FAKULTI PERTANIAN by IGv7Td

VIEWS: 43 PAGES: 60

									MAKLUMAT PROGRAM PENGAJIAN DAN KERJAYA SESI 2012/2013

Latar Belakang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti
Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian
Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan
Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 dengan jumlah pelajar
seramai 1,559 orang. Mereka mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan,
Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains
Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang
menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan
teknologi. Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan
melangkaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti
Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Penukaran nama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan UPM selaku
sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dalam
menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan.

Universiti Putra Malaysia kini mempunyai enam belas (16) Fakulti termasuk Kampus Bintulu, Sarawak,
lima belas (15) Pusat, sembilan (9) Institut, satu (1) Akademi, dua (2) Sekolah Pengajian Siswazah,
sebuah Taman Pertanian Universiti dan sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak.

UPM menawarkan lima puluh enam (56) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, satu (1) program
Asasi dan lebih daripada empat ratus (400) bidang di peringkat Pasca Siswazah.

VISI

Menjadi Sebuah Universiti Bereputasi Antarabangsa.

MISI

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta
kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

MATLAMAT

UPM telah menetapkan enam matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Matlamat tersebut adalah
seperti berikut:-

    1. Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing.

    2. Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.

    3. Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu.

    4. Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan
       Pertanian, dan Biosumber Tropika.

    5. Memperkemas tadbir urus dan pengurusan sumber.

    6. Memperkasakan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan sebagai Top Business School (TBS).




                                                                                                        1
KEMUDAHAN

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga UPM untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang telah
disediakan Universiti. Antara kemudahan-kemudahan yang ada ialah:-

a) Penginapan

Universiti menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman yang berupaya menampung 600-1,000 pelajar
setiap kolej. Kolej-kolej kediaman ini menyediakan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dewan, bilik
rehat, surau dan lain-lain.

Kolej kediaman tidak lagi menyediakan makanan sejak 1996, sebaliknya makanan boleh dibeli dari 4 buah
kafetaria dalam kampus. Adalah menjadi polisi Universiti untuk mengutamakan pelajar baharu dalam
pemberian tempat penginapan di kolej kediaman.

b) Perpustakaan

Pelajar boleh berjalan kaki ke Perpustakaan Pusat UPM (Perpustakaan Sultan Abdul Samad).
Perpustakaan Pusat UPM terdiri daripada 2 blok, Blok A dan Blok B yang mempunyai keluasan lantai
17,652 meter persegi. Perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 2,000 tempat duduk selain daripada bilik
karel, bilik mesyuarat, auditorium dan sebagainya.

Koleksi perpustakaan adalah kira-kira 400,000 judul buku dan 6,300 judul bersiri. Ini tidak termasuk
koleksi multimedia seperti mikrofilem, pita video, peta dan lain-lain. Sumber bahan yang banyak dan
kepelbagaian perkhidmatan ini adalah amat perlu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan penyelidikan di
UPM.

c) Pengangkutan

Sistem pengangkutan di UPM merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan universiti-
universiti lain di Malaysia. Ini bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di antara Putrajaya dan
Bandaraya Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

d) Perkhidmatan Bas (Dalam dan Luar Kampus)

  i.    UPM menyediakan kemudahan bas untuk pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus.

  ii.   Setiap pelajar dikenakan bayaran RM75.00 seorang untuk satu semester untuk mendapatkan
        kemudahan tersebut. Pelajar yang membayar untuk perkhidmatan tersebut boleh menggunakan
        perkhidmatan bas tanpa had selama tempoh berkenaan.

 iii.   Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa telah menyediakan lebih daripada 20 bas Universiti untuk
        kemudahan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti akademik dan kurikulum di luar kampus.

 iv.    UPM juga telah membina beberapa perhentian bas berbumbung yang lengkap dengan
        kemudahan seperti kipas angin, lampu dan papan kenyataan untuk memberi keselesaan kepada
        para mahasiswa ketika menunggu bas.

e) Komuter dan Teksi

  i.    Mahasiswa UPM boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan komuter dan teksi untuk
        berulang-alik daripada kampus ke destinasi yang ingin di tuju dengan harga yang berpatutan.

  ii.   Terdapat perkhidmatan bas yang menghubungkan Kampus UPM dengan Kuala Lumpur dan
        kawasan sekitar Serdang.

 iii.   Satu lagi alternatif kemudahan pengangkutan ialah perkhidmatan keretapi komuter di stesen
        Serdang yang memberi perkhidmatan ke Seremban, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.




                                                                                                     2
f) Bank dan Pejabat Pos

  i.    Terdapat dua buah bank di Kampus UPM, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional untuk
        kemudahan warga kampus mengendalikan urusan kewangan.                Pihak bank juga telah
        menyediakan beberapa buah mesin autoteller di tempat yang strategik dan selamat.

  ii.   Terdapat sebuah pejabat pos yang ditempatkan di Kolej Mohamad Rashid untuk kemudahan para
        mahasiswa dan warga kampus mendapatkan perkhidmatan pos, bayaran bil, memperbaharui
        lesen memandu dan pelbagai perkhidmatan lain.

g) Laman Web Student Portal http://www.psp.upm.edu.my

  i.    Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan Putra Student Portal sebagai gerbang utama
        bagi pelajar-pelajar UPM mencapai apa juga maklumat diri mereka sepanjang pengajian di UPM
        dengan mudah dan cepat melalui satu login sahaja.

  ii.   Laman web ini diwujudkan atas dasar memberi kemudahan disamping membudayakan ICT
        dikalangan pelajar.

h) Koperasi dan Kedai Buku

Terdapat sebuah kedai koperasi yang menjual segala kelengkapan alat tulis dan buku-buku rujukan serta
keperluan harian mahasiswa.

i) Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia

Selama ini, UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sukan kepada mahasiswa. Hasrat UPM
untuk melahirkan atlet yang berpendidikan tinggi sentiasa menjadi keutamaan. Sebuah Blok Atlet di Kolej
Kediaman Keenam disediakan bagi kemudahan penginapan para atlet.

Seterusnya UPM juga memiliki sebuah kompleks sukan yang terdiri daripada stadium utama untuk acara
trek dan balapan, dewan serbaguna untuk pelbagai acara termasuk skuash, bola jaring, sepak takraw,
bola tampar, bola keranjang dan lain-lain sukan dalam dewan. Selain itu dengan memiliki keluasan
kawasan yang tidak terhad, UPM tiada masalah tentang padang-padang permainan untuk keperluan
mahasiswa bersukan.

Di UPM juga sukan ragbi menjadi sebutan dalam dan luar kampus. Siapa tidak kenal dengan pasukan
Serdang Angel yang sememangnya digeruni lawan setiap kali menyertai kejohanan peringkat universiti
dan jemputan. Sudah tentu kemudahan padang ragbi bertaraf dunia memberi sedikit kelebihan untuk
mahasiswa UPM bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan mereka mewakili negara di peringkat
antarabangsa.

Kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis yang berkualiti dan padang hoki yang baru melengkapkan
lagi persediaan UPM dalam memberi kemudahan terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh mahasiswa.

j) Kemudahan Riadah dan Rekreasi Moden

Mahasiswa UPM dikira bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan di
sebalik kehijauan pokok-pokok yang merimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran
setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi dengan penuh semangat tanpa
gangguan dan pencemaran. Pihak Universiti telah mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan
kemudahan yang serba moden untuk manfaat bersama. Pembinaan trek jogging dan kemudahan riadah
lain sepanjang 7 km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangan tasik menarik minat warga
kampus untuk memulakan gaya hidup sihat.

Langkah UPM melancarkan program “Gerak Sihat” di kalangan mahasiswa dan staf setiap awal bulan
menggalakkan warga kampus mempunyai tahap kesihatan tinggi dan kecerdasan minda yang boleh
meningkatkan prestasi belajar dan bekerja.

UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam mengejar
kecemerlangan akademik. Contohnya Bukit Ekspo yang menawarkan kemudahan satu destinasi yang
menarik dan pilihan sekeluarga.
                                                                                           3
Bukit Ekspo menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk sesiapa sahaja menjalankan aktiviti
termasuk memancing, bersampan, sukaneka keluarga, tapak perkhemahan, tapak ekspo dan karnival,
flying fox dan lain-lain lagi.

Aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalah sesuatu yang menarik terdapat
di UPM.

Bagi penggemar sukan golf, UPM memiliki kemudahan padang golf 18 lubang.

FAKULTI DAN PUSAT YANG MENAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH
BACELOR, DIPLOMA DAN ASASI

UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan disiplin. Program-program
yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor dan Diploma mengikut Fakulti adalah seperti berikut:-

Fakulti Pertanian
1. PG11 - Bacelor Sains Pertanian
2. PG14 - Bacelor Sains Hortikultur
3. PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)
4. PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
5. PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Fakulti Perhutanan
1. PG12 - Bacelor Sains Perhutanan
2. PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi
3. PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Fakulti Perubatan Veterinar
1. PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
1. PE00 - Bacelor Ekonomi
2. PE02 - Bacelor Perakaunan
3. PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan
1. PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)
2. PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
3. PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
4. PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
5. PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
6. PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
7. PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
8. PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Pengajian Pendidikan
1. PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
2. PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
3. PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
4. PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
5. PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
6. PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
7. PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
8. PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)
9. P020 - Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan




                                                                                                4
Fakulti Sains
Bacelor Sains (Kepujian)
1. PS02 - Major Biologi
2. PS08 - Major Matematik
3. PS09 - Major Statistik
4. PS15 - Major Fizik
5. PS28 - Major Kimia
6. PS29 - Major Kimia Perindustrian
7. PS30 - Major Kimia Petroleum
8. PS36 - Major Sains Bahan
9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
10. PT11 - Major Biologi
11. PT12 - Major Fizik
12. PT13 - Major Kimia
13. PT14 - Major Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
1. PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
2. PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
3. PG18 - Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Fakulti Ekologi Manusia
1. PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)
2. PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)
3. PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna
4. PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
5. PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
1. PA02 - Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera
2. PB00 - (Bahasa Inggeris)
3. PB03 - (Bahasa dan Linguistik Melayu)
4. PB06 - (Kesusasteraan Melayu)
5. PB07 - (Kesusasteraan Inggeris)

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
6. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin
7. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab
8. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis
9. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
1. PM00 - Doktor Perubatan
2. PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
3. PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)
4. PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
5. PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
6. PM12 - Bacelor Kejururawatan

Fakulti Rekabentuk dan Senibina
1. PH00 - Bacelor Seni Bina
2. PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap
3. PH03 - Bacelor Sains Seni Bina
4. PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)




                                                                       5
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Bacelor Sains Komputer
1. PC04 - Pengkhususan Sistem Komputer
2. PC09 - Pengkhususan Multimedia
3. PC10 - Pengkhususan Kejuruteraan Perisian
4. PC11 - Pengkhususan Rangkaian Komputer

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
1. PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi
2. PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia
3. PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi
4. PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel dan Molekul

Fakulti Pengajian Alam Sekitar
1. PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
2. PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak)
1. PG30 - Bacelor Sains Bioindustri
2. P2050 - Diploma Pertanian
3. P2051 - Diploma Perikanan
4. P2052 - Diploma Perhutanan
5. P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
6. P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
7. P2056 - Diploma Perniagaantani
8. P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian
9. Persediaan Diploma

Pusat Asasi Sains Pertanian
1. P0050 - Asasi Sains Pertanian




                                                                    6
CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan Semester Pertama setiap tahun adalah melalui
Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.mohe.gov.my untuk mendapat maklumat lengkap
mengenai Syarat Am serta Syarat Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui
Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

KETERANGAN LANJUT

Bagi mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia, sila hubungi:-

Alamat                     :   KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRASISWAZAH
                               BAHAGIAN AKADEMIK
                               TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN
                               UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
                               43400 UPM SERDANG
                               SELANGOR DARUL EHSAN

Pejabat Am                 :   603 - 8946 6059
Bahagian Akademik              603 - 8946 6055
                               603 - 8946 6060
                               603 - 8946 6000

Faksimili                  :   603 - 8942 6469

E-Mel                      :   akademik@upm.edu.my

Laman Web                  :   http://www.upm.edu.my




                                                                                             7
FAKULTI PERTANIAN

Maklumat Am

Fakulti Pertanian adalah satu daripada tiga (3) fakulti pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian
Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1971. Bermula dengan tujuh (7) jabatan di bawahnya,
fakulti ini telah menjadi asas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan
membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri.

Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai tiga (3) jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan
Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.

Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra Malaysia juga melibatkan
Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam
sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini,
Fakulti Pertanian kini mempunyai enam (6) jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan
Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat dan Teknologi Pertanian.

Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk
menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri
pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga
terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam
arena industri.

Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian
terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping
menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Sains Pertanian
2.   Bacelor Sains Hortikultur
3.   Bacelor Pertanian (Akuakultur)
4.   Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
5.   Bacelor Sains (Perniagaantani)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PG11 - Bacelor Sains Pertanian

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Pertanian yang mengambil masa empat (4) tahun ini adalah program terulung
yang dikendalikan oleh Fakulti Pertanian. Program ini berasaskan sains dan teknologi pengeluaran
tanaman, ternakan dan akuakultur. Selain itu ia merangkumi aspek perniagaan, pengurusan, komunikasi
serta kaedah penyelidikan.

Graduan Bacelor Sains Pertanian adalah terlatih dalam perusahaan yang melibatkan tanaman
perladangan seperti kelapa sawit, getah dan kelapa atau tanaman makanan seperti padi, jagung ubi,
buah-buahan di samping sistem pertanian yang mengintegrasikan pengeluaran ternakan, akuakultur dan
tanaman. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan sains pengeluaran komoditi tersebut dan
graduan akan mampu menyelesaikan masalah berdasarkan pengetahuan mengenai keperluan tumbuhan
terhadap air, nutrien dan cahaya serta prinsip memelihara tanaman dari penyakit dan perosak.

Antara disiplin yang terdapat dalam sains pertanian termasuklah agronomi, genetik dan pembiakbakaan
tanaman, sains tanah, perlindungan tanaman, sains biji benih, sains rumpai, mekanisasi ladang, sains
ternakan dan akuakultur, pengurusan ladang dan keusahawanan pertanian, pengembangan pertanian dan
bioteknologi pertanian.


                                                                                                     8
Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mencari kerjaya memandangkan pertanian merupakan
sektor yang strategik dan dasar pertanian negara mensasarkan pertanian sebagai pemacu ekonomi yang
ketiga.   Dalam sektor swasta graduan diperlukan sebagai pengurus ladang dalam perusahaan
perladangan kelapa sawit yang kian berkembang dengan penerokaan pelaburan ke luar negara. Di
samping itu, industri makanan memerlukan pekerja profesional untuk mengurus ladang pengeluaran
tanaman makanan dan industri pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport. Perusahaan
sokongan pertanian seperti syarikat baja, kimia pertanian dan makanan ternakan juga membuka peluang
kepada graduan sains pertanian.

Sektor awam pula memerlukan pegawai di Jabatan Pertanian dan agensi kerajaan lain seperti RISDA,
FELDA, FAMA, FELCRA dan LPP untuk melaksanakan pembangunan dan pentadbiran pertanian. Di
samping itu, agensi penyelidikan seperti MARDI, MPOB dan LGM memerlukan pegawai penyelidik untuk
melaksanakan tugas penyelidikan dan pembangunan pertanian. Tidak ketinggalan, pendidikan pertanian
di sekolah, institut pertanian dan institusi pengajian tinggi juga memerlukan tenaga pengajar yang
mempunyai ijazah Bacelor Sains Pertanian.


