Undang

Document Sample
Undang Powered By Docstoc
					Undang-undang
Undang-undang (Jawi: ‫ )اوندڠ-اوندڠ‬dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem
peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan
sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut
mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah
negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.
Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim
(kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan
mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana
undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut
adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis
lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan
melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk
undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran
membuat penangkapan.

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-
undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang,
merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.



Isi kandungan
       1 Sumber utama undang-undang
       2 Sistem perundangan yang utama di dunia
            o 2.1 Sistem perundangan Common Law
            o 2.2 Sistem perundangan sivil
            o 2.3 Sistem perundangan adat
            o 2.4 Sistem perundangan agama
            o 2.5 Sistem perundangan Sosialis
       3 Badan undang-undang
            o 3.1 Undang-undang khusus
            o 3.2 Undang-undang umum
            o 3.3 Undang-undang prosedur
            o 3.4 Undang-undang antarabangsa
       4 Falsafah perundangan
       5 Antropologi undang-undang
       6 Sejarah
       7 Amalan undang-undang
       8 Salah faham umum
       9 Lihat juga
       10 Bacaan selanjutnya
       11 Pautan luar



[sunting] Sumber utama undang-undang
Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang tertinggi ialah dalam bentuk Akta
Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat undang-undang seperti
undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di bawahnya pula ialah satu sumber undang-
undang yang dikenali sebagai "Common Law" yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya
digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-
undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang lain termasuklah
adat istiadat dan agama.

[sunting] Sistem perundangan yang utama di dunia
Lihat juga: Sistem-sistem perundangan dunia

Terdapat beberapa sistem undang-undang di dunia, di antaranya ialah:

[sunting] Sistem perundangan Common Law

Rencana utama: Common law

Sistem perundangan Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan
mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis.
Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk
kepada makna literal. Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New
Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat) (negeri
Louisiana menggunakan kedua-dua common law dan sistem perundangan sivil Napoleon).
Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi
berdasarkan campuran common law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.

[sunting] Sistem perundangan sivil

Rencana utama: Sistem perundangan sivil

Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunakan satu sistem peraturan
komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan
yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia
menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.
Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah
dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang)di
dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan
yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di
kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada
sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat
seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang
yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.

Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara
lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-
kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih
agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya
mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan
sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh
yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.

Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk
kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan.
Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang
Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan
Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod
sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon
dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan
negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang
Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam
negara lain.

Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi
sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang
koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.

[sunting] Sistem perundangan adat

Rencana utama: Undang-undang adat istiadat

Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut
acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu
budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa
mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau sesuatu bidang perundangan dimana tiada
enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang
khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-
undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven
dari segi praktikal adalah susah.

[sunting] Sistem perundangan agama
Rencana utama: Undang-undang agama

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan
agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem
yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari
ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi
negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain,
sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan
pembahagian harta.

Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif
Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama
disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang
mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri.

Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-
undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang
serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini
berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan
seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang
pentadbiran.

[sunting] Sistem perundangan Sosialis

Rencana utama: Undang-undang Sosialis

Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula
telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis
Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakin pudar dan lenyap ketulenannya.
Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti
kebanyakan negara lain.

[sunting] Badan undang-undang
Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di bahagikan diatas dasar dimana
siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan. Adalah hanya untuk bidang perundangan yang
kelihatan berbeza mempunyai pertindanan.

[sunting] Undang-undang khusus

Rencana utama: Undang-undang khusus

Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan merangkumi undang-undang
yang mengawal pertikaian antara individu peribadi (bukan negara). Cabang ini adalah cabang
paling komprehensif undang-undang kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah
yang dilakukan oleh seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk
kepada undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan sivil
yang diamalkan ramai negara.

Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara individu yang merentasi
persempadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk
perkapalan) dan hak-hak individu seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang
antarabangsa khusus masih belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs tempat wajar
pemilikan harta) tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-
undang adat.

Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara bidang-bidang kuasa,
muncullah konflik undang-undang.

