Penyalahgunaan Dadah by shiroiyukii

VIEWS: 658 PAGES: 23

More Info
									 2012          Memusnahkan Tamadun Manusia
                                               DADAH
Disediakan oleh : Phan Yee Leng, Regine Yew Hui Teng , Lim Hui Yee
KANDUNGAN

 1. PENGENALAN
   1.1   Apa Itu Dadah?
   1.2   Jenis Jenis Dadah
   1.3   Pergantungan Kepada Dadah
   1.4   Tanda-Tanda Ketagihan Dadah


 2. PUNCA PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
   2.1    Individu Sendiri
   2.2    Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
   2.3    Pengaruh Rakan
   2.4    Pengedaran Dadah


 3. KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
   3.1   Kepada Penagih Sendiri
   3.2   Kepada Institusi Keluarga
   3.3   Kepada Masyarakat Dan Sosial
   3.4   Kepada Negara


 4. LANGKAH LANGKAH MENGATASI
   4.1   Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
   4.2   Pihak Pendidikan
   4.3   Pengaruh Rakan-Rakan
   4.4   Masyarakat Dan Sosial
   4.5   Kerajaan Dan Pihak Penguatkuasa
1 PENGENALAN

1.1 Apa itu dadah?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri
kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan
dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan
melacurkan diri.
Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan
ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh
memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan
arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan
dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti
dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak
digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan
yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi
sehingga boleh mengakibatkan maut.
Semua jenis dadah seperti heroin, morfin dan ganja pada dasarnya
menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan
emosi yang sama.
1.2 JENIS JENIS DADAH
Dadah boleh dikategorikan kepada:


      1.2.1 Narkotik / Opait

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi
dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.


Candu


Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada
getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih
segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.


Morfin


Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada
candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin
mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Heroin


Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih
dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang
merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin
mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

 Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
Kodein


Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan
daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk
melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : Ubat batuk


Opiat Sintetik


Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”,
“dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat
yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk
melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan
opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik

Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”




       1.2.2   Perangsang / Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem
saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau
“Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.
Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada
ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti
methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine”
adalah dadah yang sangat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur


Methamphetamine


“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada
dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala
berbentuk seperti tawas. Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang
biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara
haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.


Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)

Nama Jalanan : “Ice”, Syabu, Batu


Kokain


Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia
banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di
samping negara-negara Eropah.


Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
MDMA


“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan
pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi
memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan
 Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”


      1.2.3   Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika
dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana
“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Kanabis Herba


 Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus
kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau
tetapi berwarna lebih kehijauan.
Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)

 Nama Jalanan : “Ganja

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan
dengan lilin.
 Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat
tua atau hitam.

Cara Menggunakan : Menghisap
Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air
dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Cara Menggunakan : Menghisap


      1.2.4   Penekanan / Depresen (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)

Ubat Depresen


Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-
ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk
memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.


“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan
rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin
apabila harga pasaran haram heroin tinggi.

“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap
disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga
sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian
apabila disalahgunakan bersama alkohol.


GHB


“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih,
serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak
pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.


GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh
memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan

 Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”


Ketamin


Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin
yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh
menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.


Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara
“smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.


         1.2.5   Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian
Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada
tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara
barat.


         1.2.6 Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk
melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal
tekak.

Pil Kuda (Methamphetamine - dadah sintetik campuran bahan kimia).
1.3 Pergantungan Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau
psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara
berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada
dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:


         Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih
memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.


Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan
fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan
fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan
sebagainya.


         Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di
mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah
supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.




Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)
Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos
dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi
kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah
untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang
boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-
merta.
1.4 Tanda Tanda Pergantungan Kepada Dadah


Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan perubahan drastik kepada
individu yang bergantung kepada dadah. Ini dapat dilihat dari tiga faktor yang
utama iaitu:


       Gejala Fizikal
      Badan terasa mengigil (kesejukan) atau berpeluh (kepanasan)
      Mata kemerahan dan berair serta mulut yang kering.
      Muka pucat dan tidak bermaya.
      Berat badan merosot.
      Pertuturan yang tidak jelas.


       Gejala Psikologi
      Gelisah, gugup atau kaku.
      Kurang tindak balas atau lambat.
      Mudah tersinggung, pesimis dan mudah marah.
      Mensyaki yang berlebihan.
      Kerisauan dan keresahan yang berpanjangan.
      Murung dan sedih.