Kod dan Nama Program           : PG14 - Bacelor Sains Hortikultur

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Pertanian yang merupakan fakulti terulung diwujudkan di Universiti Putra Malaysia adalah satu-
satunya fakulti di Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk
disiplin Hortikultur. Program Bacelor Sains Hortikultur mengambil masa 8 semester dan telah diberikan
pengiktirafan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada
kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Horikultur adalah satu bidang
pengajian sains mengenai tanaman industri makanan, tanaman hiasan dan perlandskapan yang
merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, rumput turf, herba dan ulam-ulaman.

Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka
menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk
faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, sains tanah, pengurusan
tanaman termasuk penyakit, serangga perosak dan rumpai, ekonomi serta komunikasi.               Aspek
pengurusan sumber, perancangan dan penilaian bisnes hortikultur merupakan komponen penting dalam
program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar juga didedahkan kepada situasi sebenar alam
pekerjaan dengan menjalani latihan praktik di industri berkenaan.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas untuk dipilih sama ada dalam sektor awam dan swasta
atau menjadi usahawan yang terlibat dengan industri berasaskan hortikultur atau pertanian secara amnya.
Kerjaya melibatkan aspek keusahawanan dalam penghasilan tanaman hortikultur di lapangan dan di
bawah struktur lindungan; merekabentuk dan membangun landskap kediaman; pengurusan taman
rekreasi agroteknologi, padang golf, perhutanan bandar, arboratum dan landskap bandaraya dan
perbandaran; eksekutif pemasaran bahan tanaman, kimia dan keperluan industri hortikultur. Kerjaya
dalam jabatan dan institusi kerajaan atau swasta adalah sebagai pendidik, penyelidik, penguatkuasa,
perunding dan pakar media masa hortikultur.

Di antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Sains Hortikultur dari fakulti ini adalah
sebagai:

Pegawai Penyelidik, Pegawai Pertanian, Pegawai Pemasaran, Pengurus Resort dan Padang Golf,
Pengurus Ladang, Pensyarah IPT, Pegawai Tadbir, Pengurus Taman dan Pengurus Landskap.



                                                                                                       9
Kod dan Nama Program           : PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memberi kefahaman saintifik serta kemahiran teknikal dan pengurusan dalam bidang
akuakultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan pelbagai ilmu sains akuakultur, pengurusan dan
pemasaran, keusahawanan serta kemahiran ICT dan insaniah. Penekanan akan diberikan kepada
kaedah pengurusan ladang akuakultur dan pusat penetasan yang lestari dan mesra alam menggunakan
teknologi dan maklumat terkini.    Program ini bertujuan melatih graduan yang berpengetahuan,
berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing
dalam melaksanakan tugas di pelbagai sektor akuakultur termasuk perladangan, perkhidmatan,
penyelidikan, pendidikan dan pengembangan.

Peluang kerjaya:

Berpeluang menjadi pengurus, pegawai operasi dan pegawai penyelidik ladang akuakultur, pegawai
penyelidik dan pegawai pemasaran kilang makanan akuakultur, eksekutif syarikat berasaskan akuakultur,
pegawai perikanan dan pegawai penyelidik di agensi kerajaan yang terlibat dalam industri akuakultur dan
keusahawanan akuakultur.


Kod dan Nama Program           : PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Jabatan Sains Haiwan adalah perintis dalam pengajian ilmu peternakan di Universiti Putra Malaysia dan
merupakan Jabatan yang pertama menawarkan pendidikan formal dalam bidang sains haiwan di
Malaysia. Program ini mengambil tempoh empat (4) tahun atau 8 semester dan diberi pengiktirifan oleh
pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Program ini melahirkan graduan berpengetahuan terkini yang berkaitan dengan pengeluaran ternakan. Ia
mengandungi beberapa disiplin sains biologi untuk memahami aspek ternakan dan kaedah
pengeluarannya untuk kepentingan manusia. Ia juga merangkumi aspek amalan penternakan baik yang
mencakupi pengurusan serta pengawasan persekitaran dan kebajikan haiwan.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) pada amnya berpeluang mendapat pekerjaan dalam industri
yang khasnya berkaitan dengan pengeluaran ternakan dan penghasilan produk ternakan. Ini termasuk
sebagai pegawai eksekutif dan penyelidik dalam perkhidmatan veterinar kerajaan dan swasta, eksekutif
pengurusan, penjualan dan pemasaran di syarikat pengeluaran ternakan dan produk ternakan dan
pengurus ladang pengeluaran ternakan termasuk sumber makanan ternakan. Berpeluang juga bekerja
dalam bidang lain yang berkaitan dengan pembangunan peternakan seperti perniagaantani, perkhidmatan
teknikal (makmal analisis, pemprosesan hasil peternakan, khidmat permanian beradas), industri
farmaseutikal, industri bioteknologi, zoo, serta pendidikan dan latihan.




                                                                                                    10
Kod dan Nama Program            : PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Perniagaantani) [BS(PT)] yang ditawarkan oleh Jabatan Perniagaantani dan
Sistem Maklumat (JPSM) di Fakulti Pertanian adalah satu program yang menyeluruh selaras dengan
perkembangan dan pembangunan sektor pertanian dan asas tani serta aktiviti hiliran semasa negara.
Penawaran kurikulum program BS(PT) ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan yang
dapat memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran perniagaantani dan
pengurusan serta kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan dan
pengedaran makanan hasil pertanian.

Kurikulum program BS(PT) juga mewajibkan pelajar untuk membuat projek ilmiah tahun akhir supaya
pelajar dapat melengkapkan diri dengan kemahiran penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping
itu, pelajar juga diwajibkan melibatkan diri dalam latihan industri perniagaantani selama 1 semester, untuk
mengikuti latihan dalam aspek pengurusan dan perniagaantani, supaya pelajar dapat memperolehi
pengalaman situasi dunia perniagaantani yang sebenar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program BS(PT) berpeluang untuk memilih bidang kerjaya yang luas. Antara kerjaya utama
yang boleh diceburi ialah bidang pertanian sebagai usahawantani yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa, bertugas di bahagian perancangan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan kawalan
mutu barangan dalam sektor berasaskan pertanian, berkhidmat dengan badan penguatkuasaan seperti
kastam, polis, Kementerian Kesihatan dan agensi lain, pentadbir, pegawai bank, pegawai hal ehwal
ekonomi dan pegawai penyelidik.




                                                                                                        11
FAKULTI PERHUTANAN

Maklumat Am

Fakulti Perhutanan merupakan salah satu daripada fakulti asas semasa penubuhan Universiti Putra
Malaysia (UPM) dalam tahun 1971. Misi fakulti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendidikan yang
unggul dalam bidang perhutanan tropika yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia
dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan, Fakulti Perhutanan telah
menjalin kerjasama rapat dengan fakulti lain di UPM dan juga dengan agensi dan institut perhutanan
dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini dapat mempertingkatkan keupayaan
Fakulti Perhutanan menyelia pelajar pada peringkat pengajian siswazah.

Sejak penubuhannya, Fakulti Perhutanan telah berkembang dengan pesat dalam aspek pendidikan dan
penyelidikan serta pembangunan sumber. Bersandarkan kepada moto ‘Ingin Terus Maju’, Fakulti
Perhutanan bertekad untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang unggul dalam pendidikan dan
penyelidikan Perhutanan Tropika. Dalam membangunkan sumber manusia serta kemudahan prasarana
profesional yang cemerlang, Fakulti Perhutanan sentiasa berusaha meningkatkan dan memantapkan
keupayaan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan ketahap yang terbaik.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Perhutanan
2. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi
3. Bacelor Sains Teknologi Kayu

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PG12 - Bacelor Sains Perhutanan

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Perhutanan yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM adalah bertujuan untuk
menghasilkan graduan perhutanan profesional dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan
menilai sumber hutan serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Perhutanan
merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 138 jam kredit. Terdapat tiga (3) opsyen
yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Opsyen Pengurusan Hutan, Opsyen Hasil hutan dan Opsyen
Rekreasi Hutan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
pengurusan hutan, industri perkayuan, pengurusan hidupan liar dan pengurusan taman dan rekreasi serta
eko-pelancongan. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Perhutanan
termasuklah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Alam Sekitar, Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Zoo, Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian
Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lulusan Bacelor Sains Perhutanan juga boleh bekerja di agensi swasta seperti syarikat konsesi
pembalakan dan perladangan hutan, pengurus ladang hutan, menceburi industri perbankan, insuran,
kesihatan dan juga keusahawanan.




                                                                                                  12
Kod dan Nama Program            : PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan
untuk menghasilkan graduan terlatih dan profesional yang berupaya merancang, mengurus, melaksana,
menyelidik dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi, pelancongan eko serta
menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi merupakan program pengajian
empat (4) tahun tahun dengan jumlah 137 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan hidupan liar dan pengurusan perancangan pelancongan eko.
Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi termasuklah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Zoo Negara dan Negeri, Dewan
Bandaraya dan Majlis Tempatan, Wetland International, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa,
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Di dalam agensi swasta graduan BSTR boleh bekerja di pusat peranginan dan resort tanah tinggi, pulau
dan pusat golf, taman safari serta sebagai usahawan dalam bidang pelancongan sukan dan rekreasi,
pelancongan pelayaran, pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan komuniti dan homestay,
pelancongan kebudayaan dan warisan, pelancongan pendidikan dan kesihatan dan pelancongan
kembara.


Kod dan Nama Program            : PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Perhutanan, UPM menawarkan program Bacelor Sains Teknologi Kayu bertujuan untuk melahirkan
graduan yang profesional dan berkemahiran dalam mengurus penggunaan sumber hasil hutan dan
berupaya mengurus industri berasas kayu serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains
Teknologi Kayu merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 135 jam kredit. Terdapat
dua (2) opsyen yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Opsyen Teknologi Biokomposit dan Opsyen
Pengurusan Industri Perkayuan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
industri perhutanan dan industri berasas kayu. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan
Bacelor Sains Teknologi Kayu termasuklah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK),
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Industri
Kayu Sarawak (STIDC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan
Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Graduan BSTK juga boleh bekerja di industri berasas kayu, industri perabot, Majlis Kayu-kayan Malaysia
(MTC), konsesi pembalakan dan perladangan hutan, industri perbankan, insuran dan juga keusahawanan.



                                                                                                    13
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Maklumat Am

Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia telah mengalami perubahan besar semenjak
penubuhannya 36 tahun dahulu. Semasa ditubuhkan dalam tahun 1973, fakulti ini dikenali sebagai Fakulti
Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan dengan mempunyai tiga jabatan. Jabatan Sains Peternakan
tertumpu kepada aspek produksi haiwan dan pre-klinikal, Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterinar
tertumpu kepada aspek paraklinikal sementara Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar tertumpu kepada
aspek klinikal. Melalui struktur awal ini, fakulti ini telah berkembang dan dikenali di seluruh dunia
veterinar.

Setelah komponen sains peternakan dipindahkan ke Fakulti Pertanian dalam bulan Januari 1999, tumpuan
mula diberikan kepada perkembangan khidmat profesional. Langkah pertama yang diambil ialah dengan
penubuhan Hospital Veterinar Universiti (UVH). Melalui UVH, khidmat veterinar yang lebih baik kepada
masyarakat, pengajaran yang lebih sempurna dan perkembangan aktiviti penyelidikan adalah diharapkan.

Fakulti ini menjadi institusi pengajian tinggi pertama yang mempunyai persijilan dalam pengajaran,
penyelidikan dan perkhidmatan profesional berikutan kejayaannya memperoleh persijilan ISO 9001 pada 7
Julai 2000. Selaras dengan era penserantauan dan untuk kekal relevan dan boleh dipercayai dalam
urusan terasnya, Fakulti Perubatan Veterinar sedang aktif menjalankan usaha untuk mengakreditasi
program Doktor Perubatan Veterinar dan mendapatkan akreditasi ISO 17250 untuk beberapa
perkhidmatan ujian makmal.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Doktor Perubatan Veterinar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program            : PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Tempoh Pengajian                : 10 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dibentuk untuk menghasilkan veterinarwan yang berdaya fikir
dan berkebolehan mengaplikasikan prinsip sains veterinar untuk menyumbang ke arah pembangunan
negara, penjanaan kekayaan dan peningkatan kualiti hidup melalui diagnosis, rawatan dan pencegahan
penyakit haiwan, pengeluaran ternakan, kebajikan haiwan serta kesejahteraan manusia dan ekosistem.
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran klinikal dan mendiagnosis, merawat, mencegah
penyakit haiwan dan yang berkaitan pengeluaran peternakan.

Graduan akan menjadi veterinarwan dan ahli profesional yang sah dan dikawal oleh Majlis Veterinar
Malaysia. Jangka masa program lima (5) tahun atau 10 semester.

Peluang Kerjaya:

Graduan boleh menjadi tenaga kerja sebagai Pegawai Veterinar atau Doktor Veterinar agensi Kerajaan,
badan berkanun dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri haiwan. Graduan juga boleh terlibat di
dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan, farmaseutikal, ladang ternakan dan
membuka klinik dan hospital veterinar.

Skop latihan Doktobr Perubatan Veterinar memberi persediaan dan latihan kepada graduan untuk
melibatkan diri di dalam pelbagai kerjaya. Peluang kerjaya boleh didapati dalam sektor awam dan badan
berkanun dan persendirian berkaitan veterinar termasuk perubatan dan rawatan, farmaseutikal, makmal
diagnosis, pengeluaran ternakan, hidupan liar, penyelidikan dan akademik. Graduan lazimnya bekerja di
dalam sektor awam atau swasta dan persendirian.




                                                                                                   14
Permintaan terhadap graduan Doktor Perubatan Veterinar buat masa ini adalah sangat tinggi dan melebihi
pengeluaran graduan terutama di dalam bidang industri peternakan dan perubatan. Graduan juga
berkelayakan membina perniagaan terutama klinik veterinar dan ladang pengeluaran ternakan. Graduan
juga berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan PhD. Graduan
dengan ini boleh menjadi pakar klinikal, penyelidik dan peniaga yang lebih berjaya.




                                                                                                   15
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Maklumat Am

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia adalah institusi terunggul yang menawarkan
pengajian terkehadapan dalam bidang ekonomi.        Sejak penubuhannya pada 1974, fakulti telah
mewujudkan satu tradisi pengajaran dan penyelidikan yang melintasi disiplin juga pensarjanaan yang
inovatif. Demi untuk menyahut keperluan industri negara, fakulti dari kekuatan asalnya dalam bidang-
bidang perniagaantani, ekonomi pertanian, ekonomi sumber asli, telah meluaskan disiplin-disiplinnya
untuk meliputi ekonomi utama, kewangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan terdiri dari empat jabatan, Jabatan Ekonomi, Jabatan Hospitaliti dan
Rekreasi (dulu, Jabatan Ekonomi Sumber Asli), Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, dan Jabatan
Perakaunan dan Kewangan. Jabatan Ekonomi mentadbirkan program prasiswazah dengan kepujian
(Bacelor Ekonomi) dan juga program-program prasiswazah berkepujian bersama jabatan lain. Jabatan
Pengurusan dan Pemasaran mentadbirkan program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, manakala Jabatan
Perakaunan dan Kewangan mentadbirkan Program Bacelor Perakaunan.

Kini, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mempunyai 15 Profesor, 15 Profesor Madya, 4 pensyarah kanan
dan 56 pensyarah dalam pelbagai bidang ekonomi, pengurusan, kewangan dan perakaunan. Kakitangan
akademik fakulti mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan dan
penyeliaan pelajar. Fakulti disokong kuat dengan kakitangan yang ternama yang juga mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi analisa dan gunaan, kewangan, perakaunan dan
pengurusan perniagaan. Fakulti bertekad untuk mencapai kegemilangan dalam pengajaran serta
penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Ekonomi
2. Bacelor Perakaunan
3. Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program          : PE00 - Bacelor Ekonomi

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan. Setiap pelajar dikehendaki mengambil 21 jam
kredit untuk mengkhusus dalam salah satu daripada bidang-bidang tersebut iaitu Ekonomi Perindustrian,
Ekonomi Kewangan, Ekonomi Perniagaan, Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa, Pembiayaan
Awam, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar dan Pengurusan Hospitaliti dan
Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahli ekonomi, perancang ekonomi,
pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus, usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.




