Soalan Lazim
Document Sample


PARTNER - MENINGKATKAN EFISIENSI PERBANKAN DAN PERKHIDMATAN
PELANGGAN KE ARAH PERKONGSIAN PERNIAGAAN SEJATI
INISIATIF FASA 1: MEMPERKEMAS DAN MEMPERMUDAHKAN PERMOHONAN
PINJAMAN PKS
Soalan Lazim (FAQs)
1. Apa itu “PARTNER”?
“PARTNER” ialah satu siri inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Bank Bank Dalam
Malaysia (ABM) dan ahli-ahli bank komersilnya bagi menyokong pertumbuhan dan
pembangunan Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Dibawah “PARTNER”, kami berhasrat untuk menjadi sebagai rakan kongsi dan bukan
sahaja pembiaya kewangan. Di bawah fasa 1 inisiatif-inisiatif tersebut, kami cuba
memperkemas dan memudahkan proses-proses dan prosedur-prosedur untuk
permohonan pinjaman PKS.
2. Berapa banyak bank yang akan menyertai “PARTNER”?
Sejumlah 14 bank-bank komersil yang terdiri daripada 9 bank-bank tempatan dan 5
bank-bank antarabangsa akan turut serta dalam “PARTNER”.
Berikut adalah bank-bank yang terlibat (menurut abjad) dalam “PARTNER”:-
1. Affin Bank Berhad 8. HSBC Bank Malaysia Berhad
2. Alliance Bank Malaysia Berhad 9. Malayan Banking Berhad (Maybank)
3. AmBank (M) Berhad 10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
4. CIMB Bank Berhad 11. Public Bank Berhad
5. Citibank Berhad 12. RHB Bank Berhad
6. EON Bank Berhad 13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
7. Hong Leong Bank Berhad 14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
3. Bagaimanakah proses-proses dan prosedur-prosedur permohonan pinjaman PKS
dipermudahkan?
Di bawah “PARTNER”, satu borang permohonan pinjaman yang mudah telah disediakan
di mana ianya boleh digunakan sekiranya bank yang ingin dikunjungi tidak mempunyai
borangnya sendiri. Daripada pengamatan kami, bank-bank berikut mempunyai borang
permohonan mereka sendiri untuk PKS:-
1. Alliance Bank Malaysia Berhad 6. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
2. EON Bank Berhad 7. Public Bank Berhad
3. Hong Leong Bank Berhad 8. RHB Bank Berhad
4. HSBC Bank Malaysia Berhad 9. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
5. Malayan Banking Berhad (Maybank)
Susulan pelancaran inisiatif PARTNER, sebanyak 8 bank telahpun menggunakan borang
permohonan PARTNER. Sila berhubung dengan bank-bank tersebut untuk maklumat
lebih lanjut berkenaan hal ini. Senarai 8 bank adalah seperti berikut:-
Mukasurat 1/3
1. Affin Bank Berhad 5. HSBC Bank Malaysia Berhad
2. AmBank (M) Berhad 6. Malayan Banking Berhad (Maybank)
3. EON Bank Berhad 7. RHB Bank Berhad
4. Hong Leong Bank Berhad 8. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
Tambahan kepada borang permohonan mudah ini, dilampirkan juga dua set senarai
semak. Set yang pertama memperincikan dokumen-dokumen umum/am atau maklumat
yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan dan set kedua memperincikan
dokumen-dokumen khusus atau maklumat yang diperlukan untuk pelbagai jenis
kemudahan. Dengan cara ini, anda akan dapat menjangkakan dokumen-dokumen
sokongan atau maklumat yang perlu diberikan untuk tujuan permohonan pinjaman dan
menggunakannya kembali jika diperlukan. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa
senarai semak ini mungkin akan ditambah lagi oleh sesetengah bank untuk
mendapatkan maklumat atau dokumen tambahan bagi membantu dalam memproses
pinjaman.
4. Adakah semua bank-bank akan menggunakan borang permohonan mudah ini dan
senarai semakan dokumen-dokumen?
