KERTAS-KERJA-PEMBANGUNAN-

Document Sample
KERTAS-KERJA-PEMBANGUNAN- Powered By Docstoc
					³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                   VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


                              KERTAS KERJA
            ³SEMINAR MENCEGAH DAN MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL´
               ANJURAN PELAJAR UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
             VRS 011 KOKURIKULUM PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1
                          UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1.0    PENGENALAN

       Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif yang boleh memberi kesan buruk

       kepada masyarakat yang menjadi mangsa. Masyarakat di negara kita seringkali

       memandang enteng hal ini dan menyifatkan hal-hal seksual ini sebagai suatu µtaboo¶

       untuk diperkatakan dan akibatnya,mangsa yang kebanyakan terdiri daripada kaum hawa

       yang lemah seringkali diperlakukan sebagai bahan hiburan sendatawa pemangsa yang

       berfikiran kotor. Perilaku ini jika dibiarkan berlaku secara berleluasa boleh menjejaskan

       produktiviti negara. Sehubungan dengan itu, seminar ini diadakan untuk mendidik dan

       mengajar masyarakat tentang cara yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada

       menjadi mangsa gangguan seksual,seterusnya dapat membantu mengurangkan kadar

       jenayah yang tidak diingini ini. Perkara ini amatlah serius kerana jika tidak ditangani

       daripada sekarang, dibimbangi diskriminasi seksual ini akan meruntuhkan institusi

       kemasyarakatan sejagat. Dengan pelaksanaan kempen ini, diharapkan dapat membuka

       minda dan mata masyarakat untuk bersama-sama menangani ancaman yang semakin

       menular dewasa ini.




                                                    1                                              192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´               VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


2.0    TUJUAN



       Kertas kerja ini merupakan perantara daripada saya kepada Yang Berusaha Dr. Sa¶ari

       Ahmad iaitu selaku Tuan Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),

       Universiti Utara Malaysia untuk memohon pertimbangan dan kelulusan mengadakan

       sebuah program kemasyarakatan iaitu ³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan

       Seksual´ bertempat di Hotel Holiday Villa,Alor Star,Kedah pada 13 Jun 2009.

       Projek ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus Ko-Kurikulum Khidmat

       Masyarakat bagi pelajar Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia

       Semester Oktober 2008/2009. Seramai 15 orang pelajar akan terlibat secara langsung

       mengendalikan keseluruhan projek ini secara bersama daripada peringkat awal seminar

       hingga selesai dengan bantuan agensi awam dan swasta yang berkaitan serta pihak

       Universiti Utara Malaysia sendiri. Kertas cadangan ini menyarankan satu bentuk khidmat

       bimbingan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam memahami peranan mereka sebagai

       warga yang bertanggungjawab dalam melindungi keselamatan bersama daripada

       gangguan seksual terutama terhadap kaum wanita yang sering dijadikan mangsa pemuas

       nafsu kerana kaum ini dianggap lemah dan tidak berupaya menentang kembali. Justeru,

       pelaksanaannya diharap dapat menjadi komentar sosial dalam menjalankan

       tanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat sejagat.




                                                    2                                        192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


3.0    MATLAMAT

       3.1     Matlamat Umum

               3.1.1 Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita masa kini yang

                      terdedah dengan ancaman seksual dan cara menanganinya.

               3.1.2 Untuk membuka minda masyarakat bahawa isu gangguan seksual adalah

                      sangat mustahak dan perlu diberi perhatian kerana mangsa boleh

                      mengalami gangguan emosi dan mental yang serius.

               3.1.3 Melahirkan masyarakat Malaysia yang berkeyakinan,berketerampilan dan

                      berinovatif serta mampu menepis segala cabaran dalam era globalisasi

                      masa kini.

               3.1.4 Mewujudkan sikap prihatin dan bertanggungjawab di kalangan ahli

                      masyarakat yang memerlukan perhatian, sokongan dan bimbingan dalam

                      mengatasi isu ini.



       3.2     Matlamat Teknikal

               3.2.1 Memastikan kemeriahan dan kerancakan ³Seminar Mencegah dan

                      Menangani Gangguan Seksual´ dengan kelengkapan logistik, bahan

                      promosi serta peralatan yang dijana melalui peruntukan daripada beberapa

                      sumber yang disediakan.

               3.2.2 Memberi maklumat kepada masyarakat sejagat mengenai kursus serta

                      bengkel untuk mendapatkan bimbingan dan motivasi berkaitan gangguan

                      seksual yang boleh mereka sertai anjuran Kementerian Pembangunan

                      Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



                                                    3                                        192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                 VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




       3.3     Matlamat Pelaksanaan

               3.3.1 Menjayakan kempen dan program kerajaan khususnya melalui

                      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta

                      menyedarkan masyarakat terutamanya golongan wanita mengenai

                      kepentingan setiap aktiviti atau program yang dianjurkan.

