Proposal KETENGAH.doc by 95ON2H

VIEWS: 0 PAGES: 10

									SEKRETARIAT PERSATUAN MAHASISWA ANAK TERENGGANU ( PERMATA )


                           KERTAS KERJA
  ________________________________________________________________


                         "DESA WAWASAN"
 PROGRAM ANAK ANGKAT SEKRETARIAT PERSATUAN MAHASISWA ANAK
TERENGGANU (PERMATA) DI KAMPUNG JERANGAU, DUNGUN, TERENGGANU
  ________________________________________________________________


                        CADANGAN TARIKH :
                      22 HINGGA 24 JULAI 2010
                               ATAU
                       5 HINGGA 7 OGOS 2010


                             TEMPAT :
                      KG. JERANGAU, DUNGUN
                     TERENGGANU DARUL IMAN


                             ANJURAN :
                           SEKRETARIAT
       PERSATUAN MAHASISWA ANAK TERENGGANU (PERMATA)
1.0    TUJUAN


Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan     sokongan daripada
Bahagian Penajaan Yayasan Negeri Terengganu dengan tujuan berikut:


i.     Untuk mendapatkan kelulusan program daripada Yayasan Terengganu.


ii.    Untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan bagi mendapatkan penajaan luar.


iii.   Mendapatkan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan ataupun swasta.




2.0    PENGENALAN


2.1    Dunia yang semakin mencabar serta terdedah kepada pelbagai perkara yang
       boleh memudaratkan anak-anak pelajar yang baru meniti alam kehidupan
       memberi satu inspirasi kepada Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak
       Terengganu (PERMATA) untuk merangka satu program yang menjurus kepada
       pengukuhan jasmani, emosi dan mental. Ketiga-tiga elemen perlu seimbang
       serta diperkukuhkan. Konsep program yang akan dilaksanakan ini menjurus
       kepada penglibatan mahasiswa anak Terengganu sebagai teknokrat yang
       membimbing serta mampu mempengaruhi remaja-remaja ke arah perkara yang
       mendatangkan faedah serta kesan yang boleh membentuk diri sesorang itu
       sebagai manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.


2.2    Program ini juga menghubungkan mahasiswa dalam suasana kemasyarakatan
       yang mendidik mahasiswa sebagai pemimpin yang holistik pada masa akan
       datang. Kandungan program yang merangkumi kesemua aspek dari segi sosial,
       akedemik dan agama memberi satu suntikan kepada pengukuhan serta
       kemajuan anak Terengganu sebagai modal insan yang amat penting untuk
       diperkukuhkan sebagai teras kepada pembangunan negeri.
3.0    OBJEKTIF


i.     Menjadikan    Mahasiswa   Terengganu    sebagai    teknokrat   yang   mampu
       mempengaruhi remaja pada hari ini ke arah perkara-perkara yang berfaedah


ii.    Meningkat keperibadian mahasiswa Terengganu yang mampu menguasai
       pelbagai aspek serta mempunyai pegangan agama yag utuh dalam diri masing-
       masing


iii.   Menjadikan mahasiswa Terengganu sebagai pendorong kepada remaja-remaja
       sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam semua aspek .




4.0    JUSTIFIKASI


Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) terpanggil untuk
bersama-sama kerajaan untuk membanteras gejala yang tidak bermoral dalam kalangan
mahasiswa. Dengan program yang berunsur keagamaan ini di harap mahasiswa dan
remaja-remaja anak negeri Terengganu mampu menjadi seorang manusia yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.




5.0    TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


       Cadangan Tarikh     :      22 hingga 24 Julai 2010 atau
                                  5 hingga 7 Ogos 2010
       Hari                :      Khamis hingga Sabtu
       Tempat Program      :      Kg. Jerangau, Dungun,
                                  Terengganu Darul Iman
6.0   SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM


      Majlis penyerahan anak angkat (PEMBUKAAN)
         Wakil Ketengah / Wakil Rakyat
         Y. Bhg. Hj. Aziz Bin Mamat ( Pengarah Yayasan Terengganu)




      Majlis penyerahan anak angkat ( PENUTUP)
         Wakil Ketengah / Wakil Rakyat
         Y. Bhg. En Mohd Razali bin Mahmud ( Ketua Penolong Pengarah Tajaan
          Yayasan Terengganu)


7.0   KUMPULAN SASARAN/ PESERTA


      Sasaran untuk Program ”Desa Wawasan ” adalah seperti berikut:


         40 orang


8.0   TENTATIF PROGRAM


      Lampiran A
9.0   SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


                               Penaung
                       Y. Bhg. Hj. Aziz Bin Mamat
                     Pengarah Yayasan Terengganu

                              Penasihat
                        Mohd Razali Bin Mahmud
                    Ketua Penolong Pengarah Tajaan
                         Yayasan Terengganu

