Docstoc

laporan merentas desa

Document Sample
laporan merentas desa Powered By Docstoc
					  LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2012

                    SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MELAKA




Pada hari Selasa bersamaan 31.01.2012, Sekolah Kebangsaan Batang Melaka telah
mengadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2012. Para peserta
telah berlari sejauh 3 km bermula dari pintu masuk sekolah dan berakhir ditempat yang sama.
Pertandingan merentas desa ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohamad Nor b. Yos selaku
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batang Melaka.




Pada pukul 2.00 petang, semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan dan diberikan
sedikit taklimat oleh En. Hazizie b. Hashim selaku setiausaha sukan serta Guru Penolong
Kanan Kokurikulum En. Nor Kahar b. Mohammad. Selepas taklimat, murid dipecahkan
mengikut rumah sukan masing-masing. Meraka dikehendakai melakukan aktiviti regangan
dan memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan semasa berlari. Murid yamg
mengalami masalah kesihatan dilarang menyertai larian dan mereka dikehendaki membantu
guru. Sementara itu, para pegawai yang bertugas di ‘check point’, penunjuk arah dan hakim
penamat telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan.




Pada pukul 3.00 petang para peserta kategori perempuan dilepaskan denagn jayanya oleh
Tuan Mohamad Nor b. Yos. Pada pukul 3.15 petang peserta kategori lelaki pula dilepaskan
pula. Para peserta berlari dari pintu pagar sekolah ke padang awam, estet Tor Lee, Kampung
Hulu, Taman Batang Melaka Jaya dan berakhir di pintu pagar Sekolah Batang Melaka. Para
peserta harus melalui setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan.




Peserta yang telah menamatkan larian diminta berkumpul di tapak perhimpunan untuk
mendapatkan minuman yang telah disediakan. Selepas peserta terakhir sampai di garisan
penamat pada jam 3.40 petang, hakim-hakim penamat mengumpul data dari setiap ‘check
point’ untuk menentukan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke sepuluh.




                                                                                         1
Majlis bersurai pada pukul 4.45 petang. Murid-murid dibenarkan pulang. Guru-guru serta
tetamu yang hadir diberikan jamuan di kantin sekolah. Guru-guru beredar pada pukul 5.00
petang.




Rujuk laporan bergambar di lampiran.




                                                                                     2
                   Pertandingan Merentas Desa

                       SK Batang Melaka

                             2012

                         (Kertas Kerja)



TARIKH    :           31 JANUARI 2012 (SELASA)

TEMPAT    :           SK BATANG MELAKA

MASA      :           2.30 – 4.30 PETANG

ANJURAN   :           SK BATANG MELAKA BERSAMA PIBG



              ”BADAN CERGAS, MINDA CERDAS”




                                                      3
                                   KERTAS KERJA
                    PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2012



1.   Tajuk              :   Pertandingan Merentas Desa 2012

2.   Tarikh             :   31 JANUARI.2012

3.   Anjuran            :   SK Batang Melaka bersama PIBG

4.   Tempat             :   Tapak Perhimpunan SK Batang Melaka

5.   Objektif           :

     5.1     Membentuk disiplin diri di kalangan murid-murid.
     5.2     Memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui pemerhatian serta
             menikmati suasana alam semulajadi.
     5.3     Meningkatkan kecerdasan murid.
     5.4     Menggalakkan murid menyertai aktiviti sukan dan kesihatan.

     5.5     Mencari bakat-bakat terpendam di kalangan murid untuk mewakili

             sekolah diperingkat yang lebih tinggi.

6.   Tema               :   ”Badan Cergas, Minda Cerdas”

7.   Konsep Pertandingan           : Penglibatan semua pelajar tahap 2

8.   Jadual Pertandingan :




                     PERTANDINGAN                               TARIKH

       Latihan Merentas Desa                             17.01.2012 (Selasa)

       Pertandingan Merentas Desa 2012                     31.01.2012 (Selasa)




                                                                                 4
9.    Jawatankuasa Induk




      Penasihat                 :    Tn. Hj Mohamad Nor bin Yos

                                     Guru Besar SK Batang Melaka

      Pengerusi                 :    En Nor Kahar bin Mohamad (GPK     Ko-Ku)

      Naib Pengerusi            :    En Muhammad bin Lasim (GPK 1)

                                :    Pn Rafeah bt Mohd Dah (GPK HEM)