                                                                                                  16
Kod dan Nama Program          : PE02 - Bacelor Perakaunan

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Kurikulum program ini digubal setelah mengambil kira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang
sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor
perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum program yang
digubal meliputi bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sektor tersebut. Matlamat ini dapat
dicapai dengan mengadakan program akademik yang luas ruang lingkupnya.

Peluang kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan merangkumi pelbagai bidang:-
    a) Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding
       pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
    b) Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan
       institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan.
    c) Sektor awam di jabatan kerajaan dan badan berkanun.


Kod dan Nama Program          : PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan iaitu, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia,
Kewangan, Perdagangan Antarabangsa, Keusahawanan, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan Am
dan Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini mampu:-
   a) Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber
       manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri
       perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.
   b) Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan
       berkanun.
   c) Menjadi usahawan yang berjaya.




                                                                                                  17
FAKULTI KEJURUTERAAN

Maklumat Am

Di awal penubuhannya pada tahun 1975, Fakulti Kejuruteraan telah dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan
Pertanian dengan hanya empat (4) jabatan, iaitu Jabatan Sains Kejuruteraan, Jabatan Sains Kejuruteraan
Pemprosesan dan Kesekitaran, Jabatan Kejuruteraan Perladangan dan Jabatan Kejuruteraan Kuasa dan
Jentera.

Kini Fakulti Kejuruteraan mempunyai lapan (8) jabatan yang menawarkan lapan (8) program bacelor dan
38 bidang penyelidikan. Kesemua program Bacelor Kejuruteraan dinilai oleh profesor dari universiti
terkemuka seperti University of Stanford, Imperial College, University of Birmingham, University of
Manchester, University of Sheffield dan Case Western Reserve University. Kesemua program Bacelor
Kejuruteraan juga mendapat akreditasi daripada Majlis Akrditasi Kejuruteraan Malaysia.

Fakulti juga berusaha melonjakkan aktiviti penyelidikan dengan mendapat sejumlah geran pendidikan
yang banyak dari pelbagai agensi. Hasil penyelidikan telah terbukti melalui penerbitan dalam jurnal
antarabangsa, paten dan anugerah. Setiap tahun fakulti berjaya menghasilkan lebih 1,000 penerbitan,
termasuk lebih 250 artikel dalam jurnal.

Di peringkat antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan setanding dengan universiti-universiti lain yang bertaraf
dunia. Ini dapat di lihat melalui kejayaan-kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh pensyarah-pensyarah
dan juga pelajar melalui pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, usaha giat para penyelidik daripada fakulti ini telah membuahkan hasil apabila banyak
kejayaan ditempa melalui pertandingan-pertandingan dan pameran-pameran di peringkat antarabangsa,
antaranya adalah seperti Pameran Rekacipta Geneva 2004, The British Invention Show (BIS),
International Exhibition-Ideas-Inventions-New Products, German, INPEX 2005 dan Pameran Rekacipta,
Penyelidikan & Teknologi Baru Dunia (EUREKA) 2005.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Kejuruteraan (Awam)
2.   Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
3.   Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
4.   Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
5.   Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
6.   Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
7.   Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
8.   Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan KomunikasI)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Awam. Jurutera Awam bertanggungjawab di dalam
perancangan, merekabentuk, membina dan menyelenggara kemudahan awam seperti bangunan, jalan
raya, lapangan terbang, bekalan air, rawatan airsisa, tebatan banjir, pengairan dan sebagainya.

Program Bacelor Kejuruteraan (Awam) adalah diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,
Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera Malaysia. Program-program (MS dan PhD) juga
ditawarkan dalam beberapa bidang penyelidikan. Jabatan ini juga menawarkan program Master Tanpa
Tesis.




                                                                                                      18
Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Kejuruteraan (Awam) boleh membina karier di dalam berbagai industri yang
berkaitan seperti pembinaan, perunding rekabentuk, pemaju, agensi kerajaan seperti JKR, JPS, pihak
berkuasa tempatan, sektor pembuatan, pembangunan produk, penyelidikan dan pendidikan.

Skop kerja termasuk jurutera projek, jurutera reka bentuk, pegawai superintenden, jurutera produk,
penyelidikan dan pensyarah.


Kod dan Nama Program           : PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Penawaran program ini adalah sejajar dengan keperluan jurutera elektrik dan elektronik yang telah
meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi negara. Jurutera diperlukan bagi mengendalikan
perancangan, rekabentuk dan implementasi sistem elektrik dan elektronik. Memandangkan bidang ini
adalah luas, maka UPM menumpukan perhatian kepada pengeluaran jurutera yang mempunyai asas yang
kuat di dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik yang mengkhusus sama ada kepada Kejuruteraan Mikro
Elektrik, Kejuruteraan Kuasa atau Kejuruteraan Kawalan.

Peluang Kerjaya:

Jurutera elektrik dan elektronik mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada di dalam agensi kerajaan
atau sektor swasta. Perkembangan rekabentuk elektronik dan industri pembuatan di Malaysia dan Asia
Tenggara membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang ini. Jurutera elektrik dan
elektronik diambil bekerja di dalam pelbagai bidang seperti (tidak terhad kepada) industri pengangkutan,
telekomunikasi, pembekalan elektrik, pembuatan kimia, makanan dan petroleum.


Kod dan Nama Program           : PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Kejuruteraan (Kimia) ditawarkan di jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Ia
mengintegrasikan pengetahuan matematik, fizik, kimia dan biologi dengan sains kejuruteraan. Di samping
kursus teras berkaitan Kejuruteraan Kimia, skema pengajiannya juga meliputi empat (4) opsyen teknikal
utama iaitu Kejuruteraan Proses, Kejuruteraan Biokimia, Kejuruteraan Alam Sekitar dan Kejuruteraan dan
Sains Bahan. Konsep berkaitan isu serta keperluan semasa seperti pengurusan dan Utlisisasi Sisa,
Kejuruteraan Hijau, Pembangunan Lestari, Tenaga Boleh Diperbaharui, Pembikinan Bahan Nano, Bahan
Farmaseutikal, Pembangunan dan Keselamatan Produk serta Konsep Integrasi Tenaga juga diterapkan.
Program yang berorientasikan Hasil Pembelajaran ini mampu untuk menghasilkan jurutera yang boleh
mengurus dengan cekap, bekerja sebagai satu kumpulan, berkomunikasi dengan baik dan berkesan,
menganalisa secara kritikal serta kreatif dalam perlaksanaan kerjanya.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang/industri minyak dan gas, petrokimia,
oleokimia, farmaseutikal, tenaga, makanan dan alam sekitar. Di samping itu graduan juga berpeluang
berkhidmat di agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (DOSH), institut penyelidikan serta institut pengajian tinggi awam dan swasta, Badan Berkanun
serta konglomerat tempatan dan luar negara. Antara skop kerja graduan Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
adalah jurutera proses, jurutera perunding, jurutera pengeluaran, jurutera rekabentuk, pegawai
penguatkuasa, pegawai tadbir diplomatik, jurutera produk, eksekutif keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, pegawai penyelidik, usahawan dan pensyarah IPT.

                                                                                                     19
Kod dan Nama Program           : PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Kejuruteraan melalui Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian adalah perintis dan masih lagi
merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum
untuk disiplin kejuruteraan pertanian dan biosistem. Program ini mengambil masa empat (4) tahun dan
diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Institusi Jurutera Malaysia dan Lembaga Jurutera
Malaysia.

Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem adalah satu profesion kejuruteraan yang menggunakan asas
kejuruteraan serta sains biologi dalam analisis dan penyelesaian masalah pertanian dan sistem biologi. Ia
merangkumi semua kegiatan kejuruteraan yang berkaitan dengan pengeluaran pertanian dan
pemprosesan hasil pertanian serta hasil biologi lain. Ia juga merangkumi pengurusan serta pengawasan
sumber asli (termasuk air, tanah, udara dan tenaga) dan sumber biologi.

Terdapat lima (5) bidang utama yang ditawarkan di bawah program ini, iaitu Kejuruteraan Biosistem,
Kejuruteraan Infrastruktur dan Pemeliharaan Sumber, Kejuruteraan Sistem Jentera, Kejuruteraan Sistem
Kawalan dan Pengautomatan dan Kejuruteraan Teknologi Maklumat.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas. Terdapat banyak peluang
pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
industri berasaskan makanan, pertanian dan biologi. Peluang yang terdapat meliputi pengurusan,
perundingan dan pembinaan, penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, perkhidmatan
teknikal, jualan dan pemasaran, pengeluaran dan pemprosesan, perniagaan dan keusahawanan, serta
pendidikan dan latihan.


Kod dan Nama Program           : PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Objektif utama penawaran program ini ialah untuk mengeluarkan graduan jurutera terlatih dalam bidang
kejuruteraan mekanikal dengan pengetahuan tambahan dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

Jurutera Mekanikal bertanggungjawab dalam rekabentuk mekanikal, teknologi pembakaran dan bahan
bakar, pemindahan haba, bahan pemprosesan pembuatan, kawalan automatik, keselamatan produk dan
kesan teknologi terhadap masyarakat. Jurutera Mekanikal juga harus memastikan rekabentuk sesuatu
alat dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap dan ekonomik. Di samping itu, mereka mengilhamkan,
merancang, merekabentuk dan mengarah pembuatan, pengagihan dan operasi pelbagai jenis peranti,
mesin dan sistem untuk pemprosesan bahan, pengangkutan, penyelenggaraan dan tujuan-tujuan lain.
Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Pembuatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) adalah luas dan majikan-majikan
merangkumi dari syarikat kecil dan sederhana kepada organisasi multinasional dan jabatan-jabatan
kerajaan.   Industri mekanikal menyediakan peluang pekerjaan dalam rekabentuk, pembangunan,
pembuatan, pengurusan, pemasaran, penyelenggaraan, jualan dan perkhidmatan teknikal. Rekod
terdahulu menunjukkan bahawa para graduan dari jabatan ini sering mendapat pekerjaan yang relevan.




                                                                                                      20
Kod dan Nama Program           : PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) ditawarkan adalah untuk membantu membangunkan industri
aeroangkasa negara sepertimana yang telah dilancarkan dalam “National Blueprint for the Development of
the Aerospace Industry in Malaysia.”

Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan dua (2) disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan
Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap disiplin membawa makna seperti berikut:

   Kejuruteraan Aeronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik,
    bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

   Kejuruteraan Astronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang mekanik orbit,
    persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur
    aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Program empat (4) tahun Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dihasilkan dari pelbagai disiplin
kejuruteraan dengan penekanan pada kapal terbang, kapal angkasa dan teknologi satelit. Program ini
menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal,
Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, Pengaturcaraan Komputer dan Latihan
Industri.

Peluang Kerjaya:

Industri Aeroangkasa sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan, badan ketenteraan
dan sektor swasta.        Graduan Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) akan diserap dalam industri
aeroangkasa mengikut sub-sektor yang khusus, iaitu sub-sektor Pengilangan Komponen Aeroangkasa,
Senggaraan, Baik-pulih dan Rombak-rawat (MRO), Operasi Aeroangkasa, Integrasi Sistem dan Avionik
dan lain-lain sub-sektor yang berkaitan.


Kod dan Nama Program           : PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini membekalkan pelajar dengan prinsip-prinsip kejuruteraan proses dan kegunaannya yang
khusus kepada pemprosesan bahan pertanian dan biologi bukan sahaja untuk menghasilkan barangan
makanan tetapi juga untuk mengeluarkan barangan Industri Pemprosesan Makanan, Industri Berasaskan
Pertanian/Biologi dan Industri Pembuatan Peralatan Pemprosesan. Kurikulum program ini mengandungi
dua (2) opsyen untuk pilihan pelajar tahun 3 dan 4 (akhir) iaitu Kejuruteraan Makanan dan Kejuruteraan
Pemprosesan Bio-Bahan.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini boleh mendapat pekerjaan dan pembangunan kerjaya dalam industri yang
berkaitan seperti pembuatan dan pemprosesan, operasi dan pengendalian dan pentadbiran kilang,
rekabentuk kejuruteraan (rekabentuk proses, alat dan sistem), pembangunan produk dan penyelidikan.
Rekod terdahulu telah menunjukkan bahawa graduan daripada program ini mempunyai prospek kerjaya
yang tinggi.




                                                                                                   21
Kod dan Nama Program         : PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Tempoh Pengajian             : 8 Semester

Semester                     : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini diwujudkan untuk menyahut keperluan industri yang pesat berkembang kini. Program ini
menumpukan kepada gabungan teknologi komputer dan komunikasi serta memberi kemahiran yang
diperlukan untuk memahami, merekabentuk, membekal dan menggunakan sistem komunikasi dan
komputer dalam pelbagai aplikasi.

Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan untuk pelajar tahun akhir di bawah program ini, iaitu
Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini mempunyai peluang pembangunan kerjaya dalam pelbagai industri berkaitan
seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, komputer dan pembuatan produk, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) serta setiap organisasi yang mempunyai rangkaian komunikasi dan kemudahan
teknologi maklumat.




                                                                                              22
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Maklumat Am

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP
dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Ia
menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains dengan
Pendidikan dan Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) yang menawarkan kursus-kursus elektif dan
umum yang diambil oleh pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.

FPP bermula dengan tiga (3) jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan
Jabatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua (2) daripada tiga (3)
jabatan tersebut, iaitu Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa membentuk fakulti baharu.
Jabatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan Jabatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian
untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara Jabatan Bahasa bergabung dengan Jabatan
Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi.

Pada 1996, berikutan dengan penyertaan Jabatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua (2)
jabatan iaitu Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997, Jabatan
Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan
Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Enam (6) jabatan baharu ditubuhkan sebagai
rombakan semula Jabatan Pendidikan. Jabatan baharu yang ditubuhkan ialah Jabatan Asas Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia
dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur berlaku di mana Jabatan Pengajian Perlakuan
dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua (2) jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan
Psikologi Kaunseling dan Jabatan Pengajian Sukan.

Setelah beberapa kali mengalami penstrukturan semula, kini FPP mempunyai enam (6) jabatan iaitu:-

1.   Jabatan Asas Pendidikan
2.   Jabatan Pengajian Sukan
3.   Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
4.   Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal
5.   Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
6.   Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
2.   Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
3.   Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
4.   Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
5.   Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
6.   Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
7.   Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
8.   Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ditawarkan untuk melatih graduan profesional dengan
kemahiran merancang, melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti dan program pembangunan tenaga
kerja di semua organisasi pekerjaan, sama ada dalam sektor perkhidmatan awam atau swasta.
                                                                                             23
Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) adalah program pengajian selama empat (4) tahun
dengan 123 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan khususnya di Bahagian Sumber Manusia terdapat di organisasi seperti berikut:

   i.   Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam, kementerian serta agensi lain
        dalam sektor awam.
  ii.   Institusi kewangan dan korporat seperti bank, syarikat insurans, dan institusi peminjaman
        kewangan.
 iii.   Institusi latihan awam seperti INTAN, INFRA, ILSAS, ILIM, ILKAP, ESSET; institut latihan sektor
        swasta seperti MIM, Pusat Putra (CIMB), Pusat Latihan PETRONAS (PERMATA) serta agensi
        perunding latihan lain.
 iv.    Syarikat multi-nasional yang mempunyai bahagian PSM seperti Panasonic, Sony, IBM, Dell, IKEA,
        Shell dan lain-lain.
 v.     Institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti.
 vi.    Agensi penyelidikan dan pembangunan seperti MARDI, MPOB, SIRIM, Taman Teknologi
        Malaysia, dan FRIM.
 vii.   Syarikat perindustrian tempatan termasuk industri kecil dan sederhana.

Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan dari program ini ialah Pegawai/Pengurus PSM,
Pegawai/Pengurus/Eksekutif Latihan Pembangunan, Perancang Sumber Manusia, Pegawai Tadbir,
Pegawai Penilai Prestasi dan Penyelidik dalam PSM.


Kod dan Nama Program           : PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program pengajian selama empat (4) tahun dengan 135 jam kredit ini menghasilkan graduan yang
mempunyai pengiktirafan mengajar dalam sistem persekolahan awam di Malaysia.

Peluang Kerjaya:

Lepasan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) mempunyai masa hadapan kerjaya yang cerah dalam
mencari peluang kerjaya. Kerjaya sebagai pensyarah dan pendidik sama ada di institusi pendidikan
kerajaan atau swasta, persendirian dan di maktab perguruan adalah bidang kerjaya yang sesuai. Selain
itu, kementerian kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia, jabatan kerajaan dan agensi kerajaan
memerlukan khidmat lulusan BPPJ sebagai jurulatih dalam banyak aktiviti sukan dan kesihatan yang
dijalankan. Antara agensi kerajaan yang memerlukan khidmat jurulatih bertauliah ini termasuklah Institut
Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa
tempatan. Peluang kerjaya sebagai jurulatih bertauliah amatlah meluas terutamanya di pusat-pusat
rekreasi yang menjalankan segala aktiviti sukan dan kesihatan seperti pusat rekreasi air di Sunway
Lagoon, taman tema air dan seumpamanya.

Lepasan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) juga boleh bertugas dipelbagai agensi pelancongan
termasuk perhotelan yang menjadikan aktiviti sukan dan kesihatan sebagai daya tarikan dalam
menjalankan perkhidmatan mereka. Kerjaya sebagai jurulatih dan pengajar di pusat-pusat kesihatan
seperti di Pusat Kecergasan juga menjadi salah satu peluang kerjaya menarik bagi lulusan ini. Selain itu,
lulusan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) juga dapat bertugas dan bekerja di bahagian
pembuatan dan penjualan peralatan sukan di pusat-pusat perniagaan utama.




                                                                                                      24
Kod dan Nama Program           : PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) bertujuan untuk melatih guru kaunseling yang
juga berupaya mengajar satu (1) mata pelajaran di sekolah menengah. Pelajar dilengkapkan dengan ilmu
dan kemahiran teknikal dalam bidang bimbingan dan kaunseling di samping ilmu pendidikan dan
kemahiran mengajar.

Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah program pengajian selama empat (4) tahun
dengan 137 jam kredit. Pelajar yang selesai mengikuti program ini layak didaftarkan sebagai kaunselor
berdaftar dengan Lembaga Kaunselor.

Peluang Kerjaya:

Selain dari sekolah menengah, graduan dari program ini di terima untuk berkhidmat di dalam institusi
pendidikan lain seperti MRSM, Kolej MARA, sekolah swasta serta pelbagai institusi pengajian tinggi di
seluruh negara. Lulusan program ini juga boleh berkhidmat sebagai kaunselor di institusi pemulihan dan
penguatkuasaan seperti PDRM, PUSPEN, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
Kesihatan, Jabatan Agama dan Jabatan Perkhidmatan Awam.


Kod dan Nama Program           : PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai
                                 Bahasa Pertama)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) bertujuan untuk
melahirkan guru-guru yang berketrampilan serta berupaya mengajar subjek Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu di sekolah dan institusi pendidikan. Pelajar dilengkapkan dengan ilmu teori dan
ilmu amali dalam bidang bahasa khusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, di
samping ilmu pedagogi dan kemahiran mengajar.

Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) adalah program pengajian
selama empat (4) tahun dengan 134 jam kredit. Pelajar yang selesai mengikuti program ini layak untuk
bertugas di semua jenis institusi pendidikan.

Peluang Kerjaya:

Selain peluang bekerja di sekolah menengah kerajaan, graduan dari program ini diterima untuk
berkhidmat di dalam institusi pendidikan lain seperti MRSM, Kolej MARA, Kolej Komuniti, kolej swasta,
sekolah swasta serta pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Lulusan program ini juga
diterima berkhidmat di bahagian pengurusan pendidikan, iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Di samping itu, graduan ini mampu bekerja sebagai editor dan sub-editor di mana-
mana penerbitan.




                                                                                                   25
Kod dan Nama Program            : PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
                                  Bahasa Kedua)

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini yang lebih dikenali sebagai program Bacelor Pendidikan (TESL) dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Bacelor Pendidikan (TESL) ditawarkan untuk melatih graduan
profesional dalam bidang pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris di semua sekolah menengah, kolej
dan institut pengajian tinggi awam dan swasta, bahagian latihan atau pembangunan sumber manusia
dalam sektor awam atau swasta. Bacelor Pendidikan (TESL) adalah program pengajian selama empat (4)
tahun dengan 130 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan dalam bidang ini terdapat di organisasi seperti berikut:

    i.   Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan
         Awam, kementerian serta agensi lain dalam sektor awam.
    ii. Bahagian latihan di institusi kewangan dan korporat seperti bank, syarikat insurans, dan institusi
         peminjaman kewangan.
    iii. Institusi latihan awam seperti INTAN, INFRA, ILSAS, ILIM, ILKAP, ESSET; institut latihan sektor
         swasta seperti MIM, Pusat Putra (CIMB), Pusat Latihan PETRONAS (PERMATA) serta agensi
         perunding latihan lain.
    iv. Syarikat multi-nasional yang mempunyai bahagian latihan seperti Panasonic, Sony, IBM, Dell,
         IKEA, Shell dan lain-lain.
    v. Institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti (awam dan swasta).
    vi. Agensi penyiaran dan media massa seperti RTM, TV3, stesen-stesen radio, New Straits Times,
         Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain.

Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan dari program ini ialah guru, pensyarah, guru bahasa,
penyelaras program, dan pelatih.


Kod dan Nama Program            : PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) bertujuan untuk melatih guru yang berupaya mengajar
sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran di sekolah menengah akademik dan teknik. Pelajar
dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal dalam bidang makanan dan pemakanan, rekaan dan
jahitan pakaian, persolekan dan dandanan rambut sebagai bidang utamanya. Pelajar juga dilengkapkan
dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan Kemahiran Hidup atau Pendidikan Sains sebagai
pilihan tumpuan kedua di samping ilmu pendidikan dan kemahiran mengajar. Bacelor Pendidikan (Sains
Rumahtangga) adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 133 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini diterima untuk berkhidmat di dalam institusi pendidikan seperti Sekolah Akademik
dan Teknik, Kolej Komuniti, Politeknik, Institut Perguruan, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pentadbiran
KPM, Tutor di universiti, usahawan dalam bidang makanan dan pemakanan, jahitan dan rekaan fesyen,
dan seni kecantikan.




                                                                                                       26
Kod dan Nama Program          : PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) adalah program pendidikan keguruan yang
bermatlamatkan penghasilan guru siswazah terlatih untuk mengajar mata pelajaran Sains Pertanian
sebagai mata pelajaran utama dan satu (1) mata pelajaran lain sebagai mata pelajaran kedua. Pelajar
diberi persediaan secukupnya berasaskan standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi meliputi aspek pengetahuan dan kemahiran umum, teknikal pertanian dan pedagogi. Bacelor
Pendidikan (Sains Pertanian) adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 135 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Tumpuan utama peluang kerjaya bagi lepasan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) adalah di sekolah-
sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Prospek kerjaya juga wujud
dalam bentuk jawatan pentadbiran dan pengurusan pada peringkat jabatan pendidikan dan kementerian.
Selain daripada sektor pendidikan sekolah, lepasan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) juga mendapat
peluang kerjaya dalam sektor pentadbiran dan diplomatik, bank, stesen penyiaran, lembaga kemajuan
tanah dan institusi pengajian tinggi.


Kod dan Nama Program          : PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) bertujuan untuk melatih guru Pendidikan Moral yang juga
berupaya mengajar Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah menengah.
Pelajar dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal dalam bidang pendidikan moral. Bacelor
Pendidikan (Pendidikan Moral) adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 132 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Selain dari menjadi guru Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah
menengah kerajaan dan swasta, graduan dari program ini boleh menjadi pensyarah kursus LAN
Pendidikan Moral di institusi pendidikan swasta seperti kolej atau universiti kolej yang lain.




                                                                                                  27
FAKULTI SAINS

Maklumat Am

Fakulti Sains mula ditubuhkan sebagai Bahagian Sains Asas pada tahun 1972 dan telah melalui beberapa
proses penstrukturan dan sekarang ini Fakulti Sains terdiri daripada empat (4) jabatan, iaitu Jabatan
Biologi, Jabatan Kimia, Jabatan Matematik dan Jabatan Fizik. Visi Fakulti adalah selaras dengan objektif
UPM, iaitu untuk menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan pengembangan dalam bidang sains yang
terbilang.

Sebagai sebuah fakulti dalam sebuah universiti penyelidikan, Fakulti Sains bersedia membentuk dan
mencorak pelajar supaya menjadi graduan sains yang berfikiran kritis dan kreatif dan bersedia untuk
menghadapi pasaran kerja, atau melanjutkan pengajian ke peringkat siswazah. Program pra-siswazah
dibentuk untuk memberikan asas yang kukuh dalam bidang teras dan untuk membentuk perspektif sains.
Ilmu dan kepakaran disampaikan kepada pelajar oleh pegawai akademik yang cukup terlatih dan
berpengalaman menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan
serta disokong oleh kemudahan yang terkini.

Kualiti pensyarah Fakulti Sains dan penyelidikan yang dijalankan di fakulti mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Setiap tahun pegawai akademik menerbitkan beratus artikel
penyelidikan dalam jurnal dan memenangi banyak anugerah penyelidikan. Fakulti juga adalah di antara
penerima geran penyelidikan yang terbesar di UPM dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki rekod yang
telah dicapai.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains (Kepujian)
1. Major Biologi
2. Major Matematik
3. Major Statistik
4. Major Fizik
5. Major Kimia
6. Major Kimia Perindustrian
7. Major Kimia Petroleum
8. Major Sains Bahan
9. Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
10. Major Biologi
11. Major Fizik
12. Major Kimia
13. Major Matematik

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : Bacelor Sains (Kepujian)
                                 1. PS02 - Major Biologi
                                 2. PS08 - Major Matematik
                                 3. PS09 - Major Statistik
                                 4. PS15 - Major Fizik
                                 5. PS28 - Major Kimia
                                 6. PS29 - Major Kimia Perindustrian
                                 7. PS30 - Major Kimia Petroleum
                                 8. PS36 - Major Sains Bahan
                                 9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013




                                                                                                     28
Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan sembilan (9) bidang major pengajian yang berkaitan dengan biologi, fizik, sains
bahan, sains instrumentasi, kimia perindustrian, kimia petroleum, matematik dan statistik. Semua bidang
major dalam program ini mengandungi kursus latihan industri sebagai elektif yang memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam suasana pekerjaan yang sebenar.

Objektif program ini adalah bertujuan bagi menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam sains asas dan gunaan bagi bidang biologi, fizik, kimia, matematik dan statistik
serta dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu dan mempunyai pemikiran kritis yang
oleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kecekapan
pngurusan informasi, kemahiran teknikal yang tinggi dan kualiti kepimpinan, mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik serta berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat dan bertanggungjawab,
mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan mampu menceburi diri
dalam kerjaya berkaitan bidang sains asas, gunaan dan teknologi samada dalam sektor awam, swasta,
badan berkanun atau menjadi usahawan dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains (Kepujian) berpeluang bekerja di sektor awam dan swasta seperti
pegawai penyelidik, guru, pegawai sains, jurutera pengeluaran, eksekutif pemasaran, pegawai insurans
dan sebagainya.


Kod dan Nama Program            : Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
                                  1. PT11 - Major Biologi
                                  2. PT12 - Major Fizik
                                  3. PT13 - Major Kimia
                                  4. PT14 - Major Matematik

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Sains dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan, menawarkan kursus untuk program
Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dengan empat (4) major iaitu, biologi, fizik, kimia dan
matematik.

Latihan mengajar yang diwajibkan kepada para pelajar adalah untuk melahirkan graduan professional
dalam bidang pendidikan bagi memenuhi keperluan Negara. Objektif program ini adalah bertujuan
melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang biologi, fizik, kimia atau
matematik dan dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu serta mempunyai pemikiran
kritis yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi (dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang diperlukan oleh guru serta mempunyai kecekapan pegurusan
informasi, kemahiran teknikal dan kepimpinan, berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat malahan
bertanggungjawab dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan
mampu menceburkan diri dalam kerjaya dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih
tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu serta berpotensi dalam bidang keusahawanan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) berpeluang menjadi guru sains di
peringkat sekolah menengah yang akan ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut
keperluan negara.




                                                                                                       29
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Maklumat Am

Ditubuhkan dalam tahun 1982, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan adalah sebuah fakulti yang aktif dan
mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah fakulti yang terbaik di Universiti Putra Malaysia. Fakulti ini
mempamerkan dasar visi penubuhan universiti: untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang sains
makanan dan teknologi melalui pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Visi ini telah
direalisasikan secara sistematik oleh kakitangan akademik dan sokongan fakulti yang sangat komited dan
sentiasa berkongsi pendapat di antara satu sama lain dengan saintis di institusi akademik dan
penyelidikan dan dengan industri dan pelanggan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memilih Fakulti Sains dan Teknologi Makanan sebagai institusi
untuk membangunkan Pusat Penyelidikan Keselamatan Makanan Kebangsaan (NFSR) berdasarkan
kepakaran ahli jemaah fakulti yang terkenal dalam bidang keselamatan makanan. Ini seterusnya disusuli
dengan pengiktirafan dan perlantikan NFSR sebagai penyelaras rangkaian maklumat dalam bidang
Penilaian Risiko Mikrobiologikal (MRA) untuk rantau Asia-Pasifik oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui pejabatnya yang bertanggungjawab untuk rantau
Asia.

Satu lagi sejarah pencapaian fakulti adalah dengan penubuhan Institut Penyelidikan Produk Halal yang
memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu halal dalam produk pasaran di Malaysia mahupun
produk untuk pasaran eksport. Tiga (3) tunjang utama fakulti - Jabatan Sains Makanan, Jabatan
Teknologi Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan mewakili kesepaduan persekitaran
kerja yang interaktif di mana pendekatan sinergistik digunakan dalam menyumbang kepada
kecemerlangan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
2. Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
3. Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) menawarkan lima (5) pengkhususan iaitu
Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan, Keselamatan Makanan dan Pemastian Kualiti, Makanan
Fungsian dan Pemakanan, Bioteknologi Makanan dan Keusahawanan.

Program ini melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains dan teknologi
makanan serta kemahiran teknikal dalam bidang berkenaan. Graduan dari program ini berupaya
memenuhi keperluan tenaga mahir dan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengeluaran makanan,
pembangunan produk baru, pengurusan mutu makanan, mendapatkan penemuan-penemuan baru dan
meneroka bidang perniagaan yang berkaitan dengan makanan.

Kandungan kursus di gubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi makanan yang
melibatkan penggunaan pengetahuan seperti bioteknologi makanan, undang-undang piawaian
antarabangsa dan pengurusan air dan sisa industri. Program ini juga menghasilkan graduan yang dapat
memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versati serta mempunyai kelebihan berdaya saing.
Ini dapat memangkin pembangunan industri makanan melalui penglibatan graduan BSTM dalam sektor
pekerjaan.