                              Pengerusi
                            Nazri Bin Muda
               Penolong Pengarah Tajaan (Sumber & IPTA)
                         Yayasan Terengganu

                           Pengarah Program
                     Nurul Maziah Binti Ahmad Rafie

                     Timbalan Pengarah Program
                       Nor Farhana Binti Abdullah

                         Setiausaha Program
                           Nurizzana Yusof

                         Bendahari Program
                      Mohd Roslan Bin Ab Rahman

                 Pengerusi Ahli Jawatankuasa Logistik
                       Mohd Shafawi Bin Salleh

               Pengerusi Ahli Jawatankuasa Keselamatan
                     Muhamad Khairul Bin Zakaria

                 Pengerusi Ahli Jawatankuasa Aktiviti
                     Nurul Insyirah Bt Abd Razak

                Pengerusi Ahli Jawatankuasa Jemputan
                    Normaisarah Binti Mohd Lazim
                                   FASILITATOR (LELAKI)
1.   Ahmad Feizal Bin Aladin                  11    Mohd Shirazi Bin Ibrahim
2    Mohd Lutfi Maliki Bin Abdullah           12    Mohd Fakhri Bin Che Mahari
3.   Mohd Ariff Bin Mohd Jamil                13    Mohd Shafawi Bin Salleh
4.   Mohd Faiz Bin Nazi Nadin                 14    Safrul Hafiez Bin Idris
5.   Ahmad Abdul Jabbar Bin Alwai             15    Muhamad Khairul Bin Zakaria
6.   Mohd Roslan Abdul Rahman                 16    Ahmad Helmi Mohd Amin
7.   Mohd Taufiq Bin Hamid Hamdzah            17    Muzammil
8.   Mohd Haris Bin Mat Din                   18    Mohd Syafiq
9.   Mohd Saufi Bin Jaafar
10. Azuwan bin Musa


                                FASILITATOR (PEREMPUAN)
1.   Nurul Maziah Binti Ahmad Rafie            21   Adibah Hanim
2    Nor Farhana Binti Abdullah                22   Bahjah
3.   Nurul Insyirah Bt Abd Razak
4.   Normaisarah Binti Mohd Lazim
5.   Norshazlinda Binti Rosli
6.   Siti Mariam Binti Jusoh
7.   Wan Zainab Binti Wan Muhamad
8.   Nurusuhada Bt Muhamad
9.   Nur Aisyah Binti Md Din
10   Rabaatul Adawiyah Binti Abdullah
11   Nor Azila Binti Mat
12   Nurizzana Binti Yusof
13   Munirah Binti Iskandar
14   Fatimah Binti Abdul Halim Koh
15   Sakinah Binti Abdullah
16   Ummu Fatihah Mat Resat
17   Wan Hanisah Binti Wan Amran
18   Emiliea Binti Abdullah
19     Rasya Alya
20     Nor Idayu Binti Che Jantan


10. 0    ANGGARAN KEWANGAN


         Lampiran B


11.0     PROGRAM-PROGRAM UTAMA


1.       Fun With English


Aktiviti ini akan dilaksanakan di mana mahasiswa akan menjadi fasilitator kepada pelajar
sekolah. Aktiviti yang terkandung dalam program ini ialah seperti Drama, Short Story,
Dikir Barat Versi English, Pantomin dan sebagainya. Mahasiswa akan berperanan
mendidik dan melatih pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam bentuk hiburan.
Aktiviti-aktiviti yang dilakasanakan ini akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dalam
satu majlis untuk pertontonkan kepada ibubapa mereka. Objektif aktiviti ini adalah
seperti berikut :


a)       Dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya
         memahami dan mempelajari Bahasa Inggeris.
b)       Menimbulkan minat kepada para pelajar untuk mendalami Bahasa Inggeris
         secara amnya.
c)       Memperkasakan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar di kawasan
         luar bandar


2.       Motivasi Spritual


Aktiviti ini akan dikendalikan oleh mahasiswa dengan mendedahkan kepada para pelajar
betapa pentingnya hidup kekeluargaan serta pengorbadan ibubapa dalam mendidik dan
menjaga mereka seadanya. Aktiviti ini akan diselitkan dengan rakaman-rakaman video
keinsafan seperti peperangan di Palestin, air mata tangisan ibubapa di atas kejayaan
anak-anak mereka dan sebagainya. Aktiviti ini juga akan diselitkan juga dengan zikir
munanjat bagi memperkukuhkan dan mendekatkat pelajar-pelajar dengan keagamaan.
Objektif aktiviti ini adalah :
a)     Menimbulkan rasa keinsafan dalam diri pelajar-pelajar untuk menghargai
       pengorbanan ibubapa dalam membesarkan mereka.
b)     Menanamkan semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
       bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
c)     Menanamkan semangat kepada para pelajar untuk membuktikan kepada
       masyarakat bahawa mereka merupakan anak-anak pelajar yang cemerlang,
       gemilang dan terbilang.