       Gejala Perlakuan
      Sering ponteng atau lewat.
      Prestasi kerja yang merosot.
      Digantung atau dibuang sekolah.
      Mencuri atau mengugut untuk wang.
      Menganggu ketenteraman awam.
      Menjauhi diri daripada masyarakat.
2. PUNCA PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH


2.1 individu sendiri
Masyarakat pada hari ini sering mengalami tekanan dan masalah dalam
kehidupan seperti kerunsingan daripada keluarga, sekolah, tempat kerja
ataupun dalam hubungan percintaan. Sesetengah individu memilih cara
penyelesaian yang salah seperti penyalahgunaan dadah. Mereka percaya
bahawa dadah boleh menghilangkan tekanan jiwa ataupun boleh melupai
masalah-masalah.

Sesetengah individu pula mengejar keseronokan dan ada pula yang sekadar
untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka. Apabila individu-individu kurang
menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaatkan, kekosongan
dalam masa yang terluang berkemungkinan akan diisi dengan aktiviti negatif.

Kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini
adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh. Kurangnya
pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama adalah
salah satu faktor yang penting juga.

2.2 Peranan IbuBapa dan Keluarga
Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga terlupa untuk
memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini
meningkat remaja. Mereka hanya mementingkan materialistik semata-mata
sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi
mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan. Hal yang demikian
menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan
perkara-perkara yang tidak diduga ini.


Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”, bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk
anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan dan ajaran
agama yang sempurna.
2.3 Pengaruh Rakan-Rakan
Rakan-rakan juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita
kerana mereka akan mempengaruhi kita dalam pelbagai aspek kehidupan.
Penyalahgunaan dadah kebanyakannya bermula dari kawan yang terlibat
dalam gejala sosial yang negatif ini. Oleh kerana itu, pemilihan kawan tidak
dapat dinafikan akan mempengaruhi hala laluan kita untuk masa depan.
Ada kalanya seseorang itu mungkin tidak tahu bahayanya penyalahgunaan
dadah pada peringkat awal ketika diperkenalkan penggunaan dadah. Ada
yang mengetahui tetapi tidak bertolak kerana tidak ingin mengingkari rakan-
rakan mereka.
Ini bertambah teruk apabila kekurangan hubungan kekeluargaan yang erat
menyebabkan persahabatan menjadi perkara yang penting dalam kehidupan
seseorang.



2.4 Pengedaran Dadah
Kebanyakan pengedar-pengedar dadah bermula dari pengguna. Salah satu
cara untuk menampung tabiat yang mahal ini adalah menjadi pengedar
sendiri. Ini mendorong mereka lagi untuk mempengaruhi rakan-rakan mereka
supaya mereka boleh mengaut keuntungan dari permintaan yang berterusan.


Selain daripada itu, ada juga yang mempunyai keinginan untuk cara hidup
yang tinggi daripada yang dimilikinya. Pengedaran dadah adalah suatu kerja
yang senang yang mempunyai keuntungan yang tinggi. Mereka sudi
mengambil risiko tinggi kerana malas untuk bekerja keras. Oleh kerana itu,
bagi pengedar yang telah biasa dengan cara hidup sebegini akan
menghadapi kesukaran untuk menamatkan kerja haram ini.
3. KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan fizikal, mental & emosi dan
sosial ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).


3.1 Kepada Penagih Sendiri
       Kesan fizikal
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk
pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem
pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan kata lain,
keadaan diri penagih menjadi tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas
dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah
digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasan penagih menjadi lebih
pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan serta tubuh
menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah
dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan
dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan
dan berulang-ulang.
Kesan pengambilan dadah secara            Kesan pengambilan dadah melalui
suntikan                                  mulut


Meningitis                                Kerosakan paru-paru dan hati


Endokarditis                              Kerosakan system penghadaman
                                          (zat makanan tidak mencukupi)
Penyakit jangkitan otak, tetanus atau     Kerosakan buah pinggan
penyakit kancing dagu
Penyakit jangkitan jantung,      AIDS,    Otot-otot badan mengecut
hepetitis B,C dan D, bisul, kudis,        (badan lesu dan tidak bermaya)
kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.
                                          Berat badan menurun dan
                                          berkemungkinan lumpuh
      Kesan mental dan emosi

Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh
dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal
(euforia). Penagih seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang
sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan
silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh
pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih
banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena
ini disebut lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia
digunakan berulang-kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-
putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.


Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh penagih akan berasa keluh-kesah,
gian, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut
berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh
bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Pendek kata, badan tidak lagi
berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti
sediakala.