Sekiranya bank yang mana anda kunjungi untuk membuat pinjaman PKS mempunyai
borang permohonannya sendiri, sila gunakan borang tersebut melainkan jika dinasihat
untuk menggunakan borang ini.
Kami akan menasihati anda sama ada anda perlu menggunakan borang permohonan
mudah ini atau borang permohonan bank yang sedia ada apabila membuat permohonan
untuk satu pinjaman PKS.
5. Apakah had masa semasa, bagi semakan semula dan proses permohonan pinjaman
PKS? Adakah had masa ini boleh dipendekkan?
Dengan inisiatif “PARTNER”, bank-bank telah menyediakan satu had masa biasa yang
menunjukkan peringkat-peringkat dalam pemprosesan satu permohonan pinjaman yang
jelas dan mudah dan tempoh masa yang dijangkakan. Ini akan membolehkan anda
merancang dahulu dan menjangka masa yang akan diambil untuk mengkaji semula dan
proses permohonan pinjaman PKS anda. Penekanan dan tujuan had masa biasa ini,
adalah bukan untuk memendekkan masa yang diambil untuk proses satu permohonan
pinjaman, tetapi ia merupakan satu komitmen oleh bank-bank terhadap satu had masa
minima dan maksima dalam setiap peringkat-peringkat tersebut dalam pemprosesan
satu permohonan pinjaman mudah dan jelas.
Satu permohonan pinjaman yang jelas dan mudah adalah di mana satu pinjaman
tersebut tiada cagaran ataupun bersih, bukan tertakluk kepada persetujuan daripada
pihak berkuasa, mana-mana pihak ketiga lain atau kelulusan CGC atau mana-mana
duluan syarat-syarat khusus lain, di mana kelulusan khusus yang memerlukan masa
perlu diperolehi.
6. Bagaimana boleh saya memeriksa status permohonan pinjaman saya atau membuat
pertanyaan mengenai satu pinjaman PKS?
Satu senarai komprehensif SME Contact Point semua bank-bank yang terlibat telah
disusun dan diwujudkan dalam laman web ABM untuk kemudahan rujukan anda. Anda
juga boleh merujuk laman web kami untuk satu senarai SME Contact Point kami.
Kakitangan SME Contact Point kami boleh membantu anda dengan sebarang
pertanyaan berkaitan dengan permohonan pinjaman baru atau satu permohonan
pinjaman yang mana telah diserahkan kepada kami.
Mukasurat 2/3
7. Bagaimana boleh saya mengetahui lebih lanjut atau memahami dengan lebih baik
tentang pelbagai inisiatif di bawah Fasa 1 “PARTNER”?
Satu nota-nota penjelasan dan garis-garis panduan untuk set pertama inisiatif-inisiatif ini
telah disediakan untuk menjelaskan, membantu dan membimbing PKS melalui inisiatif
ini.
Satu salinan nota-nota penjelasan ini dan garis-garis panduan dan pakej dokumen-
dokumen di bawah Fasa 1 “PARTNER” boleh dimuat turun dari laman web ABM.
Dokumen-dokumen ini juga boleh didapati di laman web bank-bank atau dalam bentuk
cetakan daripada SME Contact Point kami.
8. Jika saya ada sebarang maklum balas atau pertanyaan berkenaan dengan
“PARTNER”, siapa sepatutnya saya hubungi?
Maklum balas anda pada set inisiatif pertama ini adalah amat mustahak. Anda boleh
menghantar maklum balas mengenai “PARTNER” dan inisiatif-inisiatifnya atau sebarang
pertanyaan bagi permohonan pinjaman yang bakal dibuat atau satu permohonan
pinjaman yang telah dikemukakan, kepada ABM atau melalui laman web,
www.abm.org.my atau melalui talian bebas tol ABMConnect di 1-300-88-9980 dari 9:00
pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat atau terus kepada kami di SME Contact
Point kami.
Mukasurat 3/3
Get documents about "