                                                                                                    30
Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada
dalam sektor swasta atau awam. Antaranya karier sebagai Penganalisis Makanan, Pegawai Keselamatan
Makanan, Pegawai Penyelidik, Nutritionist, Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal, Usahawan Makanan,
Pegawai Pengeluaran, Pegawai Pemasaran Makanan, Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk
Makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga graduan BSTM yang sedang berkhidmat di kilang-kilang pembuatan makanan
seperti Nestle, Ajinomoto, UPALI, Dewina Foods, Yeo Hiap Seng, Gardenia, Ramly Burger serta syarikat-
syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan perkhidmatan makanan seperti Mc Donalds dan KFC.
Ramai juga graduan yang berkhidmat di sektor awam seperti di Kementerian Kesihatan sebagai pakar
teknologi makanan dan di MARDI, PORIM, LKIM serta LKM sebagai ahli penyelidik makanan.


Kod dan Nama Program           : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal
menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan,
pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan,
menguasai kemahiran teknikal dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta
mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan
makanan.

Peluang kerjaya:

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini
ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran
makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.


Kod dan Nama Program           : PG18 - Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Peluang kerjaya:




                                                                                                    31
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Maklumat Am

Fakulti Ekologi Manusia (FEM) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 April 1992 melalui percantuman
Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian dengan Jabatan Sains Kemasyarakatan,
Fakulti Pengajian Pendidikan. Sebagaimana namanya, Fakulti Ekologi Manusia memberi fokus kepada
manusia yang menjadi tunggak kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sebagai sebuah
fakulti berasaskan sains sosial, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat
profesional adalah bermatlamatkan kepada peningkatan kesejahteraan individu, keluarga, dan komuniti.

Bagi menyahut cabaran universiti penyelidikan, FEM bergiat meningkatkan aktiviti penyelidikan dan
penerbitan. Walaupun MOSTI adalah penyumbang utama dana penyelidikan, sumber dana lain seperti
kerajaan negeri, NGO dan sebagainya tidak kurang pentingnya. Dapatan penyelidikan dikongsi dan
disebarkan melalui pembentangan dalam seminar, persidangan, bengkel dan yang paling utama adalah
melalui penerbitan jurnal, buku, dan sebagainya.

Kini FEM mempunyai lima (5) jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian
Pengguna, Jabatan Muzik dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan. Di samping jabatan-
jabatan ini terdapat sebuah unit yang beroperasi di bawah pentadbiran FEM iaitu Unit Pendidikan Luar dan
Latihan Industri. FEM juga mempunyai dua (2) pusat kecemerlangan iaitu Pusat Kecermerlangan Kajian
Penggunaan Lestari (LESTARI) dan Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE).

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)
2.   Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)
3.   Bacelor Pengajian Pengguna
4.   Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
5.   Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) mencakupi pelbagai kursus dengan penekanan kepada
Persembahan Muzik, Teknologi Muzik dan Pendidikan Muzik dengan tujuan melahirkan pemuzik
profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Selain itu, pelajar juga berpeluang menganggotai Orkestra Simfoni, Koir dan pelbagai kumpulan muzik.
Jabatan Muzik menyediakan makmal multimedia, makmal teknologi muzik, studio rakaman, makmal
pendidikan muzik, makmal gamelan, makmal piano, makmal alat muzik bass, makmal perkusi dan dewan
latihan orkestra serta bilik latihan instrumental bagi memudahkan pembelajaran muzik memenuhi
kehendak pembelajaran semasa.

Peluang Kerjaya:

Bakal graduan Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) boleh memegang jawatan seperti Ahli Orkestra
Simfoni, Pemain Konsert Klasikal, Pencipta Muzik, Penerbit Muzik, Penggubah Muzik, Juruteknik Muzik,
Pakar Akustik, Pensyarah Muzik serta Guru Muzik.




                                                                                                     32
Kod dan Nama Program            : PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] direncanakan berdasarkan falsafah bahawa
perkembangan dan pembangunan manusia dipengaruhi oleh proses interaksi dan transaksinya dengan
pelbagai elemen dalam sistem mikro dan makronya. Perspektif ekologi ini menegaskan kepentingan
memahami manusia mengikut konteks dari peringkat awal kejadiannya sehingga akhir hayat bagi
melahirkan manusia yang bukan sahaja cemerlang, resilien dan dapat menyumbang kepada kebaikan diri
dan ummah sejagat, malah hubungan dan tanggungjawabnya dengan penciptanya.

Terdapat beberapa pakej minor yang ditawarkan untuk memantapkan kurikulum selaras dengan
perkembangan semasa di dalam dan di luar negara dalam bidang pembangunan manusia. Lima (5) minor
yang ditawarkan adalah Program Kanak-kanak Peringkat Awal, Psikologi Perkembangan, Bimbingan dan
Penasihatan, Undang-undang Keluarga, Pengurusan Sumber, Pembangunan Komuniti dan Kerja Sosial.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] merangkumi
sektor awam dan swasta. Mereka boleh berkhidmat di agensi media massa, organisasi perdagangan,
institusi kewangan dan perbankan, penasihatan kewangan dan sektor peruncitan, pentadbiran dan
pengurusan serta terlibat dalam bidang kerjaya penyelidikan sosial. Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi melalui program BS(PM) juga membolehkan graduan menjadi usahawan. Di antara jawatan
yang pernah di sandang oleh graduan BS(PM) ialah Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Tadbir dan
Diplomatik dan Pengurus Syarikat (Bahagian Latihan dan Pendidikan).


Kod dan Nama Program            : PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan
masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek
kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah
peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Pengajian Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains
tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan
Teknologi, Psikologi Sosial, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar,
pengguna dan pembuat dasar.

Terdapat tiga (3) pilihan minor yang boleh diikuti oleh pelajar Bacelor Pengajian Pengguna iaitu Kewangan
Pengguna, Advokasi dan Pendidikan Pengguna serta Produk Pengguna.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk bekerja secara efektif di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta. Kursus seperti Perlakuan
Pengguna, Perlindungan Pengguna, Undang-undang Pengguna dan Etika Peniaga dan Pengguna
membantu menyediakan pelajar dengan kemahiran yang membolehkan mereka mengkaji isu berkaitan
pasaran dari perspektif pengguna, peniaga dan kerajaan. Dengan ini, graduan BPP berpotensi untuk
memilih kerjaya yang melibatkan hubungan pelanggan (customer relations), pemasaran, pendidikan dan
perlindungan pengguna. Pelajar BPP juga didedahkan dengan kemahiran menganalisis interaksi keluarga
dan kerajaan serta perniagaan bagi menyediakan mereka untuk pekerjaan yang melibatkan analisis polisi
awam dan perhubungan awam.


                                                                                                      33
Kod dan Nama Program           : PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program dwi-major iaitu Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan
Pengurusan) [BS(PMP)] yang merupakan hasil gabungan daripada dua (2) bidang utama iaitu
Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Penggabungan dua (2) bidang memberikan peluang kepada
pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan
mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan.

Era globalisasi, industrialisasi dan dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana
graduan yang bersifat bukan sahaja knowledge worker malah mempunyai kemahiran yang berpadanan
dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program BS(PMP) ini di jangka dapat melahirkan
pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga
dan ahli dalam masyarakat.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
[BS(PMP)] terbuka luas dalam perkhidmatan di sektor awam dan swasta. Peluang-peluang pekerjaan
bagi program ini seperti perunding pengurusan, setiausaha syarikat, pengurus kewangan, pemasaran dan
penjualan dan juga pentadbir di sektor awam dan swasta. Graduan BS(PMP) juga dilatih untuk bekerja
sebagai usahawan.


Kod dan Nama Program           : PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi
                                 Maklumat)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) [BS(PMTM)] merupakan
program dwi-major yang ditawarkan oleh Fakulti Ekologi Manusia. Ia memberi penekanan kepada
kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat. Program ini
selaras dengan matlamat pembangunan ke arah negara maju yang memberi tumpuan kepada
perkembangan teknologi maklumat dalam pembangunan. Melalui gabungan ilmu antara disiplin sains
sosial terapan dan teknologi, program ini mampu melahirkan graduan yang lebih versatile, multi dan
antara disiplin. Komponen teknologi maklumat mampu memberi kelebihan kepada para graduan
BS(PMTM) untuk lebih berdaya saing berbanding graduan sains sosial yang lain.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)
[BS(PMTM)] merangkumi sektor awam dan swasta. Program ini menyediakan kursus-kursus untuk pelajar
menguasai bidang kemanusian dan sistem rangkaian komputer. Graduan yang memilih bidang ini boleh
memilih pekerjaan seperti Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Program Pembangunan Manusia,
Penyelidik dan Pegawai Tadbir di agensi kerajaan dan swasta.




                                                                                                      34
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Maklumat Am

Asas pembentukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dapat ditelusuri sejak wujudnya
Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan
Akta Bahasa 1967. Pada tahun 1971, kedua-dua bahagian ini dicantumkan dan dinamakan Bahagian
Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaikkan
tarafnya sebagai Jabatan Bahasa pada tahun 1972 dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.

Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa diletakkan di bawah Fakulti Perkhidmatan Pendidikan yang
sekarang ini dikenali sebagai Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995, Jabatan Bahasa telah
dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa Moden. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi
Pembangunan yang dahulunya terletak di bawah Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti
Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi dan Fakulti Pengajian Bahasa
Moden di beri nama baharu sebagai Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kini, Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi mengandungi empat (4) jabatan, iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris,
Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Komunikasi.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera
2. (Bahasa Inggeris)
3. (Bahasa dan Linguistik Melayu)
4. (Kesusasteraan Melayu)
5. (Kesusasteraan Inggeris)

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
6. Pengkhususan Bahasa Mandarin
7. Pengkhususan Bahasa Arab
8. Pengkhususan Bahasa Perancis
9. Pengkhususan Bahasa Jerman

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PA02 - Bacelor Komunikasi

Tempoh Pengajian               : 7 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi melalui Jabatan Komunikasi adalah perintis kepada institusi
pengajian tinggi lain yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplin Komunikasi
dengan major dalam Komunikasi Korporat. Selain major Komunikasi Korporat, Jabatan Komunikasi juga
menawarkan tiga major lain, iaitu Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi Kemanusiaan. Program
Bacelor Komunikasi ini mengambil masa 3½ tahun (7 semester) dan diberi pengiktirafan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 1999 lagi.

Komunikasi sebagai profesyen merangkumi perspektif penulisan, tuturan, visual dan juga komunikasi
digital yang diaplikasikan di tempat kerja. Disiplin komunikasi mengandungi jalinan prinsip-prinsip yang
dinamik yang berfokus kepada kajian tentang bagaimana maklumat dicipta, diurus, disebarkan dan
digunakan. Dalam masyarakat moden dan dinamik, komunikasi menjadi salah satu disiplin ilmu yang
sentiasa melalui proses perubahan. Kesan keadaan ini menyebabkan kemajuan teknologi komunikasi
sering mengatasi ketrampilan pengamal komunikasi. Ini mengakibatkan permintaan untuk komunikator
yang berkemahiran terus meningkat dan mengatasi kadar bekalan komunikator yang terlatih melalui
program komunikasi di institusi pengajian tinggi.




                                                                                                     35
Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang amat luas. Terdapat banyak
peluang pekerjaan di sektor awam atau pun sektor swasta yang berteraskan industri komunikasi. Peluang
tersebut, antara lain meliputi pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan, perundingan, latihan, publisiti,
periklanan, perniagaan, keusahawanan, penerbitan, pendidikan dan penyelidikan.

Antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Komunikasi, Jabatan Komunikasi, Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM adalah:

Pengarah Syarikat, Perunding Perhubungan Awam, Pengarah Agensi Awam/Swasta, Pegawai Tadbir dan
Diplomatik, Pengarah/Pengurus Komunikasi Korporat, Pengurus Pemasaran dan Publisiti, Pengurus
Jenama, Perunding/Agen Periklanan, Penerbit Rancangan, Pensyarah IPT, Penilai Kandungan
Rancangan Penyiaran, Wartawan dan Editor Berita.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Perhubungan Raya Malaysia.

b. Luar Negara: -


Kod dan Nama Program            : PB00 - Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris)

Tempoh pengajian                : 7 Semester

Semeter                         : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Bahasa Inggeris menawarkan kursus-kursus yang dapat membantu
mengukuhkan ketrampilan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar dari aspek kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan suasana
untuk memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja
mempelajari Bahasa Inggeris sebagai major, mereka juga berpeluang mengikuti minor dalam bidang lain
seperti hospitaliti dan komunikasi yang sememangnya kritikal untuk pembangunan negara. Selain Bahasa
Inggeris, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari bahasa lain dan ini bukan sahaja membuka ruang
yang lebih luas untuk mereka mendapatkan pekerjaan, malah menyediakan mereka untuk pelbagai bidang
karier.

Peluang Kerjaya:

Kebolehan berbahasa Inggeris sememangnya amat diperlukan dalam pelbagai bidang di negara ini.
Graduan program ini mempunyai peluang yang cerah untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas.
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Peluang pekerjaan meliputi pengurusan, perniagaan dan keusahawanan, perhubungan awam,
pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, serta jualan dan pemasaran. Firma yang telah
diceburi oleh siswazah program B.A. (Bahasa Inggeris) mencakupi pelbagai bidang, termasuk firma
penyuntingan bagi bahan bercetak dalam bidang elektronik, firma pengiklanan, firma media massa, agensi
kerajaan, industri perhotelan dan pelancongan, firma pemasaran, industri perbankan, industri
telekomunikasi dan badan penerbitan lain.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas B.A. (Bahasa Inggeris) fakulti ini adalah:

Pegawai Perhubungan Awam, Eksekutif Pemerolehan, Pemberita, Eksekutif Jualan, Penyelidik, Pegawai
Maklumat, Usahawan, Penterjemah, Guru, Pensyarah IPT, Editor, Juruacara, Pegawai Pemasaran,
Penulis, Eksekutif Pemasaran, Pegawai Tadbir dan Pengurus.




                                                                                                        36
Kod dan Nama Program           : PB03 - Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

Tempoh Pengajian               : 7 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di iktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos
1997 sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan
jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan
bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara
menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar, serta mendorong mereka memahami dan menghargai
budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu berasaskan pendekatan
bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus
universiti membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran
bahasa dan komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas
kefahaman dalam bidang pengkhususan demi pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk
ketrampilan yang cukup dalam aspek kebahasaan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan
kemahiran yang berpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus minor
untuk menyokong bidang pengajian programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi serta memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk
menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran, sektor awam dan swasta,
penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, penyiaran,
perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat,
pelancongan dan hospitaliti, pendidikan dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa, Ahli Bahasa,
Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang
Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.


Kod dan Nama Program           : PB06 - Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu)

Tempoh Pengajian               : 7 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu di iktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1997
sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan
jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan
bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara
menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar serta mendorong mereka memahami dan menghargai
budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.




                                                                                                    37
Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu berasaskan pendekatan bersepadu,
iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti
membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran bahasa dan
komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas kefahaman dalam
bidang pengkhususan demi pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup
dalam aspek kesusasteraan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan kemahiran yang berpada
dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus minor untuk menyokong bidang
pengajian programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi serta memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk
menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan swasta,
penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, penyiaran,
perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat,
pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa dan Sastera,
Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang
Bahasa dan Sastera, Pegawai dan Pengurus Budaya.


Kod dan Nama Program            : PB07 – Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris)

Tempoh pengajian                : 7 Semester

Semeter                         : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris di bawah Jabatan Bahasa Inggeris ini mula ditawarkan
pada tahun 1999 dan tempoh pengajiannya mengambil masa selama tiga(3) tahun dan enam(6) bulan.
Program yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam ini memberikan
tumpuan kepada aspek kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dan penerapannya dalam pelbagai disiplin
ilmu. Semua aspek ini diterapkan melalui pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta perundingan.

