Docstoc

88525144-Folio-Bola-Jaring

Document Sample
88525144-Folio-Bola-Jaring Powered By Docstoc
					                 PENGENALAN BOLA JARING

SEJARAH BOLA JARING

             Bola jaring adalah satu permainan yang direka dan diubahsuai daripada
permainan bola keranjang. Bola keranjang diperkenalkan oleh Dr. James Naismith di
Massachussets, Amerika Syarikat. Pada tahun 1895, seorang pensyarah berbangsa
Amerika bernama Dr.Toles yang mengajar di Kolej Latihan Fizikal Madame
Osterberg, England telah memperkenalkan cara-cara bermain bola keranjang dalam
dewan kepada pelajar-pelajar perempuan kolej tersebut.

             Sungguhpun permainan itu mirip bola keranjang, tidak terdapat
peraturan permainan yang khusus. Ukuran gelanggang juga tidak bersempadan dan
tanpa garisan bulat seperti gelanggang bola keranjang. Gol yang digunakan ialah
bakul sampah.

             Pada tahun 1897, kolej itu didatangi oleh seorang guru wanita
berbangsa Amerika. Beliau telah mengubahsuai permainan ini berdasarkan
permainan bola keranjang. Gol yang berbentuk gelung besi menggantikan bakul
sampah. Gelanggang permainan pula dibahagi kepada tiga kawasan. Bola
keranjang digunakan sebagai bola jaring.

             Bola jaring menjadi permainan yang popular di England. Banyak kelab,
kolej dan sekolah bermain permainan ini secara aktif. Sungguhpun begitu peraturan
permainan masih berbeza-beza.

             Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di
England. Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini
dengan bola keranjang. Pengiraan skor dibuat setiap kali bola dimasukkan ke dalam
jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk
gelung besi ditukar kepada jaring. Ukuran bola juga dikecilkan kepada ukuran bola
sepak. Langkah ini bertujuan agar kilang dapat mengeluarkan bola yang khusus
untuk bola jaring.

             Negara-negara tanah jajahan British seperti Australia, New Zealand,
India, Malaysia, Afrika, dan Hindia Barat mula bermain bola jaring. Pertandingan
antarabangsa yang pertama adalah di antara England, Wales dan Scotland, iaitu
pada tahun 1949. Menjelang tahun 1960, Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa
ditubuhkan. Serentak itu juga, undang-undang permainan bola jaring bagi peringkat
antarabangsa dibuat.

              Pertandingan yang teragung bagi permainan ini ialah Pertandingan Bola
Jaring Sedunia yang dijalankan setiap empat tahun sekali.

              Di Malaysia, perkembangan bola jaring bermula di sekolah-sekolah.
Guru-guru berbangsa Inggeris memperkenalkan permainan kepada murid-murid
tempatan. Sehingga kini permainan bola jaring menjadi salah satu sukan yang
dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat kelab, permainan ini dijalankan sebagai
aktiviti rekreasi.

              Di kalangan kaum wanita Malaysia, permainan bola jaring merupakan
permainan yang popular. Sungguhpun begitu, hanya pada tahun 1978 barulah
persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan.
Persatuan ini berperanan menganjurkan aktiviti di peringkat kebangsaan seperti
pertandingan bola jaring antara negeri dan menyediakan pasukan bola jaring
Malaysia untuk pertandingan-pertandingan antarabangsa.




PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah
sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol, kasut dan bip.

BOLA

              Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya
seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan
beratnya     6.35-7.26g.   Bola    ini   diperbuat    daripada    getah      atau   kulit.
GELANGGANG


            Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
gelanggang tertutup. Gelanggang terbuka ialah gelanggang di tempat yang
berumput. Manakala,gelanggang tertutup ialah di dalam dewan yang bersimen.




GELANGGANG TERBUKA                  GELANGGANG TERTUTUP



TIANG GOL

   1) Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10 kaki) tinggi.
   2) Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci).
   3) Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150mm atau 6
      inci panjang.
BIP

  1) Semua pasukan mesti memakai jersi yang seragam iaitu corak, bentuk, dan
      warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai
      sepanjang kejohanan.
  2) Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bip berlainan warna yang
      ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci.
  3) Sekiranya berlaku persamaan warna bip, pasukan yang namanya dicatatkan
      terdahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar bip yang berlainan
      warna.
KASUT

   1) Pemakaian kasut diwajibkan dari awal hingga akhir permainan.




UKURAN GELANGGANG

            Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
gelanggang tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan
terbuka atau dibuat gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola
keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai
Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang
dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.

            Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak di tengah gelanggang.
Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai
Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring
boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah
kawasan merupakan kawasan gol.

           Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini
pula terletaknya bulatan tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan
pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang
merupakan bulatan gol.
            KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

MENGHANTAR DAN MENERIMA HANTARAN

MENGHANTAR

            Hantaran merupakan kemahiran asas dalam permainan bola jaring. Hal
ini kerana dalam permainan bola jaring, setiap pemain perlu menghantar bola
tersebut kepada satu sama lain sama ada menggunakan satu tangan atau dua
tangan. Pemain bola jaring perlu mempunyai kemahiran hantaran yang pelbagai
agar terdapat unsur kejutan dalam permainan mereka.




Kepentingan Hantaran

            Hantaran penting dalam permainan bola jaring kerana hantaran
merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan. Dalam satu
permainan bola jaring, pasukan akan banyak menghantar bola kepada penjaring
pasukan. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran hantaran yang baik akan
memberi banyak peluang kepada penjaring mereka untuk menjaringkan bola dan
sebaliknya jika pasukan memiliki kemahiran menghantar yang lemah akan
meghalang peluang penjaring pasukan untuk menjaringkan bola seterusnya
menghalang peluang pasukan untuk menang.




Jenis-Jenis Hantaran

            Hantaran bola jaring tergolong dalam dua kategori: hantaran dua tangan
dan hantaran satu tangan. Dalam kedua-dua kategori ini pula terdapat hantaran bola
tinggi dan hantaran bola rendah. Kedua-dua hantaran satu tangan dan dua tangan
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pemain yang mahir dalam teknik-teknik asas
hantaran akan menjadi seorang pemain yang serba boleh dengan pelbagai hantaran
yang akan membuat pasukan lawan terteka-teka.
Hantaran Dua Tangan

               Hantaran dua tangan merupakan hantaran yang mudah untuk dipelajari
kerana kedua-dua tangan digunakan untuk melakukan hantaran ini. Kedudukan
tangan sama ada di        belakang bola atau di bahagian atas dan bawah bola.
Pergelangan tangan dan jari-jari akan mengarahkan bola manakala siku, lengan
dan berat badan akan mengeluarkan tenaga untuk kelajuan serta jarak kepada
hantaran yang akan dilakukan. Kelebihan hantaran dua tangan ialah ia boleh diambil
semula dengan mudah pada bila-bila masa sebelum ia dilepaskan berbanding
hantaran satu tangan yang sukar untuk diambil semula apabila aksi hantaran telah
dimulakan. Hantaran dua tangan terdiri daripada hantaran dada, hantaran lantun,
hantaran atas kepala dan hantaran sisi.




Hantaran Satu Tangan

               Hantaran satu tangan merupakan hantaran yang kuat dalam permainan
bola jaring. Untuk melakukan hantaran satu tangan, bola dipegang dengan jari-jari
tangan balingan dibuka luas manakala tangan yang lagi sebelah diletak pada bola
untuk mengawal atau menstabilkannya. Berat badan diimbangkan di kaki belakang,
kaki yang bertentangan dengan tangan balingan di hadapan dengan lutut
dibengkokkan sedikit. Semasa bola dilepaskan, pastikan jari-jari mengawasi bola,
lengan dan bahu memberi daya dan kelajuan pada bola. Hantaran satu tangan
terdiri daripada hantaran lantun, hantaran aras bahu, hantaran lob, hantaran peluru
dan hantaran bawah bahu.




Panduan Membuat Hantaran

               Pemain yang ingin membuat hantaran tidak boleh panik. Pemain
mempunyai tiga saat untuk mencari arah hantaran. Jangan tergesa-gesa kerana
hantaran yang tergesa-gesa mungkin membuatkan pasukan kehilangan bola. Selain
itu, mata hendaklah mencari sasaran hantaran dan buat hantaran di hadapan rakan
yang bergerak. Rajah di bawah menunjukkan contoh hantaran yang terdapat dalam
bola jaring.
                               Membuat Hantaran


MENERIMA HANTARAN

            Kemahiran menerima hantaran merupakan langkah pertama dalam
permainan bola jaring. Ketika menerima bola, jari-jari keluar untuk menerima bola,
menangkap bola dan menarik bola rapat ke dada. Terdapat dua cara untuk
menangkap bola: menggunakan dua tangan dan menggunakan satu tangan.

Menggunakan Dua Tangan

            Kedudukan badan hendaklah seimbang sambil mata melihat pada bola.
Tangan dikeluarkan dan bersedia untuk menangkap. Siku dibengkokkan sedikit
manakala jari-jari dibuka. Selepas bola ditangkap, pemain perlu menarik bola ke
arah dada dan bersedia untuk menghantar atau menjaring. Kelebihan menangkap
menggunakan dua tangan ialah merupakan cara menangkap yang paling selamat
dan membolehkan pemain mendapat kawalan yang lebih baik terhadap bola.

Menggunakan satu tangan

           Menangkap      menggunakan    satu   tangan   pula   merupakan   cara
menangkap yang kurang selamat tetapi memberi kelebihan kepada pemain dari segi
jangkauan ke arah bola. Ketika bersedia untuk menangkap bola menggunakan satu
tangan, pemain perlu menyeimbangkan badan sambil memerhatikan arah bola dan
tangan dihulurkan ke arah bola. Ketika ingin menangkap pula, pergelangan tangan
dibengkokkan, jari-jari dibuka luas. Setelah bola berada dalam tangkapan, pegang
bola dengan kemas menggunakan jari-jari, tarikkan bola ke badan manakala tangan
yang lagi sebelah digunakan untuk mengawal bola dan bersedia untuk membuat
hantaran atau jaringan. Rajah di bawah menunjukkan contoh menerima hantaran.
                              Menerima Hantaran


HANTARAN ARAS DADA

           Hantaran dada dilakukan menggunakan dua tangan. Melalui hantaran
dada, bola akan bergerak dengan laju dan tepat. Untuk melakukan hantaran aras
dada, bola dipegang dengan kemas menggunakan hujung jari kedua-dua tangan.
Ibu jari diletakkan di belakang bola dan pergelangan tangan dibengkokkan. Bola
dipegang rapat ke dada, siku di sisi badan. Gunakan lengan dan berat badan untuk
memberi lebih tenaga dan jarak hantaran. Dengan cara ini, bola akan bergerak
lurus.
HANTARAN BAHU

            Hantaran bahu biasanya digunakan oleh pemain bola keranjang.
Mulakan dengan bola di hujung jari-jari tangan balingan anda. Kedudukan siku
adalah bersudut tepat dengan bahu. Pegang bola rapat ke badan ke arah bahu.
Tangan di belakang bola manakala kedudukan siku menghala jauh dari badan.
Kawal bola dengan tangan yang satu lagi. Kaki yang bertentangan dengan tangan
balingan mestilah di hadapan dan bahu terbuka, bersedia untuk hantaran jarak jauh.
Lepaskan bola dari jari-jari, ikut lajak dengan tangan balingan, dan alihkan berat
badan ke hadapan serentak dengan kaki belakang menghala ke belakang.

            Hantaran aras bahu ini merupakan hantaran satu tangan yang sering
digunakan. Gunakan setiap kali anda perlu membuat hantaran terus yang cepat.
Selain itu, hantaran ini digunakan ketika hantaran tengah, dalam kawasan sepertiga
gol, dan oleh pemain pertahanan yang ingin membuat hantaran jauh keluar dari
sepertiga mereka.




Contoh-Contoh Hantaran




HANTARAN LANTUN

            Hantaran lantun merupakan hantaran yang mengelirukan. Hantaran ini
merupakan tindakan untuk menghantar bola pada apabila pihak lawan terlalu dekat
dengan pemain. Arahkan hantaran bola rendah ke tanah. Bola akan melantun ke
tanah dan rakan boleh mengambil dengan selamat.




Hantaran Lantun : Satu Tangan

               Apabila pemain telah mahir melakukan hantaran lantun dua tangan,
cuba versi satu tangan pula. Ini akan memberi pemain pilihan yang lebih untuk
menggunakan hantaran yang berkesan. Hantaran lantun satu tangan memberi
peluang bagi pemain untuk melepaskan bola jauh dari badan dan menyukarkan
pemain lawan membuat halangan. Pastikan lutut dibengkokkan serta imbangan
adalah baik.

               Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang. Gunakan
bukan tangan balingan untuk mengawal bola. Apabila anda mengalihkan bukan
tangan balingan, luruskan tangan balingan ke sisi. Bengkokkan pergelangan tangan
ke belakang bola, dan dengan pantas lepaskan bola dengan pergerakan ke bawah.
Gunakan jari-jari untuk arahkan laluan bola. Tujukan agar bola itu melantun hampir
lebih   kurang    satu   meter   dari   penerima,   bagi   memudahkan   pamain   lain
menangkapnya. Anda perlu tujukan bola tersebut agar penerima menangkap bola
pada paras pinggang atau bawah sedikit.

