Docstoc

PRAKTIKAL 2 DAYA DAN GERAKAN

Document Sample
PRAKTIKAL 2 DAYA DAN GERAKAN Powered By Docstoc
					   INSTITIUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
                       JOHOR BAHRU, JOHOR




         PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

                     LAPORAN AMALI 2 :

                  DAYA DAN GERAKAN

Nama Pelajar       : ZAHARIN BIN NORDIN

No Matriks         : 1CSN1106074

No K/P              : 760920-04-5407

UNIT               : PPG SAINS KUMPULAN 3

MATAPELAJARAN      : SCE3105 ( SEMESTER 3 )

NAMA PENSYARAH     : EN NORIZAN BIN GHAZALI
Praktikal 2 : Daya dan Gerakan

Aktiviti 2: Mengukur pecutan bagi objek yang jatuh secara bebas.

Bahan-bahan:

Jangka masa detik, pita detik , apit G, bekalan kuasa, penyambung wayar, jisim 300
g, 450 g dan 600 g dan pita salopan

Prosedur:

   1. Sebuah kerusi diletakkan di atas sebuah meja. Jangka masa detik dikapit ke
       bahagian atas kerusi
   2. Pita detik ditetapkan melalui jangka masa detik dan jisim 300g diselotap
       dengan pita tersebut.
   3. Jangka masa detik dihidupkan dan jisim 300g dibiarkan jatuh secara bebas ke
       bawah.
   4. Pita detik dipotong kepada 2 titik jalur dan disusun untuk menghasilkan graf.
   5. Langkah 3 diulang dengan menggunakan jisim 450 g dan 600 g.
   6. Bagi setiap kes, graf dibina daripada jalur dan kemudian pecutan ditentukan.



                 Jisim(g)                             Pemecutan (ms-2)




                   300                                    8.50 msˉ²




                   450                                    8.44 msˉ²




                   600                                    11.55 msˉ²




      Masa untuk 1 detik = 1/50, iaitu t= 0.02s
   3 detik= 0.02x 3=0.06
   Jumlah masa = ( jumlah bilangan potongan – 1) x masa 1 potongan
                        Jumlah masa, t = ( 6-1) x (0.02s x3) = 0.3 s
   u= s awal/ t awal cms-1
   v= s akhir/ t akhir cms-1
   a=(v-u)/ (6-1)t cms-2

A: Mengira pecutan bagi jisim 300g:

u= 2.0cm/ 0.06s = 33.3 cmsˉ1

v= 17.3cm / 0.06s = 288.3 cmsˉ1

a= (288.3-33.3) / 0.3 = 850 cmsˉ²




B: Mengira pecutan bagi jisim 450 g:

u= 3.5 cm / 0.06s = 58.3 cmsˉ1

v= 18.7 cm/ 0.06s = 311.6 cmsˉ1

a= (311.6-58.3) / 0.3 = 844.3 cmsˉ²




C: Megira pecutan bagi jisim 600 g:

u= 1.5cm / 0.06s = 25 cmsˉ1

v= 22.3 cm / 0.06s = 371.67 cmsˉ1

a= ( 371.67-25) / 0.3 = 1155.5cmsˉ²




Langkah berjaga-jaga:

1. Pastikan jangka masa detik dalam keadaan yang baik sebelum
    menyambungnya dengan bekalan kuasa.
  2. Kita mestilah berhati-hati dengan persekitaran semasa menjalankan
     eksperimen. Kipas hendaklah ditutup kerana ia akan mengganggu objek yang
     sedang jatuh kerana rintangan udara mempengaruhi kejatuhannya dengan
     memberi kesan ke atas kelajuan objek yang jatuh.
  3. Jangka masa detik hendaklah diapit pada bahagian atas kerusi supaya
     bacaan tepat.
  4. Pita detik hendaklah dipasang melalui jangka masa detik secara teliti kerana
     ia akan mempengaruhi kelancaran objek jatuh ke bawah secara bebas.

Soalan:

     1. Adakah nilai pecutan bagi setiap jisim yang berbeza yang diperolehi
          sama dengan g ( pecutan hasil graviti atas bumi)? Huraikan.
          Nilai pecutan bagi setiap jisim yang berbeza adalah tidak sama dengan
          nilai pecutan graviti,g yang sebenar iaitu 9.8msˉ². Malahan nilai pecutan
          yang didapati bagi setiap beban adalah kurang daripada 9.8. Hal ini
          disebabkan terdapat daya luar yang mempengaruhi nilai pecutan bagi
          setiap berat beban. Antara daya luar yang mempengaruhi nilai pecutan
          berat beban ialah seperti daya rintangan atau geseran udara antara jisim
          pemberat antara geseran antara pita detik dan jangka masa detik semasa
          jisim pemberat dilepaskan ke bawah.


