bahan Teknik Khat

Document Sample
bahan Teknik Khat Powered By Docstoc
					CONTOH KERATAN AKHBAR MENGENAI SENI KHAT
Teknik Khat Thuluth
04/12/2007 — Baki

Penulisan khat thuluth atau thuluth jali perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan
atau baris walau apapun bahasa yang ditulis, samada Arab, Melayu, Turki dan
sebagainya. Setelah itu, ruang-ruang kosong akan dipenuhkan pula dengan tazyin iaitu
simbol-simbol khas yang diletakkan di atas atau di bawah huruf. Ini menyebabkan khat
thuluth atau thuluth jali kaya dengan tanda-tanda dan simbol-simbol seperti yang dilihat
pada hari ini.
Cara dan tradisi yang diikuti sejak dahulu ketika menulis khat thuluth ialah tidak boleh
ditinggalkan ruang kosong pada sesuatu susunan (tarkib) tetapi mesti dipenuhi dengan :
1) Huruf. 2) Baris atau tanda bacaan. 3) Tazyin yang bersesuaian. Pena untuk baris
(qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, manakala untuk tazyin penanya
bersaiz 1/3 daripada ukuran pena huruf. Pada sesetengah tempat pena huruf digunakan
untuk menulis harakat terutama digunakan untuk sukun, dammah dan baris fathah yang
ditarik panjang bagi memenuhi ruang kosong. Begitu juga pena baris boleh digunakan
untuk membuat tazyin pada tempat-tempat tertentu. Pengaturan ini bergantung kepada
kreativiti penulis khat itu sendiri.

Khat thuluth seperti juga khat-khat yang lain, diukur dengan keluasan titik saiz pena. Jika
saiznya besar maka besarlah huruf yang ditulis begitu juga jika kecil, saiz huruf juga akan
mengecil. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan pena bersaiz 1 mm, maka saiz
hurufnya bersesuaian 1 mm dan seterusnya. Penggarisan saiz huruf dan panjang garis
tegaknya diukur dengan menghitung titik. Kadangkala ahli khat tidak terlalu berpegang
dengan ukuran ini, tetapi penulisannya tidaklah menyimpang terlalu jauh daripada kaedah
asal. Jika apa yang dilakukan oleh ahli khat itu menyimpang jauh daripada ukuran ini,
bererti rosaklah kesejajaran umum yang menjadi punca kesempurnaan khat sepanjang
zaman.

Posted in Teknik Khat Thuluth. Tags: al-hadid, ayat, jawi, kaligrafi, khat. 9 Comments »

Selamat Hari Raya
05/10/2007 — Baki




                                SELAMAT HARI RAYA
                                   Maaf Zahir Dan Batin

Posted in Uncategorized. Tags: diwani, kaligrafi, khat, selamat hari raya. 4 Comments »

Nama @ khat thuluth
03/10/2007 — Baki

Aplikasi nama dalam khat thuluth




Posted in Khat Thuluth. Tags: huruf jawi, kaligrafi, khat, nama, thuluth. 18 Comments »

Khat Thuluth
16/06/2007 — Baki
            “Qaf. Demi al-Quran yang sangat mulia.” (Surah Qaf. Ayat:1)




  “Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan
ni’mat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama kamu.” (Surah Al-
                                   Maidah. Ayat: 3)
                                Pusat Nashrul Quran




                                Nama satu keluarga.



Posted in Khat Thuluth. Tags: al-maidah, al-quran, jawi, muhammad, nama keluarga,
surah qaf, thuluth. 5 Comments »

Pameran Di Nigeria
06/06/2007 — Baki

Pameran Seni Islam oleh Yayasan Restu, Malaysia sempena program
Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Nigeria yang ke 21, telah
diadakan di Universiti Abubakar Tafawa Balewa, Bauchi. Pameran berlangsung
selama lapan hari dari 8 hingga 15 November 2006.