Hantaran Lantun : Dua Tangan

               Pegang bola dengan kemas menggunakan jari-jari kedua-dua tangan.
Sekiranya pemain ingin melepaskan bola tersebut di hadapannya, kedudukan
tangan mestilah di atas bola. Untuk lepasan sisi, letakkan ibu jari di belakang bola
sehingga ia hampir bertemu di tengah-tengah bola. Kedudukan tangan di bahagian
hantaran akan dibuat adalah di bahagian bawah         bola. Tangan yang lagi satu
diletakkan di bahagian atas bola.




HANTARAN ATAS KEPALA

            Pegang bola dengan kemas menggunakan kedua-dua belah tangan
yang diangkat melepasi kepala. Pastikan ibu jari berada di belakang bola. Gunakan
pergelangan tangan dan jari-jari untuk menghantar bola ada dalam garisan yang
lurus atas ke arah sasaran ikut lajak dengan jari dan pergelangan tangan.

            Hantaran ini amat penting sekiranya pasukan lawan mempunyai barisan
pertahanan yang kukuh. Apabila pemain mengangkat bola tinggi di atas kepala, ia
akan memudahkan pemain melepaskan bola tersebut.               Pemain mempunyai
kepelbagaian yang lebih dengan hantaran ini, sama ada hantaran singkat yang
lembut dan tepat atau hantaran jauh yang kuat.
JENIS-JENIS HANTARAN DAN KELEBIHANNYA

 Jenis Hantaran     Kaedah Lepasan                  Kelebihan


     Bahu             Satu tangan        Hantaran jauh serta lurus, bagus
                                                 untuk jarak jauh.


    Lantun        Satu atau dua tangan   Hantaran dekat serta rendah, baik
                                           untuk kawasan yang terhad,
                                           terutama dalam bulatan gol.


  Aras kepala         Dua tangan             Hantaran tinggi sama ada
                                           terapung atau lurus: melepas
                                                  tangan lawan.
                         PERGERAKAN

GERAK KAKI

  Dalam permainan bukan sentuh yang pantas seperti bola jaring, kebolehan
    mengawal badan merupakan komponen penting bagi kejayaan atas
    gelanggang.

  Kunci untuk kawalan badan yang mantap ialah gerak kaki yang baik.

  Sekiranya gerak kaki boleh dikawal, pergerakan akan menjadi terkawal,
    badan seimbang, dan pertukaran kelajuan dan arah boleh dilakukan secara
    berkesan, maka pemain boleh menumpukan perhatian kepada hantaran yang
    bakal dilakukan yang menentukan kalah-menang sesuatu pertandingan.

  Pemain yang tidak boleh mengawal gerak kaki mereka agak menyukarkan
    kemaraan bola, malahan mereka juga akan didenda.




GERAK KAKI UNTUK MENDAPATKAN BOLA DAN SETELAH
MENERIMA BOLA

  Pemain yang hendak mendapatkan bola hendaklah bergerak dengan pantas
    untuk mengelak halangan daripada pihak lawan.

  Setelah mendapat bola, pemain boleh mendarat sama ada dengan
    menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki.

  Kalau pemain mendarat dengan menggunakan sebelah kaki sahaja, pemain
    tersebut boleh melakukan putaran di tempatnya dengan menggerakkan kaki
    yang satu lagi tanpa menggerakkan kaki yang digunakan untuk mendarat.

  Pemain yang memegang bola diberi masa 3 saat untuk menghantar bola
    kepada rakan sepasukan yang lain.

  Jika pemain yang menerima bola mendarat dengan kedua-dua belah kakinya,
    maka dia tidak boleh bergerak dari kedudukannya.
  Namun, pemain tersebut dibenarkan melompat sambil menghantar bola
    sebelum mendarat dengan mana-mana belah kakinya.




MENDARAT DENGAN SEBELAH KAKI

  Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan
    kaki kiri.

  Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum
    kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.

  Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki,
    melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula
    sebelum melepaskan bola.

  Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di
    samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.




MENDARAT DENGAN KEDUA-DUA KAKI SERENTAK

  Selepas menerima bola, pemain boleh mendarat di atas kedua belah kaki,
    melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola.

  Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan
    kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola
    mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.

  Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki
    sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki
    yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain.

  Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola
    mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.
PUTARAN

  Pemain yang mendarat dengan sebelah kaki boleh melakukan putaran di
   tempatnya tanpa menggerakkan kaki yang digunakan untuk mendarat.

  Putaran ini dilakukan untuk memastikan kedudukan rakan-rakan sepasukan
   yang lain sebelum menghantar bola.

  Putaran juga boleh dilakukan semasa hendak menjaringkan gol untuk
   mencari kedudukan yang sesuai.
                              ELAK DAN KAWAL

KEMAHIRAN ELAK DAN KAWAL

            Dalam permainan bola jaring, kemahiran mengawal dan mengelak
merupakan    sesuatu   yang   perlu   diberikan   penekanan.   Pemain   hendaklah
berkemampuan bertindak sebagai penyerang dan penghadang sekaligus, tanpa
mengira posisi pemain itu.




PENGAWALAN

            Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap pemain perlu mempunyai
kemahiran dalam pengawalan, tanpa mengira posisinya. Disebabkan pergerakan
menyerang dan bertahan boleh berlaku pada setiap masa sepanjang permainan,
setiap pemain dikehendaki memahirkan diri dalam kemahiran pengawalan. Jika
pemain tidak dapat mengawal lawan dengan berkesan, secara automatik ini
memberi peluang kepada pasukan lawan menguasai permainan dan sering dapat
melakukan serangan demi serangan. Terdapat beberapa cara seseorang pemain
boleh melakukan pengawalan iaitu:

   1. Pengawalan dekat
   2. Pengawalan mengikut hantaran
   3. Pengawalan mengikut balingan
   4. Pengawalan mengikut jaringan ke arah gol
   5. Pengawalan daripada lontaran ke dalam

Pengawalan Dekat

      Dalam pengawalan cara ini pemain harus menumpukan perhatiannya kepada
       usaha mengawal dan menjaga pergerakan lawannya yang akan berusaha
       mendapatkan bola.
      Tindakan sebegini akan melambatkan tindakan atau pergerakan pasukan
       penyerang membuat hantaran.
     Akhirnya pemain itu akan membuat hantaran kepada pemain lain yang
      kurang bebas atau dalam kedudukan yang agak terkeluar daripada
      pergerakan serangan asal.
     Dengan demikian akan memberi peluang kepada pasukan atau pemain yang
      mengawal untuk melakukan lebih banyak pengawalan lagi.
     Aturan dalam pengawalan dekat ini adalah seperti berikut:
          1. Pemain hendaklah dalam keadaan sedia untuk bergerak ke mana-
             mana arah dengan mengikut pergerakan lawan.
          2. Pemain hendaklah sentiasa dalam kedudukan seimbang dengan kaki
             dijarakkan sedikit dan lutut dibengkokkan sedikit juga.
          3. Pemain hendaklah sentiasa dalam posisi yang baik untuk membuat
             pengawalan.
          4. Pemain    hendaklah     betul-betul    mempunyai     keazaman    untuk
             menghalang lawan daripada mendapat bola atau menyekatnya
             sekiranya hantaran telah dilakukan oleh rakannya.
          5. Pemain hendaklah sentiasa bersedia pula untuk tindakan pengawalan
             yang lain jika cara ini tidak mendatangkan hasil.
          6. Pemain    hendaklah     sentiasa      menumpukan    perhatian   kepada
             pengawalan yang rapi sehingga dia tidak dapat menjangka yang bola
             akan dihantar oleh rakan pemain lawan kepada pemain yang
             dikawalnya.
     Perlu diingatkan bahawa pengawalan cara dekat atau rapat ini diperlukan dan
      digunakan pada keseluruhan masa terutamanya pada hantaran ke dalam dan
      hantaran tengah untuk memulakan permainan setelah jaringan gol dibuat.

Kaedah Pengawalan

  Bagi memastikan pemain dapat mengawal lawan dengan berkesan, berbagai
  kaedah atau cara boleh digunakan. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada
  posisi pergerakan pemain dalam pergerakan lawan.

  1. Posisi hadapan
      -   Dalam pengawalan cara posisi hadapan ini, pemain akan berada di
          hadapan lawan untuk membuat pengawalan.
-   Untuk pengawalan cara ini pemain harus memerhatikan gerakan bola dan
    juga pemain lawan. Ini bererti seseorang pemain mempunyai kemahiran
    membuat jangkaan, kerana lawan yang berada di belakang mempunyai
    kelebihan untuk mengelakkan diri daripada pengawalan.
-   Bagaimanapun, jika pemain lawan itu lebih tinggi daripada pemain yang
    melakukan     pengawalan,   dia   hendaklah   mengelakkan   daripada
    pengawalan cara ini, kerana pemain lawan boleh menerima bola daripada
    hantaran tinggi atau lob.
2. Posisi berhadapan lawan
   -   Pengawalan cara ini dilakukan oleh pemain dengan mendapatkan posisi di
       hadapan lawan secara bertentangan.
   -   Dengan demikian, pemain dapat memerhati dan mengikut setiap
       pergerakan dan arah laluan lawan untuk mendapatkan bola.
   -   Bagaimanapun pengawalan cara ini mempunyai kelemahan kerana
       pengawal hanya dapat membuat pengawalan tanpa memerhatikan bola.
       Ini menyebabkan pengawalan cara ini kurang digunakan.


3. Posisi bersebelahan dengan lawan
   -   Dalam pengawalan cara ini pemain akan sentiasa berada di sebelah kiri
       lawan, tidak kira sama ada di kiri ataupun kanannya.
   -   Pengawalan cara ini adalah yang paling banyak digunakan kerana dengan
       kedudukan sedemikian, pemain dapat memerhati bola dan juga
       pergerakan pemain lawan.
   -   Pemain boleh mengikut lawan berdasarkan jangkaan sisi atau arah yang
       lawan akan mendapatkan bola.
   -   Pemain juga boleh mengawal lawan daripada bergerak ke arah yang
       tertentu.


4. Posisi di belakang lawan
   -   Dalam pengawalan cara ini pemain akan berada di belakang pemain
       lawan.
   -   Cara ini akan lebih berkesan jika pemain yang mengawal mempunyai
       ketinggian yang lebih daripada lawan.
   -   Selain dapat memerhatikan setiap pergerakan lawan, pemain juga dapat
       melihat dengan jelas bola yang akan dihantar oleh lawan kepada
       rakannya yang dikawal itu.
MENGELAKKAN DIRI

     Dalam permainan bola jaring, ada satu pergerakan untuk membebaskan diri
      daripada pemain lawan untuk menerima bola yang akan dihantar oleh rakan,
      yang harus dimiliki oleh setiap pemain.
     Pergerakan ini disebut sebagai elakkan atau pelepasan diri.
     Apabila pasukan dikawal oleh lawan, setiap pemainnya akan berusaha untuk
      mengelakkan diri.
     Perlakuan dengan pantas dan mencari ruang atau kawasan adalah salah satu
      cara untuk melepaskan diri.
     Pergerakan mengawal dan membebaskan diri sentiasa dilakukan oleh setiap
      pemain dan bukan tertakluk kepada penjaga gol (GK) atau penahan gol (GD)
      semata-mata, kerana tugas kedua-dua pemain ini lebih khusus di dalam
      kawasan gol sahaja.
     Dalam melakukan elakkan diri daripada kawalan lawan, terdapat beberapa
      panduan yang boleh digunakan oleh pemain:


      1. Kedudukan pemain
      -   Pemain hendaklah sentiasa dalam kedudukan sedia untuk melepaskan
          diri. Kedudukan dengan berat badan diletakkan pada kedua-dua belah
          kaki yang dijarakkan antara satu sama yang lain.
      -   Untuk kedudukan ini pemain akan membengkokkan lutut luas sedikit
          manakala bahu dibuka agak luas.
      -   Badan pemain dibengkokkan serta menumpukan berat badan pada
          bebola kaki.
      -   Dengan ini, pemain sudah bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah
          bagi melepaskan diri.


      2. Cara mengelakkan diri
      -   Apabila pemain sudah berada dalam kedudukan sedia, bermakna dia
          sudah bersedia untuk bergerak.
      -   Pemain boleh berlari pantas dengan sebarang kelajuan bergantung
          kepada jenis hantaran yang akan diterimanya.
  -        Pemain juga boleh menukar arah pergerakan dengan serta-merta bagi
           mengelirukan lawan yang mengawal ataupun mengubah kelajuan
           pergerakannya dengan pantas atau bergerak serta berhenti dengan tiba-
           tiba.
  -        Pemain boleh melakukan apa jua cara yang difikirkannya wajar dalam
           usaha mengelakkan diri.


  3. Pergerakan mengikut hantaran bola
  -        Pemain hendaklah dalam kedudukan sedia dan menantikan isyarat yang
           akan diterimanya daripada rakannya yang memegang bola.
  -        Yang penting di sini ialah persefahaman antara pemain yang memegang
           bola dengan pemain yang akan menerima hantaran bola itu, yang dikawal
           oleh lawan.
  -        Ketika yang tepat dan betul harus ditentukan oleh kedua-dua pemain
           sebelum usaha membebaskan diri dan membuat hantaran dilakukan.