     2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang daya yang bertindak
          atas objek yang jatuh secara bebas?

          Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh
          daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara
          bebas atau jatuh bebas. Secara praktiknya, jatuh bebas hanya berlaku
          dalam keadaan vakum iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi
          udara vakum. Dalam keadaan vakum di mana tiada rintangan udara atau
          sebarang daya luar, semua objek tidak kira bentuk dan jisim akan jatuh
          pada pecutan yang sama iaitu pecutan graviti. Objek yang jatuh bebas
          akan memecut. Pecutan yang berlaku ini dikenali sebagai pecutan graviti.
          Nilai pecutan graviti tidak bergantung bentuk dan jisim objek yang jatuh jika
      tiada   faktor   luar   seperti    geseran udara     yang    mempengaruhi
      kejatuhannya.Pecutan graviti bumi mempunyai satu nilai yang tetap.


   3. Jika eksperimen ini dilakukan atas bulan, adakah nilai pemecutan
      bagi jisim berbeza yang diperoleh sama dengan g? Huraikan.


      Tidak. Jika eksperimen ini dilakukan atas bulan, nilai pecutan bagi jisim
      yang berbeza diperoleh tidak akan sama dengan g. Hal ini kerana nilai
      graviti atas bulan ialah satu per enam daripada nilai graviti atas bumi. Jika
      eksperimen ini dilakukan dalam vakum atas bumi, nilai pecutan akan sama
      walaupun berbeza jisim kerana objek akan jatuh secara bebas sama
      seperti graviti bumi tanpa ada gangguan ataupun rintangan udara. Hal ini
      disebabkan oleh pecutan graviti yang sama di atas bumi. Berada di atas
      bulan adalah sama apabila berada dalam vakum tetapi gravitinya tidak
      sama dengan graviti di bumi.



Soalan penguasaan ilmu dan kemahiran:

1. Pada akhir praktikal, jawab semua soalan berikut :


      a) Apakah yang telah anda belajar daripada praktikal ini?
          Daripada praktikal ini, saya telah belajar     bahawa daya ada dalam
          kehidupan harian kita. Tanpa daya, kita akan sukar untuk bergerak atau
          menggerakkan objek dan juga melakukan pelbagai aktiviti lain.
          Pelbagai jenis daya yang berbeza wujud dalam konteks yang berbeza
          sama ada semasa pegun , dalam air atau bergerak. Selain itu, saya
          juga belajar tentang pecutan, iaitu hubungan antara berat dan pecutan
          sesuatu objek. Di samping itu juga saya belajar untuk membuat
          pemerhatian bagi mengenalpasti daya dan menerangkan sebab
          kepada pemerhatian tersebut dan juga daya yang terlibat dalam situasi
          itu. Saya juga belajar untuk memasang alatan serta        menggunakan
          alatan dengan betul semasa menjalankan eksperimen. Di samping itu
   juga, saya belajar untuk   mengira pecutan dengan menggunakan
   formula.


b) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah
   mengajar topik ini?
   Tema Menyiasat daya dan tenaga, Tahun 5


c) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan praktikal di atas
   dalam pengajaran dan pembelajaran?
   Pertama sekali, saya akan mengajar konsep bagi topik berkenaan
   eksperimen yang akan dijalankan terlebih dahulu. Saya akan pastikan
   muird-murid faham konsep topik berkenaan sebelum eksperimen
   dijalankan. Saya akan mengajar dengan menggunakan pelbagai
   kaedah supaya murid mendapat pemahaman yang lebih jelas.
   Kemudian, saya akan mengaitkan topik yang diajar dengan kehidupan
   seharian mereka.      Bahan- bahan dan radas eksperimen akan
   disediakan oleh guru. Selepas itu, saya akan menunjukkan cara dan
   kemahiran sains yang betul seperti kemahiran manipulatif iaitu
   mengendalikan alatan dengan betul kepada murid-murid sebelum
   mereka menjalankan eksperimen mereka sendiri.     Sambil menunjuk
   cara kepada murid-murid, saya akan memberi penerangan kepada
   mereka. Selepas itu, murid akan menjalankan eksperimen dalam
   kumpulan yang telah ditentukan oleh guru. Akhir sekali, setelah
   eksperimen selesai dijalankan, guru akan membuat rumusan supaya
   murid tahu apa yang telah mereka lakukan dan kaitan eksperimen
   dengan topik yang mereka pelajari. Guru akan menanya keputusan
   eksperimen dan pemahaman murid tentang eksperimen yang telah
   dijalankan oleh mereka     serta   mengambil respon murid    untuk
   mengetahui tahap pemahaman mereka.


d) Apakah peranan guru dalam praktikal di atas?