Posted in Pameran Di Nigeria. Tags: abubakar tafawa balewa university, jawi, khat,
nigeria, pameran, Yayasan Restu. 5 Comments »

Logo Dari Huruf Jawi
06/06/2007 — Baki

Logo sesebuah syarikat, organisasi, sekolah dan sebagainya boleh dibentuk dengan cantik
dan unik menggunakan huruf – huruf jawi. Pengetahuan tentang khat amat penting ketika
mencipta logo seperti ini. Huruf- huruf tidak boleh dibentuk sesuka hati tanpa panduan
kaedah khat yang muktabar. Di bawah adalah beberapa contoh logo yang dicipta
menggunakan huruf – huruf jawi.
Posted in Logo Dari Huruf Jawi. Tags: grafik, jawi, khat kufi, logo, mushaf. 9 Comments
»

Cap Mohor
24/05/2007 — Baki

Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera dan cap merupakan perkara penting di
dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat
pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Farsi, dan Mesir.

Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh
Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan
Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat –
menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan
Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat
suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga,
tembikar dan lain – lain

Inilah hadiah kepada bangsa tercinta. Telah lebih seribu tahun menjadi tradisi, kini
muncul kembali dengan gaya dan wajah baru. Cap mohor ini diangkat kembali oleh
Yayasan Restu, menjadi budaya agung yang mekar mewangi. Bersama harapan dan doa
agar tradisi bangsa akan terus berkesinambungan.

Spesifikasi Istimewa:

      Menggunakan bahantara moden
   Penggunaan tulisan jawi dengan pelbagai gaya seni khat
   Bentuk – bentuk nama yang menarik dan unik
   Penerapan seni zukhruf berasaskan motif – motif tempatan
   Sijil perakuan ketulinan dan pemilikan
   Setiap set disertakan nombor siri
Harga :

1. Premium Package RM500.00

         Holder cop diperbuat daripada besi
         Tombol cop daripada perak yang berukir
         Kotak khas
         Sijil perakuan ketulinan
         Preink stamp

2. Standard Package RM80.00

         Holder plastic
         Sijil perakuan ketulinan
         Preink stamp

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 019-3932947


Posted in Cop Mohor. Tags: Cop Mohor, islamic art, jawi, khat, Kompleks Taman Seni
Islam Selangor, seal, Yayasan Restu. 7 Comments »

Al Quran Mushaf Malaysia
25/04/2007 — Baki




Al-Quran Mushaf Malaysia

Pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia adalah usaha pertama rakyat Malaysia
untuk negara dalam mambantu dunia menghidupkan kembali seni mushaf yang
telah menghilang sejak 500 tahun yang lampau. Usaha ini telah membuahkan
hasil dengan pelancaran secara rasmi Penyalinan Al-Quran Mushaf Malaysia
pada 17 Ramadhan 1417 bersamaan 26 Januari 1997 di Balai Pameran Islam,
Pusat Islam Kuala Lumpur. Al Quran Mushaf Malaysia ialah manuskrip Al-Quran
beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh. Ia dihasilkan dari salinan tangan
empat orang Khattat (penulis khat) tempatan dengan mengunakan batang
handam atau resam (sejenis pokok paku pakis). Ia mengandungi 30 Juz dengan
mengaplikasikan motif dan rekabentuk seni tampak Melayu bercirikan
kebudayaan Islam seluruh negeri di Malaysia. Usaha pembinaan Al-Quran
Mushaf Malaysia mengambil masa lima tahun, termasuk kajian dan
pembangunan (R&D). Al-Hamdulillah, kini Malaysia mempunyai mushaf Al-
Quran sendiri melalui penerbitan Al-Quran Mushaf Malaysia – Taba’ah Ma’arij Al-
Jamal pada bulan Mac 2000 dan kini ia telah pun beberapa kali diulang cetak
untuk edaran dalam dan luar negara dengan nafkhah (harga) RM 50.00 sahaja.