3.2 Kepada Institusi Keluarga
Penglibatan dalam penyalahgunaan dadah menjatuhkan maruah dan nama
baik keluarga. 
 Ini juga akan menyebabkan bebanan keluarga penagih
kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.



Perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota
keluarga
 akan meningkat dan seterusnya menyebabkan rumah tangga
menjadi porak peranda. Anak-anak kepada penagih-penagih dadah pula
menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
3.3 Kepada Masyarakat dan Sosial
Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling
mereka. Prestasi dan disiplin kerja mula merosot, tingkah laku dan sikap
berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya.
Mereka juga tidak lagi menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya.
Penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga juga boleh berlaku. Ini
selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap
mereka.
Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluarga. Ini ialah kerana
mereka mahu lebih bebas terlibat dalam aktiviti pengambilan dadah. Mereka
hidup di tempat-tempat yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan
mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan seperti hidup
segan, mati tak mahu. Dunia mereka pula hanya akan dapat dipuaskan
dengan dadah sahaja. Kesudahannya, mereka akan tersisih sama sekali dan
semakin jauh daripada apa jua bentuk bantuan yang membolehkan mereka
kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka ini akan terus menderita
selagi ajal belum tiba.

Kesan daripada pengunaan dadah yang mempengaruhi mental dan otak
seseorang, mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Bahkan
ia boleh melakukan pelbagai perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa
gian, baik dengan cara mengendap, mencuri atau membunuh sekalipun.
Apabila rasa ketagih berterusan, penagih mungkin juga mengalami gangguan
mental dan menjadi tidak waras, seolah-olah gila. Ia mula melakukan sesuatu
yang tidak masuk akal yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban
masyarakat.

Sesiapa yang terjerumus di dalam kancah penagihan ini amat sukar untuk
melepaskan diri.
3.4 Kepada Negara
Kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :


      Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
      Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
      Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
      Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
      Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
       bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah,
       hospital dan sebagainya.
      Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat
       dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.




4. LANGKAH LANGKAH MENGATASI
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan
dengan pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah di mata
dunia. Namun,di sebalik kejayaan itu,kita acap kali tersentak dengan
permasalahan penagihan dadah dalam kalangan rakyat kita. Setiap
tahun,jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam
kalangan remaja. Rakyat pula hanya tahu menuding jari mereka pada pihak
kerajaan kerana peningkatan yang berlaku. Sememangnya kita telah sedia
maklum bahawa penagih dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini
kerana bahan nikotin yang terdapat di dalam dadah yang menyebabkan
ketagihan. Golongan penagih dadah ini pula tidak boleh dihalang daripada
berhenti menghisap dadah secara tiba-tiba. Mengikut konsep ‘Mencegah itu
lebih baik daripada merawat’,jumlah penagih dadah harus dikurangkan
daripada mengurangkan jumlah penagih dadah yang perlu dirawat. Oleh hal
yang demikian,kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efektif
dan pragmatik bagi mengatasi masalah penagihan dadah.
4.1 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat
membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak
umpama sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau Nasrani”. Oleh hal yang
demikian,ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam membantu
usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-
anak masih kecil lagi persis pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri
Malaysia pernah berkata, “Teruskanlah pengukuhan peranan keluarga
sebagai institusi masyarakat yang lalu mengimpikan satu generasi bebas
dadah”. Menurut kata-kata beliau, institusi kekeluargaan perlulah diperkukuh
dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap keluarga.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam
institusi kekeluargaan membantu kerajaan mencegah masalah penagihan
dadah. Hal ini adalah demikian kerana keluarga yang berpecah belah
merupakan punca anak-anak mudah terjerumus ke dalam gejala negatif
seperti menghisap dadah.

Selain daripada mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga, ibu bapa juga
perlu lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga masing-masing. Para
ibu bapa perlu ingat bahawa masa depan anak-anak adalah jauh lebih
penting daripada kewangan yang diperolehi kini. Langkah ini membolehkan
ibu baba untuk mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak serta membimbing
mereka ke jalan yang baik.

Ibu baba juga memainkan peranan yang penting bagi memulakan didikan
agama dan moral semenjak dari anak-anak yang masih kecil lagi. Ini dapat
memupuk suatu tabiat yang baik dan kepercayaan dalam agama supaya
menghindari diri daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah kelak.
4.2 Pihak Pendidikan
Satu realiti yang memang tidak dapat diketersampingkan lagi bahawa pihak
sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk
mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari
aspek rohani, jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi
seorang yang berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala
sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri.

Pihak pendidkan yang berkenaan sama ada kerajaan mahupun swasta
dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu
mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada
masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran
mereka.

