; Pengenalan
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Pengenalan

VIEWS: 14 PAGES: 10

  • pg 1
									PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH


                                    MUSNAINI




1.1 Pengenalan


Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam
pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan
komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti
para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi
menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,
konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim,
2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada
masyarakat di negara membangun.


       Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan
ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem
dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi
maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada
profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan
abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan
anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan
lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi
maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi
melahirkan   guru-guru   yang   berkelayakkan    dan   berkebolehan   mendidik    dan
membangunkan masyarakat dan negara.
       Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston
Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul
maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis
dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke
arah mendapatkan maklumat.


       Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer
dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana
lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan
komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas,
pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera
melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran
dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang
menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang
sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer
memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi
menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-
worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada
peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.


Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur
ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu
perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan
kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu
dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran
pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi
dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.




1.3 Pernyataan Masalah


Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara
membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang
pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan
cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap
negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang
ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.



       Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan
multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya
kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat
mencabar kerana     mempunyai     tanggungjawab besar bagi         melaksanakan dasar
meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan
era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam
pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari
pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di
Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT
perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan
pembentukan    sekolah   berkesan.   Sekolah-sekolah    menengah      perlu   mempunyai
kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.
Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada
komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan
kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah
pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada
penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat
dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra
pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu
halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik
juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang
terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan
banyak kos.




1.4 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah iaitu :-


   a) Membandingkan kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat
       dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar.


   b) Menyenaraikan dan menjelaskan pelbagai kekangan dan cabaran dalam
       penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di
       Sekolah Menengah.


   c) Menjelaskan penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa
       kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu
       teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu.
    d) Menjelaskan kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
        dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


    e) Menjelaskan sikap dan penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.




1.5 Persoalan Kajian


Untuk menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yang
berikut :-



    1) Apakah kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam
        meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru?


    2) Sejauh manakah guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap
        penggunaan komputer dalam pendidikan?


    3) Apakah kepentingan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
        di sekolah menengah?


    4) Apakah kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah
        menengah?




1.6 Kepentingan Kajian


Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian
telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih
(Zulkifli dan Raja Maznah, 1994), guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif
terhadap penggunaan IT dalam pendidikan (Ambigapathy dan Suthagar, 2003), dan
peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah (Downes, 1993).


       Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, &
Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003
didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari
atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ramai penulis
menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif
pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri
serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan
simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus.

       Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu
daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap
penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang
penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah
(1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang
bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian
merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan
komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru
menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta
berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi
dengan ibu bapa serta pelajar.


       Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam
kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji
sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau
hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan
komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar
(2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi
yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju
bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, dapat dirumuskan
pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif
terhadap pembentukan sikap para guru.




1.7 Batasan Kajian


Penyelidikan mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru sekolah menengah adalah di kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu di
Sekolah Menengah Methodist dan di Sekolah Menengah Muhibbah. Penyelidikan ini
meliputi aspek-aspek seperti sikap guru, peranan ICT dan kekangan / cabaran
penggunaan ICT.


Selain itu, penyelidikan ini juga untuk mendapatkan maklumat mengenai ICT dalam
pendidikan guru dan melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran
pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Malah peneylidikan ini
meliputi bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.




1.8 Definisi Istilah


Globalisasi
a) Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan
oleh kemajuan pesat ICT.


b) Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,
konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan
sebagainya (Abd. Rahim, 2005).


Wawasan ICT


a) Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang
berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat.


ICT


a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,
telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer
peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya
software.




Pengajaran


a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahan
pada seseorang.


b) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga
berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,
perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara
pelajar dengan pelajar.


c) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.



Literasi Komputer


a) Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud
mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya
yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.

b) Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran
seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada
situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan
maklumat.


c) Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas
bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian
komputer.

								
To top