satu dari kedua belah pihak melakukan kecurangan atau melanggar
serta tidak mentaati perjanjian ini, maka akan diguna pakai peraturan seperti berikut:


1.     Apabila PIHAK KEDUA melakukan pelanggaran atau tidak mentaati
       perjanjian ini maka PIHAK PERTAMA berhak untuk minta perjanjian ini
       dibatalkan.


2.     Apabila PIHAK PERTAMA melakukan pelanggaran atau tidak mentaati
       perjanjian ini maka PIHAK PERTAMA wajib memberikan atau membayar
       ganti rugi kepada PIHAK KEDUA.


Sebarang ganti rugi tersebut akan ditetapkan oleh 3 (tiga) orang saksi yang terdiri
daripada:
       i)     Seorang saksi yang ditunjuk PIHAK PERTAMA,
       ii)    Seorang saksi yang ditunjuk PIHAK KEDUA, dan
       iii)   Seorang yang ditunjuk saksi daripada PIHAK PERTAMA dan PIHAK
              KEDUA.


Apabila keputusan para saksi tidak dapat memuaskan kedua belah pihak, masing-
masing pihak bersepakat untuk membawa dan menyerahkan masalah tersebut
kepada (MAHKAMAH TINGGI NEGERI ) perlu menyediakan 1 (satu) atau 2 (dua)
orang saksi baru bagi melengkapi saksi yang telah ada.




                                                                                     7
                                        FASAL 12
                           PENYELESAIAN PERSELISIHAN


1.     Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta
       diselesaikan secara kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk
       mufakat oleh kedua belah pihak.


2.     Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan
       atau musyawarah untuk mufakat, kedua belah pihak bersepakat untuk
       menyelesaikannya secara hukum dan kedua belah pihak telah sepakat untuk
       memilih tempat tinggal yang umum dan tetap di ( MAHKAMAH TINGGI
       NEGERI ).


                                        FASAL 13
                                        PENUTUP


Surat perjanjan sewa – menyewa tanah ini dibuat rangkap 2 (dua) dan
ditandatangani kedua belah pihak di ( ----- tempat ------) pada hari ( ---------) tanggal
[( ------) ( --- tanggal dalam huruf ---)] ( --- bulan dalam huruf ---) tahun [( ----) ( ---
tahun dalam huruf ---)] dimana masing-masing pihak berada dalam keadaan sedar
dan waras serta tanpa adanya paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak
yang berkepentingan.


DUTI SETEM - Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.




                                                                                          8
PADA      MENYAKSIKAN     HAL-HAL    DI   ATAS,   pihak-pihak   disini   telah
menandatangani kontrak ini pada tarikh sepertimana di muka surat 1 di atas.


Ditandatangani :-               )
                                ) ……………………………………
Untuk dan bagi PIHAK PERTAMA )
Di hadapan :-                   )




Tandatangan Saksi               : ………………………………………
Nama Penuh Saksi                : ………………………………………
Jawatan                         : ………………………………………
No. Kad Pengenalan              : ………………………………………




Ditandatangani :-               )
                                ) ……………………………………
Untuk dan bagi PIHAK KEDUA      )
Di hadapan :-                   )




Tandatangan Saksi               : ………………………………………
Nama                            : ………………………………………
Jawatan                         : ………………………………………
No. Kad Pengenalan              : ………………………………………




                                                                              9

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:503
posted:10/20/2012
language:
pages:9
Description: Surat Perjanjian bagi Menyewa Tanah untuk Pertanian.