Docstoc

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT ALQURAN

Document Sample
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT ALQURAN Powered By Docstoc
					PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN



      PERINGKAT SATU

   NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

    " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani
yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "



    Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang
bererti percampuran



     Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.

         Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan
akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma                   B-Sperma menembusi ovum



PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari
ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam
di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                    al-Mukminun : 14

     Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu
benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai
beberapa maksud :

     sesuatu yang bergantung atau melekat
     pacat atau lintah
     suatu buku atau ketulan darah



Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did
alam rahim.



PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.
Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj
ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14



    Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus
yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.
Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula
mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan
pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi
mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14



Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada
tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga
dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan
lengkap.
 Janin pada usia 12 minggu



PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan ,
beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio
tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah
terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan
keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi
dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah
wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran
bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri



PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan
bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya
sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti
roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian
insan disisi Allah s.w.t



TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
Hakcipta © 2003 Lailizah Darman



Monday, March 26, 2007

Falsafah Kejadian Manusia Menurut Sains Dari Perspektif Islam
PERINGKAT-PERINGKAT                        KEJADIAN                      MANUSIA


Buku “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Berkembang”-pent.)
ditulis oleh Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini
dianggap sebagai satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas
di Amerika Utara sebagai buku terbaik yang ditulis seorang penulis. Kami
bertemu dengan penulisnya dan membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat
Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang kepakaraannya dalam kajian
embrio.


Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami
tanyakannya soalan berikut: “Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa
ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’) tiada perkembangan di dalam
pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada
masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda
s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan
kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai
penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan
seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak
berlaku   adil   dan   menyatakan     kebenaran    ini   di    dalam   buku   tuan?


Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak
mebentangkan            bukti-bukti          itu              kepada          kami?
Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan
Profesor Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi
ketiga   bukunya,   beliau    membuat     beberapa   perubahan.    Buku    ini    telah
diterjemahkan ke lapan bahasa, termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman,
Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku ini telah diedarkan keseluruh dunia dan
dibaca     oleh     kebanyakan          ahli-ahli    sains     terkemuka         dunia.


Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman Pertengahan:
Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada
beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui.
Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia
terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa
ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada
juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu
akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian.
(‘Blastocyst’ manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki
dan         telur            wanita.         Rujuk           Gambarajah            4.1)




Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku.
(‘Blastocyst’ yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku).
Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti
lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga
disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti ‘gum’ atau kayu.
(‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat
dimamah-                  Tengok               gambarajah                   4.2).




Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40
hingga 42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio
binatang. (Rujuk Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri
kemanusiaan pada peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio
membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk
kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding ‘uterine’, dan (3) ‘amniochorionic
membrane’ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan yang terhad tidak membenarkan
perbincangan    lanjut   mengenai   banyak   lagi    ayat-ayat   Al-Quran   yang
memperkatakan     tentang    perkembangan     bayi     di   dalam    kandungan.
Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh
dunia, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.. Penemuan sains telah
menyebabkan Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk menulis perkara-
perkara tersebut di dalam bukunya. Beliau kemudiannya berkesimpulan bahawa
pengkelasan moden mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio, yang
dipakai di seluruh dunia, susah untuk digunakan dan tidak lengkap. Ia tidak
menyumbang kearah usaha memahami peringkat-peringkat perkembangan
embrio kerana ianya dikelaskan berdasarkan nombor, iaitu peringkat 1, 2, 3, dan
seterusnya. Pengkelasan yang Al-Quran nyatakan pula tidak bergantung kepada
system nombor. Sebaliknya ianya berdasarkan kepada keadaan embrio yang
senang       dicamkan           atau      bentuk       embrio       ketika     itu.


Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti
berikut: Nutfah yang bermakna “satu titisan” atau “sedikit jumlah air”; ‘alaqah
yang bermaksud “satu makhluk yang berbentuk seperti lintah”; mudghah yang
bermakna “sesuatu yang kelihatan seperti dimamah”; ‘idhaam yang bermakna
“tulang”   atau   “skeleton”;     kisaa   ul   idham   bil-laham   yang   bermakna
pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan al-nash’a yang bermakna
“pembentukan janin yang boleh dicamkan”. Profesor Mooree menyedari bahawa
pengkelasan     oleh     Al-Quran   ini   berdasarkan       kepada   peringkat-peringkat
kandungan bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini
memberikan satu pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan
senang                                                                       digunakan.


Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:


Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau ‘uterus’ dengan dilindungi oleh tiga
lapisan pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam ‘slide’ yang berikutnya
[‘Slide’ tidak ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding perut ‘anterior (B) dinding
‘uterine’ dan (C) ‘amniochorionic membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan
proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat
kompleks.     Justeru,    dicadangkan     satu    sistem     pengkelasan    yang   baru
diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang digunakan di
dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini amat mudah,
menyeluruh,    dan     menepati     fakta-fakta   terkini   mengenai    kajian   embrio.




Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat tahun yang lalu
telah memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan embrio manusia
yang amat menakjubkan disebabkan ianya di’catat’kan pada abad ke-7 Masehi.
Walaupun Aristotle, pengasas kajian sains embrio, menyedari tentang embrio
ayam yang berkembang berperingkat-peringkat melalui kajiannya terhadap telur
ayam pada abad ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak mencatatkan dengan terperinci
mengenai peringkat-peringkat perkembangan itu. Justeru, tidak munasabah
untuk dikatakan huraian Al-Quran mengenai embrio manusia berdasarkan kajian
sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang munasabah hanyalah hakikat bahawa
penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh Allah s.w.t. kepada Nabi
Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai fakta-fakta itu kerana
baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah mengikuti sebarang
kursus                             berkaitan                             sains.


Kami memberitahu Dr. Moore, ‘Apa yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih
pincang berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran
dan Hadis yang telah kami bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak
berlaku adil dan bentangkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang
membincangkan            bidang          kepakaran          tuan         itu?”.


Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan rujukan yang sesuai
di dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami
menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan Hadis yang
berkenaan, dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu. Kami
lakukan yang demikian dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah
kepada tambahan bercorak Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan
sekarang. Di setiap mukasurat yang mengandungi fakta mengenai kajian sains
embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Apa
yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang mara ke dunia baru di dalam satu
kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.
Posted by catalyzer at 9:48 PM 7 comments

Pengenalan
Pengenalan



Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah
kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai
Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari
golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal
kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di
mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan
atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan
bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan
penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta
perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk
membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta
pertolongan.
Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai
falsafah dalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:


Posted by catalyzer at 8:40 PM 0 comments
Friday, March 16, 2007


Kejadian Manusia Menurut Perspektif Buddha




GENESIS BUMI DAN MANUSIA



Pada abad ke-19, Immanuel Kant dan La Place menyatakan teori kabut atau teori
nebula tentang alam semesta. Teorinya disempurnakan oleh van Wizzacker (1944)
dan G.P. Kuiper (1951) menjadi teori kondensasi. Menurut teori ini, kabut gas dan
debu terdiri dari helium dan hidrogen. Bahan kabut ini hilang ke dalam jagad raya
dan sisanya terus mendingin. Kerana pendinginan maka terus menyusut dan
mulai berputar. Proses ini bentuknya berubah menjadi bulat pipih dan akhirnya
menjadi seperti cakram. Selama menyusut dan berputar, bahan di bagian luar
tertinggal. Bahan ini merupakan pembentuk planet-planet, termasuk planet bumi.
vIntinya menjadi matahari. Menurut teori ini, "alam jagad raya terdapat banyak
sekali tata surya."




Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak unik.
Di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul
dan hancur (kiamat). Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak
seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu
makhluk tertentu.
Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa
bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk pun
tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang
bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali,
tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon
mumi. Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan
sari tersebut. Makhluk-makhluk yang lain juga mengikuti. Akibat kelakuannya itu,
maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan tampaklah matahari, bulan, bintang, dan
konstelasi-konstelasi. Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat
dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran
mereka makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah yang bentuk
tubuhnya jelek. Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan
dari tanah. Sementara mereka sombong dan congkak, tumbuhan ini lenyap dan
muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan menjalar
lenyap, muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama sesuai dengan takaran
mereka makan, maka tubuh mereka lebih memadat dan perbezaan bentuknya
tampak lebih jelas.
Posted by catalyzer at 12:39 AM 0 comments

Falsafah kejadian Manusia Menurut Teori Evolusi
Pendahuluan




Teori evolusi ini dipelopori oleh seorang ahli zoologi bernama Charles Robert
Darwin (1809-1882). Dalam teorinya ia mengatakan : "Suatu benda (bahan)
mengalami perubahan dari yang tidak sempurna menuju kepada kesempurnaan".
Kemudian ia memperluas teorinya ini hingga sampai kepada asal-usul manusia.
Menurutnya manusia sekarang ini adalah hasil yang paling sempurna dari
perkembangan tersebut secara teratur oleh hukum-hukum mekanik seperti
halnya tumbuhan dan haiwan. Kemudian lahirlah suatu ajaran(pengertian)
bahawa manusia yang ada sekarang ini merupakan hasil evolusi dari monyet
besar (manusia monyet berjalan tegak) selama bertahun-tahun dan telah
mencapai bentuk yang paling sempurna.