      Setiausaha / Penyelaras   :    Cik Nor Shahidah bt Abdul Latif

      Program

      Pen. Setiausaha           :    En Hazizie bin Hashim

      Bendahari                 :    Pn. Rohana binti Seman




10.   Jawatankuasa Kerja




      Penyelaras Laluan         :   En. Hazizie bin Hashim

                                :   En Muhaimin bin Haron




      Rondaan / Keselamatan     :    En Razali bin Zakaria
                                :    En Ibrahim bin Jantan

                                :    En Fadili bin Ghani

                                :    En Hazizie bin Hashim

                                :    En Fauzi bin Umar

                                :    Anggota Polis Batang Melaka

                                :    PIBG

                                                                                5
Hadiah / Cenderahati   :   Pn Norashkin bt Abu Hasan

                       :   Pn Nurizaidawaty binti Md Nawi




Audio/Siaraya          :   En. Md Alib bin Maris

                       :   En Mohd Shafi bin Zakarianor

                       :   En Ibrahim bin Jantan




Hakim Penamat          :   Pn Rozita Ab Jalil

                       :   Pn Rohana binti Abdullah

                       :   Cik Derwena Mohd Bazain

                       :   En Md Alib bin Maris

                       :   PIBG




Dokumentasi            :   En. Razali bin Zakaria




Jamuan                 :   Pn Norrra binti Ismail (VIP)

                       :   Pn Habibah Binti Abu Dalip

                       :   Cik Nuraini binti Razak

                       :   PIBG




Check Point            :   1.     Cik Nor Shahidah bt Abd Latif/PIBG

                           2.     En Mohd Shafi Zakarianor/PIBG

                           3.     Tn Hj Sham bin Anoh/PIBG

                           4.     En Samsuri bun Jumaat / PIBG
                                                                       6
                        5.     Cik Hjh Arni binti Mansor

                        6.     En Khairul bin Ariffin / PIBG

                        7.     En Amir Hamzah bin Mohd Ali




Penyambut Tetamu    :   Guru Besar dan Semua P.PIBG/GPK




Pengurus Peserta    :   En Khalid bin Tomat

                    :   En Mazlizam bin Ramli

                    :   En Muhaimin bin Haron / PIBG

                    :   Guru rumah sukan




Rawatan Kecemasan   :   En Mazlizam bin Ramli

                    :   Pn Norizan bin Hamat/PIBG




Pengacara Majlis    :   En Borhan bin Puasa




                                                               7
11.   Tentatif Program




          2.30 ptg   :      Peserta Berkumpul di Tapak Perhimpunan

          2.40 ptg   :      Taklimat Ringkas oleh:

                            En Hazizie bin Hashim.

          2.50 ptg   :      Persiapan Peserta oleh pengurus peserta

          3.00 ptg   :      Peserta ketegori perempuan dilepaskan.

          3.15 ptg   :      Peserta kategori lelaki dilepaskan.

          4.00 ptg   :      Upacara Penyampaian Hadiah.

          4.30 ptg   :      Jamuan VIP dan Bersurai.




12.   Bidang Tugas Jawatankuasa




      12.1 Penyelaras Program      :

          Menyediakan anggaran perbelanjaan.
          Merancang dan melaksanakan program.
          Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.
          Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.
          Menjadi tempat semua AJK merujuk mengenai program.



      12.2 Penyediaan Tempat:

          Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum pertandingan.
          Memastikan tempat yang digunakan bersih sebelum dan selepas program.



      12.3 Audio/Siaraya:

          Memastikan bilangan mikrofon dan healer yang diperlukan

                                                                                        8
   Memastikan sistem audio dan peralatan disediakan 1 jam sebelum pertandingan
    bermula.
   Sentiasa berada dalam tempat pertandingan untuk membantu sekiranya ada
    masalah peralatan yang digunakan.


12.4 Dokumentasi:

   Memastikan kamera digital berada dalam keadaan baik.
   Merakamkan gambar-gambar sepanjang program berjalan.
   Menyediakan gambar untuk laporan.



12.5 Hakim Penamat

   Memastikan senarai peserta yang menyertai pertandingan.
   Mengadili pertandingan dengan adil dan bijaksana
   Menyerahkan keputusan pertandingan kepada bahagian teknikal



12.6 Hadiah
   Membuat anggaran perbelanjaan
   Membuat tempahan hadiah dan memastikan tempahan siap dalam jangka masa
    yang ditetapkan.
   Mengumpulkan keputusan pertandingan daripada pengadil
   Menyerahkan keputusan pertandingan kepada penyelaras program
   Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.