Antara kursus-kursus utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah A Survey of Prose Form and
Poetry in English, Literature in Malaysia, Studies in Comparative Literature, Play Production and Creative
Writing.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya bagi graduan program ini adalah meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan melibatkan
kedua-dua sektor awam dan swasta. Sebahagian besar graduan program ini memperoleh pekerjaan
tanpa menunggu terlalu lama selepas bergraduat dan mereka turut di beri kepercayaan untuk menjawat
jawatan tetap di kedua-dua sektor. Walaupun secara amnya graduan lebih cenderung untuk memilih
bidang pendidikan, terdapat juga sebilangan besar yang terlibat dalam bidang pengurusan, perundingan,
penyelidikan dan pembangunan, jualan dan pemasaran, di samping perniagaan dan keusahawanan.
Keterlibatan graduan dalam bidang-bidang seperti yang tersebut telah secara langsung dan tidak langsung
memartabatkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris
ini adalah:

Penyelidik Bahasa dan Budaya, Pakar Bahasa, Pendidik, Penerbit, Penyunting, Wartawan, Pegawai
Perhubungan Awam, Pegawai Pemasaran, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Pegawai Tadbir dan
Diplomatik, Pegawai Khidmat Pelanggan, Perancang Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.




                                                                                                       38
Kod dan Nama Program           : Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
                                 1. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin
                                 2. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab
                                 3. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis
                                 4. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Tempoh Pengajian               : 7 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menerusi Jabatan Bahasa Asing menawarkan program
Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan pengkhususan dalam empat (4) major, iaitu Bahasa Mandarin,
Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Program ini mula ditawarkan di FBMK pada tahun
1995. Kurikulum program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) telah digubal berdasarkan konsep asas yang
menyeluruh untuk menghasilkan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan dalam pelbagai
bahasa di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Jangka masa
pengajian bagi program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) ialah tujuh (7) semester dengan jumlah kredit
minimum 122. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang utama ialah kuliah, tutorial, amali, seminar,
lokakarya, kajian lapangan dan latihan industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) akan berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya yang
luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan,
kewartawanan, pengiklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan
antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan
industri rekreasi.

Di antara jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera (Bahasa Asing) fakulti ini adalah:

Pensyarah Bahasa Asing di IPTA dan IPTS, Guru Bahasa Asing, Pegawai Kerajaan dan Swasta, Eksekutif
Syarikat Multinasional, Penterjemah, Jurubahasa, Pegawai Diplomatik, Pegawai Perhubungan Awam,
Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pemandu Pelancong,
Perundingcara Perniagaan dan Kebudayaan, Usahawan, Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Penulis, Editor
dan Wartawan.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA

b. Luar Negara: -




                                                                                                     39
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Maklumat Am

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) ditubuhkan pada 1 hb Ogos 1996 melalui percantuman
Jabatan Sains Bioperubatan dari Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan dengan Jabatan Pemakanan
dan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Ekologi Manusia dan mewujudkan Fakulti Sains Perubatan yang baru.
FPSK kini telah mempunyai kurikulum mantap semua program iaitu Perubatan dan bidang berkaitan
dengannya seperti Sains Bioperubatan, Dietetik, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Kesihatan
Persekitaran dan Pekerjaan, Kejururawatan, Sains Perubatan dan lain-lain. FPSK juga menjalankan
penyelidikan yang terkini dalam bidang tertentu berkaitan Perubatan, Bioperubatan, Pemakanan, Sains
Kesihatan serta Kejururawatan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 1,733 pelajar sepenuh masa (Pra Siswazah: 1,285, Siswazah: 448) di
bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Setelah lapan (8) tahun FPSK berada di bangunan lama,
warga fakulti telah berpindah ke bangunan FPSK yang baru dibangunkan bersebelahan dengan Hospital
Serdang dan dikenali sebagai Hospital Pengajar untuk pelajar perubatan FPSK, UPM.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Doktor Perubatan
2.   Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
3.   Bacelor Sains (Dietetik)
4.   Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
5.   Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
6.   Bacelor Kejururawatan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program            : PM00 - Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian                : 10 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Objektif program ini adalah untuk melahirkan doktor perubatan yang terlatih, berpengetahuan, mahir,
penyayang dan beretika untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Jangka masa program adalah
selama lima (5) tahun dan ia dibahagikan kepada tiga (3) fasa.

Fasa 1 merupakan pengajaran asas perubatan di dalam bidang sains perubatan (contoh, anatomi,
fisiologi, farmakologi, biokimia), patologi (termasuk mikrobiologi dan parasitologi perubatan), kesihatan
awam, komunikasi dan profesionalisme. Kaedah pengajaran adalah menerusi kuliah, amali, tutorial,
pengajaran berasaskan masalah, seminar dan sebagainya.

Fasa 2 merupakan pengajaran klinikal asas selama setahun. Ia merangkumi bidang perubatan, surgeri,
otorhinolaringologi, oftalmologi, dermatologi dan radiologi. Pelajar akan diajar di hospital menerusi kaedah
pengajaran kumpulan kecil.

Fasa 3 dan terakhir merupakan pengajaran klinikal yang merangkumi pengambilan riwayat pesakit,
pemeriksaan fizikal dan perancangan pengurusan (rawatan) pesakit. Pelajar akan didedahkan kepada
posting seperti perubatan, surgeri, ortopedik, pediatrik, sakit puan dan perbidanan, kemalangan dan
kecemasan, perubatan masyarakat, psikiatri dan post-mortem.

Peluang Kerjaya:

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, mereka dikehendaki menjalani perkhidmatan wajib dengan
kerajaan selama empat (4) tahun. Tahun pertama merupakan latihan siswazah atau housemanship.
Selepas itu, mereka akan di lantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan di hospital besar,
hospital daerah atau pusat kesihatan di seluruh negara.



                                                                                                         40
Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang sarjana kepakaran perubatan yang ditawarkan oleh universiti tempatan tertentu. Kursus
sarjana ini adalah selama empat (4) tahun. Selepas lulus mereka akan di lantik sebagai pakar perubatan
dan kemudiannya pakar perunding selepas kira-kira lima (5) tahun. Selain itu, pegawai perubatan juga
boleh menduduki peperiksaan luaran seperti Royal College di United Kingdom, Ireland atau Australia
untuk menjadi seorang pakar perubatan. Pakar perubatan juga boleh menyertai universiti tempatan untuk
menjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.


Kod dan Nama Program              : PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Tempoh Pengajian                  : 8 Semester

Semester                          : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal. Struktur program terdiri daripada
anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul, sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan lain-
lain sub-bidang sains bioperubatan. Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan
terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas penyakit-penyakit,
keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal. Selain dari melatih
mahasiswa supaya berkeupayaan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan, ia juga
bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini, kaedah diagnostik di
makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri. Objektif program ini ialah untuk
memberi pengetahuan terkini tentang proses normal kehidupan manusia melalui anatomi, fisiologi, biologi
sel dan biokimia.

Peluang Kerjaya:

a. Sektor Penyelidikan Bioperubatan
     Universiti dan Hospital
     Institut/Pusat Penyelidikan
     Penyelidikan dan Pembangunan Industri
     Penyelidik
     Penyelidik berasaskan Pertanian
     Pegawai Penyelidik

b. Sektor Industri
     Perunding Makmal dan Diagnostik
     Perunding Perubatan Molekular
     Perunding Mikrobiologi
     Perunding Toksikologi
     Perunding Sitogenetik
     Juruteknik Patologi
     Juruteknik Forensik
     Industri Farmaseutikal dan Vaksin

c. Industri Penjagaan Kesihatan
      Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan
      Perunding Promosi Kesihatan Negara

d. Sektor Maklumat
     Bioinformik dan ICT
     Medical Underwriter
     Sains Kewartawanan

e. Pendidikan dan Latihan
     Guru di peringkat Menengah
     Pensyarah



                                                                                                             41
Kod dan Nama Program           : PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang pemakanan klinikal,
pengurusan perkhidmatan makanan institusi dan pemakanan komuniti. Graduan akan dapat mengenal
pasti sumbangan diet kepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini sangat diperlukan sebagai Pakar Diet (Dietition) bagi mengisi kekosongan kira-kira
1,121 jawatan di seluruh negara. Selain itu, sebagai tenaga pengajar di IPT, penyelidik, pakar kaunseling
pemakanan di IJN, ATM dan MSN.


Kod dan Nama Program           : PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalam bidang sains asas, sains
pemakanan dan kesihatan komuniti.        Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk
mengaplikasikan teori berlandaskan teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu
berorientasikan manusia dalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sains
fizikal, sains gunaan dan sains sosial. Objektif am kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang
dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan
komuniti.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti amat meluas di
Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagai Penyelidik Pemakanan di Universiti dan Hospital,
Saintis di Institut/Pusat Penyelidikan dan Pegawai Penyelidik. Selain itu, graduan program ini juga
berupaya menjadi Perunding Pemakanan di sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program           : PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merupakan bidang pencegahan dan promosi kesihatan. Kesihatan Persekitaran adalah satu
disiplin Sains Kesihatan yang berkaitan dengan pengawalan terhadap proses-proses biologi, kimia, fizik
dan sosial yang berlaku dalam persekitaran yang boleh menimbulkan kesan mudarat secara langsung
atau tidak langsung kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan manusia. Kesihatan Pekerjaan
pula adalah satu daripada skop bidang Kesihatan Persekitaran.          Ia memberi tumpuan kepada
pengenalpastian, pengawalan dan penilaian kepada proses-proses biologi, kimia, fizikal, sosial dan
tekanan yang berpunca daripada persekitaran tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan,
kecacatan, penyakit dan ketidaksejahteraan di kalangan pekerja.




                                                                                                      42
Peluang Kerjaya:

Program ini diwujudkan dengan tujuan melahirkan graduan yang profesional dan memenuhi permintaan
sektor kerajaan dan swasta. Program ini menyediakan peluang kerjaya yang amat meluas. Antaranya
Pegawai Sains, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan, Inspektor
Kesihatan, Jururunding, Pegawai Kualiti, Pegawai Penyelidik, Pensyarah, Pegawai Penyelaras Projek, Ahli
Perniagaan, dan lain-lain.


Kod dan Nama Program           : PM12 - Bacelor Kejururawatan

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif yang diperkukuhkan dengan
pengenalan ke bidang kemahiran, informasi teknologi dan penyelidikan. Ia juga memenuhi kehendak
Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang
beretika, memegang prinsip moral/keagamaan, adat resam dan kerohanian serta berusaha meningkatkan
taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam kejururawatan amat meluas di Malaysia dan juga luar negara.
Antaranya adalah di hospital kerajaan atau swasta sebagai Jururawat Klinikal, Pakar Kejururawatan,
Pengurusan Kejururawatan, Penasihat Kejururawatan di Kementerian Kesihatan, Pengurus Makmal
Kemahiran ‘Occupational Health Nurse’, Jururawat Rehabilitasi, Kaunselor, Pendidik Kesihatan dan juga
sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik di IPT, hospital dan makmal diagnosis kerajaan serta
swasta.

Selain itu, graduan kejururawatan juga boleh berkhidmat di bahagian pengeluaran, pentadbiran ataupun
jualan di dalam industri atau syarikat farmaseutikal dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan.
Berkhidmat di rumah kebajikan, rumah warga tua dan lain-lain organisasi kesihatan atau NGO.
Berkhidmat di dalam perkhidmatan forensik polis dan Pusat Rehabilitasi Dadah. Berkhidmat sebagai
tutor/pembantu pensyarah di IPTA/IPTS ataupun sebagai calon ijazah lanjutan serta bakal tenaga
pengajar.




                                                                                                    43
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Maklumat Am

Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Jun 1996 dengan penawaran
program Bacelor Seni Bina Landskap dan Master Seni Bina Landskap di bawah Jabatan Seni Bina
Landskap. Seterusnya, Jabatan Seni Bina telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan diikuti dengan Jabatan
Reka Bentuk Perindustrian pada tahun 2002.

Visi Fakulti Rekabentuk dan Senibina adalah untuk menjadi sebuah fakulti terkemuka dalam bidang reka
bentuk dan seni kreatif. Dengan misi untuk mengungguli dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan profesional dalam bidang rekabentuk dan seni kreatif, fakulti ini
mampu menyumbang kepada pembangunan mapan dan kesejahteraan manusia. Di antara objektif yang
telah digariskan bagi mencapai misi ini adalah.dengan menarik, melatih, mengekalkan dan
membangunkan sumber manusia berbakat pada semua peringkat dan mewujudkan persekitaran
akademik dan kerja serta infrastruktur berkualiti.      Ia juga termasuk menawarkan persekitaran
pembelajaran elektronik (e-learning) untuk menyokong proses pembelajaran dan menyediakan
perkhidmatan pelanggan berkualiti melalui pengurusan elektronik (e-management).

Dengan persekitaran luar yang menarik serta kompleks bangunan moden, fakulti ini dilengkapi dengan
ruang pembelajaran kondusif termasuk dewan kuliah, bilik kuliah, makmal komputer, studio reka bentuk
dan bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini. Fakulti Rekabentuk dan Senibina
terus berkembang pesat dengan mempunyai lebih 400 orang pelajar yang mengikuti program ditawarkan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Seni Bina
2.   Bacelor Seni Bina Landskap
3.   Bacelor Sains Seni Bina
4.   Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PH00 - Bacelor Seni Bina

Tempoh Pengajian               : 4 Semester

Semester                       : Semester 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Seni Bina merangkumi kurikulum bidang profesional yang bersepadu bagi melahirkan
arkitek profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan alam
sekitar. Jangka masa minimum bagi pelajar untuk lulus pengajian adalah 4 semester dengan jumlah 60
jam kredit.

Program ini memberi penekanan kepada seni bina tropika dan pembangunan mapan untuk menyediakan
bakal graduan berpengetahuan dalam aspek alam sekitar seni bina (seperti iklim, sinar suria, haba,
ventilasi, cahaya, keselamatan dan tenaga) serta berkebolehan membuat penilaian kuantitatif dan
kualititatif melalui simulasi komputer mengenai prestasi alam sekitar seni bina. Sebagai kursus
profesional, kurikulum bagi program ini telah mendapat pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
Bahagian II.




                                                                                                     44
Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini adalah berkelayakan untuk menjawat jawatan arkitek, perunding profesional
dalam bidang alam bina. Mereka juga boleh di lantik sebagai pengurus projek di sektor pembinaan dan
pembangunan serta menjadi penyelidik yang peka dengan isu seni bina dan pembangunan mapan. Di
antara sektor awam dan swasta yang memberikan peluang pekerjaan kepada graduan Bacelor Sains Seni
Bina ialah Jabatan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan, Pusat Penyelidikan, Institusi Pengajian dan
Pendidikan (tenaga pengajar), Industri Pembinaan, Firma Konsultan, Syarikat Pemaju Perumahan dan
Institusi Pengajian Tinggi (pegawai akademik).

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian II)/Majlis Pengajian Seni Bina Malaysia
   (MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.