Anda boleh mendapatkan Al Quran Mushaf Malaysia di kedai – kedai buku atau
Pejabat Pos yang berdekatan atau datang sendiri ke :-

Yayasan Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
Website: http://www.mushaf.com.my Email: info@mushaf.com.my

Posted in Al Quran Mushaf Malaysia. Tags: jawi, khat, mushaf malaysia, seni mushaf,
Yayasan Restu. 8 Comments »

Seni Khat Pada Batu
25/04/2007 — Baki
Posted in Uncategorized. Tags: arabic calligraphy, jawi, khat, Khat Thuluth, mushaf,
seni, stone art. 3 Comments »

Warkah Ikrar
22/04/2007 — Baki




Keratan akhbar Mingguan Malaysia berkenaan Warkah Ikrar Pertabalan Seri Paduka
Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin. Warkah ini ditulis pada kulit
kambing oleh Yayasan Restu. Kaedah tulisan jawi adalah mengikut apa yang
diberikan tanpa apa – apa perubahan.

Posted in Warkah Ikrar. Tags: jawi, khat, kulit kambing, pertabalan, Warkah Ikrar. Leave
a Comment »

Khat Thuluth
21/04/2007 — Baki



Contoh – contoh tulisan khat thuluth
  Khat thuluth merupakan khat yang sangat indah. ketika menulis, kebiasaannya susunan
 dilakukan dengan melakar huruf dari atas ke bawah atau boleh juaga dari bawah ke atas,
    dimana ahli-ahli khat meletakkan huruf itu seolah-olah sedang menyusun batu-batu
 binaan. Biasanya struktur thuluth dilakukan dalam bentuk lurus, empat segi, bulat, bujur
telur dan bentuk-bentuk lain berdasarkan kepada citarasa dan keperluan khusus seseorang
    jurukhat seperti bentuk bunga, daun, keris dan sebagainya. Apa yang dilakukan ini
  bukanlah bertujuan memuaskan minat jurukhat dalam seni lukis akan tetapi ia sebagai
 satu percubaan untuk mencari bentuk baru dan struktur yang berbagai-bagai. Ungkapan
     keyript thuluth iaitu thuluth bercampur-baur yang dilakukan oleh jurukhat adalah
      bertujuan untuk menonjolkan keindahan seninya dan ketika itu, mereka sentiasa
       mengawasi lafaz jalalah (Allah) agar tidak berada distruktur bahagian bawah



Posted in Khat Thuluth. Tags: ali imran, arabic calligraphy, art, islamic art, jawi, khat,
Khat Thuluth, mushaf. 53 Comments »

Kompleks Taman Seni Islam Selangor
21/04/2007 — Baki




Kompleks Taman Seni Islam Selangor Kompleks Taman Seni Islam Selangor
adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada
Yayasan Restu. Ianya adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap segala
usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Pembinaan Kompleks Taman Seni
Islam Selangor ini berfalsafahkan pusat penawar inspirasi kehidupan yang
mendasari konsep sarang lebah (Surah An Nahl) ini semakin hari semakin
menggamit ribuan pengunjung. Ramai yang tertarik dengan pendekatan
pengajaran melalui pengalaman di samping berpeluang melihat sendiri pelbagai
usaha seni yang dihasilkan. Terdapat beberapa galeri di sini yang boleh
dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri
As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design,
Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain – lain lagi. Keistimewaanya telah
menjadi satu tarikan utama pengunjung di Bandaraya Shah Alam ketika ini. Inilah
satu-satunya kompleks seni islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM
Tuanku Sultan Selangor dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar serta
kerajaan Negeri Selangor. Dan Kompleks Taman Seni Islam Selangor akan terus
menabur manfaat kepada masyarakat, mengembangkan seni
islam, menghidupkan kembali tradisi penyalinan mushaf, menonjolkan keindahan
sebagai satu uslub berdakwah agar kesannya dapat diterima oleh pelbagai
golongan. .

Lawatan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kompleks Taman Seni
Islam Selangor.