12.0   PERJALANAN PROGRAM KESELURUHAN


               PERJALANAN AKTIVITI "DESA WAWASAN"
  PROGRAM ANAK ANGKAT SEKRETARIAT PERSATUAN MAHASISWA ANAK
 TERENGGANU (PERMATA) DI KAMPUNG JERANGAU, DUNGUN, TERENGGANU
                              2010


22 JULAI ATAU 5 OGOS 2010 (Khamis)

8.00 Pagi     -      Peserta seramai 40 orang akan bertolak daripada Yayasan
                     Terengganu ke Kg Jerangau, Dungun, Terengganu.

10.00 Pagi    -      Peserta tiba di destinasi dan akan berkumpul di Dewan Sivik
                     Kg. Jerangau bagi menyempurnakan penyerahan anak angkat
                     kepada keluarga yang terlibat dalam program ini.

11.00 Pagi    -      Peserta akan pulang bersama keluarga angkat mereka ke rumah
                     masing-masing. Di sini mahasiswa ini perlu memainkan peranan
                     mereka membimbing adik-beradik angkat mereka serta
                     menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada keluarga angkat
                     mereka.

2.00 Petang   -      Kelas tambahan kepada anak-anak penduduk kampung yang
                     belajar di sekolah rendah yang dikendalikan oleh mahasiswa.
                     Manakala ’motivational talk’ akan diadakan untuk anak-anak
                     penduduk kampung yg belajar di sekolah menengah.

5.30 Petang   -      Waktu riadhah.

7.30 Malam    -      Kuliah maghrib di mana penduduk kampung serta mahasiswa
                     akan berkumpul untuk menunaikan solat maghrib dan Isya’ secara
                     berjemaah. Pada malam ini juga akan diadakan ceramah agama.

10.30 Malam -        Jamuan Ringan dan bersurai.
23 JULAI ATAU 6 OGOS 2010 (Jumaat)

8.00 Pagi      -   Mahasiswa akan berkumpul di sekolah untuk melaksanakan
                   Program “Fun with English” bersama dengan pelajar-pelajar
                   sekolah. Program ini akan dikendalikan oleh mahasiswa yang
                   terdiri daripada mereka yang mengambil Jurusan Tesl di setiap
                   Universiti. Program melibatkan aktiviti seperti drama, Short story,
                   Dikir Barat versi Bahasa Inggeris dan nyanyian. Program ini
                   bertujuan untuk menimbulkan minat para pelajar bagi mendalami
                   Bahasa Inggeris secara amnya.


12.00 T/hari   -   Program ditangguhkan

2.30 Petang -      Program “Fun With English” diteruskan. Aktiviti-aktiviti ini akan
                   dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dalam satu majlis pada
                   sebelah malam yang dikenali “Talent Show” di dewan sekolah.

5.00 Petang -      Program selesai

9.00 Malam     -   Program “Talent Show” bermula dengan menjemput semua
                   penduduk Kampung bersama-sama melihat bakat anak-anak
                   mereka. Persembahan akan dilangsungkan mengikut kumpulan
                   yang telah dibahagikan dalam Program “Fun With English”.

12.00 Malam -     Majlis bersurai.
.
24 JULAI ATAU 7 OGOS 2010 (Sabtu)

8.00 Pagi      -   Semua penduduk kampung dan mahasiswa berkumpul di
                   kawasan masjid untuk mengadakan gotong-royong di sekitar
                   kawasan masjid. Manakala mahasiswa dan penduduk kampung
                   golongan wanita akan bergotong -royong memasak juadah makan
                   tengah hari. Kenduri kesyukuran diadakan di masjid.

12.00 T/hari   -   Kenduri kesyukuran di mana orang kampung dijemput beramai-
                   ramai mengunjungi masjid.

2.00 petang    -   Mahasiswa    akan   bermesyuarat     dengan    ahli   JKKK   untuk
                   mengadakan post-mortem keseluruhan program dan juga untuk
                   membincangkan bagaimana mahasiswa dapat membantu orang
                   kampung pada masa akan datang.

4.00 Petang -      Program Selesai

5.00 Petang -      Majlis Penyerahan anak angkat
                   Program “Desa Wawasan” Program Anak Angkat Sekretariat
                   Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) di Kg. Pasir Raja,
                   Dungun, Terengganu
13.0   PENUTUP


Memandangkan betapa besarnya impak mahasiswa dalam menyumbang kepada
kecemerlangan sesebuah universiti dan masyarakat amnya diharap agar program ini
mampu membentuk semangat dan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Diharap semoga impian untuk menganjurkan program ini mendapat
sokongan padu daripada pelbagai pihak sama ada barisan Sekretariat Persatuan
Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dan pegawai-pegawai serta staf-staf
Yayasan Terengganu. Program ini juga dapat memberikan input yang berguna kepada
bakal pemimpin Negara pada masa akan datang.

								
To top