               3.3.2 memberi pendedahan maklumat serta kesedaran berkaitan gangguan

                      seksual yang mungkin dialami dengan mengambil langkah perlindungan

                      dan tindakan sewajarnya mengikut prosedur yang betul bagi mendapatkan

                      tindakan segera terhadap kes-kes mungkin yang berlaku.

               3.3.3 Mengawal dan membenteras segala bentuk unsur negatif dalam pemikiran

                      masyarakat yang sentiasa merasa takut, merendah diri,kecewa akibat

                      daripada masalah gangguan seksual yang dialami.



       3.4     Matlamat Ekonomi

               3.4.1 Meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri masyarakat serta mampu

                      membantu menyumbang kepada kemajuan agama,bangsa seterusnya

                      dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.




                                                    4                                      192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


4.0    SKOP



       Bidang tumpuan projek ini ialah:



       4.1     menggalakkan pembabitan orang ramai, terutamanya mereka yang terlibat dengan

               pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta

               supaya dapat bekerjasama memberi sumbangan samada berbentuk material, idea

               dan khidmat nasihat di samping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-

               dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

       4.2     Menerangkan kepada masyarakat betapa pentingnya tanggungjawab sosial ini

               terhadap kemajuan pembangunan masyarakat dan usaha ini hendaklah diteruskan

               setiap masa.

       4.3     Mendidik masyarakat tentang cara mempertahankan diri dan mengelakkan diri

               daripada menjadi bahan diskriminasi gender.

       4.4     Membuka minda masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam

               menangani permasalahan sosial yang semakin menular dalam kelompok

               masyarakat zaman moden kini.




                                                    5                                         192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                  VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


5.0    PUNCA MAKLUMAT



       5.1     Primer

               Punca utama maklumat diperoleh adalah melalui perbincangan bersama Polis

               Diraja Malaysia Bahagian Jenayah, pihak Kementerian Pembangunan

               Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri Kedah dan pihak pengurusan Hotel

               Holiday Villa.



       5.2     Sekunder

               Punca kedua adalah berdasarkan laporan akhbar,berita radio,televisyen,statistik

               daripada pihak Polis Diraja Malaysia Bahagian Jenayah dan aduan salahlaku

               seksual yang diterima oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

               dan Masyarakat Negeri Kedah.



6.0    SITUASI SEMASA


       Masalah gangguan seksual sebenarnya telah lama wujud tetapi mutakhir ini ia mula

       menjadi isu panas dan semakin mendapat liputan media-media cetak dan elektronik. Kes-

       kes gangguan seksual juga telah menular dikalangan warga pekerja di tempat kerja, di

       sekolah,di rumah,tempat awam dan di mana-mana sahaja. Walaupun telah lama

       berlaku,perilaku pada masa itu tidak mendapat perhatian dan tidak dilaporkan sebagai

       suatu masalah. Hanya pada pertengahan taliun tujuh-puluhan, isu gangguan seksual mula

       mendapat perhatian dan juga dianggap sebagai perilaku yang negatif (Wilson, 1995).

       Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang menganggap gangguan seksual

                                                    6                                            192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                 VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


       sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual yang patut diharamkan. Masalah gangguan

       seksual telah mencapai-tahap yang membimbangkan sungguhpun banyak langkah dan

       usaha telah diambil bagi membendungnya. Tinjauan dalam 23 negara yang dibuat oleh

       Pejabat Buruh Antarabangsa (International Labour Office [ILO]) mendapati antara 15%

       hingga 30% pekerja wanita mengalami gangguan seksual yang dilakukan oleh ketua atau

       rakan sekerja mereka (Noe, Hollenbeck, Gerhart & Wright, 1994). Masalah ini tidak

       tertumpu pada sesebuah negara tertentu sahaja, malah ia boleh berlaku dalam mana-mana

       negara, baik yang sudah maju, sedang membangun ataupun yang mundur. Di Malaysia,

       sungguhpun maklumat rasmi mengenai gangguan seksual tidak lengkap, namun masalah

       ini wujud dan sering dibincangkan dalam media massa dan juga forum anjuran badan

       kerajaan dan bukan kerajaan.




7.0    KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN BAGI KEMPEN INI

       Melihat daripada senario yang berlaku ini, beberapa strategi perlu disusun dan perubahan

       perlu dilakukan segera sebagai langkah mencegah jenayah gangguan seksual ini daripada

       terus menular ke dalam masyarakat kita. Antara beberapa perkara yang dapat dikenalpasti

       ialah dengan memberi pendidikan kepada masyarakat bagi memberi penerangan tentang

       gangguan seksual, dan meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual dan akibat

       buruknya kepada masyarakat. Beberapa panduan akan diberikan sepanjang seminar ini

       berlangsung dan sebuah bengkel akan dikendalikan oleh seorang professor yang cukup

       berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang ini akan berkongsi cetusan mindanya

       kepada peserta program ini. Kurangnya pendedahan dalam hal ini boleh menyebabkan

       masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan secara berkesan.