Posted in Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Tags: al-quran, calligraphy, khat,
Kompleks Taman Seni Islam Selangor, pusat jawi, Yayasan Restu. 5 Comments »

Yayasan Restu
21/04/2007 — Baki




Yayasan Restu
Setelah hampir sedekad yang lalu, Yayasan restu kini terus menaburkan bakti
usaha dalam pemasyhuran seni Islam di rantau ini. Kehadirannya sebagai
sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, telah meletakkan
asas pemikiran dan tahap penghasilan seni Islam yang tingi dalam usaha
membina tamadun bangsa yang gilang gemilang. Berbekalkan semangat untuk
menyelusuri hakikat tauhid, khazanah warisan Melayu digali akar makna dan
kehalusan seninya, lantas dijulang sebagai wadah seni yang bertaraf
antarabangsa.
Visi dan misi yang direncanakan hanyalah untuk pemasyhuran seni Islam di
persada dunia. Berpegang teguh kepada kesatuan pelbagai ilmu dan kemahiran,
beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) telahpun membuahkan
hasil yang manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kini,
Yayasan Restu dikenali sebagai pusat pembinaan mushaf al-Quran dan hadis,
pusat seni khat, pusat seni reka motif budaya bangsa, pusat ICT al-Quran, Hadis
dan Seni Islam, pusat pendidikan seni Islam, pusat pembangunan produk
cenderhati seni Islam dan pusat rekabentuk seni bina dan hiasan dalaman.
Yayasan Restu beroperasi di :-

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
website : http://www.mushaf.com.my



Posted in Yayasan Restu. Tags: al-quran, calligraphy, hadith, jawi, khat, mushaf,
Yayasan Restu. 25 Comments »

Asma’ Al Husna
19/04/2007 — Baki




Al Basit, Ar Rafi’, As Sami’.. (Khat Riq’ah)
Ar Rahim, Ar Rahman, Ar Razaq.. (Khat Thuluth)

Posted in Asma' Al Husna. Tags: Asma' Al Husna, calligraphy, jawi, Khat Thuluth,
nama-nama Allah. 1 Comment »

Seni Khat Pada Batu
19/04/2007 — Baki




Surah Al Fatihah ditulis pada batu sungai dengan menggunakan ‘khat kufi mushafi’. Batu
ini terdapat di Galeri Nur Fatimah , Kompleks Tmn Seni Islam Selangor, Shah Alam.
Silalah berkunjung…!




Surah As Syarh pada batu. Ukuran 30cm x 25cm.
Surah Yasin lengkap ditulis dengan tulisan Khat Nasakh halus pada batu yang berukuran
28cm x 18cm

Posted in Seni Batu, Seni Khat Pada Batu. Tags: Khat Thuluth, nasakh, Seni Batu, stone
art, tulisan jawi. 15 Comments »

Kraf
16/04/2007 — Baki




             Tulisan khat diwani pada seramik




                    Khat thuluth pada telor dan siput




                    Telur ostrich ditulis dan dihias untuk dijadikan sovineer




                    Surah Al Fatihah menggunakan Khat nasakh & thuluth pada kulit
kerang


    Ukiran khat thuluth pada kayu




            Plaster of paris bentuk telur dengan ditulis menggunakan khat muhaqqaq
                 Gading gajah ditulis Surah At Taubah. Ayat : 128 – 129,
menggunakan Khat Thuluth




                     Seramik. Tulisan: Thuluth Jali. Surah An Najm. Ayat: 39

Posted in Kraf Khat. Tags: aplikasi seni khat, islamic craft, jawi, Khat Thuluth, Kraf,
Seni Batu, stone art. 9 Comments »

Nama – Nama
16/04/2007 — Baki

Nama – nama dalam pelbagai khat




                     Abdul Mutalib Bin Abu Bakar Husin (Thuluth)




                     Isma Qistina Sofia (Thuluth)

Posted in Nama-nama. Tags: arabic calligraphy, jawi, nama dalam khat. 5 Comments »

Nasakh Akhbar
13/03/2007 — Baki
Nasakh Akhbar iaitu gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal ( bold ) dan diperjelaskan huruf –
hurufnya sesuai untuk tujuan pembacaan umum. Nasakh jenis ini boleh diaplikasikan pada
penulisan mushaf, akhbar, buku – buku teks sekolah, papan tanda dan sebagainya yang boleh
dilihat dan dibaca oleh semua golongan terutama sekali orang yang lemah penglihatan dan orang
tua. Diantara kebaikan tulisan ini, ia masih jelas dan mudah dibaca walaupun setelah dikecilkan (
reduce ). Tulisan ini dinamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas
dalam lapangan persurat khabaran. la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain
termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip
atau komputer. Contoh di atas menunjukkan satu bentuk penulisan mushaf yang ditulis
menggunakan Nasakh Akhbar.

