PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL by AXJPB7

VIEWS: 0 PAGES: 36

									      PENGURUSAN
          DAN
  KESELAMATAN BENGKEL


“Sahabat yang tidak jujur
 ibarat dapur yang berhampiran.
 Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya
 sudah pasti akan terkena asapnya”.
PENCEGAHAN KEMALANGAN
 PENGENALAN:
   Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan
    terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana
    atau gangguan. la merupakan perkara untuk mencegah
    daripada berlakunya kemalangan.

   Konteks keselamatan kerja pula ia boleh didefinisikan
    sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk
    meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat
    kerja, bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan
    lingkungannya (Suma'mur, 1981).
Samb…

  Latihan keselamatan adalah menjurus
   kepada latihan dan orientasi pekerja ke
   arah tingkah laku bekerja secara
   selamat. la merupakan suatu amalan
   untuk mencegah kemalangan yang boleh
   menyebabkan kecederaan atau keadaan
   yang membahayakan kepada:
   (a) Pekerja/pelajar
   (b) Kakitangan
   (c) Kelengkapan dan peralatan
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:
Kemalangan berlaku kerana:-
  (a)      pekerja/pelajar telah melakukan pekerjaan
                  yang tidak selamat
  (b)      bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat

 Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan seperti:
      (a)   Menghapuskan gangguan
      (b)   Menggunakan alat-alat yang selamat
      (c)   Papan kenyataan yang mempunyai maklumat
            amaran keselamatan
      (d)   Melatih pekerja
      (e)   Memakai peralatan perlindungan - pakaian,
            kasut, topi keselamatan dan sebagainya.
(a)        Pencegahan Kebakaran

 Beberapa langkah telah diambil bertujuan untuk mencegah,
  menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
  semasa berlakunya kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah
  seperti berikut:
  (i) Pendidikan dan latihan
  •   Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahaya-
      bahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran.
  •   Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian
      api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan
      peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan.
  •   Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela
  •   Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dalam kurikulum
      pembelajaran sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi.
  •   Mengadakan latihan bersama "Mork Drilf di sesebuah bangunan
      atau      tempat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
      penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti
      masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.
       Tindakan Pencegahan
 Sistem Keselamatan Kebakaran
   merupakan langkah persediaan kepada
    tindakan pencegahan dan perlindungan di
    sesebuah bangunan. la juga merupakan
    satu strategi bertindak semasa menghadapi
    risiko-risiko bahaya kebakaran.
   Sistem ini terbahagi kepada dua kategori
    iaitu pencegahan dan perlindungan
    kebakaran.
       (ii)   Penguatkuasaan


 Untuk ini seorang pegawai bomba diberi
  kuasa untuk membuat pemeriksaan
  seperti yang termaktub dalam Akta
  Bomba 341/1988 serta membuat
  pemantauan untuk memastikan sistem
  pencegahan kebakaran yang sedia ada
  dalam keadaan baik dan boleh digunakan
  bila-bila masa.
       (iii) Kejuruteraan

 Kejuruteraan adalah badan yang
  mengkaji dan meneliti pelan-pelan
  bangunan dan bahan-bahan keperluan di
  dalam bangunan seperti sistem
  kebombaan.
(iv) Kawalan keselamatan


  Untuk memastikan peralatan
   pencegahan kebakaran berada dalam
   keadaan baik.
   (v)    Penyelenggaraan peralatan
          supaya dalam keadaan baik
  (vi) 'Good house keeping'
        Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau
         tempat serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar
         keselamatan.
(b)       Perlindungan Kebakaran
 Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu
  perlindungan pasif dan perlindungan aktif.

  (i)    Perlindungan pasif
    Perlindungan kebakaran pada bangunan dengan
     mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang
     akses perkakasan dan ketahanan struktur bangunan
     seperti jalan keluar keselamatan, pemetakan, paras
     akses perkakas bomba,ruang akses menentang
     kebakaran, kekemasan dalam siling.
  (ii)   Perlindungan aktif
    Sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah
     bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu
     mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam
     kebakaran sama ada secara automatik atau manual.
            Latihan Keselamatan
 Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak
  dan penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang
  demikian orientasi keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus
  kepada:
  (a) Mengadakan Kod Bertingkah-laku
    Contoh: Polisi keselamatan ialah garis panduan tindakan keselamatan.