                                                    7                                         192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                  VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




8.0    PENYELESAIAN



       8.1     Langkah dan Kaedah yang Digunakan



               8.1.1 Bengkel dan ceramah

                      Aktiviti yang dijalankan ialah dengan mengadakan bengkel yang

                      memberikan motivasi dan perbincangan dua hala serta ceramah tentang

                      permasalahan gangguan seksual di samping pembentangan kertas kerja/

                      Panel Perbincangan µDefinisi,Skop dan Kesan Gangguan Seksual¶ oleh Profesor

                      Cecilia Ng. Panel yang akan diundang khas merupakan Profesor Cecilia Ng

                      dan juga wakil daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.



               8.1.2 Peralatan dan Kemudahan

                      Diadakan di Hotel Holiday Villa, Alor Star,Kedah. Lokasi difikirkan

                      bersesuaian memandangkan hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat

                      membeli-belah terkemuka di Bandaraya Alor Star, dan sasaran peserta

                      adalah terdiri daripada golongan remaja kerana hari seminar ini

                      berlangsung dirancangkan pada hari cuti umum (Sabtu-13 Jun 2009),maka

                      penyertaan daripada masyarakat setempat dijangka mendapat sambutan

                      yang menggalakkan di samping terdapat jamuan makan

                      percuma,cenderamata dan sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta.




                                                    8                                               192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                       VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


                  8.1.3 Tayangan Video

                           Satu tayangan video mengenai situasi mangsa yang mendapat gangguan

                           seksual serta cara menangani situasi tersebut dengan berkesan akan

                           ditayangkan secara umum. Tayangan dan perbincangan yang akan

                           diadakan mampu mengajak masyarakat membuka minda dan bertindak

                           secara matang dalam menangani kes-kes seumpama ini.




9.0        JADUAL AKTIVITI

           Tarikh :        13 Jun 2009 (Sabtu)

           Lokasi :        Hotel Holiday Villa,Jalan Kolam Air,05000 Alor Star, Kedah.

      BIL       MASA/WAKTU                                     AKTIVITI
       1          07.30-8.00 Pagi       Kehadiran Tetamu/Pendaftaran

       2          08.00-08.45 Pagi      Pembukaan/ Perasmian

       3          08.45-09.30 Pagi      Taklimat oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga
                                        dan Masyarakat.

       4          09.30-10.30 Pagi      Minum pagi

       5          10.30-11.00 Pagi      Pembentangan kertas kerja/ Panel Perbincangan µDefinisi,Skop
                                        dan Kesan Gangguan Seksual¶ oleh Profesor Cecilia Ng.

       6       11.00-12.45 Tengahari    Tayangan Video

       7         12.45-02.00 Petang     Rehat, Makan Tengahari serta Solat Zohor

       8         02.00-04.00 Petang     Bengkel

       9         04.00-04.30 Petang     Pembentangan Hasil Bengkel

      10         04.30-05.00 Petang     Penyampaian sijil dan cenderamata kepada peserta-peserta.

      11              05.00 Petang      Jamuan dan bersurai


                                                     9                                                 192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




10.0   JAWATANKUASA KERJA

       Pengerusi              :      Encik Amin Noer Ariffudin bin Kamal Zaid

       Naib Pengerusi         :      Cik Faizah binti Ismail

       Setiausaha             :      Cik Hamizah binti Ismail

       Penolong Setiausaha :         Cik Ema Melati binti Abdullah

       Bendahari              :      Puan Izza Wahida binti Latiff

       Ahli Jawatankuasa      :      Cik Norhayati binti Che Pa

                                     Pn.Nor Azila binti Che Ibrahim

                                     Pn.Farah Liyana binti Dahari

                                     Pn.Zahrah Murni binti Yusoff

                                     En.Shahid bin Tajuddin

                                     En.Muhd Rizal bin Ismail

                                     En.Vinod a/l Balakrishnan

                                     Puan Chiah Siew Fei a/p Chiah Sukon

                                     Cik Mia Reema a/p Congkran Kuthui

                                     Encik Sejagat bin Alam Syah Zainal




                                                    10                                      192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´                    VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