Posted in Nasakh Akhbar. Tags: jawi, Khat Nasakh, tulisan mushaf. 1 Comment »

Basmalah Muhaqqaq
12/03/2007 — Baki




Basmalah dalam bentuk Khat Muhaqqaq, Sejenis khat yang seakan – akan Khat Thuluth
tetapi hurufnya lebih bebas dan dilepaskan, tidak membulat. Perhatikan contohnya pada
huruf ‘mim’ dan ’ra’. Ha marbuthahnya digunakan ‘ha’ bulat ( tertutup ). Huruf ‘nun’
pada Ar Rahman lebih besar sedikit daripada nun thuluth.

Posted in Basmalah. Tags: islamic design, jawi, Khat Muhaqqaq. 9 Comments »

Khat Farisi
07/03/2007 — Baki



                              Doa Penerang Hati-Khat Farisi
                              Surah Al-Kauthar-Khat Farisi

   Khat Farisi dicipta oleh Mir Ali al- Tibrazi dan kemudianya diperindahkan oleh
  Imaduddin al- Syirazi. Ia digunakan dengan meluas oleh masyarakat Iran yang
diketahui sejak dahulu amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan
   turun temurun datuk nenek mereka. Mereka begitu mahir dan cekap dari segi
    penggunaannya sehingga menjadikan tulisan tulisan khat ini sebagai tulisan
    yang mempunyai ciri – ciri tersendiri pada orang Iran dan terkenal sehingga
kehari ini dengan nama khat farisi (iaitu nisbah kepada bangsa Iran sendiri). Khat
ini mempunyai bentuk yang cantik, hurufnya sangat menarik, tidak berbaris, tidak
    tersusun, sama seperti bentuk Riqa’ah. Keindahan khat Farisi terletak pada
 bentuk lengkungnya yang menarik, kurang garis menegak dan bentuk hurufnya
    yang condong ke kanan dan memanjang. Khat ini juga dikenali dengan khat
                Nasta’liq (iaitu gabungan antara Nasakh dan Ta’liq).

Posted in Khat Farisi. Tags: arabic calligraphy, Farisi, jawi, khat, Nasta'liq, seni. 11
Comments »

Aplikasi Khat Nasakh
07/03/2007 — Baki
Khat Nasakh merupakan satu kaedah tulisan khat yang sangat praktikal. Di samping
mudah dibaca ia juga masih mengekalkan keindahan seninya yang tersendiri. Khat
Nasakh amat sesuai ditulis pada mushaf, surat – menyurat, buku bacaan dan lain – lain
lagi. Foto di atas menunjukkan Khat Nasakh diaplikasikan pada sebuah dokumen yang
penting dan bersejarah iaitu ‘Watikah Pelancaran Al Quran Mushaf Malaysia &
Terjemahan’ yang ditandatangani oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
satu majlis yang anjuran Yayasan Restu di Mak Mandin, Pulau Pinang.

Posted in Khat Naskh, Uncategorized. 1 Comment »

Khat Muhaqqaq
07/03/2007 — Baki




Bentuk khat ini diperkenalkan oleh Qutbah al-Muharrir pada zaman al – Umawi
yang pada mulanya ia dinamakan ‘Jalil Thuluth’. Ia telah diubahsuaikan oleh
 penulis–penulis seni khat dan diperbaiki sehingga mencapai puncak
keindahannya oleh Yaqut al- Musta’simi.Bentuknya seakan – akan khat thuluth
tetapi saiz hurufnya lebih besar sedikit dan bersifat lepas dan tidak membulat
pada huruf – huruf tertentu (seperti ra, wau, mim, ya dan lain – lain lagi). Kini
bentuknya yang lebih besar dikenali sebagai ‘al- Muhaqqaq’ manakala yang lebih
kecil ialah ‘al- Raihani’.