 Panduan pelaksanaan:
  •   Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program
  •   Merupakan tanggungjawab pihak pengurusan terhadap
      keselamatan.
  •   Prosedur perlaksaan adalah secara bercetak.
  •   Falsafah polisi merangkumi arahan keselamatan dalam semua
      keadaan di semua aspek.
  •   Merupakan penyataan yang jelas tentang demonstrasi
      penggunaan peralatan, perbincangan keselamatan dan
      sebagainya.
  •   Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti
      laporan pemeriksaan berkala.
(b) Mewujudkan Arahan Keselamatan
  •   Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan
      peralatan bengkel atau sebagainya.
  •   Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat.
  •   Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan.
  •   Menyediakan peti cadangan keselamatan.

(c)   Kumpulan Sasaran untuk Latihan
      Keselamatan
  •   Semua golongan pekerja adalah dalam sasaran teratas kerana
      mereka inilah yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan
      dan sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Seterusnya
      adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap soal
      keselamatan, latihan, peningkatan dan kesihatan pekerja atau
      individu-individu lain yang difikirkan sesuai.
  •   Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.
Penyediaan Laporan Bertulis
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514,
  menetapkan majikan bertanggungjawab untuk
  memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
  semasa bekerja.
 Akta ini mewajibkan majikan merangka dan melaksanakan
  dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan
  pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan
  dasar tersebut.
 Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan
  mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan
  kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian
  berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di
  tempat kerja.
Penyediaan Laporan Bertulis
 Penyakit pekerjaan adalah sebarang penyakit
  atau perubahan fizikal, mental atau fungsi
  seseorang, akibat faktor di tempat kerja.
  Contohnya pekerja yang mengalami kegatalan
  atau kerengsaan kulit setelah terdedah kepada
  bahan kimia di tempat kerja atau mengalami lelah
  secara tiba-tiba akibat pendedahan asap atau gas
  semasa bekerja.
 Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan
  perangkaan kebakaran yang tepat dan sistematik.
  Jabatan bomba dan penyelamat telah
  mengeluarkan arahan dan borang mengenai
  penyediaan laporan kebakaran.
Format laporan kebal mengandungi
perkara-perkara berikut:

 (a)   negeri dan balai yang membuat laporan
 (b)   jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa
       kejadian, tempat dan jarak
 (c)   cara panggilan samada datang terus atau
       menerusi talian
 (d)   bilangan anggota yang bertugas
 (e)   keadaan kebakaran dan tindakan awal
 (f)   laporan tentang kecederaan
 (g)   nilaian harta yang terlibat
 (h)   insurans yang berkaitan
Rekod Keselamatan dan
Kemalangan
 Tujuan menyimpan rekod:
 (i)   membantu untuk membuat laporan yang tepat dan
       lengkap
 (ii)  panduan keberkesanan langkah pencegahan
 (iii) asas penilaian keberkesanan program
       keselamatan
 (iv)  menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan
       yang serupa
 (v)   menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak
       selamat
 (vi)  menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan
Jenis-jenis rekod keselamatan:


 (i)     buku rekod kemalangan
 (ii)    pemeriksaan keselamatan
 (iii)   mesyuarat jawankuasa keselamatan
 (iv)    program keselamatan
      PERSEDIAAN PERALATAN
           SOKONGAN

1. Peranti Keselamatan (Safety Devices)
 Peranti keselamatan merupakan peralatan
  yang digunakan untuk melindungi pekerja
  daripada mengalami kemalangan yang
  boleh mengakibatkan kecederaan dan juga
  kematian.
  Peranti Keselamatan (Safety Devices)

