STRATEGI BERPUSATKAN GURU
Pengajaran secara eksplisit
Digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus
Merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah
Guru berada ditengahtengah kelas
Dikenali sebagai pengajaran langsung
Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti di dalam kelas
Peranan guru adalah mengemukakan bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap
Interaksi sehala
•Setiap episod atau topik disentuh oleh guru
Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas Buku teks sebagai panduan untuk apa yang diajar dalam kelas Pelajar tidak bebas bergerak di dalam kelas
•Meja dan kerusi mestilah menghadap ke arah papan hitam
menerang
Pengajaran
berkumpulan
demostrasi
bercerita
syarahan
Pengajaran mikro
Terbahagi kepada 2 kategori
Bahan Pengajaran
Bahan Pembelajaran
Strategi pemusatan bahan pelajaran
memainkan
peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,
menarik dan berkesan.
Murid-murid juga dapat memahami pelajaran
KAEDAH-KAEDAH YANG BERKAITAN DEGAN STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN
Sesetengah strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran berkait rapat dengan stategi pemusatan guru. Misalnya strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar epeti transperansi dan projektor.
Sesetengah strategi pengajaran pemusatan
bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN
Dalam P&P, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantungan sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk capai objektif pelajaran Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran atau di antara murid dan bahan pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk capai objektif pelajaran.
Strategi ini menekankan perkembangan kogntif, jasmani dan rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru.
Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan
Peluang interaksi antara murid adalah banyak. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau sesuatu ujikaji.
Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya bahan-bahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi konkrit.
DEFINISI
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.
CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN PROJEK
1. Boleh dijalankan secara individu atau projek 2.Penilaian dijalankan di setiap tahap proses sehingga tugasan itu siap 4.Prosedur pelaksanaan perlu dijelaskan dengan lengkap oleh guru
3.Pengetahuan dan aktiviti di intergrasikan
5. Interaksi guru/murid berasaskan perundingan & bimbingan pada setiap tahap proses 7.melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, pelaporan hasil & refleksi kendiri.
6. Sesuai dengan murid dan kurikulum
8. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman & kebolehan murid
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
Membentuk interaksi yang positif dikalangan murid. Memotivasikan murid sekaligus menarik minat & tumpuan murid yang kurang memberi tumpuan dalam P&P Membantu pelajar dalam memahami & mengaplikasikan pengetahuan.
Membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,berkomunikasi dan pengurusan diri. Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza
STRATEGI PELAKSANAAN
1.Memberi tugasan mengikut kurikulum.
2.Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat
3.Menentukan jadual kerja.
4. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil
5.Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan 6.Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
7. Penilaian haruslah dijalankan sepanjang tempoh projek
8.Perancangan & pelaksanaan projek haruslah berperingkat 9.Memastikan pelajar membuat refleksi selepas setiap kali selesai membuat tugasan dari semasa ke semasa.
• Murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
• Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
• Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran samada ada secara kumpulan atau individu . • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.
• Dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang baik dan aktif di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.
• Ianya juga menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.
• Strategi ini juga sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru.
• Matlamatnya ialah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.
• Guru bertindak autoritatif guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.
KAEDAH DAN TEKNIK
Pembelajaran Melalui Pengalaman
Projek Inkuiripenemuan
Kumpulan
Sumbangsaran
Kaeda h& Teknik
Perbincangan
Penyoalan
Main Peranan Simulasi
Penyelesaian Masalah
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID
1. Murid memainkan peranan yang penting manakala peranan
guru merupakan pembimbing murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran
2. Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah
secara dua hala .Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka
3. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti
pembelajaran
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian objektif pembelajaran murid
5. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek, rohani, sosial dan jasmani dan murid menunjukkan sifat yang kreatif dan berinisiatif
6. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali
digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid
7. Penyampaian guru perlu ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan berupaya membuat kesimpulan
8. Peluang interaksi antara murid adalah banyak dan lebih meluas dan juga dapat memupuk sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak-ansur
9. Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian yang lebih.
PERANAN GURU DALAM STRATEGI PEMUSATAN MURID
Mahir dalam mata pelajaran yang diajar Mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-konsep penting Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guru hendak mereka pelajari