11.0   JAWATANKUASA KECIL



       Pengerusi              :      Encik Amin Noer Ariffudin bin Kamal Zaid

       Naib Pengerusi         :      Cik Faizah binti Ismail

       Setiausaha             :      Cik Hamizah binti Ismail

       Penolong Setiausaha :         Cik Ema Melati binti Abdullah

       Bendahari              :      Puan Izza Wahida binti Latiff

       Ahli Jawatankuasa




       Jawatankuasa Logistik, Penyediaan Tempat, Teknikal Dan Keselamatan


           a. En.Shahid bin Tajuddin(Ketua)

           b. En.Muhd Rizal bin Ismail


       Jawatankuasa Protokol, Cenderahati, Hiasan Dan Sambutan

           a. Cik Norhayati binti Che Pa (Ketua)

           b. Pn.Nor Azila binti Che Ibrahim

           c. Pn.Farah Liyana binti Dahari

           d. Pn.Zahrah Murni binti Yusoff


       Jawatankuasa Makanan dan Minuman


           a. Cik Mia Reema a/p Congkran Kuthui (Ketua)

           b. Puan Chiah Siew Fei a/p Chiah Sukon




                                                    11                                      192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´        VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




       Jawatankuasa Aktiviti dan Bengkel


           a. En.Vinod a/l Balakrishnan

           b. Encik Sejagat bin Alam Syah Zainal




12.0   ANGGARAN BELANJAWAN (Pendapatan dan Perbelanjaan)


                           PERKARA                           RM

        Sumbangan daripada Orang Perseorangan dan          3000.00
        Ahli Korporat

        Peruntukan Pusat Ko-kurikulum                      1000.00

        Kutipan Yuran Kelab Pelajar                         800.00

        Sumbangan Ahli Parlimen Kota Star                  1500.00

        Sumbangan Orang Ramai                               300.00

        JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN                        6600.00
        PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN




                                                    12                          192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´            VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


13.0   PENUTUP

       Diharap kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya

       bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan

       didahului dengan ucapan terima kasih.




       Disediakan oleh,




       ««««««««««.

       (HAMIZAH BINTI ISMAIL)
       Setiausaha,
       Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual,
       Universiti Utara Malaysia.
       E-mail :
       Tel:



14.0   CATATAN DAN ULASAN JURULATIH

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««




                                                    13                                     192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´             VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


       Tandatangan,




       ...............................................
       ( PROF. MADYA HJ. IBRAHIM HJ AHMAD, AMK )
       Jurulatih / Pensyarah

       Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 (VRS011)

       Unit Pendidikan Jarak Jauh

       UUM




15.0   ULASAN PENYELARAS

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««


       Tandatangan,




       ........................................

       ( ENCIK KHAIRUL ANUAR ISHAK )
       Penyelaras
       Kokurikulum Khidmat Masyarakat
       Unit Pendidikan Jarak Jauh
       PACE, UUM



                                                         14                          192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´            VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


16.0   CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE




       Saya meluluskan kertas kerja ini dengan cadangan/pindaan seperti berikut :


       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««««««««««««««««««««««

       ««««««««««««««««




       Tandatangan,




       ........................................
       ( DR. SA¶ARI AHMAD )
       Pengarah
       Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

       Universiti Utara Malaysia




                                                    15                              192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´           VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1


17.0   SENARAI RUJUKAN




       1)      Modul VRS011, PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1. Unit Pengajian Luar

               Kampus, Universiti Utara Malaysia: Sintok.


       2)      Laman web Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat:

               www.kpwkm.gov.my




                                                    16                             192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´               VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




18.0   LAMPIRAN




Penceramah undangan,Profesor Cecilia Ng yang pernah menyelaraskan Unit Pengajian Gender di
Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Selain itu, pada tahun 2000 hingga 2001 beliau
menyandang tugas Perunding dan Penyelaras bahagian Gangguan Seksual, AWAM (All
Women¶s Action Society and Women¶s Development Collective, Malaysia). Profesor Cecilia Ng
yang kini bertugas di KANITA sebagai Profesor Kunjungan berterusan melibatkan dirinya dalam
soal gender. Dalam seminar ini beliau akan berkongsi ilmu tentang gangguan seksual dan akan
membantu membasmi amalan yang tidak sihat ini.




Sasaran peserta seminar ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan
remaja memandangkan lokasi yang dipilih (Hotel Holiday Villa) terletak bersebelahan pusat
membeli-belah terkemuka di Bandaraya Alor Star (City Plaza Shopping Complex) serta percuma
dan terbuka kepada orang ramai.



                                                    17                                          192895
³Seminar Mencegah dan Menangani Gangguan Seksual´        VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1




    Kes-kes yang dirujuk kepada Kaunselor di bawah Jabatan Pembangunan Wanita,
         mengikut Negeri, 2006 berdasarkan Buku Perangkaan KPWKM 2006




                                                    18                           192895

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:101
posted:9/23/2012
language:Malay
pages:18