Latihan 2 Kelab Kebudayaan dan Pelancongan sekolah anda telah

Document Sample
Latihan 2 Kelab Kebudayaan dan Pelancongan sekolah anda telah Powered By Docstoc
					Latihan 2

Kelab Kebudayaan dan Pelancongan sekolah anda telah menganjurkan program
pelancongan ke Pulau Langkawi sempena kempen Cuti-cuti Malaysia.
Ceritakan pengalaman dan perasaan anda ketika menyertai program pelancongan
tersebut.

                                    Rangka Karangan

Pendahuluan
Melancong bersama-sama ahli Kelab Kebudayaan dan Pelancongan - ke pulau
peranginan iaitu Pulau Langkawi – seramai 40 pelajar diiringi empat orang guru.

Isi-isi penting
-gambaran keadaan di jeti Kuala Kedah:
- ramai pelancongdari dalam dan luar Negara- berpusu-pusu mendapatkan tiket bot
ke Pulau Langkawi –cuaca yang agak panas merimaskan anak-anak kecil- suasana
agak riuh dengan suara pemandu teksi “memacing” penumpang.

–Suasana di dalam bot:
-selesa kerana berhawa dingin-tempat duduknya agak sempit – ada televisyen yang
menayangkan filem- filem menarik - keadaan dalam kabin bersih kerana
penumpang tidak dibenarkan makan – pekerja bot membantu warga tua ketika
mendaki dan menuruni tangga bot – amat prihatin.

–Hari pertama di Pulau Langkawi:
-pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Langkawi yang terkenal dengan
pemandangannya yang indah – terkenal dengan replica Burung Helang menjadi
mercu tanda Pulau Legenda - udara yang nyaman- daun nyiur melambai-lambai
ditiup angin – alunan ombak memukul pantai – sungguh mempesonakan.
–terkenal dengan pusat membeli belah – beraneka barang – menarik hati pelancong.
–para peserta menginap di Delima Resort – merehatkan badan selepas seharian
dalam perjalanan – tidur yang amat lena – dibuai bunyi desiran ombak yang tidak
henti-henti memukul pantai.

-hari kedua dan terakhir:
-melawat Makam Mahsuri yang terkenal dengan legendanya – Pantai Cinang – Tasik
Dayang Bunting.             –petangnya aktiviti snorkeling – sangat menghiburkan hati
– kelihatan anak-anak ikan yang amat cantik dan berwarna-warni – kulit menjadi
gelap akibat terlalu lama berjemur – namun kami berasa amat gembira.
–esok paginya kami bersiap-siap untuk pulang – rasa sedih untuk meninggalkan pulau
yang indah dan permai ini.
Penutup:
-Pengalaman yang amat berharga – akan menjadi kenangan sepanjang hayat –
semoga dapat melawat pulau peranginan yang lain pula pada masa hadapan.

/ati/

Latihan 1

1.Sekiranya tidak dapat menyertai acara yang diadakan di sekolah,seseorang pelajar
itu boleh

     A. merehatkan minda dengan beriadah.           B.melakukan kerja-kerja di
rumah.                            C.menyaksik acara yang diadakan.
     D.mempersendakan rakan-rakan yang terlibat.

2.Kebenaran untuk keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
hendaklah diperoleh daripada pihak berikut, kecuali

        A.pengetua.                          B.ketua pengawas.
        C.penyelia petang.                   D.penolong kanan.

3.Kita perlu memberikan___________kepada rakan-rakan yang terlibat dalam sesuatu
pertandingan.

        A.sokongan moral.                    B.ganjaran.
        C.tunjuk ajar.                       D.markah tertinggi.

4.Budaya sekolah juga dikenali sebagai

        A.tekad sekolah.                     B.harapan sekolah.
        C.moto sekolah.                      D.misi sekolah.

5.Mengapakah kita perlu menjaga imej sekolah?

     A.agar meraih kepercayaan daripada pihak luar. B.agar pihak luar berasa
kagum.                              C agar menyenangkan hati pengetrua.
     D.agar dapat bersaing dengan sekolah lain.

6.Berikut merupakan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam kegiatan salah
laku,kecuali

     A.kurang perhatian ibu bapa.                   B.tekanan hidup.
     C.pengaruh rakan sebaya.                       D.penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan.

7.penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah seperti majlis penyampaian hadiah dapat
      A.menambahkan pendapatan sekolah.        B.menghargai usaha komuniti
sekolah.                       C. memudahkan guru-guru.
      D.menigkatkan imej sekolah.

8.Apakah kepentingan semangat berpasukan diamalkan?

      A.menjamin kejayaan sesebuah pasukan.      B.meringankan beban tugas
guru-guru.                           C. menakutkan pasukan pihak lain.
      D.melancarkan perjalanan program.

9.Apakah contoh aktiviti sekolah yang dapat memupukkan semangat berpasukan
antara pelajar?

        A.mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.   B.pertandingan menulis esei.
        C. pertunjukan kebudayaan.                 D.peperiksaan awam.
/ati/