12.7 Peralatan & Teknikal
   Memastikan giliran pasukan yang bertanding
   Menyediakan pasukan yang bertanding untuk memulakan pertandingan
   Memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik sebelum dan selepas
    pertandingan
   Merakam keputusan pertandingan
   Membantu pengadil




                                                                             9
13.   Anggaran Perbelanjaan       :


BIL

          ANGGARAN PERBELANJAAN                JUMLAH

 1    Hadiah

      Pingat Bertali

      Tempat 1 hingga 10 Lelaki ( RM6 x 10 )   RM 60.00

      Tempat 1 hingga 10 Perempuan

      (RM6 x 10)                               RM 60.00



      Hamper

      Tempat 1 – 3 (L & P ) ( RM10 x 6 )       RM 60.00

      VIP (RM10 X 1 )                          RM 10.00



 2.   Minuman Murid 50 x (Rm 1)                RM 50.00



      Makanan VIP DAN Pasukan keselamatan

 3.   ( RM 5 x 20 )                            RM 100



 4    Dokumentasi                              RM 20.00



                       JUMLAH                  RM360.00




BIL            SUMBER KEWANGAN                 JUMLAH

1.    Wang Kokurikulum                         RM 200

2.    Sumbangan                                RM 160.00

                       JUMLAH                  RM360.00
                                                           10
14.    Penutup

       Melalui program yang disediakan ini adalah diharapkan agar murid-murid dapat
       membina semangat kesukanan dan menunjukkan bakat terpendam yang ada pada
       mereka. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kecintaan
       kepada alam sekitar melalui trek larian yang meredah alam serta
       suasana kampung.



                           “ BADAN CERGAS, MINDA CERDAS “




Disediakan oleh,                                            Disahkan oleh,




…………………………………..                                            .......…………………................
(Nor Shahidah bte Abdul Latif)

Setiausaha Merentas Desa 2012




                                                                                        11
SENARAI JAWATANKUASA

    Penyelaras Laluan       :   En. Hazizie bin Hashim

                            :   En Muhaimin bin Haron




    Rondaan / Keselamatan   :    En Razali bin Zakaria
                            :    En Ibrahim bin Jantan

                            :    En Fadili bin Ghani

                            :    En Hazizie bin Hashim

                            :    En Fauzi bin Umar

                            :    Anggota Polis Batang Melaka

                            :    PIBG




    Hadiah / Cenderahati    :    Pn Norashkin bt Abu Hasan

                            :    Pn Nurizaidawaty binti Md Nawi




    Audio/Siaraya           :    En. Md Alib bin Maris

                            :    En Mohd Shafi bin Zakarianor

                            :    En Ibrahim bin Jantan




    Hakim Penamat           :    Pn Rozita Ab Jalil

                            :    Pn Rohana binti Abdullah

                            :    Cik Derwena Mohd Bazain

                            :    En Md Alib bin Maris

                            :    PIBG


                                                                  12
Dokumentasi         :        En. Razali bin Zakaria

Jamuan              :        Pn Norrra binti Ismail (VIP)

                    :        Pn Habibah Binti Abu Dalip

                    :        Cik Nuraini binti Razak

                    :        PIBG




Check Point         :        1.     Cik Nor Shahidah bt Abd Latif/PIBG

                             2.     En Mohd Shafi Zakarianor/PIBG

                             3.     Tn Hj Sham bin Anoh/PIBG

                             4.     En Samsuri bun Jumaat / PIBG

                             5.     Cik Hjh Arni binti Mansor

                             6.     En Khairul bin Ariffin / PIBG

                        7.          En Amir Hamzah bin Mohd Ali




Penyambut Tetamu    :        Guru Besar dan Semua P.PIBG/GPK




Pengurus Peserta    :        En Khalid bin Tomat

                    :        En Mazlizam bin Ramli

                    :        En Muhaimin bin Haron / PIBG

                    :        Guru rumah sukan

Rawatan Kecemasan   :        En Mazlizam bin Ramli

                    :        Pn Norizan bin Hamat/PIBG

Pengacara Majlis    :        En Borhan bin Puasa



                                                                         13
SENARAI KERJA JAWATANKUASA

1.   Penyelaras Program :

        Menyediakan anggaran perbelanjaan.
        Merancang dan melaksanakan program.
        Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.
        Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.
        Menjadi tempat semua AJK merujuk mengenai program.


2.   Penyediaan Tempat / Penyelaras Laluan :
        Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum pertandingan.
        Memastikan tempat yang digunakan bersih sebelum dan selepas program.



3.   Audio/Siaraya:

        Memastikan bilangan mikrofon dan healer yang diperlukan
        Memastikan sistem audio dan peralatan disediakan 1 jam sebelum pertandingan
         bermula.
        Sentiasa berada dalam tempat pertandingan untuk membantu sekiranya ada
         masalah peralatan yang digunakan.