  4. Pergerakan sebenar
  -        Dalam peringkat akhir pergerakan ini, pemain dalam kedudukan yang
           selamat daripada kawalan lawan dan bersedia untuk menangkap hantaran
           daripada rakannya.
  -        Setelah itu, pergerakan pemain akan bertukar menjadi penyerang pula
           dan akan berusaha menghantar bola hingga sampai kepada penjaring.


 Pergerakan untuk mengelakkan diri I
             i.       Pemain berada dalam kedudukan sedia, walaupun dikawal oleh
                      pemain lawan.
             ii.      Pemain cuba bergerak atau melangkah ke sebelah kiri atau ke
                      sebelah kanan sebagai mengacah pemain lawan yang mengawal.


 Pergerakan mengelakkan diri II
      i.           Pemain bersedia walaupun dikawal oleh pemain lawan. Pemain
                   hendaklah memastikan kedudukan kaki dan badan yang selesa dan
                   seimbang untuk melakukan pergerakan.
    ii.    Pemain cuba bergerak dua tiga langkah ke hadapan pemain yang
           mengawal. Tindakan ini sudah tentu akan diikuti oleh pemain lawan.
    iii.   Pemain   kemudiannya    dengan    tiba-tiba   bergerak   ke   belakang,
           meninggalkan lawan di hadapan. Pemain kini bebas daripada kawalan
           lawan dan dengan itu mudahlah bagi rakan menghantar bola
           kepadanya.


 Pergerakan untuk mengelakkan diri III
      i.   Pemain dalam kedudukan sedia dan selesa untuk bergerak ke mana-
           mana arah, manakala lawan mengenakan kawalan.
     ii.   Pemain memulakan larian pecut ke hadapan dan meninggalkan lawan
           untuk beberapa meter.
    iii.   Pemain berhenti daripada belari pecut dengan tiba-tiba, menyebabkan
           pemain yang mengawalnya terus berlari untuk mnegawal. Kini pemain
           berkenaan bebas daripada kawalan lawan dan memberi kesempatan
           kepadanya untuk membuat hantaran atau pergerakan lain.
                           MENGHADANG

KEMAHIRAN MENGHADANG (PERTAHANAN)

            Dalam pergerakan bertahan, terdapat pelbagai strategi yang boleh
digunakan. Pergerakan ini mempunyai strategi tersendiri, dengan tujuan utamanya
menyekat setiap serangan pasukan lawan daripada memperoleh gol.

            Pasukan yang melakukan pertahanan bermaksud pasukan mengawal
pasukan lawan daripada melakukan serangan. Apabila mengatur atau melakukan
strategi pertahanan, kerjasama antara pemain dalam pasukan amatlah penting.
Persefahaman yang baik mampu mematahkan setiap pergerakan serangan lawan.
Terdapat tiga cara yang sering dilakukan dalam pertahanan:

   1. Kawalan satu dengan satu (man to man)
   2. Mengawal hantaran
   3. Memintas bola (interception)
   4. Mengawal jaringan
Kawalan Satu Dengan Satu


  Kemahiran                    Butir-Butir                  Kesilapan Biasa
Mengawal satu         Berdiri di hadapan pihak lawan      Membuka kaki terlalu
lawan satu (man-       (half-body-block).                   luas-ini melambatkan
to-man)               Kaki dibuka seluas bahu,             pergerakan.
                       kedudukan seimbang.                 Tidak berdiri atas
                      Bengkokkan lutut sedikit,            bebola kaki (flat-
                       rapatkan tangan dengan badan.        footed).
                      Mata pandang bola dan pihak         Berdiri terlalu dekat
                       lawan. Kawal laluan tengah.          dengan pihak lawan.
                      Ikut pergerakan pihak lawan          Ini menyebabkan
                       untuk memintas bola.                 a. Kontek
                      Jika tidak berjaya, ambil            b. Pihak lawan
                       kedudukan 3 kaki daripada kaki          hilang dari
                       mendarat hantaran pihak lawan.          pandangan
                                                            Bola hilang dari
                                                             pandangan selepas
                                                             beberapa langkah
                                                             awal.
Mengawal Hantaran


   Kemahiran                      Butir-Butir                     Kesilapan Biasa
   Mengawal              Ambil posisi 3 kaki atau lebih          Terlalu cepat atau
    hantaran              daripada kaki mendarat pihak             lambat melonjak.
                          lawan. Hulurkan tangan ke atas
                          untuk menghalang serta
                          memberi tekanan.
                         Bersedia memintas/menangkap
                          hantaran dengan
                          membengkokkan lutut sedikit
                          serta menurunkan tangan.
                         Semasa bola dilepaskan oleh
                          pihak lawan, lonjak ke atas untuk
                          mendapatkan bola.




Memintas Bola (Interception)


   Kemahiran                      Butir-Butir                     Kesilapan Biasa
 Memintas bola           Berdiri jauh sedikit daripada           Buat keputusan
  (interception)          pihak lawan.                             berlari terlalu lambat.
                         Badan seimbang, mata pandang            Tidak dapat
                          bola.                                    menangkap bola
                         Pecut dan lonjak ke bola untuk           dengan kemas.
                          memintasnya.
                         Tarik bola ke badan.
Mengawal Jaringan


Kemahiran                       Butir-Butir                     Kesilapan Biasa
Mengawal               Ambil jarak yang sah daripada          Mengambil jarak
 jaringan               penjaring. Imbang atas sebelah          kurang daripada 3
                        atau dua belah kaki. Hulurkan           kaki.
                        tangan ke atas dan ke hadapan          Lompat dan
                        untuk cuba menghadang.                  mendarat terlalu
                        Condongkan badan ke hadapan             awal.
                        tanpa hilang imbangan.                 Lupa blok ruang
                       Sebaik sahaja tangan dan siku           untuk mendapatkan
                        penjaring mulakan aksi jaringan,        rebound.
                        penghadang lompat keatas dan
                        ke hadapan untuk cuba
                        memintas bola.
                       Jika aksi memintas tidak berjaya,
                        penghadang mengambil tempat
                        di hadapan penjaring untuk
                        mengawal ruang bagi
                        penerimaan rebound.
                              MENJARING

KEMAHIRAN MENJARING

            Menjaring merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola
jaring. Setiap pelajar harus tahu, malah mahir dalam kemahiran menjaring ini,
walaupun dalam sesebuah pasukan atau sesuatu permainan hanya terdapat dua
orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu penyerang gol (GA) dan
penjaring gol (GS), namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini.
Hal ini kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia perlu
digantikan dengan pemain lain. Oleh sebab kemahiran ini dikhususkan kepada
pemain-pemain tertentu, kemahiran ini disebut sebagai kemahiran atau pegerakan
tertutup. Dengan demikian juga kemahiran ini boleh dilatih secara berasingan
daripada latihan untuk pemain lain dalam pasukan. Sesebuah pasukan bergantung
semata-mata kepada dua orang permain untuk mendapatkan gol, iaitu penjaring gol
(GS) dan penyerang gol (GA). Kegagalan mereka membuat jaringan yang tepat,
akan mengakibatkan kegagalan kepada pasukan mereka. Sebagai permain,
adakalanya mereka mampu menunjukkan permainan yang baik dan adakalanya
pula mereka gagal mempamerkan permainan seperti yang diharapkan. Jika
demikian, sudah tentu pemain lain akan mengambil alih tugas sebagai penjaring gol
atau penyerang gol.

Aturan Menjaringkan Gol

            Pemain tidak dibenarkan membuat jaringan dari sebarang kedudukan
atau kawasan. Percubaan gol boleh menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-
mana tempat di dalam kawasan jaringan gol sahaja. Dua orang pemain sahaja yang
boleh membuat jaringan. Untuk membuat jaringan, bola hendaklah dihantar kepada
salah seorang daripada dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan.
Mereka pula hanya dibenarkan membuat jaringan dari kawasan jaringan gol.

            Kawasan jaringan gol pula hanya boleh diduduki oleh empat orang
pemain sahaja, dua dari satu pasukan. Pemain ini ialah penjaring gol (GS) dan
penyerang gol (GA) daripada kawasan penyerang dan penjaga gol (GK) dan
pertahanan gol (GD), daripada kawasan pertahanan. Dua pemain pasukan
penyerang ini sahaja yang boleh membuat jaringan, manakala dua orang pemain
pasukan pertahanan boleh bertindak sebagai penghalang.

              Sesuatu jaringan dikira apabila bola hasil percubaan pemain pasukan
penyerang memasuki lilitan jaringan dan membolosinya. Sekiranya bola terkena besi
mengelilingi „bakul‟ dan melantun keluar tanpa melepasi bakul itu, jaringan itu tidak
dikira gol.

              Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan
pada gelang jaring. Keupayaan dan kemahiran pemain dalam pegerakan ini
merupakan faktor penentu dalam menghasilkan gol. Mungkin pemain yang tinggi
dalam pasukan mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, tetapi bukanlah syarat
utama untuk menjadi penjaring gol. Yang penting ialah pemain berkenaan hendaklah
pantas berlari dan melompat, menangkap, cekap, berhati-hati dan mempunyai
ketepatan yang baik. Selain itu, pemain hendaklah seorang yang tenang dan dapat
menguasai perasaan gementar, lebih-lebih lagi apabila pasukannya ketinggalan.
Cara Membuat Jaringan

            Terdapat beberapa cara membuat jaringan gol yang biasa dilakukan
oleh pemain antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil berlari
sebelah tangan, jaringan sambil melompat sebelah tangan, dan jaringan dengan
satu langkah.

Jaringan Statik Sebelah Tangan

            Jaringan cara ini merupakan cara yang paling banyak digunakan
pemain atau penjaring gol. Selain mudah dilakukan, jaringan ini juga memberikan
masa dan keyakinan kepada penjaring kerana penjaring mempunyai masa yang
cukup untuk membuat jaringan. Aturan melakukan jaringan ini adalah pemain berdiri
pada kedudukan yang seimbang dengan berat badannya berada pada kedua-dua
belah kaki. Tangan yang akan membuat jaringan berada di hadapan sambil
memegang bola. Pemain meluruskan tangan dan tapak tangan terhulur ke atas
hujung jari dan ibu jari, tetapi bukan pada tapak tangan pemain. Pemain menghulur
tangan ke atas supaya bola berada sama tinggi dengan aras kepala, dan
menumpukan perhatian ke satu arah di dalam bulatan jaring. Pemain mengubah
kedudukan dengan membengkokkan siku, sambil tangan membawa bola ke aras
muka pemain, dan pada masa yang sama lutut dibengkokkan. Luruskan lutut dan
menolak bola menggunakan tangan ke arah jaringan. Ikut lanjak bagi mengekalkan
keseimbangan badan. Bersedia untuk mendapatkan semula bola yang gagal
memasuki gol.

            Untuk melakukan jaringan ini pemain hendaklah berlatih terutamanya
dalam usaha mendapatkan keseimbangan badan dan jaringan yang tepat. Untuk ini
pemain hendaklah berlatih membuat jaringan cara ini dari pelbagai kedudukan di
dalam kawasan jaringan gol. Pemain juga boleh mempelbagaikan kemahiran
menjaring cara statik ini, seperti menggunakan kedua-dua belah tangan.
Menjaring Sambil Melompat

            Sebenarnya menjaring sambil melompat ini adalah sama seperti
menjaring statik, dari segi aturannya. Yang berbeza hanyalah kedudukan apabila
hendak membuat jaringan. Dengan jaringan cara melompat ini, penjaring akan
melompat untuk melepaskan bola ke jaring. Selain itu persamaan lain yang terdapat
pada jaringan cara ini dengan jaringan cara statik dari segi kedudukan badan. Untuk
membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi. Oleh
itu, pemain hendaklah memastikan supaya tindakan pemain membuat lompatan
semasa menjaringkan gol tidak melanggar aturan gerak kaki. Dalam melakukan
jaringan cara ini, pemain juga harus memastikan laluan bola ke arah gol tidak
terhalang supaya mudah menuju ke arah gol. Cara melakukannya ialah apabila
pemain mendapat hantaran bola pada kedudukan berlari. Pemain melompat
menggunakan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.
Pemain membuat jaringan sambil melompat, dengan kekuatan bola, dan
ketepatannya adalah daripada tolakan dan lompatan yang dilakukan pemain. Ikut
lanjak selepas bola dilepaskan ke arah gol. Kelebihan menjaring menggunakan cara
ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas sehingga boleh menyukarkan pemain
awan membuat halangan.