[sunting] Undang-undang umum

Rencana utama: Undang-undang umum

Cabang undang-undang umum, secara umumnya, adalah undang-undang dalam suatu sistem
perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang pelbagai cabang kerajaan dan
institusi-institusi negara, disamping pertikaian diantara negara dan individu peribadi yang
bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas
orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi.
Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga kategori; undang-undang Pentadbiran,
Perlembagaan dan Jenayah.

Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang
kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi
dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin
kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.

[sunting] Undang-undang prosedur

Rencana utama: Undang-undang prosidur

Undang-undang prosedur mengenai kawasan perundangan yang berkait proses undang-undang.
Ini merangkumi sesiapa yang boleh mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu
bantahan dihantar, dan apakah hak-hak pihak yang terlibat. Secara lazimnya, ini dibawah dalam
suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan tetapi ini juga
merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh digunakan untuk membuktikan
fakta, disamping undang-undang berkenaan ganti rugi.

[sunting] Undang-undang antarabangsa

Rencana utama: Undang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsa adalah undang-undang berkenaan antara negara, atau individu-
individu negara-negara berasingan, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama
cabang ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.

[sunting] Falsafah perundangan
Rencana utama: Falsafah perundangan

Falsafah perundangan adalah satu cabang falsafah yang mengkaji persoalan asas mengenai
undang-undang dan sistem perundangan seperti "Apakah itu undang-undang?", "Apakah kriteria
untuk pengesahan undang-undang?", "Apakah perhubungan diantara moraliti dan undang-
undang?" dan persoalan-persoalan serupa lain.

Dalam tradisi Barat terdapat beberapa sekolah pemikiran tentang asas falsafah undang-undang.
Pertamanya, terdapat undang-undang semulajadi, yang cuba untuk menerangkan undang-undang
sebagai satu kualiti yang berada dalam manusia yang dianugerahkan oleh alam. Kedua, terdapat
positivisme yang mempercayai bahawa undang-undang hanyalah seratus-peratus ciptaan
manusia yang digunakan masyarakat untuk menjaga keamanan sosial. Ketiganya terdapat
realisme undang-undang yang mempercayai bahawa undang-undang adalah satu peraturan yang
dikenakan sesuka hati, berdasarkan kepercayaan dan kecenderungan para hakim sahaja.
Intepretasisme undang-undang adalah satu teori kontemporari undang-undang yang berlainan
daripada positivisme dan undang-undang semulajadi. Tradisi Timur juga mempunyai falsafah
perundangan tersendiri seperti legalisme.

[sunting] Antropologi undang-undang
Rencana utama: Maruah

Undang-undang mempunyai satu dimensi antropologi. Ia telah diiktiraf ahli falsafah
Montesquieu bahawa sehingga sekarang, undang-undang dibentuk oleh masyarakat yang
diperintahnya. Satu kontinum dimana pelbagai masyarakat boleh diletak membezakan "budaya
undang-undang" dengan "budaya maruah". Untuk mempunyai satu budaya undang-undang,
masyarakat mesti berada dalam satu keadaan dimana ada satu kerajaan wujud yang
penguasaannya adalah susah untuk dielak serta diiktiraf sebagai sah. Orang perseorangan
mengambil pertikaian mereka kepada kerajaan dan agen mereka untuk penyelesaian. Keadaan ini
dibezakan dengan budaya maruah dimana kepatuhan kepada hak dan barangan orang lain
didasarkan ketakutan balas dendam yang mungkin menimpa mereka sekiranya mereka bertindak
melanggarinya.

Budaya undang-undang mesti dijagai. Ia boleh menghilang dengan kepatuhan terhadap undang-
undang yang beransur-ansur lenyap, yang berlaku sekiranya kerajaan terlalu lemah untuk
menguatkuasakannya, ataupun larangan ketat yang cuba menghampuskan amalan-amalan yang
telah sekian lama wujud dalam budaya atau subbudaya satu masyarakat (sebagai contoh,
pengamalan dowri di India). Apabila satu budaya undang-undang lenyap, ada kemungkinan
besar budaya maruah naik menggantikannya.
Perbezaan diantara budaya undang-undang dan budaya maruah adalah bersifat antropologi; ia
tidak merangkumi falsafah perundangan atau satu sudut penglihatan dalaman undang-undang.
Dalam budaya maruah, kebanyakan orang masih bersetuju bahawa undang-undang "masih
wujud". Para ahli falsafah undang-undang juga masih memanggil peraturan-peraturan mereka
undang-undang untuk pelbagai tujuan.