4.   Dokumentasi:

        Memastikan kamera digital berada dalam keadaan baik.
        Merakamkan gambar-gambar sepanjang program berjalan.
        Menyediakan gambar untuk laporan.



5.   Hakim Penamat

        Memastikan senarai peserta yang menyertai pertandingan.
        Mengadili pertandingan dengan adil dan bijaksana
        Menyerahkan keputusan pertandingan kepada bahagian teknikal




                                                                                      14
6.   Hadiah
        Membuat anggaran perbelanjaan
        Membuat tempahan hadiah dan memastikan tempahan siap dalam jangka masa
         yang ditetapkan.
        Mengumpulkan keputusan pertandingan daripada pengadil
        Menyerahkan keputusan pertandingan kepada penyelaras program
        Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.



7.   Peralatan & Teknikal
        Memastikan giliran pasukan yang bertanding
        Menyediakan pasukan yang bertanding untuk memulakan pertandingan
        Memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik sebelum dan selepas
         pertandingan
        Merakam keputusan pertandingan
        Membantu pengadil




                                                                            15
LAPORAN JAWATANKUASA

1.    Penyediaan tempat / penyelaras laluan

Sebelum        :    Jawatankuasa telah membuat pemeriksaan laluan yang akan digunakan
                    dan telah membuat tanda bagi “check point”. Jawatankuasa ini juga
                    telah memastikan tempat yang digunakan bersih.

Semasa         :    Pada hari kejadian, jawatankuasa ini telah memastikan tempat yang
                    digunakan selamat untuk dilalui oleh peserta.

Selepas        :    Semua jawatankuasa telah membersihkan kawasan yang dilalui.




2.    Hadiah

Sebelum        :    Jawatankuasa hadiah telah pun membuat anggaran perbelanjaan
                    tentang hadiah. Setelah dipersetujui jawatankuasa bersama
                    jawatankuasa induk mempersetujui untuk menempah medal sebanyak
                    30 biji bagi setiap pemenang.

Semasa         :    Jawatankuasa hadiah memastikan semua hadiah yang hendak
                    disampaikan mencukupi. Mereka telah mengumpulkan keputusan
                    pertandingan daripada pengadil/ hakim penamat. Selain itu,
                    jawatankuasa ini memastikan tiada hadiah yang tidak diberikan.

Selepas        :    Jawatankuasa hadiah memastikan semua hadiah telah diberikan. Segala
                    peralatan seperti dulang disimpan dengan baik.




3.    Peralatan dan teknikal

Sebelum        :    Jawatankuasa memastikan semua peralatan yang hendak digunakan
                    berada di dalam keadaan yang baik dan selamat. Selain itu,
                    jawatankuasa peralatan dan teknikal juga memastikan giliran pasukan
                    yang bertanding.




                                                                                     16
Semasa      :         Pada hari pertandingan, jawatankuasa peralatan dan teknikal telah
                      menyediakan pasukan yang bertandinguntuk memulakan pertandingan.
                      Jawatankuasa ini memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik.
                      Mereka juga telah membantu pengadil merakm keputusan
                      pertandingan.

Selepas     :         Jawatankuasa peralatan dan teknikal telah memastikan semua peralatan
                      yang digunakan telah pun disimpan dengan baik dan selamat selepas
                      menggunakannya.




4.    Dokumentasi

Sebelum     :         Sebelum hari pertandingan jawatankuasa dokumentasi telah pun
                      memastikan kamera digital yang hendak digunakan berada dalam
                      keadaan yang baik.

Semasa      :         Pada hari pertandingan, jawatankuasa telah pun merakamkan gambar-
                      gambar sepanjang program berjalan.

Selepas     :         Jawatankuasa telah pun menyediakan gambar bagi laporan
                      pertandingan.




5.    Audio/Siaraya

Sebelum     :         Jawatankuasa audio/siaraya telah memastikan peralatan seperti
                      mikrofon dan healer berada dalam keadaan baik.

Semasa      :         Pada hari pertandingan jawatankuasa telah menyediakan peralatan satu
                      jam sebelum bermula pertandingan.

Selepas     :         Jawatankuasa telah memastikan segala peralatan yang digunakan
                      cukup kuantitinya. Selain itu, peralatan berada dalam keadaan yang
                      baik dan disimpan ditempat yang selamat.




