Docstoc

Elak Mulut Berbau

Document Sample
Elak Mulut Berbau Powered By Docstoc
					Lampiran 1


                                  Elak Mulut Berbau
                  Jika Dibiarkan Punca Kerosakan Gigi Serius


>>Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my



           igi yang cantik, bersih dan tersusun pastinya menjadi idaman setiap


G          orang,      tetapi   untuk   mendapatkan   hasil   yang   sebegitu
           memerlukan kesungguhan dalam menjaganya. Tidak kira sama ada
           anda kanak-kanak, remaja ataupun dewasa, kebersihan mulut adalah
                                                                                pasti




perkara penting yang perlu diutamakan. Masalah bau mulut (Halitosis) paling
menjadi perhatian kerana mulut yang bersih dan tidak berbau akan
menambahkan keyakinan kita semasa bergaul atau bercakap.


       Faktor utama masalah ini disebabkan sisa makanan yang tertinggal di
celah gigi dan tidak dibersihkan hinggakan reput dan akhirnya menyebabkan
nafas berbau. Di samping itu, air liur turut membantu membersihkan mulut.
Oleh itu, mulut yang kering akan menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah
dan gusi hingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan itu.


       Walaupun begitu, ia tidak boleh dihilangkan dengan hanya mengunyah
gula-gula getah perasa pudina, menggosok gigi secara teratur dan berkumur
dengan bahan kumur kerana ia bukanlah satu gejala penyakit. Sebaik-baiknya
kita perlu mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan kesihatan
mulut terjaga.


       Terdapat empat langkah asas yang disarankan dalam memastikan
penjagaan gigi terjamin di samping meningkatkan keyakinan untuk sentiasa
senyum tanpa rasa malu dan ragu. Antaranya memberus dan memflos gigi,
membasuh (berkumur) serta pemeriksaan secara tetap oleh doktor gigi.
Lampiran 1

      Memberus gigi memerlukan kita tahu kekerapan, jumlah ubat gigi yang
betul untuk digunakan, jenis ataupun bentuk berus (lembut, sederhana atau
elektrik), tempoh memberus, teknik yang betul, serta cara untuk memberus di
kawasan yang sukar dicapai dan jenis ubat gigi yang patut digunakan.


      Selain itu, kita juga perlu tahu teknik dan jenis flos, kekerapan dan bila
serta bahagian mana yang perlu diberi perhatian khusus. Malah, berkumur
juga penting bagi menjaga kebersihan mulut dan gigi, tapi kita juga perlu tahu
jenis serta bahan kumur yang sesuai.


      Disamping itu, kita perlu manjalani pemeriksaan dengan doktor gigi
mengikut jadual atau sekiranya terdapat tanda penyakit oral. Harus difahami
bahawa mencuci dan mengikis gigi serta rawatan lain tidak boleh dilakukan
sendiri.


      Dengan itu, dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali
setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi,
pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:59
posted:9/3/2012
language:
pages:2