Selain itu, penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan
dadah. Tamsilnya, pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah
mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas. Hal ini
secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan
sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012.

Selain itu, pihak sekolah mahupun sekolah rendah atau di institusi pengajian
tinggi patut mengadakan aktiviti-aktiviti yang baru dan bermanfaatkan supaya
membolehkan penglibatan diri dan komitmen bertujuan mengisi masa lapang
mereka. Contohnya, mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan
motivasi dan sebagainya.
4.3 Pengaruh Rakan-Rakan
Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan
meluahkan perasaan. . Namun di sini, titik mulanya seseorang itu menghisap
dadah ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat
dengan kancah dadah. Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (
AADK ), 54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada pengaruh rakan.
Oleh hal yang demikian, seseorang individu perlulah bijak memilih rakan.

Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri
yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan
jati diri mereka. Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri
kepada TUHAN dapat membantu meningkatkan jati diri. Oleh hal yang
demikian, seseorang individu itu perlulah bijak memilih rakan bijak untuk
memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah
penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah
sudah terhantuk baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah
terlibat dengan gejala dadah baru hendak menyesal.

Sebagai rakan yang mengambil perhatian, kita juga perlu sedaya upaya
membantu rakan untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Sekurang-
kurangnya, mendengar masalah ataupun tekanan yang dihadapi oleh
mereka. Apabila kita mendapati gejala sosial yang negatif, berlaku antara
rakan-rakan, kita juga perlu menasihati dan membantu mereka supaya
mereka dapat mengatasi penyalahgunaan dadah.




4.4 Masyarakat dan Sosial
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam pencegahan
penagihan dadah. Sebagai contoh, Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru
yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi sarang penagihan
dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda.
Tugas masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada
pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan
oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah
dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama.
Hal ini persis pepatah Melayu, seperti pisang berbuah dua kali.


Kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini hanya mengetahui konsep
‘man-to-man marking’ digunakan pada permainan bola sepak. Namun
demikian, konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan
penagihan dadah. Konsep ini diasaskan oleh Claudio Gentile dan telah
berjaya melumpuhkan pergerakan penyerang pihak lawan ketika itu iaitu
Diego Maradona. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pencegahan
penagihan dadah. Kita perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk
membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Langkah-langkah seperti
memberi peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah. Tambahan pula,
sebagai majikan juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan
prejudis kepada individu tersebut supaya mereka boleh berkerja dalam
suasana yang selesa dan lama. Secara tidak langsung, ini boleh
mengelakkan mereka dari kembali ke pangkuan dadah berbahaya semula.


Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan
dadah.




4.5 Kerajaan Dan Pihak Penguatkuasa
Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha membantu mencegah
penagihan dadah dengan melakukan pelbagai aktiviti bergiat secara aktif
dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah
dadah pada tahun 2015.
Contohnya, Karnival 6 Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis
dadah utama iaitu ganja, syabu, heroin, morfin, opium dan kodein. Tanggal 19
Februari pada setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti
Dadah Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas
penagih dadah akan bahana dadah di samping memberi peringatan kepada
masyarakat.


Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan lagi undang-undang sedia ada
seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun1952. Dengan cara itu,
masyarakat akan takut untuk terlibat dalam gejala dadah dan sekaligus
mengurangkan jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.


Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini
adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar
memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan
hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah
jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga
50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27).
Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman
maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala
kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta
Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10
tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.


Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu menjalankan penguatkuasaan dengan
lebih efektif sepertimana yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan sebagainya.


Menyekat kemasukan dadah Pencegahan kemasukan diutamakan untuk
menghindarkan masalah dadah daripada memasuki negara ini. Strategi ini
menekankan kepada usaha menguatkan dan mengukuhkan langkah
penguatkuasaan untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah melalui
jalan darat, laut dan udara. Di samping itu, usaha penguatkuasaan yang
agresif terus dijalankan bagi membanteras pengedaran dan penjualan dadah
dalam negara.


Risikan Memerangi dadah memerlukan aktiviti risikan yang cemerlang.
Maklumat risikan dari dalam dan luar negara akan dijadikan senjata terhadap
individu- individu yang terlibat di dalam pengedaran dadah. Segala
pengumpulan maklumat boleh diperkukuhkan dengan mewujudkan Pasukan
Risikan Khas di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan di Sabah/
Sarawak serta di luar negara. Satu sistem penyebaran maklumat risikan
diwujudkan untuk kegunaan semua agensi penguatkuasa.

								
To top