Kod dan Nama Program          : PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Seni Bina Landskap di bentuk untuk melahirkan akritek landskap yang profesional dan
peka kepada keperluan pembangunan serta keupayaan menyesuaikan keperluan ini dengan batasan
semula jadi. Graduan yang lahir dari program ini diharapkan dapat memberi khidmat kepada masyarakat
dari segi perancangan landskap, wilayah, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan semulajadi atau tapak
bersejarah, perancangan taman serta persekitaran yang selamat, selesa dan indah. Program ini juga
mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam selok belok perancangan, reka bentuk
pelaksanaan, pengurusan serta penilaian landskap yang di iktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan
tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Peluang Kerjaya:

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan kepesatan
pembangunan negara dan ia membuka peluang kepada graduan untuk mempraktikkan kemahiran mereka
di sektor awam, sektor swasta dan badan berkanun. Di antara sektor awam yang membuka ruang
peluang pekerjaan ialah Jabatan Landskap Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan
Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja
Raya, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Kerajaan Tempatan, Lembaga Pembangunan
Bandar, Perbadanan Kemajuan Negeri, Institusi Penyelidikan dan sebagai tenaga akademik Institusi
Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Di sektor swasta, peluang kerjaya terbuka bagi graduan dalam
firma Perunding Seni Bina Landskap, firma Arkitek dan Perancangan Bandar, firma Pengurusan Projek,
firma Pengurusan Ameniti dan Fasiliti dan sebagai Kontraktor Landskap dan Seni Taman.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.




                                                                                                 45
Kod dan Nama Program           : PH03 - Bacelor Sains Seni Bina

Tempoh Pengajian               : 7 Semester

Semester                       : Semester 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Seni Bina menyediakan kurikulum separa profesional yang bersepadu bagi
melahirkan sumber tenaga separa profesional yang membantu di dalam perkembangan kemajuan sektor
pembinaan negara. Program yang ditawarkan ini memakan masa selama 7 semester (3 tahun setengah)
dengan jumlah 120 jam kredit termasuk 24 minggu Latihan Industri. Program ini di olah untuk memberi
tumpuan kepada penyelesaian seni bina yang bersesuaian dengan keperluan iklim, ekonomi dan sosio-
budaya tempatan dan serantau. Sebagai kursus profesional, kurikulum bagi program ini telah mendapat
pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini adalah layak untuk menjawat jawatan separa profesional seperti Penolong
Arkitek dan jawatan berkaitan di sektor awam. Di antara sektor awam dan swasta yang memberikan
peluang pekerjaan kepada graduan Bacelor Sains Seni Bina ialah Jabatan Kerajaan dan Pihak Berkuasa
Tempatan, Pusat Penyelidikan dan Reka Bentuk, Institusi Pengajian dan Pendidikan (tenaga pengajar),
Industri Pembinaan, Firma Konsultan, Syarikat Pemaju Perumahan dan Institusi Pengajian Tinggi
(pegawai akademik).

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian I)/Majlis Pengajian Seni Bina Malaysia
   (MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.


Kod dan Nama Program           : PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Semester 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) di bentuk untuk melahirkan graduan yang
berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang reka bentuk perindustrian bagi memenuhi keperluan
negara dalam bidang berkenaan. Program ini mengambil masa selama 4 tahun (8 semester) dengan
jumlah 110 jam kredit. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tenaga profesional dalam bidang reka bentuk
perindustrian yang mempunyai kemahiran dan daya kreatif dalam reka bentuk barangan teknologi
pembuatan dan pemasaran produk. Program ini mampu melahirkan graduan yang peka terhadap isu dan
penyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan alam sekitar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dalam bidang ini mempunyai peluang pekerjaan di sektor awam dan anak syarikat kerajaan
seperti Jabatan Kerajaan dan Penguasa Tempatan, Pusat Penyelidikan (berasaskan reka bentuk), Institusi
Pengajian Tinggi (tenaga akademik) dan Pendidikan. Manakala di sektor swasta pula menyediakan
peluang kerjaya di dalam Industri Pembuatan dan Perkilangan, Industri Otomotif, Syarikat Perunding Reka
Bentuk dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA.

b. Luar Negara: Tiada.


                                                                                                    46
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Maklumat Am

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) ditubuhkan pada 1 Oktober 1998 selaras
dengan perkembangan pesat sains komputer dan teknologi maklumat dan keperluan tenaga mahir dalam
bidang berkenaan di negara ini. Fakulti baru ini adalah hasil menaik taraf Jabatan Sains Komputer yang
dahulunya di bawah Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Jabatan Sains Komputer itu sendiri telah
ditubuhkan pada Mac 1992 untuk memantapkan pengendalian program Bacelor Sains Komputer dan
Diploma Sains Komputer yang telah ditawarkan semenjak tahun 1982. Sebelum kewujudan jabatan ini,
kedua-dua program pengajian tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan Matematik.

Untuk menjalankan aktiviti akademiknya, FSKTM mempunyai empat (4) jabatan:

a)   Jabatan Sains Komputer
b)   Jabatan Multimedia
c)   Jabatan Sistem Maklumat
d)   Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains Komputer
1. Pengkhususan Sistem Komputer
2. Pengkhususan Multimedia
3. Pengkhususan Kejuruteraan Perisian
4. Pengkhususan Rangkaian Komputer

Selain itu, FSKTM bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Pendidikan untuk menawarkan program Bacelor
Pendidikan (Teknologi Maklumat) dan Fakulti Ekologi Manusia untuk program dwi-major Bacelor Sains
(Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat).

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PC04 - Bacelor Sains Komputer - Pengkhususan Sistem Komputer

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi perkakasan dan perisian, bagaimana pun dalam program ini penekanan
diberikan kepada perisian. Sistem Komputer menitikberatkan reka bentuk dan pembangunan komputer,
teknik perkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat.

Pengkajian terhadap seni bina komputer akan memberi kefahaman terhadap struktur fizikal komputer,
komponen dan fungsinya. Kefahaman ini sangat penting supaya komputer sebagai alat menyimpan dan
memproses maklumat, dapat digunakan secara berkesan. Untuk memproses maklumat, suatu notasi atau
formalisme untuk memerihal struktur maklumat dan tatacara pemprosesan perlu disediakan. Ini
membawa kepada pembangunan bahasa pengaturcaraan yang bertujuan untuk memerihalkan struktur
data, algoritma dan seterusnya menulis atur cara.

Dalam kehidupan yang sebenar, aplikasi komputer adalah kompleks dan agak sukar untuk dihasilkan.
Justeru itu, teknik pengaturcaraan tertentu telah dipakai untuk menjamin kejayaan. Sistem pengoperasian
dan pengkompil juga digunakan untuk memudahkan tugas dalam penghasilan atur cara atau perisian.
Maklumat yang banyak dan kerap diproses membawa kepada pembentukan teori struktur fail, pangkalan
data dan dapatan semula maklumat.

Perkembangan semasa menyaksikan komputer menjadi media komunikasi yang sangat penting.
Sebahagian maklumat adalah rahsia dan perlu dikawal. Dalam konteks ini, keselamatan komputer
memainkan peranan yang amat penting. Beberapa aspek lanjutan mengenai pelbagai masalah juga dikaji
di bawah tajuk kecerdasan buatan, pemodelan dan simulasi sistem, teori pengiraan dan penggunaan
pangkalan data lanjutan. Aspek ini menyediakan asas yang kukuh kepada mereka yang akan melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
                                                                                                47
Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Sistem Komputer mempunyai peluang pekerjaan yang cerah sama ada di sektor
awam mahupun sektor swasta terutamanya yang terlibat dengan industri komputer. Jawatan yang boleh
di isi oleh graduan ini termasuklah:

      Juruanalisis Sistem atau Pegawai Sistem Maklumat
      Pentadbir Pangkalan Data
      Jurutera Sistem
      Perunding Perisian
      Jurutera Pangkalan Pengetahuan
      Perunding Keselamatan Sistem Komputer
      Pentadbir Sistem Komputer

Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan.


Kod dan Nama Program           : PC09 - Bacelor Sains Komputer - Pengkhususan Multimedia

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersama multimedia, industri
maklumat elektronik, konsep hiperteks dan hipermedia, aplikasi multimedia dalam pendidikan dan latihan,
aplikasi multimedia dalam perniagaan dan bidang profesional, aplikasi multimedia dalam permainan
komputer dan hiburan, sistem pencapaian maklumat multimedia, pendigitan audio tampak dan lain-lain. Di
samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan dan pembangunan multimedia dalam
penerbitan dan psikologi manusia. Pelajar juga akan menguasai ilmu yang cukup dalam bidang
Komputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku beretika; mencapai
akauntabiliti sosial; menguasai kemahiran teknikal Komputeran Multimedia; menguasai kecekapan
berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus maklumat dan berkebolehan
belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secara kritis; mencapai kemahiran mengurus dan
keusahawanan; dan mencapai nilai-nilai kepemimpinan.

Peluang Kerjaya:

Jabatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang pengaturcaraan, pembangunan
dan pengurusan multimedia. Di antara bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-bakal graduan
jabatan ini adalah seperti berikut:

      Pembangun Perisian Multimedia
      Pembangun Alat Perisian Multimedia
      Ahli Teknologi Multimedia
      Pengaturcara Penganalisis
      Pengurus Projek Perisian Multimedia
      Perunding Multimedia
      Usahawan Perisian
      Ahli Akademik
      Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.




                                                                                                    48
Kod dan Nama Program           : PC10 - Bacelor Sains Komputer - Pengkhususan Kejuruteraan
                                 Perisian)

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memfokuskan kepada kemahiran pembangunan perisian dan juga mereka bentuk perisian
komputer serta penggunaanya dalam memproses maklumat.

Pengajian dalam seni bina komputer menyediakan pemahaman asas terhadap struktur fizikal, komponen
dan fungsi komputer. Pemahaman tersebut adalah sangat penting bagi menggunakan komputer sebagai
mesin yang berkuasa untuk menyimpan dan memproses maklumat. Tatanda dan formalisasi maklumat
perlu tersedia rapi sebelum maklumat diproses. Ini bergantung kepada struktur maklumat dan aliran
proses yang menuju kepada pembangunan aplikasi perisian yang melibatkan struktur data, algoritma dan
pendekatan pengaturcaraan yang diperlukan.

Dalam dunia nyata, penghasilan aplikasi komputer adalah kompleks dan amat mencabar. Dengan yang
demikian, teknik algoritma perlu diperkenal dan diaplikasikan. Maklumat yang bertimbun dan perlu diurus
dengan sebaik mungkin memerlukan pengetahuan dalam teori struktur fail, pengkalan data dan kemahiran
dapatan maklumat. Kemahiran pengurusan maklumat disediakan dengan alternatif penyelesaian masalah
dengan kecerdasan buatan, permodelan sistem dan simulasi, teori pengiraan dan pengkalan data.

Oleh kerana komputer sudah menjadi alat komunikasi yang semakin penting, pelajar didedahkan juga
dengan kemahiran keselamatan komputer bagi melindungi dan mengawal maklumat.

Program ini menekankan prinsip utama kejuruteraan perisian, kaedah dan alat perisian bagi
pembangunan sistem perisian termasuk pengurusan projek perisian, penggunaan alat perisian seperti
CASE Tools serta kualiti perisian. Ini dapat menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan
pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian) dapat menceburi pelbagai
bidang pekerjaan, khususnya berkaitan industri komputer sama ada di sektor awam mahupun sektor
swasta. Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan program ini ialah:

      Jurutera Perisian
      Pengurus Projek Perisian
      Ahli Pasukan Jaminan Kualiti Perisian
      Juru Analisis Sistem
      Pentadbir Sistem Aplikasi
      Penguji Perisian
      Penyenggara Perisian
      Perunding Pembangunan Perisian
      Pentadbir Pengkalan Data

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.




                                                                                                    49
Kod dan Nama Program          : PC11 - Bacelor Sains Komputer - Pengkhususan Rangkaian
                                Komputer

Tempoh Pengajian              : 8 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini menekankan pelajar kepada prinsip-prinsip utama kejuruteraan komputer dan perisian
dalam mereka bentuk sistem komunikasi dan telekomunikasi. Ini termasuk teknik mereka bentuk sistem
rangkaian, teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian, penggunaan persekitaran
rangkaian setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan isu-isu penting dalam mereka bentuk
sistem persekitaran rangkaian.

Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Rangkaian Komputer boleh memilih pekerjaan seperti:

      Pengurus Rangkaian dan Sistem Teragih
      Pengaturcara Rangkaian, Sistem Teragih dan Selari
      Jurureka Bentuk dan Pembangunan Rangkaian dan Sistem Teragih
      Jurutera Rangkaian dan Perisian
      Perunding Rangkaian
      Penganalisis Rangkaian dan Sistem Teragih
      Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.




                                                                                                  50
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

Maklumat Am

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang
menggabungkan dua buah jabatan iaitu Jabatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
dan Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar bagi memberikan
penumpuan dan penekanan kepada bidang bioteknologi. Dengan tertubuhnya FBSB, semua aktiviti yang
melibatkan bioteknologi dan sains biomolekul di UPM dapat dijalankan di bawah satu pentadbiran.

Setiap jabatan di FBSB menawarkan kursus yang boleh dijadikan sebagai teras program pengajian
jabatan di samping menawarkan kursus teras atau kursus elektif bagi program atau pengutamaan lain.
Selain dari pengajaran, pegawai akademik juga terlibat di dalam penyelidikan, pengembangan dan
perundingan.

Walaupun jabatan ini adalah sebuah jabatan yang baru, FBSB mempunyai kepakaran tenaga mahir dan
pelbagai makmal yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan asas dan berteknologi tinggi bagi
menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang bioteknologi dan
sains biomolekul. Semua pegawai akademik adalah berpengalaman dan mempunyai kemahiran teknikal
yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing. Buat masa ini terdapat 13 orang Profesor, 16 orang
Professor Madya, 13 orang Pensyarah dan 29 orang Tutor.

Kini, Fakulti menawarkan empat (4) program pengajian di peringkat Bacelor. Program pengajian yang
ditawarkan adalah Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi, Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia, Bacelor
Sains (Kepujian) Mikrobiologi dan Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel dan Molekul.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Sains (Kepujian)   Bioteknologi
2.   Bacelor Sains (Kepujian)   Biokimia
3.   Bacelor Sains (Kepujian)   Mikrobiologi
4.   Bacelor Sains (Kepujian)   Biologi Sel dan Molekul

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program              : PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

Tempoh Pengajian                  : 8 Semester

Semester                          : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi berbagai disiplin bioteknologi meliputi sistem-sistem biologi, sama ada
mikroorganisma, tumbuhan, haiwan dan manusia dan penggunaannya di dalam bidang pertanian,
kesihatan, industri dan alam sekitar bagi penghasilan produk atau perkhidmatan. Matlamat program ini
ialah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan saintifik serta kemahiran teknikal selaras
dengan keperluan tenaga mahir negara untuk membangunkan industri yang berasaskan bioteknologi.
Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan praktik di industri bagi memperkukuhkan tahap pembelajaran
serta boleh memahami dan menyelesaikan masalah dalam keadaan sebenar di tempat kerja.




                                                                                                   51
Kod dan Nama Program            : PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Biokimia menangani satu disiplin asas yang merupakan tunggak bidang seperti bioteknologi,
sains perubatan, sains pertanian, sains veterinar dan sains hayat.yang berkaitan. Disiplin ini berkembang
kepada disiplin terkini biologi molekul, kejuruteraan gen dan protein. Kurikulum program Biokimia mampu
menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang bioteknologi yang sedang berkembang pesat.

Peluang Kerjaya:

Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina kerjaya di sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program            : PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Mikrobiologi merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanya bioteknologi, biologi
molekul, kejuruteraan gen dan protein serta bidang tradisional seperti sains perubatan, sains veterinar dan
sains kaji hayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang bioteknologi yang
sedang berkembang pesat.