Posted in Khat Muhaqqaq. Tags: arabic calligraphy, jawi, khat, Khat Muhaqqaq, yaqut
musta'simi. 2 Comments »

Khat Kufi Murabba’
07/03/2007 — Baki
Ia adalah daripada jenis khat kufi. Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan
bentuk segi empat dan garis lurus. Kaedah susunannya adalah susunan yang
bersifat memenuhi ruang. Khat ini banyak digunakan sehingga kini sebagai
hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan – banguna seperti masjid, surau
dan lain – lain lagi.

Posted in Khat Kufi Murabba'. Tags: arabic calligraphy, jawi, khat, khat kufi, murabba'.
28 Comments »

Khat Nasakh
04/03/2007 — Baki



Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk
menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang
lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-
bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan
sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat
Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau
menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-
Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk
menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat
Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab
asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat
Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada
kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu
Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya
Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang
dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal
terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari
secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu
proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu
ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada
dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang
ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau
jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan
mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering
digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca.
Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan
mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain – lain lagi . Pada
kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar
dengan kadar 1mm saiz pena.

Posted in Khat Nasakh. Tags: calligraphy, jawi, khat, Khat Nasakh, tulisan al-quran. 17
Comments »
Khat Riq’ah
04/03/2007 — Baki




Riq’ah menurut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Khat ini
mempunyai ciri – cirinya yang tesendiri seperti bentuk hurufnya yang tegak dan
kecil, kebanyakan huruf-hurufnya ditulis di atas garisan, boleh ditulis dengan
cepat dan mempunyai sedikit sahaja kaedah, penulisannya agak mudah jika
dibandingkan dengan khat Nasakh. Ia dicipta oleh penulis khat Turki, Mumtaz
Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan (1280H). Khat ini
adalah gabungan di antara ‘al- Diwani’ dan ‘Siyaqat’.

Posted in Khat Riq'ah. Tags: calligraphy, jawi, khat, Khat Riq'ah. 1 Comment »

Khat Diwani
04/03/2007 — Baki




Penulis seni khat ini ialah Muhammad Munif tetapi kaedah penulisannya telah
diolah semula oleh Syahla Pansha dan al- Hafiz Othman. Dinamakan khat
Diwani kerana ada diantara pendapat yang mengatakan khat ini sering
digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan – jabatan kerajaan. Dari jabatan
kerajaan tulisan ini berkembang kesegenap lapisan masyarakat. Tujuan khat ini
dicipta di waktu itu ialah untuk menulis semua keputusan dan pekeliling
pentadbiran kerajaan serta surat – menyurat rasmi. Namun ketika ini ia biasanya
digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan – tulisan untuk perhiasan. Khat
ini mempunyai bentuk yang tersusun dan tidak mempunyai baris atau hiasan
(contoh di atas sengaja dibariskan untuk memudah bacaan). Keistimewaannya
terserlah pada bentuknya yang bundar dan melengkung, sebenarnya ia lebih
mudah ditulis dan dibentuk oleh seorang penulis berbanding khat – khat lain.
Hurufnya juga boleh disesuaikan pada sebarang bentuk ruang dan situasi
contohnya jika mencipta logo, mencipta desain, tulisan khas dan lain – lain lagi.

Posted in Khat Diwani, Uncategorized. 11 Comments »

Khat Diwani Jali
04/03/2007 — Baki
Ia berbeza dari khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta
mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Bentuk hurufnya memenuhi
kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.
Ia direka oleh Syahla Pansha, seorang penulis khat Uthmani. Namun ia
dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani. Dinamakan jali bererti
jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Bentuk
tulisan khat ini telah dijadikan bentuk khas seni khat untuk penulisan surat rasmi
diraja, surat menyurat kepada ketua negara asing, sijil matawang kertas dan lain-
lain.