Menjaring Sambil Berlari

            Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki
mestilah dipatuhi. Apabila membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke
arah tiang gol lapang dan tidak dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya
menuju kearah tiang gol. Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang
bertentangan dengan tangan yang memegang bola dan melepaskan bola sambil
melompat. Gerakan ini penting dalam kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan
menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas dan ketepatan yang
betul-betul tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.
                     ASAS KEJURULATIHAN

CIRI-CIRI JURULATIH

Minat

            Sesungguhnya sebagai seorang jurulatih yang efektif sewajarnya
mempunyai minat yang mendalam tentang bidang yang diceburi. Hal ini penting
kerana motivasi intrinsik ini dapat menjadi pendorong kepada kesungguhan dalam
menjalankan tanggungjawab serta supaya berkekalan. Todd dan Kent (2004) telah
menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tersebut dapat melaksanakan tugasnya
dengan baik dan berkesan. Sebaliknya jika pemimpin tidak mempunyai minat
terhadap jawatan yang disandangnya tetapi atas desakan oleh individu atau faktor
extrinsik seperti ganjaran maka pemimpin tersebut tidak dapat menjadi pemimpin
yang efektif. Di Malaysia, jurulatih yang dilantik di sekolah sebahagiannya adalah
atas dasar 'paksa rela' untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai jurulatih. Ini
disebabkan oleh tiada motivasi intrinsik dalam hati, maka jurulatih tersebut
melaksanakan tugas sambil lewa sahaja semata-mata untuk melengkapkan tugasan
yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.

Pendidikan Formal

            Seorang jurulatih yang berkesan pada asasnya perlu mempunyai
kriteria asas iaitu pendidikan formal yang baik. Ini kerana orang yang mempunyai
pelajaran mempunyai nilai dan pengetahuan yang luas tentang sesuatu bidang agar
dapat menilai sesuatu perkara dengan baik dan tindakan yang diambilnya juga
sesuai dengan masalah yang dihadapinya (Aron & Aron, 1995; Bercheid, 1995;
Fincham, 1995).

            Sebagai pemimpin atau jurulatih secara asasnya juga perlu memahami
tentang peraturan permainan dan cara mengisi borang penyertaan serta arif akan
prosedur untuk membuat bantahan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak adil bagi
pasukannya. Semua ini memerlukan pendedahan dari segi pendidikan. Di Malaysia,
setiap jurulatih telah diwajibkan mengikuti kursus asas sains sukan untuk
memastikan jurulatih ini didedahkan kepada pengetahuan yang baru tentang
sesuatu permainan sekiranya berubah.
           Kursus asas sains sukan ini biasanya dikendalikan oleh ahli akademik
yang mempunyai iktisas dalam bidang sukan. Hal ini perlu agar pemimpin atau
jurulatih tahu menggunakan kemahiran yang baru dalam bidang psikologi,
biomekanik, pemakanan yang sesuai dalam sukan sebelum ataupun selepas
pertandingan (Malete & Feltz, 2000). Kemahiran ini amat penting untuk membantu
jurulatih dalam meningkatkan prestasi pemain-pemainnya dan membawa kepada
kecemerlangan pasukan yang dilatih.

Keyakinan Diri

           Selain itu, pengalaman lepas yang ada pada pemimpin juga banyak
memberi keyakinan kepada dirinya untuk membuat sebarang keputusan berbanding
dengan pemimpin yang kurang berpengalaman. Mereka terpaksa mengambil masa
yang agak lama untuk membuat sesuatu keputusan. Atas signifikan, pengalaman ini
penting kerana dapat mambantu dalam membentuk program latihan yang efektif. Di
samping itu, pemimpin yang berpengalaman lebih mudah untuk mengawal atlet di
bawah bimbingannya dan seterusnya menaikkan prestasi dan motivasi atlet di
bawah jagaannya. Lazimnya, jurulatih yang merupakan bekas pemain akan lebih
dipandang mulia dan disanjung kerana pengalaman beliau dalam bermain
sehinggalah menjadi jurulatih untuk membimbing atlet yang baru (Mageau &
Vallerand, 2003). Sebagai contoh, jurulatih badminton kebangsaan negara kita yang
terdiri daripada bekas pemain kebangsaan seperti Misbun Sidek, Jailani Sidek, Yap
Kim Hock dan sebagainya. Hasil dari pengalaman lepas sebagai seorang pemain
profesional telah banyak membantu dan memudahkan mereka serta menaikkan
semangat keyakinan mereka untuk melatih pemain-pemain di bawah bimbingannya.

Tanggungjawab

           Seorang     jurulatih   juga   perlu   cekap   dalam    melaksanakan
tanggungjawabnya dan fleksibel dalam melaksanakan program serta membuat
keputusan. Pemimpin ini perlulah peka tentang faktor situasi dan faktor personal
seseorang (Kozlowski & Klein, 2000). Pemimpin juga perlu berubah mengikut
keadaan tertentu dan mengikut arus perkembangan masa. Dalam erti kata lain
keadaan sosial persekitaran dan tren terkini seiring dengan pemimpin agar tidak
bercanggah yang boleh membawa kepada ketidakselesaan diri sendiri dan atlet
bimbingannya.
Bermatlamat

            Di samping itu, pemimpin atau jurulatih yang efektif sepatutnya jelas
tentang matlamat asal yang dibuat. Matlamat asal ini sepatutnya boleh diukur dan
dinilai. Penilaian ini sepatutnya dinilai dari semasa ke semasa dan bukannya diukur
dari segi pencapaian atau output iaitu menang. Matlamat yang dibentuk perlulah
selari dengan visi dan misi pasukannya supaya pencapaian matlamat tidak
terpesong jauh. Penetapan matlamat jangka masa panjang dan jangka masa
pendek perlu digariskan supaya senang untuk menilai prestasi individu dan
pasukannya (Loughead et al., 2006). Matlamat yang diletakkan perlulah realistik dan
tidak terlalu sukar yang mungkin mustahil bagi atlet untuk mencapainya. Oleh itu,
pemimpin harus meletakkan kepentingan matlamat dasar pasukannya supaya mesti
dicapai dan sentiasa menganggap dirinya sebahagian daripada ahli pasukan dalam
pasukan tersebut. Beliau perlu meletakkan satu garis untuk membezakan sebagai
jurulatih boleh berbuat apa sahaja tetapi atlet bimbingannya tidak boleh berbuat
demikian. Dalam erti kata lain, pemimpin atau jurulatih perlu menjadi 'role model'
kepada atlet di bawah bimbingannya supaya patuh dan taat kepada setiap peraturan
yang ditetapkan pada awal perjumpaan. Hal ini kerana disiplin kendiri merupakan
antara aspek yang sangat penting untuk mengecapi kejayaan yang cemerlang.

Sahsiah Diri

            Seorang jurulatih yang efektif juga perlu mempunyai sahsiah diri yang
baik. Ia bukan sekadar untuk ditunjukkan kepada atlet di bawah bimbingannya
sahaja tetapi sebagai satu garis panduan untuk menghalang pemimpin tersebut
untuk bertindak di luar garisan yang sepatutnya (Jowett, 2005). Sebagai contohnya,
pemimpin harus mempunyai keadaan emosi dan mental yang terkawal di mana
beliau bertindak atas kerasionalan dan tidak membabi buta. Sebagai contohnya,
semasa pertandingan bola jaring dijalankan, jurulatih mendapati keputusan pengadil
adalah berat sebelah. Jurulatih harus mengambil pendekatan rasional dengan
membuat bantahan mengikut saluran yang betul. Ini supaya tidak mendatangkan
kekecohan dan pergaduhan sekiranya tindakan seperti memarahi pengadil dan
sebagainya. Pemimpin juga harus dapat memisahkan antara tugas rasmi dan tugas
peribadi dan tidak bercampur aduk kedua-dua tugas tersebut. Adanya kawalan diri
yang baik dari pemimpin tersebut membolehkannya menerima tekanan kerja dan
sedia menerima kegagalan dan kritikan dari mana-mana pihak. Kritikan dan teguran
ini dijadikan satu cabaran hidup untuk terus berjaya pada masa akan datang.
Sesungguhnya, kritikan dan teguran tersebut dapat dijadikan motivasi. Sifat sabar
juga perlu ada pada diri pemimpin kerana bukan mudah untuk kita mendidik
seseorang atlet mahupun satu pasukan. Ini kerana setiap orang mempunyai
personaliti dan ragam yang berbeza-beza. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin
untuk memahami setiap atlet di bawah bimbingannya agar setiap permasalahan
yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat tanpa mencetuskan rasa tidak selesa
dalam kalangan atlet dan jurulatih.

Tahap Kesihatan yang Baik

            Turut tidak dapat dipisahkan tahap kesihatan pemimpin sepatutnya baik
dari segi fizikal dan kesihatan. Ini kerana pemimpin bertindak seperti 'role model'
kepada atlet di bawah jagaannya (Poczwardowski, 1997). Oleh itu, tahap kesihatan
yang baik pada pemimpin atau jurulatih memberi satu jaminan kepada mereka agar
tugas seharian dapat dilaksanakan dengan penuh semangat dan dengan penuh
berkesan (Poczwardowski et al., 2002). Situasi ini akan menambahkan keyakinan
jurulatih kerana sepanjang masa latihan dan pertandingan, jurulatih atau pemimpin
sentiasa hadir bersama untuk sama-sama menempuhi segala cabaran yang bakal
mereka hadapi (Poczwardowski, 2002).

Komunikasi yang Berkesan

            Pemimpin yang efektif juga mampu mewujudkan hubungan erat dengan
atlet melalui komunikasi. Pemimpin yang efektif dapat berkomunikasi dan menulis
dengan baik (Carron et al., 2003). Komunikasi yang jelas dan tepat serta mudah
difahami memudahkan latihan diberi kepada atlet di bawah bimbingannya agar
melicinkan latihan. Di samping itu, kebolehan berhubung dengan penjaga atlet serta
masyarakat setempat juga merupakan satu peluang kepada pemimpin untuk
mendapat kepercayaan daripada atlet di bawah bimbingannya. Sekiranya berlaku
sesuatu yang tidak diingini seperti perbalahan sesama atlet dalam pasukan, jurulatih
dapat meleraikan persengketaan tersebut dengan baik sekiranya mahir dalam
komunikasi. Contohnya menggunakan teknik kaunseling dan nasihat. Manakala
kemahiran menulis juga penting dan perlu ada pada jurulatih. Hal ini perlu bagi
tujuan untuk memohon mendapatkan tajaan atau sumbangan dari pihak tertentu
untuk menyokong pasukannya dari segi kewangan (Carron et al., 2003). Terdapat
tiga corak kepimpinan jurulatih iaitu kepimpinan jenis autokratik, kepimpinan
demokratik dan mengamalkan corak kepimpinan secara bebas.

Pendekatan Holistik

              Menurut Kallusky (2000), untuk menjadi jurulatih atau pemimpin yang
efektif,   seseorang   itu   perlu   menggunakan     satu   pendekatan    holistik   iaitu
membangunkan keperibadian atlet secara menyeluruh, bukan sahaja kemahiran
fizikal dalam sukan tetapi jurulatih juga perlu peka untuk menggalakkan
perkembangan psikologi positif untuk atlet-atlet mereka. Sebagai contohnya, atlet
bukan sahaja dilatih dari segi fizikal iaitu melalui program latihan yang berkesan
tetapi tidak lupa menggunakan pendekatan psikologi untuk melatih mental atlet
supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan boleh untuk melakukan yang
terbaik. Jurulatih juga harus menggalakkan pembelajaran dan pemahaman tentang
kebijaksanaan dalam bentuk peribadi dan sosial untuk memimpin dan melatih. Hal
ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara jurulatih dengan atlet. Sekiranya
hubungan menjadi erat maka semangat berpasukan akan menjadi kuat dan
bersepaduan pasukan akan menjadi mantap. Keadaan ini dapat memberikan
kejayaan kepada pasukan sekiranya kesepaduan pasukan tersebut adalah tinggi.
Sebagai contohnya, jurulatih perlu bekerjasama atau berupaya bekerja dengan baik,
mempunyai      kemahiran     mendengar,    empati,    teknik-teknik   konfrontasi    dan
sebagainya dalam melatih atlet.

Karisma dan Berwawasan

              Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri karisma dan berwawasan serta
sebagai model sesuai dengan kualiti kepimpinan mereka sendiri. Sebagai contoh,
jurulatih perlu menggunakan kemahiran-kemahiran komunikasi yang efektif dan bijak
membuat keputusan dan strategi semasa melatih atlet dan semasa pertandingan
dijalankan. Selain itu, jurulatih mesti mempunyai wawasan untuk membangunkan
kualiti kepimpinan yang efektif. Sebagai contoh, di sekolah, apabila jurulatih dipilih
untuk melatih sesuatu pasukan, beliau perlu mempunyai idea untuk membangunkan
pasukannya dan menetapkan sasaran untuk dicapai.
PERANAN JURULATIH

Mengenali Sukan

             Jurulatih perlu memahami secara mendalam tentang sukan dari
kemahiran asas supaya dapat mengajar dengan berkesan. Jurulatih-jurulatih
mungkin mempunyai pengalaman bermain, tetapi bukan semua bekas pemain boleh
menjadi jurulatih yang baik. Jurulatih perlu merancang musim permainan,
mengetahui     perkembangan      adaptasi    latihan,   mengetahui   peraturan   dan
menyediakan persekitaran yang ringkas dan berstruktur untuk atlet. Ini supaya
perancangan tentang latihan mengikut musim permainan adalah perlu untuk
menyediakan atlet dari segi kecergasan fizikal dan mental. Selain daripada itu,
perkembangan adaptasi dan ansur maju dalam latihan atau kemahiran perlu untuk
meningkatkan pencapaian atlet. Ini supaya atlet dapat berjaya mencapai matlamat
asal yang digaris atau disasarkan oleh jurulatih.