 Terdapat beberapa peranti keselamatan di dalam sistem
  pendawaian elektrik, antaranya ialah:
  (a) Fius
    Sejenis alat yang diguna sebagai pelindung arus lebih. la
     melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada
     mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat
     elektrik mengalami litar bocor ke bumi.
    Amnya fius adalah seutas dawai kuprum atau dawai aloi
     timah plumbum yang akan lebur apabila ia membawa arus
     yang melebihi had keupayaannya. Fius tidak segera lebur
     apabila arus yang berlebihan melaluinya tetapi ia
     mengambil masa tertentu. Ini menjadikan fius tidak begitu
     efisen dan sesuai untuk melindungi peralatan yang peka
     terhadap arus yang berlebihan.
    Fius yang boleh didawai semula, fius kartrij, fius keupayaan
     pemutus tinggi dan fius palam.
Peranti Keselamatan (Safety Devices)

(b)   Pemutus Litar
 Pemutus litar adalah merupakan alat yang akan
  memutuskan litar dengan sendiri (automatik) apabila
  berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula
  dengan menolak tangkai suis.
 Pemutus litar biasanya dikadarkan dari 15 A hingga
  200 A untuk pelindung arus lebih di rumah kediaman
  atau di kilang perusahaan. lanya diperbuat daripada
  gelung elektromagnet yang disambung secara siri
  dengan litar.
 Terdapat beberapa jenis pemutus litar antaranya ialah
  jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis
  hembusan udara, jenis vakum dan jenis miniatur.
Peranti Keselamatan (Safety Devices)
(c) Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
  Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) digunakan apabila
   pembumian yang baik tidak diperolehi kerana impedan
   terlalu tinggi sehingga tidak mampu memutuskan dawai
   filemen fius atau pemutus yang lain, lanya beroperasi pada
   voltan yang sama atau melebihi 50 V di antara bumi dengan
   sebarang logam.
 Terdapat beberapa jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu :
  (i)        ELCB Kendalian voltan satu elektrod
  (ii)       ELCB kendalian voltan dua elektrod
  (iii)      ELCB kendalian arus baki
  (iv)       ELCB arus imbang
  (v)        ELCB menggunakan geganti
  (vi)       ELCB bagi motor yang menggunakan pemula
              punat tekan.
Peranti Keselamatan (Safety Devices)

(c)   Pemencil
 Merupakan alat yang boleh memutuskan bekalan
  pengagihan kepada pengguna dengan membukakan
  sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak
  jika salah satu kutub bekalan tidak ke bumi.
 lanya dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi
  setiap pemasangan.
 Pemencil diadakan bertujuan untuk mengasingkan litar
  dan seterusnya melindungi pengguna daripada
  renjatan elektrik yang berterusan.
          Peranti Keselamatan
             (Safety Devices)

(d)   Pengubah Pengasing (Isolated
      Transformer)
   Merupakan peralatan yang digunakan untuk
    memberikan pengasingan elektrik antara litar
    utama dan litar sekunder.
   Bilangan lilitan belitan sekunder adalah sama
    dengan lilitan belitan utama dan voltan
    sekunder dengan voltan utama adalah sama.
 Peralatan Pencegahan Kebakaran

 Peralatan pencegahan kebakaran pada
  masa kini merupakan sistem amaran
  kebakaran yang dipasang secara tetap dan
  beroperasi secara automatik di bangunan-
  bangunan.
 Walaupun begitu terdapat juga bangunan
  atau premis yang menggunakan sistem
  manual untuk memberi amaran kebakaran.
 Peralatan Pencegahan Kebakaran

 Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau
  premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:
  (i) Perlindungan Aktif
    Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan
     untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara
     manual atau automatik.
  (ii)   Perlindungan Pasif
    Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur
     sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap
     dari merebak agar penghuni dapat berlindung atau
     menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat
     menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan
     kebakaran.
       (a)   Jenis Perlindungan Aktif
(i)    Alat pecah kaca
  Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara
   memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh
   orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia
   melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi
   loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon
   di mana kaca tersebut dipecahkan.
(ii)   Alat pengesan haba
  Alat ini beroperasi secara automatik. la akan
   mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila
   mengesan haba atau suhu tertentu pada peringkat awal
   kebakaran.
   (a)   Jenis Perlindungan Aktif
(iii) Alat pengesan asap
 Alat ini juga beroperasi secara automatik. la
  juga berperanan untuk mengaktifkan sistem
  amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah
  asap yang tertentu.
(iv) Sistem pemasangan sprinkler
 lanya bertujuan untuk mengawal kebakaran
  pada peringkat awal dengan cara semburan air
  yang bertekanan khusus kepada zon/kawasan
  yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan
  penggera kebakaran. la bertindak secara
  automatik.
      (a)   Jenis Perlindungan Aktif
(v)     Sistem pemasangan pancur (riser).
 Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah
  dan Pancur kering.
(vi) Sistem pili bomba (hyderant)
 Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung,
  hydran halaman dan hydran kota.
 Hydran gedung ditempatkan dalam gedung,
  hydran halaman ditempatkan di halaman
  manakala hydran kota biasanya ditempatkan
  pada beberapa titik yang memungkinkan Unit
  Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil
  cadangan air.
     (a)    Jenis Perlindungan Aktif


(vii)      Sistem salur Bantu mula (hosereef)
(viii)     Sistem gas CO2,
(ix)       Sistem pemasangan tetap buih
           (foam)
b. Jenis Perlindungan Pasif


   (i)     Tangga terlindung.
   (ii)    Koridor terlindung
   (iii)   Pintu rintangan api
   (iv)    Ruang akses menentang
           kebakaran
   (v)     Lif Bomba
          Alat Pemadam Api

 Ramai orang biasa melihat alat pemadam api
  tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya
  berfungsi. Alat ini merupakan satu alat
  pencegahan kebakaran mudah alih yang
  penting. Setiap alat pemadam api ditandakan
  simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang
  boleh dipadamkan.
  (a) Kategori Alat Pemadam Api
   Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang
    digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan
    Penyelamat.
Di antara alat pemadam api yang selalu
digunakan untuk membantu pemadaman di
peringkat awal ialah:

Jenis yang mengeluarkan air     •      Tabungnya berwarna krim
iaitu soda acid dan Water CO2   •      Memadam kebakaran
                                minyak
                                •      Kebakaran bahan alkohol
                                (pola)
Jenis yang mengeluarkan buih    •      Tabungnya berwarna krim
                                •      Memadam kebakaran
                                minyak
                                •      Kebakaran bahan alkohol
Jenis yang mengeluarkan         (pola)
                                • Debu kering mengandungi
debu kering (Jenis ABC)         sodium bikarbonat.
                                • Terbukti selamat.
                                • Untuk Kelas A,B, C.
Di antara alat pemadam api yang selalu
digunakan untuk membantu pemadaman
di peringkat awal ialah:

  Jenis yang mengeluarkan gas   •       Tabungnya berwarna biru.
                                •       Mengandungi gas karbon
                                karbon dioksida
                                •       Agen pemadam yang
                                bersih
                                •       Tidak merosakkan
                                komponen elektrik
                                •       Tabungnya berwarna
                                hitam
(b) Cara Mengguna Alat Pemadam
        Api
  Cara untuk menggunakan kebanyakan alat
    pemadam api permulaan berdasarkan singkatan
    perkataan PASS dan cara menghalakan alat
    pemadaman adalah berdasarkan
    P - Pull        : Tarik pin di atas alat pemadam
                        api
    A - Aim        :    Halakan muncung alat pemadam
                       ke punca api (bahan).
    S - Squeeze : Fusing atau tekan pemegang
    S - Sweep      :    Halakan pancutan ke arah punca
                       api pada jarak 3 m sehingga api
                       padam.
 **** Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.
        PERTOLONGAN CEMAS
 Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang
  diberikan kepada orang yang cedera sebelum
  golongan profesional seperti doktor atau
  jururawat mengambil alih.
 Memberi pertolongan cemas yang sempurna
  memerlukan beberapa kemahiran asas,
  pengetahuan, latihan dan kepakaran.
 Anda sebagai pengguna bengkel Kemahiran
  Hidup di sekolah sekurang-kurangnya tahu asas-
  asas yang perlu dilakukan apabila berlaku
  kemalangan di bengkel sekolah.
Sekian, Terima kasih!!!!




  “ Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah
    satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
    janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa ”.

								
To top