Tetapi dalam hal ini Darwin sendiri kebingungan kerana ada beberapa jenis
tumbuhan yang tidak mengalami evolusi dan tetap dalam keadaan seperti
semula. Walaupun pernyataan Darwin dalam bukunya yang berjudul "The Origin
of Species" dapat dikatakan kejayaan besar kerana membahas masalah yang
menyangkut asal usul manusia, namun hal ini hanyalah bersifat dugaan belaka.
Hal ini diantaranya merupakan kelemahan teori yang dikemukakan oleh Darwin.
Tidak ada titik temu antara teori yang ada dengan kenyataan. Sebagai contoh,
para ahli zoologi sangat akrab dengan suatu species yang bernama panchronic
yang tetap sama sepanjang masa. Juga ganggang biru yang diperkirakan telah
ada lebih dari satu milyar tahun namun hingga sekarang tetap sama. Yang lebih
jelas lagi adalah haiwan sejenis biawak/komodo yang telah ada sejak berjuta-juta
tahun yang lalu dan hingga kini tetap ada.




Ciri-Ciri Manusia Dalam Teaori Evolusi




Di   dalam    teorinya    Darwin       berpendapat    bahwa   manusia     berasal    dari
perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana kemudian berkembang
menjadi hewan kera tingkat tinggi sampai akhirnya menjadi manusia. Makhluk
yang     tertua   yang    ditemukan       dengan     bentuk   mirip    manusia     adalah
Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 - 1.000.000 tahun
dengan ukuran otak sekitar 450 - 1450 cm3. Perkembangan dengan perubahan
volume     otak   ini    besar   pengaruhnya       bagi   kecerdasan    otak     manusia.
Australopithecus yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi
menjadi manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3. Dari
penelitian ini diperkirakan dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume otak
itu bertambah 1000 cm3. Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke
manusia modern sekarang ini selama ± 100.000 tahun volume otaknya tidak
berkembang.         Teori        ini       tidak       mengemukakan            alasannya.
Jadi secara jujur dapat kita katakan bahwa teori yang dianggap ilmiah itu ternyata
tidak mutlak karena antara teori dengan kenyataan tidak dapat dibuktikan.
Posted by catalyzer at 12:27 AM 0 comments

Kejadian Manusia (Adam) Menurut Pentateuch (Torah)




Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat
ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam
chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia
bukan cipataan Tuhan yang pertama. Secara umum proses kejadian makhluk
sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari.



Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari
pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia
menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari,
bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari
keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan.
Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di
angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang
diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):“ The God said, “Let Us make humankind
in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish
of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild
animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”



Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab
Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan
manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis
(2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan
huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam
huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek
tersebut.




Kejadian manusia dari aspek fizikal




Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia
pertama yang dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana
yang diungkapkan di dalam Genesis ( 2:7 ):“ then the LORD God formed man
from the dust of the ground...” Dengan jelas pada pandangan penulis fakta
kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang oleh penganut Kristian.
Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berkenaan
fakta tanah ini. Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang
menafsirkan penciptaan manusia daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk
metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk tanah yang sebenar.



Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat
membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan
Adam. Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan
wujud proses-proses pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang
manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat menghuraikan pandangan
tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu berlaku. Pada
pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima
sebarang huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan
tanah atau dust sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya
sebagaimana huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A. Filby,
perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir . Selain
itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan penulis huraian ini
adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri daripada
unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah.
Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas
penulis dapati bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang
penciptaan manusia pertama iaitu Adam, begitu juga mengenai proses-proses
pembentukannya.



Ini dikuatkan lagi dengan hujah yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the
Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia
dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old Testament mahupun New
Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang
pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia
sepertimana penciptaan Adam.



Kejadian manusia dari aspek spiritual


Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja
yang menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis.
Bahagian pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada
pembentukan manusia secara fizikal. Manakala sebahagian yang lain telah
menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam
Genesis ( 2: 7 ):“...and breathed into his nostril the breath of life; and the man
became a living being.”



Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua
komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril
mewakili badan atau body dan breath of life mewakil roh atau spirit. Penjelasan
ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam The Nature and
Destiny of Man . Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti
sama ada ayat tersebut merupakan huraian kepada proses terakhir penciptaan
manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza sebagaimana huraian yang dijelaskan
dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam jasad Adam.




Berdasarkan huraian dalam Islam sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh
bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat terakhir kejadian penciptaan Adam.
Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic .
Di dalam The Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi
sehingga dapat mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of
life) ke dalam jasad Adam melalui lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan
bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana manusia.Berkenaan dengan
jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan
bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu
hari.



Ini dapat dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam
sebelum Tuhan beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran
memaparkan bahawa proses penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.
Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia
pertamaDalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat
hanya satu persamaaan di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan
manusia.



Kedua-duanya    menyatakan     penciptaan   manusia    adalah   daripada   tanah.
Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran unsur tanah ini mempunyai
falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang dihuraikan sebelum
ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke tanah
selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud
tetap pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada
dasarnya tanah mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang
wujud seperti api dan sebagainya .


Di dalam    Evolution and Theologi, St. Augustine         menerangkan bahawa
perbincangan penciptaan manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini
adalah kerana mereka lebih mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang
membicarakan persoalan manusia dengan Tuhannya . Manakala dari segi
perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara. Di
antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran
proses penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan
mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah
difahami dan diyakini.


Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan
penggunaan satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan
penulis ia sukar difahami dengan jelas bukan sahaja kepada penganut agama lain
malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-ahli Theologi mereka.
Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam persoalan
unsur tanah. Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa
kejadian manusia. Walaupun masih belum dapat memastikan tempoh masa
sebenar penciptaan manusia di dalam al-Quran disebabkan masa yang terhad,
tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang iaitu 40 tahun
sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Ini adalah berdasarkan huraian di
peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam sebagaimana yang
ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas dengan merujuk kepada kalimah “‫ ” رهدلا‬yang
membawa maksud waktu daripada masa.


Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan penciptaan manusia ini
hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu pada hari
keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ). Penulis melihat bahawa
adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai penciptaan
manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat
Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian
seperti Konsep Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam
Islam walaupun ia bukan termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun,
tetapi persoalan ini bersangkut paut dengan kepercayaan dan keimanan terhadap
kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.
Posted by catalyzer at 12:05 AM 0 comments

Thursday, March 15, 2007
Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam




MENURUT                                                                 ISLAM


Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al
Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi
ilmu                                                             pengetahuan.




Kompenen            dan           Proses            Kejadian          Manusia
Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan
manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia
adalah daripada tanah ( turab ).




Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada
beberapa ayat yang bersesuaian.



Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫سس س‬‫) سسس سس سس‬



Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan
debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min
ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur
daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini
telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana
yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan
yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga
adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai
Khāliqnya.




Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-
Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati
sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu
beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk
bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air
yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.
Kedua: Peringkat Tanah Melakat ( ‫) سسسس سسس‬


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana
diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy
menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel
di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang
keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya
bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal
sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada
dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya
berubah menjadi keras dan kering .




Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫)سسس سس سسسس‬




Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille ‫ سسسس س سسسس‬diertikan sebagai lumpur
atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur
yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini
adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.




                                  ‫س‬
Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫س سس س س‬‫)س‬
Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama
iaitu ‫ راخفلااك‬yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada
peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T
berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa
dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang
gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin
. Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga
manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai
peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga
peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.




Kelima: Peringkat Peniupan Roh




Peringkat   yang   kelima   ini   menunjukkan     proses   penciptaan    manusia
pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga
ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan
tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat
jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan
selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji
Allah iaitu (‫ ) هلل دمحلا‬lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya,
Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga.
Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan
sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah
tersebut.
Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk
kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam
berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat
penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah
bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa
iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di
dalam kitab Hayāt Ādam .




Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses
penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari
ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa
atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka dengan berakhir proses
peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama
yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan
manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya
adalah bersifat kronologi.
Posted by catalyzer at 11:45 PM

« Gorengan Memicu Kanker?