Mencari Maklumat Baru

             Sementara mengenali sukan, seseorang jurulatih perlu belajar dan
membangunkan teknik-teknik latihan baru secara berterusan. Seseorang jurulatih
yang bagus sentiasa mengemaskinikan diri dengan kajian yang terkini, maklumat
latihan, menghadiri klinik-klinik kejurulatihan, khemah-khemah dan mencari tips-tips
daripada jurulatih dan atlet elit, iaitu atlet yang mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang sukan tersebut. Dengan itu, jurulatih boleh menonton video, membaca
buku, mengkaji terbitan berkala serta menghadiri kelas-kelas psikologi sukan,
fisiologi pemakanan dan senaman di universiti adalah idea yang baik untuk jurulatih
membangun dan memajukan diri. Keadaan ini dapat memberi pengetahuan baru
untuk melatih ataupun menyediakan tahap persediaan atlet dari segi fizikal dan
mental sebelum musim pertandingan.

Seorang Pemberi Motivasi

             Seorang jurulatih yang berjaya adalah seorang pemberi motivasi yang
bersikap positif dan berminat terhadap permainan dan juga pemain-pemainnya.
Keupayaan untuk memotivasi dan memberi ilham adalah sebahagian daripada
formula untuk berjaya. Ini kerana jurulatih yang boleh memotivasi mampu menjana
keinginan untuk berjaya dalam kalangan atlet. Motivasi bermaksud memastikan
latihan seronok, segar dan mencabar supaya atlet tersebut tidak berasa bosan
semasa menjalani latihan. Jika atlet berasa bosan, atlet mudah untuk tidak
meneruskan latihan atau berlatih sambil lewa. Apabila memotivasi seseorang
pemain, jurulatih yang baik menekankan cubaan untuk mencapai persembahan
matlamat, bukan hasil matlamat.

Memahami Atlet

            Menyedari perbezaan pada atlet-atlet juga merupakan ramuan penting
dalam kecemerlangan kejurulatihan. Komunikasi dan motivasi secara individu
kepada pemain spesifik adalah penting kepada kejayaan pasukan. Hal ini kerana
tanggungjawab seorang jurulatih yang baik adalah memberi perhatian kepada
emosi, kekuatan dan kelemahan pemain. Dengan memahami setiap personaliti
ataupun intrinsik atlet, jurulatih dapat menumpukan perhatian kepada setiap
karakteristik yang ada pada atlet. Hal ini dapat membantu untuk meningkatkan
motivasi dan keyakinan diri atlet tersebut apabila atlet tersebut menyedari terdapat
seorang jurulatih yang memahami hati mereka.

Seorang Penghubung yang Efektif

            Seorang jurulatih yang bagus ialah seorang yang berkomunikasi
dengan baik dan menampilkan kebolehpercayaan, persaingan, penghormatan dan
kewibawaan. Seorang jurulatih perlu berkeupayaan untuk menjelaskan idea dengan
jelas. Komunikasi yang jelas bermaksud menetapkan matlamat yang jelas, memberi
maklum balas secara langsung dan memperkukuh pesanan penting. Semasa dalam
memberi arahan dalam latihan, jurulatih perlulah jelas dan atlet dapat memahami
dengan jelas dan tepat. Penghargaan terhadap kejayaan juga perlu diberikan
motivasi yang baik iaitu kata-kata rangsangan dan puji-pujian jika atlet berjaya dalam
sesuatu pertandingan.

Seorang Pendengar

            Seorang jurulatih perlu mendengar dengan penuh perhatian dan
mengalu-alukan komen, soalan dan input daripada atlet. Komen, soalan dan input
selepas sesuatu latihan atau pertandingan adalah perlu untuk membantu jurulatih
memahami luahan dari hati atlet. Luahan ini sekurang-kurangnya dapat membantu
dalam pertandingan akan datang kerana kelemahan ada dibincangkan setiap kali
selepas latihan dan pertandingan. Jurulatih yang efektif akan mencari maklumat
daripada pemain-pemainnya. Jurulatih yang baik juga adalah fleksibel dan akan
menggunakan maklum balas untuk mengubah suai rancangan latihan jika perlu.

Berdisiplin

               Jurulatih yang efektif menyatakan dengan jelas peraturan kelakuan dan
mengikutinya.     Apabila   keganasan   berlaku,   disiplin   perlu   ditekankan.   Bukti
menunjukkan untuk membolehkan disiplin mengubah tingkah laku dengan berkesan,
ia perlu lembut, segera dan konsisten. Sekiranya berlaku masalah disiplin pemain,
jurulatih memainkan peranan untuk menyelesaikannya dengan cepat supaya ia tidak
berlanjutan dan tidak membawa kepada kemudaratan kepada pasukan sendiri dan
pihak lawan.

Menjadi Contoh

               Jurulatih yang efektif juga adalah contoh kepada atlet. Jurulatih yang
baik, mengikut peraturan yang sama dengan apa yang beliau harapkan dari pemain-
pemain. Jurulatih yang ingin mendapat penghormatan juga perlu menunjukkan rasa
hormat terhadap pemainnya. Seorang jurulatih yang mengharapkan pemain-
pemainnya kekal positif perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap dirinya dan
pemain-pemain di bawah bimbingannya supaya sentiasa berfikiran positif semasa
latihan dan pertandingan dijalankan.

FALSAFAH KEJURULATIHAN

               Falsafah kejurulatihan adalah satu pegangan dan kepercayaan tentang
manusia dan sukan. Selain itu, falsafah membolehkan seseorang individu itu berfikir
secara kritis dan kreatif bagi mengatasi sebarang cabaran.

               Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas yang tertentu dan di
antaranya adalah:

> Menyediakan program sebelum, semasa dan selepas pertandingan

> Mengawal dan mengendalikan program latihan
> Memberi nasihat mengenai latihan

> Mengelola latihan seimbang

> Menyimpan rekod atlet

> Mengendalikan kursus-kursus teknikal

> Mempengaruhi cara hidup pemain yang berkesan

             Untuk menjadikan seseorang jurulatih berjaya menyampaikan segala
teknik dan taktik permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:

     Mengenali diri sendiri
            Kekuatan dan kelemahan diri
            Kejayaan yang diperolehi
            Kekecewaan yang dialami
            Ilmu pengetahuan dan pengalaman


     Mengenali atlet sendiri
            Perlu mengenali atlet dari segi pencapaian, komitmen, objektif,
             kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan,
             kesihatan dan masalah diri.
            Mengenalpasti bakat dan mengasah bakat
            Membataskan hubungan jurutatih-atlet


     Pengetahuan tentang sukan yang diceburi


     Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik, taktik dan strategi
      sukan yang diceburi.


     Sifat-sifat jurulatih yang baik
            Berpersonaliti
            Stabil emosi
            Tegas & berani
            Yakin diri
           Berobjektif
           Demokratik
           Berfikiran terbuka dan jujur
           Fleksibel
           Futuristik
           Rasional
           Kreatif
           Boleh menyesuaikan diri
           Berfalsafah
           Komited

Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang:

    Teknik dan taktik permainan
    Pembinaan program latihan
    Struktur dan organ badan (anatomi)
    Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai permainan
    Fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)
    Kesan pemakanan terhadap atlet
    Pencegahan dan rawatan kecederaan
    Proses dan reaksi pembelajaran motor
    Psikologi kemanusiaan dan sosial

Gaya-Gaya Kejurulatihan

            Setiap jurulatih mempunyai daya kepimpinan tersendiri. Ia berbeza di
antara seorang jurulatih dengan jurulatih yang lain. Terdapat beberapa jenis sifat
kepimpinan yang menonjolkan gaya seorang jurulatih. Gaya-gaya ini juga biasanya
dipengaruhi oleh falsafah yang dipegang oleh jurulatih itu sendiri. Antara gaya-gaya
yang biasa dikenalpasti:

      -   Autoratik – kepimpinan yang berpusat kepada jurulatih
      -   Demokratik – kepimpinan yang menekankan kepada proses dua hala
      -   Laisser-faire – kepimpinan yang banyak memberi kebebasan kepada
          pemain untuk membuat keputusan
                     ASAS KEJURULATIHAN

LATIHAN JEDA

            Jeda bermaksud hentian (interval) atau waktu antara dua fasa. Latihan
jeda adalah satu sistem latihan pelaziman fizikal (physical conditioning) di mana
tubuh badan yang dilatih menjalani senaman atau beban kerja tertentu secara
bertubi-tubi dan berulang-ulang dengan diberi rehat secara aktif antara ulangan
kerja. Rehat yang diberikan antara ulangan kerja itu dipenuhi dengan senaman
ringan atau sederhana seperti berjoging perlahan.

LARIAN JEDA

            Mengandungi aktiviti kerja berlari dengan ulangan yang ditetapkan
(jarak antara 100 meter hingga 1000 meter) dalam tempoh masa yang ditentukan.
Masa rehat yang singkat diberikan antara ulangan kerja larian itu. Rehat aktif antara
ulangan kerja adalah lari anak atau berjalan pantas. Selepas menjalani banyak
latihan, masa rehat aktif dikurangkan.

            Ulangan kerja boleh dilakukan sebanyak satu set berjumlah lapan
hingga sepuluh ulangan atau lebih, bergantung kepada objektif latihan.

            Penekanan utama latihan jeda adalah untuk membina keupayaan
jantung dan menguatkan otot dinding jantung agar meningkatkan isipadu strok
(stroke volume) jantung, iaitu isi padu darah yang dipam.

            Selain larian jeda, terdapat aktiviti pergerakan spesifik contohnya
melompat. Masa rehat dan kerja ditetapkan mengikut kemampuan atlet atau tahap
kecergasan mereka. Keberkesanan penggunaan kaedah jeda bergantung kepada
faktor:

          a) Jauhnya Jarak Kerja
             Jika ulangan kerja lebih jauh daripada jarak pertandingan maka
             kelajuan direndahkan daripada perlumbaan. Sebaliknya, jika jarak
             kerja lebih dekat daripada jarak pertandingan, maka kelajuan mesti
             ditambah.
   Latihan jeda yang menggunakan jarak kerja yang lebih jauh daripada
   jarak pertandingan sangat berguna bagi latihan di luar atau pada masa
   persediaan. Ia akan meningkatkan daya tahan atlet dan menambah
   keyakinan sekiranya jarak pertandingan lebih dekat atau pendek dari
   jarak latihan.


b) Kelajuan Berlari
   Bermaksud usaha kerja kelajuan larian. Atlet    mesti mencari tahap
   usaha sendiri. Ini bermakna, larian dengan kadar 90 peratus usaha
   adalah 10 peratus kurang daripada kelajuan maksimum pada jarak
   tertentu.


c) Jumlah Ulangan
   Jumlah jeda kerja bergantung kepada beberapa faktor. Jika kerja lebih
   hampir dengan usaha maksimum, maka semakin sedikit ulangan
   sepatutnya diberikan. Kalau jarak pertandingan lebih pendek daripada
   jarak latihan maka jumlah ulangan mestilah dikurangkan.


d) Panjang Tempoh Jeda Rehat
   Berapa lama tempoh setiap rehat antara ulangan kerja bergantung
   kepada aspek kecerdasan yang hendak dibina. Memendekkan tempoh
   rehat dan meringankan kerja akan menjadikan latihan kurang berkesan
   bagi membina kelajuan (speed), tetapi lebih berkesan untuk membina
   daya tahan. Menambah tempoh rehat (ada hadnya) dan meningkatkan
   intensiti kerja akan dapat membina kelajuan.


e) Jenis Atau Bentuk Rehat
   Atlet biasanya berehat antara ulangan kerja dengan cara berjoging
   atau berjalan pantas sejauh jarak kerja yang dibuat. Ada atlet suka
   berhenti sepenuhnya. Senaman ringan lebih baik dilakukan daripada
   berdiam diri ketika rehat antara ulangan kerja kerana bahan kumuh
   otot-otot dikeluarkan manakala oksigen dan gula diserap. Pemulihan
   menjadi lebih cepat.
LATIHAN LITAR

PENGENALAN

             Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling
“versatile” bagi kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh
Morgan dan Adamson di Universiti of Leeds, England.

             Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu
program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka
masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan
semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta
melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.

             Morgan     dan     Adamson     (1961),   telah   mengenalpasti   bahawa
pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot,
dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan.

OBJEKTIF LATIHAN

a. Untuk meningkatkan daya tahan otot.
b. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
c. Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik.
d. Untuk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.