[sunting] Sejarah
Rencana utama: Sejarah undang-undang

[sunting] Amalan undang-undang
Amalan undang-undang lazimnya dikawal oleh satu organisasi kerajaan atau satu badan regulasi
bebas seperti persatuan peguam, majlis peguam, dan persatuan undang-undang. Untuk
mengamalkan undang-undang, badan regulasi berkenaan mesti mengesahkan pengamal
berkenaan. Biasanya ini memestikan pembelajaran undang-undang selama tiga atau empat tahun
di fakulti undang-undang sesebuah universiti atau di sekolah undang-undang bebas.
Kemudiannya, pelajar yang tamat pengajian undang-undangnya diberi ijazah Bachelor of Laws,
Bachelor of Civil Law atau Juris Doctor. Selepas ini pula satu peperiksaan kemasukan (seperti
kemasukan bar) perlu diduduki. Sesetengah negara pula mewajibkan satu lagi kelayakan
vokasional sebelum seseorang dibenarkan mengamalkan undang-undang. Dalam kes dimana
seseorang ingin menjadi barrister, ini akan bersambungkan Ijazah barrister-at-law diikuti oleh
pengajaran oleh satu lagi barrister berpengalaman.

Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan
tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of
Legal Studies dan Doctor of Laws.

Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu
kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan
koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi
perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial
atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu
mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan.

Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law
melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini
biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi.
Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah,
taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan
penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang
mengikut bidang.

[sunting] Salah faham umum
Keadilan disamakan dengan undang-undang

Sebahagian masyarakat berpendapat keadilan itu adalah undang-undang dan undang-undang
adalah adil. Sebenarnya jika dilihat daripada aspek definisi moden undang-undang, keadilan
berbeza dengan undang-undang. Idealnya suatu undang-undang itu adalah adil. Namun realitinya
undang-undang tidak semestinya adil. Sebagai contoh sesuatu rang undang-undang akan menjadi
undang-undang yang sah apabila diluluskan oleh Parlimen. Namun, tidak semestinya undang-
undang tersebut akan dirasa adil oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun jika dilihat
undang-undang daripada falsafah Undang-undang Islam, maka umat Islam yang berpengetahuan
percaya bahawa Undang-undang Islam adalah adil kerana ia bersumberkan daripada Allah yang
mempunyai sifat adil. Jika ada sebahagian manusia memandang Undang-undang Islam itu
sebagai tidak adil, mereka sebenarnya tidak memahami hikmah disebalik Allah menetapkan
sesuatu undang-undang Islam tersebut dan bukannya Allah berlaku tidak adil kepada manusia.

Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh
peguam

Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undang-
undang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat
sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan
sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-
undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti
yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang.
Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen.
Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi
pilihanraya sesebuah negara atau negeri.

Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang
bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural

Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam
mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah
RM10,000.00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut
yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam
daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila
diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya.
Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya
melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah
ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang
tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan
tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari
bahawa terdapat undang-undang prosedur iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana
membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur
sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang
dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam
tuntutannya.

Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata
oleh peguam

Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah
ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan
kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah)
bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula
menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada
kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin
dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan
pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas
undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam
terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti "dengarcakap"
(hearsay), "kebolehterimaan keterangan" (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya
membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat
keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak
bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.

Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah)
maka orang itu adalah bersalah

Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa,
maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali
dengan panggilan "tertuduh") itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat
demikian dengan menggunakan kaedah logik "simple" yang digambarkan dengan peribahasa
Melayu "Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin". Maksud peribahasa itu di dalam kes
seseorang yang didakwa ialah "takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak
bersalah". Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan
bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan
sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak
faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah
sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh
orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah
implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan
bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu
dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati
membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah
berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:15
posted:9/26/2012
language:Unknown
pages:9