   Guru berperanan sebagai fasilitator, pembimbing dan penunjuk cara
   dalam eksperimen di atas. Guru membimbing murid bagaimana untuk
             melaksanakan eksperimen dan bersama-sama murid melaksanakan
             eksperimen ini dalam usaha untuk memudahkan mereka. Selain itu,
             dalam menjalankan eksperimen, guru perlu terlebih dahulu menunjuk
             cara, iaitu cara bagaimana untuk menjalankan eksperimen sebelum
             murid-murid menjalankan eksperimen mereka sendiri. Guru perlu
             menunjuk cara bagaimana bagaimana untuk memasang alatan,
             bagaimana sesuatu alatan dikendalikan dengan betul dan bagaimana
             untuk menjalankan sesuatu eksperimen. Hal ini penting untuk
             keselamatan     murid-murid    dan   supaya    mereka     tidak   membuat
             kesalahan yang sekaligus akan mempengaruhi bacaan keputusan
             eksperimen. Di samping itu, guru juga perlu menggalakkan murid untuk
             mengaplikasikan kemahiran sains semasa menjalankan eksperimen.
             Murid-murid akan belajar daripada aktiviti hand-on ini.




Perbincangan:


     Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang
dikenali sebagai daya tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah
bumi apabila dilepaskan. Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa
pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara
bebas atau jatuh bebas. Objek yang jatuh bebas akan memecut.Pecutan yang
berlaku ini dikenali sebagai pecutan graviti. Pecutan akibat graviti ditakrifkan sebagai
kadar perubahan halaju objek yang jatuh dengan mengambil kira masa yang
diakibatkan oleh daya graviti. Nilai pecutan graviti tidak bergantung bentuk
dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang
mempengaruhi kejatuhannya.

       Dalam eksperimen ini, daya luar yang mempengaruhi ialah daya rintangan
atau geseran udara antara jisim pemberat dan geseran antara pita detik dan jangka
masa detik semasa jisim pemberat dijatuhkan ke bawah. Pecutan graviti bumi
mempunyai satu nilai yang tetap. Jika eksperimen sama dijalankan di permukaan
bulan, nilai pecutan graviti yang diperoleh adalah berbeza daripada nilai pecutan di
bumi iaitu nilai pecutan graviti di bulan lebih adalah lebih rendah. Ini disebabkan nilai
tarikan graviti di bulan adalah satu per enam daripada nilai tarikan graviti di bumi.

      Daya wujud dalam pelbagai bentuk seperti daya geseran, daya normal, daya
spring, daya regangan dan sebagainya. Setiap jasad mempunyai daya walaupun
berada dalam keadaan pegun atau bergerak. Tanpa daya, kehidupan akan menjadi
sukar seperti manusia akan sukar untuk bergerak kerana tiada daya geseran.
Apabila satu objek dilepaskan daripada keadaan pegun, objek tersebut akan jatuh
kearah pusat bumi dengan mengalami pecutan atau tarikan graviti pusat bumi.
Secara praktiknya, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum iaitu dalam
ruang yang tidak mengandungi udara vakum. Dalam keadaan vakum di mana tiada
rintangan udara atau sebarang daya luar, semua objek tidak kira bentuk dan jisim
akan jatuh pada pecutan yang sama iaitu pecutan graviti. Walaubagaimanapun,
rintangan udara mungkin memberi kesan ke atas kelajuan objek yang jatuh.
Rintangan udara adalah sebab utama mengapa sesetengah objek jatuh dengan lebih
cepat berbanding objek lain. Daya tarikan yang bertindak ke atas sesuatu objek itu
semakin berkurangan apabila objek itu semakin menjauhi pusat bumi manakala di
permukaan bumi atau ruang angkasa, tarikan graviti adalah lemah dan dikatakan
dalam keadaan vakum.



Kesimpulan: Daya terdiri daripada pelbagai jenis seperti daya geseran, daya
regangan, dan daya normal. Pecutan graviti tidak bergantung pada jisim objek yang
jatuh, ia akan jatuh pada pecutan yang sama iaitu pecutan graviti.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:2149
posted:8/31/2012
language:
pages:8