PRINSIP-PRINSIP LATIHAN LITAR

             Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja
(overload principle). Ini dapat dilakukan melalui :


a. Kawalan untensiti latihan.
b. Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan.
c. Menambahkan bilangan set.
d. Meningkatkan jangka masa aktiviti.
RASIONAL PEMILIHAN LATIHAN INI

   a. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular.
   b. Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlet maju mengikut
      tahap kemampuan maksimum individu.
   c. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari semasa ke semasa dengan
      merujuk kepada beberapa pembolehubah:
      -   Masa pencapaian
      -   Denyutan nadi sejurus selepas setiap litar
      -   Masa pemulihan selepas setiap litar
      -   Intensity/beban karja yang dilakukan

SISTEM TENAGA YANG DIGUNAKAN

   1. ATP – PC (lebihan dominan)
   2. Asid Laktik – Oksigen

KEKERAPAN LATIHAN

1. 2 kali seminggu untuk 4 minggu awal

2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir

KAEDAH / PENGELOLAAN LATIHAN

   a. Setiap aktiviti hendaklah didemonstrasikan terlebih dahulu.
   b. Pelaku perlu memanaskan badan terlebih dahulu.
   c. Setiap individu mesti melakukan aktiviti semua stesen yang ditetapkan
   d. Setiap aktiviti dilakukan selama 30 saat.
   e. Masa rehat diberikan selama 30 saat di mana pelaku dikehendaki bertukar
      stesen yang berikut.
   f. Pelaku dikehendaki melakukan 2 set di mana terdapat masa rehat selama 3
      minit atau kadar denyutan jantung kurang daripada 120 denyutan seminit.
AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN LITAR YANG DISYORKAN

1. Tekan tubi

2. Lari ulang alik sejauh 10 meter

3. Bangun tubi

4. Lompat bintang

5. Kilas pinggang

6. Skipping

KEBAIKAN LATIHAN LITAR


1. Untuk Kesihatan Secara Umum – Dapat menyiapkan pelbagai jenis latihan
rintangan dalam satu jangka masa yang singkat. Bagi mereka yang sentiasa
kekurangan masa, boleh lakukan 3-4 sesi singkat setiap minggu.


2. Untuk Membina Asas – Asas penting untuk proses latihan yang seterusnya.
Asas melibatkan otot-otot utama seperti perut, pinggang dan otot-otot besar yang
lain. Sesuai untuk atlet-atlet yang sedang menyediakan diri untuk latihan yang lebih
sukar. Latihan litar juga mampu membetulkan beberapa ketidakseimbangan otot
yang tidak dapat dielakkan berlaku dalam sukan kompetitif. Latihan litar adalah satu
pilihan yang baik dan membenarkan pemulihan maksimum kumpulan otot.


3. Memperbaikkan Kekuatan Otot dan Stamina – Disebabkan masa rehat pendek,
sistem kardiovaskular dapat diperbaik.


4. Kekurangan Masa – Bagi mereka yang sibuk dengan kerja harian, latihan litar
boleh dilakukan 3-4 kali seminggu dengan jumlah masa dalam 10-20 minit untuk
satu litar.



              Latihan litar seeloknya dilakukan selang sehari dengan memberi otot 48
jam untuk berehat. Untuk kesihatan umum, masa untuk satu stesen di antara 1-2
minit dengan rintangan sekitar 55 – 65 % daripada 1 ulangan maksima.
Sekurangnya 8-12 stesen di dalam sesuatu litar yang melibatkan semua otot-otot
utama iaitu pectoralis major, latisimmus dorsi, deltoid, biceps brachii, triceps trachii,
rectus abdominis, erector spinae, quadriceps, hamstring, calf. Masa rehat sekitar 10-
30 saat untuk setiap stesen. Boleh dilakukan 1-3 litar dengan masa rehat 2-3 minit di
antara litar.
LATIHAN KEPANTASAN (KECERGASAN)

KECERGASAN

               Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu
membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil
bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga
yang mencukupi ketika waktu kecemasan. Kecergasan boleh ditingkatkan dengan
senaman yang bersesuaian.

               Jumlah komponen kecergasan fizikal boleh dikenali/diketahui dengan
11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi
komponen berkaitan dengan kemahiran.

Perbezaan Komponen Kecergasan

Ketahanan          Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan
sistem jantung yang berterusan untuk jangka masa yang lama untuk aktiviti yang
(kecergasan        memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
aerobik)
Komposisi          Ia merujuk kepada jumlah struktur utama anggota badan: otot,
badan              tulang dan lemak.
Kekuatan otot      Ia adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi
                   tertentu.
Ketahanan          Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke
otot               tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Fleksibiliti       Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan
                   berupaya untuk melakukan pergerakan lingkungan penuh.




Enam komponen lain:

       Ketangkasan/kelincahan
       Keseimbangan
      Kelajuan
      Masa reaksi
      Koordinasi
      Kepantasan/kecepatan

Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung
dan komposisi badan.


SENAMAN

            Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang
menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status
kesihatan dan tahap kecergasan. Ia dilakukan dengan melibatkan satu antara lima
komponen yang dinyatakan di atas. Ahli sukan boleh membina/membentuk enam
komponen yang lain.

Jenis Senaman yang Perlu untuk Membentuk Komponen Kecergasan

      Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu
       perlu melakukan senaman aerobik.
      Untuk   meningkatkan     kekuatan    otot,   latihan   kekuatan    atau   latihan
       mengangkat berat perlu dilakukan.
      Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan. Yoga
       juga adalah satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti.
      Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik.
      Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas
       yang dirancang adalah perlu. Senaman ini adalah senaman khas di mana
       melibatkan latihan sukan di bawah pengawasan jurulatih.

             Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan
sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak
kurang dari 120 denyutan seminit. Semasa aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu
mengelakkan       dari   mengalami    kesusahan     bernafas.    Walaubagaimanapun,
pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka. Denyutan jantung
akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Untuk orang yang
baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit.

              Senaman latihan tenaga adalah senaman yang dilakukan secara
melawan rintangan seperti tekan tubi, angkat dagu (bersenggayut), separa
menyangkung (menyangkung sepenuhnya tidak digalakkan), duduk tegak (sit ups).
Latihan dengan beban seperti -dumb bells- dan peralatan-peralatan gimnasium lain
juga membantu pembentukan otot. Semakin besar otot itu semakin kuat otot itu.

              Senaman regangan sangat digalakkan selepas setiap aktiviti fizikal.
Otot-otot tertentu atau kumpulan otot akan diregangkan perlahan-lahan. Sedikit rasa
kurang selesa atau ketegangan akan terasa tetapi tidak sehingga menyakitkan.
Regangan dilakukan secara statik tidak kurang dari 15 saat (15-30). Elakkan
pergerakan lonjakan semasa regangan dan elakkan dari menahan nafas.

Senaman rutin

   1. Mulakan dengan senaman untuk memanaskan badan, seperti:
          o    Berlari anak atau joging selama 5 hingga 10 minit.
          o    Berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara keselesaan masing-
               masing.
          o    Berbasikal untuk 5 hingga 10 minit dengan kelajuan rendah.

         Semua ini bergantung kepada aktiviti yang dipilih. Walaubagaimanapun,
         lakukan aktiviti beberapa minit pertama dengan selesa.

   2. Ini patut diikuti dengan regangan dengan menggunakan otot tertentu.
   3. Pada bahagian ketiga lakukan aktiviti rutin senaman aerobik selama 30
       hingga 40 minit.
   4. Selepas peringkat aerobik, lakukan aktiviti pergerakkan perlahan untuk
       menurunkan denyutan jantung.
   5. Sesetengah senaman latihan kekuatan dilakukan untuk meningkatkan
       kekuatan otot.
   6. Pusingan ini ditamatkan dengan senaman regangan untuk semua kumpulan
       otot-otot utama.
Untuk mencapai tahap senaman yang unggul, perlu diingatkan prinsip FITT
(kecergasan) dan senaman yang berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.

Prinsip FITT (Kecergasan)

  F- Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.
  I- Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar
  denyutan jantung anda.
  T- Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit
  untuk lebih berkesan).
  T- Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza
  adalah digalakkan.




Tekan       tubi   dilakukan    untuk
menguatkan otot dada dan otot bahu.
Untuk orang yang baru mulakan
latihan tekan tubi, lakukan dalam
kedudukan bertentangan dinding atau
kedudukan yang diubahsuai seperti
semasa      berehat    atau    dengan
menggunakan lutut.
Semasa aktiviti separa menyangkung,
pembukaan antara kedua belah kaki
diluaskan seberapa yang boleh bagi
menguatkan otot lutut.




Mengangkat kaki ke belakang dalam
kedudukan    melutut     atau     baring
terlentang bagi memejalkan punggung
dan    anggota    bawah         bahagian
belakang.
Duduk    tegak    (sit   up)   untuk
menguatkan otot perut.




Mengangkat kaki pada kedudukan
mengiring akan menguatkan paha.




Senaman dengan beban (dumb bells)
boleh digunakan untuk membina otot
bisep.
             Senaman di atas dicadangkan dilakukan secara berpusingan. Setiap
senaman atau pergerakan itu dikenali sebagai satu ulangan. Setiap pusingan
mengandungi 5 hingga 10 ulangan untuk setiap pergerakan. Jumlah ulangan dan
pusingan yang anda lakukan bergantung kepada keupayaan diri anda. Anda boleh
meningkatkan pusingan atau jumlah ulangan setiap set bukan dalam masa satu hari
tetapi dalam masa seminggu. Sesuaikan tubuh badan anda untuk membina
kekuatan secara semula jadi.

Kadar Denyutan Jantung

Jenis aktiviti yang boleh dipilih untuk meningkatkan kecergasan

Anda boleh memilih aktiviti seperti:

      Joging
      Permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton
      Berjalan kaki
      Memanjat tembok
      Mengambil bahagian dalam acara larian
      Berbasikal

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala.

Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi
rendah seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.


LATIHAN FARTLEK

             Merupakan bahasa Sweden (speed play) iaitu bermaksud dengan
kelajuan. Kaedah latihan yang dicipta oleh negara Sweden berdasarkan larian jarak
jauh secara bebas tanpa penetapan masa dan variasi kelajuan yang berubah-ubah.

             Larian pelbagai kelajuan ini dijalankan di atas permukaan bumi yang
tinggi rendah memudahkan perubahan kelajuan secara semulajadi. Larian diselang-
seli dengan jarak dan permukaan bumi.
             Larian ini sangat berkesan jika jarak kelajuan berubah dari kelajuan
memecut kepada kelajuan rendah. Sekali-sekala ditukar kepada kelajuan yang tinggi
kira-kira 500 meter, berkekalan hingga keseluruhan jarak larian melebihi satu hingga
dua kilometer. Perubahan jarak dan kelajuan berselang-seli sehingga total jarak
larian mencapai 2 kilometer.

             Larian fartlek dijalankan dua kali seminggu pada awal musim latihan
dan seminggu sekali pada musim pertandingan, memberi kesan baik kepada
kecergasan aerobik.

CONTOH RANCANGAN LATIHAN FARTLEK (ACARA 1 BATU)

             Bermula dengan larian sebatu secara larian perlahan, diikuti dengan
100 ela larian sederhana, ditambah 880 ela larian perlahan, kemudian 200 ela
kelajuan sederhana diikuti 880 ela secara perlahan, ditambah dengan 440 ela larian
sederhana dan larian sejauh satu batu secara perlahan, diikuti 220 ela larian
sederhana dan berakhir dengan larian perlahan 880 ela.

            Contoh di atas menunjukkan fartlek terkawal (controlled fartlek) di mana
jarak dan kelajuan ditentukan. Ia biasa dijalankan kepada atlet baru. Oleh itu larian
mesti terkawal.

             Ada juga fartlek yang dikatakan fartlek bebas di mana variasi jarak dan
kelajuan mengikut kehendak atlet. Latihan fartlek adalah latihan alternatif kepada
jenis-jenis latihan aerobik yang lain.
                     STRATEGI PERMAINAN

KEDUDUKAN PEMAIN

            Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan
yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain
setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bip" menunjukkan satu dari
kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain
hanya dibenarkan berada di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar
dari kedudukan mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:


      Kawasan Gol           kawasan tengah           kawasan gol
                    WA                          GD
                              C                  d

       GS                                                      GK
    Lingkaran
    gol


                    GA                          WD




                         Kedudukan Pemain
Nama Pemain      Singkatan             Lawan
                                                              Kedudukan
                                                                 Asal

 Penjaring gol      GS              Penjaga gol
                                                             Lingkaran Gol
                                                          (bersama dengan GK
                                                          dalam lingkaran gol
                                                              pihak lawan)

Penyerang gol       GA            Penghadang gol
                                                             Kawasan Gol
                                                          (sebaris dengan WA
                                                         dan dihadang oleh GD
                                                              oleh lawan)



    Sayap          WA            Sayap penghadang
                                                             Kawasan Gol
  penyerang
                                                          (sebaris dengan GA
                                                         dan dihadang oleh WD
                                                              pihak lawan)

  Penyerang         C            Penyerang tengah
                                                         Kawasan tengah sama
    tengah
                                                           dengan penyerang
                                                           tengah pihak lawan

    Sayap          WD             Sayap penyerang
                                                           Kawasan gol pihak
 penghadang
                                                                sendiri

Penghadang gol      GD             Penyerang gol
                                                           Kawasan gol pihak
                                                                sendiri

 Penjaga gol        GK              Penjaring gol
                                                         Berada dalam lingkaran
                                                                  gol


                             Jadual 1 Kedudukan Pemain
LALUAN PEMAIN
              Terdapat beberapa posisi atau laluan pemain yang terdapat dalam
permainan bola jaring dan setiap pemain mempunyai sumbangannya tersendiri.