KEBOHONGAN NATAL 25 DESEMBER »


Foto-foto proses kejadian seorang manusia
Posted by d12kt pada 18 Oktober 2009

Berikut ini beberapa seleksi fotografer Swedia bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan
foto2 in vivo embrio manusia dan subjek2 kedokteran lainnya yang dulu dianggap tidak bisa
diabadikan lewat foto.

Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar2 menakjubkan ini!
Dalam seri foto ini, dia menguak semua rahasia – bagaimana kehidupan berawal!!! Bukti
keagungan Tuhan!!! Subhanallah!!!

Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!
Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:




Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur..
Dinding rahim yang siap dibuahi:




Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim:
Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala:




Sudah mulai berbentuk:
Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup…




Source : www.kaskus.us tukang poto : www.maseta.info/
Diposkan oleh Yoga Candra Arizona di 17:


                     Asal Usul Manusia (1)
  "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan
 seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila
Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah
                         kamu kepadanya dengan bersujud" (QS. Al Hijr (15) : 28-29)

Muqadimah

Diantara sekian banyak penemuan manusia dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi yang
sedemikian canggih, masih ada satu permasalahan yang hingga kini belum mampu dijawab dan
dijabarkan oleh manusia secara eksak dan ilmiah. Masalah itu ialah masalah tentang asal usul kejadian
manusia. Banyak ahli ilmu pengetahuan mendukung teori evolusi yang mengatakan bahwa makhluk
hidup (manusia) berasal dari makhluk yang mempunyai bentuk maupun kemampuan yang sederhana
kemudian mengalami evolusi dan kemudian menjadi manusia seperti sekarang ini. Hal ini diperkuat
dengan adanya penemuan-penemuan ilmiah berupa fosil seperti jenis Pitheccanthropus dan
Meghanthropus.
Di lain puhak banyak ahli agama yang menentang adanya proses evolusi manusia tersebut. Hal ini
didasarkan pada berita-berita dan informasi-informasi yang terdapat pada kitab suci masing-masing
agama yang mengatakan bahwa Adam adalah manusia pertama. Yang menjadi pertanyaan adalah
termasuk dalam golongan manakah Adam ? Apakah golongan fosil yang ditemukan tadi atau golongan
yang lain ? Lalu bagaimanakah keterkaitannya ?

Asal Usul Manusia menurut Islam

Kita sebagai umat yang mengakui dan meyakini rukun iman yang enam, maka sudah sepantasnya kita
mengakui bahwa Al Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu
pengetahuan.

"Kitab (Al Qur’an) in tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang
beriman kepada yang ghaib....." (QS. Al Baqarah (2) : 2-3)

Dengan memperhatikan ayat tersebut maka kita seharusnya tidak perlu berkecil hati menghadapi orang-
orang yang menyangkal kebenaran keterangan mengenai asal usul manusia. Hal ini dikarenakan mereka
tidak memiliki unsur utama yang dijelaskan dalam Al Qur’an yaitu Iman kepada yang Ghaib. Ini
sebenarnya tampak pula dalam pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka dalam
menguraikan masalah tersebut yaitu selalu diawali dengan kata kemungkinan, diperkirakan, dsb. Jadi
sebenarnya para ilmuwanpun ragu-ragu dengan apa yang mereka nyatakan.

Tahapan kejadian manusia :

a) Proses Kejadian Manusia Pertama (Adam)

Di dalam Al Qur’an dijelaskan bahwa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian
dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh Allah ditiupkan
ruh kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :

"Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah".
(QS. As Sajdah (32) : 7)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)

Disamping itu Allah juga menjelaskan secara rinci tentang penciptaan manusia pertama itu dalah surat
Al Hijr ayat 28 dan 29 . Di dalam sebuah Hadits Rasulullah saw bersabda :

"Sesunguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah". (HR. Bukhari)

b) Proses Kejadian Manusia Kedua (Siti Hawa)

Pada dasarnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah di dunia ini selalu dalam keadaan berpasang-
pasangan. Demikian halnya dengan manusia, Allah berkehendak menciptakan lawanjenisnya untuk
dijadikan kawan hidup (isteri). Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam salah sati firman-Nya :

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh
bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (QS. Yaasiin (36) : 36)
Adapun proses kejadian manusia kedua ini oleh Allah dijelaskan di dalam surat An Nisaa’ ayat 1 yaitu :

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari
padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan
perempuan yang sangat banyak..." (QS. An Nisaa’ (4) : 1)

Di dalam salah satu Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dijelaskan :

"Maka sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam" (HR. Bukhari-Muslim)