                                                                                          17
SENARAI SEMAK PERTANDINGAN



BIL                      PROSES KERJA                       TARIKH

1     Menetapkan Tarikh Merentas Desa Sekolah              04.01.2012

      Menyediakan Kertas Cadangan Merentas Desa Sekolah
2                                                          09.01.2012
      dan Anggaran Perbelanjaan

3     Mesyuarat Pengelolaan Merentas Desa Sekolah.         16.01.2011


4     Menulis surat-surat berkaitan                        16.01.2012


5     Menyemak dan meneliti surat-surat yang berkaitan.    16.01.2012


6     Pemeriksaaan laluan merentas desa                    30.01.2012


7     Memberi taklimat kepada pelajar                      17.01.2012


8     Mengadakan program latihan.                          17.01.2012

9     Pelaksanaan Merentas Desa Sekolah                    31.01.2012

      Menyediakan Laporan Merentas Desa Sekolah dan Post
10                                                         06.02.2012
      mortem

11    Markah Dimasukkan ke dalam Sistem Rumah / ISIS       07.02.2012


12    Failkan/Dokumentasi                                  10.02.2012




                                                                        18
KELEMAHAN PROGRAM




Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah :

1.     Pakaian

       Pakaian peserta tidak seragam. Semua peserta memakai baju pelbagai warna dan
       corak. Ini kerana tiada peraturan yang harus diikuti oleh peserta pertandingan.




2.     Kain nombor

       Tiada kain nombor yang disediakan oleh pihak sekolah bagi mengasingkan pelajar
       mengikut rumah masing-masing. Kain nombor ini juga membolehkan hakim
       mengenal peserta mengikut rumah sukan masing-masing.




3.     Kerjasama ibubapa dan masyarakat setempat

       Didapati tiada kerjasama di antara ibubapa dan masyarakat setempat ketika program
       ini berlangsung.




4.     Waktu pertandingan

       Program berlangsung pada waktu petang. Pada ketika ini cuaca panas menyebabkan
       peserta tiada stamina untuk menamatkan pertandingan. Ramai di antara peserta
       yang mengmbil keputusan untuk berjalan kaki daripada berlari.




5.     Minuman

       Pada hari pertandingan tidak disediakan minuman di salah satu “check point”. Ini
       menyebabkan peserta kehausan. Mereka hanya dapat minuman selepas menamatkan
       larian.




                                                                                         19
KEBAIKAN PROGRAM




Antara kebaikan yang dapat dilihat ialah :

1.     Kerjasama

       Kerjasama yang baik dapat dilihat di antara guru, staf sokongan dan NGO. Ini
       membuatkan perjalanan program berlaku dengan baik dan tersusun.




2.     Mengeratkan silraturahim

       Program ini dapat mengeratkan silraturahim di antara semua pihak terutamanya
       dikalangan peserta.




3.     Semangat cintakan alam sekitar

       Program ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui pemerhatian
       serta menikmati suasana alam sekitar.




4.     Kecerdasan dan displin murid

       Program ini telah meningkatkan kecerdasan murid. Selain itu, ia dapat membentuk
       disiplin diri di kalangan murid-murid.




5.     Bakat terpendam

       Program ini juga dapat mencari bakat-bakat yang terpendam di kalangan murid untuk
       mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.




                                                                                     20
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN




1.   Minuman

     Pada pertandingan yang akan dating diharapkan salah satu “check point”
     menyediakan air kepada peserta.




2.   Kain nombor

     Pada pertandingan yang akan dating diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan
     kain nombor mengikut rumah sukan supaya tiada keliruan yang berlaku. Ini dapat
     menyenangkan hakim penamat dalam memberikan markah rumah sukan.




3.   Keseragaman

     Peserta harus memakai baju rumah sukan masing-masing atau pun t-shirt berwarna
     putih sahaja supaya seragam. Di situ telah memperlihatkan terdapat peraturan yang
     harus diikuti oleh peserta.




                                                                                   21
PENUTUP




Pertandingan merentas desa Sekolah Kebangsaan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
bagi tahun 2012 telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihat yang terlibat.
Para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Begitu juga
dengan semua jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
komitmen yang jitu.




Perjalanan program ini telah dapat dijalankan dengan sempurna diatas kerjasama semua pihat
yang terlibat. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir program tiada sebarang situasi
yang tidak diingini berlaku.




Kejohanan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga
SKBM dengan pegawai polis PIBG dan alam sekitar. Ini penting kepada semua kerana
dengan cara ini mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat di luar sekolah untuk
menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang persekitaran sekolah.




Semoga pada tahun hadapan pihak sekolah dapat menjayakan program ini dengan lebih baik
dan sempurna. Penghargaan harus diberikan kepada semua pihat yang terliabt menjayakan
program ini.




                                                                                        22
23
24

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:547
posted:8/31/2012
language:Malay
pages:24