Peluang Kerjaya:

Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina kerjaya di sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program            : PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) Biologi Sel dan Molekul

Tempoh Pengajian                : 8 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Biologi Sel dan Molekul menekankan kefahaman tentang organisasi dan pengawalaturan fungsi
sel di peringkat molekul. Ini meliputi pengetahuan tentang struktur dan fungsi biomolekul serta
penglibatannya dalam pelbagai aktiviti sel, reproduksi dan perkembangan organisma. Kefahaman tentang
mekanisme sel dan penggunaan teknik biologi molekul boleh membantu menyelesaikan persoalan
berkaitan dengan fungsi sistem hayat. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini juga akan membuka
ruang kepada perkembangan pesat industri bioteknologi berasaskan manipulasi sistem hayat di peringkat
sel untuk menghasilkan produk baru seperti baka tanaman yang bermutu tinggi, drug untuk rawatan
pelbagai penyakit manusia dan haiwan, serta produk kesihatan berkualiti.

Peluang Kerjaya:

Graduan kesemua program di atas layak dan sesuai untuk industri berasaskan bioteknologi dan sains
biomolekul (Biokimia dan Mikrobiologi), Institusi Penyelidikan, Jabatan Kerajaan dan Institut Pengajian
Tinggi. Antara syarikat dan institusi yang terlibat ialah Unilever, Ajinomoto, NOVO Nordisk, B.Braun,
Guinness, Glaxo, Setron, Asiagreen, Green Note, MPOB, MARDI FRIM, RRIM, MINT, Jabatan Perdana
Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Luar dan Industri,
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara jawatan yang sesuai
ialah Pegawai Akademik, Pegawai Pendidikan, Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai Eksekutif
dan Pengusaha Sendiri. Bilangan industri berasaskan bioteknologi akan meningkat di masa akan datang
kerana bidang bioteknologi adalah bidang utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
                                                                                                     52
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

Maklumat Am

Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM ditubuhkan pada 1 September 2004. Fakulti berkembang daripada
Jabatan Sains Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Jabatan Sains Alam Sekitar di
UPM ditubuhkan pada bulan Ogos 1976 dan diletakkan di bawah Fakulti Sains. Dengan kemasukkan
Jabatan baru ini Fakulti Sains dinamakan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dalam tahun yang
sama, program Bacelor Sains Alam Sekitar diperkenalkan. Ijazah ini diiktirafkan sebagai ijazah
profesional oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya merupakan program alam sekitar yang
pertama di Asia Tenggara.

Fakulti Pengajian Alam Sekitar merupakan satu-satunya badan akademik di Malaysia yang menawarkan
ijazah di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang alam sekitar. Ijazah Master
Alam Sekitar juga ditawarkan melalui kerja kursus.

Pegawai akademik fakulti terdiri dari pelbagai disiplin. Jabatan ini juga terlibat dalam pelbagai projek
penyelidikan. Di antara projek-projek ini melibatkan kerjasama dengan ahli-ahli lain sama ada di dalam
atau di luar universiti, contohnya dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan Agensi Antarabangsa Kerjasama Jepun (JICA) selain daripada Jabatan Alam Sekitar,
Jabatan Sains Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1.   Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
2.   Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini bercirikan pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas, ekonomi dan
kemasyarakatan, perancangan, pengurusan, teknologi dan kejuruteraan. Latihan profesional amat
dititikberatkan dalam program ini di mana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebih praktik
dalam keadaan sebenar. Ijazah ini telah di iktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ijazah
profesional di dalam bidang alam sekitar.

Sistem semester digunakan dan satu (1) tahun terdiri daripada dua (2) semester yang bermula pada bulan
Julai (Semester 1) dan bulan Disember (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu
termasuk seminggu cuti semester dan 3 minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu menunaikan
pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek
kajian (6 kredit) sendirian.

Satu (1) kredit adalah merupakan kuliah satu (1) jam atau kelas amali tiga (3) jam seminggu. Untuk
bergraduat dalam masa empat (4) tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna
penuntut mengambil lima (5) hingga tujuh (7) kursus dalam satu (1) semester. Universiti mengamalkan
sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau
tugasan yang diberikan dalam semester.          Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui
Peperiksaan Akhir pada hujung semester.

Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh
pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK;
University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.




                                                                                                      53
Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan Alam Sekitar, Pegawai
Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti
MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding
alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.


Kod dan Nama Program           : PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Tempoh Pengajian               : 8 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar di bentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan
berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar; berkemampuan mengurus penggunaan
teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan; di samping mempunyai etika, sikap
prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

Diantara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pengurusan Sumber Asli, Perancangan & Pengurusan, Sains Fizikal & Biologi, Kaedah Kuantitatif,
Ekonomi Alam Sekitar, Amali Sains & Geografi, Undang-undang, Sistem Maklumat, Studio Alam Sekitar,
Pengurusan Sisa Pepejal, Kualiti Air & Udara, Polisi & Pentadbiran, Ekonomi & Pengurusan, Penilaian
Kesan, Operasi Projek, Etika Alam Sekitar, Pengurusan Pantai, Sistem Pengurusan Kualiti, Perubahan
Alam Sekitar, Perancangan Pengangkutan, Kerja Lapangan dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan Alam Sekitar, Pegawai
Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti
MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding
alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.




                                                                                                54
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN (UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK)

Maklumat Am

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) adalah kampus cawangan UPM dengan
sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima (5)
buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Asasi
dan Kejuruteraan, Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini
menawarkan program Persediaan Diploma, Diploma, Bacelor, Master dengan Tesis dan Doktor Falsafah
(PhD).

Permulaan UPMKB adalah dengan sebuah kampus sementara di Semenggok, Kuching, Sarawak pada 10
Ogos 1974. Kampus ini telah berkembang dan berpindah ke kampus tetap yang lebih selesa di Bintulu,
Sarawak pada bulan Jun 1987 sebelum ditutup sementara pada tahun 1992.

UPMKB diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-
2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian
serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Fokus utama UPMKB adalah dalam bidang
agribio seperti pertanian, perhutanan, perikanan, peternakan, pemakanan dan persekitaran.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor
1.   Bacelor Sains Bioindustri

Diploma
1.   Diploma Pertanian
2.   Diploma Perikanan
3.   Diploma Perhutanan
4.   Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
5.   Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
6.   Diploma Perniagaantani
7.   Diploma Kejuruteraan Pertanian

Pra-Diploma
1. Persediaan Diploma

Maklumat ringkas program bacelor yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program             : PG30 - Bacelor Sains Bioindustri

Tempoh Pengajian                 : 8 Semester

Semester                         : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Bioindustri memberi penumpuan khusus kepada ilmu berkenaan sumber biologi
utama negara terutama dalam bidang pertanian serta integrasinya dengan industri melalui teknologi
terkini. Kurikulumnya meliputi pelbagai aspek sains yang berkaitan bioindustri dengan keutamaan kepada
tiga (3) opsyen iaitu pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa dan pemprosesan hiliran.
Pendidikan am turut diberikan kepada pelajar bagi menekankan kepentingan kemahiran berkomunikasi
dan pengurusan serta kemanusiaan untuk memupuk nilai etika dan moral serta tanggungjawab. Pelajar di
beri peluang menjalani latihan industri dengan agensi luar selama satu (1) semester sebagai pendedahan
kepada keadaan sebenar dunia pekerjaan.

Pada akhir tahun pengajian, pelajar akan melaksanakan projek ilmiah tahun akhir yang berasaskan sains
bioindustri. Pendedahan yang menyeluruh diberikan kepada graduan Bacelor Sains Bioindustri untuk
menyediakan diri bagi menampung pasaran gunatenaga negara, sama ada dalam sektor kerajaan atau
swasta atau persendirian.

Bacelor Sains Bioindustri adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 134 jam kredit.


                                                                                                     55
Peluang Kerjaya:

Setelah mengikuti program ini selama empat (4) tahun, graduan program ini bakal menceburi diri dalam
kerjaya yang merangkumi pakar dalam pengeluaran (sektor ternakan dan tanaman), industri
pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor
pertanian, perikanan serta ahli penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi
sisa serta pemprosesan hiliran. Graduan berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu Master Sains atau Doktor Falsafah (PhD).


Maklumat ringkas program diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program           : P2050 - Diploma Pertanian

Tempoh Pengajian               : 6 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains haiwan,
tanaman makanan dan pengeluaran ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi
pertanian dan pengurusan ladang, keusahawanan dan pengembangan.

Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan
swasta serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Pertanian adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan graduan Diploma Pertanian merangkumi kerjaya di agensi pengembangan pertanian
(Jabatan Pertanian, RISDA dll), pembangunan tanah pertanian (FELDA, FELCRA dll), agensi penyelidikan
(MARDI, FRIM, LGM dll), pembangunan bandar dan wilayah (UDA, KEJORA, PERDA dll), institusi
pengajian, perunding dan kontraktor landskap, pembekal bahan pertanian, syarikat kimia pertanian,
institusi kewangan dan graduan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan persendirian.


Kod dan Nama Program           : P2051 - Diploma Perikanan

Tempoh Pengajian               : 6 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam pengeluaran perikanan dengan penekanan
dalam bidang peternakan ikan, teknologi penangkapan ikan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan
tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan
produk perikanan dan keusahawanan.

Graduan Diploma Perikanan mempunyai prospek kerjaya yang cerah di sektor perikanan swasta dan
kerajaan, institusi penyelidikan atau keusahawanan.

Diploma Perikanan adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi bakal graduan Diploma Perikanan akan menjadi cerah dan masalah
pengangguran dapat dikurangkan kerana kepesatan pembangunan sektor perikanannya. Antara agensi
yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM,
LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, Perbadanan Pelabuhan. Disamping itu para graduan Diploma
Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga
berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.
                                                                                           56
Kod dan Nama Program          : P2052 - Diploma Perhutanan

Tempoh Pengajian              : 6 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan.    Peluang
pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan
industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.

Diploma Perhutanan adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah Jabatan
Perhutanan, Institut Penyelidikan MTIB, FELDA, Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di
samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan
seumpamanya.


Kod dan Nama Program          : P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

Tempoh Pengajian              : 7 Semester

Semester                      : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan
kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan
pasture, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan.

Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan
industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian selama tiga (3) tahun enam (6)
bulan dengan 112 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan
Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, Jabatan Pertanian di samping agensi-agensi
swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang
dikendalikan secara komersial di seluruh negara.




                                                                                               57
Kod dan Nama Program            : P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

Tempoh Pengajian                : 6 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih dan melahirkan graduan yang
menjurus kepada bidang keusahawanan agroteknologi serta berkemahiran dalam pengurusan dan
penyeliaan subsektor perladangan makanan.

Penekanan program ini adalah kepada sistem pengeluaran makanan dan sistem perladangan yang
merangkumi sektor tanaman serta ternakan di samping aktiviti pemprosesan. Selain itu, bidang sains dan
teknologi asas, sastera dan kemanusiaan juga turut dipelajari untuk memupuk nilai etika dan moral serta
tanggungjawab. Kemahiran inovasi keusahawanan dididik dan disemai melalui pelaksanaan projek
keusahawanan.      Pelajar dikehendaki menjalani latihan industri selama satu (1) semester untuk
mendedahkan mereka kepada situasi kerja yang sebenarnya dalam industri berkaitan.

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 104
jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan yang telah mengikuti program ini selama tiga (3) tahun merupakan tenaga separa profesional
yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan,
pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus
ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang pekerjaan
lain yang berkaitan. Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada
pemprosesan hasilan makanan. Pelajar yang memperolehi CGPA melebihi 2.50 mempunyai peluang
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar
negara.


Kod dan Nama Program            : P2056 - Diploma Perniagaantani

Tempoh Pengajian                : 6 Semester

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Diploma Perniagaantani direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran konsepsi,
praktikal dan kemahiran insaniah dalam bidang perniagaan dan pertanian dengan menguasai
pengetahuan dalam bidang perakaunan, ekonomi, agronomi, ternakan, kejurujualan, pemasaran dan
komunikasi. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran perniagaan dengan pengaplikasian
aktiviti value-chain dipanjangkan dari input ladang melalui pengurusan ladang, pemprosesan, pemasaran
dan jualan berkaitan industri pertanian.

Diploma Perniagaantani adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 104 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian
sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi kerajaan,
badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan
juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.




                                                                                                       58
Kod dan Nama Program           : P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian

Tempoh Pengajian               : 6 Semester

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program ini direka untuk mengeluarkan graduan yang kompetetif dan berpengetahuan dalam kejuruteraan
pertanian dan sistem pengeluaran pertanian. Pelajar menerima latihan hands-on dan eksperimental
dalam penggunaan jentera ladang yang meliputi aspek prinsip kejuruteraan, operasi, penyenggaraan dan
pembaikan.

Diploma Kejuruteraan Pertanian adalah program pengajian selama tiga (3) tahun dengan 105 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini mempunyai prospek kerjaya dengan agensi kerajaan dan swasta termasuk sektor
perladangan. Mereka memainkan peranan penting sebagai ahli pertanian dan jurutera yang praktikal atau
penterjemah alam pertanian moden untuk institusi penyelidikan atau para usahawan. Mereka juga
berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat bacelor di institusi pengajian tinggi dalam bidang yang
relevan.


Kod dan Nama Program           : Persediaan Diploma

Tempoh Pengajian               : 2 Semester (Setahun)

Semester                       : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Persediaan Diploma ini adalah satu program khas yang bersifat kemasyarakatan yang
diwujudkan oleh UPMKB. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
lepasan SPM/setaraf yang tidak memenuhi syarat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
diploma yang ditawarkan di UPMKB.

Program Persediaan Diploma ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan Sains, Matematik dan juga
penguasaan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Lepasan Program Persediaan Diploma ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma
di UPMKB untuk program seperti Diploma Pertanian, Diploma Perikanan, Diploma Perhutanan, Diploma
Pengurusan Perladangan Makanan dan Diploma Perniagaantani.




                                                                                                   59
PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN

Maklumat Am

Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) ditubuhkan pada 1 Jun 2005 bagi melaksanakan Program Asasi
Sains Pertanian untuk melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai asas dan minat mendalam dalam
bidang pertanian dan agro-bio untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia
(UPM).

Melalui program ini, UPM beriltizam untuk menghasilkan pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di
peringkat ijazah seterusnya mampu menjadi graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk
terus maju dalam bidang pertanian dan agro-bio bagi menyumbang kepada pembangunan sektor
pertanian negara.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Asasi Sains Pertanian

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program            : P0050 - Asasi Sains Pertanian

Tempoh Pengajian                : 3 Semester (Setahun)

Semester                        : Pertama 2012/2013

Maklumat Ringkas Program:

Program Asasi Sains Pertanian mula ditawarkan di UPM pada Sesi Pengajian 2005/2006. Program ini
ditawarkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Program ini ditawarkan bertujuan menyediakan pelajar yang mempunyai asas dan minat yang mendalam
dalam bidang sains dan seterusnya berkecenderungan tinggi untuk meneruskan pengajian dalam bidang
yang sama di peringkat ijazah. Dengan penawaran Program Asasi Sains Pertanian ini, UPM mempunyai
peluang untuk melatih pelajar supaya lebih berminat untuk mengikuti program bacelor dalam bidang
pertanian serta bidang-bidang lain yang berasaskan sains. Pelajar tersebut di harap dapat menyumbang
kepada keperluan tenaga profesional dalam sektor pertanian dan berkaitan.

Sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian, UPM digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran
matrikulasi/sains asasi institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan sukatan pelajaran bagi STPM.
Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama tiga (3) semester setahun dengan mengambil
sebanyak 53 jam kredit yang merangkumi kursus Asas Sains (Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik) serta
Pengenalan kepada Pertanian, Bahasa Inggeris dan Sains Komputer. Program ini akan dapat memberi
asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang
berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi.

Lepasan program Asasi Sains Pertanian berpeluang untuk memasuki kesemua program Bacelor
berasaskan sains yang sesuai di UPM.




                                                                                                       60

								
To top