              Penjaring gol (GS) merupakan penjaring pertama dalam sesebuah
pasukan, posisi untuk penjaring gol memerlukan penjaring yang tepat dan mampu
menyediakan ruang bagi menerima hantaran yang selamat. Faktor yang amat
penting bagi penjaring gol ialah mempunyai pelbagai kemahiran menyerang dan
perlu bersedia menerima bola pantulan. Sebelum itu, penjaring perlulah mengetahui
laluannya sendiri iaitu kawasan yang dibenarkan untuk penjaring gol masuk.
Penjaring gol hanya dibenarkan untuk memasuki laluan kawasan gol pihak lawan
sahaja.


    kawasan gol ( lawan )




                                        R       Kawasan Penjaring Gol


              Kemudian ialah laluan bagi pemain penyerang gol (GA), laluan
serangan bagi penyerang gol ialah di kawasan tengah sehingga kawasan gol pihak
lawan sebelum memasuki kawasan gol pihak lawan.

  kawasan gol( lawan ) kawasan tengah




                                                  Laluan Penyerang Gol




              Seterusnya pemain sayap penyerang iaitu WA, yang menyerang di
kawasan tengah sehingga           kawasan gol pihak lawan, tetapi dalam kawasan gol
pihak lawan sayap penyerang tidak boleh memasuki lingkaran gol.
 kawasan gol (lawan) kawasan tengah




                                                         Laluan Sayap Penyerang


                 Selain itu ialah penyerang tengah atau centre, C yang boleh
menyerang serta berada dari kawasan gol pihak sendiri sehingga ke kawasan gol
pihak lawan kecuali dalam kawasan lingkaran gol dua-dua pihak.


 kawasan gol (lawan) kawasan tengah kawasan gol ( sendiri )




                                                         Laluan Penyerang Tengah


                 Bagi pemain sayap penghadang iaitu WD, hanya boleh berada dari
kawasan gol pihak sendiri kecuali lingkaran gol sehingga ke kawasan tengah
padang.

                                      kawasan gol
   kawasan gol     kawasan tengah      ( sendiri )




                                                          Laluan Pemain Sayap Penghadang
            Bagi laluan dari kawasan tengah sehingga ke kawasan gol pihak sendiri
termasuk dalam lingkaran gol, penghadang gol berfungsi untuk membantu penjaga
gol apabila diserang oleh pihak lawan.
                              kawasan gol
             kawasan tengah    (sendiri)




                                                  Laluan Pemain Penghadang Gol


            Akhir sekali ialah pemain penjaga gol atau GK berada hanya dalam
kawasan gol pihak sendiri. Pemain penjaga gol berfungsi menghalang pihak lawan
daripada menjaringkan gol.
                                            kawasan gol
                                             ( sendiri )




                                                           Laluan Pemain Penjaga Gol
                       TAKTIK PERMAINAN

STRATEGI UNTUK HANTARAN TENGAH

            Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C
membaling bola     kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil
meniupkan wisel.


            WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada
dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan
akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada
dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.




Rajah Strategi daripada hantaran tengah

            Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula
dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting
ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan
lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan
lebih pantas.
STRATEGI HANTARAN KE DALAM

            Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada
pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya:
      -   Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
      -   Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan
          luar   gelanggang.


             Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini
bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. Apabila bola
dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola
akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke
dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai
penyerang untuk melaksanakan strategi ini.


          Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola
kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah. Ini bererti pemain
GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD
juga akan bergerak pantas untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila
gerakan bola tiba kepada WD, pasukan ini yang pada mulanya berada pada
kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
                        ASAS KEPEGAWAIAN

PEGAWAI BOLA JARING

             Pegawai bola jaring terdiri daripada pegawai pertandingan serta
pegawai pasukan. Pegawai pertandingan pula terdiri daripada pengadil, pencatat
serta penjaga masa. Pegawai pasukan pula terdiri daripada jurulatih, penolong
jurulatih, pengurus pasukan, kapten serta dua pegawai penjagaan utama yang
berkelayakan.

PENGADIL

             Terdapat dua orang pengadil yang mengawal permainan serta
membuat keputusan. Keputusan pengadil adalah muktamad serta hendaklah
mengikut undang-undang serta membuat keputusan yang adil.

Sebelum Permainan Bermula

       -   Pengadil hendaklah memeriksa gelanggang serta sekitarnya, tiang gol dan
           juga bola bagi memastikan kesemuanya mengikut undang-undang
           permainan.
       -   Memeriksa pakaian, barang kemas, hiasan badan serta kuku.

Wisel pengadil akan berbunyi apabila:

       a) Memula serta memberhentikan permainan.
       b) Menandakan tamat tiap suku atau separuh permainan.
       c) Menandakan kesalahan telah berlaku.
       d) Menandakan gol telah dijaringkan.
       e) Memberi isyarat kepada penjaga masa supaya menangguhkan masa
           pemberhentian.

Tugas-tugas Lain

      Melambung syiling untuk menentukan pasukan yang akan memulakan
       permainan.
      Mengawal serta membuat keputusan hanya di sebelah kawalannya serta
       mengadili di bahagian gelanggang yang sama sepanjang permainan.
      Sentiasa berada di luar gelanggang kecuali ketika membuat lambungan.
      Tidak mengkritik atau memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pasukan
       sepanjang permainan berlangsung.

PENCATAT

Hendaklah ada dua orang pencatat yang bertugas bersama bagi setiap permainan.

Tugas Pencatat

      Mencatat nama semua pemain serta posisi mereka.
      Mencatat jaringan gol bagi setiap pasukan.
      Mencatat setiap penggantungan atau arahan keluar pemain sekiranya
       berlaku.
      Memaklumkan hantaran tengah kepada pengadil.

PENJAGA MASA

      Mengambil    masa   apabila   pengadil   meniup   wisel   untuk   memulakan
       permainan.
      Menangguhkan masa apabila diarah oleh pengadil.

PEGAWAI PASUKAN

      Boleh merayu kepada pengadil untuk mendapatkan masa tambahan bagi
       menguruskan perkara luar biasa yang boleh dianggap sebagai kecemasan.
      Tidak dibenarkan membuat sebarang komen dan berkelakuan yang tidak
       sepatutnya termasuk berada di sepanjang garisan tepi dan garisan gol.

KAPTEN

      Hendaklah mengundi untuk memilih gol atau hantaran tengah pertama.
      Berhak berjumpa semasa rehat atau selepas tamat permainan untuk
       mendapatkan penjelasan sebarang undang-undang.
          PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
            Dalam sesuatu permainan, pengurusan dan pengelolaan sesuatu
permainan amat penting sebelum memulakan perlawanan. Tanpa ada pengurusan
dan pengelolaan permainan, maka permainan tersebut tidak dapat dijalankan dan
permainan menjadi kelam-kabut. Antara pengurusan dan pengelolaan yang perlu
dibuat adalah pengurusan padang dan penyediaan padang serta alatan.

PENGURUSAN PADANG / GELANGGANG

            Gelanggang yang digunakan untuk bermain bola jaring berbentuk segi
empat bujur yang berukuran 30.5 meter (100 kaki) panjang dan 15.25 meter (50
kaki) lebar seperti yang dinyatakan, gelanggang bola jaring boleh terdiri daripada
padang yang berumput atau kawasan gelanggang yang bersimen atau berlantai
parkey.

            Jika permainan diadakan di dalam dewan atau tempat tertutup,
gelanggang itu hendaklah bebas daripada sebarang halangan yang mengganggu
permainan. Pemasangan lampu yang cukup terang hendaklah dipastikan untuk
gelanggang yang tertutup.

            Gelanggang bola jaring terbahagi kepada 3 kawasan atau petak yang
sama ukurannya. Kawasan atau petak ini dinamakan kawasan gol pada petak
pertama dan petak ketiga. Manakala, petak tengahnya dinamakan kawasan tengah.
Di tengah-tengah kawasan tengah terdapat satu bulatan kecil yang berukuran 0.9
meter (3 kaki) pada garisan pusatnya, yang dinamakan bulatan tengah. Separuh
bulatan yang dinamakan bulatan gol digariskan pada penghujung kedua-dua
kawasan gol separuh bulatan ini mempunyai jejari 4.9 meter (16 kaki).
            Di sekeliling gelanggang serta kawasan yang terdapat di dalamnya
dipisahkan dengan garisan yang tebalnya tidak melebihi 2 inci (5 cm). Garisan
panjang pada kedua-dua tepi gelanggang dinamakan garisan tepi. Manakala garisan
pendek di hujung dinamakan garisan gol. Sebaiknya semua garisan di dalam
gelanggang hendaklah berwarna terang dan jelas seperti warna, putih dan kuning.

            Pada    kedua-dua    garisan   gol,   iaitu   garisan   kedua-dua   hujung
gelanggang terdapat tiang gol pada kedudukan di tengah-tengah garisan itu.
Ketinggian tiang gol ini hendaklah 3.05 meter (10 kaki) dan didirikan secara tegak.
PENYEDIAAN PADANG DAN ALATAN

            Sebelum memulakan permainan, penyediaan padang dan alatan perlu
dilakukan. Penyediaan alatan permainan yang paling penting adalah bola. Bola
diperbuat daripada kulit ataupun getah. Walaupun pada umumnya bola jaring
diperbuat daripada getah, tetapi bola kulit atau bahan yang lain boleh digunakan.
Umumnya, bola yang digunakan haruslah diiktiraf oleh Persatuan Bola Jaring
Antarabangsa. Bagi pemain senior, ukur lilit bola yang digunakan ialah 690-710
milimeter dan beratnya 400-450 gram. Manakala pemain junior iaitu murid sekolah
rendah menggunakan bola yang lebih kecil dan lebih ringan. Bola jenis kulit hanya
boleh dimainkan di atas padang/gelanggang yang bersimen. Bola yang diperbuat
daripada getah boleh dimainkan sama ada di atas padang/gelanggang yang
bersimen mahupun yang berumput.




            Alatan untuk bermain bola jaring seperti „bib‟ juga perlu disediakan. „Bib‟
inilah yang akan menunjukkan kedudukan pemain supaya pemain dan penonton
tidak keliru. Setiap pemain yang memakai „bib‟ perlulah tahu kedudukan masing-
masing. Mereka hanya dibenarkan berada pada kedudukan di sudut tertentu di
gelanggang. Huruf pada „bib‟ ditulis dengan terang pada bahagian depan dan
belakang. Pada setiap perlawanan, 2 set „bib‟ harus disediakan. Setiap pasukan
mestilah memakai warna „bib‟ yang seragam. Tulisan pada „bib‟ berukuran 4 hingga
6 inci. Sebarang barang kemas dan aksesori tidak boleh dipakai semasa hendak
bermain. Kasut yang diperbuat daripada bahan yang ringan boleh dipakai semasa
bermain. Manakala, kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.
            Selain itu, penyediaan padang/gelanggang untuk bermain juga harus
dilakukan sebelum bermain. Keadaan padang mestilah bersih dan tidak berbahaya
bagi pemain. Ukuran padang yang sesuai untuk bola jaring digunakan untuk bermain
bola jaring. Kedudukan tiang gol dan garisan-garisan tertentu haruslah tepat.

PEMAIN

            Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 orang
pemain simpanan. Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau kedudukan yang
tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:

      a) Penjaga gol (GK)
      b) Pertahanan gol/pertahanan dalam (GD)
      c) Pertahanan sayap/pertahanan luar (WD)
      d) Pemain tengah (C)
      e) Penyerang sayap (WA)
      f) Penyerang gol (GA)
      g) Penjaring gol (GS)
PENGADIL

            Pengadil bagi sesuatu permainan atau pertandingan amat diperlukan.
Tanpa pengadil, pemainan yang diadakan tidak akan menarik dan banyak salah
faham akan berlaku tanpa kehadiran pengadil.

            Pengadil bagi sesuatu pertandingan mestilah seorang yang profesional
dan berpengetahuan tinggi mengenai ilmu bola jaring.

            Perlawanan bola jaring memerlukan 2 orang pengadil. Pengadil yang
memutuskan perlawanan dimulakan dan dihentikan. Pengadil menggunakan isyarat
tangan yang khas dan wisel sebagai tanda isyarat.

            Pada awal permainan pengadil akan mengundi untuk menentukan
bahagian mana yang akan diadili. Permainan hanya akan bermula selepas pengadil
membunyikan wisel dengan memulakan dengan hantaran tengah (dalam bulatan).

PETI PERTOLONGAN CEMAS

            Peti pertolongan cemas dan sekumpulan ahli Persatuan Bulan Sabit
Merah   haruslah   disediakan   apabila   ingin   membuat   sesuatu   perlawanan.
Perkhidmatan tersebut amat penting bagi memberi pertolongan awal kepada pemain
yang cedera sebelum dibawa ke hospital.

            Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sememangnya sudah dilatih untuk
memberi rawatan atau pertolongan kepada seseorang/pemain yang cedera. Di
samping itu, mereka sentiasa menyediakan atau membawa peti pertolongan cemas
bersama jika diperlukan. Mereka mestilah mengetahui asas tentang pertolongan
cemas. Peti pertolongan cemas perlu sentiasa diperiksa kandungannya supaya tiada
kekurangan ubatan atau tiada bahan atau ubat yang telah luput tarikh
penggunaannya. Alatan dan ubat-ubatan yang terdapat di dalam peti pertolongan
cemas adalah seperti dalam jadual di bawah.
Bil   Alatan dan ubat-ubatan    Kegunaannya
 1    Kain anduh                Mengampu lengan yang patah atau terseliuh
 2    Kain pembalut kasa        Membalut luka atau anggota yang terseliuh
 3    Gunting                   Memotong
 4    Larutan Flavin            Merawat luka
 5    Larutan Antiseptik        Merawat luka
 6    Kapas                     Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka
 7    Krim Antiseptik           Merawat luka
 8    Penampal luka (plaster)   Membalut luka yang kecil
                  PENGURUSAN PASUKAN

PERANAN DAN TUGAS

            Peranan dan tugas pengurusan ialah pengurusan melibatkan empat
proses utama, iaitu merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal.

   1. Merancang - melihatkan proses menentukan objektif organisasi dan cara
      untuk mencapai objektifnya.
   2. Mengelola - merujuk kepada proses mendelegasi dan mengkoordinasikan
      tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif organisasi.
   3. Memimpin - proses mempengaruhi petugas bawahan untuk bekerja ke arah
      mencapai objektif organisasi.
   4. Mengawal - merujuk kepada proses membentuk dan mengimplementasikan
      mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif yang dirancang akan
      tercapai.

PEMILIHAN PEMAIN

            Jurulatih merupakan orang yang paling layak sebagai salah seorang
pemilih. Pemilihan pemain bergantung kepada beberapa faktor asas seperti:

   1. Kesanggupan untuk bekerja keras.
   2. Kemahiran dalam prestasi.
   3. Pengetahuan tentang posisi bermain.
   4. Kesedaran teknikal.
   5. Mahu mempelajari daripada latihan dan teguran.
   6. Kecergasan untuk sesuatu sukan tertentu, yang berkait dengan kelajuan,
      kekuatan dan stamina.
   7. Keupayaan mekanikal, iaitu keupayaan untuk memberikan persembahan
      teknik kemahiran pemain.
   8. Membuat keputusan, yakni bila, di mana dan bagaimana menunjukkan
      kemahiran pemainan dan keupayaan untuk menunjukkan penggunaan taktik.
KEBAJIKAN PEMAIN

              Pemain mempunyai kebajikan. Antaranya termasuk makanan dan
minuman. Makanan dan minuman perlu disediakan kepada pemain yang mengambil
bahagian dalam permainan. Selain itu, peti ubat juga perlu ada semasa
pertandingan dijalankan. Hal ini demikian kerana pemain mungkin akan mengalami
kecederaan semasa pertandingan. Peti ubat diperlukan supaya dapat mengubati
pemain bola jaring.

KECEDERAAN

Tiga punca paling asas yang boleh menyebabkan kecederaan ialah:

   1. Kejadian secara kebetulan.
   2. Keadaan atau suasana yang tidak selamat.
   3. Tindakan yang tidak selamat.

Kaedah pencegahan kecederaan:

   1. Mengurangkan keadaan kurang selamat.
   2. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui pemilihan dan penempatan.
   3. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui poster dan alat propaganda
      lain.
   4. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui program insentif dan
      pengukuhan positif.
   5. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui latihan.
   6. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui komitmen pengurusan atasan.
   7. Mengurangkan tindakan tidak selamat dengan menekankan keselamatan.
   8. Mengurangkan     tindakan    tidak   selamat   dengan   mewujudkan   polisi
      keselamatan.
   9. Mengurangkan tindakan tidak selamat melalui pemeriksaan keselamatan dan
      kesihatan.
   10. Mengurangkan tindakan tidak selamat dengan memantau bahan kerja dan
      keadaan yang boleh menimbulkan stres.
                PENGELOLAAN PERTANDINGAN
            Satu proses yang melibatkan dua atau lebih sumber tenaga manusia
untuk mencapai tujuan khusus. Proses ini meliputi pengagihan tanggungjawab dan
pengumpulan kerja yang patut dilakukan oleh individu yang telah ditugaskan.

PERLANTIKAN AJK

Pembentukan Ahli Jawatankuasa Pengelola

   -   AJK perlu ditubuhkan untuk merancang dan menjayakan pertandingan atau
       kejohanan.
   -   Dikenali sebagai AJK Induk.
   -   Beberapa jawatankuasa juga harus ditubuhkan bagi membantu dan
       menyokong fungsi AJK Induk melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang
       tugas masing-masing.

Senarai Tugas Jawatankuasa Pengelola

   -   AJK Induk terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
       Bendahari dan ketua semua AJK kecil.
   -   AJK Induk bertanggungjawab memanggil semua ahli untuk bermesyuarat dan
       beliau akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
   -   Tujuannya untuk membincangkan dan menetapkan tarikh pertandingan,
       tempat, masa, dan hadiah.


   a) Setiausaha
   -   Bertindak sebagai penyelaras dan memaklumkan keputusan AJK Induk
       kepada AJK kecil.
   -   Bertanggungjawab memaklumkan segala keperluan AJK kecil kepada AJK
       Induk.


   b) Bendahari
   -   Mengawal perbelanjaan persiapan dan biasanya bertindak secara langsung
       sebagai ketua AJK Pendaftaran.
   -   Menyelesaikan segala bil-bil yang dituntut oleh Ahli Jawatankuasa Kecil.
c) Ahli Jawatankuasa Peralatan
-   Menyediakan segala peralatan pertandingan.


d) AJK Pendaftaran
-   Mendaftar dan menerima bayaran penyertaan daripada semua pasukan yang
    bertanding.
-   Bertanggungjawab     membuat     semakan       senarai   nama   pemain   dan
    mengedarkan buku program bagi pertandingan.


e) Ahli Jawatankuasa Pengadilan
-   Bertindak menjemput pengadil-pengadil yang bertauliah untuk mengendalikan
    perlawanan-perlawanan yang berlangsung.


f) Ketua Pengadil
-   Memastikan bilangan pengadil cukup dan pertandingan dapat dijalankan
    sebagaimana yang telah dijadualkan.


g) Ahli Jawatankuasa Hadiah
-   Bertanggungjawab memastikan tempahan hadiah dibuat bersesuaian dengan
    kategori pertandingan yang telah ditetapkan.


h) Ahli Jawatankuasa Kebajikan
-   Menjaga aspek pemain dan pegawai sepanjang pertandingan.
-   Menguruskan minuman pemain dan pegawai pertandingan, penyediaan
    tempat rehat pemain, pengadil dan membantu pasukan yang memerlukan
    sebarang bantuan dengan segera.


i) AJK Keselamatan
-   Bertanggungjawab memastikan kemudahan perubatan sentiasa dalam
    keadaan bersedia.
-   Memastikan penonton-penonton yang hadir tidak membawa benda-benda
    yang berpotensi menjadi senjata bahaya.
PENGANJURAN PERTANDINGAN

PENGENALAN PERTANDINGAN

             Pertandingan merupakan cara yang paling biasa dan sering digunakan
bagi menentukan pemenang dalam satu-satu acara sukan atau permainan di
pelbagai peringkat. Pertandingan boleh diadakan antara seorang dengan orang lain,
antara sebuah pasukan dengan pasukan lain, antara sebuah negeri dengan negeri
lain ataupun antara sebuah negara dengan negara lain dalam bidang sukan. Apabila
pertandingan itu sudah menghasilkan pemenang, pemenang ini akan bertanding
pula dalam pertandingan yang lebih besar dan mencabar.

Tujuan Pertandingan

   (i)     Untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu-satu
           pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan kebolehan
           mereka dalam sesuatu acara sukan yang dianjurkan.
   (ii)    Sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli
           atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara tidak
           langsung     dapat   menghindarkan   mereka   daripada   kegiatan   yang
           merugikan diri.
   (iii)   Sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau para
           pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk
           sesuatu tempoh.
   (iv)    Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau
           permainan.
   (v)     Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan kerjasama di antara ahli-
           ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhan-pertubuhan atau sekolah-
           sekolah lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
   (vi)    Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan
           menghormati undang-undang.
   (vii)   Memilih rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-
           satu pertubuhan atau kelab.
   (viii)   Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila
            berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah
            dikenalinya.


              Selain daripada alasan di atas, terdapat beberapa alasan lain yang
mempunyai kaitan dengan pertandingan yang diadakan, seperti untuk menguji
keupayaan jurulatih, menguji sambutan orang ramai, mengukur keupayaan peserta,
dan latihan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar
pada masa akan datang.

Kategori-kategori Utama Pertandingan

              Biasanya, terdapat empat kategori utama sesuatu pertandingan, yang
merangkumi semua peringkat pertandingan. Kategori-kategori tersebut ialah
perlawanan, pertandingan kalah mati, pertandingan secara liga, atau pusingan dan
pertandingan cabar-mencabar. Bagi menentukan sesuatu pertandingan itu tergolong
dalam kategori yang tepat bergantung pada bilangan dan jumlah peserta serta acara
yang dipertandingkan.

Prosedur Menganjurkan Pertandingan

              Sebelum menganjurkan sesuatu temasya atau kejohanan sukan,
penganjur perlu menimbangkan beberapa perkara yang merupakan prosedur atau
panduan penting dalam menentukan kejayaan pertandingan itu. Perkara-perkara ini
hendaklah difikirkan sebaik keputusan mengadakan pertandingan itu dibuat.


1. Mengetahui tujuan atau matlamat pertandingan.
2. Penyertaan peserta atau pasukan, bilangan peserta yang dijangkakan dan
   peringkat umur mereka.
3. Pendaftaran peserta, bayaran dikenakan (jika ada), tarikh tutup dan pengesahan.
4. Bentuk pertandingan yang akan dijalankan.
5. Tarikh, tempat dan masa pertandingan.
6. Penubuhan jawatankuasa penganjur serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil.
7. Sumber kewangan
   (i)      Pertandingan
   (ii)     Peralatan dan kemudahan
       (iii)   Pegawai-pegawai pertandingan
       (iv)    Hadiah/cenderamata
       (v)     Makanan dan minuman
8. Persediaan untuk pertandingan, termasuk publisiti.
9. Upacara perasmian dan penutup.
10. Tetamu khas untuk permainan.

Pengelolaan Pertandingan

Perkara pertama : Menentukan tarikh dan tempat untuk mengadakan pertandingan.

Perkara kedua : Membuat pengumuman tentang pertandingan yang bakal diadakan
itu.

Perkara ketiga : Mengajukan jemputan kepada peserta yang layak untuk bertanding.

Perkara keempat : Menyediakan jadual pertandingan.

Perkara kelima : Mendapatkan orang-orang tertentu untuk mengurus pertandingan
itu.

Perkara keenam : Mendapatkan kerjasama pihak keselamatan kawasan.

Perkara ketujuh : Mengadakan rangka untuk mendapatkan sumber kewangan
secepat mungkin jika perlu.

                 Kehadiran dan soal bayaran sagu hati atau sumbangan untuk pegawai
dan pengadil pertandingan juga meliputi tugas yang harus dijalankan oleh penganjur
dan pengelola. Mereka juga hendaklah menyediakan semua kemudahan dan
peralatan pertandingan termasuk tempat dan padang atau gelanggang yang sesuai
untuk pertandingan. Semasa pertandingan dilangsungkan, pengurus atau pengelola
pertandingan hendaklah memastikan semua peraturan pertandingan dipatuhi oleh
para peserta. Soal-soal lain seperti keselamatan, makan minum, jemputan,
pertolongan cemas dan sebagainya juga perlu difikirkan sebelum pertandingan
bermula.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengelolaan Pertandingan

1. Tempoh atau masa mengadakan pertandingan.
2. Kemudahan-kemudahan yang ada.

3. Bilangan peserta atau pasukan yang akan bertanding.

4. Kelayakan para peserta.

5. Masa yang sesuai untuk pertandingan.

6. Kewangan.

7. Hadiah.

Penjadualan

             Penjadualan adalah proses menentukan suatu tarikh, masa dan tempat
untuk setiap perlawanan dalam sesuatu pertandingan. Semua pertandingan harus
bermula dan berakhir dalam masa yang diperuntukkan. Sekiranya ada faktor lain
yang cuba menghalang pertandingan diadakan           mengikut jadual, penganjur
hendaklah mencari jalan bagi mengatasinya.

Ketidakhadiran dan Penangguhan Perlawanan

             Walaupun   jadual   pertandingan   sudah    disediakan   dan   undian
perlawanan sudah dijalankan, adakalanya sesuatu perlawanan itu tidak dapat
diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Antara sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan
sesuatu perlawanan itu terpaksa ditangguhkan atau ditunda adalah seperti di bawah:

   1. Berlaku bencana yang tidak dapat dielakkan seperti banjir, kemalangan dan
      sebagainya.
   2. Ketiadaan pengadil perlawanan yang rasmi.
   3. Ketiadaan padang perlawanan, atau padang yang ada tidak sesuai untuk
      perlawanan.
   4. Gangguan penonton atau orang ramai.
   5. Ketiadaan pegawai perubatan atau pembantu keselamatan.
   6. Pembatalan atau penangguhan dibuat oleh pihak penganjur atas faktor-faktor
      munasabah.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:811
posted:9/30/2012
language:Indonesian
pages:82