Docstoc

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Document Sample
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Powered By Docstoc
					  PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KANAK-
       KANAK




      DISEDIAKAN OLEH : HASMIDAR SAWI
                                    1
              ?
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-
                   KANAK




                  ?
PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
                   KANAK-KANAK



                                               2
Konsep Pertumbuhan

• Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam
 bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang,
 kulit, rambut dan kelenjar.

• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu
  peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa
  ke semasa.

• D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam
  pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani
  saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).


                                                      3
Pertumbuhan ialah :



• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur
  dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila
  individu matang.)
• Iaitu perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada
  tulang, otot, kelenjar, sistem saraf dan semua organ-organ
  yang lain dalam badan sehingga mencapai kematangan.




                                                                4
Konsep Perkembangan

• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta
 cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
 pemikiran, rohani, moral dan sosial.

• Karl E. Garrison : Perkembangan terhasil daripada
  tindakan yang saling berkaitan antara
  perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
  perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi
  dan bersifat sejagat.

• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah
  perubahan berlaku dalam warisan hayat.



                                                      5
Perkembangan ialah :

• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap
  tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat.
• Iaitu proses berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan,
  kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga
  matang.




                                                                6
   Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan
  Aspek          Pertumbuhan                 Perkembangan
Jasmani   Pertumbuhan saiz, berat, gigiBertambah kemahiran
                                       menggunakan anggota
                                       seperti merangkak,
                                       berjalan, berlari dan
                                       melompat
Mental    Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya
                                       kemahiran menggunakan
                                       perkataan, bahasa,
                                       angka, pemikiran,
                                       mengingat, menaakul,
                                       analisis
Emosi     Perasaan seronok, gembira,   Kemahiran mengawal
          sedih , takut                perasaan dalam situasi
                                       tertentu
Sosial    Meluaskan perhubungan,       Kemahiran mendisiplin
          komunikasi, bergaul dengan   dan sesuaikan diri dalam
                                                                7
          orang lain                   pergaulan
                                     Diana Baumrind
    Jean Piaget

                             Ahli Teori :
                       Perubahan tingkah laku
                            Kanak-kanak




Arnold Lucuis Gesell                                  8
                        Perkembangan Afektif
Perkembangan Fizikal
                            dan Psikologi


             Pertumbuhan dan
           Perkembangan Kanak-
              kanak Terbahagi
                Kepada 4 :


Perkembangan Kognitif   Perkembangan Sosial



                                               9
   Perkembangan Fizikal
• Perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-
  bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
  perawakan manusia.
• Ini merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ
  fungsi sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor yang
  halus dan kompleks.




                                                         10
   Perkembangan Kognitif

• Menurut Siti Hawa Munji dan Ma’rof Redzuan dalam
  penulisan buku beliau, Pengantar Psikologi, perkembangan
  kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek
  manusia.
• Dalam kata lainnya, proses ini melihat kepada kemampuan
  kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti
  penyelesaian masalah di samping memahami dan
  menganalisa masalah tersebut.




                                                            11
  Perkembangan Afektif dan Psikologi

• Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku
  Perkembangan Kanak-kanak membincangkan
  perkembangan emosi ialah aspek kemahiran mengurus dan
  mengawal emosi.
• Ia melibatkan keupayaan dan kebolehan kanak-kanak
  bergaul , berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka.




                                                          12
   Perkembangan Sosial

• Aspek perkembangan sosial pula menurut buku
  Perkembangan Kanak-kanak membincangkan kemahiran
  menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan
  baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.
• Kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang
  lain, membentuk persahabatan dan ikatan.




                                                            13
   Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan
   Perkembangan
 Terdapat 7 prinsip-prinsip utama seperti mana telah
  digariskan oleh Ruffin (2001) :

1) Perkembangan Berlangsung Dari kepala Ke Bawah.
2) Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke
   Bahagian Luar.
3) Perkembangan Bergantung Pada Kematangan Dan
   Pembelajaran.
4) Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (Konkrit)
   Kepada Yang Lebih Kompleks.
5) Tumbesaran Dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang
   Berterusan.
6) Tumbesaran Dan Perkembangan Berlangsung Daripada
   Umum Ke Spesifik.
7) Kadar Tumbesaran Dan Perkembangan Tersendiri.
                                                        14
   Perkembangan Berlangsung Dari
   Kepala Ke Bawah

• Kanak-kanak bermula mengawal diri mulai dari kepala,
  kemudian tangan dan kemudian kaki.
• Bayi berkembang bermula dengan kawalan di bahagian
  kepala, kemudian kawalan di bahagian tangan di mana
  mereka mempelajari untuk memegang objek-objek.
• Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan
  pada bahagaian kaki dan bermula merangkak, berdiri atau
  berjalan.




                                                            15
   Perkembangan Berlangsung Dari
   Tengah Badan Ke Bahagian Luar


• Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagian-
  bahagian badan yang lain.
• Bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu daripada
  bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan kaki
  berkembang dahulu daripada jari-jari.




                                                           16
   Perkembangan Bergantung Pada
   Kematangan Dan Pembelajaran

• Kanak-kanak akan bertambah baik dalam pemikiran (kognitif)
  dan kemahiran psikomotor (fizikal) mereka apabila otak dan
  sistem saraf berkembang dengan pembelajaran baru yang
  berterusan daripada persekitaran.
• Kanak-kanak mesti matang ke satu tahap tertentu sebelum
  mereka dapat kemahiran baru. Contohnya seorang bayi
  empat bulan tidak boleh berbahasa kerana sel-sel otak bayi
  untuk bahasa belum matang lagi.




                                                           17
   Perkembangan Berlangsung Daripada
   Mudah (Konkrit) Kepada Yang Lebih
   Kompleks

• Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit
  semasa awal zaman kanak-kanak dan mereka hanya
  memahami konsep-konsep yang abstrak dan kompleks
  apabila mencapai zaman keremajaan.
• Kanak-kanak menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa
  yang mudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberi
  sebab-musabah dan menyelesaikan masalah.




                                                       18
   Tumbesaran dan Perkembangan
   Adalah Satu Proses Yang Berterusan

• Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiran-
  kemahiran baru berdasarkan apa yang mereka telah ketahui
  atau peroleh iaitu berdasarkan pengetahuan yang lalu seperti
  blok binaan, kanak-kanak membina dan mengumpul
  pengetahuan beransur-ansur, sedikit demi sedikit.




                                                             19
    Tumbesaran Dan Perkembangan
    Berlangsung Daripada Umum Ke
    Spesifik

• Kanak-kanak sudah boleh menggenggam objek dengan
  keseluruhan tangan barulah mereka boleh belajar mengguna
  ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Tumbesaran berlaku daripada
  pergerakan otot besar kepada pergerakan otot yang lebih
  seni (kecil).




                                                              20
   Kadar Tumbesaran Dan
   Perkembangan Tersendiri

• Setiap kanak-kanak berbeza dan kadar tumbesaran mereka
  berbeza-beza.
• Terdapat satu julat umur peringkat tumbesaran bagi setiap
  kanak-kanak. Contohnya perkembangan intelek seseorang
  kanak-kanak mungkin maju lebih cepat daripada
  perkembangan emosi dan sosialnya.




                                                              21
   Kesimpulan
• Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak di
  pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru.
• Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan bekerjasama
  dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu
  pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum ,
  supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
  berkembang seiring.
• Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak
  juga di pengaruhi oleh persekitaran. Jika baik persekitaran
  yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan
  seseorang kanak-kanak juga baik.




                                                            22
SEKIAN, TERIMA KASIH




                       23

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:143
posted:8/23/2012
language:Unknown
pages:23