Apabila kita amati proses kejadian manusia kedua ini, maka secara tak langsung hubungan manusia laki-
laki dan perempuan melalui perkawinan adalah usaha untuk menyatukan kembali tulang rusuk yang
telah dipisahkan dari tempat semula dalam bentuk yang lain. Dengan perkawinan itu maka akan lahirlah
keturunan yang akan meneruskan generasinya.

c) Proses Kejadian Manusia Ketiga (semua keturunan Adam dan Hawa)

Kejadian manusia ketiga adalah kejadian semua keturunan Adam dan Hawa kecuali Nabi Isa a.s. Dalam
proses ini disamping dapat ditinjau menurut Al Qur’an dan Al Hadits dapat pula ditinjau secara medis.

Di dalam Al Qur’an proses kejadian manusia secara biologis dejelaskan secara terperinci melalui firman-
Nya :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami
jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami
jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia
makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik." (QS. Al Mu’minuun (23)
: 12-14).

Kemudian dalam salah satu hadits Rasulullah SAW bersabda :

"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu
dikumpulkannya pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian
selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari)
dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya (untuk
menuliskan/menetapkan) empat kalimat (macam) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik
(nasibnya)." (HR. Bukhari-Muslim)

Ungkapan ilmiah dari Al Qur’an dan Hadits 15 abad silam telah menjadi bahan penelitian bagi para ahli
biologi untuk memperdalam ilmu tentang organ-organ jasad manusia. Selanjutnya yang dimaksud di
dalam Al Qur’an dengan "saripati berasal dari tanah" sebagai substansi dasar kehidupan manusia adalah
protein, sari-sari makanan yang kita makan yang semua berasal dan hidup dari tanah. Yang kemudian
melalui proses metabolisme yang ada di dalam tubuh diantaranya menghasilkan hormon (sperma),
kemudian hasil dari pernikahan (hubungan seksual), maka terjadilah pembauran antara sperma (lelaki)
dan ovum (sel telur wanita) di dalam rahim. Kemudian berproses hingga mewujudkan bentuk manusia
yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat diatas).

Para ahli dari barat baru menemukan masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940
dan baru dibuktikan pada tahun 1955, tetapi dalam Al Qur’an dan Hadits yang diturunkan 15 abad lalu
hal ini sudah tercantum. Ini sangat mengagumkan bagi salah seorang embriolog terkemuka dari Amerika
yaitu Prof. Dr. Keith Moore, beliau mengatakan : "Saya takjub pada keakuratan ilmiyah pernyataan Al Qur’an
yang diturunkan pada abad ke-7 M itu". Selain iti beliau juga mengatakan, "Dari ungkapan Al Qur’an dan
hadits banyak mengilhami para scientist (ilmuwan) sekarang untuk mengetahui perkembangan hidup
manusia yang diawali dengan sel tunggal (zygote) yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina)
dibuahi oleh sperma (sel kelamin jantan). Kesemuanya itu belum diketahui oleh Spalanzani sampai
dengan eksperimennya pada abad ke-18, demikian pula ide tentang perkembangan yang dihasilkan dari
perencanaan genetik dari kromosom zygote belum ditemukan sampai akhir abad ke-19. Tetapi jauh
ebelumnya Al Qur’an telah menegaskan dari nutfah Dia (Allah) menciptakannya dan kemudian (hadits
menjelaskan bahwa Allah) menentukan sifat-sifat dan nasibnya."

Sebagai bukti yang konkrit di dalam penelitian ilmu genetika (janin) bahwa selama embriyo berada di
dalam kandungan ada tiga selubung yang menutupinya yaitu dinding abdomen (perut) ibu, dinding
uterus (rahim), dan lapisan tipis amichirionic (kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan
kegelapan dalam selaput yang menutup/membungkus anak dalam rahim). Hal ini ternyata sangat cocok
dengan apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al Qur’an :

"...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut,
kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)..." (QS. Az Zumar (39) :
6).

Khatimah

Dari uraian diatas jelas tampak bahwa pernyataan dalam surat Al Baqarah ayat 2 -3 tersebut diatas benar
adanya dalam hal ini dapat dibuktikan secara ilmiah terutama dalam kaitannya dengan asal-usul
kejadian manusia. (Bersambung)

(Oleh : Fajar Adi Kusumo)

Referensi : - Al Qur’an

- Drs. M. Noor Matdawam, Manusia, Agama, dan Kebatinan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:238
posted:10/9/2012
language:Malay
pages:37