Posted in Khat Diwani Jali. 17 Comments »

Khat Thuluth
04/03/2007 — Baki




Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah
kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar
menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab
disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir
selepas Khat Kufi.Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan
jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai
banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada
setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk
menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2
hingga 3 mm. Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki
memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia
dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan
dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz
yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu.
Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu
memegang penanya ( Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-
loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm
). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau
bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian
dilakukan pembesaran ( enlargement ) mengikut kaedah empat segi atau
menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti
photocopy, komputer dan sebagainya. Bentuk thuluth yang lebar mata penanya
melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah
Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan
sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku.
Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini
sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth
jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara
mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia
tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk
tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu
kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh
serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang
memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan
gerakan yang tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang
lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik
seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang
menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan)
dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang
sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan
bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh
jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis
dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan.
Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam
dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati
sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan
yang tidak wajar.

Posted in Khat Thuluth, Uncategorized. Tags: al-quran, arabic calligraphy, calligraphy,
huruf jawi, jawi, khat, khat kufi, Khat Nasakh, Khat Thuluth, Pertandingan Seni Khat,
seni islam, seni kaligrafi Islam, tulisan jawi. 1 Comment »
Blog at WordPress.com. Theme: Garland by Stefan Nagtegaal and Steven Wittens.




   




   




   




   




   




   
   
      Blog Stats
          o   552,917 hits
      Tags
    al-quran  arabic calligraphy               art Asma' Al Husna ayat bengkel seni khat
    calligraphy Cop Mohor diwani diwani jali FREE calligraphy hadith huruf jawi
    islamic art islamic design jawi kaligrafi khat khat kufi Khat Muhaqqaq
    Khat Nasakh Khat Riq'ah Khat Thuluth Kompleks Taman Seni
    Islam Selangor muhammad mushaf nama nasakh Nasta'liq pameran khat Pertandingan khat
    Pertandingan Seni Khat seni Seni Batu seni islam seni           kaligrafi
    Islam seni khat seni mushaf stone art teknik menulis khat tempahan khat
    thuluth tulisan     jawi tulisan khat Yayasan Restu
   Archives
        o   March 2012 (3)
        o   February 2012 (3)
        o   January 2012 (4)
        o   December 2011 (2)
        o   November 2011 (3)
        o   October 2011 (1)
        o   September 2011 (3)
        o   August 2011 (4)
        o   July 2011 (2)
        o   June 2011 (3)
        o   May 2011 (3)
        o   April 2011 (4)
        o   March 2011 (4)
        o   February 2011 (6)
        o   January 2011 (7)
        o   December 2010 (3)
        o   November 2010 (3)
        o   October 2010 (2)
        o   September 2010 (2)
        o   August 2010 (2)
        o   July 2010 (1)
        o   June 2010 (1)
        o   May 2010 (2)
        o   April 2010 (4)
        o   March 2010 (2)
        o   February 2010 (3)
        o   January 2010 (4)
        o   December 2009 (3)
        o   November 2009 (2)
        o   October 2009 (3)
        o   September 2009 (4)
        o   August 2009 (6)
        o   July 2009 (4)
        o   June 2009 (3)
        o   May 2009 (1)
           o   April 2009 (2)
           o   March 2009 (3)
           o   February 2009 (3)
           o   January 2009 (3)
           o   November 2008 (7)
           o   October 2008 (1)
           o   September 2008 (2)
           o   August 2008 (2)
           o   July 2008 (4)
           o   May 2008 (2)
           o   March 2008 (3)
           o   February 2008 (2)
           o   January 2008 (4)
           o   December 2007 (3)
           o   October 2007 (2)
           o   June 2007 (3)
           o   May 2007 (1)
           o   April 2007 (10)
           o   March 2007 (11)
        Top Clicks
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
           o   arabiccalligraphy.files.w…
        Arabic Calligraphy Links
           o   calligraphyislamic
           o   discoverislamicart
           o   iamm
           o   ircica
           o   islamicarchitecture
           o   islamicart
           o   islamicity
           o   lacma
           o   oweis
           o   sakkal
           o   worldofcalligraphy
   

Follow

Follow “Arabic Calligraphy”
Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

 Enter your em


Powered by WordPress.com

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:79
posted:9/3/2012
language:Unknown
pages:32