Docstoc

Panduan.Tugasan

Document Sample
Panduan.Tugasan Powered By Docstoc
					                                            1




School of Education and Cognitive Science




             EML 411 Peningkatan
             Profesionalisme Guru




         Panduan Tugasan
                                                                               2



       Pengenalan


Panduan ini adalah sebagai rujukan bagi penyediaan kertas tugasan kursus. Panduan
ini menerangkan dengan terperinci TUGASAN yang anda dikehendaki menyerah and
bagaimana tugasan anda dinilai.



       Perincian Tugasan



Soalan Tugasan:

Tulis satu esei sepanjang 1400 patah perkataan bertajuk”

                CABARAN SEMASA SEORANG GURU SEKOLAH
                         RENDAH /MENENGAH

Definisi:
Definisi Kamus Dewan (2007):
    “Cabaran” bermaksud sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan
       dan ketabahan sesuatu organisasi atau individu

Tujuan:
Tujuan tugasan ini ialah untuk menguji kebolehan anda membuat refleksi terhadap
amalan anda sebagai guru.

Garis Panduan:
    Seperti dinyatakan dalam Bab 2, guru juga berperanan sebagai ‘pengamal
       reflektif’. Renung kembali tugas dan peranan anda sebagai guru sama ada di
       sekolah rendah atau menengah.

      Sudah tentu anda menghadapi pelbagai cabaran sejak anda bermula bertugas
       sebagai guru.

      Kini anda berpeluang mencatatkan dalam bentuk satu esei cabaran-cabaran
       yang anda sedang hadapi.

      Penting: TUMPUKAN KEPADA CABARAN-CABARAN YANG ANDA
       MENGHADAPI SAHAJA

      Terpulang kepada anda menentukan bilangan cabaran yang anda ingin
       membincang.
      Juga nyatakan langkah-langkah anda telah mengambil untuk menangani
       sesetengah cabaran yang dihadapi.
                                                                                      3


      Anda bebas menyatakan apa jua cabaran yang dihadapi – seperti pelajar yang
       tidak berminat, beban tugas, kepelbagaian tahap kebolehan pelajar, sukatan
       yang padat, sokongan daripada komuniti tempatan, ICT, kekurangan bahan
       pembelajaran dan lain-lain.

      Cuba analisis secara kritis cabaran-cabaran yang anda menghadapi dan bukan
       semata-mata meluahkan perasaan kekecewaan anda.

      Anda tidak perlu merujuk kepada sumber-sumber lain kerana tugasan ini
       merupakan refleksi amalan anda sebagai pendidik.

      Elak menyebut nama dan lokasi sekolah, atau nama-nama individu yang
       terlibat


Kriteria Pemarkahan:
    Hasil kerja adalah asal dan pelajar menggunakan perkataan sendiri dan bukan
       merupakan “cut and paste”

      Pelajar membincangkan isu-isu dengan dengan kritis dan memberi pendapat
       sendiri yang bernas.

      Pelajar membincangkan isu-isu secara objektif dan bukan berasaskan emosi.

      Pelajar telah merujuk kepada pengalaman yang dilalui sendiri.

      Urutan perbincangan adalah menarik dan bahasa yang digunakan adalah betul.


Markah
Markah diperuntukkan untuk tugasan ini adalah 35% daripada jumlah markah
penilaian kursus ini.

Penyerahan Tugasan
    Hantar Tugasan kepada Fasilitator Akademik anda pada Tutorial 3

      Anda dinasihatkan staple tugasan anda (di atas pepenjuru kiri kertas). Tiada
       apa-apa binding diperlukan untuk tugasan ini.

      Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.


Format Tugasan
    Panjang Tugasan adalah 1400 patah perkataan

      Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

      Gunakan Font New Times Roman, saiz 12
                                                                                 4


     Kertas tugasan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

     Format muka hadapan tugasan [Lihat Lampiran]


Muka Hadapan Tugasan




                                       TUGASAN
                       FEBRUARI 2012 SEMESTER

 KOD KURSUS                    :       EML 411

 NAMA KURSUS                   :       PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

 PROGRAM                       :       SARJANA MUDA PENDIDIKAN


   NAMA PELAJAR                    :


   NO. MATRIK                      :


   FASILITATOR                     :
   AKADEMIK

   PUSAT                           :
   PEMBELAJARAN

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:9
posted:9/6/2012
language:Unknown
pages:4